soalan sce3108

28
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Perancangan dan Persediaan Mengajar 1 Pengertian konsep pengajaran Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. 2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan 3 Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan 4 Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : Rancangan Pelajaran Tahunan o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan

Upload: suemanie-tcher

Post on 24-Apr-2015

393 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

latihan kendiri

TRANSCRIPT

Page 1: soalan sce3108

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar

1 Pengertian konsep pengajaran

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

Perancangan perlu dilakukan untuk

memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan

3 Objektif pengajaran

Objektif boleh dalam bentuk

Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :

memahami atau mengetahui atau menghargai

sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul

terhadap apa yang telah diajarkan

4 Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

Rancangan Pelajaran Tahunan o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas

rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. o Butiran yang perlu ada ialah :

Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan

Page 2: soalan sce3108

bahan bantuan mengajar Rancangan Pelajaran Harian

o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan o Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

DENDA RM500

Jadual Waktu

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada

Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid Setiap hari persekolahan Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar

Page 3: soalan sce3108

Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

Sukatan Pelajaran

Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah

1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam 2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai 3. Merancang pengajarannya

o Set iduksi o Perkembangan P&P o Penutup

4. Menentukan strategi P&P 5. Menyediakan bahan bantu pengajaran 6. Menyediakan penilaian

Komponen P&P

Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar Penilaian

Fasa P&P

Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat

I. Pra perancangan o Guru mempunyai gambaan mental mengenai

keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isikandungan pelajaran

Page 4: soalan sce3108

strategi bahan yang diperlukan dan boleh digunakan

II. Perancangan aktif o Guru perlulah

menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transperansi/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan menyediakan senarai semak

III. Perancangan semasa o Guru perlu

mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

IV. Pasca perancangan o Guru perlu

menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan

Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti

buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual

o LCD o komputer o peta o gambarajah dan o TV

Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Page 5: soalan sce3108

Proses P&P

1 Perlaksanaan P&P

I. Set Induksi o Langkah permulaan dalam proses P&P o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar agar

dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan,

gambar atau bunyi II. Perkembangan P&P o Bahagian kedua o Penyampaian isi pelajaran

1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada yang sukar, dari yang

konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil kira pengalaman

dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR Membuat penilian berterusan

2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan

3. Penggabungjalinan 4. Penyerapan 5. Pengukuhan

memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam aktiviti

pembelajaran 6. Pengayaan

membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum balas membimbing murid membuat jangkaan masa depan

7. Pemulihan

Page 6: soalan sce3108

membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran

8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah

9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin

III. Penutup o Bahagian terakhir o Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan i. folio ii. pengayaan iii. membuat projek

penilaian objektif pengajaran . pemerhatian

i. teknik menyoal ii. memeriksa kerja pelajar

membuat kesimpulan rumusan

. menegaskan isi-isi penting i. memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan

kefahaman ii. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan

ilmu iii. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian iv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

pengubahsuaian pelajaran

Page 7: soalan sce3108

Guru yang berkesan ...tidak membosankan

Pengurusan Kelas

1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas

Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab :

I. menguruskan rutin kelas o menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar

Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas Rekod/buku/slip kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran

o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menanda kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini

o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa

II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian III. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas IV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P

o Carta organisasi kelas o Pelan kedudukan pelajar o Papan kenyataan o Senarai tugas

Iklim Bilik Darjah

1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu

interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya. suasana yang tenteram suhu dan peredaran udara

Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu :

2

I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajar II. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang ditetapkan oleh pihak

sekolah III. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar bagaikan sebuah

keluarga yang besar, harmonis dan mesra IV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela dengan sopan

V. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Page 8: soalan sce3108

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

A. Pembelajaran secara kontekstual

1 Maksud

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'

2 Teori pembelajaran secara kontekstual

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka

Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid

Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

B. Pembelajaran Masteri

1 Maksud

Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

2 Pembelajaran Masteri memerlukan

masa yang mencukupi proses P&P yang berkualiti guru menyedari bahawa :

o pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza o pelajar perlukan pendekatan yang sesuai o pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas

sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya.

Page 9: soalan sce3108

3 Prinsip asas Pembelajaran Masteri

Pelajar normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang

kecil Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan kemahiran Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas

4 Ciri-ciri Pembelajaran masteri

Hasil pembelajaran mestilah ditentukan Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit ke unit Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

C. Pembelajaran Kolaboratif

1 Maksud

D. Pembelajaran Koperatif.

1 Maksud

Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

2 Kriteria

Semangat saling perlu-memerlukan yang positif Akauntabiliti individu Penglibatan yang sama Penglibatan yang serentak Penglibatan yang bersemuka

E. Pembelajaran konstruktivisme

1 Maksud

F. Pembelajaran Melalui Pengalaman

1 Maksud

G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya

1 Maksud

Kaedah Pengajaran

A. Simulasi

1 Maksud

Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar

2 Jenis simulasi

Page 10: soalan sce3108

Sosiodrama menggunakan skrip dan mengandungi konflik

Main peranan Lakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian

3 Persediaan

i. Guru merancang ii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi , masalah , peranan dan tempoh

lakonan iii. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelas iv. Guru menyediakan skrip lakonan

v. Guru membimbing pelajar membuat keputusan

4 Kelebihan

Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka

B. Tunjuk Cara (Demostrasi)

1 Maksud

Situasi pembelararan dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki

2 Langkah-langkah tunjuk cara

Perancangan Perlaksanaan tunjuk cara Latihan Rumusan

3 Perlaksanaan tunjuk cara

menyediakan peralatan yang diperlukan memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar

o tenik menyoal i. Soalan mestilah jelas dan mudah difahami ii. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid iv. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajar v. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab vi. Memeri peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab

membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara

C. Syarahan

Page 11: soalan sce3108

D. Permainan

E. Hafazan

F. Akhbar Dalam Darjah

G. Melawat Sambil Belajar

1 Maksud

Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran

2 Tempat lawatan

Muzium tempat bersejarah tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif

3. Tujuan lawatan

membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di

dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat

4. Persediaan

Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai

o tujuan lawatan o keselamatan diri o dislplin o makan dan minum o peralatan

Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster

5. Garis panduan lawatan

Page 12: soalan sce3108

Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan

Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari

perjalanan Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu. Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas

E. Pembelajaran Akses kendiri

1 Maksud

Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran

2 Keperluan

Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan dan kebolehan

yang berbeza Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik untuknya

3 Ciri-ciri

Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator meudah diakses Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

4 Kelebihan

Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelejar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

5 Fungsi Pusat Akses Kendiri

Menyediaken tempat persekitaran yang selesa dan menarik Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang berkualiti dan berkesan Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran

6 Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK

i. Bilik khas o Bilik seni o Bilik bahasa

ii. Ruang dan sudut pameran

Page 13: soalan sce3108

o Papan kenyataan o Sudut-sudut

iii. Pusat Mudah Alih

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

A. Teori kecerdasan pelbagai

1 Maksud

Kebolehan menyelesaikan masalah Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

2 Keperluan

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar

Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

3 Jenis kecerdasan

i. Kecerdasan Verbal Linguistik o Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesan o Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang

bahasa sendiri ii. Kecerdasan Logik Matematik

o Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujan o Kebolehan menjangka

iii. Kecerdasan Visual Ruang o Kebolehan mengesan dan mengambarkan bentuk o Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik

iv. Kecerdasan Kinestetik o Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan

penyelesaian masalah o Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koodinasi, keanjalan, kepantasan

dan keseimbangan v. Kecerdasan Muzik

o Kebolehan mengesan irama dan lagu o Kebolehan mengenal lagu mudah o Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah

vi. Kecerdasan Interpersonal o Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. o Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain

vii. Kecerdasan Intrapersonal o Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan

kehendak. o Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri o Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.

viii. Kecerdasan Naturalis o Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.

Page 14: soalan sce3108

o Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan

B. Teori Behaviourisme

1 Didokongi oleh Thorndike dan Skinner

2 Menyatakan

Pembelajaran belaku melalui pelaziman/kebiasaan Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan ransangan yang sesuai Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa pengulangan

tingkah laku tersebut Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku

tersebu diberhentikan Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam pembelajaran

supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan

C. Teori Konstruktif

1 Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky

2 Menyatakan

Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh sesorang itu kerana ingin menyesuaikan dirinya

dengan alam sekitar Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat

baru dengan pengalaman sedia ada Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif

D. Teori Kognitif

1 Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner

2 Menyatakan

Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang Setiap individu berminit mengejar kejayaan Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa mengejar sesuatu

iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman

terhadap sesuatu institusi dan keperibidaiannya

Page 15: soalan sce3108

Hak Cipta © Muhamad Khairi. 2008

SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm 4/8/2012

Huraikan asas-asas perancangan dalam pengajaran yang berdasarkan persoalan:

What is planning? Approaches to planning? Additional Planning Consideratio

Pendahuluan

Cita-cita pucuk pimpinan kita, Dato‟ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi untuk

melahirkan

modal insan kelas pertama adalah suatu cita-cita yang sungguh murni dan disambut

baik oleh semua pihak. Namun begitu akhir-akhir ini masalah kegawatan tingkah laku

di kalangan para pelajar sering mendepani organisasi pendidikan kita. Sebagai

golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan

negara atau golongan pertama yang „ menyentuh‟ masa depan anak didik kita,

peranan guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat

disempurnakan.Tugas guru di dalam bilik darjah bukanlah semata-mata

menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar, tetapi dalam masa yang sama

bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan anak-anak didik dapat memperoleh

ilmu dalam suasana pembelajaran yang harmoni demi mencapai kejayaan yang

cemerlang. Kejayaan cemerlang yang akan dicapai para pelajar ini juga mestilah

seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) sejajar dengan

kandungan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) iaitu; “Pendidikan di Malaysia adalah

suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani…” dan Misi Kementerian

Pendidikan. Malaysia ialah „ Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan

bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

memenuhi aspirasi Negara Malaysia,.

Page 16: soalan sce3108

Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar

tanpa gangguan, guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian

mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-

sekolah adalah berakar umbi daripada pengajaran tidak diselengara atau dirancang

dengan baik di dalam bilik darjah. Di sini kemahiran dan kecekapan guru dalam

perancangan menguruskan bilik darjah dikatakan dapat menghindari perkara yang

tidak efektif dalam sesuatu proses P&P . Pengurusan bilik darjah yang berkesan

adalah sebenar-benarnya pemangkin kecemerlangan anak-anak didik sebagaimana

yang diimpikan semua pihak untuk bersaing dalam pendidikan global masa kini

setearusnya hasrat melahirkan modal insan kelas pertama akan tercapai (Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan –PIPP 2006-2010).

What is planning?

Plan (Rancang) : Semua aktiviti pengajaran mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan

sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja

kerana ramai orang lain buat begitu.Sukatan Pelajaran ( SP ) sesuatu mata pelajaran

perlu dimahirkan oleh seseorang guru dan ianya tidak lengkap tanpa pengupasan

Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ) yang mana segala kemahiran yang wajib

dipelajari oleh seseorang pelajar dalam tempoh masa setahun perlu dihabiskan dan

kemahiran dalam HSP ini mesti dipastikan dapat dikuasai oleh setiap pelajar.

Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah

aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan

kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan

tinggal perancangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita

buat telah semuanya dilaksanakan? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah

inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.

Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan

pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-

sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-

guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa

atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak

dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau

mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru

dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh

JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu

cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan

mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua

perancangan aktiviti di sekolah.

Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya

positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil

Page 17: soalan sce3108

tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya).

Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas

bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara

tidak memuaskan ini dan personel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat,

teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutnya sekali

pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.

Perancangan pengajaran dalam matematik (Sampel )

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan

di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang

gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ).

Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting

seperti berikut :

• Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

• Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara

eksplisit

• Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim

matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

• Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan

sesuatu konsep

• Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu

kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah.

• Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.

• Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan

pelajar.

• Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

aktiviti luar kelas.

Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita

perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid

apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah

disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap

kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar

memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku

yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga,

antaranya :

• Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se

keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.

• Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set

pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka.

• Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat

sama ada secara lisan atau bertulis.

Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada

untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan

Page 18: soalan sce3108

masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman

seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai

digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat

menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru

mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami

konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran

bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif,

memanupulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan.

Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing

untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak

banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa

penguasaan konsep.

Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu

menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh

setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula

pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam

matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan

menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam

pembelajaran kemahiran berikutnya. Perancangan seterusnya ialah menentukan

teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana

ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Approaches to planning?

Fasa pertama - mengenalpasti keadaan ini bertujuan untuk membandingkan

keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki, menentukan keadaan-

keadaan yang berpotensi menimbulkan masalah dan menentukan langkah-langkah

pencegahan segera yang diperlukan.

Fasa Kedua - mengenalpasti kelakuan murid yang diingini guru pula adalah

bertujuan menentukan suasana ideal yang dikehendaki guru yang membolehkan

proses penyampaian pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan . Perlu

ditegaskan di sini bahawa guru yang mempunyai pemahaman yang jelas mengenai

objektif pengurusannya, wawasan yang jelas mengenai kelakuan muridnya, akan

lebih berjaya dan berkesan daripada guru yang tidak memilikinya.

Fasa Ketiga - Memilih dan menggunakan strategi pengajaran Guru hendaklah

berkeupayaan, mahir dan cekap memahami dan memilih serta mengaplikasikan

strategi pengajaran yang paling sesuai, yang berpotensi tinggi untuk mencapai

matlamat yang diingini.

Fasa Keempat- Mengenalpasti keberkesanan pengajaran iaitu guru perlu membuat

penilaian terhadap keberkesanan strategi pengajaran guru yang digunakan dan

Page 19: soalan sce3108

menjadikan penilaian ini sebagai panduan kepada pemilihan strategi pengajaran

yang lebih berkesan pada masa akan datang. Penilaian dianggap sebagai

sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan

suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian

perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya

melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang

perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau

pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau

aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain

mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum

kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi

Additional Planning Considerations?

PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara

ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-

kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam

kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

PENYERAPAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh

diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,

matematik, sejarah dan lain-lain.

PENGAYAAN DAN PEMULIHAN

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat,

dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan

secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan

bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka

masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Program pemulihan pula disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-

kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat

permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang

mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar

kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Ramai yang beranggapan

bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti

pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti

tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar,

sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti

Page 20: soalan sce3108

pengayaan dan pemulihan merupakan kompenon yang penting dalam kurikulum

pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989). Aktiviti pemulihan merupakan

aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah

pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih

kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982). Aktiviti pengayaan juga sering

digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan

kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti

supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar. Aktiviti-aktiviti

tersebut haruslah memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu.

Aktiviti pengayaan mestilah dapat:

• Melatih pelajar meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah

• Menggalakkan pelajar memahami sifat dan skop matematik yang luas lagi

menyeluruh

• Mengembangkan daya kreativiti pelajar

• Menggalakkan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik

dalam kehidupan seharian.

Aktiviti pemulihan pula adalah perlu dilakukan apabila pelajar :

• Tidak menghadiri kelas beberapa waktu / hari

• Tidak dapat memberi tumpuan kepada isi pelajaran yang sedang diajar atau yang

sebelumnya

• Sering melakukan kesilapan ( khususnya dalam proses mengira )

• Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik

/ konsep

• Mempunyai masalah tidak tahu membaca atau kemahiran bahasa yang lain.

• Menghadapi masalah lain yang agak serius seperti masalah peribadi, masalah

mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi (psikologi).

Walau bagaimanapun masalah yang kronik dan kritikal seperti terencat akal, hilang

upaya penglihatan dan pendengaran perlu kepada kelas pemulihan khas.

Pengurusan bilik darjah

Sifat seorang pengurus yang mahir dan berkesan adalah penting bagi seseorang

pendidik. Pengajaran yang berkesan amat bergantung kepada pengurusan bilik

darjah yang cekap dan terpimpin. Pengurusan bilik darjah yang berkesan bergantung

kepada beberapa faktor :

• Teknik kawalan kelas

• Penjagaan dan penyusunan rekod

• Komunikasi yang baik antara guru dan ibubapa

• Etika dan perhubungan yang profesional

• Aktiviti kumpulan yang berkesan

• Situasi pembelajaran dalam bilik darjah

• Masalah khusus berhubung dengan kemanusiaan

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai

amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Amalan ini berlaku

Page 21: soalan sce3108

menerusi beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru sebagai pengurus

bilik darjah yang baik:

Pengurusan pengajaran

• Bahasa pengajaran

• Perancangan strategi

• Pengendalian aktiviti

• Penggunaan teknologi

Membina iklim pembelajaran yang kondusif

• Persekitaran bilik darjah

• Suasana interaktif

Orientasi pelajar

• Terhadap persekitaran

• Terhadap keperluan sekolah dan bilik darjah

• Terhadap kurikulum

Kemahiran IT

Bidang pendidikan sentiasa berkembang pesat dan mengalami perubahan mengikut

tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi. Teknologi

telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran

kepada kita, khasnya para guru. Perubahan mendadak ini banyak merubah cara

gaya proses P&P dalam dunia pendidikan, umpamanya muncul pembelajaran

„online‟ Apa-apa pun cara gaya dalam proses P&P di dalam bilik darjah, samada

daripada corak pengajaran „chalk and talk‟ hingga kepada corak pembelajaran

„online‟ semuanya memerlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi daripada guru.

Pendidik hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap

kecanggihan teknologi ini. Sebagai pemangkin pendidikan cemerlang dan berkualiti,

guru-guru hendak atau tidak, perlu menyiap dan melengkapkan diri mereka dengan

kemahiran IT kerana computer telah dijadikan sebagai kurikulum di

sekolah.Penubuhan sekolah bestari merupakasn satu bentuk kurikulum yang

memerlukan profesion keguruan tahu menguasai teknologi maklumat. Penubuhan

sekolah bestari ini merupakan salah satu projek „Flagship Applications‟ dalam Koridor

Raya Multimedia (MSC) iaitu pusat penyiaran antarabangsa dan serantau.Selain

daripada penubuhan sekolah bestari, projek SchoolNet juga satu proses

pembestarian sekolah . Melalui projek SchoolNet, sekolah-sekolah yang terlibat telah

dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi dan jalur lebar samada menggunakan

teknologi ADSL, VSAT atau pun internet wireless.

How teachers really plan?

Seorang guru yang benar-benar merancang akan menjadikan pengajaran dan

pembelajaran yang amat menarik di mana ia dapat mengurus masa bagi setiap

langkah sama ada set induksi yang berkesan, isi pelajaran yang menarik, penutup

yang meninggalkan kesan kepada pelajar, penggunaan bahan bantu belajar, bahan

Page 22: soalan sce3108

bantu mengajar dan alat bantu mengajar dengan semaksimanya dan ianya berkaitan

dengan isi pelajaran yang di sampaikan serta pengajaran yang berpusatkan pelajar

yang menarik serta tidak membosankan.

Penutup

Sebagai kesimpulannnya seseorang guru perlu merancang pengajarannya dengan

baik agar pelajar yang akan dikeluarkan menjadi seorang yang berguna kepada

keluarga, masyarakatnya, bangsa dan nusa. Sesebuah sekolah bolehlah diibaratkan

sebuah kilang pengeluaran, yang mengeluarkan produk yang mampu bersaing

dengan produk-produk terbaik dipasaran iani murid, jatuh bangunnya produk yang

dihasilkan bergantung penuh kepada pengurusan yang membuat perancangan

penuh sebelum lagi produk tersebut dikeluarkan lagi. Seorang guru seharusnya

mahir membuat perancangan melalui pelbagai pendekatan dan strategi yang digarap

bersama set induksi, isi-isi pelajaran, penutup serta bahan bantu belajar, bahan

bantu mengajar dan alat bantu mengajar. Perkara lain yang perlu diuli bersama

dengannya model-model pengajaran seperti model pemprosesan maklumat, model

system behavioral, model sosial dan model personel. Perkara lain yang mempunyai

nilai tambah yang baik perlu dimasukkan seperti pengabunganjalinan kemahiran,

penyerapan ilmu mata pelajaran lain, pengayaan pemulihan, pengurusan kelas dan

kemahiran it berkehendakkan pengajaran yang sedang dinilaitambah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Sebenarnya jatuh bangunnya hasil

pembelajaran seorang guru berkait rapat ketepatan beliau membuat perancangan

yang jitu berpandukan kepada pengalaman sedia ada pelajar beliau yang perlu

diteliti semasa membuat perancangan. Faktor budaya dalam konteks ini sangat

penting. Guru-guru dapat mambangun dalam persekitaran yang dirasakan selamat

dan ada cabaran, parancangan pengajaran tidak berkesan jika sokongan dan

bimbingan adalah mambebankan. Tahap prestasi pelajar-pelajar penting bagi

kejayaan sekolah oleh itu ianya perlu dikekalkan apabila sekolah mula maju ke

hadapan daan ianya sebagai satu isyarat sesebuah sekolah mempraktikkan budaya

perancangan dalam system pengajaran dan pengajarannya.

http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/03/huraikan-asas-asas-perancangan-

dalam.html

published on: march 2012

Tuaran, Sabah, Malaysia

Page 23: soalan sce3108

CIRI-CIRI YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU BAGI MEMBANTU MENGHASILKAN SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

1 PENDAHULUAN

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain

dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu

melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua

konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder

Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan

pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan

bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum

sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai

disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam

masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk

dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri

Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran

Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk „Pendidikan

Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia

sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses

pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian

khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan

ilmu.

Page 24: soalan sce3108

2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang

khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo

(1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak

pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri

atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas,

dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan

pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi

keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah,

kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada

pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:

2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai

ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum

sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada

tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap

membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.

Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap

konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat

menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara

yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan

pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan

potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan

Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut

Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak

yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu

diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni

supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai

ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi

contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru

di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee

Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para

pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk

Page 25: soalan sce3108

beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik

darjah.

2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan

ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta

semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua

aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu

perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati,

berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru

(Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik,

meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai

seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi

kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para

pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar

dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan

seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

2.4 Mengamalkan kemahiran profesional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru

yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi

memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,

berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara

Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara

kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan

minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan

mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran

berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan

luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan

Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).

2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,

seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang

Page 26: soalan sce3108

profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian

lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p

guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri

dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi

maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini

di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain

itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah

melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan

meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi

word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr

Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).

2.6 Mengamalkan pengajaran efektif

Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi

perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.

2.5.1 Perancangan pengajaran

Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung

kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif

pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu

ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987)

selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat

refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai

melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam

memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk

melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik

mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana

pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin

keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

2.5.2 Pelaksanaan pengajaran

Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti

menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan

seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-

bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian

untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan

dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam

rancangan mengajar.

Page 27: soalan sce3108

2.5.3 Penilaian pengajaran

Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj

mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti

untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian

sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya

pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana

setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar

dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.

3.0 KESIMPULAN

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting

dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung

cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di

bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal

budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka

dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran

profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang

global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan

komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak

manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

BIBILIOGRAFI

Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur

2007. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan

Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998).

Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad

21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/200

8. Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on

Page 28: soalan sce3108

24/02/2008 Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3:

Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang

Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan

dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj dan

Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di

Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa

Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

Source: http://permatapemulihan.blogspot.com/2010/03/ciri-ciri-yang-perlu-dimiliki-

oleh.html