mohd bukhari bin mat ghani - faculty of education · 2010. 4. 22. · melakukan ponteng sekolah....

27
MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

    MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

    SESI PENGAJIAN : 2009/10

    Saya MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI

    (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

    SULIT

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

    TIDAK TERHAD Disahkan oleh

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENULIS)

    Alamat Tetap : LOT 2322, KG. CHERANG, MERANTI, 17010 PASIR MAS, KELANTAN. Tarikh :

    _____________________________________

    (TANDATANGAN PENYELIA)

    DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

    NAMA PENYELIA Tarikh :

  • PENGESAHAN PENYELIA

    “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

    Tandatangan : ............................................................

    Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR.

    Tarikh : ..............................................................

  • MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

    MOHD BUKHARI B. MAT GHANI

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2010

  • ii  

    PENGAKUAN

    “ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

    Tandatangan : ………………………………………

    Nama Penulis : MOHD BUKHARI B. MAT GHANI

    Tarikh : ………………………………………

  • iii  

    DEDIKASI

    Allah S.W.T

    Di atas Kebesaran Mu yang mengurniakan kecekalan hati dan kekuatan diri untuk

    berjuang menyiapkan laporan Sarjana Muda ini

    Khas Buat Ayahanda dan Bonda Tersayang

    Mat Ghani Bin Derasa

    Zainun Binti Omar

    Segala dorongan dan pengorbanan ayahanda dan bonda amat dihargai dan iringan

    doa dari anakanda buat kalian. Terutamanya kepada ayahanda yang telah kembali ke

    Rahmatullah, semoga roh sentiasa dicucuri rahmat. Al Fatihah…

    Sekalung Budi

    Dr Zainuddin Bin Abu Bakar

    Pensyarah Pembimbing

    Jutaan terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan

    Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

    Terutamanya Dr. Hj. Mohd Anuar Abd. Rahman dan Dr. Abd. Rahim B.

    Hamdan dan pensyarah–pensyarah yang pernah memberi tunjuk ajar. Jasa kalian

    tetap dikenang dan ilmu yang diberikan akan di abadikan. Semoga Allah

    membalasnya.

    Sekalung Terima kasih

    Buat sahabat handai dan teman seperjuangan yang memberikan kekuatan moral di

    atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kalian diberkati Allah

    S.W.T dan bersama menuju ke arah kejayaan hakiki dunia dan akhirat. Amin.

  • iv  

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

    izin dan limpah kurnia-Nya penyelidikan ini dapat disempurnakan. Tidak lupa

    selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah S.A.W serta para sahabat

    baginda.

    Kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

    terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Zainuddin B. Abu Bakar yang

    telah berusaha memberi bimbingan, nasihat serta dorongan sepanjang tempoh

    penyelidikan ini dilaksanakan. Saya juga ingin merakamkan sekalung ucapan terima

    kasih kepada Dr. Hj. Mohd Anuar B. Abd. Rahman. Dr. Abdul Rahim B. Hamdan

    dan pensyarah-pensyarah lain yang telah mencurahkan ilmu pengetahuan sepanjang

    saya berada di Universiti Teknologi Malaysia.

    Tidak lupa juga penghargaan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan

    dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

    Pengetua SMKKB Pn. Hjh. Zubaidah Bt. Endot, Guru kauselor En. Hj Misran B. Ali,

    Guru Disiplin En. Hilman B. Muhamad, Guru Unit Peperiksaan Pn.Norhazlinah Bt.

    Md Basri dan semua yang menjayakan kajian ini kerana memberikan kerjasama

    sepenuhnya.

    Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta keluarga

    yang banyak memberi sokongan dalam mengharungi perjalanan liku-liku kehidupan

    dengan keringat dan kepayahan. Semoga Allah S.W.T yang hanya mampu

    membalasnya, dengan irigan doa semoga diberkati sepanjang masa.

    Penghargaan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memerah

    keringat dan usaha membantu secara langsung atau tidak langsung untuk

    menyempurnakan laporan ini. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat dijadikan

    bahan atau sumber rujukan yang bermanafaat kepada semua dalam usaha

    memartabatkan bidang pendidikan.

  • v  

    ABSTRAK

    Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk memahami perilaku salah disiplin

    di SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor. Kajian eksploratif ini menggunakan temubual

    sebagai kaedah mengumpul data. Seramai 9 orang pelajar yang terdiri daripada

    pelajar-pelajar yang mempunyai rekod masalah disiplin terlibat dalam kajian ini.

    Mereka telah dipilih menggunakan kaedah persempelan tidak rawak bertujuan iaitu

    mereka yang bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Senarai temubual separa

    struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Senarai

    temubual ini telah diadaptasikan daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Shoba

    (2007), Liong Lian Tai (2006) dan Jumail (1999). Transkipsi data temubual telah

    dianalisis menerusi senarai semak dan analisis kandungan untuk mencari tema dan

    isu yang wujud. Instrumen temubual telah mendapat pengesahan daripada dua orang

    pensyarah UTM. Dapatan kajian mendapati masalah ponteng dan bergaduh

    merupakan masalah yang dominan. Kecenderungan melakukan salah laku juga

    dikaitkan dengan kegagalan individu pelajar mengawal sikap diri supaya tidak

    terlibat dalam salah laku disiplin. Selain itu pengaruh rakan sebaya juga diakui

    sebagai pendorong kepada tingkah laku salah disiplin terutamanya perilaku melepak.

    Dapatan kajian juga menunjukkan faktor ibubapa memberi pengaruh yang kuat

    terhadap salah laku disiplin apabila mereka cenderung lebih kepada rakan sebaya

    yang nakal. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang gagal

    memberikan suasana yang menarik dan kondusif juga mendorong pelajar untuk

    melakukan ponteng sekolah. Dapatan ini juga memberikan gambaran bahawa

    tingkah laku salah disiplin perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza iaitu

    daripada sudut sikap diri pelajar, pengaruh rakan sebaya, ibubapa dan juga

    persekitaran sekolah. Beberapa cadangan juga dikemukakan.

  • vi  

    ABSTRACT

    This research is conducted in order to investigate the discipline problem

    among the students of SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor. The explorative research

    uses interview as the main instrument of this research. About nine students who have

    recorded in discipline list were choosed to be the respondents of this research. This

    research used non random purpose sampling method. The question that has been

    listed out to be used in the interview is structured and partial structured. Interview’s

    protocol are adopted from the previous researchers such as Shoba (2007), Liong Tai

    Lian (2006) and Jumail (1999). The qualitative data which have been collected from

    the research is analyzed using content analysis to find theme and issues existed. And

    the result shows that the problem of truancy and fights in school are the dominant

    discipline problem among the student. Fail in controlling their temper and the

    continuous restriction by school’s rules causing the frequent occurring of disciplinary

    problems among the students. Besides, the influence of peers also recognized as one

    of the main factor of the discipline problem, especially loitering. At the other hand,

    research finding also shown that parents also give high influence on the discipline

    problem. The failure of teaching and learning in school which fail to provide

    attractive and conducive environment is one of the factor of discipline problem too.

    By the way this discipline problem should be viewed from different perspective,

    student, peers, parent ant the school environment. Some recommendations also

    provided.

  • vii  

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI SIMBOL xiii

    SENARAI SINGKATAN xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 8

    1.4 Objektif Kajian 8

  • viii  

    1.5 Persoalan Kajian 9

    1.6 Kepentingan Kajian 9

    1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

    1.8 Definisi Terminalogi 11

    1.8.1 Masalah Disiplin 11

    1.8.2 Pelajar 12

    1.9 Kesimpulan 12

    BAB 2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pengenalan 13

    2.2 Masalah Disiplin 13

    2.3 Teori dan Konsep Berkaitan 15

    2.3.1 Teori Tingkah laku 15

    2.3.2 Konsep Asas Personaliti 17

    2.3.3 Konsep Kendiri 18

    2.4 Memahami Perkembangan Sahsiah Belia 18

    2.4.1 Teori Perkembangan Diri 19

    2.4.2 Teori Perkembangan Psikoanalisis 20

    2.4.3 Teori Perkembangan Kognitif 21

    2.4.4 Teori Perkembangan Psikososial 23

    2.4.5 Teori Pembelajaran Sosial 24

    2.4.6 Teori Keperluan Manusia atau

    Humanistic 26

    2.5 Dapatan Kajian Lepas 27

    2.6 Kesimpulan 39

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan 40

    3.2 Rekabentuk Kajian 41

    3.3 Responden Kajian 41

    3.4 Instrumen Kajian 42

  • ix  

    3.5 Pengesahan Set Soalan Temubual 43

    3.6 Analisis Data 43

    3.7 Kesimpulan 45

    BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 46

    4.2 Huraian Latar Belakang Responden 46

    4.2.1 Jantina 47

    4.2.2 Bangsa 47

    4.2.3 Agama 48

    4.2.4 Tingkatan 48

    4.2.5 Tahap Pencapaian Akademik 49

    4.3 Analisis Dapatan 52

    4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 53

    4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 59

    4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 69

    4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 75

    4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 81

    4.5 Kesimpulan 86

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN

    DAN KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan 87

    5.2 Perbincangan Hasil Kajian 87

    5.2.1 Perbincangan Maklumat Latar

    Belakang Responden 88

    5.2.2 Perbincangan Pengaruh Sikap

    Pelajar Sendiri Terhadap Berlakunya

    Masalah Disiplin Dikalangan Pelajar 89

    5.2.3 Perbincangan Pengaruh Ibu Bapa

  • x  

    Terhadap Berlakunya Masalah

    Disiplin Dikalangan Pelajar 91

    5.2.4 Perbincangan Pengaruh Rakan

    Sebaya Terhadap Berlakunya Masalah

    Disiplin Dikalangan Pelajar 95

    5.2.5 Perbincangan Pengaruh Persekitaran

    Terhadap Berlakunya Masalah

    Disiplin Dikalangan Pelajar 97

    5.3 Rumusan 102

    5.4 Cadangan Penyelidik 104

    5.5 Cadangan Lanjutan 108

    5.6 Kesimpulan 109

    BIBLIOGRAFI 112

    LAMPIRAN

  • xi  

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47

    4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

    4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 48

    4.4 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 48

    4.5 Taburan Responden Mengikut Mata

    Pelajaran Bagi Keputusan Peperiksaan

    Akhir Tahun Dan Penilaian Menengah

    Rendah 2009 49

  • xii  

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    2.1 Model Kajian Pembelajaran Sosial

    Bandura 26

    2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow 27

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

  • xiii  

    SENARAI SIMBOL  

    SIMBOL MAKSUD MUKA SURAT   R PENYELIDIK

    S1 RESPONDEN 1

    S2 RESPONDEN 2

    S3 RESPONDEN 3

    S4 RESPONDEN 4

    S5 RESPONDEN 5

    S6 RESPONDEN 6

    S7 RESPONDEN 7

    S8 RESPONDEN 8

    S9 RESPONDEN 9

  • xiv  

    SENARAI SINGKATAN

    KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

    SMKKB - Sekolah Menegah Kebangsaan Kulai Besar

    SDM - Sistem Disiplin Murid

    PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    BPDKP - Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian

    Pendidikan (EPRD)

    MCPF - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

    MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    PIBG - Persatuan Ibu bapa dan Guru

    DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

    SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    ( Kemahiran Hidup)

    UTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • xv  

    SENARAI LAMPIRAN

    NO. RAJAH TAJUK

    A Set Temubual

    B Surat Pengesahan Pelajar

    C Surat Kebenaran Sekolah

    D Surat Memohon Kebenaran Pejabat Pelajaran

    Daerah Kulai

    F Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan Dasar Pendidikan ( EPRD)

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pelbagai istilah digunakan apabila menerangkan tentang disiplin seseorang.

    Antaranya ialah nakal, jahat, baik, pendiam, sombong dan sebagainya. Perkataan

    disiplin membawa pengertian yang begitu luas sama ada ianya membawa pengertian

    yang negatif atau pengertian yang positif. Bagaimanapun, menjadi kelaziman

    apabila disiplin yang berbentuk negatif sering menjadi tumpuan dan menjadi isu

    yang hangat diperkatakan umum sama ada melibatkan individu atau kumpulan

    pelajar tertentu.

    Masalah disiplin bukan sahaja menjadi isu sekolah tetapi menjadi agenda

    nasional yang dibahaskan di parlimen malah menjadi lebih popular apabila mendapat

    liputan yang meluas di kalangan media massa kini. Pembentukan disiplin yang baik

    perlu dirancang sejak diperingkat awal bermula daripada peranan ibu bapa di rumah,

    sekolah, dan masyarakat. Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai

    pendidik dengan memupuk disiplin dikalangan pelajar. Tanggungjawab ini tidak

    seharusnya diletakkan kepada pihak sekolah malah peranan ibu bapa dan anggota

    masyarakat turut memainkan peranan yang sama terutamanya apabila berada di luar

    sekolah.

    Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan

    suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan

    pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Disiplin memainkan peranan yang

  • 2

    penting ke arah pembentukan sahsiah yang baik dikalangan pelajar. Ia berkait rapat

    dengan tatatertib, tatasusila, sahsiah , akhlak, moral dan kesopanan dalam sistem

    persekolahan. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian

    berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,

    (1981):

    “ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. KPM 1981 Disiplin dan kawalan pelajar perlu dipantau sentiasa oleh semua pihak supaya

    masalah disiplin tidak menular ke peringkat gejala sosial atau jenayah yang sukar

    ditangani serta mendatangkan masalah keciciran terhadap akademik pelajar. Satu

    garis panduan dalam keluarga dan sekolah akan memberikan panduan supaya ianya

    dapat membentuk keperibadian pelajar yang baik. Kerjasama semua penting supaya

    tidak ada pihak yang hanya menunding jari menyalahkan satu pihak sahaja.

    Segelintir tangapan masyarakat umum biasanya menggangap disiplin sekolah

    sebagai menguatkuasa peraturan-peraturan yang tertentu bersifat menghukum atau

    mengenakan denda. Suatu pandangan yang cetek menganggap kekuasaan autoriti

    kepada pihak sekolah. Apabila merujuk perkataan disiplin, terdapat individu yang

    menyamakan sebagai masalah pelajar. Disiplin sebenarnya merujuk kepada

    kelakuan, tindakan atau respon yang wajar diikuti berdasarkan garis panduan yang

    ditetapkan supaya menimbulkan kesedaran dan membentuk keraktor pelajar yang

    baik. Seterusnya dapat membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang bukan

    sahaja dari segi akademik malah sahsiah diri yang unggul. Anggapan bahawa

    disiplin sekolah bersifat tindakan yang negatif dan bersifat menghukum perlu

    diperbetulkan. Disiplin sekolah mesti dilihat sebagai satu usaha mendidik dan

    pembentukan diri pelajar.

    Dalam menangani masalah ini, semua pihak perlu memainkan peranan

    masing-masing. Tanpa kerjasama daripada semua pihak masalah ini tidak mungkin

  • 3

    dapat diatasi dengan baik walaupun pelbagai langkah, kaedah, program atau

    pendekatan yang dilakukan oleh sebahagian pihak sahaja.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya

    ialah membangunkan modal insan. Bagaimanapun, organisasi pendidikan sering

    menghadapi masalah berkaitan disiplin seperti merokok, gengsterism, buli dan

    sebagainya. Pembangunan materialisme tidak akan membawa erti sekiranya

    masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Organisasi pendidikan

    merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara kerana bukan

    sahaja sebagai pengukur kepada tahap pembangunan negara, tetapi juga akan

    menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara di masa akan datang.

    Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari

    terdapat berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau

    salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan

    terdapat ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak

    langsung dalam dunia pendidikan. Masalah disiplin yang melibatkan para pelajar

    sekolah menengah begitu ketara dan perkara ini amat meresahkan para ibu bapa serta

    masyarakat umum.

    Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para pelajar, daripada

    masalah disiplin yang kecil seperti ponteng kelas, mengganggu semasa pengajaran,

    tidak menghormati guru dan sebagainya. Sehinggalah menular kepada masalah lebih

    kompleks iaitu masalah sosial dan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, memeras

    ugut, berkhalwat, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah (vandalism),

    mengancam guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. Perbuatan salah laku ini

    adakalanya menjadi begitu bertentangan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan

    dipelajari oleh seorang pelajar. Jika masalah ini berterusan, proses pengajaran dan

    pembelajaran turus akan terjejas. Hal ini kerana dalam usaha guru-guru mendidik

  • 4

    para pelajar, dalam masa yang sama guru-guru juga dibelenggu dengan pelbagai

    masalah pelanggaran disiplin pelajar akan menimbulkan suasana pembelajaran yang

    kurang efektif.

    Masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada

    diperkatakan secara lisan atau disebarkan melalui media masa yang menjadi fokus

    kepada pelbagai lapisan masyarakat. Banyak laporan tentang kesalahan-kesalahan

    disiplin yang dilakukan oleh pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. Suatu ketika negara

    kita digemparkan dengan satu kejadian membakar bilik guru dan bilik percetakan

    sekolah. Pihak polis telah menahan enam remaja termasuk dua pelajar SMK Kulai

    Besar kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut. (Berita Harian, 1999)

    Sementara itu, berikut adalah ulasan Yang Berhormat Puan Halimah

    Mohamed Sadique, Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan

    Masyarakat Negeri Johor menyatakan bahawa tindakan membakar bilik darjah dan

    merosakkan harta benda sekolah seolah-olah menunjukkan remaja sekarang tiada

    lagi tatasusila serta menampakkan unsur keganasan. (Berita Harian, 1999)

    Kajian gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian

    Pembangunan Dasar Kementerian Pendidikan mengenalpasti 459 daripada 1560

    buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme. Menurut yang Dipertua

    Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah, bilangan kumpulan

    samseng ala gengster dan pelajar samseng meningkat terutamanya di sekolah

    menengah harian pinggir bandar. Pelajar turut terlibat dalam kes salah guna dadah,

    minum minuman keras, memiliki senjata api, menceroboh, berjudi dan membuli.

    Sementara itu Kementerian Pendidikan dalam laporannya berkenaan gengsetisme di

    kalangan pelajar, mengumumkan sebanyak 459 buah sekolah menengah adalah 7

    berisiko, dan terdedah kepada aktiviti gengsterisme. (Berita Harian, 2000)

    Masalah ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali

    dilakukan oleh pelajar sekolah setiap hari. Masalah ponteng sekolah semakin hari

    semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenarnya

  • 5

    menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Dengan melakukan

    ponteng, pelajar mudah terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap

    dadah, berfoya-foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar

    ketinggalan dalam pembelajaran serta mewujudkan masalah sosial. Data

    Kementerian Pelajaran tatun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng

    sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain ponteng,

    salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak menghormati guru dan

    pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak dilakukan di sekolah

    membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada tahun 2006.

    Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir

    Mohd Khir, masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat

    menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan

    bandar dan sekolah di pinggir bandar. Manakala menurut Timbalan Menteri

    Pelajaran, Datuk Noh Omar sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-

    kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun 2005 kerana terlibat dalam

    pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng. (Utusan Malaysia, 2006)

    Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Desa berumur 12 tahun

    memukul guru sekolahnya yang berumur 26 tahun dengan penyodok apabila beliau

    dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta untuk menyiapkan

    kerja sekolah sambil berdiri. Isu ini dikategorikan serius kerana bagaimana dalam

    peringkat umur yang begitu muda itu iaitu 12 tahun sudah berani melakukan

    tindakan ganas terhadap seorang guru. Dalam kes yang berlainan, di Kedah, seorang

    guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah

    sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap

    seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang

    dan ditumbuk bertubi-tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis

    perhimpunan berlangsung. Dalam kes yang sama di Kedah, seorang guru perempuan

    Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar

    perempuan tingkatan empat apabila guru tersebut menegur kesilapan pelajar

    perempuan terbabit.

  • 6

    Antara kes yang lain Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan

    dengan beberapa kes salah laku disiplin. Antaranya ialah:

    1. Mac 2006 – kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di

    sebuah sekolah menengah. (Utusan Malaysia, 3hb. Mac 2006)

    2. April 2006 – seorang pelajar darjah lima berada dalam keadaan kritikal

    dengan kedua-dua buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh

    rakan-rakannya di sekolah. (Utusan Malaysia, 7hb. April 2006)

    3. Mei 2006 – 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat

    dengan membakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah

    berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang

    dikenakan terhadap mereka. (Utusan Malaysia, 19hb. Mei 2006)

    4. Jun 2006 – kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar

    tingkatan 1 dan tingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng.

    (Utusan Malaysia, 27hb Jun 2006)

    Berpunca daripada masalah disiplin, pelbagai kesan sosial dan jenayah juvana

    turut berani dilakukan oleh pelajar. Buktinya mengikut statistik yang dikeluarkan

    oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang dipengerusikan oleh

    Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa peratusan

    kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun 2005 iaitu 5, 543 berbanding pada

    tahun 2004 sebanyak 5,140. Dalam statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja

    Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral dikalangan pelajar sedikit menurun iaitu

    1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004.

    Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan

    pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita

    berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi

    bilangan yang ramai itu.

    Selain itu, Statistik Polis menunjukkan dari Januari-Febuari 2008, seramai

    233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah. Menurut

    Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam

    Thye "Saya rasa kes kecurian motosikal paling banyak dilakukan kerana mereka

  • 7

    mahu guna wang hasil jualan motosikal curi untuk berseronok, pergi ke kafe siber,

    pusat karaoke dan membeli rokok,". (Bernama, 4 April 2009)

    Dalam satu kes yang berasingan, sekumpulan remaja menculik pelajar

    perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai

    Jaya. Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan tiga puluh tiga ribu

    Ringgit daripada keluarga Lai Ying Xin bagi "membebaskan" pelajar itu. Keluarga

    itu membayar tebusan itu tidak sedar yang mayat mangsa telah dibuang di kawasan

    semak di Taman Putri. Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam

    selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan.

    Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas

    maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi

    bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang.

    (Berita Harian, 16 September 2008)

    Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin sehingga

    mengundang pelbagai masalah lain yang lebih serius sehingga mengancam

    keselamatan sosial dan peningkatan jenayah dikalangan pelajar. Maka pendekatan

    yang holistik diperlukan bagi mengenalpasti punca dan mengatasinya serta usaha

    yang berterusan daripada semua pihak mampu mengubah keadaan ini. Sehubungan

    dengan itu, semua pihak terutama para ibu bapa dan guru harus mengembeleng

    tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia tidak terus

    menular dan menjadi lebih kritikal.

    Falsafah pendidikan negara adalah asas kepada usaha berterusan untuk

    melahirkan individu-individu yang berilmu dalam masyarakat Malaysia.

    Bagaimanapun, individu yang berilmu tanpa asas disiplin yang kukuh tidak dapat

    melahirkan masyarakat yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan dari segi

    kerohanian, moral dan fizikal. (Omar, 1986)

  • 8

    1.3 Pernyataan Masalah

    Penyelidik berminat untuk mengkaji masalah disiplin dan sejauh mana

    hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar yang pernah terlibat dengan

    masalah pelanggaran disiplin. Penyelidik berpendapat masalah disiplin sebenarnya

    sukar untuk dibendung dan mencapai sasaran sifar masalah disiplin. Hatta, di

    MRSM yang menempatkan pelajar yang boleh dikategorikan sebagai cemerlang

    akademik juga tidak terkecuali dengan masalah ini. Banyak kajian-kajian lalu yang

    telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu tentang masalah disiplin. Kajian

    penyelidik pula sebagai kesinambungan daripada kajian-kajian yang lepas.

    Memandangkan pelajar masa kini adalah sumber manusia atau modal insan yang

    akan mewarisi pembangunan dan pemimpin pada masa hadapan, maka penyelidik

    merasa perlu kajian seumpama ini dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan

    seimbang dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara dari segi jasmani,

    emosi, rohani, intelektual dan sahsiah (JERIS).

    Bagaimanapun dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji beberapa aspek

    yang dirasakan mempengaruhi masalah disiplin di sekolah yang dikaji dan melihat

    signifikan antara masalah disiplin pengaruh yang mendorong pelajar melakukan

    kesalahan disiplin. Maka kajian ini dilakukan oleh penyelidik bertujuan untuk

    menilai sejauh manakah masalah disiplin yang berlaku dan seterusnya melihat dari

    pelbagai perspektif pengaruh yang berbeza.

    1.4 Objektif Kajian

    Bagi memudahkan kajian ini dilaksanakan, beberapa objektif kajian telah

    ditentukan supaya ianya lebih spesifik untuk mengkaji masalah disiplin pelajar.

    Antara objektif kajian ini adalah:-

    i. Mengenal pasti pengaruh sikap pelajar sendiri terhadap berlakunya masalah

    disiplin dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

  • 9

    ii. Mengenal pasti pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin

    dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

    iii. Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin

    dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

    iv. Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap berlakunya masalah disiplin

    dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

    1.5 Persoalan Kajian

    Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan

    untuk dikaji. Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah untuk

    melihat:

    i. Pengaruh sikap pelajar sendiri terhadap berlakunya masalah disiplin di

    kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

    ii. Pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar

    Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

    iii. Pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan

    pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

    iv. Pengaruh persekitaran terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan

    pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

    1.6 Kepentingan Kajian

    Masalah disiplin sewajarnya diberikan perhatian yang serius supaya ianya

    dapat dikawal dengan bijaksana sebelum masalah ini menjadi lebih kritikal sehingga

    memberikan kesan kepada kualiti modal insan yang seterusnya akan menjejaskan

    1TAJUK DEPAN.pdf2BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.pdf3PENGAKUAN PEMBIMBING.pdf4cover,pengesahan, pengakuan,dedikasi dan penghargaan.pdf5KANDUNGAN.pdf6 BAB 1.pdf7BAB 2.pdf8BAB 3.pdf9BAB 4.pdf10BAB 5.pdf11BIBLIOGRAFI.pdf12SOAL SELIDIK temubual.pdf13Full page fax print.pdf14Full page fax print.pdf15Full page fax print.pdf16Full page fax print.pdf17Full page fax print.pdf18Full page fax print.pdf