moral f1 final sem 2[1]

14
Bahagian A ( 40 markah ) Jawab semua soalan 1. Individu yang tidak mempercayai ________________________ Tuhan bermakna dia tidak mensyukuri nikmat yang diberikan olehNya. A kejayaan B keteguhan C kewujudan D kepercayaan 2. Petikan di bawah merupakan kejadian di salah sebuah sekolah. Raymond melihat salah seorang pengawas sekolahnya membenarkan rakan baiknya yang datang lewat masuk ke sekolah tanpa mengambil sebarang tindakan. Apakah yang perlu dilakukan oleh Raymond? A Memarahi pengawas tersebut B Mengabaikan perkara itu C Menasihati pengawas itu supaya tidak mengulangi perbuatannya D Melaporkan kepada guru 3. Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Apakah nilai di atas? A Amanah B Harga diri C Hemah Tinggi D Kesederhanaan 4. Orang yang bertanggungjawab terhadap kesihatan diri akan A memakai pakaian yang berjenama B melakukan senaman yang perlu C berkawan dengan pelajar yang sihat sahaja

Upload: norhaidah-mualif

Post on 11-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

......

TRANSCRIPT

Page 1: Moral f1 Final Sem 2[1]

Bahagian A ( 40 markah )

Jawab semua soalan

1. Individu yang tidak mempercayai ________________________ Tuhan bermakna dia tidak mensyukuri nikmat yang diberikan olehNya.

A kejayaanB keteguhanC kewujudanD kepercayaan

2. Petikan di bawah merupakan kejadian di salah sebuah sekolah.

Raymond melihat salah seorang pengawas sekolahnya membenarkan rakan baiknya yang datang lewat masuk ke sekolah tanpa mengambil sebarang tindakan.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Raymond?

A Memarahi pengawas tersebutB Mengabaikan perkara ituC Menasihati pengawas itu supaya tidak mengulangi perbuatannyaD Melaporkan kepada guru

3. Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.Apakah nilai di atas?

A AmanahB Harga diriC Hemah TinggiD Kesederhanaan

4. Orang yang bertanggungjawab terhadap kesihatan diri akan

A memakai pakaian yang berjenamaB melakukan senaman yang perluC berkawan dengan pelajar yang sihat sahajaD mengamalkan pengambilan makanan seimbang

5. Apakah ciri-ciri pertuturan yang sopan dalam kehidupan seharian?

A Memberi salam mengikut adat kaum tertentuB Bertutur dengan menggunakan nada yang lembutC Bertegur sapa dengan saudara mara sahajaD Menegur kesalahan orang lain dengan cara menyindir

Page 2: Moral f1 Final Sem 2[1]

6. Pilih situasi yang menggambarkan adab di meja makan.

A Kavita meletakkan siku di atas meja ketika makanB Razif berdiri untuk mengambil makanan yang jauhC Rose mendahulukan orang tua sebelum menjamah makananD Choy Mei meletakkan napkin di atas meja semasa makan

7. Nilai toleransi perlu diamalkan dengan sikap yang berikut

A menghormati pendapat orang lain.B mengambil tahu hal peribadi jiran.C bertindak mengikut kepentingan orang lain.D mengutamakan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai berdikari?

A Membuat keputusan tanpa merujuk sesiapaB Bertindak mengikut perasaan tanpa mendengar nasihat orang lainC Melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan bantuan orang lainD Melakukan sesuatu perkara secara bersendirian agar mendapat kepujian

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen nilai kerajinan?

I DedikasiII Berdaya majuIII Bersikap tidak keterlaluanIV Boleh membuat pertimbangan

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

10. Orang yang sayang nyawa mempunyai sifat ______________________ terhadap diri sendiri dan orang lain.

A jujur B beraniC simpatiD penyayang

11. Seseorang yang adil akan mempertimbangkan

A kepentingan individu tertentuB status dan kedudukan seseorangC ganjaran yang bakal diterimaD akibat baik dan buruk sesuatu tindakan

Page 3: Moral f1 Final Sem 2[1]

12. Mengapakah kita perlu mengkaji kebenaran seseuatu khabar angin?

A Dapat mengawal tindak-tanduk masyarakatB Pembangunan negara dapat berjalan lancarC Semua pihak bersedia untuk menghadapinyaD Tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat

13. Apakah keburukan tidak bersikap sederhana dalam amalan pemakanan?

I Menyebabkan stressII Membantutkan tumbesaranIII Mengundang pelbagai penyakitIV Meningkatkan jumlah perbelanjaan

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

14. Berikut pernyataan suatu agama.

Walaupun seseorang itu kaya, tetapi jika tidak menjaga ibu bapanya yang telah berusia akan disingkirkan oleh masyarakat.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A BuddhaB HinduC IslamD Sikh

15. Amalan ziarah-menziarahi ahli keluarga dapat mewujudkan __________________ yang erat.

A penyatuanB perjuanganC perdamaianD perhubungan

Page 4: Moral f1 Final Sem 2[1]

16. Di bawah merupakan panggilan dalam keluarga.

Datuk Nenekdadaji dadiji

Panggilan tersebut merujuk kepada kaum

A IbanB IndiaC CinaD Punjabi

17. Adik anda menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja sekolahnya.Apakah yang harus anda lakukan?

A Membuat kerja sekolah tersebut untuknyaB Memberikan tunjuk ajar setakat yang mampuC Meminta ibu bapa membantu adikD Meminta bantuan daripada guru untuk memberikan jawapan

18. Pihak manakah yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal alam sekitar?

A Jabatan PertanianB Jabatan PerhutananC Jabatan Alam SekitarD Jabatan Perdana Menteri

19. Tong kitar semula disediakan untuk hasil _______________________ seperti kertas, plastik dan kaca.

A taniB buanganC usahaD utama

20. Kemapanan alam sekitar boleh ditafsirkan sebagai

A tindakan menghalang pencemaran alamB usaha-usaha untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitarC pengekalan keseimbangan alam sekelilingD kesedaran orang ramai tentang kepentingan alam sekitar

Page 5: Moral f1 Final Sem 2[1]

21. Pihak manakah yang bertanggungjawab memberikan perlindungan terhadap hidupan liar?

A PERHILITANB Kelab Pencinta AlamC Jabatan Perhutanan Semenanjung MalaysiaD Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

22. Seseorang yang peka terhadap isu-isu alam sekitar akan

A mengkritik pihak yang mencemarkan alam sekitar.B meneroka dan membangunkan kawasan hutan untuk tujuan perindustrian.C prihatin terhadap kesan pencemaran alam sekeliling.D memastikan alam sekeliling diuruskan oleh pihak tertentu.

23. Apakah yang dimaksudkan dengan cinta akan negara?

A Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri

B Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk negara sebagai tanda kebaktian untuk negara

C Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negaraD Menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara

24. Taat setia kepada raja dan negara bermaksud

A menunaikan kewajipan terhadap raja dan negara melebihi diri sendiri.B kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.C mengenali keistimewaan yang dimiliki oleh raja dan negara.D memastikan masyarakat mematuhi undang-undang negara.

25. Apakah cogan kata yang terdapat pada jata negara?

A Malaysia BolehB Bersatu Menuju WawasanC Bersekutu Bertambah MutuD Cemerlang, Gemilang, Terbilang

26. Seseorang yang sanggup berkorban untuk negara akan

A mempelajari cara-cara menggunakan senjata apiB mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diriC menyertai pasukan unit beruniform di sekolahD berani bertindak dalam apa jua keadaan

Page 6: Moral f1 Final Sem 2[1]

27. Hari Kanak-kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada bulan________________.

A JanuariB OktoberC MacD Ogos

28. Bagaimanakah cara untuk menghormati hak wanita?

A Menyediakan segala kemewahan kepada wanitaB Memberi pendapatan lumayan kepada wanitaC Mengiktiraf peranan dan kebolehan wanitaD Memberi kebebasab kepada wanita memilih haluan hidup

29. Majikan yang menghargai pekerjanya akan

A menaikkan pangkat pekerja yang disukai.B meluluskan cuti tahunan pekerjanya.C mengutamakan keselamatan pekerjanya.D membayar gaji pekerja pada setiap bulan.

30. Kita perlu melayan golongan kurang upaya dengan sopan supaya

A mereka dapat hidup senang.B mereka dapat sembuh sepenuhnya.C mereka mudah mendapatkan bantuan.D mereka tidak tersisih daripada masyarakat.

31. Mengapakah pengguna berhak mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan?

A Untuk memudahkan mereka membanding hargaB Untuk mengelakkan pengguna daripada ditipuC Untuk mempercepat proses jual beliD Untuk memudahkan proses pemulangan sesuatu barangan

32. Apakah kebaikan peraturan diwujudkan?

A Memupuk disiplinB Merapatkan jurang antara kaunC Memudahkan tugas pihak berkuasaD Mengelakkan perasaan syak wasangka

Page 7: Moral f1 Final Sem 2[1]

33. Hak dan kebebasan bersuara yang dimiliki oleh rakyat termaktub dalam

A Perlembagaan NegaraB Dasar Sosial NegaraC Rukun NegaraD Parlimen

34.

Apakah X berdasarkan pernyataan di atas?

A Jelmaan TuhanB Hukum KarmaC Nirvana atau MokshaD Jalan Lapan Lapis Mulia

35. Mengapakah pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di sekolah?

A Untuk menambah pendapatan muridB Meningkatkan imej sekolahC Untuk meraih pujian guruD Supaya seronok ke sekolah

36. Individu yang mempunyai sikap keterbukaan lazimnya berfikiran

A matangB modenC jauhD luas

37. Apakah kebaikan mengamalkan cara hidup yang harmoni?

I Mewujudkan integrasi kaumII Menjamin kestabilan politikIII Mengurangkan kadar inflasiIV Meningkatkan bilangan penduduk

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

X

Bergantung kepada perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidupnya

Page 8: Moral f1 Final Sem 2[1]

38. Sikap hormat menghormati dapat melahirkan semangat

A perpaduanB perpecahanC kegigihanD kepercayaan

39. Sikap saling menghormati antara negara bermaksud

A sikap menghormati kuasa-kuasa Barat.B menyanjung tinggi pemimpin negara luar.C mengiktiraf kejayaan negara-negara luar dalam pelbagai bidang.D menghargai dan memuliakan hubungan antara negara.

40. Kesejahteraan dan kemakmuran dalam negara dapat dicapai melalui

A kepesatan dalam bidang ekonomi negara.B kerjasama dengan negara-negara serantau.C kebijaksanaan pemimpin menjalinkan hubungan dengan negara lain.D kepatuhan rakyat kepada undang-undang negara.

Page 9: Moral f1 Final Sem 2[1]

Bahagian B ( 10 markah )

Jawab semua soalan

1. Padankan nilai-nilai di bawah dengan definisi yang telah diberikan.

1. Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Sanggup Berkorban Untuk Negara

2. Boleh berfikir berdasarkan

berdasarkan alas an dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Hidup Bersama Secara Aman

3. Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Kebebasan Bersuara

4. Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Amanah

5. Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Rasional

6. Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Penglibatan Diri Dalam

Pembangunan Negara

Page 10: Moral f1 Final Sem 2[1]

7. Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Sikap Keterbukaan

8. Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Melindungi Hak Pekerja

9. Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Kemapanan Alam Sekitar

10.Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

Saling Menghormati Antara Negara

Page 11: Moral f1 Final Sem 2[1]

Skema Jawapan

Bahagian A

No Soalan

Jawapan No Soalan

Jawapan

1 C 21 A2 C 22 C3 B 23 A4 D 24 B5 B 25 C6 C 26 B7 A 27 B8 C 28 C9 A 29 C

10 D 30 D11 D 31 B12 D 32 A13 D 33 A14 A 34 B15 D 35 B16 D 36 A17 B 37 A18 C 38 A19 B 39 D20 C 40 D

[ 40 M X 2 = 80 M ]

Bahagian B

1. Amanah2. Rasional3. Kemapanan Alam Sekitar4. Sanggup Berkorban Untuk Negara5. Kebebasan Bersuara6. Saling Menghormati Antara Negara7. Hidup Bersama Secara Aman8. Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara9. Melindungi Hak Pekerja10. Sikap keterbukaan

[ 10 M X 2 = 20 M ]