cerpen hadiah f1

23
CERPEN: HADIAH

Upload: kc-teoh

Post on 10-Sep-2015

370 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

CERPEN: HADIAH

CERPEN:HADIAH

SINOPSISMengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang dibungkusnya dengan kertas surat khabar. Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha. Setibanya di sekolah, semua mata tertumpu pada bungkusan di tangan Azizah yang sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha. Zaleha terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Cikgu Zaleha berkata bahawa dia hendak hadiah besar. Azizah memberitahu Cikgu Zaleha bahawa dia tidak mampu. Cikgu Zaleha memberitahu Azizah mampu kerana sikap Azizah yang rajin, serba boleh dan kuat berusaha. Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan, yakni Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya Azizah menang, beliau akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya, Azizah menarik diri, bermakna Azizah kalah. Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai kejayaan bukannya terletak pada menang atau kalah tetapi terletak pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang demi meningkatkan kemajuan diri.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan dan hadiah terbesar Cikgu Azizah. TEMAKegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

NILAIPENGAJARANPERSOALANHURAIANMenghargai jasaKita mestilah menghargai jasa guru yang mendidik kita. Persoalan menghargai jasa guru.Murid-murid yang begitu teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari GuruKegigihan / KerajinanKita mestilah rajin dalam melakukan apa-apa perkara.Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.PLOT

i. PermulaanSekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

ii. PerkembanganAzizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.

iii. KlimaksAzizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha

iv. PeleraianAzizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PLOTi. Dialog Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii. Monolog DalamanContoh: Bicara di dalam hati atau fikiran Azizah. Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.

iii. SaspensContoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama. Ingin meneka apa yang tersirat di sebalik perkataan "besar" itu.

iv. Imbas mukaContoh: Azizah membayangkan peristiwa yang akan berlaku semasa sambutan hari guru.

v. Imbas kembali.Contoh: Azizah teringat kembali sehelai sapu tangan yang dilihatnya di pecan pada minggu lalu.

Watak Utama

Azizahi. Seorang murid yang miskin.ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha.iii. Seorang yang terlalu merendah diri.Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.iv. Seorang murid yang rajinContoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang berdisiplin.v. Seorang yang penyayangContoh: Azizah meyayangi Cikgu Zaleha dan mahu memberikan hadiah kepada gurunya.

Watak Sampingan

Cikgu ZalehaI. Cikgu kepada AzizahII. Seorang guru yang berdedikasiiii. Seorang yang prihatin.Contohnya, Cikgu Zaleha prihatin akan keistimewaan yang dimiliki oleh muridnya.

Emak i emak Azizah ii seorang yang cacat sebelah kaki iii mengambil upah menganyam tikar mengkuang

Bapa i bapa Azizah ii berkerja sebagai penarik beca LATARLatar Masa

i.Waktu pagiContoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

ii.Waktu petang Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

iii. Hari Guru Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.

Latar Tempat

i Kelas Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

ii Rumah Azizah Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

iii Bilik Guru Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.

iv Tapak Perhimpunan Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakati.Masyarakat yang penyayangContohnya, Azizah menyayangi Cikgu Zaleha dan mahu memberikan hadiah yang istimewa kepada gurunya.ii.Masyarakat yang hidup susah.Contohnya, keluarga Azizah hidup miskin kerana ayahnya bekerja sebagai penarik beca, manakala ibunya mengambil upah menganyam tikar mengkuang.iii.Masyarakat yang gigih berusaha.Azizah yang begitu gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

Gaya Bahasa

i.Sinkope Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."ii.InversiContoh: Terkebil-kebil mata Azizah.

KBATPada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melahirkan penghargaan terhadap seseorang yang banyak berjasa/cara menghargai jasa guru?Memberi hadiah yang ikhlas dari hati kita.Menghadiahkan kejayaan kita kepada individu tersebut.Sentiasa menggembirakan hati individu tersebut.Tidak menghampakan impian dan harapan individu terebut.Selain pemberian hadiah oleh murid kepada guru, cadangkan aktiviti lain yang sesuai diadakan semasa sambutan Hari Guru.Memberi peluang kepada murid-murid yang ingin menyampaikan ucapan kepada guru-guru.Murid-murid membuat persembahan untuk menghiburkan hati para guru.Mengadakan pertandingan atau sukan antara guru dengan pelajar.Mengadakan jamuan kepada guru-guru.Pada pendapat anda, apakah kepentingan sambutan Hari Guru/mengapakah Hari Guru perlu disambut?Memberi penghargaan kepada guru-guru.Memberikan hadiah kepada guru-guru.Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru.Memberi anugerah kepada guru-guru.