moral notes

8
Pengurusan PBS secara atas talian Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem e-folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang berkepentingan. Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk mempersembahkan hasil kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara. Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan pemilik folio menerusi e- mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap. Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail hendaklah juga disimpan

Upload: pavitrra-subbramaniyam

Post on 15-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Pengurusan PBS secara atas talianKemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem e-folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk mempersembahkan hasil kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio

Beban Tugas Guru (Kelemahan-kelemahan Sistem PBS)Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS. (KLIK SINI BERITANYA)Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan mengabaikan anak/suami kerana PBS.Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap. Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.

Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah hal Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS). Walaupun falsafah yang mendasari PBS mungkin baik, namun seperti banyak perkara lain di Malaysia, ia telah dilaksanakan dengan teruk sejak mula lagi. PBS telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 dan di peringkat sekolah menengah pada tahun 2012. Ramai guru telah mengadu bahawa mereka tidak dapat memasukkan gred pelajar melalui sistem pengurusan dalam talian (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)). Semakin ramai pelajar yang mula dinilai di bawah PBS, semakin bertambah jumlah aduan tersebut. Dengan adanya kira-kira 450,000 orang pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 3, bilangan pelajar yang sepatutnya dinilai di bawah PBS telah bertambah mendadak dari 450,000 pada tahun 2011 ke kira-kira 3.2 juta pada tahun 2014 (1.8 juta dari Darjah 1-4, 1.4 juta dari Tingkatan 1-3 termasuk Kelas Peralihan). Kementerian seolah-olah langsung tidak bersedia untuk menampung jumlah pengguna yang diperlukan untuk memasukkan gred bagi lebih daripada 3 juta pelajar secara mingguan dan bulanan.[1]Saya pernah diberitahu guru-guru bahawa mereka terpaksa bangun pada pukul 2 atau 3 pagi hanya untuk memasukkan gred pelajar kerana kurang trafik di sistem pada waktu tersebut. Lebih buruk lagi, saya telah menerima aduan daripada guru-guru yang mendapati bahawa gred bagi pelajar-pelajar mereka akan hilang terus selepas dimasukkan dalam sistem. Malah, meja bantuan SPPBS seolah-olah tidak berupaya menangani aduan daripada para guru. Sejak keputusan untuk menggantung SPPBS hingga 1 April 2014, guru-guru terpaksa merekodkan skor PBS pelajar mereka secara manual. Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan, sendiri menghadapi kesukaran dengan SPPBS apabila beliau memerlukan 2 minit untuk memasukkan gred bagi seorang pelajar melalui SPPBS.[2] Seandainya sistem tidak tergantung, seorang guru yang bertanggungjawab untuk 3 kelas dengan 30 pelajar setiap kelas untuk hanya 1 mata pelajaran memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam seminggu hanya untuk memasukkan gred. Yang lebih membimbangkan untuk pelajar, ibu bapa dan guru, PMR akan dimansuhkan pada tahun ini dan terdapat kurang penjelasan tentang bagaimana PBS akan menggantikan PMR.Sebagai contoh, walaupun Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa PBS akan mempunyai empat komponen penilaian sekolah, penilaian pusat, penilaian fizikal, sukan dan aktiviti ko-kurikulum serta penilaian psikometrik apa yang tidak jelas adalah pemberat/wajaran (weightage) empat komponen tersebut, mata pelajaran yang akan dinilai oleh pusat, dan bagaimana Kementerian merancang untuk membandingkan keputusan antara sekolah-sekolah terutamanya untuk proses streaming.Daripada menolak kritikan tentang PBS oleh badan bukan kerajaan seperti SGMM dan Kumpulan Tindakan Ibu Baba untuk Pendidikan (PAGE), Kementerian seharusnya mendengar pandangan mereka dan bekerjasama dengan mereka untuk menangani krisis pendidikan yang menyelubungi negara.Memandangkan terdapat begitu banyak masalah dengan PBS, saya menyeru Menteri untuk menggantungkan PBS dan kembali kepada sistem berasaskan peperiksaan, terutamanya bagi kohort Tingkatan 3 tahun ini. Pada masa ini, Menteri juga harus menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji semula kesesuaian PBS untuk sistem pendidikan Malaysia dan sama ada ia akan membantu menangani krisis keyakinan terhadap sistem pendidikan kita yang telah melihat kedudukan PISA dan TIMSS kita menjunam teruk kebelakangan ini.

Menteri Pelajaran harus mendengar maklum balas daripada Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya mengancam wakil mereka seperti dengan memindahkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari, ketua kumpulan kerja, dengan notis 24 jamKenyataan Media oleh Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang, pada 22hb Februari 2014 di Kuala LumpurMenteri Pelajaran harus mendengar maklum balas daripada Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya mengancam wakil mereka seperti dengan memindahkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari, ketua kumpulan kerja, dengan notis 24 jamDilaporkan semalam bahawa ketua NGO Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah diberikan notis pemindahan 24 jam ke sebuah sekolah luar bandar di Pahang.[1] Tidak sukar untuk membayangkan bahawa pemindahan mengejut ini mempunyai kaitan dengan akitiviti Mohd Nor dalam memperjuangkan pemansuhan School Based Assessment (SBA) atau Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS).Walaupun falsafah yang mendasari PBS mungkin baik, seperti banyak perkara lain di Malaysia, ia telah teruk dilaksanakan dari mula lagi. PBS telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 dan di peringkat sekolah menengah pada tahun 2012. Ramai guru telah mengadu bahawa mereka tidak dapat memasukkan gred pelajar melalui sistem pengurusan dalam talian (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau SPPBS). Semakin ramai pelajar yang mula dinilai di bawah PBS, semakin bertambah jumlah aduan-aduan tersebut. Dengan adanya kira-kira 450,000 pelajar di setiap peringkat sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3, bilangan pelajar yang sepatutnya dinilai di bawah PBS telah bertambah mendadak daripada 450,000 pada tahun 2011 kepada kira-kira 3.2 juta pada tahun 2014 (1.8 juta dari Darjah 1 hingga Darjah 4, 1.4 juta daripada Tingkatan 1-3 termasuk Kelas Peralihan). Kementerian seolah-olah langsung tidak bersedia untuk menampung jumlah pengguna yang diperlukan untuk menginput gred bagi lebih dari 3 juta pelajar secara mingguan dan bulanan.[2]Saya telah mendengar cerita-cerita seram daripada guru-guru yang terpaksa bangun pada 2 atau 3 pagi hanya untuk menginput gred kerana sistem kurang trafik pada waktu tersebut. Lebih buruk lagi, saya telah menerima aduan guru-guru yang mendapati bahawa gred bagi pelajar-pelajar mereka akan hilang terus selepas diinput. Malah, meja bantuan SPPBS seolah-olah tidak berupaya menangani banyak aduan guru-guru. Sejak keputusan untuk menggantung SPPBS hingga 1 April 2014, guru-guru terpaksa merekodkan skor PBS pelajar mereka secara manual. Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan, sendiri menghadapi kesukaran dengan SPPBS apabila beliau memerlukan 2 minit untuk memasukkan gred bagi seorang pelajar melalui SPPBS.[3] Seandainya sistem tidak tergantung, seorang guru yang bertanggungjawab untuk 3 kelas dengan 30 pelajar setiap 1 kelas untuk hanya 1 mata pelajaran memerlukan sekurang-kurangnya 3 jam seminggu hanya untuk memasukkan gred. Yang lebih membimbangkan untuk pelajar, ibu bapa dan guru-guru, PMR akan dimansuhkan pada tahun ini dan terdapat kurang penjelasan tentang bagaimana PBS akan menggantikan PMR.Sebagai contoh, walaupun Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa PBS akan mempunyai empat komponen penilaian sekolah, penilaian pusat, penilaian fizikal, sukan dan aktiviti ko-kurikulum dan penilaian psikometrik apa yang tidak jelas adalah pemberat / wajaran (weightage) empat komponen tersebut, mata pelajaran apa yang akan dinilai oleh pusat, dan bagaimana Kementerian merancang untuk membandingkan keputusan antara sekolah-sekolah terutamanya untuk proses streaming (untuk memberi beberapa contoh).Daripada memekakkan telinga terhadap pengkritikan PBS oleh badan bukan kerajaan seperti SGMM dan Kumpulan Tindakan Ibu Baba untuk Pendidikan (PAGE), Kementerian seharusnya mendengar pandangan mereka dan bekerja dengan mereka untuk menangani krisis pendidikan yang menyelubungi negara.Memandangkan terdapat begitu banyak masalah dengan PBS, saya menyeru Menteri untuk menggantungkan PBS dan kembali keada sistem berasaskan peperiksaan, terutamanya bagi kohort Tingkatan 3 tahun ini. Pada masa ini, Menteri juga harus menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji semula kesesuaian PBS untuk sistem pendidikan Malaysia dan sama ada ia akan membantu menangani krisis keyakinan terhadap sistem pendidikan kita yang telah melihat kedudukan PISA dan TIMSS kita menjunam teruk kebelakangan ini.Saya juga menyeru Menteri untuk segera membatalkan pemindahan Mohd Nor Izzat Mohd Johari untuk menunjukkan bahawa Kementerian tidak mempunyai niat untuk menghukum mereka yang telah mengkritik SBA tetapi bersedia untuk mendengar pandangan mereka dan bekerjasama dengan mereka.Dr. Ong Kian MingAhli Parlimen Serdang