mzu 3114 kurikulum & pengajaran muzik - rph pendidikan muzik kbsr tahun 3 (semester 4)
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 3 Ledang
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 1 Ogos 2013
Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )
Tajuk : Ciptaan Tuhan
Aspek : Pengalaman muzikal
Konsep : Irama – Corak Irama dan detik lagu
Tempo – Perubahan tempo
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau
berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan
muzik.
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid – murid dapat:
1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan.
2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan
tempo cepat, perlahan dan sederhana.
3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama
yang betul.
Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh,
bertanggungjawab dan peka.
KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,
merasai
Bahan Bantu Mengajar : LCD, kayu tik tok (alat perkusi), radio
Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan tajuk 1. Guru menyoal murid – murid sama
ada mereka pernah melihat arnab dan
kura – kura dan menyuruh murid
menyatakan ciri – ciri kedua binatang
tersebut.
Murid menjawab persoalan guru dan
menyatakan ciri – ciri arnab dan kura –
kura.
2. Guru menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Arnab dan Kura –
Kura” kepada murid dalam nada,
gaya dan intonasi yang betul bersama
dengan iringan muzik.
Murid melihat dan mendengar
persembahan cerita yang disampaikan
oleh guru.
3. Guru membuat demonstrasi
pergerakan arnab dan kura – kura
dan menyuruh murid mengenalpasti
pergerakan cepat, sederhana dan
lambat.
Murid mengenalpasti pergerakan
arnab dan kura – kura.
4. Guru memperkenalkan konsep irama
dan tempo melalui pergerakan yang
dilakukan bersama murid – murid.
Murid melakukan aktiviti pergerakan
bersama guru.
ABM: Kad bergambar,
alat muzik / radio
Langkah 1
(10 minit)
Mengenalpasti
pertukaran tempo
dan merancang
pergerakan
mengikut tempo
dan corak irama
yang betul.
1. Guru memberi penerangan tentang
tempo cepat, perlahan dan
sederhana kepada murid.
Murid mendengar penerangan
daripada guru tentang tempo cepat,
perlahan dan sederhana.
2. Guru menyuruh murid mendengar
dan bergerak atau beraksi secara
spontan kepada pelbagai bunyi yang
diperdengarkan dengan tempo
lambat, sederhana dan cepat.
Murid mendengar dan bergerak secara
spontan dalam tempo lambat,
sederhana dan cepat.
Contoh:
Bunyi gong – berjalan dan
menghayunkan tangan.
Bunyi loceng – berjalan berjingkit
– jingkit dengan berhati – hati.
Bunyi kereta bomba – berjalan
dengan tergopoh – gapah dengan
rasa cemas
Bunyi burung berkicau –
gerakan lakuan burung terbang
dengan rasa riang
Bunyi muzik instrumental –
menggerakkan anggota badan
sambil merasai detik dan mud
muzik.
3. Guru menyuruh murid – murid
Nilai: Patuh, bekerjasama
ABM: LCD, Alat perkusi
Gong
Loceng
Kereta bomba
menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
sambil merasai detik lagu dengan
bertepuk tangan.
Murid – murid menyanyikan sambil
bertepuk tangan mengikut detik lagu
“Bapaku Pulang.”
4. Guru memberi tumpuan kepada
tepukan murid – murid mengikut
corak irama lagu yang dimainkan.
Burung
Muzik instrumental
Langkah 2
(10 minit)
Meneroka corak
irama dan tempo
melalui permainan
alat muzik dan
anggota badan.
1. Guru menyuruh murid untuk
meneroka dan merasai pelbagai
kesan bunyi dengan menggunakan
anggota badan yang lain seperti:
Memetik jari
Menghentak kaki
Murid meneroka bunyi yang dihasilkan
melalui aktiviti memetik jari dan
menghentak kaki .
2. Guru mengedarkan kayu tik tok
Nilai : Prihatin, patuh,
bekerjasama
ABM : LCD, kayu tik tok,
carta
kepada sekumpulan murid dan
menyuruh murid mendengar serta
mengulang kembali permainan alat
muzik yang dimainkan oleh guru
mengikut:
Tempo yang sesuai
Bunyi yang seimbang
Murid mendengar dan meniru
perbuatan guru dengan bermain kayu
tik tok dengan tempo dan bunyi yang
sama.
3. Guru membahagikan murid – murid
kepada dua kumpulan dan
menyuruh mereka meneroka gaya
pergerakan dari alam mengikut
ransangan corak irama dan tempo
yang dimainkan dengan
menggunakan kayu tik tok dan juga
anggota badan.
Kumpulan 1 : Membuat pergerakan
sambil main kayu tik tok mengikut corak
irama dan tempo yang dimainkan oleh
guru
Kumpulan 2 : Membuat pergerakan
dan hasilkan bunyi melalui anggota
badan mengikut corak irama dan tempo
yang dimainkan oleh guru.
Murid meneroka pergerakan dengan
menggunakan kayu tik tok dan
anggota badan dalam kumpulan
masing – masing.
Penutup
( 5 minit )
Persembahan
kumpulan dan kuiz
muzikal.
1. Guru menyuruh kumpulan –
kumpulan mempersembahkan hasil
kumpulan masing – masing mengikut
iringan muzik yang telah dipilih.
Murid mempersembahkan hasil
penerokaan mereka bersama
kumpulan masing – masing.
2. Guru mengadakan sesi soal jawab
yang ringkas bersama murid – murid.
Murid bertanyakan soalan kepada guru
tentang pembelajaran pada hari ini.
3. Guru bersama dengan murid
menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”
sambil membuat pelbagai gaya
gerakan.
Murid bersama guru menyanyikan lagu
“Bapaku Pulang” dengan gerakan
yang telah mereka terokai sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran
pada hari ini.
Nilai: Peka, prihatin
ABM: slaid