my recipe

5
Biskut Famous Amos Bahan A 1/4 cawan gula kaster 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan mentega (~+75 gm) 1/2 cawan minyak jagung 1 biji telur gred B 1/4 sk garam 1/2 sb susu segar @ susu tepung 1/2 sk vanilla extract Bahan B 2 cawan tepung gandum (di ayak) 1 sb serbuk koko (di ayak) 1 sb tepung jagung (di ayak) 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon) 1/2 sk soda bikarbonat 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari) 1 cawan semi sweet chocolate chips Cara cara: Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring. Nota: 1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji) 2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair. Biskut Cornflakes Madu Oleh: Azie Kitchen Bahan-bahan ( 50-60 biji ) 4 cawan Cornflakes

Upload: mohdroslizansaad

Post on 05-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

umum

TRANSCRIPT

Biskut Famous Amos

Bahan A1/4 cawan gula kaster1/2 cawan gula perang1/2 cawan mentega (~+75 gm)1/2 cawan minyak jagung1 biji telur gred B1/4 sk garam1/2 sb susu segar @ susu tepung1/2 sk vanilla extract

Bahan B2 cawan tepung gandum (di ayak)1 sb serbuk koko (di ayak)1 sb tepung jagung (di ayak)1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)1/2 sk soda bikarbonat1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara: Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Biskut Cornflakes MaduOleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )4 cawan Cornflakes cawan madu cawan mentegaPapercup secukupnyaSprinkles sebagai hiasanCeri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.Puding Roti Nur QasehBahan bahan:6 keping roti Gardenia - potong cube2 cawan susu segar1/2 cawan gula kaster1 sudu besar mentega1/4 sudu kecil garam2-3 biji telur - pukul ringan1 sudu kecil esen vanillaSedikit kismisSedikit serbuk kayu manis

Cara cara:Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.

Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan -Bahan Biskut Semperit Rangup Buttercup 375g (1 blok ) Tepung gandum 1 cawan Tepung kastard 1cawan Teung jagung 2 cawan Kuning telur 3 biji Esen vanilla 1 sudu kecil Gula 1 1/2 cawanCara-CaraBuatBiskut Semperit Rangup Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang ) Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm mentega9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )3 oz / 1 cawan tepung jagung4 oz / 1 cawan gula aising1 biji kuning telorBadam biji di panggang secukupnyaBadam cincang untuk hiasanCoklat masakan secukupnyaMangkuk kertas/ paper cup warna hitam yang paling sesuaiSedikit minyak jagungCara-cara penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji biji.7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

BISKUT MAMA CAREYBy : Kak Wan

200 gm mentega100 gm gula Kastor1 biji kuning telur1 sudu teh esen Vanilla

Bahan Di ayak260 gm tepung red rose atau tepung gandum50 gm tepung jagung50 gm susu tepung

Pukul mentega dan gula hingga sebati.Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul. Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tanganMasukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

Panaskan oven pada suhu 150 CSediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikanKeluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekatTerap dengan acuan pilihanSusun di atas dulang pembakarBakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masakKemudian biarkan ia sejuk.

Sekarang kita sediakan icing

Icing 1 biji putih telur1 sudu besar tepung jagung90 gm gula icing

Pukul putih telur hingga kembangMasukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likatMasukkan adunan dalam piping bag.

Paipkan icing atas biskut tadiUntuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihanAtau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagiSejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak

Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.lagi satu pastikan suhu oven bertepatan