mohd bukhari bin mat ghani - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah...

27
MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamnhan

Post on 13-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

SESI PENGAJIAN : 2009/10

Saya MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : LOT 2322, KG. CHERANG, MERANTI, 17010 PASIR MAS, KELANTAN. Tarikh :

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

NAMA PENYELIA Tarikh :

Page 3: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR.

Tarikh : ..............................................................

Page 4: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH KULAIJAYA

MOHD BUKHARI B. MAT GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

ii  

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : MOHD BUKHARI B. MAT GHANI

Tarikh : ………………………………………

Page 6: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

iii  

DEDIKASI

Allah S.W.T

Di atas Kebesaran Mu yang mengurniakan kecekalan hati dan kekuatan diri untuk

berjuang menyiapkan laporan Sarjana Muda ini

Khas Buat Ayahanda dan Bonda Tersayang

Mat Ghani Bin Derasa

Zainun Binti Omar

Segala dorongan dan pengorbanan ayahanda dan bonda amat dihargai dan iringan

doa dari anakanda buat kalian. Terutamanya kepada ayahanda yang telah kembali ke

Rahmatullah, semoga roh sentiasa dicucuri rahmat. Al Fatihah…

Sekalung Budi

Dr Zainuddin Bin Abu Bakar

Pensyarah Pembimbing

Jutaan terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan

Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

Terutamanya Dr. Hj. Mohd Anuar Abd. Rahman dan Dr. Abd. Rahim B.

Hamdan dan pensyarah–pensyarah yang pernah memberi tunjuk ajar. Jasa kalian

tetap dikenang dan ilmu yang diberikan akan di abadikan. Semoga Allah

membalasnya.

Sekalung Terima kasih

Buat sahabat handai dan teman seperjuangan yang memberikan kekuatan moral di

atas bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kalian diberkati Allah

S.W.T dan bersama menuju ke arah kejayaan hakiki dunia dan akhirat. Amin.

Page 7: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

iv  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

izin dan limpah kurnia-Nya penyelidikan ini dapat disempurnakan. Tidak lupa

selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah S.A.W serta para sahabat

baginda.

Kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Zainuddin B. Abu Bakar yang

telah berusaha memberi bimbingan, nasihat serta dorongan sepanjang tempoh

penyelidikan ini dilaksanakan. Saya juga ingin merakamkan sekalung ucapan terima

kasih kepada Dr. Hj. Mohd Anuar B. Abd. Rahman. Dr. Abdul Rahim B. Hamdan

dan pensyarah-pensyarah lain yang telah mencurahkan ilmu pengetahuan sepanjang

saya berada di Universiti Teknologi Malaysia.

Tidak lupa juga penghargaan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan

dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pengetua SMKKB Pn. Hjh. Zubaidah Bt. Endot, Guru kauselor En. Hj Misran B. Ali,

Guru Disiplin En. Hilman B. Muhamad, Guru Unit Peperiksaan Pn.Norhazlinah Bt.

Md Basri dan semua yang menjayakan kajian ini kerana memberikan kerjasama

sepenuhnya.

Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta keluarga

yang banyak memberi sokongan dalam mengharungi perjalanan liku-liku kehidupan

dengan keringat dan kepayahan. Semoga Allah S.W.T yang hanya mampu

membalasnya, dengan irigan doa semoga diberkati sepanjang masa.

Penghargaan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memerah

keringat dan usaha membantu secara langsung atau tidak langsung untuk

menyempurnakan laporan ini. Akhir sekali, diharapkan kajian ini dapat dijadikan

bahan atau sumber rujukan yang bermanafaat kepada semua dalam usaha

memartabatkan bidang pendidikan.

Page 8: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

v  

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk memahami perilaku salah disiplin

di SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor. Kajian eksploratif ini menggunakan temubual

sebagai kaedah mengumpul data. Seramai 9 orang pelajar yang terdiri daripada

pelajar-pelajar yang mempunyai rekod masalah disiplin terlibat dalam kajian ini.

Mereka telah dipilih menggunakan kaedah persempelan tidak rawak bertujuan iaitu

mereka yang bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Senarai temubual separa

struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Senarai

temubual ini telah diadaptasikan daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Shoba

(2007), Liong Lian Tai (2006) dan Jumail (1999). Transkipsi data temubual telah

dianalisis menerusi senarai semak dan analisis kandungan untuk mencari tema dan

isu yang wujud. Instrumen temubual telah mendapat pengesahan daripada dua orang

pensyarah UTM. Dapatan kajian mendapati masalah ponteng dan bergaduh

merupakan masalah yang dominan. Kecenderungan melakukan salah laku juga

dikaitkan dengan kegagalan individu pelajar mengawal sikap diri supaya tidak

terlibat dalam salah laku disiplin. Selain itu pengaruh rakan sebaya juga diakui

sebagai pendorong kepada tingkah laku salah disiplin terutamanya perilaku melepak.

Dapatan kajian juga menunjukkan faktor ibubapa memberi pengaruh yang kuat

terhadap salah laku disiplin apabila mereka cenderung lebih kepada rakan sebaya

yang nakal. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang gagal

memberikan suasana yang menarik dan kondusif juga mendorong pelajar untuk

melakukan ponteng sekolah. Dapatan ini juga memberikan gambaran bahawa

tingkah laku salah disiplin perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza iaitu

daripada sudut sikap diri pelajar, pengaruh rakan sebaya, ibubapa dan juga

persekitaran sekolah. Beberapa cadangan juga dikemukakan.

Page 9: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

vi  

ABSTRACT

This research is conducted in order to investigate the discipline problem

among the students of SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor. The explorative research

uses interview as the main instrument of this research. About nine students who have

recorded in discipline list were choosed to be the respondents of this research. This

research used non random purpose sampling method. The question that has been

listed out to be used in the interview is structured and partial structured. Interview’s

protocol are adopted from the previous researchers such as Shoba (2007), Liong Tai

Lian (2006) and Jumail (1999). The qualitative data which have been collected from

the research is analyzed using content analysis to find theme and issues existed. And

the result shows that the problem of truancy and fights in school are the dominant

discipline problem among the student. Fail in controlling their temper and the

continuous restriction by school’s rules causing the frequent occurring of disciplinary

problems among the students. Besides, the influence of peers also recognized as one

of the main factor of the discipline problem, especially loitering. At the other hand,

research finding also shown that parents also give high influence on the discipline

problem. The failure of teaching and learning in school which fail to provide

attractive and conducive environment is one of the factor of discipline problem too.

By the way this discipline problem should be viewed from different perspective,

student, peers, parent ant the school environment. Some recommendations also

provided.

Page 10: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 8

Page 11: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

viii  

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Terminalogi 11

1.8.1 Masalah Disiplin 11

1.8.2 Pelajar 12

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Masalah Disiplin 13

2.3 Teori dan Konsep Berkaitan 15

2.3.1 Teori Tingkah laku 15

2.3.2 Konsep Asas Personaliti 17

2.3.3 Konsep Kendiri 18

2.4 Memahami Perkembangan Sahsiah Belia 18

2.4.1 Teori Perkembangan Diri 19

2.4.2 Teori Perkembangan Psikoanalisis 20

2.4.3 Teori Perkembangan Kognitif 21

2.4.4 Teori Perkembangan Psikososial 23

2.4.5 Teori Pembelajaran Sosial 24

2.4.6 Teori Keperluan Manusia atau

Humanistic 26

2.5 Dapatan Kajian Lepas 27

2.6 Kesimpulan 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Responden Kajian 41

3.4 Instrumen Kajian 42

Page 12: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

ix  

3.5 Pengesahan Set Soalan Temubual 43

3.6 Analisis Data 43

3.7 Kesimpulan 45

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 46

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Bangsa 47

4.2.3 Agama 48

4.2.4 Tingkatan 48

4.2.5 Tahap Pencapaian Akademik 49

4.3 Analisis Dapatan 52

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 53

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 59

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 69

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 75

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 81

4.5 Kesimpulan 86

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 87

5.2.1 Perbincangan Maklumat Latar

Belakang Responden 88

5.2.2 Perbincangan Pengaruh Sikap

Pelajar Sendiri Terhadap Berlakunya

Masalah Disiplin Dikalangan Pelajar 89

5.2.3 Perbincangan Pengaruh Ibu Bapa

Page 13: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

x  

Terhadap Berlakunya Masalah

Disiplin Dikalangan Pelajar 91

5.2.4 Perbincangan Pengaruh Rakan

Sebaya Terhadap Berlakunya Masalah

Disiplin Dikalangan Pelajar 95

5.2.5 Perbincangan Pengaruh Persekitaran

Terhadap Berlakunya Masalah

Disiplin Dikalangan Pelajar 97

5.3 Rumusan 102

5.4 Cadangan Penyelidik 104

5.5 Cadangan Lanjutan 108

5.6 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 112

LAMPIRAN

Page 14: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

xi  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 48

4.4 Taburan Responden Mengikut Tingkatan 48

4.5 Taburan Responden Mengikut Mata

Pelajaran Bagi Keputusan Peperiksaan

Akhir Tahun Dan Penilaian Menengah

Rendah 2009 49

Page 15: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

xii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Kajian Pembelajaran Sosial

Bandura 26

2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow 27

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 16: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

xiii  

SENARAI SIMBOL  

SIMBOL MAKSUD MUKA SURAT   R PENYELIDIK

S1 RESPONDEN 1

S2 RESPONDEN 2

S3 RESPONDEN 3

S4 RESPONDEN 4

S5 RESPONDEN 5

S6 RESPONDEN 6

S7 RESPONDEN 7

S8 RESPONDEN 8

S9 RESPONDEN 9

Page 17: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

xiv  

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SMKKB - Sekolah Menegah Kebangsaan Kulai Besar

SDM - Sistem Disiplin Murid

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

BPDKP - Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian

Pendidikan (EPRD)

MCPF - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PIBG - Persatuan Ibu bapa dan Guru

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

xv  

SENARAI LAMPIRAN

NO. RAJAH TAJUK

A Set Temubual

B Surat Pengesahan Pelajar

C Surat Kebenaran Sekolah

D Surat Memohon Kebenaran Pejabat Pelajaran

Daerah Kulai

F Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan ( EPRD)

Page 19: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelbagai istilah digunakan apabila menerangkan tentang disiplin seseorang.

Antaranya ialah nakal, jahat, baik, pendiam, sombong dan sebagainya. Perkataan

disiplin membawa pengertian yang begitu luas sama ada ianya membawa pengertian

yang negatif atau pengertian yang positif. Bagaimanapun, menjadi kelaziman

apabila disiplin yang berbentuk negatif sering menjadi tumpuan dan menjadi isu

yang hangat diperkatakan umum sama ada melibatkan individu atau kumpulan

pelajar tertentu.

Masalah disiplin bukan sahaja menjadi isu sekolah tetapi menjadi agenda

nasional yang dibahaskan di parlimen malah menjadi lebih popular apabila mendapat

liputan yang meluas di kalangan media massa kini. Pembentukan disiplin yang baik

perlu dirancang sejak diperingkat awal bermula daripada peranan ibu bapa di rumah,

sekolah, dan masyarakat. Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai

pendidik dengan memupuk disiplin dikalangan pelajar. Tanggungjawab ini tidak

seharusnya diletakkan kepada pihak sekolah malah peranan ibu bapa dan anggota

masyarakat turut memainkan peranan yang sama terutamanya apabila berada di luar

sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan

suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Disiplin memainkan peranan yang

Page 20: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

2

penting ke arah pembentukan sahsiah yang baik dikalangan pelajar. Ia berkait rapat

dengan tatatertib, tatasusila, sahsiah , akhlak, moral dan kesopanan dalam sistem

persekolahan. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian

berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia,

(1981):

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. KPM 1981 Disiplin dan kawalan pelajar perlu dipantau sentiasa oleh semua pihak supaya

masalah disiplin tidak menular ke peringkat gejala sosial atau jenayah yang sukar

ditangani serta mendatangkan masalah keciciran terhadap akademik pelajar. Satu

garis panduan dalam keluarga dan sekolah akan memberikan panduan supaya ianya

dapat membentuk keperibadian pelajar yang baik. Kerjasama semua penting supaya

tidak ada pihak yang hanya menunding jari menyalahkan satu pihak sahaja.

Segelintir tangapan masyarakat umum biasanya menggangap disiplin sekolah

sebagai menguatkuasa peraturan-peraturan yang tertentu bersifat menghukum atau

mengenakan denda. Suatu pandangan yang cetek menganggap kekuasaan autoriti

kepada pihak sekolah. Apabila merujuk perkataan disiplin, terdapat individu yang

menyamakan sebagai masalah pelajar. Disiplin sebenarnya merujuk kepada

kelakuan, tindakan atau respon yang wajar diikuti berdasarkan garis panduan yang

ditetapkan supaya menimbulkan kesedaran dan membentuk keraktor pelajar yang

baik. Seterusnya dapat membentuk keperibadian pelajar yang cemerlang bukan

sahaja dari segi akademik malah sahsiah diri yang unggul. Anggapan bahawa

disiplin sekolah bersifat tindakan yang negatif dan bersifat menghukum perlu

diperbetulkan. Disiplin sekolah mesti dilihat sebagai satu usaha mendidik dan

pembentukan diri pelajar.

Dalam menangani masalah ini, semua pihak perlu memainkan peranan

masing-masing. Tanpa kerjasama daripada semua pihak masalah ini tidak mungkin

Page 21: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

3

dapat diatasi dengan baik walaupun pelbagai langkah, kaedah, program atau

pendekatan yang dilakukan oleh sebahagian pihak sahaja.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya

ialah membangunkan modal insan. Bagaimanapun, organisasi pendidikan sering

menghadapi masalah berkaitan disiplin seperti merokok, gengsterism, buli dan

sebagainya. Pembangunan materialisme tidak akan membawa erti sekiranya

masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Organisasi pendidikan

merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara kerana bukan

sahaja sebagai pengukur kepada tahap pembangunan negara, tetapi juga akan

menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara di masa akan datang.

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari

terdapat berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau

salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan

terdapat ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak

langsung dalam dunia pendidikan. Masalah disiplin yang melibatkan para pelajar

sekolah menengah begitu ketara dan perkara ini amat meresahkan para ibu bapa serta

masyarakat umum.

Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para pelajar, daripada

masalah disiplin yang kecil seperti ponteng kelas, mengganggu semasa pengajaran,

tidak menghormati guru dan sebagainya. Sehinggalah menular kepada masalah lebih

kompleks iaitu masalah sosial dan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, memeras

ugut, berkhalwat, bergaduh, merosakkan harta benda sekolah (vandalism),

mengancam guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. Perbuatan salah laku ini

adakalanya menjadi begitu bertentangan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan

dipelajari oleh seorang pelajar. Jika masalah ini berterusan, proses pengajaran dan

pembelajaran turus akan terjejas. Hal ini kerana dalam usaha guru-guru mendidik

Page 22: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

4

para pelajar, dalam masa yang sama guru-guru juga dibelenggu dengan pelbagai

masalah pelanggaran disiplin pelajar akan menimbulkan suasana pembelajaran yang

kurang efektif.

Masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada

diperkatakan secara lisan atau disebarkan melalui media masa yang menjadi fokus

kepada pelbagai lapisan masyarakat. Banyak laporan tentang kesalahan-kesalahan

disiplin yang dilakukan oleh pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. Suatu ketika negara

kita digemparkan dengan satu kejadian membakar bilik guru dan bilik percetakan

sekolah. Pihak polis telah menahan enam remaja termasuk dua pelajar SMK Kulai

Besar kerana disyaki terbabit dalam kejadian tersebut. (Berita Harian, 1999)

Sementara itu, berikut adalah ulasan Yang Berhormat Puan Halimah

Mohamed Sadique, Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan

Masyarakat Negeri Johor menyatakan bahawa tindakan membakar bilik darjah dan

merosakkan harta benda sekolah seolah-olah menunjukkan remaja sekarang tiada

lagi tatasusila serta menampakkan unsur keganasan. (Berita Harian, 1999)

Kajian gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian

Pembangunan Dasar Kementerian Pendidikan mengenalpasti 459 daripada 1560

buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme. Menurut yang Dipertua

Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah, bilangan kumpulan

samseng ala gengster dan pelajar samseng meningkat terutamanya di sekolah

menengah harian pinggir bandar. Pelajar turut terlibat dalam kes salah guna dadah,

minum minuman keras, memiliki senjata api, menceroboh, berjudi dan membuli.

Sementara itu Kementerian Pendidikan dalam laporannya berkenaan gengsetisme di

kalangan pelajar, mengumumkan sebanyak 459 buah sekolah menengah adalah 7

berisiko, dan terdedah kepada aktiviti gengsterisme. (Berita Harian, 2000)

Masalah ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali

dilakukan oleh pelajar sekolah setiap hari. Masalah ponteng sekolah semakin hari

semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenarnya

Page 23: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

5

menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Dengan melakukan

ponteng, pelajar mudah terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap

dadah, berfoya-foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar

ketinggalan dalam pembelajaran serta mewujudkan masalah sosial. Data

Kementerian Pelajaran tatun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng

sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain ponteng,

salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak menghormati guru dan

pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak dilakukan di sekolah

membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada tahun 2006.

Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir

Mohd Khir, masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat

menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan

bandar dan sekolah di pinggir bandar. Manakala menurut Timbalan Menteri

Pelajaran, Datuk Noh Omar sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-

kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun 2005 kerana terlibat dalam

pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng. (Utusan Malaysia, 2006)

Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Desa berumur 12 tahun

memukul guru sekolahnya yang berumur 26 tahun dengan penyodok apabila beliau

dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta untuk menyiapkan

kerja sekolah sambil berdiri. Isu ini dikategorikan serius kerana bagaimana dalam

peringkat umur yang begitu muda itu iaitu 12 tahun sudah berani melakukan

tindakan ganas terhadap seorang guru. Dalam kes yang berlainan, di Kedah, seorang

guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah

sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap

seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang

dan ditumbuk bertubi-tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis

perhimpunan berlangsung. Dalam kes yang sama di Kedah, seorang guru perempuan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar

perempuan tingkatan empat apabila guru tersebut menegur kesilapan pelajar

perempuan terbabit.

Page 24: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

6

Antara kes yang lain Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan

dengan beberapa kes salah laku disiplin. Antaranya ialah:

1. Mac 2006 – kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di

sebuah sekolah menengah. (Utusan Malaysia, 3hb. Mac 2006)

2. April 2006 – seorang pelajar darjah lima berada dalam keadaan kritikal

dengan kedua-dua buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh

rakan-rakannya di sekolah. (Utusan Malaysia, 7hb. April 2006)

3. Mei 2006 – 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat

dengan membakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah

berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang

dikenakan terhadap mereka. (Utusan Malaysia, 19hb. Mei 2006)

4. Jun 2006 – kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar

tingkatan 1 dan tingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng.

(Utusan Malaysia, 27hb Jun 2006)

Berpunca daripada masalah disiplin, pelbagai kesan sosial dan jenayah juvana

turut berani dilakukan oleh pelajar. Buktinya mengikut statistik yang dikeluarkan

oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang dipengerusikan oleh

Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa peratusan

kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun 2005 iaitu 5, 543 berbanding pada

tahun 2004 sebanyak 5,140. Dalam statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja

Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral dikalangan pelajar sedikit menurun iaitu

1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004.

Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan

pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita

berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi

bilangan yang ramai itu.

Selain itu, Statistik Polis menunjukkan dari Januari-Febuari 2008, seramai

233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18 tahun terlibat dengan jenayah. Menurut

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam

Thye "Saya rasa kes kecurian motosikal paling banyak dilakukan kerana mereka

Page 25: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

7

mahu guna wang hasil jualan motosikal curi untuk berseronok, pergi ke kafe siber,

pusat karaoke dan membeli rokok,". (Bernama, 4 April 2009)

Dalam satu kes yang berasingan, sekumpulan remaja menculik pelajar

perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai

Jaya. Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan tiga puluh tiga ribu

Ringgit daripada keluarga Lai Ying Xin bagi "membebaskan" pelajar itu. Keluarga

itu membayar tebusan itu tidak sedar yang mayat mangsa telah dibuang di kawasan

semak di Taman Putri. Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam

selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas

maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi

bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang.

(Berita Harian, 16 September 2008)

Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin sehingga

mengundang pelbagai masalah lain yang lebih serius sehingga mengancam

keselamatan sosial dan peningkatan jenayah dikalangan pelajar. Maka pendekatan

yang holistik diperlukan bagi mengenalpasti punca dan mengatasinya serta usaha

yang berterusan daripada semua pihak mampu mengubah keadaan ini. Sehubungan

dengan itu, semua pihak terutama para ibu bapa dan guru harus mengembeleng

tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia tidak terus

menular dan menjadi lebih kritikal.

Falsafah pendidikan negara adalah asas kepada usaha berterusan untuk

melahirkan individu-individu yang berilmu dalam masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, individu yang berilmu tanpa asas disiplin yang kukuh tidak dapat

melahirkan masyarakat yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan dari segi

kerohanian, moral dan fizikal. (Omar, 1986)

Page 26: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

8

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik berminat untuk mengkaji masalah disiplin dan sejauh mana

hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar yang pernah terlibat dengan

masalah pelanggaran disiplin. Penyelidik berpendapat masalah disiplin sebenarnya

sukar untuk dibendung dan mencapai sasaran sifar masalah disiplin. Hatta, di

MRSM yang menempatkan pelajar yang boleh dikategorikan sebagai cemerlang

akademik juga tidak terkecuali dengan masalah ini. Banyak kajian-kajian lalu yang

telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu tentang masalah disiplin. Kajian

penyelidik pula sebagai kesinambungan daripada kajian-kajian yang lepas.

Memandangkan pelajar masa kini adalah sumber manusia atau modal insan yang

akan mewarisi pembangunan dan pemimpin pada masa hadapan, maka penyelidik

merasa perlu kajian seumpama ini dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan

seimbang dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelektual dan sahsiah (JERIS).

Bagaimanapun dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji beberapa aspek

yang dirasakan mempengaruhi masalah disiplin di sekolah yang dikaji dan melihat

signifikan antara masalah disiplin pengaruh yang mendorong pelajar melakukan

kesalahan disiplin. Maka kajian ini dilakukan oleh penyelidik bertujuan untuk

menilai sejauh manakah masalah disiplin yang berlaku dan seterusnya melihat dari

pelbagai perspektif pengaruh yang berbeza.

1.4 Objektif Kajian

Bagi memudahkan kajian ini dilaksanakan, beberapa objektif kajian telah

ditentukan supaya ianya lebih spesifik untuk mengkaji masalah disiplin pelajar.

Antara objektif kajian ini adalah:-

i. Mengenal pasti pengaruh sikap pelajar sendiri terhadap berlakunya masalah

disiplin dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

Page 27: MOHD BUKHARI BIN MAT GHANI - fp.utm.my / badan di mana penyelidikan dijalankan ... struktur telah dibina bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. ... DBP - Dewan Bahasa

9

ii. Mengenal pasti pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin

dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

iii. Mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin

dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

iv. Mengenal pasti pengaruh persekitaran terhadap berlakunya masalah disiplin

dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan

untuk dikaji. Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah untuk

melihat:

i. Pengaruh sikap pelajar sendiri terhadap berlakunya masalah disiplin di

kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

ii. Pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

iii. Pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

iv. Pengaruh persekitaran terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar?

1.6 Kepentingan Kajian

Masalah disiplin sewajarnya diberikan perhatian yang serius supaya ianya

dapat dikawal dengan bijaksana sebelum masalah ini menjadi lebih kritikal sehingga

memberikan kesan kepada kualiti modal insan yang seterusnya akan menjejaskan