memperkasakan pustakawan islam

16
KANDUNGAN KERTAS KERJA: 1) MOTIVASI KERTAS KERJA 2) PENGENALAN 3) PERPUSTAKAAN ISLAM 4) PUSTAKAWAN ISLAM 5) CABARAN MASA KINI 6) LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERKASAKAN PUSTAKAWAN ISLAM 7) KESIMPULAN

Upload: tulipbiru64

Post on 04-Jul-2015

55 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Kertas Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik - SKPA 2011. 5-7 Julai 2011. Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan.

TRANSCRIPT

Page 1: Memperkasakan Pustakawan Islam

KANDUNGAN KERTAS KERJA:

1) MOTIVASI KERTAS KERJA

2) PENGENALAN

3) PERPUSTAKAAN ISLAM

4) PUSTAKAWAN ISLAM

5) CABARAN MASA KINI

6) LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERKASAKAN PUSTAKAWAN ISLAM

7) KESIMPULAN

Page 2: Memperkasakan Pustakawan Islam

MOTIVASI KERTAS KERJA

Terdapat sebanyak 180 perpustakaan Islam di Negara ini

(Balqis, 2011) .

Pustakawan Islam mempunyai potensi yang cerah sekiranya

perancangan yang rapi dapat diatur dan dijalankan

Kertas kerja ini bertujuan:

1. Menyelusuri perkembangan perpustakaan dan

kepustakawanan Islam di Malaysia mutakhir, khasnya

dikalangan perpustakaan akademik

2. Cabaran yang perlu dihadapi oleh pustakawan Islam

3. Langkah-langkah yang patut diambil kearah meningkatkan

lagi prestasi dan imej mereka di kalangan penyelidik dan

masyarakat.

Page 3: Memperkasakan Pustakawan Islam

PENGENALAN

Sebanyak 64 (35.55%) daripada 180 perpustakaan Islam

adalah perpustakaan masjid (Balkis, 2011) .

Perpustakaan Islam, ada yang besar dan kukuh dan ada pula

yang kecil dan dha’f

Kumpulan perpustakaan Islam di Malaysia walaupun besar

jumlahnya tetapi secara kumpulan masih mempunyai

beberapa kelemahan.

Ada desakan supaya Persatuan Pustakawan Malaysia

menubuhkan jawatankuasa kecil Perpustakaan Islam.

Page 4: Memperkasakan Pustakawan Islam

PENGENALAN

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia 2004/2005 (Sabtu, 9 April 2005) ada syor supaya PPM menubuhkan jawatankuasa tetapperpustakaan Islam bagi maksud berikut:

a) Menyediakan landasan rangkaian di kalangan perpustakaan Islam danpihak-pihak yang berminat dalam perkembangan kepustakawanan Islam.

b) Meningkatkan kesedaran dan apresiasi tentang sistem kepustakawananIslam, intipati keilmuan yang perlu digarap dan peranan perpustakaanIslam.

c) Menggalakkan profesionalisme dalam pembangunan perpustakaan Islam

d) Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan diseminasi maklumatmengenai Islam oleh perpustakaan Islam ke tahap standard yang memuaskan.

e) Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan pustakawan dan pengurusperpustakaan dalam Kerajaan dan bukan Kerajaan, institusi penyelidikanIslam, universiti awam, kolej Islam, jabatan agama Islam, masjid danbadan-badan lain yang berkaitan.

f) Mengadakan penyelarasan secara tidak formal dalam projek-projekkerjasama yang memberi manfaat kepada perpustakaan Islam

g) Menunjukkan kepada dunia tentang keupayaan pustakawan dankepustakawanan di Malaysia dalam memberi perkhidmatan cemerlangdalam bidang Islam, selari dengan status Malaysia sebagai pemimpinNegara-negara Islam dan pusat pendidikan rantau ini.

Page 5: Memperkasakan Pustakawan Islam

PENGENALAN

Kepustakawanan agama sudah kuat bertapak di Barat.

Amerika Syarikat Perancis Britain

International Council of

Theological Library

Associations

L’Association des

Bibliotheques Chretiennes

de France

Association of British

Theological and

Philosophical Libraries

American Theological Libraries

Association

Birmingham Theological

Libraries Group.

Jewish Libraries Association

Librarians’ Christian

Fellowship

Church and Synagogue Library

Association.

Page 6: Memperkasakan Pustakawan Islam

Perpustakaan Islam Apakah perpustakaan Islam?

Perpustakaan Islam ialah sebuah perpustakaan yang mempunyaikoleksi tentang Islam yang tinggi. Sehingga kini belum ditemuipendapat tentang hakikat kekuatan koleksi Islam tersebut.

Balqis (2011) menegaskan bahawa perpustakaan universiti(UIAM, UM, UKM dsb.) dianggap sebagai perpustakaan Islam kerana koleksi Islamnya kukuh, walaupun secara perbandingankoleksi tersebut amat kecil berbanding dengan keseluruhankoleksi dalam perpustakaan tersebut.

Ciri utama perpustakaan Islam ialah:

1. Kekuatan koleksinya dalam bidang Islam, samada jumlahatau peratus koleksi tentang Islam.

2. Fizikal buku adalah baik untuk disimpan dan isikandungannya adalah baik untuk dibaca dan tidakmerosakkan minda pembacanya.

Page 7: Memperkasakan Pustakawan Islam

Perpustakaan Islam Kajian oleh pelajar Jabatan Perpustakaan Dan Sains MaklumatUIA (2011) di kalangan komuniti Masjid al-Mukarramah, Sri Damansara, Kuala Lumpur:

1. Responden mencadangkan koleksi untuk perpustakaanmasjid tersebut perlu mengandungi koleksi berorientasikanIslam (koleksi fardhu ‘ain) dan yang tidak berorientasikanIslam (fardhu kifayah).

2. 64% daripada responden bersetuju buku Arab dibeli untukkoleksi perpustakaan.

3. Sejumlah 7 (14%) daripada50 responden yang menguasaibahasa Arab.

4. Berdasarkan kajian tersebut, koleksi perpustakaan masjid diNegara ini haruslah pada perkiraan 50:50, iaitu 50% bukutentang Islam dan 50% lagi buku-buku lain yang tidakberkaitan dengan Islam.

Page 8: Memperkasakan Pustakawan Islam

Pustakawan Islam Mengikut Juhani (2004: 565-609) dan Jawahiri (1992: 114-115) pustakawanIslam menjalankan empat tugas iaitu:

1. Pengawal perpustakaan : Pengurus perpustakaan

2. Pencetak : Pengarang atau penyalin buku

3. Penterjemah : Ilmuan yang mampu menghuraikan persoalan berkaitanilmu

4. Penjilid : Orang yang dapat mempastikan buku terjaga dengan baik diperpustakaan.

Mengikut Ziauddin Sardar (1986) pustakawan Islam pada zamansekarang adalah pasangan kepada ‘waraq’.

Tugas utama waraq adalah:

Penyalin manuskrip

Editor dan pengkritik.

Pakar dalam pelbagai cabang ilmu

Orang pertama yang dirujuk untuk disiplin ilmu yang baru.

Menentukan arah kajian yang tepat.

Page 9: Memperkasakan Pustakawan Islam

Pustakawan Islam Contoh Pustakawan Islam:

1. Sahal ibn Harun: Ketua pustakawan Bayt al-Hikmah, Baghdad

2. Ibn Miskawayh: Ketua pustakawan Perpustakaan Ray & penulis kitab terulung Tajarib al-umam wa-ta'aqub al-himam.

3. Ibn Nadim penulis al-Fihris

(Juhani, 2004).

Pustakawan Islam masa kini:

1. Terlatih dalam bidang kepustakawanan moden

2. Seorang ilmuan yang menguasai ilmu-ilmu Islam dan ilmu lain

3. Berupaya memberi nasihat kepada penyelidik

4. Berkemahiran mengarang artikel dan buku

5. Berkemahiran memelihara buku di perpustakaan

Page 10: Memperkasakan Pustakawan Islam

Cabaran masa kini1. Tidak mempunyai kekuatan menguasai ilmu-ilmu Islam.

Tidak mampu mengesan, memilih dan memproses.

Kurang keyakinan berinteraksi dengan para penyelidik.

Pustakawan bukan sahaja perlu mendalami satu-satu bidang secarakhusus bahkan juga bidang-bidang lain yang berkaitan denganprofesionnya (Norma 2000) .

2. Kurangnya jaringan kerjasama di kalangan perpustakaan Islam.

Ini menimbulkan kerumitan dalam usaha mengawal bibliografi Islam, transaksi pinjaman antara organisasi dan pembangunan pengkalan data Islam yang baik (Khurshid, 1986).

3. Kurang kemahiran dalam bahasa Arab

Buku-buku rujukan ternama Islam pada umumnya dalam bahasa Arab.

4. Kurang kemahiran mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan.

Melambatkan proses carian yang mana kebanyakan maklumatdiperlukan dengan kadar segera (Shahar, 2000).

Page 11: Memperkasakan Pustakawan Islam

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERKASAKAN

PUSTAKAWAN ISLAM

1. Meningkatkan kefahaman tentang konsep ilmu dalam Islam

Mengikut Ziauddin Sardar (1986) budaya Islam padaasasnya adalah budaya ilmu dan keseluruhan kehidupanMuslim berpaksi kepada al-Qur’an.

Segala ilmu tersebut perlu menjurus kepada merangsangpemikiran manusia untuk mengetahui dan menyelidikikeagungan Allah yang Maha Esa (Khan, 1986)

2. Meningkatkan pemahaman tentang manuskrip Islam

Menimbulkan kesedaran dan memberi gambaran yang jelas bagaimana sesebuah manuskrip itu dihasilkan.

Manuskrip memperjelaskan nilai keaslian material serta isikandungan yang autentik

Page 12: Memperkasakan Pustakawan Islam

LANGKAH-LANGKAH …

3. Meningkatkan kefahaman tentang kegiatan penerbitan buku Islam

Perlu menerbitkan sendiri bahan bacaan tersebut agar kebergantungan pada negara luar dapat dikurangkan (Sardar, 1986).

Menurut Khurshid (1986) kajian menunjukkan 69.7% literatur yang diterbitkan oleh negara bukan Islam telah dipetik dalam kajianilmiah Islam. Index Islamicus yang fokus kepada Islam sebanyak 62% disumbangkan oleh negara Islam sebanyak 33.8%, manakala 21.4% adalah dari negara bukan Islam.

4. Meningkatkan kefahaman tentang ilmu pengetahuan Islam

Memohon kursus pra-perkhidmatan untuk meluaskan ilmupengetahuan Islam (Shahar, 2000).

5. Meningkatkan pengetahuan tentang pengarang utama Islam dan karyamereka

Perlu tahu susur-galur hirarki kitab-kitab Islam yang terdiri daripadamatan, sharh, hashiyah dan hawamish.

Mengetahui sumber-sumber rujukan utama dan sekunder untuksetiap mazhab bagi mengelak kekeliruan dalam pemahaman sesuatumasalah.

Page 13: Memperkasakan Pustakawan Islam

اإلقناع فً حل ألفاظ أبً شجاع

[الشزبٍنً الخطٍب]

(هـ593)متن أبً شجاع / متن الغاٌة والتقزٌب/غاٌة اإلحتصار[القاضً أبً شجاع أحمذ بن الحسٍنن احمذ األصفهانً]

فتح القزٌب المجٍذ[ابن قاسم الغزي]

كفاٌة األخٍار[ابن قاسم الغزي]

التذهٍب فً أدلةالغاٌة التقزٌب [مصطفى دٌب البغا]

حاشٍة البجٍزمًحاشٍة البٍجىريحاشٍة البزماوي

مختصزكفاٌة األخٍارالمختار من

[جماعة من العلماء]

قىت الجٍب الغزٌب

[محمذ نىوي بن عمز الجاوي]

Page 14: Memperkasakan Pustakawan Islam

LANGKAH-LANGKAH …

6. Meningkatkan kemahiran bahasa Arab

Sumber rujukan utama Islam adalah dalam bahasa Arab

untuk memahami dan mendalami initipati kandungan kitab-kitab Arab klasik dan moden.

7. Meningkatkan kemahiran carian maklumat di dalam pangkalan data dan laman sesawang.

Pangkalan perpustakaan adalah terpisah (Shahar, 2000).

Sesetengah sumber rujukan Islam tidak dapat diakseskatakunci terutama sumber-sumber klasik

8. Meningkatkan kerjasama di kalangan perpustakaan Islam

Satu wadah kepada perkongsian pintar dan penguranganduplikat (Shahar, 2000)

Usahasama demi mencapai matlamat mewujudkanperkhidmatan yang efisen dan efektif kepada penggunadengan sumber yang sedia ada untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga (Khan, 1986).

Page 15: Memperkasakan Pustakawan Islam

LANGKAH-LANGKAH…

9. Mewujudkan Kumpulan Pustakawan Islam yang berkesan

Segala masalah di harap dapat dikenalpasti, dikongsi

dan diatasi bersama.

Amat berat dan sukar dipikul olehPPM sahaja.

Perlu penglibatan semua pihak.

10. Meningkatkan koleksi dalam bidang Islam yang

berkualiti

Peruntukan belanjawan yang mencukupi

Kemahiran memilih judul berdasarkan penguasaan

pelbagai ilmu.

Page 16: Memperkasakan Pustakawan Islam

KESIMPULAN:

Para pustakawan Islam perlu mempunyai kemahiranprofesional kepustakawanan dan ilmu akademik, khasnya ilmu-ilmu Islam.

Pustakawan Islam perlu mewarisi sifat dan kualiti diri seperti‘waraq’ dan berubah dari segi cara berfikir dan cara bekerja.

Semua pihak, sama ada pustakawan Islam sebagai individu, perpustakaan Islam sebagai institusi mahupun PPM sebagaipenaung perlu memikul amanah dan mengambil langkah-langkah tersendiri kearah meningkatkan kemahiran masing-masing.

Berani mendepani zaman ledakan maklumat dan melihatnyasebagai peluang untuk terus maju pada masa hadapan.