10 tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/tajuk 5cabaranprofesionguru.pdf ·...

26
68 Tajuk 5 CABARAN PROFESION KEGURUAN Sinopsis Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 5 ini adalah merangkumi konsep pembinaan negara bangsa, peranan guru dalam membina negara bangsa, cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh guru serta memikirkan bagaimana menghadapi pelbagai cabaran dalam pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. Akhirnya pelajar-pelajar diharap dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi pendidikan guru di sekolah khususnya dalam bidang pendidikan amnya. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara.(3.5) 2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.(6.4) 3. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.(7.5) 4. Menghubungkaitkan pelbagai idea untuk menghasilkan pelbagai projek baharu(8.4) 5. Menyusunkan strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5) 6. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baharu untuk penambahbaikan yang berterusan. (7.2) 7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah (7.3)

Upload: lamkiet

Post on 01-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

68

Tajuk 5

CABARAN PROFESION KEGURUAN

Sinopsis Aspek-aspek perbincangan dalam tajuk 5 ini adalah merangkumi konsep pembinaan negara bangsa, peranan guru dalam membina negara bangsa, cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh guru serta memikirkan bagaimana menghadapi pelbagai cabaran dalam pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. Akhirnya pelajar-pelajar diharap dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi pendidikan guru di sekolah khususnya dalam bidang pendidikan amnya.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara.(3.5) 2. Menggunakan pertimbangan sendiri yang berasas untuk menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan.(6.4) 3. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk

kecemerlangan diri yang berterusan.(7.5) 4. Menghubungkaitkan pelbagai idea untuk menghasilkan pelbagai projek baharu(8.4) 5. Menyusunkan strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif dan

inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.(8.5) 6. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baharu

untuk penambahbaikan yang berterusan. (7.2) 7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah (7.3)

Page 2: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

69

Kerangka konsep tajuk ini

KANDUNGAN 5.1. Menangani perubahan-perubahan dalam pendidikan

Terdapat banyak perubahan yang telah berlaku dalam bidang pendidikan sama ada

di peringkat negara kita mahupun pada peringkat global. Di Malaysia, kita dapati

akibat perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, pelbagai aspek turut

perlu dilihat semula, lebih-lebih lagi dalam usaha negara mencapai taraf negara maju

menjelang 2020. Dalam bidang profesion keguruan, semua pihak yang terlibat mesti

proaktif menghadapi cabaran ini. Menerusi reformasi pendidikan yang dirancang

maka diharapkan semua pihak mampu menghadapi segala cabaran yang datang.

Cabaran-cabaran yang perlu diatasi boleh dilhat daripada rajah di bawah.

Memartabatkan profesion

keguruanan

Membuat refleksi isu-isu pendidikan

global

Cabaran Profesion Keguruan

Menangani perubahan-

perubahan dalam pendidikan

Burn out dalam kalangan guru

membina negara bangsa

Page 3: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

70

Cuba fikirkan rajah di bawah.

Meningkatkan

Rajah 3: Cabaran-cabaran pendidikan

Cabaran-cabaran

pendidikan

Meningkatkan kualiti dan kuantiti Guru-guru bertauliah

Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan

Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah

Mengimplimentasikan strategi reformasi kurikulum pendidikan negara

Menggalakkan perpaduan dan intergrasi nasional serta memupuk nilai-nilai murni

Sebagai seorang guru nyatakan apakah cabaran pendidikan yang paling kritikal yang anda alami sepanjang pengalaman anda menjadi guru. Adakah anda berpandangan anda harus terlibat dalam sebarang perubahan pendidikan di Malaysia ini? Jika ya..mengapa dan jika tidak adakah anda rasa itu bukan sebahagian daripada tanggungjawab anda?

Page 4: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

71

i. Meningkatkan kualiti dan kuantiti guru-guru yang bertauliah

Penghasilan guru-guru bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 50%

guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2020 adalah satu

cabaran. Dalam masa yang sama untuk memastikan guru-guru mempunyai

kreditabiliti dan efektif dalam hal pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,

satu cabaran juga bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyediakan

pendidikan jarak jauh dan penguasaan teknologi maklumat.

ii. Mengimplimentasikan strategi reformasi kurikulum pendidikan negara

Usaha memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar

adalah satu cabaran. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris adalah satu cadangan yang baik dalam memastikan

guru-guru dan pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran

dalam bahasa Inggeris. Namun usaha itu tidak dapat diteruskan kerana

tercetusnya beberapa isu. Negara terpaksa menghadapi masalah graduan

yang kurang mahir berbahasa Inggeris yang akhirnya negara kurang mampu

membekalkan pekerja mahir peringkat global apabila aspek kemahiran

bahasa ini tidak dapat diteruskan.

iii. Merombak pengurusan dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah

Ini juga adalah satu cabaran bagi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

memastikan pengurusan sekolah menjadi lebih efisyen. Peranan guru besar

atau pentadbir sekolah sangat penting. Gaya kepimpinan pendidikan yang

ditunjukkan seharusnya dinamik dan membawa kepada pencapaian matlamat

visi dan misi pendidikan di sekolah khususnya dan negara amnya. Cabaran

yang getir ialah apabila usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mahu

mengimplimenkan sesuatu dasar yang melibatkan komitmen yang tinggi

daripada warga sekolah yang kadang-kadang tidak terlaksana dengan

optimum.

Page 5: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

72

iv. Memperbaiki infrastruktur dan kemudahan

Pelaksanaan sesuatu dasar pendidikan melibatkan implikasi kewangan. Oleh

itu penyediaan kemudahan infrastruktur seperti peralatan dan kemudahan

pembelajaran mahupun premis dan bangunan sekolah sentiasa mengalami

masalah dan kurang berkualiti. Kadang-kadang usaha untuk menyediakan

kemudahan pendidikan berkualiti terjejas apabila sumber dan peruntukkan

tidak mencukupi. Kelancaran sesuatu sistem biasanya akan terganggu dan

menjejaskan keseluruhan sistem.

v. Menggalakkan perpaduan dan integrasi nasional dan memupuk nilai-

nilai murni

Cabaran paling jelas dalam aspek ini ialah usaha mencapai matlamat

perpaduan nasional. Dalam konteks masyarakat Malaysia walaupun dasar-

dasar pendidikan sedia ada berpaksikan laporan-laporan pendidikan

terdahulu dan banyak aspek pelaksanaan dasar terjelma dalam kurikulum

pendidikan di pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan menengah serta

institusi pendidikan tinggi namun masih boleh ditingkatkan lagi. Setiap guru

harus mendukung dan menghargai kepelbagai perbezaan dan budaya yang

ada agar terlaksana matlamat pendemokrasian pendidikan.

5.2. Strategi mengurus cabaran dan perubahan

Berikut dihuraikan cadangan-cadangan bagaimana cabaran dan perubahan yang

berlaku boleh diurus dengan berkesan. Sebelum berbincang dengan lebih lanjut tentang

mengurus perubahan-perubahan tersebut tinjau dahulu maksud pengurusan perubahan.

i. Definisi Pengurusan Perubahan

Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai suatu pendekatan sistematik

untuk menghadapi perubahan. Jika sesuatu perubahan yang berlaku itu

diurus dan ditadbir dengan baik, perubahan tersebut akan membantu

organisasi menuju ke arah mencapai matlamat visi dan misi pendidikan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan

pendidikan, berusaha bersungguh-sungguh dan lebih peka kepada apa

Page 6: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

73

sahaja perubahan yang hendak dilaksanakan di negara ini dan menjadi

barisan hadapan dalam menempuh segala cabaran yang ada.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia perubahan dalam dasar, pengenalan

kaedah pengajaran yang inovatif dan baharu atau perubahan kurikulum

membawa kesan kepada organisasi sekolah. Sebarang perubahan

melibatkan semua pihak, iaitu daripada pihak pengurusan dan pentadbiran

hinggalah kepada ibu bapa. Dalam hal ini perbincangan akan lebih berfokus

kepada peranan yang boleh dimainkan oleh para pentadbir dan guru-guru

sekolah.

bertanggungjawab, berusaha, memahami konsep perubahan dan menghayati konsep pengurusan perubahan demi mencapai matlamat pendidikan.

Page 7: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

74

ii. Terdapat beberapa sebab mengapa sekolah perlu mengurus perubahan

mengurus bebanan dan faedah perubahan emosi guru dalam seperti kemahiran mengendalikan elemen teknologi maklumat perubahan memastikan dapat dikuasai komunikasi dan maklumat disampaikan dengan betul sesuatu perubahan memerlukan masa untuk diterima dan difahami oleh guru memastikan dasar pendidikan berada pada landasan yang betul dalam arus perdana

Dengan merancang dan mengurus perubahan, ia dapat mengurangkan segala

tentangan dan cabaran yang wujud di dalam sistem organisasi sekolah seperti sikap guru,

ciri-ciri perubahan serta organisasi keseluruhannya dapat diatasi dengan mudah dan

menjadi lebih efektif. Sehubungan dengan itu di sini diperkenalkan sebuah model yang telah

dipermudahkan mengikut kesesuaian. Model tersebut ialah model Kotter (1996). Model ini

boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.

iii. Bagaimana mengurus perubahan

Peringkat 1: Penyesuaian kepada perubahan

Dalam proses penyesuaian kepada perubahan, sesebuah organisasi akan

melalui dua fasa:

i. Membuat keputusan untuk berubah

ii. Menggalakkan segala perubahan

Dalam hal ini organisasi perlu menggalakkan perubahan. Ini kerana sebagai sebuah

negara sedang membangun dan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,

perubahan yang berlaku di peringkat tempatan dan global perlu diberi perhatian

Keperluan mengurus perubahan

Page 8: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

75

serius. Kita tidak mahu rakyat negara ini tertinggal dalam pelbagai aspek

pembangunan khususnya dalam aspek ledakan ilmu khususnya teknologi maklumat

dan komunikasi. Misalnya aplikasi penggunaan komputer dan elemen pengajaran

dan pembelajaran mengikut konsep bestari perlu diikuti dan dilaksanakan oleh

semua sekolah sejajar dengan sistem pendidikan di negara-negara lain. Walaupun

terdapat sekolah yang masih kurang kemudahan infrastrukturnya namun usaha

kerajaan ke arah membantu sekolah-sekolah terlibat sedang dan telah dilaksanakan.

Misalnya pelaksanaan Kurikulum Stanndard Sekolah Rendah (KSSR), seharusnya

semua pihak harus bertanggungjawab dan mengambil peranan masing-masing.

Kotter juga menekankan ‘menggalak’ perubahan. Di sini peranan pentadbir sekolah,

guru-guru dan warga sekolah seharusnya digalakkan menganjurkan pertandingan

inovasi dengan memastikan pengilbatan menyeluruh pelajar. Aktiviti ke arah inovasi

ini akan meningkatkan tahap aras pemikiran kritis dan kreatif pelajar ke satu tahap

yang lebih tinggi. Penglibatan pelajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi

akan membawa perubahan besar kemahiran dan penguasaan pelajar dalam

pelbagai bidang.

Peringkat 2: Mengawal perubahan

Apabila sesuatu perubahan itu ingin diserapkan dalam organisasi sekolah

maka sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dengan perubahan seperti penggubal

dasar, pegawai pendidikan daripada pejabat pelajaran daerah mahupun jabatan

pelajaran negeri seharusnya dapat menyampaikan perubahan tersebut secara bijak.

Dalam erti kata lain amalan komunikasi berkesan harus dilaksanakan dan dengan ini

warga yang akan melaksanakan perubahan tersebut dapat memahaminya dengan

jelas, tepat dan telus. Proses penerimaan tersebut harus berlaku dalam keadaan

yang tidak menekan dan boleh menyakinkan guru-guru. Maka sudah tentulah segala

proses pelaksanaan perubahan itu menuntut satu prosedur yang sistematik dan

pemantauan dilakukan dengan berkesan.

Peringkat 3: Menjalankan perubahan.

Sekali lagi peranan pentadbir dan juga pihak yang membawa perubahan seharusnya

mampu menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan kursus-kursus jangka pendek

untuk membantu guru besar dan guru-guru melaksanakan perubahan tersebut

Page 9: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

76

dengan lancar. Kita lihat sahaja contoh bagaimana perubahan kurikulum yang

dilakukan iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekiolah Rendah (KBSR) kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bagi memastikan penerimaan guru-

guru terhadap perubahan tersebut maka kursus-kursus pendek berkala telah

dilaksanakan. Begitu juga dengan konsep pemulihan ‘LINUS”, iaitu literasi dan

numerasi telah didedahkan kepada guru-guru berkaitan supaya mereka dapat

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif.

Oleh itu jelaslah bahawa pemahaman dan persediaan untuk menghadapi cabaran

dalam pendidikan akan mempertingkatkan kesediaan guru-guru untuk menerima,

mengawal dan menjalankan sesuatu perubahan.

Ciri-ciri guru yang mampu menghadapi cabaran globalisasi pendidikan

5.3. Pembinaan Negara Bangsa

Pembinaan negara bangsa bermaksud satu proses pembinaan dan pembentukan

sebuah negara bangsa dengan menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana

prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, komuniti dan

budaya serta lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan

mampu dipertahankan dalam satu jangka masa yang panjang. Bagi negara Malaysia

Komitmen yang tinggi terhadap profesion

Mempunyai visi dan misi yang jelas

Berpandangan global terhadap pendidikan dan tidak bersifat jangka pendek

Bersikap optimistik

Berilmu pengetahuan tinggi dan sanggup mencari ilmu baharu

Boleh menyesuaikan diri dalam situasi yang dihadapi

Mempunyai kemahitran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

Page 10: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

77

pembinaan negara bangsa sangat penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian

kaum yang terkenal dengan kepelbagaian budayanya.

Dapatkah kita menyelami matlamat pembinaan negara bangsa? Secara umumnya

hasrat tersebut dapat dihayati menerusi rajah di bawah:

Rehat sebentar

5.4. Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru sering berhadapan

dengan pelbagai cabaran, halangan dan tentangan. Segala permasalahan dan isu berkaitan

dengan guru sedikit sebanyak telah mencetuskan tekanan kepada guru. Misalnya jika

disebut sahaja masalah disiplin maka guru mahu tidak mahu terpaksa menjawab segala

Membentuk dan melahirkan warga negara yang memiliki jati diri yang bercirikan latar belakang tempatan negara namun mempunyai kekuatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa

Melahirkan modal insan cemerlang yang mempunyai minda kelas pertama serta bersifat ‘ glokal’ iaitu sebuah masyarakat yang berakal nasional tetapi mampu menerjah ke peringkat antarabangsa.

Membina dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah wawasan 2020.

Membentuk insan seimbang bukan sahaja tinggi penguasaan ilmunya malah mempunyai nilai-nilai kerohanian yang terpuji dan mampu mencetus kepada terbentuknya kehidupan yang harnoni

Page 11: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

78

persoalan. Ini menyebabkan tekanan kepada guru. Apabila masyarakat merasa kurang

yakin dan percaya dengan guru maka timbullah bermacam masalah pula sehingga

hubungan ibu bapa dan guru menjadi semkin renggang.

5.4.1. Konsep tekanan emosi

Mengikut Kyriacou (2000) stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap

emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan

kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stres merupakan tindak

balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan

ketidakseimbangan berlaku. Dalam keadaan tertentu seseorang guru akan menghadapi

stres apabila, contohnya terlupa menekan butang save semasa sedang menaip pada

komputer. Pada ketika itu maklumat yang kita inginkan telah hilang. Ini menyebabkan badan

kita bertindak menangani keadaan kritikal seperti itu. Situasi ini sebenarnya merupakan cara

badan melindungi kita. Jika bertindak dengan betul, stres membolehkan seseorang

memberikan fokus dan peka terhadap situasi berkenaan.

Dalam hal di atas hilangnya maklumat kerana terlupa save, stress membantu badan

guru tersebut seperti melakukan beberapa operasi.merujuk kembali dan melakukan operasi

yang berkaitan untuk mendapatkan semula maklumat tersebut. Dalam kata lain stres yang

minimum adalah positif. Bagaimana pula jika stres yang berlaku datang daripada situasi

guru yang terpaksa menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama di institusi

pendidikan guru. Kurang bijak mengurus masa menyebabkan guru panik, dan sukar

mengatasi masalah pembelajaran di mana terpaksa mengimbangi antara tugas di sekolah

dengan tugasan menyiapkan tugasan semasa melakukan aktiviti kuliah atau tutorial.

Berdasarkan pengalaman anda di institut, berikan satu contoh tekanan emosi yang anda dihadapi? Cuba buat refleksi sama ada tekanan emosi membawa kesan positif atau negatif kepada anda. Jika positif, mengapa? Jika negatif, bagaimana anda cuba menangani tekanan tersebut?

Page 12: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

79

5.4.2. Jenis-jenis stres

Lima jenis stres menurut Cockburn (1996)

1 Here or now

2

Stress anticipation

Situasi yang wujud pada sesuatu masa. Contohnya katakan sukar menjawab soalan peperiksaan, pertengkaran, atau ketika tertinggal telefon bimbit di tempat awam

Situasi di mana guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian yang dijangkakan. Contohnya apabila seseorang guru yang tidak berpengalaman diminta menjadi pengacara majlis dalam satu majlis forum menggantikan seorang guru lain. Ini menyebabkan beliau merasa tertekan

3 stres imaginatif

Stres di mana anda berada dalam situasi yang menyebabkan anda berimaginasi atau memikirkan sesuatu yang menakutkan atau mencemaskan anda. Misalnya mendengar bunyi anjing menyalak di hadapan rumah dan menyebabkan kita menyangka mungkin ada pencuri di luar rumah.

4

Stres reaktif

Stres yang terjadi akibat daripada peristiwa lampau. Ia berlaku secara semulajadi dan kadang-kadang berlaku sebagai satu proses pemulihan. Contohnya mengingat kembali kehilangan orang tersayang.

5 Stres negatif

Satu situasi perasaan yang memuncak yang boleh berlaku dalam tempoh satu, dua hari atau minggu mahupun tahun. Hal ini berlaku kerana masalah itu berlarutan yang menggangu fikiran sepanjang masa, misalnya tidak cukup wang atau ada masalah keluarga.

Page 13: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

80

5.4.3. Langkah-langkah Menangani Stres

a) Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda

tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri-biri, anda harus hentikan memakai

pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah

disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan

dengan serta merta apabila menghadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada

satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara

untuk mengurangkan tekanan dan tegangan kepada berasa senang dan tenang. Berikut

ialah tujuh cara yang berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

b) Senaman pernafasan.

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang

membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui

lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung

secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi

lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk

mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di

mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah

menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

c) Penggambaran Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan

dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta

tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga,

membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan

cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan

prestasi anda melalui penggambaran.

d) Pengurutan (Massage) Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga

menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau

dapatkan khidmat seorang profesional bagi membantu anda.

Page 14: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

81

e) Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher

mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja

dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

f) Muzik.

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami

tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan

darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik

ringan dan yang anda sukai dengar setiap hari.

g) Pengurusan masa.

Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya

anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa berlengah. Kenalpasti juga kerja

yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gosip kosong, perbualan telefon dan

yang membazirkan masa anda. gunakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih

penting.

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan anak-

anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau

pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menonton

kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan

gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan

tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

5.4.4. Langkah-langkah mengatasi stres

i. Langkah 1 – Fahami Punca Stress

Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda Cari masalah dalam diri satu

persatu. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan

ketegangan.

ii. Langkah 2 – Letakkan Keutamaan

Senaraikan keutamaan untuk dilakukan. Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa

Page 15: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

82

memberi keutamaan kepada yang lebih penting. Bertindak mengikut keutamaan untuk

mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

iii. Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.

Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. Cuba selesaikan masalah yang

ada pada waktu yang sesuai. Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan

kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

iv. Langkah 4 – Bersenam Atau Beriadah

Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.

Ketegangan jasmani dapat dielakkan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-

otot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di

dalam badan.

v. Langkah 5 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.

Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-

galanya di dalam diari. Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup

sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda. Kebiasaanya kita akan tertawa

apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh

tidak seperti apa yang digambarkan di dalam diari.

vi. Langkah 6 – Luahkan Pada Sahabat Karib. Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib

anda.Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan

bebanan stress.Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan

sahabat anda itu.

vii. Langkah 7 – Meditasi Atau Bertafakur.

Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah

dilakukan. Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana

yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketenangan.

Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa

yang anda ingini.

Page 16: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

83

viii. Langkah 8 – Tahu Had Kemampuan. Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.Jangan terlalu

membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. Serahkan

sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda

tidak terus-terusan tertekan.

ix. Langkah 9 – Bersantai

Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti

berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai

untuk memanjakan diri dan minda.Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan

minda dan memberikan keseronokan. Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan

baru.

x. Langkah 10 – Ambil Mudah.

Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yangmudah dan jangan

terlalu membebankan fikiran.Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh

diselesaikan itu pada keesokkan harinya.Jangan terlalu membebankan masalah anda

sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

xi. Langkah 11 – Mengadu Kepada Kaunselor.

Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,dapatkan kaunselor yang boleh

membantu.Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang

perlu diambil.Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai

diri sendiri.

xii. Langkah 12 – Terima Keadaan Seadanya.

Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak

semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.Dalam keadaan ini ada baiknya jangan

terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa

jika tidak memperolehinya.Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa

yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Page 17: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

84

xiii. Langkah 13 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima

sesuatu bencana.Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari

Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan

Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil

makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan

yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

xiv. Langkah 14 – Berusaha Dan Berserah.

Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.Banyakkan

melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat)

serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan

sebagainya.Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar

bagi setiap masalah.

5.5. Burnout Guru

Jika anda mengalami perkara-perkara di atas, anda mempunyai tanda-tanda burnout. Apa

yang dapat dinyatakan ialah kesan negatif burnout akan mempengaruhi aspek-

aspek lain dalam kehidupan seseorang termasuklah keluarga dan kehidupan sosial.

Tanda-tanda burnout guru termasuklah kegelisahan dan kekecewaan, prestasi dan

hubungan interpersonal merosot di tempat bertugas dan di rumah (Wood, 2000).

 

Renungan Adakah anda mengalami perkara-perkara berikut?

§ Jiwa tidak tenteram, kerisauan, lesu dan sentiasa berdepan dengan rintangan

§ Merasakan tanggungjawab profesional dan pengurusan tidak penting dan mengganggu jiwa dan tidak bermanfaat

§ Merasakan rutin harian membosankan § Merasakan tugas yang dilaksanakan tidak dihargai

oleh pihak tertentu

Pada pandangan anda adakah langkah-langkah di atas boleh membantu mengurangkan stres dalam kalangan guru. Jika ya, beri alasan anda dan jika tidak adakah cara-cara lain yang lebih sesuai. Bincangkan dalam kelas tutorial anda

Page 18: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

85

Cuba anda catatkan tanda-tanda rakan-rakan anda yang mungkin mengalami stres atau burnout supaya kita boleh mendekatinya dan seterusnya membantu mereka menghadapi pelbagai masalah di sekolah.

Ahli pendidik mendefinisikan burnout guru sebagai satu keadaan yang

disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin

menurun (Schwab et.al. 1986). Maka burnout merupakan suatu keadaan keletihan dari segi

emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh stres yang melampau dan berpanjangan.

Keadaan ini berlaku apabila kita tidak dapat apa kehendak kita dan jika stres berterusan ,

anda akan kehilangan minat atau motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan anda.

Burnout akan mengurangkan produktiviti dan melemahkan semangat, menyebabkan anda

merasa tidak berupaya, tidak berguna, bersifat sinis dan berperasaan marah.

5.5.1. Tanda-tanda dan simptom burnout

 

Rasa letih sepanjang masa; imuniti rendah, perubahan masa tidur dan pemakanan, sakit kepala dan sakit otot

Rasa kegagalan dan keraguan kendiri; kurang bermotivasi, tidak bermaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif

tanda-tanda fizikal

Tanda-tanda emosi

Tanda-tanda dan simptom

burnout Tanda-tanda tingkah laku

Mengundur diri daripada tanggungjawab Mengasingkan diri daripada orang lain Menangguhkan masa dan kerja dalam menyiapkan tugasan Menggunakan ubat atau alkohol untuk menangani masalah Mengalihkan kekecewaan kepada orang lain

Page 19: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

86

5.5.2. Punca-punca burnout

Bil Punca-punca

1. Kurang atau tidak mendapat pengikhtirafan sewajarnya daripada pihak tertentu walaupun sudah merasakan telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh

2. Telah mengalami keadaan stres dalam masa yang panjang

3. Tanggapan seseorang terhadap dunianya memainkan peranan dalam burnout. Merasakan sumber sedia ada tidak mencukupi untuk mengatasi masalah stresnya.Contohnya seseorang guru yang menghadapi masalah disiplin pelajar serta menangani masalah komunikasi dan interaksi dengan ibu bapa

4. Kurangnya bimbingan daripada mentor dalam melaksanakan tugas yang dialami oleh guru novis

5. Gaya hidup dan personaliti. Ada kalangan guru yang terlalu kuat bekerja dan ingin mecapai kesempurnaan bekerja yang akhirnya membawa kepada stres, lebih-lebih lagi apabila guru berkenaan kurang bersosial dan tidak beriadah

5.5.3. Langkah-langkah menangani burnout guru

Langkah-langkah pencegahan boleh diambil pada peringkat individu dan juga peringkat

sekolah.

Bagi peringkat individu beberapa perkara boleh diambil:

v Aktiviti latihan atau sesi pengenduran, seperti meregangkan badan, membuat

meditasi atau membaca yang memberikan inspirasi.

v Bengkel mengawal emosi seperti bengkel pengurusan tanpa stres serta kompetensi

kecerdasan emosi

v Bengkel atau kursus pengurusan masa

Bagi peringkat pengurusan dan pentadbiran:

v Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

v Membentuk persekitaran sosial dan fizikal yang mesra budaya

v Menyediakan peluang komunikasi yang seluas-luasnya untuk guru-guru meluahkan

perasaan demi kebaikan bersama serta organisasi

v Mengekal dan meningkatkan kejelekitan antara staf

5.6. Memartabatkan Profesion Keguruan

Bagaimana kita semua warga pendidik boleh memartabatkan profesion keguruan

yang kita cintai ini. Jika dilihat kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi

dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) maka kita dapat meneliti bahawa usaha yang

dilaksanakan ialah meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat

Page 20: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

87

KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai

dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan dan ilmu telah bertukar kepada

guru sebagai pemudah cara dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan

dan sumber inspirasi kepada murid. Oleh itu guru haruslah kreatif dan inovatif untuk

menjadikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.

5.6.1. Bagaimanakah memartabatkan profesion keguruan?

Berikut adalah beberapa strategi yang telah dan sedang dilaksanakan;

Menambah baik sistem pemilihan calon guru

v Memperketatkan syarat dan criteria pemilihan calon guru.

v Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan

v Memantapkan proses perlantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi

memastikan setiap guru mencapai standard minimum.

Memantapkan latihan perguruan

v Telah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)

yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.

v Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat.

v Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan

v Memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D)

Memantapkan kerjaya guru

v Menambah baik laluan kerjaya guru supaya taraf hidup guru lebih baik.

v Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

v Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, seperti kemudahan infrastruktur yang

lebih baik.

v Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban

tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran

Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia

Penyediaan mekanisme bekalan guru.

Page 21: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

88

v Membina hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi lain

tentang latihan guru

v Memantapkan mekanisme unjuran guru

v Menambah baik sistem maklumat guru

v Memantapkan sistem penempatan guru supaya lebih menyeluruh dan mengikut

keperluan bidang dan lokasi

5.7. Pemikiran reflektif guru

Pemikiran merupakan proses dalaman mental dan ini dapat difahami melalui

perlakuan seseorang itu (Kagan & Tippins, 1998). Ini bermakna pemikiran guru merupakan

satu faktor penting dalam menentukan variasi pendidikan selain daripada bahan

pengajaran, pakej program atau seumpamanya. Manakala refleksi pula merupakan suatu

proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti

pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialami, menganalisis dan menilai kesannya,

termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk

digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Di bawah konteks pendidikan , refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang

berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan

atau dilaksanakan dalam bilik darjah.

Dewey menegaskan untuk berfikir secara reflektif, seseorang seharusnya mampu

mencantumkan idea-ideanya untuk membentuk satu hala tuju yang stabil ke arah

kesimpulan yang bersepadu akibat daripada pemikiran konsisten dan logik. Kebolehan ini

disifatkan sebagai sumber asli yang ketiga untuk pemikiran reflektif.

Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai "active, persistent and

careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds

that support it and the further conclusions to which it tends" (p.9).

Dengan berfikir secara reflektif, seseorang boleh "transform a situasion in which there is

experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear,

coherent, settled, harmonius" (pp.100-101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh

mengubah suatu keadaan keraguan, konflik dan gangguan yang dialami kepada keadaan

yang nyata, koheren, tenang dan harmonis.

Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan

refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung

Page 22: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

89

guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.

Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat,

mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan

utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk

mengubah tingkah laku atau amalannya.

Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan

refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan, sama

ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di

mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara

membuat penilaian kendiri.

Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan

bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan

dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang

menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara

kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat

amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933),

seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsif.

Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat

keputusan dalam proses pendidikan.

Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif

membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan

Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et

al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan

profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.

Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu

mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan

bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-

peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan

membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan

kritikal .

Page 23: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

90

Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:

• membuat penilaian kendiri

• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja

• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan

• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai &

estetika

• mengubah tingkahlaku

Dalam hal globalisasi pendidikan seseorang guru sangat dituntut melekasanakan

pemikiran reflektif. Apakah perkara-perkara yang perlu direflek oleh seseorang guru.

Melaksanakan pemikiran reflektif guru boleh ditinjau dari tiga elemen berikut.

• Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah

• Profesionalisme keguruan

• Organisasi institutsi pendidikan

5.8. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah

5.8.1. Pemikiran reflektif bermula dengan:

1. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah

Mengamalkan dan meneroka bentuk pendidikan alaf baharu yang dinamik

seharusnya mempunyai beberapa kriteria yang telah dan sedang diperbincangkan

pada ketika ini. Lihat sahaja bagaimana konsep transformasi pendidikan yang

mencetuskan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Seharusnya guru

berfikiran lebih jauh ke hadapan dalam membentuk generasi Y akan datang yang

lebih berkemahiran, bercirikan modal insan terpuji, berpemikiran minda kelas

pertama serta dapat menjunjung warisan budaya negara. Oleh itu perkara pertama

yang perlu ada dalam minda guru ialah menghayati konsep pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah yang memberi penekanan kepada keseronokkan belajar

seperti dalam rajah di bawah;

A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning”

A Positive Feeling Toward The Learning Experience Is The First Step In Learning”

(Dave Meier)

Page 24: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

91

2. Pengajaran dan pembelajaran menurut konsep sekolah bestari Guru

harus membuat refleksi tentang amalan pengajaran dan pembelajaran

abad ke-21.

Fokus utama ialah:

Guru seharusnya memikirkan bagaimana mewujudkan aktiviti pembelajaran yang

mendorong murid mencari maklumat sendiri dengan bimbingan guru, misalnya

menggunakan internet, atau sumber rujukan lain seperti jurnal, artikel dan keratan akhbar.

Guru harus memikirkan bagaimana meningkatkan penguasaan pelajar dan master

dalam bidang yang dipelajari mengikut keupayaan dan kadar kebolehan murid serta potensi

yang ada.

Guru juga harus mendorong murid-muridnya supaya tahu mengenadalikan dan

menguruskan aktiviti pembelajaran masing-masing tanpa arahan guru semata-mata tetapi

berusaha menerokan bidang ilmu dengan teliti, penuh minat dan bermotivasi.

Pembelajaran yang

menyeronokkan (learning is fun)

(learning is fun)

Persekitaran fizikal yang positif

How can I make the (learning environment

fun)

Penggalakkan yang positif Persekiataran

sosial yang positif

(How do we learn together)

Kesedaran ingin tahu

I want to know and find out more)

Penglibatan murid secara menyeluruh

(How can I participate)

Matlamat yang jelas dan bermakna

Memenuhi keperluan murid (How does it benefit

me)

Self-access learnning Pembelajaran akses kendiri

Self-pace learning Pembelajaran kadar kendiri

Self-directed learning Pembelajaran Terarah kendiri

Page 25: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

92

Era globalisasi pendidikan kini akan memberi fokus kepada peranan guru sebagai

fasilitator, pembimbing di sisi dan bukan lagi pemberi maklumat semata-mata.

Tanggungjawab guru sudah tidak lagi memberi maklumat atau penyampai seratus peratus

tetapi tugas guru sebenarnya lebih menumpukan strategi pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan murid. Guru harus membuat refleksi sepanjang masa bagi meningkatkan

matlamat pembelajaran yang menggalakkan murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif,

penerokaan, memerhati, membuat eksperimen, penyelesaian masalah, aktiviti projek,

pembelajaran berasaskan masalah dan projek seterusnya meningkatkan kemahiran-

kemahiran belajar, mengumpul maklumat dan membuat persembahan.

Apa yang harus direfleksi oleh guru ialah bagaimana mahu melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran bercirikan aspek abad ke 21. Amalan aplikasi teknologi maklumat akan

membawa dunia ke dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain the school is the world.

5.8.2. Profesionalisme keguruan

Apa yang harus difikirkan secara kritis dan kreatif oleh guru-guru untuk masa depan bidang

perguruan ini ialah:

• Meningkat ilmu pengetahuan bidang kepakaran masing-masing seiring

perkembangan ilmu semasa

• Mendapatkan bahan sumber ilmu daripada pelbagai sumber

• Membudayakan amalan pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan berkesan

• Sentiasa meletakkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Guru di hadapan sebagai hala tuju pendidikan negara

• Memastikan usaha membentuk dan membina modal insan sentiasa berterusan dan

mencapai kejayaan.

• Mengamalkan budaya berfikir aras tinggi (HOTS – High Order Thinking Skill) selaras

dengan anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidkan 2013 -2025.

5.8.3. Organisasi Institusi Pendidikan

Guru-guru harus memahami dan menghayati penubuhan dan pembentukan sesuatu konsep

atau dasar pendidikan sedia ada bagi mengukuhkan kefahaman tentang hala tuju

pendidikan negara. Oleh itu apa sahaja dasar pendidikan yang diperkenalkan seharusnya

difahami dengan mendalam dan diperhalusi agar guru-guru berada dalam proses

Adakah anda membuat refleksi tentang apakah yang anda lakukan bagi menghadapi era globalisasi pendidikan kini?

Page 26: 10 Tajuk 5 - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/2017/modul/Tajuk 5CabaranProfesionGuru.pdf · pendidikan di Malaysia dan di peringkat global. ... Membuat refleksi dan menilai

93

perubahan-perubahan pendidikan dan bukannya hanya melihat dari jauh sahaja. Semua

guru harus terlibat sama menjayakan program-program sedia dan yang akan dirancang

secara total dan bersungguh-sungguh. MIsalnya guru-guru boleh menyumbang idea dalam

usaha bagi menjayakan dasar-dasar pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

seperti;

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan

kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy. RUJUKAN

TUGASAN TERARAH Bincangkan dengan pensyarah anda bagaimana anda mengimbangi antara tuntutan pendidikan Islam dengan cabaran-cabaran pendidikan era globalisasi?

Sekolah Bestari

Sekolah Wawasan

Sekolah Kluster

Sekolah Berprestasi Tinggi

Satu Murid Satu Sukan

RUJUKAN Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978a), ‘A Model of Teacher Stress’, Educational Studies,

4, hlm 1 – 6.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 (2008)

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 (1985)

‘Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-Bab C’ (2006)