recipe collection 29

18
Resipi Kek Biasan Pelangi atau Rainbow Cake Diterjemah dari: Resipi kek: Epicurious.com Resipi frosting: Martha Stewart Saiz hidangan: 8-10 orang Bahan-bahan: Adunan kek: 2 1/4 cawan tepung kek 1 cawan susu segar, pada suhu bilik 6 telur putih (3/4 cawan), pada suhu bilik 1 sudu kecil ekstrak almond 1 sudu kecil ekstrak vanilla 1 3/4 cawan gula 4 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil garam 160 gram besar butter (tanpa garam), lembut pada suhu bilik Pewarna makanan: merah, oren, kuning, hijau, biru, dan purple Adunan frosting: 1 1/4 cawan gula 5 telur putih, saiz besar 500 gram butter (tanpa garam), dipotong dadu bersaiz 1 sudu besar setiap satu dan dibiarkan lembut pada suhu bilik 1 sudu kecil esen vanila 250 gram coklat putih, dicairkan dan disejukkan BAHAN UNTUK TOPPING; 1 KOTAK WHIPPING CREAM 3 sudu besar GULA Cara-cara: 1. Panaskan oven kepada suhu 175 0 C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci dengan menggris sedikit butter diseluruh permukaan, kemudian dialas dengan kertas pembakar. Ketepikan. 2. Satukan susu, putih telur, ekstrak almond dan esen vanilla ke dalam bekas yang bersesuaian dan kacau sebati dengan menggunakan garfu. 3. Campurkan tepung kek, gula, baking powder dan garam di dalam mangkuk pengadun dan pukul dengan menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan sederhana. 4. Tambahkan pula butter dan pukul lagi pada kelajuan sederhana sehingga bahan kering dan basah bercampur sepenuhnya. Pada ketika ini, adunan mempunyai tekstur seperti crumbs.

Upload: sal-lie

Post on 20-Jul-2015

48 views

Category:

Food


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Recipe collection 29

Resipi Kek Biasan Pelangi atau Rainbow Cake

Diterjemah dari:

Resipi kek: Epicurious.com

Resipi frosting: Martha Stewart

Saiz hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:

Adunan kek:

2 1/4 cawan tepung kek

1 cawan susu segar, pada suhu bilik

6 telur putih (3/4 cawan), pada suhu bilik

1 sudu kecil ekstrak almond

1 sudu kecil ekstrak vanilla

1 3/4 cawan gula

4 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil garam

160 gram besar butter (tanpa garam), lembut pada suhu bilik

Pewarna makanan: merah, oren, kuning, hijau, biru, dan purple

Adunan frosting:

1 1/4 cawan gula

5 telur putih, saiz besar

500 gram butter (tanpa garam), dipotong dadu bersaiz 1 sudu besar setiap satu dan dibiarkan

lembut pada suhu bilik

1 sudu kecil esen vanila

250 gram coklat putih, dicairkan dan disejukkan

BAHAN UNTUK TOPPING;

1 KOTAK WHIPPING CREAM

3 sudu besar GULA

Cara-cara:

1. Panaskan oven kepada suhu 1750C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci dengan menggris

sedikit butter diseluruh permukaan, kemudian dialas dengan kertas pembakar.

Ketepikan.

2. Satukan susu, putih telur, ekstrak almond dan esen vanilla ke dalam bekas yang

bersesuaian dan kacau sebati dengan menggunakan garfu.

3. Campurkan tepung kek, gula, baking powder dan garam di dalam mangkuk pengadun

dan pukul dengan menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan sederhana.

4. Tambahkan pula butter dan pukul lagi pada kelajuan sederhana sehingga bahan kering

dan basah bercampur sepenuhnya. Pada ketika ini, adunan mempunyai tekstur seperti

crumbs.

Page 2: Recipe collection 29

5. Ketepikan 1/2 cawan daripada campuran susu, putih telur dan ekstrak-ekstrak tadi,

dan tuangkan bakinya ke dalam adunan tepung. Pukul pada kelajuan medium selama

1 1/2 minit. Kemudian, masukkan 1/2 cawan campuran susu yang diketepikan tadi

dan pukul lagi selama 30 saat. Berhentikan proses mengadun seketika dan kaup

(scrap) adunan kek di bahagian tepi mangkuk pengadun dan gaul rata bersama adunan

yang lain. Pukul lagi pada kelajuan medium selama 20 saat.

6. Bahagikan adunan sama rata kepada 6 bahagian. Tambahkan pewarna secukupnya

kepada setiap bahagian dan kacau sebati.

7. Masukkan setiap adunan kek ke dalam loyang yang berasingan dan bakar selama 15-

25 minit atau sehingga kek masak. Kek boleh diperiksa dengan mencucuk satu lidi

halus di bahagian tengah kek. Jika tiada sebarang adunan yang melekat pada lidi yang

ditarik keluar, bermakna kek telah pun masak. Jika perlu, kek boleh di bakar secara

bergilir gilir.

8. Rehatkan kek selama 3 minit di dalam loyang sebelum di keluarkan. Sejukkan

sepenuhnya kek di atas redai kek.

9. Setelah semua kek siap dibakar, sediakan pula adunan frosting.

10. Masukkan gula dan putih telur ke dalam mangkuk tahan panas. Dengan menggunakan

kaedah double boiler, panaskan campuran sehingga semua gula mencair dan suhu

600C di capai. Campuran hendaklah di kacau selalu. Periksa suhu dengan

menggunakan termometer yang bersesuaian.

11. Kemudian, pindahkan campuran ke dalam mangkuk pengadun. Pukul pada kelajuan

medium (atau tinggi) selama 10 minit, sehingga adunan menjadi kembang. Teruskan

proses tersebut sehingga adunan menjadi berkilat dan stiff peaks muncul (bertanduk).

12. Rendahkan kelajuan kepada perlahan (atau medium), dan tambahkan butter yang

dipotong kecil tadi satu persatu. Pukul sebati selepas setiap kali tambahan butter.

Kemudian, masukkan pula esen vanila dan coklat putih yang dicairkan dan

disejukkan. Pukul sebati. Ketepikan sehingga digunakan nanti.

13. Proses menyusun dan menghias kek boleh dilakukan apabila kek telah sejuk

sepenuhnya.

14. Dengan menggunakan pisau yang bersesuaian, potong bahagian atas kek supaya

permukaannya menjadi rata dan cantik. Letakkan lapisan kek berwarna purple sebagai

lapisan yang pertama, di atas cake stand. Letakkan 1/2 cawan frosting yang

disediakan tadi di atas lapisan kek tersebut dan ratakan diseluruh permukaannya

dengan menggunakan spatula. Ulangi proses tersebut dengan menggunakan lapisan

kek bewarna biru, hijau, kuning, dan oren.

15. Letakkan lapisan merah sebagai lapisan terakhir dalam posisi bottom-side up.

Bersihkan permukaan kek daripada lebihan crumbs yang tidak diperlukan. Ambil

sedikit frosting dan buat satu lapisan nipis di diseluruh permukaan dan bahagian tepi

kek. Sejukkan kek di dalam peti ais selama 30 minit.

16. Akhirnya, gunakan lebihan frosting tadi untuk diratakan diseluruh permukaan dan

bahagian tepi kek. Gunakan spatula bersaiz besar untuk tujuan ini. Sejukkan kek di

dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong.

AGAR-AGAR PELANGI INDAH

(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)

Bahan A

20 gm serbuk agar-agar

Page 3: Recipe collection 29

340 gm gula pasir

1725 ml air

6-8 helai daun pandan

Bahan B

20 gm serbuk agar-agar

340 gm gula pasir

1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)

- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..

1 sudu teh garam

Bahan C

Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)

Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

Cara-Cara

Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang

sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru

dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras,

lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-

agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan

mudah bila dibancuh dgn pewarna.

Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak

dihidangkan dalam keadaan dingin.

Contoh Lapisan:

LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN

LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG

LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN

LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG

LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN

LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG

LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN

LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG

LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN

LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

Page 7: Recipe collection 29

Raibow Cake

226 g butter, room temp

426 g sugar (tia kurangkan jadi 400 g)

5 telur putih, room temp

1 sudu kecil vanilla

426 g tepung gandum

1 tsp baking powder

½ sudu kecil garam

355 ml susu segar, room temperature

1. Panaskan oven 160C.

2. Sediakan loyang 6 inci yang dilapik dengan kertas pembakar.

3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

4. Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna pucat.

5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit.

6. Masukka esen vanila.

7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga

dengan tepung. Kacau sehingga sebati.

8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. *tia bahagikan 3 senduk kecil setiap 6

bahagian ikut cara masing masing nak bahagikan macam mana * :)

9. Bakar dalam oven untuk 25 minit bagi setiap loyang. *ni ikut oven tia*

Italian Meringue Buttercream

120 ml air

430 g gula castor

7 biji putih telur

680 g unsalted butter *tia guna salted butter mcm ibu cergas jugak* haha!

1 sudu kecil vanilla extract

1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.

2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api

sehingga mendidih untuk 7 minit.

3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang

tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu

sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang

panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.

4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama

sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama.10 ke 15 minit.

Page 8: Recipe collection 29

ni hasil rainbow cake ibu cergas. warna rainbow dia lawaaaa! i is jelly :(

lawa kan? kannn? picture from HERE.

3 cawan tepung gandum 430gm

4 sdk baking powder

1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab

manis300gm 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik375ml pewarna - ikut suka Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter

Panaskan oven pada suhu 170C

Page 9: Recipe collection 29

Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~

ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .

Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila

Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai

dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata Masukkan dalam loyang

Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan

Page 10: Recipe collection 29

api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. (Saya guna api atas bawah berkipas. Loyang letak rak paling bawah. Bakar semalam 20 min setiap satu)

Bila dah masak letak atas redai Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian

terbalikkan Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan

Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat

antara satu sama lain.

Cream Cheese Frosting

250g cream cheese

3 sudu besar butter

Gula kastor secukupnya (terpulang citarasa sendiri, nak manis

atau kurang manis)

3 sudu besar susu segar

1 sudu kecil sunquick (saya lebihkan sedikit untuk rasa yg

lebih masam)

Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan butter. Kemudian gula. Pukul sebati.

Masukkan susu segar & sunquick. Pukul hingga kemban Antara kek2 yg dideco ...

RESEPI BUTTERCREAM

Bahan-bahan :-

1cwn krimwell / butter

Page 11: Recipe collection 29

- 1cwn shortening

- 2cwn gula icing

- 2sdb ssu pekat

Cara-cara :

- mix sebati semua bahan....boleh dilepa pada kek & deco

INFO & TIPS

nak wat buttercream ni banyak cara....yang saya nak kongsikan ni..salah satu caranya...

A) - 50g krimwell (boleh ganti dengan butter/marjerin...tapi hasil tidak seputih penggunaan

krimwell)

- 50g shortening ( lemak sayur )

**...mix sebati & gebu dua benda ni...kendian baru masukkan...

- 100g gula icing (ayak dulu)

...boleh juga digantikan dengan syrup gula

- 2sdb susu pekatB)

- atau cam ni....

20ml air...masukkan dlm mangkuk mixer...

- masukkan 250g gula icing sikit2 dlm air tu sambil kacau ngan sudu

- dah sebati sume baru masukkan yg lain cam kat atas tu...krimwell & shortening

**mix lagi sebati & ringan....boleh warnakan ikut suka hati...adunan ni boleh dilepa pada kek...

****..untuk deco roses & apa2 saja pada kek...adunan gula icing mesti digandakan...ini untuk

mendapatkan deco yg sharp & cantik...roses senang dibentuk...x mudah lembik

**** untuk dibawa kek yg dah dideco ngan BC ni dalam perjalanan jauh...dan untuk elak icing

cair....saya syorkan guna krimwell + shortening....jgn lupa gula icing lak...i

**tips untuk licinkan permukaan kek yg dah dilepa-celupkan spatula dlm air pns...lap kering...lepa

kek cam biasa....tp jika BC anda guna butter...cara ini tidak berkesan...cara ni sesuai untuk krimwell

sahajaharap membantu....

Resepi : Bahan Fondant 100g shortening

15gm gelatin

60ml air 100gm cecair glukos

50ml glycerine

100gm gula ising

Kesemua bahan di atas ada dijual di Pandan Pusat Bekalan Bakeri Shah Alam/Mydin Mall, USJ

Kukus air bersama gelatin

Page 12: Recipe collection 29

Masukkan glukos bersama shortening. Kacak sehingga menjadi cair Masukkan glycerine dan gula ising sedikit demi sedikit dan kacau rata

Putar hingga menjadi doh dan masukkan pewarna mengikut citarasa

Again, HAPPY TRYING!

resh Cream

kakliza dapat soalan dalam emel..

Apakah Fresh Cream? Adakah sama dengan whipping cream?

setelah mencari dan membuat penyelidikan kakliza dapati..

Page 13: Recipe collection 29

Di negara kita,fresh cream yang digunakan untuk menyalut kek dikenali sebagai Non-Dairy Whipping

Cream (Krim Putar Bukan Tenusu) .Bahan ini ada dijual di kedai-kedai bahan kek dalam kotak 1 liter

dan terdapat dalam bermacam jenama seperti Bakers Mix,Trans,Anchor dan lain-lain.Krim ini

bewarna putih dan rasanya sudah manis, tidak perlu ditambah gula lagi. Untuk mendapatkan

keterangan lebih lanjut mengenai Dairy dan non dairy whipping cream, sila ke label aising atau label

tip dan panduan. Ada jenis yang dibekukan dan ada yang tidak perlu dibekukan. Jika anda

menggunakan jenis yang dibekukan, nyah-bekukan ia pada suhu bilik beberapa jam sebelum diputar.

Krim segar hendaklah diputar dalam keadaan ia masih sejuk supaya ia mudah kembang. Tuangkan

krim kedalam mangkuk adunan dan kuantitinya tidak melebihi 20 peratus dari saiz mangkuk. Ini

untuk memudahkan proses mengembang.Jika dimasukkan terlalu banyak, ia akan melimpah

keluar.Putar dengan kelajuan sederhana menggunakan alat whisk (bulat) sehingga kembang dan

kental.Jangan terlalu lama dipukul kerana ia akan menjadi kasar,kering dan susah disapukan pada

kek. Krim ini boleh dibuat filling dan juga menyalut kek. Kek yang bersalut krim segar perlu disimpan

dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.Keluarkan hanya apabila hendak dipotong. Di dalam

peti sejuk, ia tahan 4 - 5 hari. Contoh kek menggunakan topping fresh cream ialah Black Forest Cake,

Blueberry Cake dan sebagainya.

1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan. Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam

mangkuk adunan.

2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.

3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya

mudah diputar dan tidak terlalu penuh.

4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat) selama 5 minit sehingga terbentuk

puncak yang lembut(berekor).

5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek

Page 14: Recipe collection 29

dan tekstur krim menjadi kasar.

6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga

ia menjadi lembut.

7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.

8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila

hendak menghidang.

9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk.Kacau semula

adunan apabila hendak digunakan.

10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.

11.Sebaiknya,kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim

tidak mudah rosak.

sumber dari :

http://resipinoraini.blogspot.com/search/label/ai

Page 15: Recipe collection 29

ciz kek...resepi pada pic sebelum ni...menggunakan 6biji telur

• Bahan A:

• 250g cream cheese

• 50g butter

• 100 ml susu segar (fresh milk)

• 6 biji kuning telur

• 1 sdb jus lemon

• 1/4 sdk garam

• 60g tepung kek / tepung superfine

• 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

• Bahan B:

• 140g gula pasir (granulated sugar)

• 6 biji putih telur

• 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara-

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler(atas api kecil pun

boleh smbil kacau dgn whisk). Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.

- Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/c td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam &

jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj)-sy guna

whisk..

2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).

Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.

4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn

kertas baking. Tuang adunan kek dlm loyang.

5. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara bain-marie (waterbath), pd 160*c..caranya loyng besar

cikit ltk air panaskan dlm oven sekejap,dn masukkan loyang adunan yg nk dibakar tadi dlm

loyang yg berisi air.....guna api bawah shj..5 mnt takhir api atas bwh(jika dh nmpk kuning kt

permukaan tk perlu api atas,cucuk..masak ttup oven..

Page 16: Recipe collection 29

Like · · Share · 1562937 · about an hour ago ·

Kek Span Pelangi Resepi Asal: [email protected]

Olahan:[email protected]

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong

150g gula halus

5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji

1 sudu besar ovelette

80ml susu segar

80ml mentega cair/minyak sayuran

1 sudu teh serbuk penaik

Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

Page 17: Recipe collection 29

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x

tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:

1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan. 2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi 3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga

kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit) 4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu

sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c. 5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan

ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah 6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper. 7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek

masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.

8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah. 9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba! 10. Resepi dari halaman Kak Ros

11. Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )

12. Slice Cheese Cake

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)

200 ml susu segar

70 gram butter atau marjerin

70 gram tepung gandum (diayak dahulu)

70 gram gula

4 biji telur saiz M

beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

13. 2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair.

kacau sentiasa.

14. 3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

15. 4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi

meringue.

16. 5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan

cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak

berketul.

17. 6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa

titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan

marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

Page 18: Recipe collection 29

18. 7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40

minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang

pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

19. 8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi

mencubanya.

20. Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah

dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara

bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.