rancangan pelajaran tingkatan 1 moral 2010

Upload: nordayana-muhammad

Post on 05-Jan-2016

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan bersama

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH.

RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 1

TAHUN 2010MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

1MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 ( 3/01/08 - 4/01/08 )

26/01/08

-

11/01/08BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan

Kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

Tuhan pencipta alamKeistimewaan dan keunikan ciptaan Tuhan

Manusia dan alam

Semesta ialah ciptaan Tuhan-- Anggota yang tersusun rapi dan wajah yang menarik kurniaan Tuhan

-- Keunikan alam semesta (Flora dan Fauna, bentuk muka bumi seperti sungai, gunung-ganang dan laut)Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa kekurangan dan kelebihan diri ialah anugerah Tuhan. (Pemikiran)

2. Menyedari keistimewaan dan keunikan ciptaan Tuhan. (Perasaan)

3. Menjaga diri dan memelihara keunikan alam semesta ciptaan Tuhan. (Tingkah Laku) Bercerita

Latihan kefahaman Buku teks

Buku nota

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

1.2 Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lainAmanah tanggungjawab semua

Amanah dalam setiap urusan

Tugasan dan tanggungjawab yang dilaksanakan di sekolah

-- Pengurusan wang persatuan atau kelab tanpa penyelewengan

-- Urusan jual beli barangan

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya amalan amanah dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab di sekolah. (Pemikiran)

2. Menyedari kepentingan nilai amanah dalam pengurusan wang persatuan atau kelab dan urusan jual beli di sekolah. (Perasaan)

3. Melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab di sekolah dengan amanah. (Tingkah Laku)

Sumbang saran

Perbincangan berkumpulan

Latihan / soalan struktur

Edaran

Keratan akhbar

Buku teks

314/01/08

-

18/01/081.3 Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupanKesedaran dan penerimaan diri untuk mencapai kesejahteraan hidup

Kenali diri sendiri

Maruah diri mesti dipelihara Kekuatan diri dihargai

kelemahan diri diperbaiki

Hala tuju kehidupan harus

ditentukanPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya menjaga maruah diri dan memahami hala tuju kehidupan. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya menghargai kekuatan diri dan memperbaiki kelemahan diri dan menentukan hala tuju kehidupan. (Perasaan)

3. Melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab di sekolah dengan amanah dan menentukan hala tuju kehidupan. (Tingkah Laku)

Sumbang saran

Perbincangan berkumpulan

Latihan objektifBuku teks

Buku nota

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

4

21/01/08

-

25/01/081.4 Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurnaBertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran

Kelihatan diri dan persekitaraan yang bersih Pemakanan yang seimbang

Penjagaan tubuh badan Kecergasan fizikal Kebersihan persekitaran- Rumah

- Sekolah

- Tempat awam

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti cara menjaga kesihatan diri. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya memakan makanan yang seimbang, menjaga tubuh badan dan kecerdasan fizikal bagi menjaga kesihatan diri. (Perasaan)

3. Menjaga kesihatan diri.

(Tingkah Laku)

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya menjaga kebersihan persekitaran. (Pemikiran)

2. Menyedari tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran. (Perasaan)

3. Menjaga persekitaran supaya bersih. (Tingkah Laku)

Merancang jadual waktu sendiri

Perbincangan berkumpulanBuku teks

Kad manila

Majalah

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

528/01/08

-

1/02/081.5 Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharianBerbudi bahasa budaya hidup kita.

Amalan bersopan santun dalam kehidupan seharian

Adab pertuturan yang sopan

-- Lembut dalam tutur kata

-- Bertegur sapa

Tingkah laku yang sopan

-- Adab di meja makan

-- Adab menyambut tetamu

-- Adab menggunakan kemudahan awam

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengetahui adab-adab pertuturan yang sopan. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya adab pertuturan yang sopan. (Perasaan)

3. Sentiasa bertutur dengan sopan. (Tingkah Laku)

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengetahui pentingnya tingkah laku yang sopan. (Pemikiran)

2. Menyedari perlunya tingkah laku yang sopan dalam semua situasi. (Perasaan)

3. Sentiasa berkelakuan sopan dalam semua situasi. (Tingkah Laku)

Kaitan cerita dengan nilai-nilai murni

Latihan kefahamanBuku teks

Kertas Mahjong

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

64/02/08

-

8/02/081.6 Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Kemajuan memahami keunikan individu asas perpaduan hidup.

Toleransi menjamin perpaduan Kepentingan amalan toleransi dalam pelbagai aspek kerana setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan

-- Kebolehan

-- Pemikiran

-- Status

-- Agama / Kepercayaan

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa sikap toleransi penting kerana setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan daripada segi kebolehan, pemikiran, status sosioekonomi dan agama/kepercayaan. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek. (Perasaan)

3. Mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap sebarang perbezaan yang wujud dalam masyarakat.

(Tingkah Laku)

Kaitan cerita dengan nilai-nilai murni

Latihan kefahamanBuku teks

Kertas Mahjong

64/02/08

-

8/02/08Minggu711/02/08

-

15/02/081.7 Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Nilai / Unit1.8 Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkaraSikap berdikari menjamin kejayaan.

Amalan berdikari dalam kehidupan seharian.

Kepentingan sikap berdikari untuk kejayaan hidup.

- Rumah

Sekolah

Kandungan AkademikAmalan kerajinan menjamin kemajuan

Kerajinan pemangkin untuk mencapai matlamat hidup. Sikap kerajinan dalam melakukan

sesuatu perkara

-- Cekal

-- Daya usaha

-- Dedikasi

-- Gigih

-- Tekun

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa sikap berdikari penting untuk kejayaan di sekolah dan di rumah. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa sesuatu tugas atau kewajipan di sekolah atau di rumah perlu dilakukan tanpa bergantung kepada orang lain. (Perasaan)

3. Melakukan sesuatu tugas di rumah atau sekolah tanpa bergantung kepada orang lain. (Tingkah Laku)

Hasil PembelajaranPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa setiap individu perlu bersikap cekal, berdaya usaha, dedikasi, gigih dan tekun untuk mencapai kejayaan dalam hidup. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa sesuatu kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan. (Perasaan)

3. Bersikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam hidup. (Tingkah Laku)

Sumbang saran

Perbincangan berkumpulan

AktivitiLatihan soalan esei

Membaca pantunKeratan akhbar

Buku teks

Alatan Buku teks

Lampiran

711/02/08

-

15/02/081.9 Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlasKasih sayang asas kesejahteraan hidup

Nyawa anugerah Tuhan yang amat berharga

Sayang akan nyawa

-- Diri

-- Orang lain

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya seseorang itu menghargai nyawa diri sendiri dan juga orang lain. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa nyawa adalah anugerah Tuhan yang amat berharga. (Perasaan)Lagu patriotik

Latihan objektifLCD projektor

Buku teks

Radio

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

818/02/08

-

22/02/081.10 Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelahKeadilan asas keharmonian keluarga

Amalan keadilan dalam institusi kekeluargaan

Amalan keadilan di kalangan

anggota keluarga

-- Pembahagian tugas dan

tanggungjawab

-- Pembahagian barangan.

-- PendidikanPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami dan menyenaraikan amalan keadilan di kalangan anggota keluarga, pembahagian tugas, tanggungjawab, barangan dan pendidikan. (Pemikiran)

2. Menyedari akan perlunya bersikap adil di kalangan anggota keluarga. (Perasaan)

3. Bertindak adil dalam setiap tindakan dengan anggota keluarga.

(Tingkah Laku)

Kuiz minda

Latihan

Kefahaman & struktur

PerbincanganBuku teks

Buku latihan

925/02/08

-

29/02/08

1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.Sikap rasional dalam membuat pertimbangan

Ketelitian menilai pelbagai maklumat

Ketelitian menilai dan mengkaji

sesuatu idea atau maklumat

daripada pelbagai sumber

-- Internet

-- Khabar anginPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya meneliti kesahihan sesuatu maklumat. (Pemikiran)

2. Menyedari kepentingan menilai dan mengkaji kesahihan sesuatu maklumat. (Perasaan)

3. Menilai dengan teliti kesahihan sesuatu maklumat. (Tingkah Laku)

Kuiz minda

Latihan kefahaman & struktur

PerbincanganBuku teks

Buku latihan

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

925/02/08

-

29/02/08

1.12 Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lainAmalan kesederhanaan menjamin kesejahteraan hidup

Kesederhanaan sebagai amalan hidup

Cara hidup sederhana walaupun

berkemampuan

-- Perbelanjaan

-- RekreasiPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima bahawa amalan kesederhanaan boleh menjamin kesejahteraan hidup. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa amalan bersederhanaan dalam perbelanjaan, pemakanan dan rekreasi penting dalam kehidupan. (Perasaan)

3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. (Tingkah Laku)

Perbincangan

Sumbang saran

Latihan eseiBuku teks

10UJIAN SELARAS BERFOKUS 1 ( 5/03/08 - 7/03/08 )

11

17/03/08

-

21/03/08BIDANG PEMBELAJARAN 2: NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

Kasih sayang amalan suciKasih sayang memupuk hubungan harmonis dengan keluargaKepentingan amalan kasih sayang

mengikut perspektif pelbagai

agama

- Islam

- Buddha

- Kristian

- Hindu

- SikhPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami kepentingan amalan kasih sayang mengikut perspektif agama. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa kasih sayang dapat memupuk hubungan harmonis dengan anggota keluarga. (Perasaan)

3. Mengamalkan kasih sayang terhadap anggota keluarga seperti yang dituntut oleh agama. (Tingkah Laku)

Permainan

Latihan soalan strukturBuku teks

Radio

12

24/03/08

-

28/03/082.2 Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoniHormat-menghormati asas keluarga harmoni

Hormat-menghormati sesama anggota keluarga

Cara menghormati anggota keluarga

-- Layanan

-- Memberi perlindungan

-- Meraikan

-- Mendoakan

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami cara menghormat setiap anggota keluarga. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa setiap anggota keluarga perlu dihormati. (Perasaan)

3. Menghormati setiap anggota keluarga. (Tingkah Laku)

Sketsa antara kumpulan

Latihan kefahamanBuku teks

LCD projektor

13

31/03/08

-

4/04/082.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluargaTradisi keluarga perlu dipelihara

Amalan tradisi kekeluargaan menjamin kehidupan berkeluarga

Amalan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan seharian

-- Panggilan berdasarkan ikatan

kekeluargaan

-- Ziarah-menziarahi

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti dan menerima tradisi yang diamalkan dalam keluarga. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya mengamalkan tradisi kekeluargaan dalam kehidupan. (Perasaan)

3. Mengamalkan panggilan berdasarkan ikatan kekeluargaan dan sikap ziarah-menziarahi antara anggota keluarga. (Tingkah Laku)

Perbincangan

PembentanganBuku teks

Kad manila

Kertas mahjong

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

147/04/08

-

11/04/082.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

Anggota keluarga bertanggungjawab, keluarga sejahtera

Kewajipan dalam keluarga tanggungjawab bersama

Perasaan setiap anggota keluarga

Anak-anak

Ibu bapa

Anggota keluarga lainPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima dan memahami peranan setiap anggota keluarga. (Pemikiran)

2. Mengharapkan setiap anggota keluarga dapat melaksanakan tanggungjawab bersama. (Perasaan)

3. Melaksanakan kewajipan sebagai anggota keluarga. (Tingkah Laku)

Latihan soalan esei

Latihan soalan objektifBuku teks

Pantun / puisi

15

14/04/08

-

18/04/08BIDANG PEMBELAJARAN 3:

NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistemAlam Sekitar warisan kita

Keseimbangan alam sekitar menjamin kesejahteraan semua hidupan Kepentingan keseimbangan alam

sekitar kepada semua hidupan

-- Manusia

-- Haiwan

-- Tumbuh-tumbuhanPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya keseimbangan alam sekitar kepada semua kehidupan. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya keseimbangan alam sekitar kepada semua hidupan. (Perasaan)

3. Menjaga alam sekitar dengan bertanggungjawab. (Tingkah Lakua)

Perbincangan berkumpulan

PembentanganKeratan akhbar

Buku teks

Radio

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

16

21/04/08

-

25/04/083.2 Keharmonian

Antara Manusia

dengan Alam Sekitar

Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpeliharaPersekitaran yang bersih dan selesa mewujudkan suasana harmonis

Penjagaan persekitaran tanggungjawab bersama

Penjagaan persekitaran untuk

Kesejahteraan hidup-- Rumah

-- Sekolah

-- TempatPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami bahawa penjagaan persekitaran adalah tanggungjawab bersama. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa persekitaran yang bersih menjamin kesejahteraan hidup. (Perasaan)

3. Menjaga persekitaran supaya bersih untuk menjamin hiddup yang selesa. (Tingkah Laku)Membuat iklan kitar semula

Latihan kefahaman

Latihan strukutrContoh barang-barang kitar semula

17

28/04/08

-

2/05/083.3 Kemampanan Alam Sekitar

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidupHutan sebagai khazanah kehidupan

Sumbangan hutan kepada hidupan dan tanggungjawab manusia mengekalkan

Perlindungan terhadap hidupan liar

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa adalah menjadi tanggungjawab manusia mengekalkan hutan sebagai tempat perlindungan kepada hidupan liar. (Pemikiran)

Perbincangan kumpulan

PembentanganTayangan video

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

Pemeliharaan hutan sebagai sumber ekonomi

2. Prihatin terhadap usaha mengekalkan hutan sebagai tempat perlindungan hidupan liar. (Perasaan)

3. Menyokong usaaha mengekalkan khazanah hutan demi melindungi hidupan liar. (Tingkah Laku)

18

5/05/08

-

9/05/083.4 Peka terhadap Isu-isu Alam sekitar

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Manusia yang rasional sentiasa peka terhadap masalah alam sekitarPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengenal pasti dan memahami masalah pencemaran alam sekitar. (Pemikiran)

2. Prihatin terhadap kesan pencemaran alam sekitar. (Perasaan)

3. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mencegah pencemaran alam sekitar. (Tingkah Laku)

SumbangsaranUji minda

Latihan kefahaman

Keratan akhbar

Buku teks

19 - 20PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ( 13/05/05 22/05/08 )

21

9/06/08

-

13/06/08BIDANG PEMBELAJARAN 4:

NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

4.1 Cinta akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diriKenali Negara, cintai NegaraKeindahan alam semula jadi kebanggaan kita.

Perasaan menghargai dan

menyayangi keindahan alam

semula jadi

-- Sungai dan pantai

-- Gunung-ganangPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya menghormati dan menghayati identiti negeri dan negara. (Pemikiran)

2. Menghayati makna identiti negeri dan negara. (Perasaan)

3. Menunjukkan sikap menghormati identiti negeri dan negara. (Tingkah Laku)Uji minda

Latihan kefahamanBuku teks

Edaran

22

16/06/08

-

20/06/08

4.2 Taat Setia Kepada Raja Dan Negara

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan NegaraIdentiti negara lambang kedaulatan Negara

Lambang dan lagu identiti negara tanda kesetiaan kepada Raja dan negara. Kepentingan menghormati dan

menghayati identiti Negeri dan Negara

-- Bendera

-- Jata

-- Lagu Kebangsaan dan Lagu

Negeri

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya menghormati dan menghayati identiti negeri dan negara. (Pemikiran)

2. Menghayati makna identiti negeri dan negara. (Perasaan)

3. Menunjukkan sikap menghormati identiti negeri dan negara.

(Tingkah Laku)

Perbincangan

Sumbang saranVideo Leftenan Adnan

MingguNilai / Unit

Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

2323/06/08

-

27/06/084.3 Sanggup berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.

Sanggup berkorban demi kebajikan masyarakat dan kemakmuran Negara

Kesanggupan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

1. Menyedari dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh yang sanggup berkorban demi keharmonian negara. (Perasaan)

2. Mengamalkan sikap sanggup berkorban jiwa raga untuk negara. (Tingkah Laku)

24

30/06/08

-

4/07/08

BIDANG PEMBELAJARAN 5: NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurnaHak kanak-kanak terjaga, generasi akan datang sejahtera

Hak asasi kanak-kanak tanggungjawab bersama

* Tanggungjawab golongan dewasa memastikan setiap kanak-kanak berhak mendapat dan menikmati keperluan hidup

-- Makanan

-- PakaianPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk menikmati kehidupan yang sempurna. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat dan menikmati keperluan hidup. (Perasaan)

3. Memastikan setiap kanak-kanak mendapat makanan yang mencukupi dan pakaian yang sempurna.

(Tingkah Laku)

Kerja berkumpulanKeratan akhbar

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

25

7/07/08

-

11/07/085.2 Menghormati Hak Wanita

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan, keluarga, masyarakat dan negaraWanita berhak mendapat layanan yang baik

Layanan yang baik merupakan keistimewaan untuk wanita

Sifat kelembutan wanita bukan

penghalang daripada mendapat keistimewaan

-- Pengagihan tugas

-- Penjagaan maruah diri

(Tiada gangguan seksual)

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami bahawa sifat kelembutan wanita tidak menjadi penghalang untuk mendapat keistimewaan dalam pengagihan tugas. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa sifat kelembutan wanita tidak boleh disalahgunakan. (Perasaan)

3. Memberi layanan yang baik kepada golongan wanita. (Tingkah Laku)Sumbang saran

Latihan eseiBuku teks

Keratan akhbar

26

14/07/08

-

18/07/085.3 Melindungi Hak Pekerja

Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negaraHak asasi pekerja dipelihara, kebajikan mereka terbela.

Kebajikan pekerja tanggungjawab bersama

Setiap pekerja berhak mendapat

Pelbagai kemudahan

-- Gaji

-- Cuti

-- KeselamatanPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa semua pekerja mempunyai hak yang perlu dihormati. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa setiap pekerja berhak mendapat pelbagai kemudahan. (Perasaan)

3. Membela hak pekerja. (Tingkah Laku)

Latihan kefahaman

Uji mindaPoster dari Jabatan Penerangan

Buku teks

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

26

14/07/08

-

18/07/085.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan TuhanSemua insan yang dilahirkan mulia di sisi pencipta

Hargai golongan kurang berupaya dengan memahami mereka

Kemampuan memahami punca

Kecacatan seseorang akan menginsafkan diri

-- Kelahiran

-- Keturunan

-- Kemalangan

-- Penyakit

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa tiada seorang insan pun dilahirkan dengan penuh kesempurnaan. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa tiada seorang insan pun yang dilahirkan dengan penuh kesempurnaan. (Perasaan)

3. Menjaga hubungan dengan golongan kurang upaya supaya mereka tidak berasa tersisih. (Tingkah Laku)Latihan kefahaman

Uji mindaPoster dari Jabatan Penerangan

Buku teks

27

21/07/08

-

25/07/085.5 Melindungi Hak Pengguna

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasiKonsep penggunaan asas kesedaran semua

Hormati hak pengguna untuk mendapat keperluan asas Hak pengguna untuk mendapatkan barangan dan keperluan asas untuk kehidupan

-- Makanan-- Pakaian-- Tempat tinggal

-- Kesihatan-- Pendidikan-- Sanitasi

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa diri sendiri adalah pengguna yang mempunyai hak dan tanggungjawab. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa pengguna mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. (Perasaan)

3. Memastikan hak pengguna untuk keperluan asas itu terjamin.

(Tingkah Laku)Sumbang saran

Latihan kefahamanPoster Pengguna

Keratan akhbar

Buku teks

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

28

28/07/08

-

1/08/08

BIDANG PEMBELAJARAN 6: NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu beradaDisiplin diri asas pembentukan sahsiah mulia

Pembentukan disiplin bermula di rumah dan sekolah

Tanggungjawab mematuhi setiap

Peraturan

-- Di rumah

-- Di sekolahPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ada di rumah dan di sekolah. (Pemikiran)

2. Menyedari peraturan dan undang-undang yang sedia ada di rumah dan di sekolah penting dalam kehidupan. (Perasaan)

3. Mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada di rumah dan sekolah. (Tingkah Laku)Kuiz

Uji mindaBuku teks

Buku akta

29

4/08/08

-

8/08/086.2 Kebebasan Bersuara

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteramanKebebasan bersuara asas masyarakat demokrasi

Keperluan kebebasan bersuara memupuk kesejahteraan hidup bermasyarakat

Kebebasan memberi pendapat

Atau pandanganPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat perlunya ada batasan semasa memberi pendapat atau pandangan. (Pemikiran)

2. Menyedari kebebasan bersuara ada batasannya. (Perasaan)

3. Memberi pendapat dan pandangan secara bebas tanpa melampaui batas.

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa perasaan perlu dikawal semasa bersuara. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya mengawal perasaan. (Perasaan)

3. Meluah perasaan mengikut batasan. (Tingkah Laku)

Memberi ulasan tentang ucapan yang didengar

Latihan soalah strukturRadio

Buku teks

30UJIAN SELARAS BERFOKUS 2 ( 12/08/08 15/08/08 )

3125/08/08

-

29/08/086.3 Kebebasan Beragama

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan MalaysiaRakyat Malaysia Menganuti pelbagai agama

Amalan keagamaan membentuk peribadi

Amalan keagamaan dalam

Kehidupan harian mengikut setiap agama

-- Cara beribadat

-- Perihal MakananPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengetahui pelbagai amalan keagamaan kaum-kaum di Malaysia daripada segi cara beribadat dan perihal makanan. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa cara beribadat dan perihal makanan setiap kaum patut dihormati. (Perasaan)

3. Menghormati amalan pelbagai agama. (Tingkah Laku)

Uji minda

Soalan objektif

Latihan soalan eseiRisalah-risalah

Keratan akhbar

Buku teks

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

321/09/08

-

5/09/08

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

Murid berjaya, sekolah cemerlang

Warga sekolah yang giat cergas menjamin kejayaan sesebuah sekolah

Pengagihan tugas bagi menjayakan

aktiviti anjuran sekolah

-- Hari Guru

-- Hari Sukan

-- Minggu Kokurikulum

-- Hari Anugerah Cemerlang

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami bahawa pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya. (Perasaan)

3. Bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberi bagi menjayakan aktiviti anjuran sekolah.

(Tingkah Laku)

Sumbang saran

Teka silang kataBuku teks

338/09/08

-

12/09/086.5 Sikap Keterbukaan

Bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masarakat Malaysia

Sikap terbuka membina keyakinan diri

Sikap terbuka dalam tindakan

Setiap pandangan dan keputusan

diterima dan dihormati.

-- Mengawal emosiPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami bahawa setiap pandangan dan keputusan harus dihormati dan diterima. (Pemikiran)

2. Menyedari bahawa kawalan emosi adalah penting. (Perasaan)

3. Bersikap terbuka dan mampu mengawal perasaan dalam mengambil tindakan. (Tingkah Laku)

Pembentangan

Perbincangan

Teks

Lampiran

MingguNilai / Unit Kandungan Akademik Hasil PembelajaranAktiviti AlatanCatatan

34

15/09/08

-

19/09/08

BIDANG PEMBELAJARAN 7: NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

7.1 Hidup Bersamaan Secara Aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budayaAman hidup yang harmonis memupuk kemesraan

Hubungan

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami bahawa hubungan yang baik penting dalam semua peringkat di sekolah dan dalam masyarakat. (Pemikiran)2. Menyedari amalan hidup yang harmonis perlu dipupuk. (Perasaan)

Sumbang saran

Uji minda

Latihan eseiBuku teks

Majalah

3522/09/08

-

26/09/087.2 Saling Membantu dan Bekerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan brsama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamatSemangat kekitaan mewujudkan suasana yang aman

Saling membantu untuk kesejahteraan bersama

Hidup bermasyarakat

-- Jiran tetangga

-- BerpersatuanPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Menerima hakikat bahawa hidup bermasyarakat adalah penting. (Pemikiran)2. Menyedari pentingnya hidup bermasyarakat. (Perasaan)3. Mengamalkan sikap hidup bermasyarakat di kalangan jiran tetangga dan berpersatuan.

(Tingkah Laku)

36CUTI HARI RAYA PUASA (29/09/08 3/10/08 )

37 386/10/08

-

17/10/087.3 Saling Menghormati Antara Negara

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

Saling menghormati kedaulatan sesebuah negara asas kemantapan hubungan.

Saling menghormati kedaulatan sesebuah negara.Pada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Memahami perlunya saling menghormati kedaulatan sesebuah negara. (Pemikiran)

2. Menyedari pentingnya saling menghormati kedaulatan sesebuah negara. (Perasaan)

3. Menghormati sistem pemerintahan, ideologi dan kedaulatan undang-undang negara lain. (Tingkah Laku)

39 - 40

ULANGKAJI ( 20/10/08 31/10/08 )

41- 42PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ( 3/11/08 14/11/08 )

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

..

(Cik Thilakawathi Narainasamy)

(Pn. Latipah Bt. Sudan)

Guru Kanan Kemanusiaan

SMK Raja Perempuan

PAGE 1