mte3143-tugasan & rubrik kerja kursus

5
1 / 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman TUGASAN PROJEK PROGRAM : PPG (Matematik PR) NAMA PELAJAR : KURSUS : MTE3143 Aplikasi Matematik SEMESTER : 2 (Tahun 4) AMBILAN : Jun 2011 Tarikh Mula 7/3/2015 Tarikh Hantar 18/4/2015 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan. 2. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden. 3. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi. 4. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi. 5. Memilih idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus dalam kehidupan seharian. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 4, dan 5. Objektif Kerja Kursus Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut: 1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam teknologi moden 2. Mengaplikasi kriptografi dan kod pembetulan ralat dalam simulasi penghantaran mesej 3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus Komponen Penilaian Kerja Kursus Kerja kursus ini mengandungi komponen-komponen berikut No. Komponen Penilaian Kursus Wajaran 1. Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik 30% 2. Tugasan 2: Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat 40% 3. Tugasan 3: Penyiasatan Idea-idea Kalkulus 30% Penerangan Komponen Tugasan Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam aktiviti manusia seharian. Dalam tugasan ini anda akan menyiasat bagaimana matematik digunakan dalam teknologi moden. Secara khusus, anda dikehendaki (a) mengenal pasti satu bidang teknologi moden yang melibatkan aplikasi matematik (misalnya rangkaian komputer, TMK, telefon pintar, Internet, kad pintar/kredit, barcode/QR code, perbankan atas talian, telekomunikasi, dsb) (b) menyiasat bagaimana kandungan matematik digunakan untuk merealisasikan teknologi tersebut Anda perlu mendokumentasikan kesemua hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis.

Upload: farhanah-romli

Post on 16-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus\

TRANSCRIPT

Page 1: MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus

1 / 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PPG (Matematik PR) NAMA PELAJAR :

KURSUS : MTE3143

Aplikasi Matematik

SEMESTER : 2 (Tahun 4)

AMBILAN : Jun 2011

Tarikh Mula 7/3/2015 Tarikh Hantar 18/4/2015

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

2. Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

3. Mengaplikasi model matematik dalam biologi dan ekologi.

4. Mendemonstrasikan kefahaman terhadap kod dan kriptografi.

5. Memilih idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus dalam kehidupan seharian.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 4, dan 5.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar melaksanakan tugasan yang ditentukan bagi mencapai objektif berikut:

1. Meneroka dan memahami aplikasi matematik dalam kehidupan harian khasnya dalam

teknologi moden

2. Mengaplikasi kriptografi dan kod pembetulan ralat dalam simulasi penghantaran mesej

3. Menunjukkan pemahaman konsep beberapa idea utama matematik berkaitan dengan kalkulus

Komponen Penilaian Kerja Kursus

Kerja kursus ini mengandungi komponen-komponen berikut

No. Komponen Penilaian Kursus Wajaran

1. Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik 30%

2. Tugasan 2: Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat 40%

3. Tugasan 3: Penyiasatan Idea-idea Kalkulus 30%

Penerangan Komponen Tugasan

Tugasan 1: Penyiasatan Aplikasi Matematik dalam Kehidupan Seharian

Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam aktiviti manusia seharian. Dalam tugasan ini anda akan

menyiasat bagaimana matematik digunakan dalam teknologi moden.

Secara khusus, anda dikehendaki

(a) mengenal pasti satu bidang teknologi moden yang melibatkan aplikasi matematik (misalnya

rangkaian komputer, TMK, telefon pintar, Internet, kad pintar/kredit, barcode/QR code,

perbankan atas talian, telekomunikasi, dsb)

(b) menyiasat bagaimana kandungan matematik digunakan untuk merealisasikan teknologi

tersebut

Anda perlu mendokumentasikan kesemua hasil penyiasatan anda dalam satu laporan bertulis.

Page 2: MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus

Tugasan Projek – MTE3143

2 / 3

Tugasan 2: Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

Keperluan untuk merahsiakan mesej (encryption) dalam penghantarannya telah wujud sejak manusia

mula berkomunikasi antara satu sama lain. Keperluan ini menghasilkan pelbagai sifer klasik dan

akhirnya mewujudkan bidang kriptografi moden yang digunakan secara meluas sekarang. Dalam masa

yang sama, keperluan untuk memastikan mesej yang dihantar dapat diterima dengan tepat juga amat

penting khasnya di zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Dari keperluan ini maka lahirlah

pelbagai kod pembetulan ralat.

Dalam tugasan ini, anda akan mensimulasikan satu penghantaran mesej dengan mengaplikasikan

kriptografi serta teknik pembetulan ralat. Secara khusus anda dikehendaki

(a) memilih satu kaedah enkripsi mesej (sifer klasik atau kriptografi moden) dan satu kod

pembetulan ralat yang dibincangkan dalam Modul bacaan kursus ini. Buat rujukan

tambahan tentang kedua-duanya dan terangkan secara ringkas pengoperasiannya dalam

satu laporan ringkas (lebih kurang 3 hingga 5 muka surat).

(b) menyediakan satu mesej ringkas (15 hingga 20 huruf/angka dalam Bahasa Malaysia) untuk

dihantar kepada rakan kursus anda. Lakukan enkripsi terhadap mesej tersebut untuk

menghasilkan ciphertext dengan menggunakan kaedah enkripsi yang anda pilih di (a).

Kemudian tukarkan ciphertext itu kepada kod binari dengan menggunakan kod pembetulan

ralat yang anda pilih di (a).

Emailkan kedua-dua hasil (a) dan (b) di atas kepada pensyarah pada atau sebelum 28/3/2015, yang

kemudiannya akan menghantar kepada seorang rakan kursus anda yang melaksanakan kerja

kursus yang sama. Anda pula akan menerima dari pensyarah maklumat (a) dan (b) yang serupa

yang disediakan oleh seorang rakan anda yang lain. Seterusnya anda dikehendaki

(c) mengesan dan membetulkan sebarang ralat (yang mungkin diwujudkan oleh pensyarah yang

berperanan sebagai saluran penghantaran mesej) yang terdapat pada kod binari yang anda

terima dari pensyarah dan seterusnya mendapatkan ciphertext yang terkandung di

dalamnya . Selepas itu, lakukan dekripsi terhadap ciphertext itu untuk mendapatkan semula

mesej ringkas yang asal yang disediakan oleh rakan anda itu.

Anda perlu mendokumentasikan kesemua hasil simulasi di atas dalam satu laporan bertulis.

Tugasan 3: Penyiasatan Idea-idea Kalkulus

Perkembangan pelbagai idea matematik adalah hasil dari usaha ahli-ahli matematik sepanjang zaman

berzaman. Dalam tugasan ini, anda akan mengulangi usaha-usaha beberapa orang ahli matematik

dalam menyiasat dan memperkembangkan idea-idea kalkulus berikut:

Idea 1. Penghampiran nilai π oleh Archimedes

Idea 2. Penentuan luas bulatan oleh Archimedes

Idea 3. Paradoks Zeno dan Penyelesaiannya

Idea 4. Penyiasatan lengkung kubik oleh Newton

Secara khusus, anda dikehendaki mengulangi siasatan dua idea dari senarai di atas seperti yang dilalui

oleh ahli-ahli matematik berkenaan. Dokumentasikan hasil penyiasatan anda dalam satu laporan

bertulis, dan bentangkan di dalam kelas.

Panduan Pelaksanaan

1. Semua tugasan adalah berbentuk individu. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja

akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang

melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan

kesalahan plagiarism. Kedua-dua pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut

peraturan yang berkuatkuasa.

Page 3: MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus

Tugasan Projek – MTE3143

3 / 3

2. Semua tugasan hendaklah hasil penulisan sendiri. Sebarang teks dari rujukan yang sedia ada tidak

boleh diterjemah terus menggunakan apa-apa penterjemah termasuk Google Translate, atau disalin

bulan-bulat untuk dijadikan tugasan anda. Jika dikesan anda melakukannya, anda akan dianggap telah

melakukan kesalahan plagiarism dan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang

berkuatkuasa.

3. Semua tugasan hendaklah ditaip menggunakan MS Word dengan spesifikasi berikut:

(a) Fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris.

(b) Format penulisan hendaklah mengikut garis panduan APA (http://www.apastyle.org/).

(c) Setiap laporan hendaklah tidak melebihi 10 muka surat dan mengandungi senarai rujukan yang

digunakan.

(d) Setiap laporan hendaklah disimpan dengan nama fail mengikut format berikut:

“Tugasan X MTE3143 – Nama Anda – Kumpulan.doc”.

Contohnya: Tugasan 2 MTE3143 – Mohd Nasir – 8M.doc

Laporan yang tidak mengikut format nama fail di atas tidak akan diterima.

4. Emailkan laporan anda kepada [email protected] seawal mungkin sebelum tarikh akhir. Tuliskan

nama fail (seperti di 3(d) di atas) di ruangan Subject dalam email anda. Email yang tidak

menggunakan Subject yang ditetapkan tidak akan diterima. Pengesahan email balas dari pensyarah

adalah bukti penghantaran. Sebarang kelewatan tidak akan diterima kecuali mendapat kebenaran dari

pensyarah terlebih dahulu.

5. Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi semasa

melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian tidak akan dibuat

terhadap hasil tugasan anda. Penilaian hanya akan dibuat selepas hasil tugasan diserahkan.

6. Hasil tugasan yang cemerlang harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

(a) Setiap keperluan dan spesifikasi tugasan dipatuhi sepenuhnya

(b) Organisasi dan persembahan maklumat teratur, logikal dan koheren

(c) Penerangan mengenai aspek aplikasi matematik adalah jelas, tepat dan menunjukkan

kefahaman yang mendalam

(d) Penulisan laporan menepati gaya APA serta mengikut format penulisan akademik

Disediakan oleh:

(DR. NG KOK FU)

Penyelaras Kursus

Disemak oleh:

(CIK TEOH SOOI KIM)

Pakar Bidang (SME) Matematik

Disahkan oleh:

(PN. HJH NORHANA ABU BAKAR)

Ketua Jabatan Matematik

* Salinan tugasan untuk pelajar tidak memerlukan tandatangan.

Page 4: MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus

1 / 2

Rubrik Pemarkahan Holistik TUGASAN PROJEK

MTE3143 – Aplikasi Matematik PPG K1 – Ambilan Jun 2011 Sesi Jan – Mei 2015

Gred Skala

30 markah

Skala

40 markah Deskriptor

Amat

Cemerlang

(A+)

90 – 100

27 – 30 36 – 40 Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang amat luas dan tepat

- kandungan menepati semua keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang amat sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik amat

sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang amat jelas dan tepat

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

- penerangan kaedah kriptografi dan kod amat jelas dan amat tepat

- penghasilan ciphertext dan katakod amat tepat

- pemulihan ciphertext dan plaintext amat tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea amat menyeluruh dan tepat

- rumusan sumbangan amat relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang sangat luas dan rujukan yang amat relevan

- laporan amat menepati format APA serta penulisan akademik

Cemerlang

(A dan A–)

75 – 89

22.5 – 26.7 30.0 – 35.6 Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang luas dan tepat

- kandungan menepati semua keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang amat sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang

sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang jelas dan tepat

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

- penerangan kaedah kriptografi dan kod jelas dan tepat

- penghasilan ciphertext dan katakod tepat

- pemulihan ciphertext dan plaintext tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea menyeluruh dan tepat

- rumusan sumbangan relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang luas dan rujukan yang relevan

- laporan menepati format APA serta penulisan akademik

Kepujian

(B+, B dan

B–)

60 – 74

18.0 – 22.2 24.0 – 29.6 Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang memuaskan

- kandungan menepati keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang

sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang memuaskan

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

- penerangan kaedah kriptografi dan kod yang memuaskan

- penghasilan ciphertext dan katakod mengandungi sedikit kesilapan

- pemulihan ciphertext dan plaintext mengandungi sedikit kesilapan (bersambung...)

Page 5: MTE3143-Tugasan & Rubrik Kerja Kursus

Rubrik Pemarkahan MTE3143

2 / 2

Gred Skala

30 markah

Skala

40 markah Deskriptor

...sambungan

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea memuaskan

- rumusan sumbangan relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang memuaskan dan rujukan yang relevan

- laporan menepati format APA serta penulisan akademik

Lulus

(C+ dan C)

50 – 59

15.0 – 17.7 20.0 – 23.6 Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang terhad

- kandungan menepati sebahagian keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang kurang sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang

kurag sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang kurang jelas dan kurang tepat

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

- penerangan kaedah kriptografi dan kod kurang tepat/kurang jelas

- penghasilan ciphertext dan katakod mengandungi banyak kesilapan

- pemulihan ciphertext dan plaintext mengandungi banyak kesilapan

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea kurang menyeluruh dan kurang tepat

- rumusan sumbangan kurang relevan

Kamahiran Rujukan

- pembacaan yang terhad dan rujukan yang kurang relevan

- laporan kurang menepati format APA serta penulisan akademik

Gagal

(C–, D+, D

dan F)

0 – 49

0.0 – 14.7 0.0 – 19.6 Kandungan

- menunjukkan pengetahuan matematik yang rendah

- kandungan kurang lengkap dan tidak menepati keperluan tugasan

- organisasi maklumat yang tidak sistematik

Aplikasi Matematik

- contoh teknologi moden menunjukkan aplikasi matematik yang

tidak sesuai

- penerangan aplikasi matematik yang tidak jelas dan tidak tepat

Simulasi Kriptografi dan Kod Pembetulan Ralat

- penerangan kaedah kriptografi dan kod tidak tepat/tidak jelas

- penghasilan ciphertext dan katakod tidak tepat

- pemulihan ciphertext dan plaintext tidak tepat

Penyiasatan Idea Kalkulus

- penyiasatan idea tidak menyeluruh atau tidak tepat

- rumusan sumbangan tidak relevan

Kamahiran Rujukan

- kurang atau hampir tiada rujukan atau pembacaan

- laporan tidak menepati format APA serta penulisan akademik