penyata kewangan semua majlis suss bandaran ikut …

1
UNIVERSITI Sains Kemasyaraka- tan Singapura (SUSS) menerima sumbangan sebanyak $50,000 dari- pada sekumpulan penderma se- malam di Sree Narayana Mission yang terletak di Yishun Avenue 5. Derma yang dinamakan bagi memperingati perintis pekerja so- sial, mendiang Encik K. V. Veloo itu terdiri daripada sumbangan keluar- ga serta rakannya. Antara mereka adalah isteri men- diang, Cik Rani Veloo dan rakan karib mendiang, Encik Shaik Aziz Shaik Mohideen. Dana itu akan disalurkan ke pro- gram Kerja Sosial, khususnya bagi dua Anugerah Buku dalam Sistem Keadilan Jenayah dan Pemulihan, serta Perancangan dan Dasar Sosial, yang diperuntukkan bagi maha- siswa. Anugerah itu akan diberi setiap tahun kepada pelajar yang mengiku- ti program mahasiswa di Sekolah Pembangunan Manusia S R Nathan, mulai 2020. Setiap Anugerah Buku bernilai $1,000 itu akan diberikan kepada dua pelajar terbaik di acara konvoke- syen tahunan. Provost SUSS, Profesor Tsui Kai Chong, yang berbesar hati di atas sumbangan tersebut, berkata: “Saya ingin berterima kasih bagi pihak pelajar kerja sosial kami yang akan meraih manfaat daripada usa- ha murni ini. “Sungguh wajar anugerah ini diberikan atas nama Encik Veloo, yang merupakan perintis dalam ker- ja sosial.” SUSS terima sumbangan $50 ribu atas nama perintis pekerja sosial

Upload: others

Post on 07-Nov-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyata kewangan semua majlis SUSS bandaran ikut …

UNIVERSITI Sains Kemasyaraka-tan Singapura (SUSS) menerima sumbangan sebanyak $50,000 dari-pada sekumpulan penderma se-malam di Sree Narayana Mission yang terletak di Yishun Avenue 5.

Derma yang dinamakan bagi memperingati perintis pekerja so-sial, mendiang Encik K. V. Veloo itu terdiri daripada sumbangan keluar-ga serta rakannya.

Antara mereka adalah isteri men-diang, Cik Rani Veloo dan rakan karib mendiang, Encik Shaik Aziz Shaik Mohideen.

Dana itu akan disalurkan ke pro-gram Kerja Sosial, khususnya bagi dua Anugerah Buku dalam Sistem Keadilan Jenayah dan Pemulihan, serta Perancangan dan Dasar Sosial, yang diperuntukkan bagi maha-siswa.

Anugerah itu akan diberi setiap tahun kepada pelajar yang mengiku-ti program mahasiswa di Sekolah Pembangunan Manusia S R Nathan, mulai 2020.

Setiap Anugerah Buku bernilai $1,000 itu akan diberikan kepada dua pelajar terbaik di acara konvoke-syen tahunan.

Provost SUSS, Profesor Tsui Kai Chong, yang berbesar hati di atas sumbangan tersebut, berkata:

“Saya ingin berterima kasih bagi pihak pelajar kerja sosial kami yang akan meraih manfaat daripada usa-ha murni ini.

“Sungguh wajar anugerah ini diberikan atas nama Encik Veloo, yang merupakan perintis dalam ker-ja sosial.”

MESKIPUN Majlis Bandaran Al-junied-Hougang (AHTC) mendapat penilaian berskor kuning jingga bagi tadbir urus korporat dalam tahun kewangan 2017 (FY2017), Kemente-rian Pembangunan Negara (MND) telah memberi mereka penilaian hi-jau dalam bidang lain.

Menerusi satu kenyataan se-malam, AHTC berkata mereka mendapat penilaian hijau bagi keber-sihan estet, penyenggaraan estet, prestasi lif serta pengurusan tungga-kan bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC).

Majlis bandaran dinilai bagi lima perkara menggunakan tiga tanda warna – hijau, kuning jingga atau merah.

Menurut AHTC, ini menunjuk-kan bahawa prestasi mereka dalam bidang pengurusan tunggakan S&CC dan tadbir urus korporat ber-tambah baik.

AHTC mendapat penilaian ku-ning jingga bagi pengurusan tungga-kan S&CC dan merah bagi tadbir urus korporat pada FY2016.

Mereka turut menyifatkan ken-yataan media MND yang menyata-kan bahawa kenyataan kewangan AHTC oleh juruaudit luarnya men-gandungi pengecualian kerana mere-ka gagal mengemaskinikan akaun dan mencatat perbelanjaannya tepat pada masanya, sebagai tidak lengkap.

Tambahnya, MND tidak menye-but apa yang dinyatakan juruaudit luar AHTC, antara lain bahawa per-belanjaan yang dipersoal itu sebe-narnya dimasukkan kepada per-belanjaan dan bayaran lain yang ber-kaitan dengannya pada tahun itu.

AHTC juga berkata tiada ken-yataan salah didapati dari segi urus niaga perbelanjaan dan bayaran lain pada FY2017.

KESEMUA 16 majlis bandaran telah meng-hasilkan penyata kewangan yang mengikut piawaian bagi tahun kewangan 2017 kecuali Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) semalam.

Penyata kewangan AHTC oleh juruaudit luarnya mengandungi perkara tidak konsisten kerana terdapat kelemahan pada kawalan dalaman.

Sebagai contoh, majlis bandaran itu tidak mencatat perbelanjaannya tepat pada masa.

“Ini merupakan tahun ketujuh berturut-tu-rut AHTC mengeluarkan penyata kewangan yang tidak ikut piawaian daripada juruaudit luar,” kata MND dalam satu kenyataan.

Kementerian itu telah menyampaikan pen-yata kewangan yang diaudit kepada Parli-men.

Majlis bandaran juga akan menerbitkan penyata itu di laman web mereka.

Dalam laporan yang mengikut piawaian itu, juruaudit membuat kesimpulan penyata kewangan itu membentangkan urusan sese-buah pertubuhan secara adil dalam semua as-

pek material.Bagi laporan yang tidak konsisten, juruau-

dit rata-rata membuat kesimpulan serupa ke-cuali terdapat satu atau dua isu kelemahan.

Semalam, MND turut mengeluarkan Lapo-ran Pengurusan Majlis Bandaran bagi tahun kewangan 2017 yang berakhir 31 Mac lalu.

Laporan itu memaparkan prestasi majlis bandaran dalam lima bidang: kebersihan es-tet, penyenggaraan estet, prestasi lif, penguru-san tunggakan dalam Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), dan tadbir urus korporat.

Majlis bandaran menerima skor ‘hijau’, ‘kuning jingga’ atau ‘merah’ (hijau paling baik, kuning jingga pertengahan dan merah paling buruk) bergantung kepada prestasi mereka.

Ia dinilai berdasarkan kriteria objektif boleh diukur yang dikemukakan majlis banda-ran dan juruaudit mereka.

Kesemua 16 majlis bandaran mendapat pe-nilaian ‘hijau’ dalam kebersihan estet, prestasi lif, dan pengurusan tunggakan S&CC.

Bagaimanapun, lima majlis bandaran – Al-

junied-Hougang, East Coast-Fengshan, Jalan Besar, Jurong-Clementi dan Tampines – meraih rating ‘kuning jingga’ untuk pen-yenggaraan estet.

Ini bermakna terdapat antara empat hing-ga tujuh pemerhatian mengenai penyengga-raan yang kurang memuaskan di setiap blok.

Dalam tadbir urus korporat, penilaian ‘kuning jingga’ diberikan kepada Alju-nied-Hougang, Bishan-Toa Payoh, Tampines dan Tanjong Pagar.

MND berkata rating ‘kuning jingga’ AHTC untuk tadbir urus korporat diberikan atas dasar sama teguran juruaudit dalam penyata kewangannya iaitu kelemahan kawalan dala-man.

Di Bishan-Toa Payoh, sebutan harta yang diterima tidak diedarkan kepada majlis per-bandaran – satu perkara yang dikehendaki di bawah Peraturan Kewangan Majlis Bandaran, sementara di Tanjong Pagar, kelulusan untuk memindahkan bajet dari bidang lain ke per-belanjaan pembersihan dan utiliti diperolehi hanya selepas perbelanjaan dilakukan.

Di Tampines, jumlah yang salah telah dipin-

dahkan dari dana operasi ke dana terikat dan dana penggantian lif.

Walaupun majlis bandaran itu telah menge-nal pasti kesalahan ini dan memperbetulkan-nya, jumlah yang betul tidak dipindahkan dalam masa sebulan selepas tamat suku tahun itu.

MND berkata ia telah mengkaji semula pe-tunjuk dalam Laporan Pengurusan Majlis Ban-daran untuk melihat bagaimana ia boleh menggambarkan pengalaman penduduk den-gan lebih baik.

Bagi tahun kewangan 2018, MND berkata perkara yang dinilai di bawah kebersihan dan penyenggaraan estet telah dikemas kini untuk mempertajam tumpuan kepada isu kesihatan awam, keselamatan, dan sekitaran hidup.

Ini termasuk meningkatkan tahap pemer-hatian terhadap isu seperti sampah yang me-limpah di tong sampah, dan menambah perka-ra baru seperti dahan pokok yang patah atau tergantung.

“Petunjuk sedia ada sedang dikaji secara berperingkat dan butirannya akan diumum-kan apabila siap nanti,” kata MND.

500,000 pengunjung dijangka ke pesta buku di Suntec

SUSS terima

sumbangan $50 ribu

atas nama perintis pekerja sosial

AHTC perjelas turut terima penilaian hijau

dalam aspek lain

Penyata kewangan semua majlis bandaran ikut piawaian kecuali AHTC

PESTA buku BookFest@Singapore 2018 kini berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec. Dianjurkan oleh syarikat Popular, ia adalah pesta buku dan alat tulis terbesar di Singapura. Seramai 500,000 pengunjung dijangka mengunjungi pesta yang diadakan mulai semalam hingga 23 Disember ini di Dewan 401 hingga 406 pusat konvensyen tersebut. – Foto BH oleh NG SOR LUAN

2 Berita Harian | Sabtu, 15 Disember 2018

Berita