fiqh munakahat poligami

26
1.0.PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia- mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang- orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat menyiapkan kerja kursus, Fiqh Munakahat dalam tajuk Poligami Mengikut Perspektif Agama dan Pengamalannya di Malaysia tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang banyak memberi penulis input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya. Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga [1]

Upload: azlan-yusof-punding

Post on 05-Jul-2015

1.430 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqh Munakahat Poligami

1.0.PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,

selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan

utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang

mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan

kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa

mencari ilmu Allah S.W.T.

Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat

menyiapkan kerja kursus, Fiqh Munakahat dalam tajuk Poligami Mengikut Perspektif Agama

dan Pengamalannya di Malaysia tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan,

rujukan, masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas

bagi menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi

iaitu Ustazah Syaripah Nazirah binti Syed Ager. Penulis amat menghargai bantuan beliau

yang banyak memberi penulis input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya

dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang

sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan

seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam

melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk

berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung

penghargaan juga diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga

penulis dapat menyiakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini

dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi

insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis

termampu.

[1]

Page 2: Fiqh Munakahat Poligami

2.0.PENGENALAN

Islam adalah satu cara hidup. Ianya juga merupakan agama fitrah yang mengiktiraf

kepelbagaian keperluan dan kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Fitrah manusia itu

sendri diciptakan adalah berpasang-pasangan. Berasaskan kepada keadaan inilah Islam

membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun sejak sebelum

kedatangan Islam lagi sehinggalah kepada kedatangan Islam. Yang membezakan antara

kedua-dua masa tersebut adalah dari segi pengamalannya sahaja. Bagi memastikan amalan

poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya,

Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum

ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa

seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi

empat orang. Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan

manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan

perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan

kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di

akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton

ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga

masyarakat. Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang

utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara seorang lelaki

dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan

beberapa orang wanita pada satu-satu masa. Islam mensyariatkan amalan poligami ini adalah

disebabkan oleh beberapa faktor yang akan dikupas dengan lebih lanjut didalam penulisan ini.

Pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi daripada pengamalan poligami dalam kehidupan

seharian ini justeru menyeimbangkan kehidupan individu dan masyarakat sekeliling. Isu

poligami sering menimbulkan “pro” dan “kontra” di dalam masyarakat termasuk di kalangan

umat Islam. Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala

kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu topik

ini cuba dikupas dengan melihat konsep poligami mengikut hukum syarak dan

perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.

[2]

Page 3: Fiqh Munakahat Poligami

3.0.POLIGAMI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

3.1.PENGERTIAN POLIGAMI

Poligami dari sudut bahasa membawa maksud memiliki ramai isteri. Menurut pengertian

syarak pula poligami membawa maksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang sehingga

mempunyai empat isteri dalam satu masa.1 Dalam antropologi sosial, poligami merupakan

praktik pernikahan kepada lebih daripada satu isteri sekaligus pada satu masa yang sama.2

Manakala menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka halaman 1222, poligami membawa

maksud sebagai amalan beristeri lebih daripada satu dalam satu masa yang sama.

3.2.BENTUK POLIGAMI SECARA UNIVERSAL

Terdapat tiga bentuk poligami. Antaranya iaitu :

Poligini (seorang lelaki memiliki beberapa isteri sekaligus dalam masa yang sama).

Poliandri (seorang wanita memiliki beberapa suami sekaligus dalam masa yang sama).

Pernikahan kelompok (bahasa Inggeris : group marriage) iaitu kombinasi poligini dan

poliandri).

Ketiga-tiga bentuk poligami tersebut ditemukan dalam sejarah, namum poligini merupakan

bentuk yang paling umum terjadi. Walaupun poligami diperbolehkan dalam beberapa

keadaan, poligami tetap ditentang oleh sebagian kalangan atau kumpulan. Terutamanya

adalah kaum feminis menentang poligini, kerana mereka menganggap poligini sebagai bentuk

penindasan kepada kaum wanita.3

1)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227.2)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami3)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami

[3]

Page 4: Fiqh Munakahat Poligami

3.3.POLIGAMI MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA

Mengikut perspektif agama, terdapat sesetengah agama yang membenarkan mengamalkan

amalan poligami dan ada yang menentang amalan tersebut secara total. Antara perbahasan di

dalam agama berkaitan dengan poligami adalah seperti berikut :

Hindu

Baik poligini maupun poliandri dilakukan oleh sekalangan masyarakat Hindu pada

zaman dulu. Hinduisme tidak melarang mahupun menyarankan poligami. Pada

praktikalnya dalam sejarah, hanya raja dan kasta tertentu yang boleh melakukan

poligami.

Yahudi

Walaupun kitab-kitab kuno agama Yahudi menandakan bahawa poligami dibenarkan,

namun terdapat berbagai kalangan Yahudi yang kini melarang amalan poligami

tersebut.

Kristian

Gereja-gereja Kristian umumnya seperti Protestan, Katolik, Ortodoks, dan lain-lain

menentang amalan poligami. Namun beberapa gereja membenarkan poligami

berdasarkan kitab-kitab kuno agama Yahudi. Gereja Katolik menyemak semula

pandangannya sejak masa Paus Leo XIII pada tahun 1866 yakni dengan melarang

poligami yang berlaku hingga sekarang.

Mormon

Penganut Mormon pimpinan Joseph Smith di Amerika Syarikat sejak tahun 1840-an

hingga sekarang mempraktikkan amalan poligami, bahkan hampir mewajibkan

poligami. Tahun 1882 Mormon memprotes keras undang-undang anti-poligami yang

dibuat kerajaan Amerika Syarikat. Namun amalan ini rasmi dihapuskan ketika Utah

memilih untuk bergabung dengan Amerika Syarikat. Sejumlah gerakan sempalan

Mormon sampai kini masih mengamalkan poligami.4

4)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami

[4]

Page 5: Fiqh Munakahat Poligami

Islam

Islam pada dasarnya, Islam membenarkan seorang lelaki beristeri lebih dari satu

(poligami). Islam membenarkan seorang lelaki beristeri sehingga empat orang isteri

dengan syarat suami harus dapat berbuat adil terhadap semua isterinya. Poligami

dalam Islam baik dalam undang-undang mahupun amalan, diterapkan secara berbeza-

beza di tiap-tiap negara dengan majoriti penduduk beragama Islam. Di Indonesia

sendiri terdapat undang-undang yang memperketatkan peraturan poligami untuk

pegawai negeri, dan sedang dalam perancangan untuk dikuatkuasakan kepada awam

secara umum. Tunisia adalah contoh negara arab yang mana poligami tidak

dibenarkan.5

3.4.SEJARAH POLIGAMI

Mengikut sejarah, amalan poligami telah diamalkan secara meluas semenjak sebelum

kedatangan Islam lagi. Contohnya diamalkan dalam kalangan bangsa Ibrani, Arab Jahiliyyah

juga diamalkan dalam agama Kristian dimana dalam kitab Injil tiada tegahan berkaitan

dengan amalan poligami. Setelah kedatangan Islam, amalan poligami masih diamalkan tetapi

mengikut tuntutan syariat dan dilakukan semata-mata memenuhi kesempurnaan hidup di

dunia dan akhirat. Islam tidak menghapuskan amalan poligami secara total tetapi Islam

menetapkan cara yang sebenar mengamalkan poligami. Cara yang dimaksudkan itu adalah

dengan membataskannya kepada empat orang isteri sahaja dengan syarat mereka mampu dan

sanggup berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka.6 Sebelum kedatangan Islam, amalan

beristeri melebihi daripada seseorang adalah diamalkan secara berleluasa. Mereka juga

beriteri tanpa menghadkan bilangan isteri mereka. Martabat kaum wanita sebelum kedatangan

Islam adalah tidak terjamin. Selepas kedatangan Islam, suasana mula berubah. Antara usaha

nyata kedatangan syariat Islam adalah untuk memartabatkan kaum wanita. Kedatangan Islam

juga telah membawa perubahan terhadap pengamalan kepada amalan beristeri. Selepas

kedatangan Islam, beristeri lebih daripada satu adalah diharuskan dan digalakkan. Namun

jumlah isteri yang boleh dikahwini adalah ditetapkan oleh syarak iaitu seramai empat orang

sahaja. Perubahan terhadap amalan poligami adalah jelas dilihat perubahannnya sebelum dan

selepasa kedatangan Islam.7

5)http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami6)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227.7)Dusuki bin Haji Ahmad. (1982). Poligami Dalam Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Adabi. Halaman 1-9.

[5]

Page 6: Fiqh Munakahat Poligami

3.5.HUKUM POLIGAMI

Islam mengharuskan lelaki mengamalkan poligami. Ianya merupakan hukum asal

berpoligami. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :

3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila

kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan

dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak

akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,

atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih

dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.8

Bagaimanapun, amalan poligami juga boleh jatuh hukum sunat, makruh dan haram

berdasarkan kepada situasi dan keadaan berikut :

Ianya menjadi hukum sunat apabila seorang lelaki memerlukan isteri lain untuk tujuan

kebaikan dan maslahah syarak. Contohnya, seorang lelaki tidak cukup dengan hanya

seorang isteri atau isteri pertamanya mandul atau sakit sedangkan beliau amat

menghendaki anak dan dia berasa mampu dan adil terhadap isteri-isterinya. Antara

buktinya ramai sahabat Nabi yang berkahwin lebih daripada seorang dengan tujuan

semata-mata untuk kebaikan dan mencapai maslahah syarak.

Manakala ianya menjadi makruh pula apabila berpoligami bukan kerana keperluan

dan boleh jadi perkahwinan yang dilakukan akan mendatangkan kemudharatan kepada

isteri-isterinya disebabkan tidak mampu untuk berlaku adil terhadap mereka.9

Hukum haram dalam poligami pula apabila seseorang lelaki yang berpoligami merasa

zhan atau tidak yakin terhadap beberapa perkara. Antaranya yakin tidak dapat berlaku

adil terhadap isteri-isterinya, disebabkan kemiskinan lalu tidak mampu untuk

menampung dan menyara kehidupan keluarga, ataupun halangan yang lain. Firman

Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :

8)Al-Quran Surah an-Nisa’9)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 227-229.

[6]

Page 7: Fiqh Munakahat Poligami

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim

(apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang

kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian

jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka

(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan

Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya

kamu tidak melakukan kezaliman.10

3.6.DALIL PENSYARIATAN POLIGAMI

Dalil al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 3 yang berbunyi :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-

perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka

berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-

perempuan (lain): dua, tiga atau empat.11

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara

isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau

(pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang

demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu

tidak melakukan kezaliman.

Dalil daripada Sunnah. Sunnah juga merupakan salah satu sumber yang memperakui

amalan poligami. Buktinya ialah melalui cerita seorang sahabat yang bernama Ghailan

10)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh, Kuala Lumpur, Pustaka Salam SDN. BHD., Halaman 229-230.11)Al-Quran Surah an-Nisa’

[7]

Page 8: Fiqh Munakahat Poligami

al-Damsyiqi yang mempunyai seramai sepuluh orang isteri. Setelah sahabat tersebut

memeluk agama Islam, Rasulullah SAW mengarahkan kepada Ghailan agar memilih

hanya empat orang daripada isterinya dan menceraikan yang lainnya. Sabda

Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang mafhumnya :

“Dari Ibnu Umar telah berkata : Telah masuk Islam Ghailan bin Damsyiqi dan di

sampingnya ada sepuluh orang isteri, maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya :

Ambillah dari kalangan mereka itu empat orang sahaja.”

Begitu juga dengan peristiwa Qais bin Harith sebelum beliau memeluk Islam, beliau

telah mempunyai seramai lapan orang isteri. Kemudian apabila beliau memeluk Islam,

Rasulullah SAW memerintahkan agar dia memilih empat orang sahaja daripada isteri-

isterinya tersebut. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud

mafhumnya :

“Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : Ketika aku masuk Islam, aku

mempunyai seramai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah SAW menyuruh

aku memilih dari kalangan mereka seramai empat orang sahaja.”

Dalil daripada Ijmak. Baginda Rasulullah SAW sendiri mengamalkan poligami dan

kemudiannya diamalkan secara berterusan olah para sahabat dan tabi’in. Mereka

memandangkan amalan tersebut adalah baik dan tidak pernah mendapat tentangan

daripada seorang umat Islam yang taat. Sementara itu, para ulama mujtahidin di

seluruh negara Islam berijmak untuk memperakui perbuatan tersebut. Tidak ada

seorang yang pernah membantah syariat tersebut ketika zaman kehidupan Rasulullah

SAW.12

3.7.SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA POLIGAMI

Tidak mempunyai anak.

Isteri menderita sakit yang berpanjangan.

Isteri sukar untuk dididik.

Jumlah kaum wanita yang lebih ramai berbanding kaum lelaki.

Suami selalu bermusafir.13

12)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD. Halaman 5-8.13)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas

[8]

Page 9: Fiqh Munakahat Poligami

3.8.KEADILAN DALAM POLIGAMI

Poligami adalah merupakan satu perkara yang diharuskan dalam Islam. Namun ada beberapa

perkara yang menjadi kewajipan yang dituntut dalam poligami dan ada yang tidak dituntut.

Antara keadilan yang diwajibkan ke atas lelaki yang berpoligami adalah seperti :

Keadilan nafkah.

Tempat tinggal.

Tempat tidur.

Pergaulan yang baik.

Melaksanakan kewajipan terhadap isteri-isterinya.

Sementara keadilan yang tidak dituntut adalah keadilan dari segi perasaan kasih sayang selagi

tidak berlaku tindakan yang zalim. Ini kerana manusia tidak boleh menguasai hatinya yang

menjadi punca perasaan kasih sayang. Hal ini juga dapat diperlihatkan daripada Nabi

Muhammad SAW yang mana beliau amat mencintai dan mengasihi isterinya Khadijah dan

Aisyah berbanding isteri-isteri baginda yang lain.14 Ianya ditegaskan lagi didalam ayat al-

Quran dalam surah an-Nisa’ ayat 129 berbunyi :

15

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu

bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan

melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri

Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki

(Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.16

3.9.SYARAT POLIGAMI

Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri.

(M) SDN. BHD. Halaman 13-16.14)Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali as-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur. Prospecta Printers SDN. BHD. Halaman 760-761.15)Al-Quran Surah an-Nisa’16)Al-Quran Surah an-Nisa’

[9]

Page 10: Fiqh Munakahat Poligami

Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri secara zahir dan batin tidak kira sama

ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini

ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula

ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam

Mazhab Syafie, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri

iaitu :

Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri.

Melihat keadaan kedua-dua antara suami dan isteri iaitu dinilai menurut

kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.

Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan

memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang

datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al-‘Aynayn dalam

buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan

boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah. Walaupun

begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak

puas hati di antara isteri.

Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri.

Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri

tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara

suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib

dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa

aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.17

Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya

di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang

daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini ditegaskan dalam surah an-

Nisa’ ayat 129 yang berbunyi :

17)http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

[10]

Page 11: Fiqh Munakahat Poligami

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu

sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh

itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah

kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang

lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu

memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri

(daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Adil Dalam Menyediakan Kediaman.

Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri

baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri

seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan

perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd

al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-

Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada

kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah

untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam

satu rumah yang sama. Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan isteri-

isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh

melukakan perasaan.18

Adil Dalam Giliran Bermalam.

Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri-isterinya

tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami

berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding

dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abdul Nasir Tawfiq al-‘Attar

berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan

dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada

hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas r.a. dengan mafhumnya :

18)http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

[11]

Page 12: Fiqh Munakahat Poligami

“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia

bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga malam ”.

(Riwayat Muslim).

Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu

dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan

daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang

diriwayatkan dari al-Bukhari mafhumnya :

“Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah

bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.

Adil Dalam Musafir.

Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri-isterinya

sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir.

Dengan itu, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang

sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian

tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran

bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut.

Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-

Bukhari mafhumnya :

“Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara

isteri-isterinya ”.

Bagaimanapun Mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan

suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika

musafir.19

Poligami merupakan satu perbuatan yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat

mengikut syarak. Antara syarat poligami yang telah ditetapkan oleh syarak adalah

seperti berikut :

Lelaki yang berpoligami mestilah bertaqwa dan beragama. Seseorang lelaki

tersebut mestilah memahami konsep sebenar poligami agar dapat

melaksanakan poligami dengan menepati syarat yang ditetapakan oleh syarak.

Berlaku adil antara isteri meliputi nafkah zahir dan batin.

19)http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

[12]

Page 13: Fiqh Munakahat Poligami

Lelaki yang ingin berpoligami mestilah berkemampuan dari segi fizikal dan

material.20

3.10.HIKMAT POLIGAMI

Islam telah mensyaratkan amalan poligami adalah untuk membawa kepentingan dan faedah

dalam kehidupan bagi mencapai maslahah kehidupan. Antara faedah disyariatkan amalan

poligami adalah seperti berikut :

Amalan poligami diharuskan adalah untuk menyelesaikan masalah moral dan

keruntuhan akhlak dalam kalangan manusia. Contohnya mengelakkan daripada

berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan (ikhtilat).

Mengatasi jumlah masalah wanita yang semakin ramai. Ianya adalah untuk menjamin

kehidupan kaum wanita dalam meneruskan kehidupan seharian mereka.

Mengembangkan zuriat. Amalan poligami ini membolehkan perkembangan zuriat

antara ummah terutamanya dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW untuk

meneruskan wadah perjuangan dakwah islamiyah.

Mengelakkan daripada berlakunya maksiat secara berleluasa. Pengamalan poligami ini

dapat menangani daripada zina secara berleluasa.21

3.11.KEADAAN YANG MEMBENARKAN POLIGAMI

Poligami adalah merupakan satu keharusan namun dalam ada beberapa keadaan amalan

poligami adalah diharamkan. Antara keadaan yang dibenarkan melakukan amalan poligami

ialah :

Lelaki yang mempunyai keinginan tinggi terhadap wanita tetapi isterinya tidak

mempunyai keinginan terhadap suaminya sebab semulajadi atau disebabkan oleh

penyakit yang dihidapi. Maka jalan penyelesaian terhadap kes ini adalah dengan

melakukan poligami agar tidak terjerumus ke lembah perzinaan.

20)http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf21)Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD. Halaman 230-231.

[13]

Page 14: Fiqh Munakahat Poligami

Menampung jumlah wanita yang ramai. Buktinya seperti senario masa kini yang

sering digempurkan dengan suasana peperangan. Banyak bilangan lelaki yang

terkorban dalam peperangan. Maka jelasnya disini jumlah wanita akan jauh lebih

banyak berbanding dengan jumlah lelaki. Maka diharuskan poligami dalam keadaan

tersebut bagi tujuan untuk memperkembangkan zuriat yang boleh membantu diusia

senja kelak dan bagi meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.

Mengelakkan berlakunya kecurangan rumah tangga. Contohnya, seseorang lelaki

boleh berpoligami jika mempunyai masalah rumah tangga denga isterinya. Amalan

poligami ini dapat mengelakkan daripada suami tersebut mempunyai hubungan

dengan perempuan lain. Justeru dengan adanya amalan poligami, kecurangan rumah

tangga dan perempuan simpanan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.22

4.0.PENGAMALAN POLIGAMI DI MALAYSIA

4.1.FAKTOR PENDORONG POLIGAMI DI MALAYSIA

Keretakan hubungan rumah tangga.

Isteri mandul atau isteri menghidap penyakit tertentu.

Suami mempunyai nafsu yang luar biasa.

Isteri putus haid dan tidak berminat lagi dengan kehidupan sosial.

Tidak ada perubahan dalam layanan harian isteri.23

4.2.STATISTIK POLIGAMI SELURUH MALAYSIA24

NEGERI/TAHUN 1990 1991 1992 1993 1994

PERLIS 19 34 29 26 19

KEDAH 111 117 228 266 225

P.PINANG 34 40 69 49 32

PERAK 75 87 120 123 217

22)Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali as-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur. Prospecta Printers SDN. BHD. Halaman 762-763.23)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD. Kuala Lumpur. Halaman 50-54.24)http://www.islam.gov.my/informasi/statistikpoligamiseluruhmalaysia.php

[14]

Page 15: Fiqh Munakahat Poligami

SELANGOR 30 3 3 78 103

K.LUMPUR * 5 8 4 11

N.SEMBILAN 20 41 28 16 80

MELAKA * 46 59 58 71

JOHOR 223 214 256 207 118

PAHANG 43 75 66 54 68

TERENGGANU 370 287 222 214 220

KELANTAN 550 639 290 306 304

SARAWAK 31 17 * * *

SABAH 13 67 18 69 42

W.P LABUAN 5 6 9 6 8

MALAYSIA 1,524 1,678 1,405 1,476 1,518

NEGERI/TAHUN 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

PERLIS 26 59 48 47 18 27 18 5 0 136 *

KEDAH 247 273 302 268 210 138 195 200 118 161 160

P.PINANG 79 26 5 69 61 32 89 167 162 * *

PERAK 120 168 149 105 167 138 131 146 134 125 *

SELANGOR 82 137 86 77 39 478 * 194 381 * 234

K.LUMPUR 4 11 10 28 37 48 * 17 9 30 *

N.SEMBILAN 98 94 110 111 85 21 72 63 46 * *

MELAKA 64 68 71 64 36 44 * * 53 17 *

JOHOR 169 78 446 109 136 173 89 208 190 * *

PAHANG 74 69 110 130 106 73 91 98 95 21 11

TERENGGANU 227 221 212 * 204 229 176 136 211 103 *

KELANTAN 342 359 191 84 254 356 268 1,331 * * *

SARAWAK 4 * 4 7 6 17 22 29 20 37 40

SABAH 86 76 44 52 27 19 48 6 18 21 3

W.P LABUAN 9 4 * 3 7 6 5 4 * * *

MALAYSIA 1,631 1,643 1,788 1,154 1,393 1,799 1,204 2,604 1,437 651 448

[15]

Page 16: Fiqh Munakahat Poligami

Di dalam jangka masa 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2004, jumlah tertinggi jumlah

poligami ialah pada tahun 2002 iaitu 2,604 pasangan, manakala yang paling sedikit ialah pada

tahun 2005 iaitu 448 pasangan. Pada tahun 2002, di antara semua negeri-negeri di Malaysia,

Kelantan mencatat pasangan poligami tertinggi pada tahun 2002 bersamaan dengan 1,331

pasangan. Manakala yang paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan 4

pasangan.25

4.3.POLIGAMI DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami

hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini

diperuntukkan dalam seksyen 23 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1984. Menurut seksyen 23 (3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah

dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai

dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa

perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-

butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta

bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan

perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain dari itu pemohon juga kena menyatakan sama

ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.

Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk

berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 (4) AUKI 1984, iaitu :

Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandangkan kepada

keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani

untuk persetubuhan, sengaja ingkar, mematuhi untuk pemulihan hak-hak

persetubuhan, atau gila.

Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung

semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan

dari perkahwinan yang baru.

25)http://www.islam.gov.my/informasi/statistikpoligamiseluruhmalaysia.php

[16]

Page 17: Fiqh Munakahat Poligami

Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut

kehendak hukum syarak.

Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syar’ie kepada isteri.

Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga

memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran Mahkamah tetapi

tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123 menyebut bahawa lelaki yang

berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah adalah

melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau

penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.26

Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaran mahkamah terus

berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikut prosedur Mahkamah

Syariah.27

4.4.PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI DI MALAYSIA

Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).

Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.

Dapatkan borang 2B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang

berdekatan.

Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan

Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi

lelaki.

Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan

melampirkan dokumen yang berkaitan.

Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes

permohonan).

Keputusan atau perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).

Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan

surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan

dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di

kariah masjid yang berkenaan.

26)http://putera-insani.blogspot.com/2010/06/poligami-dalam-undang-undang-keluarga.html27)http://putera-insani.blogspot.com/2010/06/poligami-dalam-undang-undang-keluarga.html

[17]

Page 18: Fiqh Munakahat Poligami

4.5.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BERPOLIGAMI DI MALAYSIA

Borang 2B (permohonan berpoligami).

Salinan slip gaji akhir atau akuan sumpah jumlah pendapatan.

Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.

Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Salinan surat beranak anak-anak.

Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.28

4.6.JENIS PENALTI AKIBAT PENYELEWENGAN BERPOLIGAMI DI MALAYSIA

Penalti dikenakan kepada pihak lelaki yang mengamalkan poligami yang tidak mengikuti akta

atau enakmen. Penalti yang dikenakan bagi individu yang berpoligami tanpa kebenaran

adalah berbeza pada setiap negeri di Malaysia. Berikut adalah senarai penalti yang akan

dikenakan bagi pesalah mengikut ketetapan yang telah diperuntukkan didalam Enakmen atau

Akta Undang-Undang Keluarga Islam negeri :

Kedah.

Poligami yang dilakukan tanpa mendapat kebenaran mahkamah boleh didenda tidak

melebihi RM500. Mahkamah juga boleh memerintahkan agar pesalah membayar

pampasan atau apa-apa bayaran yang masih terhutang oleh pesalah terhadap isteri-

isterinya.

Perlis.

Pesalah yang berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada pihak mahkamah boleh

dihukum dengan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau

kedua-dua sekali.

Wilayah Persekutuan.

Pesalah yang berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada pihak mahkamah boleh

dihukum dengan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau

kedua-dua sekali.

Sarawak.

Poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Hakim Syarie tidak boleh didaftarkan.

Pihak suami juga boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1000 atau 6 bulan

penjara atau kedua-duanya.

Johor.

28)http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167

[18]

Page 19: Fiqh Munakahat Poligami

Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah

Kadi, perkahwinan boleh didaftarkan tertakluk kepada denda sebanyak RM1000 atau

penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Selain itu perkahwinan yang

dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.29

Perak.

Seseorang yang berpoligami tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah boleh

dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6

bulan atau kedua-duanya.

Pulau Pinang.

Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah

Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-

duanya. Selain itu perkahwinan yang dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.

Negeri Sembilan.

Seseorang yang berpoligami tanpa kebenaran daripada Mahkamah Syariah boleh

dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6

bulan atau kedua-duanya.

Selangor.

Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah

Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-

duanya. Selain itu perkahwinan yang dilakukan juga tidak boleh didaftarkan.

Terengganu.

Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah

Kadi, didenda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-

duanya.

Kelantan.

Seseorang yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah

Kadi, didenda sebanyak RM300 atau penjara tidak melebihi 1 bulan atau kedua-

29)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.

[19]

Page 20: Fiqh Munakahat Poligami

duanya. Bagi kesalahan tidak berlaku adil dan membuat maklumat palsu dalam

poligami akan dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 4

bulan atau kedua-duanya.30

Pahang.

Tidak ada peruntukkan penalti untuk poligami tanpa kebenaran mahkamah. Namun

bagi kesalahan tidak berlaku adil dalam poligami akan dikenakan hukuman denda

tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 1 bulan atau kedua-duanya.

Melaka.

Tidak ada peruntukkan penalti untuk poligami tanpa kebenaran mahkamah.31

Sabah.

Poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Hakim Syarie tidak boleh didaftarkan.

Pihak suami juga boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1000 atau 1 bulan

penjara atau kedua-duanya.32

4.7.MENGAPAKAN KAUM WANITA MALAYSIA MENENTANG POLIGAMI?33

Sebab-sebab Menentang Peratusan / Undian

Tidak menegenal dan tidak takut pada Tuhan 20.59%

Tidak mahu berkongsi kasih 41.18%

Terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan 11.76%

Kurangnya didikan agama dan tarbiyah agama 14.71%

Ingin membolot kesemua harta suami 5.88%

Tidak mahu membina empayar Islam 5.88%

30)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.31)Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas SDN. BHD. Halaman 69-77.32)http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2010/01/sejauh-mana-penerimaan-masyarakat.html33)http://imforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=468721

[20]

Page 21: Fiqh Munakahat Poligami

5.0.KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dirumuskan adalah, poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum

Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela

perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami

diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Islam itu adalah

agama yang indah dan segala hukum yang disyariatkan adalah untuk menjaga segala

kemaslahatan umum. Ukuran tanggungjawab digariskan didalam mengamalkan poligami

dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah

zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan tempat tinggal. Justeru itu,

haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut. Selain itu,

poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sepenuhnya sebagaimana yang didakwa oleh

sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia sebenarnya telah diamalkan zaman

berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi. Kecacatan poligami

sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah

lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan

bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum

wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah tangga berpunca

daripada kelalaian pihak suami (Utusan Malaysia, 16 September 2005). Syarat yang ketat

ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan

poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelakkan daripada

berlakunya penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan

timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama

Islam. Marcapada kini, isu amalan poligami ini dijadikan salah satu polemik oleh sebahagian

masyarakat atau kumpulan tertentu. Namun, amalan poligami ini banyak mendatangkan

kebaikan dan kemaslahatan dalah kehidupan tidak sahaja terhadap seseorang individu tetapi

[21]

Page 22: Fiqh Munakahat Poligami

juga terhadap masyarakat sekeliling. Pengalakkan terhadap amalan poligami ini juga

disyariatkan seperti dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Walaupun tidak ada dalil yang

mengkhususkan berkaitan kebaikan amalan poligami ini, tetapi bukti yang paling jelas dapat

dilihat adalah tidak ada satu dalilpun yang menyatakan poligami ini mendatangkan dharar dan

tidak ada satu dalilpun yang menentang amalan poligami itu sendiri.

6.0.LAMPIRAN

[22]

Page 23: Fiqh Munakahat Poligami

7.0.BIBLIOGRAFI

1. Zaini Nasohah. (2000). Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam.

Kuala Lumpur. Percetakan Cergas (M) SDN. BHD.

2. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali as-Syarbaji. (2005). Kitab Fikah

Mazhab Syafie. Kuala Lumpur. Prospecta Printers SDN. BHD.

3. Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Fiqh. Kuala

Lumpur. Pustaka Salam SDN. BHD.

4. Dusuki bin Haji Ahmad. (1982). Poligami Dalam Islam. Kuala Lumpur.

Percetakan Adabi.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selangor Darul Ehsan. Dawama SDN. BHD.

6. Al-Quran al-Karim.

7. http://id.wikipedia.org/wiki/Poligami

8. http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

9. http://putera-insani.blogspot.com/2010/06/poligami-dalam-undang-undang-

keluarga.html

10. http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167

11. http://www.islam.gov.my/informasi/statistikpoligamiseluruhmalaysia.php

12. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2010/01/sejauh-mana-penerimaan-

masyarakat.html

[23]