pengajian melayu: ke arah memperkasakan

16
Jurnal Melayu (9)2012: 1-15 Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan Modal Insan Mohd. Yusof Hj. Othman Abstrak Makalah ini merupakan saru renungan introspektif tentang pertumbuhan dan pembangunan bahasa Melayu merentasi masa dan ruang. Renungan mengenai hal ini adalah diasaskan pada pemerhatian mendalam begitu lama terhadap perkembangannya. Terbukti dari segi sejarah, bahasa Melayu berupaya berhadapan pelbagai cabaran masa. Malah, ia terus memainkan peranan yang dinamik dalam pembinaan modal insan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peranannya yang besar dalam aspek ekonomi, sosial, politik, sains dan teknologi bangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu berdiri di atas nilai teras yang kukuh, iaitu Islam. Kata kunci: Pengajian Melayu, jiwa bangsa, nilai teras, istilah, memperkasa peranan pengajian Melayu. Abstract This paper is an introspective view on the growth and development of the Malay language through time and space. The view is based on a long, deep contemplation on the roles played by the language. It had been historical proven that the Malay language withstand various challenges through times. In fact, it has continually played a dynamic roles in the building of human capital. This could be unveiled from its great roles in economic, social, politic, science and technology of the nation. This is because it stand on a strong core value, Islam. Keywords: The Malay studies, soul of the nation, core value, vocabularies, enhancing the roles of the Malay studies.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

Jurnal Melayu (9)2012: 1-15

Pengajian Melayu: Ke Arah MemperkasakanModal Insan

Mohd. Yusof Hj. Othman

Abstrak

Makalah ini merupakan saru renungan introspektif tentang pertumbuhan danpembangunan bahasa Melayu merentasi masa dan ruang. Renungan mengenaihal ini adalah diasaskan pada pemerhatian mendalam begitu lama terhadapperkembangannya. Terbukti dari segi sejarah, bahasa Melayu berupayaberhadapan pelbagai cabaran masa. Malah, ia terus memainkan peranan yangdinamik dalam pembinaan modal insan. Hal ini dapat dibuktikan denganperanannya yang besar dalam aspek ekonomi, sosial, politik, sains dan teknologibangsa. Hal ini kerana bahasa Melayu berdiri di atas nilai teras yang kukuh,iaitu Islam.

Kata kunci: Pengajian Melayu, jiwa bangsa, nilai teras, istilah, memperkasaperanan pengajian Melayu.

Abstract

This paper is an introspective view on the growth and development of theMalay language through time and space. The view is based on a long, deepcontemplation on the roles played by the language. It had been historical proventhat the Malay language withstand various challenges through times. In fact, ithas continually played a dynamic roles in the building of human capital. Thiscould be unveiled from its great roles in economic, social, politic, science andtechnology of the nation. This is because it stand on a strong core value, Islam.

Keywords: The Malay studies, soul of the nation, core value, vocabularies,enhancing the roles of the Malay studies.

Page 2: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

Pendahuluan

Pengajian Melayu merupakan salah satu bidang pengajian yang tertua diMalaysia.ApabilaUniversitiMalayadan UniversitiKebangsaanMalaysiaditubuhkan, Pengajian Melayu merupakan salah satu bidang yang lahirbersama-sama kelahiran universiti berkenaan. Malah perjuangan untukmemartabatkan bahasa Melayu dan pengajian Melayu merupakanperjuangan awal sejak negara belum merdeka lagi (Ismail 1969; MohdAli 2005). Bidang pengajian ini diletakkan di bawah Fakulti Sastera dansekarang ini Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan. PengajianMelayu di peringkat sekolah pula dibangunkan dengan wujudnyaInstitut Pengajian Guru yang memberikan tumpuan khas kepada bidangkebahasaan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Secara lazimnya, Pengajian Melayu tertumpu pada bidang bahasa,sastera dan budaya Melayu. Secara ilmiahnya telah dimaklumi bahawasejarah dan kebudayaan Melayu adalah berteraskan ajaran Islam (SyedMuhammad Naquib 1990). Jati diri peradaban Melayu juga berteraskankepada nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. Halini bererti pengajian Melayu sepatutnya bukan hanya perbincanganmengenai bahasa, budaya dan sastera sahaja tetapi pengajian Melayuseharusnya tertumpu kepada semua bidang disiplin ilmu yang juga dapatmemperkasakan modal insan seperti bidang sosial, ekonomi, politik dansains dan teknologi dan sebagainya.

Kajian bahasa, budaya dan sastera hanyalah sebahagian daripadausaha membangunkan modal insan. Sewajarnya pengajian Melayujuga disajikan secara merentasi bidang pelbagai disiplin ilmu. Bahasa,budaya dan sastera akan mempunyai dampaknya yang tinggi sekiranyaia digabungkan dengan disiplin ilmu seperti ekonomi, sosial, politik,sains dan teknologi. Bahasa Melayu dan nilai-nilai yang terkandungdi dalamnya akan berkembang sekiranya ia disaji dalam pembelajaransubjek ekonomi, sosial, politik, sains dan teknologi. Apabila bahasaMelayu tidak digunakan dalam bidang ilmu arus perdana, ia akan sedikitdemi sedikit terabai, dan akhirnya akan terus berkubur. Lenyapnyasesuatu bahasa kerana bangsa berkenaan tidak memperjuangkan danmenggunakan bahasanya dalam bidang ilmu arus perdana ini (Kamal2008).

Page 3: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

Pengajian Melayu

Secara tradisi dan lazimnya, pengajian Melayu adalah bidang kajian yangmelibatkan aspek bahasa, sastera dan budaya Melayu. Kemudiannya,di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sejarah Melayu,politik, ekonomi, kedudukan geografi penduduk di rantau Melayu,budaya, jati diri, dan kajian tentang pencapaian dan kemajuan yang telahdicapai oleh suatu umat yang berada di rantau Melayu dan sebahagiankecil umat Melayu yang berada di peringkat antarabangsa telah jugaturut dikaji. Mengimbas laman sesawang secara sepintas lalu tentangpusat-pusat pengajian Melayu di Malaysia ternyata Pengajian Melayudi Malaysia tertumpu pada pengajian di peringkat universiti dan InstitutPendidikan Guru, termasuk di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lazimnya, institusi Pengajian Melayu menumpukan perhatiankepada pengajaran, pembangunan, penyelidikan dan hal-hal yangberhubung dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Malah kegiatantentang pengajian Melayu turut dilakukan di luar negara Malaysiasecara aktif. Menurut Utusan Melayu on-line yang dipetik pada 21 April2011 ,Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyebut terdapat enam buahuniversiti di negara China yang telah menawarkan program pengajianBahasa Melayu iaitu Universiti Komunikasi China, Universiti Peking,Universiti Pengajian Asing Guandong, Universiti Bangsa-BangsaGuangxi, Universiti Bangsa-Bangsa Yunnan dan Universiti PengajianAsing Beijing. Kursi Pengajian Melayu di peringkat antarabangsa pulaterdapat di Leiden University, The Netherlands, Victoria Universityof Wellington, New Zealand dan Beijing Foreign Studies University,Republik Rakyat China, di samping Kursi Tun Abdul Razak untuk Kaj ianAsia Tenggara di Ohio University, Amerika Syarikat.

Dilihat dari sudut yang lebih luas, Pengajian Melayu sewajarnyatidak hanya tertumpu kepada usaha untuk membangun bahasa, sasteradan budaya Melayu semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ia harusdiusahakan untuk membuat kajian yang berhubung dengan Melayusecara keseluruhan, termasuk pembinaan jati diri dan memperkasa modalinsan umat Melayu. Namun dalam realitinya perkara ini adalah sesuatuyang amat sukar, sebab kajian berkenaan dengan ekonomi orang Melayujuga dikaji melalui bidang ekonomi, bahagian pendidikan dikaji melaluibidang pendidikan dan sebagainya. Begitu juga dengan bidang politik,sejarah, sains dan teknologi dan pelbagai bidang lain yang disajikansecara terpisah daripada pengajian Melayu.

Oleh sebab pengajian Melayu banyak menumpukan kepadausaha untuk memartabatkan bahasa Melayu yang juga menjadi bahasa

Page 4: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

kebangsaan negara ini, maka kita perlu melihat pembangunan bahasaMelayu dalam perspektif yang lebih luas yang menjadi 'jiwa' kepadabangsa Melayu tersebut sebelum kita meninjau tentang unsur-unsur yangdapat memperkasakan modal insan umat Melayu.

Bahasa Jiwa Bangsa

Keteguhan,kemantapandanjati diri sesuatubangsa terletakkepada 'jiwa'bangsa tersebut. Jiwa bangsa pula terletak kepada sistem nilai, sistemkepercayaan,falsafah dan tanggapandiri yang membina tasawurbangsatersebut. Sistem nilai, kepercayaan, falsafah dan tasawur sesuatu bangsapula diungkap oleh bangsa tersebut dalam bahasa yang dituturkan danlafazkan oleh bangsa tersebut. Dengan demikian, bahasa menjadi jiwakepada bangsa berkenaan.

Segala karya yang dihasilkan oleh sesebuah bangsa atau pernyataanekspresi diri atau penciptaan atau penghasilan dan inovasi sesuatuyang cantik dilihat dan indah didengar dan seronok dipandang sepertikarya persuratan, seni lukis, seni ukir, seni muzik, seni tari, drama dansebagainya merupakan karya sastera sesuatu bangsa (Wevell 2000).Dengan demikian, secara umumnya dapat dikatakan bahawa bahasadan sastera merupakan wahana di mana sesuatu bangsa itu berkarya dankemudiannya membangunkan budaya mereka. Apa yang direka ciptaoleh sesuatu bangsa merupakan jelmaan daripada apa yang terkandungdalam pemikiran dan juga nilai budaya yang mereka hayati. Sedangkanbahasa merupakan wahana pernyataan ekspresi diri yang diungkapdan dicatat oleh sesuatu bangsa. Pastinya juga ungkapan dan catatanbahasa juga merupakan jelmaan daripada kreativiti seseorang yang jugamengandungi nilai-nilai pemikiran dan penghayatan seseorang, sehinggadisebut 'bahasa jiwa bangsa'.

Oleh sebab bangsa Melayu juga kaya dengan karya, maka merekajuga membangun bahasa dan sastera mereka dalam usaha membinabudaya dan peradaban mereka. Kalau diperhatikan sejarah di alamMelayu, persuratan Melayu telah mengalami banyak fasa perubahan -sekurang-kurangnya dapat dilihat lima fasa perubahan yang besar dalamsejarah peradabannya: fasa kuno, fasa animisme, fasa Hindu/Buddha, fasaIslam dan fasa penjajahan Barat (terutamanya Inggeris untuk Malaysia).Di antara lima fasa ini, fasa Islamlah yang telah merubah cara berflkir,budaya, sistem hidup dan sistem nilai umat Melayu dengan amat ketara.Sehingga orang Melayu yang dahulunya percaya kepada perkara-perkaratahyul kini percaya kepada suratan Ilahi. Yang dulunya percaya bahawa

Page 5: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

Raja-raja adalah keturunan dewa-dewa, kini meyakini bahawa merekaadalah khalifah Allah yang diamanahkan dengan tanggungjawab besaruntuk menjalankan amanah yang telah diberikan Allah SWT kepadamereka, yang kemudiannya dapat menjana kesejahteraan hidup di bumiini.

Fasa Islam diperkenalkan agak lewat, yakni sekitar abad yang ke-13sahaja (Hairudin 2004). Setelah datangnya penjajahan Barat (Portugis/Sepanyol di abad ke-16, Belanda abad ke-17, dan Inggeris abad ke-18dan 19), bahasa dan sastera Melayu mengalami sedikit perubahan dengandiperkenalkan bahasa Melayu Moden. Yang dimaksudkan dengan bahasaMelayu Moden adalah bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasapenjajah khususnya Inggeris di Malaysia, dan Belanda di Indonesia,manakala bahasa Melayu 'klasik' dipengaruhi oleh bahasa Arab yangmempunyai nilai dan falsafah Islam yang tinggi.

Di antara ketiga-tiga penjajah ini, Inggeris merupakan penjajahyang paling berpengaruh dalam merubah bahasa Melayu di Malaysiakerana mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka,melakukan aktiviti sains dan teknologi (terutamanya kejuruteraan,pertanian dan perubatan) dan memperkenalkan sistem perundanganmereka. Kemuncaknya, mereka telah berjaya meyakinkan umat rantauini menukar persuratan mereka kepada tulisan rumi daripada tulisanjawi yang menjadi bahasa dan tulisan utama umat Melayu di rantau inisebelum ini. Mengubah sistem nahu bahasa Melayu yang bercirikanbahasa Arab/Islam kepada sistem nahu bercirikan Inggeris. Dan akhir-akhir ini meyakinkan masyarakat negara ini bahawa bahas Inggeris adalahwahana terbaik untuk membangunkan sains dan teknologi anak watan,walhal umat rantau ini telah pun maju dalam bidang sains dan teknologimereka sebelum kedatangan penjajah lagi (Wan Ramli 2009).

Semua penduduk di Nusantara menerima baik penggunaan bahasaMelayu sebagai bahasa mereka. Ini termasuklah mereka yang tinggal diIndonesia, Brunei, sebahagian Indochina, Selatan Thailand dan Filipina,selain daripada bahasa kaum-kaum peribumi di rantau ini. Mesti adasebabnya kenapa mereka menerima bahasa Melayu tersebut sebagaibahasa mereka, dan pastinya ada kekuatan dalam bahasa tersebut yangboleh menyatukan mereka.

Dengan penggunaan bahasa yang satu ini (bahasa Melayu),tanpa menolak bahasa kaum dan ibunda mereka, mereka bersatu darisegi berbahasa dan bersastera, malah dalam pembangunan budaya.Kemudiannya, mereka berinteraksi sesama mereka dengan menggunakanbahasa yang sama ini. Budaya yang berteraskan bahasa Melayu/Islam/Arab kemudiannya dibangunkan, yang seterusnya menjadi budaya

Page 6: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

utama penduduk di Nusantara, walaupun budaya kaum mereka yang asalmasih digunakan di mana perlu. Inilah kekuatan bahasa Melayu dalammenyatukanumat di rantau ini, membentukbahasaperantaraandi antaramereka, dan membangunkanbahasa Melayu yang kaya dengan falsafahdan konsep keinsanan yang tinggi yang akhirnya membangun budayadan sastera melalui perantaraan bahasa tersebut.

Nilai Teras Bahasa MelayuNilai teras bahasa Melayu terletak kepada kalimah-kalimah maknawiyangterdapatdalambahasaMelayutersebutyang dipengaruhi olehajaranIslamyang dihayatioleh umat Melayu.Malah bahasaMelayu itu sendiriberkembang dengan pesat seiring dengan kepesatan ajaran Islam. Kitadapat buktikan kenyataan ini dengan merujuk kembali kepada sejarahMelayu bagaimana Islam telah merubah bahasa, sastera, budaya, nilaidan keperibadian orang-orang Melayu di rantau ini seperti berikut.• Nama orang Melayu: Daripada Bulat, Buyong, Kundur, Melor,

Mawar,Cempaka, Melati dan seumpamanyayang berasaskan kepadanama-nama objek kepada Muhammad, Bakar, Umar, Othman, Ali,Khadijah, Fatimah,Aminah dan sebagainya yang diinspirasikan olehtokoh-tokoh yang membina peradaban Islam.

• Nama hari: Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtuyang semuanya diambil dari peradaban Islam/Arab. Kita tidak tahuapakah nama-nama hari mempunyai nilai budaya yang tinggi bagiumat rantau ini sebelum kedatangan Islam.

• Tatacaradan istilahberbahasa: Perkataan dan istilah yang mempunyaimakna dalam epistemologi dan falsafah Islam seperti adil, zalim,halal, haram, sunat, harus, amanah, sabar, syukur, azab, azam,mesyuarat, masyarakat, rela, kuat, dan ribuan lagi istilah-istilah yangmempunyai konsep dan falsafah sebagaimana yang difahami dalamajaran Islam telah dijadikan sebagai istilah bahasa Melayu, walaupunianya bulat-bulat diambil dari bahasa Arab yang memahaminya daritasawur Islam.

• Kaedah dan cara bertutur: Cara bertutur orang-orang Melayu adalahlebih mirip kepada cara bertutur orang-orang Arab, tidak sepertipertuturan orang-orang India yang menganut agama Hindu/Buddha.Misalnya kalimah Allahuakbar, Masyaallah dan sebagainya.

• Cara menulis: Tulisan jawi, sebagai tulisan asas orang Melayu,yang dikenali oleh umat di rantau ini adalah bersifat 'BaghdadVsebagaimana yang digunakan oleh orang Arab, tidak bersifat 'Hindi'sebagaimana yang diperkenalkan oleh orang-orang India.

Page 7: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

• Mazhab dan anutan Islam orang Melayu: Orang Melayu adalah darigolongan ahli sunnah wal jamaah yang bermazhab Syafii, tidakmazhab lain. Inilah bukti yang menunjukkan persuratan Melayubanyak didominasi oleh aliran mazhab Syafii ini.

Nyatalah, dari pemerhatian dan hujah di atas, umat Melayudan bahasa Melayu di zaman sebelum kedatangan Islam adalahumat yang tidak mempunyai nilai ilmu, budaya dan persuratan yangtinggi - yakni tidak mempunyai kekuatan jati diri yang berasaskankepada peradaban Islam. Dengan kata lain persuratan Melayu menjadipersuratan antarabangsa, dengan berkongsi idea dan fahaman Islamyang bersifat sejagat yang dibawa oleh ajaran Islam. Ianya juga sekaligus menggambarkan kepada kita bahawa asas yang membina bahasaMelayu adalah prinsip, falsafah dan nilai yang terkandung di dalamajaran Islam itu sendiri, sehingga agama Islam menjadi jati diri orangMelayu, sehingga takrif orang Melayu dalam Perlembagaan MalaysiaPerkara 160 (2) menyebut "Melayu" ertinya seseorang yang menganutagama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu danzuriat seseorang yang sedemikian {Perlembagaan Persekutuan 2010:238). Hal ini menjadikan tatacara dan juga tingkah laku umat Melayudibatasi oleh syariat Islam, yang sebelumnya hanya dibatasi oleh adat dantradisi Melayu semata-mata. Benar sekalilah kata-kata 'adat bersendirisyarak, syarak bersendikan Kitabullah' bagi menggambarkan adat danbudaya Melayu. Sewajarnyalah memperkasa modal insan Melayu berertimemperkasa nilai dan budaya Melayu yang telah diacukan oleh Islam.

Istilah dalam Bahasa Melayu

Untuk memahami bagaimana bahasa dapat membangunkan persuratandan memperkasakan modal insan umat Melayu, kita boleh melihatbahasa dari aspekpersuratandan pertuturan seseorang.Apabila seseorangitu bertutur atau bersurat beliau perlu mengguna dan mengeluarkankalimah-kalimah atau perkataan-perkataan tertentu. Kita boleh bahagikankalimah-kalimah yang dituturkan atau disuratkan oleh seseorang dalamtiga kategori seperti berikut,

Kategoripertamaadalahkalimahyang disebutuntukmenggambarkanobjek atau tempat tertentu seperti rumah, kereta, api, baju, kertas,elektron, proton, Kuala Lumpur, Kepala Batas, London dan sebagainya.Kalimah ini menerangkan tentang sesuatu objek atau tempat. Biasanyanama-nama objek atau tempat ini diambil daripada kalimah yang

Page 8: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

digunakan oleh penduduk tempatan yang lebih arif tentang selok-belokbagaimana kalimah tersebut disebut. Umpamanya kalimah durian,rambutan, mangga, rotan, rumah dan sebagainya merupakan kalimahtempatan yang diperkenalkan oleh orang Melayu yang terbit darilingkungan persekitaran orang Melayu. Manakala kalimah kursi, almari,buku, kitab, anggur, kurma, epal dan yang seumpama dengannya adalahkalimah yang dipinjam dan dimelayukan dari bahasa asing kerana padaperingkat awalnya objek tersebut tidak terdapat dalam persekitaran orangMelayu. Kalimah ini mempunyai pengertian dan makna mengenai objekdan tempat berkenaan, di samping menjelaskan tentang sifat dan bentuksesuatu objek atau tempat.

Kategori kedua adalah kalimah yang menjelaskan tentang prosesatau fenomena. Tetapi proses atau fenomena hanya sekadar yangdifahami oleh manusia secara rasional dan mantik. Contohnya sepertikalimah makan, minum, daya, tenaga, kerja, momentum, kilas, resapandan sebagainya. Tidak seperti kalimah dalam kategori pertama, semuakalimah dalam kategori ini tidak dapat dilihat dengan mata, atau dirasaidengan tangan, sebaliknya ia menjelaskan proses atau fenomena yangterdapat di alam tabii. Kalimah 'makan' misalnya perlu diperjelasprosesnya untuk membezakan antara 'makan' dengan 'minum' Proses inimemerlukan kepada pemahaman dan juga penguasaan mengenai prosesyang ingin diterangkan dalam kalimah 'makan' dan 'minum' disebut.Kalimah yang menerangkan tentang sesuatu proses atau fenomena seringkali digunakan dalam menerangkan proses di alam ini. Kalimah sepertidaya, tenaga, momentum, osmosis, fotosintesis, mutasi, al-nino, la-ninadan sebagainya merupakan kalimah yang menerangkan fenomena alamyang amat penting untuk difahami dalam membangun pengetahuanseseorang. Memahami kalimah ini adalah dengan memahami proses danfenomena' saintifik' alam yang ingin dijelaskan oleh kalimah berkenaan.Gagal memahami proses dan fenomena ini akan menyebabkan kegagalandalam memajukan ilmu sains tersebut. Dengan kata lain proses 'sains'berkenaan perlu difahami dalam bahasa yang dapat difahami oleh ahlisains berkenaan. Sering terjadi ahli-ahli sains perlu memperkenalkankalimah tertentu kerana mereka bertemu dengan fenomena baru dalamkajian mereka.

Dalam sejarah sains, ahli sains banyak memperkenalkan kalimahbaru ini untuk menggambarkan fenomena alam tabii ini seperti mekanik,statik, dinamik, mutasi, kuantum, fotosintesis, fotovoltan dan sebagainya.Kalimah ini sering dipinjam dari tradisi ilmu di mana pengetahuan sainstersebut dibangunkan. Kalimah ini banyak diperkenalkan oleh ahli sains,termasuk ahli sains Islam dan juga terakhir ini ahli-ahli sains Barat. Ahli

Page 9: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

sains Islamjugaturutmemperkenalkan kalimah 'baru' dalammembangunilmu sains mereka seperti sifar, aljabar, algoritma, geometri, alkohol,alkali dan sebagainya. Apabila ilmu sains berkembang, kalimah baruakan diperkenalkan apabila fenomena baru ditemui. Dengan demikianpersuratan d?n karyasains akanjuga turut berkembang.

Kategori ketiga adalahkalimahyangmenjelaskan tentangfalsafah,konsep atai' prinsip yang berhubung dengan nilai, peradaban dantatasusila kcmanasiaan. Kalimah ini mengandungi 'nilai' dan 'makna'yang bersifat kemanusiaan atau keinsanan. Contohnya adalah kalimah'justice', 'racial', 'meeting', 'moral', 'iman', 'ikhlas', 'adab', 'akhlak'dan sebagainya. Kainus Oxford English Dictionary (1978) menjelaskan7?/s7/ce'bererli 'fairness',dan WordPower Dictionary(2000) mengatakan'justice'bererti'theprinciple offair treatment or behavior.'Dalam bahasaMelayu 'justice'kadang-kadang disamakan dengan kalimah yang diambildari bahasaArab 'adil'. Dari segi falsafah dan makna sebenarnya kalimah'justice' tidak sama dengan "adil' sebagaimana yang difahami olehilmuwan Islam. Tujuan 'justice' dilakukan adalah untuk memberikan'fairness' atau kesamarataan kepada mereka yang terlibat di dalamsesuatu persengketaan. Dalam Islam perlaksanaan 'adil adalah untukmeningkatkan ketakwaan kepadaAllah SWT, sebagaimana firman AllahSWT dalam al-Quran (5: 8) "berlaku 'adillah, kerana dengan berlaku'adil itu mendekatkan kamu kepada ketakwaan." Malah dalam prosespembangunan sesebuah masyarakat, negara dan tamadun pun makna'adil tidak sama dengan kesamarataan.

Maknanya, dari segi falsafahnya, perlaksanaan 'adil mestilah tidakterpisah daripada usaha untuk meningkatkan ketakwaan seseorang kepadaAllah SWT. Ketakwaan pula terletak kepada sejauh mana seseorang itumemahami tuhannya. Sedangkan dalam konsep 'justice' tuhan tidakada. Sebab itu perhitungan tuhan tidak ada dalam mahkamah yangmenggunakan dan mengamalkan konsep 'justice' yang dirujuk kepadakonsep kesamarataan. Begitu juga dengan kalimah-kalimah lain yangterdapat dalam sebahagian besar khazanah bahasa Melayu sepertimasyarakat, mesyuarat, ikhlas, amanah, adab, akhlak, ilmu, amal, sabar,dan sebagainya. Kalimah-kalimah ini tidak boleh disamakan denganistilah social, meeting, sincere, trust, manner, moral, knowledge, danpatient yang dinyatakan dalam bahasa Inggeris, sebab dalam kalimah'social' tidak ada hubungan dengan tuhan, tetapi kalimah 'masyarakat'ada hubungannya dengan tuhan secara langsung. Umumnya hampirsemua kalimah dalam bahasa Melayu yang seumpama dengannyamempunyai nilai dan roh ketuhanan yang tinggi, yang natijahnyamenjadikan seseorang itu sedar diri tentang tuhannya. Dengan kata lain,

Page 10: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

10

bahasaMelayuadalahbahasayangmempunyai rohdannilaiIslamdalamkalimahnya yang beradadalamkategori ketigaini.

Kalimah-kalimah yang diperkenalkan dan digunakan dalamkategori kedua tidak mempunyai nilai yang berhubung dengan keinsanan,keagamaan dan juga kebudayaan dan adat resam sesuatu kaum danbangsa, sebagaimana yang diperlukan dalam pembangunan sastera.Kalimah ini hanya sekadarmenerangkan tentang proses dan fenomenayangberlakudalamalamtabii secarasaintifik. Dengandemikian istilahdalam kategori kedua tidak dapat menerangkan beberapa konsep asasdalam kehidupan manusia seperti erti kebahagiaan, konsep baik danburuk, konsep persahabatan dan hubungan sosial dan sebagainya. Dengandemikian ahli-ahli sains yang berkarya dalam bahasa Melayu bolehmengadaptasi sebahagian daripada istilah-istilah Inggeris ini apabilamereka ingin menerangkan tentang ilmu sains dan teknologi, sebabistilah-istilah tersebut hanya menyatakan fenomena alam yang dilihatatau dicerapnya. Prosesmengadaptasiistilah-istilahluar inibukanhanyaberlaku dalam bahasa Melayu, malah berlaku juga dalam bahasa-bahasalain, termasuk bahasa Inggeris itu sendiri.

Untuk meningkatkan keupayaan untuk membangun ilmu sains,bukan bahasa asing yang diperlukan, tetapi yang diperlukan adalahkemampuan memahami fenomena dan proses yang dilihat dan dicerap.Bahasa asing tidak akan mempunyai erti kepada ahli sains sekiranyaseseorang itu tidak memahami fenomena alam tabii yang dicerapnya.Sebaliknya bahasa ibunda lebih mudah untuk menerangkan proses yangberlaku dalam alam tabii, dan dengan demikian ia memudahkan anakwatan memahami sains dan teknologi.

Sebaliknya, kalimah-kalimah dalam kategori ketiga adalah kalimah-kalimah yang mempunyai nilai yang berhubung dengan keinsanan,keagamaan, kesusasteraan, kebudayaan dan juga adat resam sesuatukaum dan bangsa yang mengamalkan agama, budaya danjuga adat resamberkenaan. Untuk memahami kalimah-kalimah seperti ini, seseorang itumestilah memahami falsafah dan konsep yang terdapat di dalam agama,budaya, kesusasteraan dan adat resam yang membangunkan kalimahberkenaan.

Dalammembangunkansains dan teknologi,kalimah dalam kategoriketiga tidak diperlukan, tetapi kalimah dalam kategori kedua amatdiperlukan. Oleh sebab kalimah dalam kategori kedua bebas nilai dantidak berasaskan kepada nilai keagamaan, budaya dan kesusasteraan,mereka yang berpegang kepada fahaman dalam kalimah kedua ini disebutsebagai sekular yang memisahkan nilai agama dengan sains.

Page 11: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

11

Hampirsebahagianbesarbangsa-bangsadi duniatelahmengadaptasiistilah mereka sewajarnya dalam membangunkan ilmu dan persuratanmereka. Oleh sebab bahasa Melayu mempunyai nilai dan roh Islam yangtinggi, maka bahasa Melayu adalah wadah terpenting dalam menjanailmu dan memastikan peradaban Melayu tidak terpisah dari ajaran Islamyang membentukjati diri mereka. Bahasa yang berteraskan fenomena danproses alam tabii yang diambil dari kalimah Inggeris seperti momentum,kuantum, fotosintesis, analisis, osmosis, konduksi, simulasi, mutasidan sebagainya juga amat penting dan tidak sewajarnya ditolak, malahianya amat penting dalam membangun pengetahuan sains umat negaraini. Dengan demikian bahasa berteraskan pengetahuan sains itu perludiadaptasi ke dalam bahasa Melayu sebagaimana yang telah dilaksanakandengan jayanya hingga kini. Proses mengadaptasi kalimah-kalimah darisatu bahasa ke satu bahasa yang lain bukan perkara baru dalam sejarahmanusia. Malah kalimah seperti almari, kitab, buku, pen, pensel dansebagainya telah pun diguna pakai dalam bahasa Melayu dengan baik.Apatah lagi kalimah-kalimah seperti momentum, proton, elektron,plasma, termodinamik, matematik dan sebagainya. Kita perlu terusberusaha untuk menjana kalimah baru ke dalam bahasa Melayu sesuaidengan kehendak di sesuatu masa, tetapi bukannya menggantikan bahasaMelayu dengan bahasa lain sebagai bahasa persuratan dan penyampaiilmu.

Memperkasa Pengajian Melayu

Bahasa Melayu bukan milik mereka yang berkarya dan bergiatdalam bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu semata-mata.Untuk memperkasakan Bahasa Melayu, dan dalam masa yang samamemperkasakan modal insan dalam pengajian Melayu, Bahasa Melayumestilah menjadi bahasa semua bidang disiplin ilmu dan tidak hanyaterbatas kepada kegiatan kebahasaan dan kesusasteraanMelayu sepertisajak, syair, gurindam, penulisan novel danjuga dalam bidang seni suaradan drama semata-mata. Sebenarnya yang mampu memperkasakanBahasa Melayu adalah ilmu yang digunakan dengan perantaraan BahasaMelayu itu sendiri, tetapi dengan roh, semangat dan falsafah yangterkandung dalam Bahasa Melayu tersebut.

Dengan kata lain, disiplin ilmu seperti ilmu agama yangmenerangkan tentang tasawur dan sistem hidup manusia perlu dijelaskandengan menggunakan bahasa Melayu; disiplin pengetahuan sains danteknologi perlu diajukan dan dikembangkan dengan menggunakan bahasaMelayu; disiplin pengetahuan yang berhubung dengan pembangunan

Page 12: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

12

sosial, kemasyarakatan dan politik perlu dibangunkan menggunakanbahasa Melayu; disiplin bidang ekonomi dan pengurusan yang dapatmenjana ekonomi diri, masyarakat dan negara perlu dibangunkan denganperantaraan bahasa Melayu. Dengan kata lain mereka yang mahir dalamPengajian Melayu perlu memberi pengiktirafan atau terlibat sama dalammembangunkanbahasaMelayu yang digunakandalam disiplin ilmu yangpelbagaibidang ini, tetapi dalammasa yang samamestilahmenghormatikepakaran disiplin ilmu lain tersebut.

Penggiat dan pembangun bahasa Melayu perlu berusaha supayabahasa Melayu tidak dipinggirkan dalam disiplin ilmu yang lain ini.Sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan dalam disiplin ilmu yang lain,lama-kelamaan bahasa Melayu akan terpinggir dalam disiplin ilmutersebut. Malah kerjasama yang erat antara mereka yang ahli dalambidang Pengajian Melayu dengan disiplin ilmu yang lain akan memastikanbahasa Melayu terbangun dan berkembang di sepanjang zaman seiringdengan pembangunan bidang disiplin ilmu tersebut. Tentu sekali kitaakan kecewa sekiranya bahasa Melayu hanya diamalkan dan dibangunkanoleh penggiat bahasa dan sastera dalam disiplin Pengajian Melayu sahaja.Pengiktirafan sewajarnya perlu diberikan kepada mereka yang tidakberada dalam disiplin Pengajian Melayu tetapi telah membangunkanbahasa Melayu dalam disiplin ilmu yang lain ini. Sumbangan merekaboleh berbentuk karya ilmiah dalam penulisan dan lisan yang bersifatilmiah seperti penulisan dalam jurnal, pasca sidang, laporan projek/teknik, dan juga pembentangan karya mereka dalam bentuk ceramahawam, panel forum, diskusi dan sebagainya.

Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya ia digunakan dalamkarya ilmiah yang tidak bersifat popular semata-mata. Seorang penggiatseni seperti penyanyi, dramatis, penyajak, penyair dan sebagainya adalahpenting dalam usaha untuk membangunkan negara. Tetapi kegiatanmereka yang bersifat popular ini tidak boleh menafikan kegiatan lainyang menyumbang secara langsung dalam pembangunan negara sepertidalam bidang ekonomi, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan,kemasyarakatan dan bidang agama. Perlu difahami bahawa pendekatanpopular tidak sama dengan pendekatan ilmiah. Para ihnuwan seharusnyapopular sebab mereka tersohor dalam kajian mereka, tetapi mereka tidaksemestinya popular kerana kegagalan mereka dalam memahamkanmasyarakat tentang kepentingan bidang mereka. Tetapi seorang penggiatseni, dan pakar motivasi memerlukan kepada kepopularan, sebab dengankepopularan tersebut akan meningkatkan penghargaan masyarakatkepada mereka. Seorang ihnuwan tidak semestinya bermatlamat untuk

Page 13: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

13

mencari kepopularan, tetapi sekiranya masyarakat awam mengenaliilmunya, dia akan popular.

Usaha untuk memartabatkan Pengajian Melayu perlu juga dilakukanmelalui usaha-usaha dalam bidang penyelidikan. Hasil penyelidikan pulaperlu diterbitkan. Karya-karya dalam bidang sains, teknologi, perubatan,kejuruteraan, ekonomi dan sains sosial yang lain akan membantuPengajian Melayu sekiranya para penyelidik berkenaan berkarya dalamBahasa Melayu. Mereka hanya boleh berkarya dalam Bahasa Melayusekiranya terdapat jurnal, tesis, persidangan, debat, dialog, forum dansebagainya yang dilaksanakan menggunakan wahana bahasa Melayu.Ertinya komunikasi yang baik dalam bahasa Melayu perlu dilaksanakandi setiap peringkat masyarakat dan disiplin ilmu.

Sewajarnya semua bidang ilmu di Malaysia diajarkan dalambahasa Melayu. Apabila ilmu berkenaan diajar dalam bahasa Melayu,mereka yang terlibat dalam pengajian Melayu boleh menjalankankajian keberkesanan bahasa tersebut. Sifat ilmu yang dinamik akan jugamenjadikan bahasa Melayu tersebut dinamik. Istilah-istilah baru dalambahasa Melayu boleh diperkenalkan apabila ungkapan perbahasaandalam disiplin ilmu berkenaan meningkat. Proses ini akan mengayakankhazanah peristilahan bahasa Melayu.

Tulisan ilmiah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan dalam jurnal,buku, pasca sidang perlu diindeks. Sekiranya pihak indeks antarabangsayang lazimnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmutidak mampu mengindeks karya berbahasa Melayu, pihak yangdipertanggungjawabkan di Malaysia (seperti Dewan Bahasa dan Pustakadengan kerjasama universiti awam tempatan, Perpustakaan Negara danMajlis Profesor Negara) perlu mengadakan indeksnya tersendiri. Kitamengharapkan satu hari nanti, institusi antarabangsa akan mengiktirafkarya yang diterbitkan oleh jurnal terindeks di peringkat kebangsaan.Kaedah ini secara tidak langsungakanmeningkatkanpengiktirafankaryasarjana tempatan. Perkara ini telah pun diamalkan oleh negara-negarayang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua francamereka, seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis dan sebagainya.

Kita juga boleh memperkasakan Pengajian Melayu denganpenulisan dalambahasaMelayudijadikan kriteria untukkenaikan pangkatseseorangkakitanganakademik. Kaedahinibukansahajamenggalakkanpara sarjana kita berkarya, tetapi dalam masa yang sama memastikanbahawa karya dalam bahasa Melayu dapat dihasilkan dengan banyak.Galakan juga perlu diberfltan untuk menterjemah karya-karya agungdalam bahasa asing kedalam bahasa Melayu. Galakan inibukan semata-

Page 14: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

14

mata berbentuk ganjaran kebendaan kepada penterjemah, tetapi jugapersediaan prasarana secukupnya agar karya tersebut dapat diterbitkandengan kadar segera.

Rumusan

Di Malaysia, bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pertuturan untukmenyampaikan maklumat semata-mata, tetapi lebih daripada itu bahasaMelayu adalah bahasa yang membentuk jati diri bangsa dan negara.Penggunaan bahasa ini terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dalamPerkara 152. Mengabaikan penggunaan bahasa ini, bererti kita telahmeminggirkan Perlembagaan Negara. Meminggirkan PerlembagaanNegara akan menyebabkan sistem pemerintahan akan kucar kacir yangakhirnya merencatkan pembangunan negara. Kesilapan negara dalammementingkan bahasa Inggeris dalam pendidikan dan pembangunan ilmusains dan matematik sehingga menjejaskanjati diri bangsa perlu dijadikaniktibar. Kita bukan sekadar ingin membangunkan sains, teknologi danmatematik, tetapi kita juga ingin membangunkan jati diri bangsa danmemperkasakan modal insan yang sedia ada.

Memperkasakan pengajian Melayu bererti juga memperkasa danmembangunkan bahasa Melayu dalam semua disiplin ilmu. Penggunaanbahasa Melayu dalam mengungkap pelbagai disiplin ilmu akanmeletakkan pelbagai ilmu tersebut dalam acuan budaya dan sasteraMelayu. Pusat Pengajian Melayu yang sedemikian akan menjadikanjati dari dan wibawa penuturnya dihormati oleh masyarakat duniasebagaimana yang berlaku kepada bahasa-bahasa lain di dunia. Inilahyang menjadikan bangsa mereka yang mengungkap bahasa Inggeris,Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan sebagainya berwibawa dan perkasa.Memperkasa bahasa, sastera dan budaya dalam acuan Pengajian Melayuadalah tanggungjawab semua pihak. Mereka yang terlibat dalampengajian Melayu tidak boleh menganggap hal-hal yang berhubungdengan bahasa, sastera dan budaya adalah milik mereka semata-mata.Mereka perlu mengiktirafdan meraikan pejuang-pejuang bahasa, sasteradan budaya Melayu yang berada dalam pelbagai bidang disiplin ilmu.Sebaliknya mereka yang bergiat dan berkarya dalam pelbagai disiplinilmu perlu berkarya dalam bahasa Melayu agar persuratan Melayu akanterus berkembang selari dengan perkembangan disiplin ilmu tersebut.

Page 15: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

15

RujukanHairudin Harun. 2004. RetorikSains dan Teknologi di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. 1969. Masalah Orientasi Universiti Kebangsaan dan MasalahBahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Universiti. Dim. Mahmud Kitom(pnyt.). Dasar Pendidikan di Malaysia: Apa yang PKPIM dan PBMUMPersoalkan? Petaling Jaya: Dewan Asuhan Bahasa dan Islam.

Kamal Syukri. 2009. Bahasa Melayu akan Pupus. Dim. Abdulllah Hassan(ed.). Mengapa Kami Bantah! Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematikdalam Bahasa Inggeris (PPSMI), him. 113-131. Kuala Lumpur:Persatuan Penterjemah Malaysia.

Mohd Ali Kamarudin. 2005. Universiti Kebangsaan Malaysia: SejarahPenubuhan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaludin, 2008. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematikdalam Bahasa Inggeris: Konflik antara Dua Darjat. Dim. Abdulllah Hassan(ed.). Mengapa Kami Bantah! Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematikdalam Bahasa Inggeris (PPSMI), him. 95-113. Kuala Lumpur:Persatuan Penterjemah Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan. 2010. Petaling Jaya: International Law BookServices.

Resolusi Majlis Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru. 2009. DasarPengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris,yang diadakan di Langkawi pada 2009 http://kgnimb.net/files/KESAN%20P&P%20PPSMI%20LANGKAWI.pdf (dilayari pada 31 Oktober 2011).

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1990. IslamdalamSejarahdanKebudayaanMelayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Wan Ramli Wan Daud. 2009. Sejarah Perkembangan Teknologi Melayu: SatuKajian Awal. Dim. Mohd Yusof Hj Othman (ed.). Sains dan Masyarakat,him. 14-53. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wevell, A. (ed.). 2000. Word Power Dictionary. New York: Reader's Digest.http://www.ukm.my/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=ll

5&Itemid=229&lang=bm dilayari pada 31 Oktober 2011.http://www.ujanailmu.com.my/cat_akademi.cfm dilayari pada 11Oktober 2011.http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/akademik/42/Jabatan-Pengajian-

Melayu dilayari pada 11 Oktober 2011.http://www.iptho.edu.my/viewpage.php?page_id=8 dilayari pada 11 Oktober

2011.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm yang dilayari pada 10Oktober 2011.

Page 16: Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan