my final touch

9
Bilangan Jurnal : 1 Minggu Praktikum : 1 Tarikh Peristiwa: 22 Jun 2015 - 26 Jun 2015 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK !ngK!lud Pertama kali menda"at tahu sa#a dan semua rakan-rakan #ang lain "erlu menjalan "raktikum selama se$ulan "ada semester lima hati sa#a terasa seakan $erde$ar- de$ar dan juga terasa tidak sa$ar lagi untuk $ertemu dengan murid-murid sek!la Se$elum ini sa#a $erangga"an $ahawa menjadi guru sek!lah rendah senang unutk melaksanakan "r!ses "engajaran teta"i ru"a-ru"an#a sangkaan sa#a meleset sama sekali% Setelah sa#a "elajari segala ilmu dan juga te!ri di &nsititut Pergurua Kent selama $e$era"a semester $arulah sa#a tahu $ahawa mengajar di sek!lah rendah memerlukan sese!rang guru itu mem"un#ai kemahiran #ang tinggi dalam "r!ses melaksanakan "r!ses "engajaran dan "em$elajaran agar da"at mena minat murid dalam mengikuti "r!ses "engajaran dan "em$elajaran dalam darjah% 'ati sa#a $egitu $erde$ar-de$ar menantikan ti$an#a saat-saat untuk sa#a menjalani latihan "raktikum di sek!lah selama se$ulan% Sa#a (u$a gaga kuatkan semangat sa#a untuk le$ih $ersemangat dalam $erjuang untuk mendidik anak $angsa sa#a dan juga demi negara% 'ari ini meru"akan hari "ertama sa#a da juga "asangan sa#a datang ke sek!lah ini untuk mela"!rkan diri se$ag "elatih dalam menjalani latihan "raktikum setelah $e$era"a semster kami didedahkan dengan ilmu dan juga te!ri-te!ri "engajaran "erguruan di & Segala ilmu #ang sa#a "er!lehi dan tuntuti selama $e$era"a semester #ang le"as di &P)KK akan diuji sejauhmana sa#a da"at menga"likasikan segala ilmu #ang tel di"elajari dalam "elaksanaan "r!ses "engajaran dan "em$elajaran #ang se$enar d sek!lah% 1

Upload: adeng120284

Post on 02-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal:1Minggu Praktikum:1Tarikh Peristiwa:22 Jun 2015 - 26 Jun 2015Tajuk Jurnal:Minggu Pertama di SK NongKolud

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani praktikum selama sebulan pada semester lima hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang unutk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Kampus Kent selama beberapa semester barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama sebulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga pasangan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah beberapa semster kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPGKK. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama beberapa semester yang lepas di IPGKK akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 6.30 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan sekolah selama seminggu setiap semester yang lepas. Jadi, saya gunakan pengalaman yang lepas untuk hadir awal ke sekolah. Namun begitu hati saya turut berasa berdebar kerana praktikum ini adalah praktikum yang pertama. Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis perhimpunan mingguan di tapak perhimpunan.

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah diberikan jadual waktu. Sebelum kami memulakan sesi pengajaran, saya dan pasangan dikehendaki berpecah untuk dua sesi, iaitu seorang sesi pagi dan seorang sesi petang. Memandangkan sekolah tersebut sudah menganjalkan jadual, kami terpaksa akur dengan jadual waktu yang telah ditetapkan. Setelah berbincang dengan rakan praktikum, saya akan mengajar sesi pagi manakala rakan saya ke sesi petang. Guru penolong kanan telah memberi 8 waktu masa mengajar seminggu. Saya mengajar dua kelas tahun empat dan dua kelas tahun lima.

Pada hari pertama saya masuk kelas, saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal. Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Dengan berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman saya praktikkan balik dalam membantu diri sendiri untuk mengawal kelas. Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai pelbagai karenah dan ragam. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya dengan sesama murid.

Dalam tempoh kurang dari seminggu juga saya berkenalan dengan guru-guru di sekolah terutamanya guru pembimbing saya. Banyak juga telah dibincangkan dan pelbagai perancangan juga saya rancangkan sebelum memulakan sesi pengajaran.

Pada jam 1250 tengahri kami pulang selepas selesai sesi p dan p waktu pagi.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Nama: Pn. Sarulin GarongotTarikh: 26 Jun 2015Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing:

Nama: Cik Hafiza SaadTarikh: 26 Jun 2015

1

Bilangan Jurnal:2Minggu Praktikum:2Tarikh Peristiwa:29 Jun 2015 - 3 JuLai 2015Tajuk Jurnal:Pengurusan Bilik Darjah1. MasalahPada minggu ini,saya telah meneruskan pengajaran saya. Saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid-murid saya sentiasa lupa membawa peralatan dan bahan yang telah di pesan. Kekurangan peralatan ini akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar kerana murid yang tidak membawa peralatan akan mengganggu rakan yang lain semasa aktiviti di jalankan.

2. AnalisisPerkara ini mungkin berlaku kerana kelemahan saya dalam menguruskan peralatan dan mengharapkan murid membawa peralatan dan bahan yang telah dipesan. Selain itu, ini juga mungkin disebabkan oleh kelemahan saya dari segi persediaan pengajaran. Kurang persediaan secukupnya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Cadangan PenyelesaianBagi mengatasi masalah ini, saya perlu menyediakan bahan dan peralatan dengan jumlah yang secukupnya untuk kelas. Saya juga telah berbincang dengan guru pembimbing dan minta pandangan terhadap penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Saya berusaha menyediakan peralatan cukup dan lengkap supaya semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang akan dilaksanankan.

4. Tempoh MasaMemandangkan masih terdapat lagi kelas yang di ajar tajuk yang sama, saya menyediakan semuanya sebelum tibanya masa kelas tersebut.

5. Penyelesaian MasalahSaya akan membuat penilaian melalui pengajaran pada minggu ini. Saya juga akan meminta pandangan guru pembimbing mengenai persediaan mengurusan peralatan yang telah dilakukan.

6. Tindakan SusulanPada masa akan datang, saya akan lebih bersedia dan membuat perancangan lebih teliti agar murid akan lebih rasa seronok dan dapat menarik minat minat mereka di samping dapat melibatkan semua murid dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

Bilangan Jurnal:3Minggu Praktikum:2Tarikh Peristiwa:29 Jun 2015 - 3 JuLai 2015Tajuk Jurnal:Pengurusan Bilik Darjah1. MasalahSebelum melaksanakan sesi aktiviti Ekspresi Kreatif, guru telah mengagihkan bahan dan peralatan kepada murid. Murid-murid berebut dan menyebabkan keadaan kelas bising dan mengganggu kelas lain. Tambahan pula masa tidak mencukupi.

2. AnalisisPerkara ini mungkin berlaku kerana kelemahan saya dalam menguruskan peralatan dan bahan untuk diberikan kepada murid. Ini kerana saya memberikan peralatan dan bahan kepada murid secara rawak, dan memakan masa yang lama.

3. Cadangan PenyelesaianSaya menyelesaikan masalah dengan menyediakan satu kotak setiap kumpulan. Setiap kotak tersebut mengandungi alat dan bahan yang digunakan dan ia mencukupi untuk setiap murid.

4. Tempoh MasaMasalah tersebut saya boleh selesaikan dan membuat persediaan sebaiknya sehari sebelum aktiviti dilaksanakan.

5. Penyelesaian MasalahSaya akan membuat penilaian melalui pengajaran pada minggu ini. Saya juga akan meminta pandangan guru dan pensyarah pembimbing mengenai persediaan mengurusan peralatan yang telah dilakukan.

6. Tindakan SusulanPada masa akan datang, saya akan lebih bersedia dan membuat perancangan lebih teliti agar murid akan lebih rasa seronok dan dapat menarik minat minat mereka di samping dapat melibatkan semua murid dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Nama: Pn. Sarulin GarongotTarikh: 3 Julai 2015Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing:

Nama: Cik Hafiza SaadTarikh: 3 Julai 2015

Bilangan Jurnal:4Minggu Praktikum:3Tarikh Peristiwa:6 Julai 2015 - 10 JuLai 2015Tajuk Jurnal:Penutup1. MasalahPada minggu ini,saya telah meneruskan pengajaran saya. Saya telah mendapati bahawa sesi apresiasi dan penutup dalam pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya juga merasakan matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sesi pengajaran tidak sempurna sehingga ke penghujung waktu.

2. AnalisisPerkara ini mungkin berlaku kerana mungkin aktiviti untuk sesi apresiasi terlalu banyak sehinggakan untuk penutup saya merasakan masa tidak mencukupi. Tambahan pula waktu pendidikan seni di dalam jadual adalah sebelum rehat dan sebelum balik, ia mempengaruhi dalam kegagalan membuat penutup dengan baik kerana murid-murid sekolah akan bergegas keluar kelas apabila mendengar loceng dibunyikan menandakan waktu rehat atau balik. Keadaan ini agak tidak terkawal.

3. Cadangan PenyelesaianBagi mengatasi masalah ini, saya perlu mengurangkan aktiviti semasa sesi apresiasi dengan memfokuskan kepada dua atau tiga sahaja aktiviti dengan strategi dan teknik yang sesuai. Saya juga telah berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenai pengurusan masa yang tepat supaya semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

4. Tempoh MasaMemandangkan ini minggu terakhir saya berada di sekolah ini, saya mengambil peluang untuk membuat yang terbaik serta membuat perancangan dan pengurusan masa dengan lebih berkualiiti.

5. Penyelesaian MasalahSaya akan membuat penilaian melalui pengajaran pada minggu ini. Saya juga akan meminta pandangan pensyarah pembimbing mengenai persediaan mengurusan masa yang berkualiti dan keberksanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6. Tindakan SusulanPada masa akan datang, saya akan lebih bersedia dan membuat perancangan lebih teliti agar dapat menarik minat murid dan suasana kelas lebih seronok serta dapat melibatkan semua murid di dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Nama: Pn. Sarulin GarongotTarikh: 10 Julai 2015Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing:

Nama: Cik Hafiza SaadTarikh: 10 Julai 2015