moral midtem tingkatan 5

Upload: tee-cheer

Post on 06-Jan-2016

271 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN MORAL

TRANSCRIPT

Bahagian A[80 markah]Jawab semua soalan.

1Rajah di bawah menunjukkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia.

(a)Jelaskan bagaimana amalan berpegang teguh kepada ajaran Tuhan boleh menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan di atas.

[2 markah]

(b)Ramalkan tiga kesan yang akan berlaku jika sikap di atas tidak dibendung.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(c)Nyatakan tiga cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyedarkan orang ramai bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan sungai adalah tanggungjawab bersama

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(d)Berdasarkan situasi di atas, terangkan konsep setiap perbuatan yang buruk akan mendapat pembalasan yang buruk.

[ 2markah]

2.Sekolah anda akan mengadakan Kempen Menyayangi Ibu Bapa dan Anggota Keluarga sempena bulan penghayatan nilai murni.

(a)Pada pendapat anda, mengapakah kempen seperti di atas wajar diadakan?

[2 markah]

(b)Terangkan tiga kesan yang akan berlaku jika perasaan kasih sayang ini tidak dipupuk di kalangan anggota keluarga.

(i)

(ii)

(iii)

[6 markah]

(c)Berikan dua contoh jasa ibu bapa dan ahli keluarga anda yang telah anda terima selama ini.

(i)

(ii)

[2markah]

3.Rakan Cop telah diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005. Matlamat utama Rakan Cop Adalah untuk membanteras kegiatan jenayah di negara ini melalui kerjasama orang awam. Orang awam boleh menghubungi Rakan Cop untuk melaporkan kegiatan jenayah dan membekalkan maklumat penting berkenaan sesuatu kes, orang hilang.

(a)Berdasarkan penyataan di atas, huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk memgekalkan keharmoniaan hidup negara ini.

(i)

(ii)

[4 markah]

(b)Nyatakan tiga kebaikan Rakan Cop kepada masyarakat dan negara.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(c)Sebagai seorang pelajar sekolah, senaraikan tiga cara kamu dapat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

4.Berikut merupakan antara garis panduan dan akta-akta yang telah digubal dan disediakan oleh kerajaan.

Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 Akta Kualiti Alam Sekeliling

(a)Berdasarkan garis panduan dan akta-akta di atas, nyatakan tiga kepentingan garis panduan dan akta-akta itu.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(b)Andaikan anda merupakan seorang pemaju perumahan. Nyatakan tiga perkara yang perlu anda lakukan sebelum membina kawasan perumah di kawasan bukit atau tanah tinggi?

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(c)Jelaskan dua kesan aktiviti pembangunan yang tidak terkawal. Berikan alasan anda.

(i)

(iii)

[4 markah]

5.

(a)Berdasarkan ilustrasi di atas, terangkan nilai yang patut diamalkan oleh remaja untuk menjauhi gejala sosial tersebut.

(i)

(ii)

[4 markah]

(b)Senaraikan dua tanda yang ditunjukkan oleh seorang penagih dadah.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

(c)Berikan tiga langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka terjerumus dalam kancah penyalahgunaan dadah.

(i)

(ii)

(iii)

[3 markah]

6.

(a)Berdasarkan penyataan di atas, huraikan dua nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan terhadap golongan wanita di negara ini.

(i)

(ii)

[4 markah]

(b)Berikan dua bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk pekerja wanita bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam kerjaya masing-masing.

(i)

(ii)

[2 markah]

(c)Terangkan dua bentuk penindasan yang sering dilakukan

(i)

(ii)

[4 markah]

7.Gambar yang berikut menunjukkan kejayaan atlet di peringkat antarabangsa.

Atlet: kejayaan di peringkat antarabangsa yang saya kecapi pada hari ini adalah hasil daripada usaha dan latihan yang berterusan.

(a)Bagaimanakah atlet tersebut mampu mencapai kejayaan sedemikian?

(i)

(ii)

[4 markah]

(b)Selain daripada sikap gigih,nyatakan dua sikap lain yang ada pada diri atlet tersebut.

(i)

(ii)

[2 markah]

(c)Sebagai seorang seorang murid, jelaskan satu cara untuk cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum?

[2 markah]

(d)Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada sifat malas dalam menuntut ilmu?

[2 markah]

8.

Pernyataan di atas merupakan reaksi seorang ibu terhadap berita yang diterimanya.

(a)Andaikan salah seorang penumpang MH370 yang hilang tersebut ialah ahli keluarga anda. Apakah perasaan anda? Berikan sebab anda berperasaan sedemikian.

[2 markah]

(b) Terangkan hujah-hujah anda tentang nilai yang diamalkan oleh negera-negara yang turut memberi bantuan mencari MH370

(i)

(ii)

[4 markah]

(c)Nyatakan dua bentuk bantuan yang diterima oleh negara dalam misi pencarian MH370

(i)

(ii)

[2 markah]

(d)Nyatakan dua buah negara yang membantu dalam operasi mencari MH370

(i)

(ii)

[2 markah]

Bahagian B[20 markah]Jawab dua soalan

9Berikut merupakan maklumat tentang kebaikan penggunaan kad kreadit kepada pengguna.

Berdasarkan maklumat di atas, bincangkan tiga kesan negatif sekiranya pengguna tidak menggunakan kad kreadit secara terancang. Huraian mesti berdasarkan nilai-nilai murni.

[10 markah]

10Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya di Malaysia ialah seseorang mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya untukmemilih wakil Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Antara syarat kelayakan untuk mengundi ialah seseorang mesti merupakan warganegara Malaysia, berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh pendaftaran, dan bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia.

Berdasarkan petikan di atas, wajarkah kita sebagai rakyat Malaysia melakukan demostrasi jalanan untuk memboikot pilihan raya yang diadakan dan berikan tiga alasan anda.[10 markah]

11Pernyataan yang berikut berkaitan dengan pencemaran sungai.

sebagai anak kelahiran Klang, saya mahu Sungai Klang kembali jernih seperti dulu, sama seperti semasa zaman kecil saya, demikian luahan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Datuk Mohammad Yacob berhubung nasib Sungai Klang.

Bincangkan lima peranan masyarakat untuk memulihkan pencemaran sungai tersebut.[10 markah]

Soalan tamat

12