muka 2 muka 3 muka 5 muka 20 harus ikut tatacara ......2020/05/20  · muka 2 tiba masa peniaga ubah...

23
PERCUMA EDISI 14 - 20 Mei 2020, 21 - 27 Ramadan 1441 SELangkah diguna lebih sejuta kali MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara operasi piawai riadah dibenarkan Makan di restoran, SHAH ALAM - Warga Selangor boleh menikmati makanan di restoran dan be- riadah di taman awam sejak 13 Mei lalu selagi mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) kesihatan. Restoran dibuka antara 7 pagi hingga 10 malam tetapi pemilik digalakkan me- nyediakan khidmat pratempahan bagi mengelakkan kesesakan pelanggan. Penjaja tepi jalan dan kendera saji juga boleh beroperasi antara 8 pagi hingga 10 malam tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, bungkus dan penghantaran. Riadah dibenarkan antara 7 pagi hingga 7 malam di semua jenis taman rekreasi. Memancing juga dibenarkan tetapi mendaki dan berkhemah masih dilarang ketika Perintah Kawalan Per- gerakan Bersyarat berkuat kuasa se- hingga 9 Jun. Pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan bagi memas- tikan SOP bagi kegiatan ini dipatuhi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. BERITA BERKAITAN MUKA 6, 12 & 13 Maklumat SELangkah dan PKP Diubahsuai Dato’ Seri Amirudin Shari melawat tapak e-Dapur di Dewan Rakyat, Padang Awam Batu Caves pada 8 Mei 2020. Turut hadir, EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail (kiri). Foto Fikri Yusof Portal Selangor Tutor semakin aktif MUKA 20

Upload: others

Post on 24-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

pERCUMA Edisi 14 - 20 Mei 2020, 21 - 27 Ramadan 1441

SELangkah diguna lebih sejuta kali

MUKA 2

Tiba masa peniaga ubah cara fikir

MUKA 3

12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta

MUKA 5

Harus ikut tatacara operasi piawai

riadah dibenarkanMakan di restoran,

SHAH ALAM - Warga Selangor boleh menikmati makanan di restoran dan be-riadah di taman awam sejak 13 Mei lalu selagi mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) kesihatan.

Restoran dibuka antara 7 pagi hingga 10 malam tetapi pemilik digalakkan me-nyediakan khidmat pratempahan bagi mengelakkan kesesakan pelanggan.

Penjaja tepi jalan dan kendera saji juga boleh beroperasi antara 8 pagi hingga 10 malam tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, bungkus dan penghantaran.

Riadah dibenarkan antara 7 pagi hingga 7 malam di semua jenis taman rekreasi. Memancing juga dibenarkan tetapi mendaki dan berkhemah masih dilarang ketika Perintah Kawalan Per-gerakan Bersyarat berkuat kuasa se-hingga 9 Jun.

Pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan bagi memas-tikan SOP bagi kegiatan ini dipatuhi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

BERITA BERKAITAN MUKA 6, 12 & 13

Maklumat SELangkah dan PKP Diubahsuai

Dato’ Seri Amirudin Shari melawat tapak e-Dapur di Dewan Rakyat, Padang Awam Batu Caves pada 8 Mei 2020. Turut hadir, EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail (kiri). Foto Fikri Yusof

Portal Selangor Tutor semakin aktif

MUKA 20

Page 2: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

2Utama

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

SHAH ALAM – Inisiatif SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) efektif dan selamat.

Anggota Pasukan Petugas Covid-19 Sela- ngor Dr Helmi Zakariah berkata ia tidak men- dedahkan data peribadi pengguna, sebaliknya merekodkan masa dan lokasi.

“Kita faham orang ramai gusar data peribadi (didedahkan) dan menjejaki mereka. Apa yang kita buat ialah menukar premis perniagaan se-bagai pusat kawalan.

“Jika ada pengunjung demam, kita boleh ke-san mereka yang ada bersama individu terse-but dan membantu mewujudkan pengesanan kontak,” katanya melalui rakaman video yang dikongsi portal Dato’ Menteri Besar amirudin-shari.com.

Dr Helmi berkata fasa pertama dimulakan di pasar basah dan kedai runcit yang merupa-kan pusat kegiatan ekonomi paling berisiko menyebarkan wabak.

Selamat, tidak dedah data peribadi

SHAH ALAM – Program e-Bazar Ramadan mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah pelanggan semakin meningkat, kata Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.

Justeru, syarikat tersebut berharap sambutan itu berterusan walaupun pelanggan mempu- nyai pilihan selepas Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) dilaksanakan.

“MBI turut menerima permintaan daripada peniaga untuk sertai e-dapur namun terpaksa dihadkan atas faktor penempatan. Setakat ini 133 peniaga menyertai e-dapur membabitkan 10 lokasi selain beberapa restoran dijadikan pu-sat pengumpulan makanan,” katanya 6 Mei lalu.

Pelanggan ramai, peniaga minat

SHAH ALAM – Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dibangunkan Ke- rajaan Negeri bukan hanya kepada premis kerajaan dan swasta, sebaliknya diperluas-kan kepada golongan penjaja bagi menjejak jangkitan Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penja-ja beroperasi mulai 13 Mei wajib mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselan-gor.com.my atau selangkah.my sebelum di-pamerkan di gerai manakala pengunjung per-lu mengimbas kod.

“Ia langkah berhati-hati Kerajaan Negeri mengawal penularan pandemik di samping menggerakkan semula ekonomi,” katanya ke-tika ditemu bual Agenda Awani pada 7 Mei lalu.

Amirudin berkata, ketika ini terda- pat 700,000 syarikat berdaftar dan premis persendirian yang menjalankan perniagaan di rumah juga boleh menggunakan SELangkah.

Beliau berkata pihaknya bersedia sekiranya inisiatif itu digunakan pada peringkat Perse-kutuan.

Aplikasi diperluas kepada penjaja

SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar me-nerangkan kaedah penggunaan aplikasi SELangkah yang ringkas dan mudah bagi melindungi pengguna serta pemilik premis daripada ancaman Covid-19.

Penerangan Langkah Masuk Dengan Se-lamat dikongsi Dato’ Seri Amirudin Shari di semua platform media sosialnya dan portal www.amirudinshari.com

Demonstrasi dimulakan dengan penjela-san mengenai fungsi inisiatif tersebut disu-suli tatacara 3S iaitu sanitasi, suhu dan scan (imbas kod QR) ketika melangkah masuk ke mana-mana premis.

“Selepas membuat imbasan kod QR, sau-dara sudah merekodkan nombor telefon dan masa memasuki premis tersebut. Itu sahaja maklumat yang disaring atau diambil, mak-lumat lain kekal sulit.

“Dengan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan mudah untuk menghubungi anda bagi melakukan saringan dan mengesan sama ada dijangkiti Covid-19 ataupun tidak,” katanya.

Mudah dan ringkas, MB kongsi cara guna

www.amirudinshari.com

amirudinbinshari amirudin_shari AmirudinShari Amirudin Shari

#SELANGORGEMPURCOVID19

“LANGKAH MASUK DENGAN SELAMAT”

Imbas kod QR menggunakan kamera atau aplikasi QR

scanner telefon pintar anda

01234_

Daftar nombor telefon bimbit

anda

PIN

Pamerkan nombor pin atau Kod QR apabila diminta

semasa pembayaran

LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3

OLEH ALIFF FIKRI

SHAH ALAM – Penggunaan aplikasi SE-Langkah (Langkah Masuk Dengan Se-lamat) digunakan sebanyak 1,039,288 kali setakat 11 Mei lalu, kata EXCO ke- sihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata pen- gunaaannya direkod melalui 21,064 premis berdaftar sejak ia diperkenalkan

pada 5 Mei lalu bagi menjejak jangkitan Covid-19.

Beliau berkata penggunaan SELang-kah meningkatkan kecekapan peng-umpulan dan menjimatkan masa selain mengurangkan risiko jangkitan terma-suk perkongsian alat tulis untuk rekod manual.

“Kaedah ini anda akan mampu me-lindungi premis anda dan diri seterus-

nya membantu memudahkan urusan para petugas barisan hadapan.”

Penggunaan aplikasi itu naik hampir dua kali ganda pada 9 Mei lalu apabila merekodkan 292,330 orang, berbanding 148,432 sehari sebelumnya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru-din Shari mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang memanfaatkan ap-likasi tersebut.

Lebih 21,000 premis sudah daftar

Lebih sejuta guna SELangkah

Orang awam mengimbas kod QR SELangkah sebelum memasuki kawasan mengambil makanan di Dewan Rakyat Batu Caves pada 8 Mei lalu

Page 3: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Utama3SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

InformasiTerkinidi jari anda

BATU CAVES – Selangor menumpukan usaha meningkatkan kemahiran baharu dalam kalangan pekerja dan graduan untuk mengatasi pengangguran kesan penularan Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia bagi memastikan mereka mampu meng-adaptasi kewujudan norma baharu dalam persekitaran pekerjaan pasca wabak.

“Antara usaha yang ditangani sele-pas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

menyediakan ruang penempatan serta menyusun semula pekerjaan dengan menawarkan kemahiran baharu kepada pekerja dan siswazah.

“Konteks pekerjaan dan perniagaan sudah mula berubah selepas PKP, mi- salnya e-dagang dan e-panggilan dilihat semakin berkembang pantas,” katanya pada 8 Mei lalu.

Amirudin berkata pihaknya juga akan menyediakan latihan secepat mungkin kepada pekerja yang hilang punca pen-

dapatan berikutan wabak tersebut.“(Latihan ini) mungkin (diberikan ke-

pada mereka) yang kehilangan kerja dan bagaimana mereka mendepani Revolusi Industri 4.0, e-dagang serta digitalisasi,” katanya.

Pada 8 Mei lalu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahi-din mendedahkan jumlah penganggu-ran pada Mac meningkat 17.1 peratus iaitu 610,500 orang berbanding 521,300 pada tempoh sama tahun lalu.

Tingkat kemahiran baharu atasi pengangguran SHAH ALAM – Kerajaan Negeri memanfaat-kan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) untuk mengesan warga asing yang menjalankan perniagaan di Se- langor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu itu su-dah dibincangkan tahun lalu namun penguat-kuasaan belum dapat dibuat dengan baik beri-kutan jumlah kakitangan tidak mencukupi.

“Penguat kuasa majlis terhad antara 200 hingga 300 orang dan maksimum 500. Kena ada kerjasama semua pihak. Imigresen jaga pintu, polis lakukan kawalan dan ambil tinda-kan. Untuk penguatkuasaan gerai tidak ber-lesen dan pasar ia memerlukan masa,” katanya pada 12 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata Kerajaan Negeri tidak pernah memberikan lesen bernia-ga kepada warga asing tetapi ada pihak lain memperdagangkan lesen perniagaan bagi tu-juan itu sebelum ini.

“Selangor hanya berikan lesen kepada war-ga asing jalankan perniagaan besar seperti Panasonic yang membuat pelaburan tinggi. Perniagaan runcit dan penjaja memang dihad-kan untuk warga tempatan,” katanya.

Manfaat PKP kesan warga asing niaga

OLEH KHAIRUL AZRAN HUSSIN

GOMBAK – Peniaga e-Bazar Ramadan dan e-Bazar Raya diminta terus memprak-tik perniagaan dalam talian walaupun se-lepas tempoh Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP), kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisi-atif Platform Selangor (Plats) perlu digu-nakan bagi meningkatkan sumber pen-dapatan, selain memperkasakan teknik serta strategi perniagaan.

“Kerajaan Negeri berhasrat mengem-bangkan Plats sebagai tempat menjual pelbagai barangan, sama ada berjaya atau tidak bergantung kepada peniaga.

“Jika mahu berjaya peniaga perlu ber-sedia dengan ilmu perniagaan dalam ta- lian, jadi saya minta peniaga ubah cara berfikir,” katanya ketika mengunjungi lo-kasi ke-11 e-Dapur di Batu Caves pada 8 Mei lalu.

Lokasi lain e-Dapur terletak di Am-pang, Bangi, Semenyih, Sepang, Daman-sara, Klang, Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan dan Subang Jaya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar me- luangkan masa menyerahkan bakul makanan kepada 1,000 masyarakat Orang Asal di Kampung Ulu Batu.

Pada 24 April, Amirudin mengu-mumkan Kerajaan Negeri menyedia-kan 200 ruang menjual juadah berbu-ka puasa selepas penganjuran bazar

Ramadan fizikal tidak dibenarkan di seluruh negara.

Dua saluran e-dagang iaitu Grab Se-langor dan Platform Selangor (Plats) di-pilih dengan penghantaran tempahan dikendali Grab, BungkusIt, Mr Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Kerajaan Negeri melancarkan e-Bazar Raya yang membuka penyertaan kepa-

da 5,000 usahawan tempatan menjana semula ekonomi mereka susulan penu-laran Covid-19.

Berminat sertai Selangor e-Bazar Raya di Shopee, daftar percuma menerusi:

http://tiny.cc/selangorebazarBagi beli-belah keperluan Ramadan

dan Aidilfitri layari: https://shopee.com.my/m/selangor-E-Bazar-raya

Terus berniaga dalam talian

Tiba masa peniaga ubah cara fikir

SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar mengajak umat Islam di seluruh negara khususnya Sela- ngor untuk menghayati kandungan dan pen-gajaran al-Quran sepanjang Ramadan.

Dalam perutusan menerusi lintas langsung sempena World Quran Hour 2020, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Ramadan adalah bulan terbaik untuk kembali kepada kitab suci dan menjadikannya panduan hidup.

“Saya ingin berkongsi ayat al-Quran yang menyentuh perasaan iaitu ayat 99 surah Al Zalzalah yang menceritakan dahsyat dan hi-ruk pikuk kejadian pada hari kiamat. Ketika itu manusia tertanya-tanya dan bumi mencerita-kan tugasnya sebagai hamba Allah melakukan dan menyempurnakan hari kiamat.

“Surah itu juga menyatakan setiap amal kita walau sebezar zarah sama ada baik atau buruk akan dinilai, justeru marilah kita sentiasa ber-syukur kerana diberikan peluang kehidupan, nyawa dan iman untuk meneruskan amal se-bagai khalifah di muka bumi,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata empat ke- syukuran paling besar yang dinikmatinya ialah diberi peluang berkhidmat untuk membuat kebaikan serta bersama orang alim dan bijak pandai yang sentiasa memberi pedoman dan pencerahan mengenai kehidupan.

Sebelum itu, Amirudin dan keluarga mem-baca surah Al-Hijr, ayat satu hingga 10 sempena World Quran Hour 2020 yang berlangsung se- rentak di seluruh dunia.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung di Facebook Perbadanan Perpusta-kaan Awam Selangor, pada 13 Mei.

Ramadan masa hayati al-Quran

SHAH ALAM – Semua premis perni-agaan di negeri ini tidak perlu mewu-judkan salinan rekod manual sekiranya pengunjung menggunakan aplikasi Langkah Masuk dengan Selamat (SE-Langkah).

Bagaimanapun, EXCO kesihatan ber-kata penggunaan buku log masih dibe-narkan terutama dalam kalangan war-ga emas dan individu yang tidak mahir

menggunakan telefon bimbit.“Penyelesaian bagi mereka yang tidak

mempunyai telefon bimbit kini sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri,” kata Dr Siti Mariah Mahmud pada 13 Mei lalu.

Beliau berkata akses sistem tersebut turut dikongsi bersama Jabatan Kesiha-tan Negeri Selangor bagi menjejak jang- kitan Covid-19.

Untuk pemantauan dan audit kepatu-

han tatacara operasi piawai, katanya, ak-ses log sistem dikongsi bersama agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan Negeri menggesa semua pemilik premis dan rakyat untuk me-manfaatkan sistem SELangkah yang mampu melindungi premis dan diri anda seterusnya memudahkan urusan petu-gas barisan hadapan membuat penge-sanan kontak,” katanya.

Log manual dibenarkan jika kurang mahir aplikasi

Amirudin mengimbas kod QR SELangkah ketika melawat tapak e-Dapur di Dewan Rakyat Batu Caves pada 8 Mei lalu

Page 4: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

4Utama

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

SIDANG PENGARANGSIDANG PENGARANG

GRAFIK & REKA LETAK Azwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila MustaphaAzwa Malek, Azarina Aziz, Farah Azila Mustapha

SHAH ALAM – Sejum-lah 1,200 bakul makanan diedar kepada penduduk di sekitar Pasar Jalan Oth-man, Petaling Jaya yang dikenakan Perintah Ka-walan Pergerakan Diper-ketatkan (PKPD).

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdul-lah berkata inisiatif dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat juga diberi kepada pen-datang asing dan pelarian.

“Penduduk perlu bertenang dan mematuhi peraturan pihak berkuasa. Kerjasama penting bagi memutuskan rantaian penyebaran Co-vid-19 di kawasan berkenaan yang mencatatkan 26 kes,” katanya pada 10 Mei lalu.

Semua dibantu termasuk pendatang

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malay-sia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu Co- vid-19 membabitkan pekerja asing di tapak pembinaan Setia Alam pada 6 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes dikesan sebuah hospital swasta selepas saringan dibuat ter-hadap pekerja yang kembali bertugas.

“Tiga daripada lima pekerja yang disaring di-sahkan positif Covid-19. Mereka adalah warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman dengan 18 yang lain,” katanya pada 9 Mei lalu.

Beliau berkata KKM turut memeriksa 28 in-dividu kontak rapat dengan ketiga-tiga kes sebelum mendapati 12 positif, semuanya war-ga Bangladesh, manakala sembilan negatif dan tujuh masih menunggu keputusan.

Kluster baharu di Setia Alam

OLEH NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM – Saringan Komuniti akan diteruskan ke rumah kebajikan warga emas dan anak yatim di kawa-san titik panas Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya menumpukan pemeriksaan orang tua dan kanak-kanak termasuk penghuni rumah-rumah kebajikan tidak berdaftar dengan Jabatan Keba-jikan Masyarakat.

“Yang paling penting penjejakan dapat dibuat. Jadi rumah ini (pusat ke-bajikan) adalah keutamaan di kawasan titik panas.

“Berdasarkan ujian di Hulu Langat, kita kesan Covid-19 tidak bergeja-la di rumah warga emas. Kita utama-kan mereka (warga emas) kerana be-risiko jangkitan wabak,” katanya ketika ditemu bual Agenda Awani pada 7 Mei lalu.

Menurut Amirudin, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC)

Sasar rumah kebajikan warga emas

Saringan Komuniti diteruskan

Pasukan Petugas Kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti di Rantau Panjang, Klang pada 19 April lalu

bersedia melaksanakan saringan di ka-wasan penempatan warga asing jika ada keperluan.

Sejak 11 hingga 23 April lalu, saringan pandu lalu dan komuniti dilakukan ber-peringkat membabitkan Hulu Langat,

Petaling, Klang, Sepang, Hulu Selangor dan Gombak.

Sebanyak 5,433 sampel diuji dengan 10 daripadanya disahkan positif Co-vid-19 termasuk lapan kes tanpa gejala pada 28 April.

SHAH ALAM – Seorang daripada 2,432 individu yang menjalani Saringan Ko-muniti di tiga daerah pada 21 hingga 23 April lalu sah positif Covid-19.

Pemeriksaan mengikut tataca-ra operasi piawai (SOP) dijalankan di Salak Tinggi (21

April), Bandar Baru Selayang (22 hing-ga 23 April) dan Hulu Selangor (22 April).

Pasukan Petugas Pencegahan Co-vid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pesakit tanpa gejala dikesan menerusi ujian di Bandar Baru Selayang.

“Saringan Komuniti bersasar satu

pendekatan ‘Kesan Awal, Asing Awal, Rawat Awal’ bagi menurunkan penu-laran dan kematian ke tahap lebih ren-dah,” katanya pada 9 Mei lalu.

Kerajaan Negeri memulakan Sari- ngan Komuniti bersasar di kawasan zon merah bagi melandaikan keluk dan memutuskan rantaian wabak.

Lagi positif virus tanpa gejala

SHAH ALAM – Kerajaan melak-sanakan Perintah Kawalan Perge- rakan Diperketatkan (PKPD) di se-kitar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya susulan 26 kes positif dikesan, kata menteri kanan (kluster kese-lamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perintah berkuat kuasa 10 hingga 23 Mei melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan.

“Tujuan PKPD membendung jangkitan Covid-19 menular dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksa- nakan sepanjang ia berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan media.

PKPD itu dilaksanakan di kawa-san berikut:

Zon A:■ Jalan Penchala, Petaling Jaya■ Jalan 4/33, Petaling Jaya■ Jalan 4/37, Petaling Jaya■ Jalan 4/39, Petaling Jaya■ Jalan 4/41, Petaling Jaya■ Jalan 4/44, Petaling Jaya■ Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya■ Jalan 4/43, Petaling Jaya■ Jalan 4/46, Petaling Jaya■ Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B:■ Jalan 2/29, Petaling Jaya■ Jalan 2/29A, Petaling Jaya■ Jalan 2/27, Petaling Jaya■ Jalan 2/32, Petaling Jaya■ Jalan 2/25, Petaling Jaya■ Jalan 2/26, Petaling Jaya■ Jalan 2/34, Petaling Jaya

■ Jalan 2/34A, Petaling Jaya■ Jalan 2/23, Petaling Jaya■ Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya■ Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C:■ Jalan Selangor, Petaling Jaya■ Lorong 3/57D, Petaling Jaya■ Lorong 3/57C, Petaling Jaya■ Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya■ Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

PKPD di Pasar Jalan Othman

Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya: 016-980 9389Pusat Kawalan IPD Petaling Jaya: 03-7966 2222

INFO

Aliff Fikri [email protected]

Page 5: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Utama5SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM – Sultan Se- langor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Teng-ku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Nora-shikin menzahirkan uca-pan takziah kepada kelu-arga pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia 8 Mei lalu.

Baginda menyifatkan Allahyarham semasa hayatnya merupa-kan pendakwah yang banyak menyum-bang pembangunan dakwah Islam di negeri dan negara ini.

“Atas sumbangannya, Almarhum ayahanda beta (Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah) mengurniakan Allahyar-ham dengan darjah kebesaran Datuk

Sultan Salahuddin Ab-dul Aziz Shah (D.S.S.A) pada1996.

“Pada 2011, beta juga memberi perkenan untuk Allahyarham di-anugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433 Negeri Selangor atas jasa dan pencapaian beliau,” titah baginda dalam perutu-san takziah menerusi

laman rasmi Facebook Selangor Royal Official.

Sultan Sharafuddin turut mendoa-kan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Ucapan takziah turut dizahirkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amiru-din Shari yang sedih dengan berita itu

dan mendoakan roh Allahyarham dicu-curi rahmat.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Gombak Setia pada 1999 hingga 2004 meninggal dunia kira-kira 12.30 tengah malam di kediamannya di Ampang.

Ismail dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Hulu Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebe-lum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976. Allahyarham juga pernah menun-tut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Sultan: Ismail Kamus pendakwah komited, banyak sumbangan

SHAH ALAM – Tiada unsur dendam politik da-lam penamatan khidmat beberapa ahli majlis di negeri ini, tegas setiausaha politik Dato’ Menteri Besar.

Borhan Aman Shah berkata tindakan sah mengikut Seksyen 10(4) Akta Kerajaan Tem-patan 1976 (Akta 171) bergantung beberapa faktor termasuk kuota pelantikan berdasarkan syor parti politik.

“Pelantikan ahli majlis prerogatif (hak is-timewa) sepenuhnya parti politik berteraskan perkembangan dan keperluan semasa.

“Sejak bermula keriuhan politik awal Mac, tidak benar wujud usaha atau tindakan intimi-dasi (menakut-nakutkan) yang bernuansa den-dam politik,” katanya pada 8 Mei lalu.

Beliau berharap semua pihak berhenti me-mainkan sentimen politik mangsa berlebih-lebi-han, sebaliknya bekerja memenuhi aspirasi rakyat.

Tamat khidmat sah, tiada dendam politik

SHAH ALAM – Persatuan Mencegah Dadah Ma-laysia (Pemadam) Selangor menyerahkan sum-bangan makanan asas kepada 1,300 orang kena pengawasan (OKP) Agensi Anti Dadah Kebang-saan (AADK).

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga penaung Pemadam Selangor berkata program tahunan itu bagi memastikan mereka tidak merasa ter-sisih selepas keluar dari pusat pemulihan.

“Ini antara usaha Pemadam memastikan OKP dipilih dapat merasai hidup dalam komu-niti dan bermasyarakat,” kata Dato’ Menteri Be-sar selepas Majlis Sumbangan Kasih Ramadan pada 12 Mei lalu.

Sumbangan seperti beras, biskut, kopi dan gula itu diserahkan melalui wakil setiap daerah.

Selain OKP, sumbangan sama turut diserahkan kepada asnaf dan fakir miskin yang dipilih AADK.

Pemadam Selangor bantu 1,300 OKP

SHAH ALAM – Kera-jaan Selangor memberi amaran kepada pengu-saha kilang tanpa lesen menghentikan operasi atau berdepan tindakan tegas.

EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) tetap melakukan pemantauan walau sibuk menangani Covid-19.

“Kilang sisa plastik tetap diharamkan seperti sebelum ini. Sementara premis yang tidak ber-lesen, tiada Kebenaran Merancang, Pelan Ban-gunan serta Laporan Kajian Impak Alam Sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar harus disita,” ka-tanya pada 10 Mei lalu.

Sze Han meminta orang awam membuat laporan jika ada kilang plastik haram beroperasi di kawasan mereka.

Pada 9 Mei lalu, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyita kilang kitar semula plastik ha-ram selepas menerima aduan orang ramai.

Tindakan sita jika ingkar

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan keseluru-han berjumlah RM44.6 juta daripada 12 syarikat korporat untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Lembaga Tabung Haji mendahului

dengan jumlah RM24.2 juta, diikuti Cen-tral Sugar Refinery Sdn Bhd (RM5 juta), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2.6 juta), Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor (RM2.4 juta) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (RM1.5 juta).

Syarikat berkenaan menunaikan zakat

bagi tahun kewangan berbeza, antara 2018 hingga 2020.

Majlis itu turut dihadiri Dato' Men-teri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Pengerusi LZS Tan Sri Dato' Seri Syed An-war Syed Putra Jamalullail di Istana Bukit Kayangan pada 13 Mei lalu.

12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta

MBI Selangor turut serah RM2.4 juta

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan Tabung Haji sebanyak RM24.2 juta di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 13 Mei lalu

Page 6: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

6Utama

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

SHAH ALAM – Kerja pelebaran Sungai Batu di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves bagi menangani isu banjir di kawasan Dewan Unda- ngan Negeri (DUN) Sungai Tua siap sepenuhn-ya, kata Dato’ Menteri Besar.

“Kerja melebarkan Sungai Kertas dilak-sanakan sebagai usaha menangani banjir kilat akibat hujan lebat. Kerja ini berjaya disiapkan untuk kesejahteraan penduduk Sungai Tua,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebooknya pada 7 Mei lalu.

Penduduk sekitar DUN Sungai Tua berdepan insiden banjir selama dua hari berturut-turut se-jak 25 April lalu.

Kejadian itu turut dilaporkan di Kampung Sungai Tua Tambahan, Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Indian Settle-ment Batu Caves dan Kampung Arab di Se-layang Baru.

Susulan itu, Kerajaan Negeri pada 27 April lalu memaklumkan akan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah berkenaan.

Kerja lebar Sungai Batu elak banjir

SHAH ALAM – Mukim Batu di Gombak bertam-bah baik kepada zon kuning pada 12 Mei lalu sekali gus menjadikan semua mukim di Sela- ngor berjaya keluar daripada zon merah.

“Mukim Batu bertambah baik kepada zon hi-jau menjadikan mukim Selangor tiada berzon merah hari ini (12 Mei), mempengaruhi daerah Gombak kepada zon kuning.

“Mukim Hujung Permatang juga bersih da- ripada kes aktif menjadikannya zon kuning,” kongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter.

Daerah Petaling kekal zon merah dengan 62 kes aktif manakala daerah Gombak dan Hulu Langat berstatus zon kuning, masing-masing 35 dan 31 kes aktif.

Daerah lain berstatus zon kuning adalah Klang dengan 11 kes aktif, Hulu Selangor (9), Kuala Selangor (3) dan Sabak Bernam serta Sepang (1), manakala Kuala Langat kekal ber-status zon hijau.

Tiada lagi mukim zon merah

SHAH ALAM – Kerajaan memutuskan Perin-tah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Selayang Baru, Gombak dilanjut-kan bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan Covid-19, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lang-kah itu bagi memastikan proses saringan kesi-hatan dapat dilakukan sepenuhnya.

“Bagi kawasan Selayang Baru, Gombak, ke- rajaan putuskan untuk lanjutan tempoh bagi KKM lakukan saringan dalam dua atau tiga hari lagi, selepas itu baru umum tamat tem-poh PKPD,” katanya pada 12 Mei.

Pada 25 April lalu, kerajaan melaksanakan arahan PKPD ketujuh di kawasan berkenaan.

PKPD di Selayang Baru dilanjut

OLEH NUR AISHAH MOHD AMIN

SHAH ALAM – Semua restoran di Se- langor dibenarkan beroperasi sepenuh-nya termasuk makan dan minum dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam mulai 13 Mei, tertakluk pematuhan pen-jarakan sosial.

Dato’ Menteri Besar berkata ketetapan

dibuat selepas mesyuarat bersama da-tuk bandar, yang dipertua pihak berkua-sa tempatan (PBT) dan pegawai daerah seluruh negeri pada 12 Mei lalu susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peniaga digalakkan memberi pilihan pratempah kepada pelanggan bagi

mengelak kesesakan dalam kedai.“Penjaja makanan dalam kategori

tidak berpremis (kendera saji dan pen-jaja tepi jalan) boleh mula beroperasi 8 pagi hingga 10 malam namun terhad ke-pada pandu lalu, bungkus dan penghan-taran sahaja. Membuka meja di kawasan kaki lima serta parkir tidak dibenarkan.

“Penguat kuasa PBT akan turut mem-buat pemeriksaan mengejut dari sema-sa ke semasa bagi memastikan pematu-han tatacara operasi piawai (SOP) yang dikuatkuasa berada di tahap optimum,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti pasar selain penyembelihan dibenarkan berjalan seperti biasa manakala larangan operasi pasar pagi dan pasar malam kekal buat masa ini.

“Sebarang bentuk aktiviti penyem-belihan dan pemprosesan haiwan se- perti ayam di pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta tidak dibe-narkan,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB dilanjutkan empat minggu lagi se-hingga 9 Jun.

Makan di restoran dibenarkan

Pastikan jarak sosial

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri bersetuju membuka semula semua jenis taman awam kepada rakyat untuk melakukan aktiviti ria-dah, kata Dato’ Menteri Besar.

Bagaimanapun Dato’ Seri Amirudin Shari berkata aktiviti pendakian dan perkhemahan belum lagi dibenarkan buat masa ini.

“Taman kini dibenarkan untuk rakyat be-riadah dari 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti memancing juga dibenarkan,” katanya pada 12 Mei lalu.

“Sebarang bentuk aktiviti atau perkara lain yang tidak diperincikan adalah kekal tertak-luk seperti digariskan dalam tatacara ope- rasi piawai (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Rakyat boleh beriadah di taman awam

SHAH ALAM – Dato’ Menteri Besar men-gajak masyarakat terus memerangi Co-vid-19 walaupun banyak kawasan diisy-tihar zon hijau.

“Walaupun sebanyak 94.4 peratus mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara kini dikategori-kan sebagai zon hijau, namun usaha kita memerangi Covid-19 masih perlu dite- ruskan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter pada 12 Mei lalu.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mengingatkan walaupun data kes ba-haru sudah dilandaikan, tetapi virus tersebut masih wujud di sekeliling mas-yarakat.

“Pembawa virus yang tidak ber-simptom masih merupakan ancaman. Pada masa sama, warga Selangor masih lagi tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Di-

ubahsuai (PKPBD).“Sehingga dimaklumkan, anda di-

minta terus patuh dengan empat per-kara asas bagi menjalankan sebarang urusan iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menggunakan SELangkah untuk mendaftar pelanggan,” katanya.

Malaysia merekodkan 16 kes Covid-19 pada 12 Mei lalu, terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Usaha perangi wabak belum selesai

Pekerja restoran menyusun meja serta kerusi mengikut tatacara operasi piawai (SOP) selepas kerajaan membenarkan pelanggan menikmati juadah dalam pre-mis di Seksyen 14, Shah Alam pada 3 Mei

Page 7: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Nasional7SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR – Kesukaran memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ber-kaitan pencegahan Covid-19, menjadi pun-ca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan, jelas menteri kanan (Kluster Ke-selamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akui ia per-kara berat untuk dihadapi rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebe-narnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.

“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpe-luk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berla-ku, bagaimana nak pastikan ada yang perik-sa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya pada 7 Mei lalu. – BERNAMA

Sukar pantau orang pulang kampung

SHAH ALAM – Tiada lagi kelonggaran ren- tas negeri kepada rakyat yang berada di kam-pung kembali ke kediaman masing-masing, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ke-benaran melalui aplikasi Gerak Malaysia dan borang manual polis berakhir 10 Mei lalu.

“Bagaimanapun jika ada kecemasan me- libatkan kematian misalnya, boleh merentas negeri dengan syarat mendapat kelulusan polis,” katanya pada 11 Mei lalu.

Ismail Sabri berkata sepanjang empat hari kebenaran rentas negeri, polis meluluskan 401,253 permohonan melalui aplikasi.

Hanya untuk kecemasan

PUTRAJAYA – Tabung Covid-19 yang dilancar-kan 11 Mac lalu mengumpul dana sumbangan pelbagai pihak berjumlah RM40.2 juta, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jumlah sumbangan sehing-ga 7 Mei lalu disalurkan bagi membantu rakyat yang terkena jangkitan wabak menerusi Bantu-an Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Ihsan Kematian.

Ismail Sabri menjelaskan Bantuan Khas Hi-lang Pendapatan, diberikan kepada mereka yang dirawat kerana positif Covid-19 atau kon-tak rapat kepada pesakit yang dikenakan Perin-tah Pengawasan dan Pemerhatian (PPP).

“Mereka yang layak memohon bantuan ini adalah warga Malaysia yang bekerja tetapi ke-hilangan sumber pendapatan atau tidak diba-yar gaji sepanjang tempoh dikenakan PPP dan diarahkan kuarantin oleh Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM),” katanya pada 9 Mei lalu. – BERNAMA

Tabung Covid-19 kumpul RM40.2 juta

OLEH IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Perge- rakan Bersyarat (PKPB) yang disambung hingga 9 Jun tidak membenarkan orang ramai merentas negeri bagi menyambut perayaan termasuk Aidilfitri.

Perdana menteri berkata semua pera-turan serta tatacara operasi piawai (SOP)

PKPB bermula 4 Mei lalu kekal termasuk larangan merentas negeri.

Dalam perutusan khas pada 10 Mei lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada perayaan utama sepanjang tempoh itu yang lazimnya melibatkan pergera-kan orang ramai termasuk Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Ini bermakna minta maaf ban-

yak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung me- rentas negeri untuk berhari raya tidak dibenarkan.

“Saya tahu ramai sedih tak dapat ba-lik raya di kampung. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kam-pung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara,” katanya.

Beliau berkata ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran ter-dekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

“Jadi tak perlulah buat jamuan be-sar-besaran atau rumah terbuka,” katanya.

PKPB bermula 4 Mei lalu menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi semula tetapi perlu mematuhi SOP Kementeri-an Kesihatan Malaysia (KKM).

PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun

Tidak boleh rentas negeri sambut raya

PUTRAJAYA – Pemohon boleh mem-buat rayuan bagi pertimbangan sem-ula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehila- ngan pekerjaan atau pengurangan pen-dapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata kerajaan me-nerima aduan ada permohonan ditolak sekalipun mereka kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan penda- patan ketara baru-baru ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN ([email protected]) atau hadir di ma-na-mana pejabat LHDN.

“Bagi permohonan ditolak atas ala-san lain termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

mereka boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini,” katanya pada 10 Mei lalu.

Sabin berkata tempoh rayuan dilan-

jutkan sehingga 31 Mei manakala pe-jabat LHDN dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di se- tiap negeri bagi menerima rayuan terse-but. – BERNAMA

Sedia dokumen sokongan rayuan BPN

PELABUHAN KLANG – Kesan wabak Co-vid-19 tidak memberi impak negatif ke-pada pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ini kerana RMK-12 merupakan ranca- ngan ekonomi jangka panjang malah ke- tika ini juga kerajaan sedang membuat kajian pelan pemulihan ekonomi yang di-

sasarkan, ia dijadual dibentangkan pada hujung bulan ini.

“RMK-12 adalah pelan ekonomi jangka panjang iaitu lima tahun (2021-2025). Jadi, kesan daripada Covid-19 tidak akan men-jejaskan RMK-12,” katanya pada 7 Mei lalu.

Ditanya mengenai aspek yang diberi fokus dalam penyediaan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata kerajaan

akan lebih menumpukan kepada usa-ha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

Kesan pandemik Covid-19 menye-babkan kerajaan merancang ekonomi menerusi beberapa fasa, di mana ketika pembentangan Belanjawan 2021 nanti, ekonomi negara sedang melalui fasa ‘di-hidupkan semula’. – BERNAMA

Wabak tidak jejas RMK-12

Page 8: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

8Nasional

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

KOTA KINABALU – Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) meluluskan pengelua- ran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjum-lah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Ab-dul Rahim Bakri berkata amaun dipohon bagi pengeluaran i-Lestari yang diluluskan dikredit-kan ke akaun secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.

“Inisiatif i-Lestari KWSP melibatkan perun-tukan RM40 bilion menyediakan kecairan da-lam ekonomi negara secara purata RM3.3 bi- lion sebulan.

“Agregat kecairan ini diperlukan bukan sa-haja bagi menolong rakyat mendapatkan pen-dapatan boleh guna, tetapi juga mewujudkan kecairan dalam pasaran yang diperlukan se-ktor peruncitan, wang bertukar tangan dan mewujudkan kesan berganda pada ekonomi negara,” katanya pada 9 Mei lalu. -BERNAMA

3.5 juta pencarum buat i-Lestari

Majikan digesa jujur mohon PSU, ERP

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM – Sikap terpuji dua petugas kesihatan melayan masyarakat dengan lemah lembut dalam menjalankan tugas mendapat pujian daripada ketua penga-rah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuji Inspektor Kesihatan Shahir Raza-li dan Mastura Maznor yang beliau an-ggap sebagai wira kerana menghayati slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ‘kami sedia membantu’.

“Melayan insan dengan lemah lembut tanpa sempadan kaum atau agama. Ins-pektor kesihatan kami Shahir Razali telah menggendong makcik warga emas ke pusat ujian Covid-19.

“Berpuasa dan memberikan khidmat kepada orang yang memerlukan ketika memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE), sesungguhnya anda adalah wira kami. Sangat bangga dengan anda berdua dan terima kasih,” katanya menerusi han-taran di Facebook pada 9 Mei lalu.

Menerusi hantaran itu, Dr Noor Hish-am turut berkongsi sekeping gambar de-tik bermakna itu yang dirakamkan oleh wartawan, Radzi Razak.

Sikap dua petugas kesihatan itu turut berjaya menarik perhatian warga maya yang memberikan pujian di ruang komen

dan hantaran itu menerima lebih 45,000 tanda suka serta 3,700 perkongsian se-takat 13 Mei.

Dr Noor Hisham puji barisan hadapan

‘Shahir dan Mastura, anda wira kami’

KUALA LUMPUR – Pegawai Perkhid-matan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 berkata kerajaan memutuskan bantuan khas itu yang akan dibayar pada 20 Mei ini dengan pesara kerajaan menerima pencen turut mene- rima bantuan berjumlah RM250.

“Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 adalah seperti berikut: pegawai lantikan tetap, sementa-ra dan ‘contract of service’; pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang ber-cuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjam-kan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Ai-dilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

“Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada guru interim; pemandu yang

dilantik sendiri oleh pegawai Gred Ja-watan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menda- patkan khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya,” katanya dalam pekeliling itu.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Adib berkata Pekerja Sambilan Harian (PSH) masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 turut menerima bantuan khas itu RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. – BERNAMA

Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya

SHAH ALAM – Pendekatan tertumpu menghasilkan impak positif mengesan lebih banyak kes Covid-19 dengan lapan kumpulan sasar dikenal pasti, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ber-kata masyarakat tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes baharu kerana langkah awal diambil mengelak lebih ra-mai dijangkiti.

“Kumpulan sasar melibatkan peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka, pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan tersebut serta rak-yat Malaysia yang pulang dari luar nega-ra dan ditempatkan di pusat kuarantin.

“Baki membabitkan kakitangan Ke-menterian Kesihatan Malaysia (KKM), penduduk di lokaliti Perintah Kawalan

Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Borong Kuala Lumpur dan pasar yang berkait rapat dengannya termasuk pek-erja asing tapak pembinaan di zon me-rah dan rumah jagaan warga emas,” ka-tanya pada 10 Mei lalu.

Beliau berkata kes dikesan di- asingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan pandemik tidak terus menular.

Pendekatan tertumpu kesan lebih banyak kes

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan majikan mengikuti syarat serta berlaku jujur sewaktu mengemukakan permohonan bagi Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

Ketua Eksekutifnya, Datuk Sri Dr Moham-med Azman Aziz Mohammed berkata majikan diminta tidak memasukkan pekerja tidak ber-daftar dengan pertubuhan itu sebelum 1 April 2020, atau nama pekerja tidak wujud.

“Bagi majikan membuat permohonan PSU yang mana pekerja mereka tidak berdaftar dan mencarum dengan Perkeso sebelum 1 April 2020 walaupun bekerja sebelum tarikh itu, se-narai majikan berkenaan dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan Perkeso untuk tin-dakan selanjutnya,” menurut kenyataan menge-nai status mingguan permohonan dikeluarkan 8 Mei lalu. – BERNAMA

Permohonan subsidi PSU dan ERP boleh dibuat melalui prihatin.perkeso.gov.my [email protected] atau www.facebook.com/PERKESO.Official 03-8091 5100 / 03-4264 5555 / 1-300-22-8000

Tindakan Shahir menggendong seorang warga emas ke pusat ujian Covid-19 mendapat pujian daripada pelbagai pihak

Page 9: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Nasional9SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM – Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini menjadi medan ujian kepada perdana menteri membuktikan sokongan ahli parlimen terhadapnya.

Setiausaha agung KEADILAN berkata pelan-tikan Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkenan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan keyakinan ahli parlimen Pagoh mendapat sokongan majoriti.

“Tetapi, di mana ujian dia (Muhyiddin) mendapat sokongan majoriti? Seharusnya da-lam Parlimen, jadi ini (Dewan Rakyat) adalah ujian yang mesti dilepasi.

“Jika tidak, setiap hujah yang disebut akan dihambat dengan pandangan bahawa ia (Peri-katan Nasional) kerajaan dibentuk daripada rampasan kuasa,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi siaran langsung Face-book Pakatan Harapan bertajuk ’Kembalikan Mandat Rakyat’ pada 9 Mei lalu.

Ujian buat PM bukti sokongan

OLEH WAN FAIZAL ISMAYATIM

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Moham-ad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sena-da tidak akan mengkhianati rakyat yang memberi mandat kepada Pakatan Hara-pan (PAKATAN) dua tahun lalu.

Pengerusi Bersatu dan presiden KEADILAN berkata mereka tidak berpu-tus asa membawa suara rakyat dengan menolak perbezaan, sengketa dan ke-melut.

“Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuan-gan masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

“Masanya tiba untuk kita bangkit sem-ula dan berusaha mengembalikan man-dat rakyat kepada pihak sepatutnya,” kata mereka menerusi kenyataan bersama sempena ulang tahun kedua kemena- ngan PAKATAN dalam pilihan raya umum 2018.

Mereka berusaha membangunkan demokrasi dengan mereformasi Dewan Rakyat, institusi dan undang-undang.

“Agenda rakyat akhirnya jelas. Anak muda mula menjadi tunjang dan negeri diberi perhatian saksama merentas faha-man politik.

“Pokoknya, semua ini menjadi ke-utamaan bagi kerajaan PAKATAN.

“Apabila PAKATAN memerintah, kami pastikan demokrasi itu subur. Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan ti-ada seorang pun dihalang bersuara de-ngan alasan ‘tindakan undang-undang’,” kata mereka lagi.

Dr Mahathir dan Anwar tidak mengiktiraf kerajaan hari ini dengan menyifatkan ia tertubuh tanpa mandat rakyat.

“Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihan raya.

“Ia didasari sikap tamak kepada pang-kat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satu pun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata mereka.

Tidak akan khianati rakyat

Tun M dan Anwar senada

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yu-sof menerima permohonan untuk satu usul dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan.

Beliau berkata Ahli Parlimen Lang-kawi dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat per-mohonan tersebut di bawah Peraturan

Mesyuarat 27(3) berkaitan tempoh masa notis usul berkenaan.

“Selepas mengkaji permohonan tersebut berdasarkan penjelasan dikemukakan, saya memutuskan mene- rima permohonan tersebut untuk diba-wa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya dalam kenyataan media pada 8 Mei lalu.

Dewan Rakyat dijadual bersidang se-hari pada 18 Mei ini.

Pada awalnya, Dewan Rakyat dija-

dual bersidang selama 15 hari bermula 18 Mei tetapi ditangguhkan pada 9 Mac lalu berikutan pertukaran kerajaan yang menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Kerajaan memutuskan bahawa Si-dang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 tersebut dilangsungkan selama sehari susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19. – BERNAMA

Usul perdana menteri tiada majoriti

SHAH ALAM – Pelantikan sebagai tim-balan perdana menteri wanita pertama ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) satu penghor-matan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Pandan gembira dapat menjalan-kan amanah membantu rakyat, antaranya melalui Agensi Pengurusan Bencana Ne-gara (Nadma).

“Sebagai timbalan perdana men-

teri wanita pertama Malaysia, ia satu kebanggaan, Alhamdulillah ada

banyak program, di bawah Nadma misalnya kita bantu

mangsa bencana seperti pencemaran Sungai Kim Kim di Johor.

“Saya juga dilantik menteri pembangunan

wanita, keluarga dan ma- syarakat, di kementerian itu

kita laksana program i-Suri bagi menghargai jasa ibu tidak bekerja na-mun banyak berbakti kepada negara,”

katanya dalam Facebook Live bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun kedua penubuhan Kerajaan PAKATAN pada 9 Mei lalu.

Wan Azizah turut mengimbas inisiatif lain dilaksanakan Kementerian Pemban-gunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), antaranya menangani isu ke-ganasan rumah tangga.

“Kita juga memastikan Talian Kasih 15999 sebagai talian bebas tol, sebe-lum itu kena bayar untuk perkhidmatan tersebut, inilah apa yang kita usahakan,” katanya.

Wan Azizah: Satu penghormatan dilantik pimpin negara

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PAKATAN) memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung 18 Mei ini.

Perkara tersebut dimaklumkan presiden KEADILAN sendiri ketika siaran langsung di Face-book pada 7 Mei lalu.

“Setiausaha Agung PAKATAN Datuk Seri Sai-fuddin Nasution Ismail sudah maklumkan perka-ra tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Keputusan Majlis Presiden PAKATAN juga sudah dimaklumkan kepada semua parti yang bersama pembangkang termasuk sebahagian Bersatu dan Warisan,” katanya.

Istiadat perasmian mesyuarat pertama peng-gal ketiga parlimen ke-14 selama sehari akan berlangsung serentak dengan mesyuarat Dewan Rakyat.

Mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, persidangan hanya membincangkan Rang Undang-undang dan Usul Kerajaan tanpa sesi pertanyaan jawab lisan serta usul.

Anwar kini ketua pembangkang

SHAH ALAM – Kerajaan tidak mengizinkan tukang gunting rambut dipanggil ke rumah kerana sektor itu masih dalam senarai perkhid-matan tidak dibenar beroperasi, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata de-mikian bagi mengulas dakwaan ada orang kenamaan secara peribadi memangil tukang gunting datang ke rumah.

“Berita baharu ini, saya pun tidak dapat lagi berita ini, tidak tahu sahih atau tidak.

“Namun kalau mengikut peraturan memang tidak boleh, tukang gunting masih dalam se-narai dilarang, sama ada pergi ke kedai atau datang ke rumah, tidak boleh,” katanya pada 12 Mei.

Larang tukang gunting ke rumah

Page 10: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

10 SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

Nasional

Kaunter perkhidmatan kerajaan dibuka semulaSHAH ALAM - Kabinet memutuskan semua pejabat kerajaan terutama kaunter perkhidma-tan boleh dibuka sepenuhnya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula beroperasi sepenuhnya 13 Mei lalu diikuti jabatan kerajaan yang lain.

Sehubungan itu, katanya, semua tatacara operasi piawai (SOP) hendaklah dipatuhi se-perti melakukan saringan suhu badan, menga-malkan penjarakan sosial dan menyediakan cecair pembasmi kuman dipintu masuk.

“Pejabat terlibat juga perlu dinyahkuman terlebih dahulu sebelum beroperasi,” katanya pada 13 Mei lalu.

Hujan lebat, ribut petir hujung MeiKUALA LUMPUR - Cuaca negara kini dalam fasa peralihan iaitu daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya, yang dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) Jailan Simon.

Beliau berkata, pada peralihan monsun dira-malkan berlaku hujan lebat dan ribut petir, ba-gaimanapun cuaca agak panas di sebelah pagi.

“Sekarang peralihan monsun bermula pada Mac dan dijangka berakhir minggu ketiga Mei, jadi bila Monsun Barat Daya, hujan dan ribut pe-tir akan mula berkurangan nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama pada 13 Mei lalu.

Tambah beliau, sekitar bulan Ogos dan September pula dikhuatiri berlaku jerebu ren-tas sempadan berikutan angin dari arah Barat Daya.

KDNK suku pertama sederhana KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkem-bang pada kadar lebih sederhana iaitu 0.7 pe-ratus bagi suku pertama 2020 berbanding dengan 4.5 peratus semasa suku yang sama tahun lepas, susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah terjejas ber-ikutan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata selepas mencatatkan pengembangan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, aktiviti ekonomi mengalami penyusutan mendadak berikutan PKP mulai 18 Mac.

“Sekatan pergerakan termasuk sekatan per-jalanan antarabangsa dan domestik, penge-hadan kerja dan tempoh operasi serta penja-rakan sosial wajib telah amat membataskan aktiviti ekonomi.

“Pengeluaran hanya dibenarkan untuk ba-rang dan perkhidmatan penting serta industri penting bersama rantaian bekalan mereka. Sek-tor berintensifkan pekerja dan berorientasikan pengguna turut terjejas,” menurut bank pusat dalam kenyataan pada 13 Mei lalu. – BERNAMA

OLEH AMIN RIDZUAN ISHAK

SHAH ALAM - Dewan Rakyat meminda urusan mesyuarat selama sehari pada 18 Mei ini dengan alasan penularan wabak Covid-19 "masih be-lum reda sepenuhnya."

Yang Dipertuanya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata perubahan itu dibuat selepas makluman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis pembukaan penggal baharu dimulakan dengan titah ucapan Yang

di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Tiada sidang selepas ti-tah diraja," kata Mohamad Ariff dalam kenyataan pada 13 Mei, sambil menegaskan pindaan ini selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) mesyuarat dewan.

Dewan akan mengeluar-kan notis baharu kepada ahli-ahli parli-men berhubung perubahan mesyuarat pertama penggal ketiga yang telah di-tunda akibat wabak berkenaan.

Asalnya dijadual Mac lalu, istiadat

pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara kali ini diadakan serentak pada 10 pagi.

Pada 8 Mei lalu, Mohamad Ariff mem-benarkan pembentangan usul bagi menguji sama ada Muhyiddin mempu-nyai sokongan majoriti ahli-ahli sebagai perdana menteri baharu.

Ahli Parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mo-hamad membuat permohonan tersebut bawah Peraturan Mesyuarat 27(3).

Sebelum ini, beliau dan parti-parti pembangkang mendesak persidangan penuh atau sekurang-kurangnya dua minggu.

Sesi dipendek akibat wabak

Tiada sidang selepas titah diraja

SHAH ALAM - Ziarah Aidilfitri hanya dibe-narkan pada raya pertama membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja, kata men-teri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber-kata Mesyuarat Khas Majlis Keselama-tan Negara (MKN) turut memutuskan ziarah Aidilfitri pada hari berikutnya sepanjang Syawal tidak dibenarkan.

“Ziarah hanya pada raya pertama, tidak ada raya kedua, ketiga dan sete-rusnya. Rumah terbuka juga dilarang mengikut peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya

pada 13 Mei lalu.Mengenai keputusan

kerajaan membenarkan ak-tiviti ziarah keluarga dalam negeri sama dengan had maksimum 20 orang, Ismail Sabri berkata jumlah itu perlu mengambil kira saiz sesebuah rumah.

“Katakan flat berukuran 600 kaki persegi, 20 satu masa mungkin terlalu ramai dan tak boleh berlaku penjarakan sosial, jadi lima orang saja (satu masa) tetapi mak-simum tetap 20 orang sehari.

“ S e b e n a r nya wa l a u -pun (pergerakan) sudah dilonggarkan, tujuan kita memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah PKPB supaya orang ramai berada di rumah dan mengelak bertemu ramai orang," katanya.

Beliau berkata tatacara operasi piawai (SOP) hari

perayaan Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat (PKPB) itu turut merang-kumi Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Ziarah Aidilfitri cuma raya pertama

KAJANG - Seorang ahli perniagaan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang ang-gota polis bertugas dalam Sekatan

Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal bu-lan ini, dihadapkan ke Mahkamah Se-syen di sini hari ini.

Bagaimanapun, K Kalaichelvan, 44,

Ahli perniagaan tidak mengaku bersalah langgar polis

Ahli perniagaan K Kalaichelvan (tengah), yang

dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar

seorang anggota polis yang bertugas

dalam Sekatan Jalan Raya (SJR)

Op Covid-19 awal Mei, dihadapkan

ke Mahkamah Sesyen di sini

pada 13 Mei lalu. Foto BERNAMA

mengaku tidak bersalah atas tiga per-tuduhan iaitu memandu di bawah pe-ngaruh alkohol, tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dan membawa ken-deraan tanpa lesen memandu, yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Bapa dua orang anak itu didakwa memandu kenderaan pacuan empat roda di bawah pengaruh alkohol se-hingga menyebabkan kematian Koperal Safwan Mohamad Ismail, 31, yang se-dang menjalankan sekatan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, jam 2.10 pagi, 3 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Sek- syen 44 (1), (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 26 (1) Akta Polis.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.-BERNAMA

Page 11: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Lebih 1.4 juta pesakit seluruh dunia sembuh ANKARA - Jumlah pesakit Covid-19 yang pulih di seluruh dunia melebihi 1.4 juta pada 11 Mei lalu, lapor agensi berita Anadolu menurut data Universiti Johns Hopkins.

Di seluruh dunia seramai 1,408,705 pesakit sembuh, 282,694 lagi terkorban manakala lebih 4.1 juta orang dijangkiti.

Jumlah pesakit yang sembuh paling ramai dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu seramai 216,169.

Bagaimanapun, AS kekal negara paling teruk dilanda wabak menyaksikan lebih 1.32 juta kes disahkan dan lebih 79,500 kematian.

Diikuti Jerman dengan 144,400 pesakit pulih, Sepanyol (136,166), Itali (105,186) dan Turki (92,691).

Kes Covid-19 dilaporkan di 187 negara dan wilayah sejak virus itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu. – BERNAMA

Trump hubungi PM bincang isu wabakKUALA LUMPUR - Isu pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, men-jadi antara topik yang dibincangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Don-ald J Trump pada 8 Mei lalu.

“Pada perbualan yang berlangsung 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbin-cang mengenai pandemik Covid-19 serta pendekatan-pendekatan yang telah diam-bil kedua-dua negara.

“Kami turut menekankan pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global,” kata Muhyiddin menerusi catatan di laman sosial Face-booknya. – BERNAMA

Enam kes baharu di ThailandBANGKOK - Thailand melaporkan enam kes baharu Covid-19 termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun, men-jadikan jumlah keseluruhan 3,015 kes.Tiada kematian dilaporkan dengan jumlah kematian kekal 56 setakat 13 Mei.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyoth-in berkata kesemua kes adalah di wilayah selatan termasuk kes dari Phuket.

“Kanak-kanak lelaki dari selatan wilayah Narathiwat diuji positif Covid-19 selepas bapanya disahkan dijangkiti virus itu manakala satu lagi kes melibat-kan warga Thailand berumur 22 tahun dari Yala yang dikesan daripada penge-sanan kes yang dilakukan di wilayah itu,” katanya.

ANKARA - Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi empat juta pada 10 Mei lalu, lapor agensi berita Anadolu memetik data Universiti Johns Hopkins.

Data itu menunjukkan korban di seluruh dunia mencecah 277,860 orang sementara pesakit yang sembuh berjumlah 1,348,383.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk di-ancam wabak menyaksikan lebih 1.3 juta kes jangki-tan dan 78,469 orang maut.

Diikuti United Kingdom (UK) dengan 31,662 orang meninggal dunia manakala Itali di kedudukan ke-tiga tertinggi menyaksikan seramai 30,395 pesakit maut.

Di Perancis pula 26,313 orang meninggal dunia disusuli Sepanyol dengan 26,299 kematian.

Sepanyol mempunyai kes kedua tertinggi iaitu lebih 222,800 diikuti Itali, UK dan Rusia.

China negara pertama wabak maut itu dikesan kini mencatatkan sifar kes. Keseluruhan negara ini melaporkan 83,976 kes dengan tiada kematian sejak minggu lalu menjadikan angka korban kekal seramai 4,637 orang. - BERNAMA

Amerika Syarikat paling terjejas teruk

JAKARTA - Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 14,032 kes, dengan angka kematian 973 orang setakat 10 Mei lalu.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 14 lagi kematian ber-

laku dalam tempoh 24 jam.“Bagi tempoh 9 sehingga 10 Mei, tam-

bahan kes positif baharu ialah sebanyak 387 kes, menjadikan kes positif kini men-ingkat kepada 14,032 kes,” katanya.

Achmad Yurianto berkata seramai 30,317 pesakit masih lagi berada dalam

pengawasan manakala mereka yang sembuh kini berjumlah 2,698 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 434 kes, diikuti Jawa Timur (143), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di In-donesia. – BERNAMA

Petugas perubatan kecemasan mengusung lelaki keluar dari pusat jagaan Pusat Kesihatan Cobble Hill ketika wabak Covid-19 di Brooklyn, New York pada 17 April lalu. REUTERS

Petugas kesihatan mem-buat persediaan

sebelum mengambil

sampel calitan tekak dan hidung

mengesan virus Covid-19 di pasar

tradisional di Bogor, provinsi

Jawa Barat, Indonesia, 8 Mei

lalu. REUTERS

Kes di Indonesia lebih ��,���

Catat 973 kematian, Jakarta paling tinggi

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

Global11

Ziarah Aidilfitri cuma raya pertama

Ahli perniagaan tidak mengaku bersalah langgar polis

Page 12: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Infografik Infografik13SelangorKini 14 - 20 Mei 202012 SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

SELANGOR MEMPERKENALKAN KAEDAH MUDAH PENGESANAN KONTAK PESAKIT MELALUI SISTEM SELangkah BAGI MEMBANTU JABATAN KESIHATAN. SISTEM INI BERTUJUAN MELINDUNGI PREMIS AWAM,

SYARIKAT DAN INDIVIDU DARIPADA WABAK COVID-19.

MAKLUMAT PENGGUNA DISELIA OLEH KERAJAAN NEGERI DAN DIAKTIFKAN OLEH PEGAWAI KESIHATAN APABILA WUJUD JANGKITAN DI PREMIS BERKENAAN.

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SELangkah DI PORTAL SELANGKAH.MY ATAU SELANGKAH.MBISELANGOR.COM.MY

Foto Bernama

Page 13: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

14 SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

ADN

Terima sumbangan juadah berbuka setiap hariBATU CAVES - Sebanyak 500 bungkus juadah berbuka puasa diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua mu-lai 8 Mei hingga akhir Ramadan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan ditumpu kepada golongan terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Makanan mula diedarkan kepada pen-duduk kampung hari ini (8 Mei) sehingga akhir Ramadan melalui wakil penduduk atau ketua kampung. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan mereka yang berdepan masalah penda-patan,” katanya pada 8 Mei lalu.

Ahli Dewan Negeri Sungai Tua berkata ban-tuan tersebut menggantikan program berbuka puasa yang dilakukannya bersama penduduk setempat setiap tahun.

“Sebelum ini, saya sering mengadakan pro-gram berbuka dengan komuniti, jadi bagi meng-gantikannya kita menyerahkan juadah (berbuka) kepada keluarga di kampung dan kawasan yang dikenal pasti,” katanya.

Peniaga Bukit Tunku disaran daftar SELangkahSHAH ALAM - Peniaga di Bukit Tunku digalak mendaftar inisiatif SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi membantu menjejak jang-kitan Covid-19 di premis mereka.

Ahli Dewan Negerinya Lim Yi Wei berkata peni-aga tidak perlu merekod butiran pelanggan secara manual malah data peribadi mereka turut dilin- dungi.

“Layari selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my untuk mendapatkan kod QR bagi imbasan pelanggan sebelum memasuki premis. Jika pelanggan dijangkiti Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjejaki kontak untuk ujian pengesanan,” katanya pada 6 Mei lalu.

Beliau berkata pusat khidmatnya sudah melak-sanakan inisiatif yang berupaya mengesan keha-diran pengunjung dan boleh dihubungi dengan mudah serta pantas.

Baiki bumbung rumah diterbangkanSHAH ALAM - Sebuah keluarga dari Kampung Fel-da Bukit Cherakah, Kuala Selangor menghela nafas lega selepas bumbung rumah mereka yang diter-bangkan angin kencang pada April lalu dibaiki.

Ahli Dewan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli ber-kata peruntukan membaiki kerosakan diluluskan selepas perbincangan dengan penolong pegawai daerah Kuala Selangor.

“Saya membayangkan bagaimana mereka ber-sahur dan berbuka puasa dengan bumbung terde-dah terutama ketika hujan. Justeru, saya membuat permohonan pejabat daerah meluluskan pem- baikan segera,” katanya pada 10 Mei lalu.

Pada hujung April lalu, Kampung Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor dilanda angin kencang sehingga merosakkan rumah mangsa.

Persediaan sambut Aidilfitri

�6� penduduk terima baucar RM���

Hargai Media Selangor, Haniza edar biskut raya

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Seramai 265 penduduk De-wan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri bagi membeli keperluan raya.

Ahli Dewan Negerinya Rozana Zainal

Penerima baucar Jom Shopping Aidilfitri di DUN Permatang

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal menziarah se-orang pemuda yang terlantar selepas kemalangan enam bulan lalu.

Mazwan Johar berkata, Aiman Danish Ahmad Fauzi, 21, dijaga ibu dan neneknya di rumah mereka di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

“Aiman cedera parah, patah tu-lang kaki dan tangan serta beberapa bahagian lain, koma dan terlantar di hospital berminggu-minggu. Atas permintaan keluarga, dia dibenar-kan dibawa balik dengan syarat ketat.

“Kena ada bilik umpama wad da-

lam rumah, ada katil hospital, ber-hawa dingin, rak alatan perubatan, peti televisyen sangkut di dinding, alat hidraulik pengangkut pesakit, kerusi roda selain rumah sentiasa kemas serta bersih,” katanya pada 6 Mei lalu.

Simpati dengan beban Aiman dan keluarganya, Mazwan menye-rahkan sumbangan RM1,000 untuk menampung keperluan perubatan.

“Ayah dan datuk Aiman sudah tiada, kakaknya sudah berumah tangga dan tinggal bersama suami. Dia anak harapan ibunya namun kini terlantar,” katanya.

Abidin berkata serahan baucar RM100 dibuat berperingkat mengikut kampung selaras arahan Kerajaan Negeri mencegah penularan Covid-19.

“Menjadi harapan saya semua peserta mengamalkan jarak sosial, memakai peli-tup muka dan cecair pembasmi kuman

sewaktu urusan membeli-belah,” katanya pada 10 Mei lalu.

Penerima dari Kampung Seri Tiram Jaya, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Kampung Blok EQSW, Kampung Parit Se-rong, Kampung Permatang dan Kampung Ujong Permatang.

Mazwan menziarah pemuda yang terlantar di rumahnya di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi selepas terlibat nahas enam bulan lalu

RM�,��� bantu pemuda terlantar

SHAH ALAM - Exco Perumahan dan Ke-hidupan Bandar, Haniza Talha menyam-paikan sumbangan biskut raya kepada Media Selangor sempena Aidilfitri.

Haniza berkata sumbangan itu untuk menghargai Media Selangor yang berpe-ranan menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan aktiviti kerajaan negeri sehingga mendapat perhatian ramai.

"Peranan Media Selangor sangat pen- ting kerana ia memberi gambaran ke-adaan di negeri ini dan apa yang telah kita lakukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di pejabat Media Selangor di sini, pada 13 Mei lalu.

Sumbangan diterima Pengurus Kanan Operasi Communication Corporation Sdn Bhd Mohd Zulkifli Ismail. Turut hadir, Ketua

Pengarang Kumpulan Media Selangor, Fathi Aris Omar.

Media Selangor adalah media rasmi Kerajaan Negeri yang menerbitkan akh-

bar mingguan dan paparan berita portal SelangorKini selain video termasuk siaran langsung program menarik di TVSela- ngor.

Page 14: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

15SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

AlbumInformasiTerkinidi jari anda

Menyumbang juadah berbuka puasa kepada anggota di Balai Bomba Petaling Jaya, Petaling Jaya

ADN BUKIT GASINGRajiv Rishyakaran

ADN SUNGAI RAMALMazwan Johar

Memberi bantuan pek makanan kepada penduduk terjejas di Flat Seksyen 3, Bangi

Menyalurkan bantuan susu bayi kepada penduduk Pangsapuri Angsana, Subang Jaya

ADN SUBANG JAYAMichelle Ng Mei Sze

Mengedarkan pelitup muka kepada penduduk Pangsapuri Blok Satu Desa Mentari, Petaling Jaya

ADN SERI SETIAHalimey Abu Bakar

Menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada wakil Kampung Sungai Lang Baru, Banting

Borhan Aman ShahADN TANJUNG SEPAT

Mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Petaling Jaya

Syamsul FirdausADN TAMAN MEDAN

Page 15: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

Oleh Hafiz Hamzah

Pekan sekecil ini mana boleh menyimpan dua orang pem-bunuh. Aku terdengar bebe- rapa orang bercakap ketika dalam bas ke pasar pagi tadi.

Ada reaksi terkejut dari berita yang mula tersebar dalam telefon; mayat seorang perempuan muda baru ditemui di muara sungai. Berita begini adalah kegemparan bagi sebuah tempat yang biasanya jauh dari keriuhan. Aku juga cukup tergang-gu dengan berita itu. Kerana, bukan aku pembunuhnya.

Aku tak akan bunuh perempuan, apa-tah lagi yang muda belasan tahun. Kali terakhir tangan ini mencabut nyawa orang — dan pekan ini mendengar ten-tang cerita pembunuhan — ialah 13 tahun lalu. Ada pesan bertulis yang di- tinggalkan dalam peti surat, meminta pertolongan. Aku tahu itu daripada teman Ria, anak sekolah yang tinggal tak jauh. Pada lain hari, ketika aku sedang mere-nung ke luar tingkap di belakang rumah dan layap memerhatikan ribut hujan yang seperti tak ingin reda, aku ternampak Ria dikejar dan diseret masuk semula ke ru-mahnya. Seperti cuaca petang itu, ada nasib buruk yang sedang menunggu.

Aku capai poncho hitam dan sebatang tukul besi bulat. Padahal jaraknya tak jauh mana; sebaik saja aku sampai di rumah Ria, dia tak lagi bernyawa. Lehernya dijerut tali pinggang yang masih terletak di situ. Ria terlangkup meniarap. Bapa tirinya se-dang menindih dari atas, memuaskan nafsu terhadap jasad kanak-kanak yang tak lagi bernafas. Aku tak dapat membayangkan ke-gilaan apa yang bersarang dalam diri lelaki

Kerusi

tidak tahu siapa menumpangkanpinggul di dadaku, semalam.

aku perasan, wajahnya kelabumatanya sepanduk liar menjulangdia meracau tentang politik utopiademonstran-demonstran laparpencuri selipar, dan impian isterinyamelahirkan anak kembar, tetapidihalang oleh ekonomi yang sukardia seperti pengkhayal duniamenyedut ganja siasah – terakhir,aku mendengar hasrat sucinyamelepaskan berahi kepadapolitikuswati bersara dan mengirimspermanya kepada janda segardi hujung dunia. ah, cita-citanyatinggi. membina negara sendiri.bebas rasuah dan monopoli.

aku tertidur pulas selepas itutidak tahu siapa pula memarkirpinggul di dadaku hari ini –ia sentiasa bersilih ganti, sebentarahli parlimen bersut mewah, sebentar lagipengemis tua melepas mengah.

Tuah Sujana

seperti itu. Seingat aku, tak ada fikiran yang sempat

melintas. Naluri kebinatangan hanya akan membangkitkan binatang-binatang yang lain. Sekali hayun, tukul aku singgah di bahagian kiri kepalanya; satu bunyi retak dan ada darah menyembur ke dinding. Tengkoraknya pecah. Sebelum nyawanya terputus, aku membuka tutup kepala, mengalihkan wajahnya agar

bertentangan. Aku ingin dia tatap wajah orang yang melakukan kesakitan terhadap-nya. Semua itu adalah kepuasan, dan tak terlalu sukar untuk aku lakukan. Di luar, ribut dan guntur bertambah galak.

Tak ada sesiapa datang mencari aku selepas itu, sama seperti tak ada seorang pun yang datang kepada aku ketika ini un-tuk bertanyakan tentang kes berkenaan. Dua tubuh tanpa nyawa di dalam sebuah rumah kelamin. Entah apa yang dijawab emak Ria kepada polis. Aku tak pernah tahu siapa yang mereka syaki. Ia kemu-diannya menjadi kes beku dan dibiarkan larut dalam waktu tanpa ada penyele- saian. Kemudiannya dilupakan.

Sejak itu, aku berbangga dengan sta-tus legenda tentang diri aku yang meniti dari mulut ke mulut orang-orang di pekan ini. Betapa gerunnya mereka selepas itu. Dosa memang selalu membuatkan orang rasa bersalah. Mereka tak perlu tahu sia-pa pelakunya, tetapi aku sangat menyukai cerita yang akan terus hidup lama selepas aku mati. Nyawa-nyawa lain yang pernah aku langsaikan sebelum itu rasanya tak perlulah diceritakan. Sebab itu, aku terta- nya-tanya siapa gerangan yang baru mun-cul dan mula diperkatakan orang di sini, sekaligus merampas kesenangan yang sangat aku nikmati sejak sekian lama se-bagai pembunuh misteri.

Orang baru ini, dengan segala tindakan- nya telah berhasil membawa aku ke surau dan masjid-masjid, sedangkan sudah sangat lama kaki aku tak mengenal tangga dewan sembah- yang. Untuk mencari tahu siapa pelakunya, aku duduk di meja jamuan selepas Isyak, ter-utamanya malam Jumaat, ketika orang ramai berlonggok untuk bergosip entah apa selepas berwirid panjang. Aku juga duduk lama-lama di kedai kopi dan warung, memasang teli- nga kalau-kalau ada sesiapa — atau mungkin orang itu sendiri — yang terlepas cakap atau membincangkan kejadian terbaru itu dengan perincian-perincian yang belum aku ketahui.

Tak ada orang biasa yang dengan mudah dapat mengesan perwatakan buas. Hanya pembunuh yang akan dapat mengenal dan menghidu pembunuh lain. Detektif paling ber-pengalaman sekalipun mungkin memerlukan masa lebih panjang untuk melakukannya; da-lam kes aku, meraka gagal sama sekali. Ada waktu, aku akan melilau di pasar basah juga. Jarang aku bertanya, hanya akan menyambung berbualan yang sudah dimulakan, dan berpu-ra-pura tak tahu-menahu tentang banyak per-kara.

Dalam keramaian satu pagi minggu di warung sarapan tak jauh dari muara, aku be-rasa ada gesaan berbeza. Aku terpandang seseorang yang seperti aku, jauh lebih muda mungkin, duduk berseorangan dan larut dalam minda sendiri. Itu bukan wajah biasa di pekan ini, aku pasti. Matanya tak dapat menyembu- nyikan satu macam bara ghairah yang aneh, walaupun wajahnya bersahaja dan polos. Sekali-sekala kami bertentang mata, tetapi dia tak ingin menatap aku sepenuhnya.

Khabar-khabar angin yang dikutip dari mulut orang-orang yang sempat aku dengar diputarkan kembali dalam kepala. Sudah dua minggu, dan polis masih tak ada apa-apa pe-

tunjuk berguna. Tak ada siapa dapat menjelas-kan bagaimana rupa dan fizikal orang itu. Yang berlegar hanyalah kekejaman yang dia lakukan terhadap mangsa. Itu pun, tak ada apa yang menarik atau dilakukan dengan imaginasi baru; mangsa mati dicekik. Menggunakan ke-kerasan ke atas orang yang lemah, itu bacul.

Aku syak, dia melakukannya selepas mendapat apa yang diinginkan daripada pe- rempuan malang itu. Tak ramai yang boleh faham, kadangkala, untuk memuaskan na- luri ganas pemangsa, pelakunya nyaris tak akan berbuat apa-apa secara fizikal sebelum menamatkan riwayat mangsanya. Sekadar untuk menyaksikan batang tubuh lain ber-ada dalam cengkaman, itu sudah memberi-kan rasa puas yang genting. Tak ada rogol, tak ada liwat, tak ada cabul. Hanya keinginan yang dalam untuk menakluki dan rasa berkua-sa. Semudah itu matlamatnya.

Ketiadaan sebarang maklumat berguna se-takat ini berkaitan suspek pembunuhan itu membuktikan polis di pekan makmur ini tak boleh diharap. Aku tak menjangka apa-apa daripada mereka. Hidup sekadar hidup, tak ada rasa tanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah amanah dan lindu- ngan mereka. Sangat aneh untuk memikirkan hal ini; kalau orang nista seperti aku boleh memahami semua itu, kenapa tidak orang-orang yang kononnya budiman seperti mere-ka? Makan tahi.

Aku cuma berharap pemuda di warung pagi itu dapat menterjemah pesan yang aku kirim melalui panah anak mata ketika kami berse-lisih pandang; pekan ini hanya boleh menja-di rumah untuk seorang pembunuh sahaja. Yang seorang lagi eloklah hidup dalam pela- rian, jika tak mahu perbuatannya diselongkar, atau nyawanya dicabut pada usia muda dan menjadi kegemparan baru.

Page 16: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020 17Infografik

Umpama ibadat 1,000 bulan

Melalui kitab Ihya’ Ulumuddin, kesungguhan beribadat ditunjukkan melalui khatam al-Quran tiga malam sekali. Imam al-Syafie pula mengusulkan 60 kali khatam sepanjang Ramadan. Mengikut kisah 40 orang tabi’in pula, beribadat hingga tidak tidur sepanjang malam.

Berdasarkan surah al-Qadr ayat satu hingga lima, malam itu adalah malam kitab suci al-Quran diturunkan. Antara sebab penurunan surah al-Qadr, Nabi Muhammad SAW menyebut seorang lelaki Bani Israel yang menggunakan senjatanya untuk berperang pada jalan Allah. Dalam riwayat lain, baginda menyebut empat orang Bani Israel yang beribadat selama 80 tahun tanpa sedikit pun derhaka kepada-Nya.

Tarikh tepat tidak diketahui dan menjadi rahsia-Nya. Namun, ulama sependapat ia berlaku pada hari-hari ganjil. Berdasarkan hadis, malam-malam tersebut ialah 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Mengikut pandangan ulama, antara tanda-tanda orang yang menemui malam Lailatulqadar adalah:l Melihat nur terang benderang di segenap

tempat hingga ke ceruk yang gelap-gelita.l Mendengar ucapan salam dan kata-

kata yang lain dari malaikat.l Melihat segala benda termasuk

pohon-pohon kayu rebah sujud.l Doa permohonan makbul.

SESUNGGUHNYA, malam Lailatulqadar menjanjikan ganjaran luar biasa buat umat Islam. Ia dianggap malam yang lebih baik

daripada hari-hari lain. Justeru, kedatangan malam tersebut dinanti-nantikan dengan

penuh keyakinan dan harapan.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan

Mufti Selangor Khairil Jahrin berkata mukmin tetap boleh mengejar malam Lailatulqadar

dalam suasana wabak Covid-19.Beliau menjelaskan ibadat boleh dibuat

di rumah bersama keluarga atau bersendirian walau tidak dapat bertarawih

di masjid atau surau.“Banyak manfaat akan diperoleh antaranya

diberikan rahmat keampunan, dan dijauhkan dari api neraka. 10 malam terakhir ini

merupakan bonus dari Allah untuk kita, perbanyakkan amal ibadat seperti zikir,

selawat dan solat,” katanya. Wartawan ALIff fIKrI turut menyusun

semula kelebihan malam berkenaan berdasarkan khutbah Jabatan Agama Islam

Selangor bertajuk Ke Syurga Bersama Keluarga dan Lailalatulqadar Malam Yang

Dinantikan Oleh Mukmin.

Berdoa pada malam tersebut boleh mengubah ketetapan-Nya kerana Allah SWT menentukan perjalanan hidup seseorang manusia.

Turunnya Jibril dan para malaikat untuk memberi hidayah bagi mereka yang berpuasa seikhlas hati. Malaikat turun ke bumi dengan izin-Nya untuk membawa segala kebaikan dan keberkatan.

Dalam Tafsir al-Maraghiy, Lailatulqadar dianggap peletakan batu asas agama Islam dan penurunan al-Quran sesuai dengan tuntutan zaman dan tempat.

Kelebihan pada malam tersebut antaranya solat dan ibadat lebih baik daripada amalan 1,000 bulan atau bersamaan 83 tahun berdasarkan surah al-Qadr ayat ketiga.

Muncul pada 10 hari terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW juga beriktikaf di masjid dan meminta ahli keluarganya

memperbanyakkan amal. Baginda meminta

umat membuat iktikaf, membangunkan keluarga untuk

bersolat, tahajud, witir, membaca al-Quran dan berzikir.

Page 17: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

18PBT

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

OLEH WAN FAIZAL ISMAYATIM SHAH ALAM - Sebuah kilang ternakan ayam dikompaun dan diberi notis ama-ran berikutan menjadi punca lalat meng-hurung Kampung Sungai Jang, Kerling di Hulu Selangor.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berkata premis menternak kira-kira 140,000 ayam beroperasi dengan kelulusan Kebe-

naran Merancang (KM), tetapi tiada pin-daan pelan lulus bagi tambahan reban.

Pemilik pernah membuat permoho-nan pindaan KM akhir 2019, namun perlu mendapat ulasan Lembaga Urus Air Sela- ngor (Luas) bagi reka bentuk kolam tada-han.

“Premis tidak mempunyai lesen per-niagaan sah dan tiada pelan bangunan, selain gagal menyediakan kawasan pelu-

pusan sisa tinja (tahi) dan kolam rawatan air mengikut garis panduan,” katanya pada 9 Mei lalu.

Selain mengeluarkan notis kacau gang-gu dan kompaun berkaitan gangguan la-lat, beroperasi tanpa lesen dan membina bangunan tanpa kebenaran, pemilik turut diberi amaran memperbaiki kawalan lalat dalam tujuh hari dan melaksanakan pelu-pusan sisa tinja mengikut syarat KM.

SHAH ALAM - Semua premis perniagaan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) wajib menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata pelanggan dikehendaki melakukan imbasan kod QR untuk penge- sanan jangkitan, jika berlaku kes positif Covid-19.

Pemilik premis boleh mendaftar di pau-tan http://www.selangkah.my, cetak dan mempamerkan kod QR di pintu masuk atau tempat mudah dilihat pelanggan.

“Bersama-sama kita membantu kerajaan membanteras Covid-19,” katanya pada 9 Mei lalu.

MPS wajibkan guna SELangkah

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merobohkan lima gerai haram atas rizab jalan di Jalan Kinrara 2, Puchong, 9 Mei lalu.

MPSJ memak-lumkan tindakan mengikut Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 selepas Notis Pem-beritahuan Bangu-nan (NPB) dikeluar-kan untuk pemilik meruntuhkan bi-naan dalam tujuh hari.

“Setelah tiada tindakan, Notis Me- ngosongkan Dan Meruntuhkan Bangunan (NMMB) dikeluarkan di bawah Seksyen 72(6) akta sama memberi tempoh 30 hari kepada pemilik premis mengosongkan dan merun-tuhkan sendiri bangunan.

“Perobohan juga dibuat kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan aduan orang awam,” katanya pada 10 Mei lalu.

Lima gerai haram diroboh

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 6 Mei lalu menyita lima premis perniagaan termasuk tiga milik warga asing kerana beroperasi tanpa lesen.

MPK berkata dua premis disita di Jalan Pengasah 3 di Klang Utara dimiliki warga asing yang menjalankan perniagaan kedai makan dan kedai gunting.

“Baki tiga lagi di Klang Selatan mem-babitkan kedai runcit di Pangsapuri Arista, Bandar Parkland termasuk satu milik war-ga asing, dengan semua premis diberi no-tis serahan tangan dan tampal oleh Jabatan Bangunan MPK serta ditanda tali kuning,” katanya dalam kenyataan.

MPK sita lima premis tanpa lesen

Punca lalat hurung kampung

Kilang ayam diberi amaran tutup

MDHS mengelu-arkan notis kacau ganggu dan kom-paun kepada kilang penternakan ayam yang menyebab-kan gangguan lalat pada 8 Mei lalu

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima kelengkapan sut perlindungan diri (PPE) sumbangan syarikat LYL Group dan CCCC George Kent JV bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Tan Sri Lim Yew Loon mewakili LYL Group menyerahkan pelindung dan pelitup muka ser-ta penyukat suhu manakala CCCC George Kent JV menyumbangkan pelitup muka.

Sunway Group Berhad diwakili Bernard Paul menyumbang RM10,000 bagi kerja membasmi kuman di kawasan perumahan kos rendah.

Sumbangan diserahkan kepada Yang Diper-tua MPSJ, Noraini Roslan dalam majlis dihadiri Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Syarikat korporat bantu MPSJ cegah wabak

MPSJ terima sumbangan daripada beberapa syarikat korporat bagi diagih-kan kepada petugas barisan hadapan mencegah Covid-19 pada 7 Mei lalu

Page 18: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

19SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

PBTInformasiTerkinidi jari anda

Kilang ayam diberi amaran tutup

SHAH ALAM - Seorang pemilik premis per-niagaan di Kajang dikompaun RM2,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana gagal mempamerkan tanda harga.

Tindakan hasil pemeriksaan pada 8 Mei lalu mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Amaran turut dikeluarkan kepada pemilik premis supaya tidak mengulangi kesalahan.

KPDNHEP menegaskan peniaga perlu sen-tiasa mematuhi undang-undang manakala pengguna dinasihati tidak melakukan pem-belian panik.

Tidak pamer harga, kompaun RM2,000

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan lima premis milik warga asing tanpa permit ditutup serta-merta dalam operasi di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 pada 10 Mei lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-

hubungan Awamnya Shahrin Ahmad berkata ia membabitkan dua kedai runcit, serta masing-masing satu kedai makan, kedai gunting rambut dan ke-dai jam.

“Lapan kompaun dikeluarkan mengi-kut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), selain tiga di bawah Undang-Un-dang Pelesenan Tred, Perniagaan Dan

Perindustrian (MBSA) 2007 dan satu mengikut Undang-Undang Kecil Esta- blisymen Makanan (MBSA) 2007.

“Seramai 11 warga asing ditahan da-lam operasi disertai polis,” katanya.

Beliau mengingatkan semua pihak mematuhi arahan sepanjang Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Warga asing berniaga tanpa permit

MBSA arah tutup serta-merta

Penguat kuasa MBSA menyerbu premis per-niagaan diurus warga asing di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 pada 10 Mei lalu. Foto ihsan MBSA

SHAH ALAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menjalankan saringan ke atas 336 peniaga dari lapan pasar awam bagi membendung penularan Covid-19.

Ia membabitkan Pasar Awam Se-kinchan, Pasir Panjang, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Pasar Awam BNO, Sungai Air Tawar dan Sabak serta Jeti

Ikan Sekinchan.“Ujian dilakukan sebagai langkah

berjaga-jaga ekoran banyak kes positif berlaku di Pasar Borong Selayang, se-lain memastikan seluruh pasar awam di Sabak Bernam bebas Covid-19,” kata MDSB pada 11 Mei lalu.

Pemeriksaan bermula 8 pagi hingga 1.30 petang diketuai Pegawai Kesihatan

Daerah Sabak Bernam, Dr Liza Abd Latif.Sebelum ini, kerajaan mengisyti-

harkan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diper-ketatkan susulan 28 kes Covid-19 dire-kodkan dengan satu kematian mem-babitkan warga Myanmar berusia 36 tahun.

MDSB saring 336 peniaga pasar

SHAH ALAM - Tujuh premis perniagaan milik war-ga asing beroperasi tanpa lesen disita Majlis Per-bandaran Klang (MPK) pada 8 Mei lalu.

Dalam operasi Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPK di Batu 2 Jalan Kapar, sebuah kedai runcit tanpa lesen serta menjual ayam hidup tanpa ke-benaran disita.

Kesalahan sama dikesan di Jalan Temenggung membabitkan empat kedai runcit, sebuah kedai makan serta satu premis menjual minuman keras.

“Tali kuning ditandakan pada semua premis tidak berlesen dan MPK mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberi mak-lumat mengenai peniaga warga asing,” katanya pada 9 Mei lalu.

Tujuh premis pendatang disita

BANTING - Majlis Perbandaran Kuala La-ngat (MPKL) mengarahkan tiga restoran di Banting Baru di sini ditutup 14 hari kerana kotor.

Yang Dipertuanya Mohamad Zain A Ha-mid berkata pemeriksaan bersama pejabat daerah Kuala Langat menemui najis tikus di ketiga-tiga kedai dalam Operasi Premis Bersih Ramadan pada 11 Mei lalu.

Arahan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan UUK 62 Un-dang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007.

Mohamad Zain berkata pengusaha per-lu menjaga kebersihan premis bagi menge-lakkan tindakan tegas diambil.

“Walaupun masih dalam tempoh Perin-tah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita akan sentiasa memantau tahap ke-bersihan restoran dan kedai makan di da-erah ini,” katanya.

Tiga restoran kotor ditutup 14 hari

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menghulurkan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hada-pan di daerah Petaling yang berkorban tena-ga mencegah penularan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan ia sebagai peng-hargaan kepada kumpulan yang bertugas di kawasan Jalan Othman Petaling Jaya diisyti-harkan Perintah Kawalan Pergerakan Diper-ketatkan.

“MBPJ menghargai petugas hadapan men-jaga keselamatan penduduk dan orang awam di kawasan ini,” katanya pada 12 Mei lalu.

Sumbangan di bawah inisiatif Bank Makanan PJ diserahkan Datuk Bandar Pe- taling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar kepada Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komi-sioner Nik Ezamee Mohd Faisal dan Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar.

MBPJ hargai barisan hadapan

Anggota penguat kuasa MPK menjalankan pemeriksaan terhadap premis tanpa lesen dikendalikan warga asing pada 8 Mei lalu

Page 19: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

20Pendidikan

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Seramai 75,580 pelajar mengikuti e-pembe-lajaran percuma Selangor Tutor diperkenal Kerajaan Negeri pada 3 April lalu, kata setiausaha politik kepada Dato’ Menteri Besar.

Borhan Aman Shah berkata keaktifan portal berdasarkan kekerapan soalan dijawab pe-lajar sehingga kini mencapai 2.34 juta.

“Jumlah pelajar semakin meningkat dengan kekerapan soalan yang banyak dijawab sekali gus menunjukkan sam-butan amat memberangsang-kan.

“Kerajaan Negeri meng-galakkan penyertaan murid

dan pelajar tahun satu hing-ga tingkatan lima sama ada dari sekolah kerajaan, swasta atau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendaf-tar kerana banyak manfaat diperoleh ketika sekolah be-lum dibuka,” katanya pada 8 Mei lalu.

Inisiatif melalui Pakej Rang-sangan Selangor Prihatin ha-sil kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Yayasan Selangor, menye-diakan lebih 130,000 soalan latih tubi mengikut piawaian kurikulum Kementerian Pen-didikan Malaysia.

Ibu bapa boleh mengakses program untuk memantau perkembangan pembelajaran anak dari semasa ke semasa.

Portal Selangor Tutor semakin aktif

Lebih 75,000 pelajar sudah sertai

SHAH ALAM - Pertandingan Vi-deo Resensi Buku Selangor 2020 menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 dengan penyertaan dibuka sehingga 12 Jun.

Pertandingan anjuran ber-sama Bahagian Pendidikan, Pe-jabat Kerajaan Negeri Selangor

dan Perbadanan Perpustaan Awam Selangor (PPAS) bagi siri 2020 dibahagikan kepada 13 kategori bersesuaian dalam tem-poh Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP), dengan penyertaan percuma dan terbuka kepada rakyat Malaysia.

Video ulas buku tawar RM30,000

Sambutan Hari Guru tanpa murid ‘janggal’SHAH ALAM - Golongan pendidik menyifatkan sambutan Hari Guru tanpa kehadiran murid secara fizikal pada 16 Mei agak janggal sekalipun atas sebab keselamatan bersa-ma.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Empat, Ainon Mohamed Salehud-din berkata ketiadaan murid meraikannya bersama guru tentu dirasai kera-na ia pengerat hubungan.

“Ada perbezaan sambutan se-cara maya berbanding dalam maj-lis khas dengan kehadiran murid. Bagaimanapun kena reda demi mencegah jangkitan Covid-19,”

katanya.Kementerian Pendidikan Ma-

laysia (KPM) dalam kenyataan pada 12 Mei lalu mengumumkan

‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Ba-haru’ sebagai tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49.

Sementara itu, Presiden Kesatu-an Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata ketia- daan sambutan secara fizikal bu-kan bermaksud warga pendidik dilupakan.

“Kerajaan tetap meraikannya secara maya sebagai pengiktira-

fan kepada guru di sebalik keka-ngan ini,” katanya.

Mengenai persediaan mereka sebelum sesi persekolahan di-

buka, Ainon berkata pihaknya membeli enam penyukat suhu badan selain cecair pembunuh kuman seperti diarahkan KPM.

“Namun perkara menjadi kerisauan

adalah dari segi penjarakan sosial, bagaimana menampung murid bagi sekolah padat seperti kami yang ada antaranya mempunyai sehingga 48 pelajar sedangkan jumlah ideal adalah 20 orang,” ka-tanya.

Langkah mudah menyertai pertandingan:

n Rakam video ulasan bukun Muat naik ke akaun media sosial (Facebook, YouTube atau Instagram dengan tetapan awam (setting public).n Tandakan dengan tanda pagar #selangormembacan Daftar penyertaan dengan mengisi borang secara dalam talian

Cara Pendaftaran

Cara Layari

Page 20: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

21SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

AgamaInformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Se-langor (LZS) menyediakan RM27.6 juta untuk disalurkan kepada 60,312 asnaf sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan M Yusop berkata agi-

han membabitkan 14,922 keluarga fakir, selain 41,240 miskin dan 4,150 mualaf yang dimasukkan ke akaun penerima berperingkat antara 5 hingga 7 Mei lalu.

“Bayaran tunai (mereka yang tia-da akaun bank/ warga emas/ indi-vidu sakit terlantar) juga diserahkan berperingkat kepada penerima se-

jak 5 hingga 15 Mei ini.“Penerima mendapat bantuan

antara RM300 hingga RM1,000 ber-gantung jumlah tanggungan,” ka-tanya kepada SelangorKini pada 9 Mei lalu.

Menerusi agihan itu, Klang men-catatkan paling ramai penerima ia-itu 11,571 berjumlah RM5.3 juta.

LZS peruntuk RM27.6 juta untuk Ramadan, Aidilfitri

Lebih 60,000 asnaf dibantu

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperhalusi tatacara operasi piawai (SOP) bagi solat jemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata kerajaan akan mengu-mumkan kebenaran bersolat jemaah di masjid apa-bila SOP dimuktamad dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri untuk diper- kenankan.

“Saya tahu ramai umat Islam rindu ke masjid, ter- utamanya mendirikan solat Jumaat, tarawih dan solat lima waktu. Insya-Allah, kita doakan keadaan bertam-bah baik.

“Tambahan pula banyak kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP teratur, saya per-caya masjid di kawasan ini bersedia dibuka kepada ahli kariah,” katanya dalam perutusan khas perdana menteri 10 Mei lalu.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengumumkan SOP tertentu bagi gereja dan rumah ibadat bagi pe- nganut Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain.

Kebenaran solat di masjid diumum selepas perkenan Agong

Imam dan kakitangan Masjid Negara mengerjakan solat su-nat tarawih dan mempraktikkan jarak sosial di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2020

SHAH ALAM - Peningkatan drastik kira-kira RM4 juta zakat fitrah dibuat menerusi dalam talian sepanjang 14 hari Ramadan tahun ini, kata ketua divisyen kuti-pan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata jumlah itu meningkat berbanding RM70,000 dalam tempoh sama tahun lalu .

“Kita lihat sambutan memberangsangkan. Ma-lah, orang ramai mula teri-ma kaedah bayaran dalam talian sejak kita meng-galakkan pembayaran menerusi medium ini pada awal Ramadan lalu demi mengekang Covid-19,” ka-tanya pada 9 Mei lalu.

Jelasnya, golongan kurang mahir teknologi

boleh menunaikan kewajipan itu ke- tika Perintah Kawalan Pergerakan me-lalui 1,800 Penolong Amil Fitrah yang ditugaskan di masjid dan surau sekitar negeri ini.

Zakat dalam talian meningkat lima kali ganda PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(201401006213)

KENYATAAN TENDER

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

PN0000002383

PN0000002215

PN0000001659

RENTAL OF WHEEL LOADER FOR SLUDGE CAKE TRANSFER (SW204) AT LANGAT 2 SLUDGE TREATMENT FACILITY

PROVISION OF CLEANING SERVICES FOR SEDIMENTATION, FILTER AND SLUDGE TANKS AT SG SEMENYIH WATER TREATMENT PLANT

SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CONFIGURATION, DEVELOP, TESTING, COMMISSIONING AND PROVISION OF ANNUAL MAINTENANCE SUPPORT (AMS) SERVICES FOR IDENTITY & ACCESS MANAGEMENT (IAM) SYSTEM

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.airselangor.com/service/tenderlists atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut: https://www.airselangor.com/business-with-us/contractor-vendorsupplier-plumber-registration-guideline dan ikuti panduan yang dipaparkan di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma.

14 - 20 MEI 202021 - 27 Ramadan 1441

14 Khamis 5:40 5:50 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3315 Jumaat 5:40 5:50 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3316 Sabtu 5:40 5:50 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3317 Ahad 5:40 5:50 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3418 Isnin 5:40 5:50 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3419 Selasa 5:40 5:50 7:01 1:13 4:35 7:20 8:3420 Rabu 5:40 5:50 7:01 1:13 4:36 7:21 8:34

14 Khamis 5:42 5:52 7:02 1:15 4:37 7:23 8:3615 Jumaat 5:42 5:52 7:02 1:15 4:37 7:23 8:3616 Sabtu 5:42 5:52 7:02 1:15 4:37 7:23 8:3717 Ahad 5:42 5:52 7:02 1:15 4:38 7:23 8:3718 Isnin 5:41 5:51 7:02 1:15 4:38 7:23 8:3719 Selasa 5:41 5:51 7:02 1:15 4:38 7:23 8:3720 Rabu 5:41 5:51 7:02 1:15 4:38 7:24 8:37

14 Khamis 5:41 5:51 7:02 1:13 4:35 7:20 8:3315 Jumaat 5:41 5:51 7:02 1:13 4:35 7:20 8:3316 Sabtu 5:41 5:51 7:02 1:13 4:35 7:20 8:3317 Ahad 5:41 5:51 7:02 1:13 4:36 7:20 8:3418 Isnin 5:41 5:51 7:02 1:13 4:36 7:20 8:3419 Selasa 5:41 5:51 7:02 1:13 4:36 7:20 8:3420 Rabu 5:40 5:50 7:02 1:13 4:36 7:21 8:34

Page 21: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

22 SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

Kebajikan

Lima keluarga terima rumah baharu SHAH ALAM - Lima keluarga di Sabak Bernam boleh meraikan Aidilfitri lebih meriah tahun ini apa-bila menerima rumah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 7 Mei lalu.

LZS menerusi Facebook memaklumkan RM400,000 diperuntukkan bagi membina rumah baharu kepada asnaf fakir miskin di daerah berkenaan.

“Dengan bantuan ini, keluarga asnaf dapat me-nikmati keselesaan tempat berlindung dan ber-teduh lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan serta Syawal.

“Semoga bantuan ini dapat dimanfaat sebaiknya dan meningkatkan rasa syukur serta ketakwaan ke-pada Allah SWT,” kata agensi itu pada 8 Mei lalu.

Penyerahan kunci rumah baharu disempurna-kan ketua operasi agihan LZS Sabak Bernam, Azizul Fitry Salam.

Jabatan kesihatan hargai sumbangan

Yide selesai agih lebih RM700,000

�,��� anak yatim dapat duit rayaOLeh SHeedA FAtHiL

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul ehsan (Yide) memperuntukkan RM742,000 sumbangan Aidilfitri un-tuk anak yatim yang diagihkan mela-lui akaun bank 7,420 penerima di negeri ini, kata pengurus besarnya.

Nur Mohd Razali berkata pihaknya akan turun padang menyerahkan sumbangan RM100 setiap penerima bagi yang tidak mempunyai akaun bank.

“Terima kasih kepada orang ra-mai, syarikat korporat dan anak syarikat Kerajaan Negeri yang memberikan sumbangan,” katanya pada 9 Mei lalu.

Agihan tahun ini membabit-kan sembilan daerah iaitu Klang seramai 1,288 penerima, Petaling (1,267), Sabak Bernam (400), Kuala Selangor (763), hulu Langat (1,179), Sepang (330), Gombak (1,121), hulu Selangor (543) dan Kuala La-ngat (529).

Yide menyeru orang ramai dan syarikat korporat memuliakan anak yatim dengan menyumbang melalui platform pembayaran dalam talian melalui Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ atau melalui Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay).

Sumbangan boleh disalur ke akaun korporat Yide, Bank Islam 1223 4010 0073 30 dan hubungi talian utama Yide untuk mendapatkan resit pelepasan cukai di talian 017-756 9476 atau 017-

757 9478.Setiap sumbangan dikecualikan

cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mais bantu enam rumah kebajikanSHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang 210 set makanan kering bernilai RM12,600 kepada enam rumah pemu-lihan al-Riqab sekitar Klang dan Petaling pada 6 Mei lalu.

Ia membabitkan Rumah hidayah Insani, Pertu-buhan Usrah Fitrah, Rumah Puteri Arafiah, Darul Wardah, Rumah Penjagaan Damai dan Darul Ukhuwah.

Bantuan menerusi peruntukan asnaf riqab Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringan-kan beban penghuni terutama pada Ramadan dan menjelang Syawal.

Penyerahan dilakukan Ahli Dewan Negeri Su-ngai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang turut dihadiri Ketua Audit Dalam Mais, Zaharudin Salim serta Pengurus Besar Teras, hasnul Redza Abdul Rahim.

Zawawi mengucapkan terima kasih kepada pa-sukan Mais kerana membantu rumah pemulihan al-Riqab yang kurang mendapat bantuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Agihan sumbangan ke semua rumah pemuli-han al-Riqab akan diteruskan Mais di daerah lain.

Mais menyerahkan sumbangan set makanan kering kepada enam rumah pemulihan al-Riqab sekitar Klang dan Petaling

Sebahagian sumbangan diberikan pelbagai pihak kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Nasib ��� Orang Asli terjejas dipeduliSHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyumbang makanan asas kepada 400 Orang Asal di daerah Petaling susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Serahan dilakukan Badan Dakwah Daerah Peta-ling di empat kawasan iaitu di Desa Temuan, Bukit Lanjan dan Damansara Perdana pada 10 Mei, diikuti Kampung Rasau hulu, Batu 14 Puchong, Bukit Ban-daraya Shah Alam pada 11 Mei.

“Sumbangan bertujuan membantu meringan-kan beban Orang Asli ketika tempoh PKPB, selain merapatkan ukhuwah dengan masyarakat berke-naan di daerah ini,” kata Jais melalui kenyataan.

Majlis serahan disempurnakan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Petaling, hashim Muhamad.

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menghargai sumbangan pelbagai pihak ke-pada petugas barisan hadapan di seluruh kemuda-han kesihatan negeri sejak penularan Covid-19.

JKNS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sumbangan kurma sebanyak 18,000 kotak, selain pemberian sut perlindungan diri (PPe) dan pelitup muka daripada individu, yayasan dan syarikat prihatin.

“Sumbangan amat bermakna kepada semua petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19,” tulis JKNS di Facebook pada 8 Mei lalu.

Page 22: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

SelangorKini 14 - 20 Mei 2020

Sukan23

Teruskan aksi kelayakan Piala DuniaKUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya dijangka meneruskan tiga perlawanan pusingan kedua kum-pulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini yang sebelum ini terpaksa ditangguhkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan penularan Covid-19.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Ma-laysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata FAM masih belum memperolehi tarikh rasmi daripa-da AFC yang dijangka membuat pengumuman dalam tempoh terdekat berhubung kalendar aktiviti bola sepak pada tahun ini.

Berdasarkan perancangan asal, Malaysia sepa-tutnya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac di Dubai, Vietnam di Stadium Na-sional, Bukit Jalil (31 Mac) dan Thailand di Bang-kok pada 9 Jun 2020.

Malaysia kini menduduki tempat kedua kum-pulan dengan sembilan mata selepas lima perla-wanan, dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China, sekiranya mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan. - BERNAMA4 col x 18 cm

1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Unit Perangcang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SUNGAI DI BAWAH PROJEK PEMULIHARAAN

DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG, SELANGOR MARITIME GATEWAY (SMG)No. Tender: SMG/2020-1/RiverCleaning

2. Kawasan Perkhidmatan Meliputi: i. Pakej 1: Log Boom Kinrara & Stormwater Drain Tmn Sentosa ii. Pakej 2: Log Boom Kg. Aman Hilir iii. Pakej 3: Log boom Ara Damansara iv. Pakej 4: Log Boom Sg Kandis v. Pakej 5: Log Boom Sg Pinang, & Interceptor vi. Pakej 6: Log Boom Sg Delek

3. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), di bawah Kod Bidang:

a. 221002 – Membersih Kawasan DAN 221003 – Mengangkat Sampah ATAU b. 221006 – Membersih Pantai/ Sungai/ Terusan/ Empangan/ Tasik.

4. Wakil kontraktor hendaklah membawa Salinan Sijil Pendaftaran KKM, Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) dan Salinan Resit Pendaftaran Kontraktor (UPEN) yang sah.

5. Petender yang ingin memasuki mana-mana pakej tender di atas adalah dikehendaki mengeluar-kan draf bank berharga RM 100.00 per pakej yang dibuat atas nama Landasan Lumayan Sdn Bhd sebagai bayaran dokumen tender.

6. Pembayaran boleh dilakukan dari pukul 8.45 pagi sehingga 3.00 petang di Landasan Lumayan Sdn Bhd, Level G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah Seksyen 14,40000 Shah Alam, Se-langor, mulai dari 18hb Mei 2020 sehingga 22hb Mei 2020.

7. Petender perlu melayari laman sesawang “www.selangormaritimegateway.com” untuk memuat turun dokumen tender setelah pembayaran dilakukan.

8. Pihak kontraktor disarankan untuk membuat lawatan sendiri ke tapak lokasi seperti yang din-yatakan di item dua (2) sebelum membuat pembelian dokumen tender.

9. Tender ini akan ditutup pada 15hb Jun 2020. Dokumen tender hendaklah dihantar ke Landasan Lumayan Sdn Bhd, Level G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah Seksyen 14,40000 Shah Alam tidak lewat dari jam 1200 tengahari pada hari tersebut.

10. Sebarang pertanyaan sila hubungi Landasan Lumayan Sdn Bhd di talian 03-5513 8898.

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI)

(TAWARAN TERBUKA)

OLEH AMin RidzUAn ishAK

shAh ALAM - Peminat Red Giants berpeluang ber-gaya menyambut Aidilfitri dengan mengenakan butang baju Melayu eksklusif dari FA Selangor.

Persatuan bola sepak melalui di Facebook pada 10 Mei lalu memaklumkan ia diperbuat daripada besi tahan karat ditempah khas beserta logo SFC dengan tiga variasi iaitu emas, perak dan hitam logam.

Aksesori itu dijual dengan harga RM29.90 dan RM10 caj penghantaran ke Semenanjung Malaysia manakala RM15 ke Sabah dan Sarawak.

Selain itu, 30 rekaan sampul duit Aidilfitri ber-motifkan jersi Red Giants turut dijual pada harga RM10 dengan tiga pembeli bertuah bakal me- nerima duit RM100.

Pembelian boleh dibuat menerusi laman se- sawang, www.faselangor.my

LOndOn - Kerajaan United Kingdom (UK) memberi lampu hijau kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk disambung semula tanpa kehadiran penyokong bermula 1 Jun.

Kebenaran itu termasuk acara kebu-dayaan dan sukan tanpa kehadiran orang ramai bagi mengelak wabak Covid-19 tetapi tetap ditayangkan secara langsung, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pa-sukan masih tidak bersetuju dengan pe-nyambungan semula.

Di sebalik inisiatif untuk menyiarkan aksi bola sepak di televisyen, penyokong mungkin perlu menunggu sehingga se-

tahun sebelum dibenarkan menyaksikan perlawanan di stadium.

Perdana Menteri, Boris Johnson dan kerajaan percaya situasi ketika ini belum selamat untuk membenarkan perhimpu-nan berskala besar selagi vaksin Covid-19 belum ditemui.

Arahan itu dijangka diteruskan sehing-ga September dan diteruskan selagi vak-sin belum ditemui.

KUALA LUMPUR - Dua pemain asing yang mendakwa diri mereka kononnya mempu-nyai pertalian darah de-ngan rakyat Malaysia perlu mengemukakan bukti do-kumentasi sebelum layak dipertimbangkan mewaki-li skuad Harimau Malaya.

Setiausaha Agung Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam me-negaskan selain bukti dokumentasi Jawa-tankuasa Program Naturalisasi FAM turut akan menilai kualiti dimiliki Harry Edge dan Marcel Kalonda bagi memastikan mereka memenuhi syarat teknikal ditetapkan ba-dan induk itu.

“Tidak semestinya nama mereka ke-luar di laman sosial, kita akan mengambil mereka selaku pemain naturalisasi. Me-

reka masih perlu melalui be-berapa proses yang ditetap-

kan oleh FAM seperti kualiti permainan mereka untuk pertimbangan sewajarnya,” kata Stuart.

Mengulas lanjut, Stuart turut mengesahkan FAM su-dah menghubungi kedua-

dua pemain berkenaan ba-ru-baru ini dan meminta wakil

mereka menghantar bukti doku-mentasi berkenaan dalam tempoh

terdekat untuk dinilai oleh jawatankuasa berkenaan.

Beliau juga berkata kedua-dua pemain berkenaan turut tertakluk kepada be-berapa proses tapisan lain sebelum diper-timbangkan untuk disertakan sama ada sebagai pemain naturalisasi atau pemain berdarah kacukan. - BERNAMA

FAM: Tunjuk bukti pertalian darah

EPL mungkin kembali � Jun

Tiga variasi emas, perak dan hitam logam

Butang baju eksklusif SFC sempena Aidilfitri

Page 23: MUKA 2 MUKA 3 MUKA 5 MUKA 20 Harus ikut tatacara ......2020/05/20  · MUKA 2 Tiba masa peniaga ubah cara fikir MUKA 3 12 syarikat bayar zakat RM44.6 juta MUKA 5 Harus ikut tatacara

Diterbitkan oleh Communication Corporation Sdn Bhd, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, Balai Berita Shah Alam, No.16, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8, Taman Industri Bukit Jelutong, 40150, Shah Alam, Selangor