modul prosidar tahap 1

Upload: cleobean

Post on 06-Jul-2015

945 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIABismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selepas kemerdekaan, Malaysia telah diancam dengan masalah penggunaan dadah di kalangan penduduknya. Menyedari cabaran dan kesukaran berdepan dengan fenomena ini, maka kerajaan telah mengisytiharkan Dadah Sebagai Musuh Nombor Satu Negara. Dengan pengisytiharan itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini semakin rumit kerana ianya tidak saja melibatkan golongan remaja dan dewasa , tetapi juga murid sekolah. Fenomena ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggung jawab bagi merancang dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara berterusan di sekolah. Kementerian telah mengarahkan semua sekolah melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum yang sedia ada harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian. Dalam konteks ini, penghasilan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) sebagai suatu pendekatan baru ke arah menjadikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 terlaksana. Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah sebagai sesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang menyeluruh daripada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat, gejala dadah yang sekian lama menjadi musuh utama negara dapat dibendung dan dipulihkan mengikut jangkaan yang ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Kit PROSIDAR ini. Semoga usaha ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih.

DATO SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN

i

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIABismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha mendidik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berguna dan produktif kepada negara. Di samping itu, sekolah juga berperanan mendidik muridnya agar sentiasa kekal cergas, sihat dan selamat dari segala ancaman. Dalam hal ini, sekolah-sekolah telah mengambil segala langkah perlu bagi mempastikan murid sekolah mendapat segala maklumat dan pengetahuan berguna bagi mempastikan mereka bukan saja berjaya menjauhkan diri dari dadah tapi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dadah. Strategi utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah melalui aktiviti pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas dadah menjelang 2012, penghasilan Kit Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) di sekolah amat penting, dan usaha menghasilkan Kit Pelaksanaan ini amat dialu-alukan kerana ia amat bertepatan dengan keperluan semasa. Saya berharap Kit Pelaksanaan ini akan digunakan secara bersungguh-sungguh oleh semua guru bagi mempastikan pendidikan pencegahan dadah di sekolah berkesan dan berjaya. Semoga program ini dapat mencetus kesedaran baru kepada seluruh masyarakat Malaysia agar terus bekerjasama bagi mencapai hasrat murni Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM

ii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menghasilkan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) ini. Sesungguhnya untuk menghasilkan kit ini memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat. Kit ini dipercayai amat sesuai digunakan di sekolah rendah. Di samping itu, kit ini juga berguna kepada semua warga pendidik dan murid sekolah untuk memberikan pendidikan pencegahan dadah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kit ini telah digubal sedemikian rupa supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah, sistematik, dan memberi impak yang maksimum kepada murid. Saya berkeyakinan penuh Kit PROSIDAR ini akan dapat membantu merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghasilkan kit ini.

Sekian, terima kasih.

DATO HAJAH NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM

iii

PRAKATAKit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah. Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharap dapat membantu guru-guru sekolah rendah melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna dan mencapai matlamat. Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan pengambilan rokok, inhalan, arak dan dadah . Kesedaran dan tanggungjawab terhadap anak bangsa serta sifat ikhlas dalam melaksanakan program ini amatlah penting. Kejayaan program ini adalah menjadi tanggung jawab semua pihak yang terlibat.

iv

PENDAHULUANLatar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggung jawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Rasional Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR. Objektif Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kaki tangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

v

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa. Pendidikan pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggung jawab semua warga sekolah. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012.

vi

KANDUNGANKata Alu-Aluan Prakata Pendahuluan Sukatan Pelajaran Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 1 Rancangan Pengajaran Tahun 1, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 1, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 1, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 2 Rancangan Pengajaran Tahun 2, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 2, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 2, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 3 Rancangan Pengajaran Tahun 3, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 3, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 3, Topik 3 Sumber bahan Link / pautan Sekalung Budi Jawatankuasa Induk Penggubal Kit Panel Penggubal Kit Panel Pemurnian Kit 49 59 67 74 74 75 76 78 80 26 33 42 2 10 19 i iv v 1

SUKATAN PELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

TAHAP 1

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

Topik 1 Apa Itu Rokok?

Topik 1 Kandungan Dalam Sebatang Rokok.

Topik 1 Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan.

Topik 2 Kesan Merokok (Fizikal, tubuh badan)

Topik 2 Kenapa Dilarang Merokok?

Topik 2 Bagaimana Mengatakan TIDAK Kepada Rokok.

Topik 3 Kenapa Dilarang Merokok?

Topik 3 Menjauhi Rokok

Topik 3 Inhalan; Jenis dan Kesan Penagihannya.

1

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

1

TAJUK

Apa Itu Rokok?

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

1

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. ii. iii. Menyatakan pelbagai jenis rokok. Menyatakan beberapa kandungan berbahaya dalam rokok. Mempengaruhi dan memberitahu kepada orang lain supaya tidak merokok.

ISI

1. Apa itu rokok 2. Jenis-jenis rokok 3. Kandungan dalam rokok

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi: (5 Minit) 1. Guru menayangkan slaid - gambar rokok - bercerita tentang gambar 2. Bersoal jawab berkenaan rokok Langkah 1 (10 minit) Guru menayangkan slaid (rujuk slaid 2 dan 3) - Jenis-jenis rokok (moden dan tradisional)

2

Langkah 2 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid; (rujuk slaid 4) - Kandungan dalam rokok Contoh: tar, nikotin, bahan pencuci lantai, ubat gegat, karbon monoksida, ammonia, dan lain-lain. 2. Bersoal jawab tentang slaid. Langkah 3 (25 Minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan berkenaan topik dalam bentuk nyanyian dan klip video (rujuk slaid ) Nyanyian ( lampiran ) Klip video rokok

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Lampiran Klip video rokok

3

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1

Warnakan poster di bawah.

Lampiran 24

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Suaikan gambar dengan perkataan1.

Paru-paru rosak2.

Bahan pencuci lantai

3.

Tar

4.

Karbon Monoksida

5.

Rokok

5

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Susun perkataan berikut.

1. K O R O K = R

K

2.

R

A

T

=

T

3. N I A M M O A = A

N

4. A K I E R N S = A

S

5. I N K I T O N = N

K

6

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran Dengarlah Sayang Tanya sama hati Apa adik rasa Tentu jawab hati Sihat dan ceria Tanya sama akal Apa adik takut Tentu jawab akal Asaplah rokok C/o Duhai ayah sayang Dengarlah rayuan Rokok yang dibuang Jangan diulang Sihat tubuh badan Kanser tak menyerang Jantung pula tenang Hidup pun riang.

7

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) (PROSIDAR)

TAHUN 1 TOPIK 1: APA ITU ROKOK?

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Rokok Rokok

BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG DALAM ROKOK TERKANDUNG DALAM ROKOK

Ammonia

8

DENGARLAH SAYANG

Tanya sama hati Apa adik rasa Tentu jawab hati Sihat dan ceria Tanya sama akal Apa adik takut Tentu jawab akal Asaplah rokok C/o Duhai ayah sayang Dengarlah rayuan Rokok yang dibuang Jangan diulang Sihat tubuh badan Kanser tak menyerang Jantung pula tenang Hidup pun riang.

9

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

2

TAJUK

Kesan Merokok (Fizikal-tubuh badan)

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

1

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. ii. Menyatakan kesan merokok pada tubuh badan. Memberitahu kesan merokok kepada ahli keluarga atau rakan.

ISI

Kesan kepada fizikal i. Fizikal luaran ii. perokok tidak ceria gigi kuning cepat tua cepat letih

Fizikal dalaman mudah terkena penyakit (paru-paru, jantung dan otak)

10

LANGKAH-LANGKAH

Set induksi (5 minit) Guru bertanyakan murid tentang bahaya merokok. Langkah 2 (10 minit)

Perbincangan kesan-kesan merokok berpandukan gambar (rujuk slaid 3 - 8) Gambar 1 : Cepat tua Gambar 2 : Cepat letih Gambar 3 : Kanser paru-paru Gambar 4 : Gigi kuning Gambar 5 : Kesan nikotin kepada otak Gambar 6 : Sakit jantung Langkah 3 (10 minit) Aktiviti lakonan: Menyatakan Tak Nak Merokok ( rujuk lampiran ) Langkah 4 (15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Langkah 5 (15 minit) Aktiviti mewarna slogan KAMI BENCI ROKOK (rujuk lampiran) Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan tentang kesan-kesan merokok.

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Slaid Power Point. 2. Gambar-gambar. 3. Skrip lakonan. 11

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Suaikan perkataan di bawah dengan gambar yang betul.

1

GIGI

2

ROKOK

3

PARU-PARU

4

WANG

5

KUKU 12

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Tandakan ( ) pada kenyataan yang benar.

1. Hidup sihat tanpa rokok. 2. Merokok baik untuk kesihatan. 3. Orang yang merokok dibenci oleh kawan-kawan. 4. Merokok membazirkan wang. 5. Katakan `Ya ` pada rokok. 6. Nafas berbau segar apabila merokok. 7. Orang merokok mudah dijangkiti penyakit. 8. Kita mesti jauhkan diri daripada rokok.

13

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3

Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi.

rokok

gigi

sihat

busuk

wang

1. Jika merokok ________menjadi kuning. 2. Orang merokok badan tidak __________. 3. Nafas perokok berbau 4. Merokok membazirkan ___________. ___________.

5. Katakan `TIDAK` kepada ___________ .

14

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran Skrip aktiviti lakonan.Ariff Izzat Ariff Izzat Ariff Izzat Ariff : Mari kita ke belakang bangunan. : Nak buat apa? : Saya ada benda nak tunjuk kepada awak. : Jomlah. : Tengok ni, apa yang saya bawa. : Eh, awak bawa rokok! Dari mana awak dapat? : Saya ambil rokok ayah saya. Mancis pun saya bawa. Jomlah kita cuba. : Eh, mana boleh! Cikgu kata, merokok membahayakan kesihatan. Lagi pun murid sekolah mana boleh hisap rokok. : Saya tahu. Kita cuba sekali tak jadi masalah. : Tak boleh. Kita jangan sesekali hisap rokok. : Betul kata awak. Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Izzat

Ariff Izzat Ariff

*Sesuaikan skrip mengikut kebolehan murid.

15

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran

16

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) (PROSIDAR)

TAHUN 1TOPIK 2: KESAN MEROKOK (FIZIKAL /TUBUH BADAN)

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

CEPAT TUA CEPAT TUA

CEPAT LETIH CEPAT LETIH

17

KANSER PARU- PARU KANSER PARU- PARU

GIGI KUNING DAN NAFAS BERBAU

KESAN NIKOTIN KEPADA OTAK KESAN NIKOTIN KEPADA OTAK

SAKIT JANTUNG SAKIT JANTUNG

18

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

3

TAJUK

Kenapa Dilarang Merokok?

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

1

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan kesan-kesan buruk merokok daripada aspek kesihatan. 2. Menyatakan kesan buruk merokok daripada aspek ekonomi. 3. Menghargai kesihatan diri dan nilai wang.

ISI

Kenapa merokok dilarang daripada aspek: - Kesihatan - Ekonomi

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru memanggil beberapa orang murid untuk membuat jigsaw puzzle gambar KATAKAN TAK NAK. (rujuk lampiran) 2. Murid yang berjaya diberikan pujian.

Langkah 1 (7 Minit) Sesi soal jawab yang ada kaitan dengan tajuk gambar dan slogan KATAKAN TAK NAK.

19

Langkah 2 ( 8 minit ) 1. Guru menayangkan slaid orang sedang merokok.(rujuk slaid 2) 2. Bersoal jawab dengan murid berkenaan gambar tersebut. Langkah 3 (10 minit) Guru menayangkan slaid dan memberi penjelasan kepada murid tentang kesan-kesan buruk merokok daripada aspek:(rujuk slaid 3-4) a. Kesihatan b. Ekonomi Langkah 4 (25 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid.

Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan tentang tajuk yang diajar.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LCD / Laptop Slaid Power Point Lampiran

20

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Lengkapkan perkataan di bawah berdasarkan gambar yang diberi.

gambar rokok

r___kok

gambar wang

___ang

gi ___ i

ota____

pa__u-pa__u.

21

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Isikan tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan. kesihatan merokok penyakit menabung sihat wang

1. Merokok boleh membahayakan _____________ kita. 2. Orang yang merokok mudah dihinggap ______________. 3. Merokok membazirkan ___________________. 4. Orang yang ________________ umpama membakar wang. 5. Amalkan sikap suka __________________. 6. Hidup _____________ tanpa rokok.

22

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Susun semula perkataan-perkataan di bawah menjadi ayat yang betul. 1. Merokok kesihatan membahayakan

2.

tidak

rokok

Katakan

kepada

3.

sikap

menabung

Amalkan

suka

4.

wang

membazirkan

Merokok

5.

Merokok

padah

membawa

23

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran Bahan Set Induksi

24

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

GAMBAR PEROKOK

TAHUN 1 TOPIK 3 : KENAPA DILARANG MEROKOK

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ANTI MEROKOK

KESAN BURUK MEROKOK DARI SEGI EKONOMI

MEMBAZIR WANG

25

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

1

TAJUK

Kandungan Dalam Sebatang Rokok

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

2

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan 3 daripada 5 kandungan bahan beracun dalam sebatang rokok. 2. Menyatakan bahan yang menyebabkan ketagihan iaitu nikotin.

ISI

Bahan-bahan berbahaya dalam rokok

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menayangkan gambar rokok. (rujuk slaid 2-3) 2. Guru bertanyakan murid apakah kandungan yang terdapat dalam sebatang rokok. (rujuk slaid 4-5) Langkah 1 (15 minit) 1. Guru menunjukkan contoh-contoh bahan yang terdapat dalam rokok dengan menggunakan benda maujud seperti ubat nyamuk, ubat gegat, minyak tar dan lain-lain. 2. Guru bertanyakan tentang bahan-bahan berbahaya dalam rokok.

26

Langkah 2 (15 minit) Guru menerangkan tentang bahan-bahan dalam rokok yang menyebabkan ketagihan. Kesan nikotin.(rujuk slaid 6)

Langkah 3 (20 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid.

Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan tentang isi kandungan sebatang rokok dan ketagihannya.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Klip video Lampiran Slaid Power Point LCD / Skrin

27

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Suaikan gambar dengan perkataan yang betul.

Asap keretaNikotin

Pencuci lantaiNaphthylamnine

Racun anai-anaiKarbon monoksida

Ubat gegatAmonia

Penyembur seranggaArsenik 28

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Pilih jawapan di bawah dan isikan di dalam petak yang sesuai.Nikotin Napthylamin Arsenik Karbon monoksida Ammonia

29

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.Nikotin mengantuk 1. karbon monoksida arsenik ammonia berbau

merupakan bahan kimia dalam rokok, juga terdapat dalam racun serangga.

2. 3.

Bahan beracun yang sama terdapat dalam ubat gegat dan rokok ialah.. Paru-paru perokok terpaksa menerima gas

4.

Orang yang sentiasa merokok menyebabkan nafas

5.

Dalam pencuci lantai terdapat sejenis bahan kimia iaitu

6.

Kesan daripada ketagihan merokok mengakibatkan perokok .

30

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

Rokok

TAHUN 2 TOPIK 1:KANDUNGAN DALAM SEBATANG ROKOKSEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Rokok

Kandungan Sebatang Rokok

31

Kandungan Sebatang RokokKESAN-KESAN NIKOTIN

Ammonia

KETAGIH. RASA PENING / MABUK. SEDIH. KECEWA. MUDAH MARAH. RESAH. SUKAR MEMBERI TUMPUAN. MENGANTUK.

32

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

2

TAJUK

Kenapa Dilarang Merokok.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

2

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyebut secara lisan sebab-sebab dilarang merokok. 2. Menyatakan implikasi merokok daripada aspek kesihatan, ekonomi, agama, dan sosial. 3. Memberitahu bahaya merokok kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

ISI

Kenapa dilarang merokok daripada aspek : Kesihatan Ekonomi Agama Sosial

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi ( 5 minit ) Sedutan video Gelagat Remaja.(rujuk slaid 2) Guru bersoal jawab tentang klip video tersebut

Langkah 1 (5 minit ) Guru bersoal jawab tentang latar belakang keluarga yang merokok, pengetahuan sedia ada tentang rokok, pengalaman , sebab-sebab dilarang merokok

.

33

Langkah 2 ( 20 minit ) 1. Guru menayangkan klip video kesan merokok kepada kesihatan.(rujuk slaid 3) 2. Guru dan murid berbincang sebab-sebab dilarang merokok daripada aspek : Kesihatan 10 jenis penyakit iaitu: - Kanser - Tekanan darah tinggi - Jangkitan saluran pernafasan - Angin ahmar - Penyakit gigi dan gusi - Penyakit mata - Ulser perut - Osteoporosis (Tulang reput) - Arteriosclerosis (penyempitan saluran nafas) - Penyakit jantung Ekonomi - Pembaziran - Produktiviti berkurangan(Letih,lesu,malas,membuang masa) - Kos perubatan tinggi Agama - Bertentangan dengan nilai-nilai murni semua agama Sosial - Runtuhnya nilai murni (berbohong,menipu,tidak berdisiplin dan lain-lain) - Kadar jenayah meningkat (mencuri, menipu) - Ponteng sekolah - Lepak - Vandalisme / gangsterisme - Buli

34

Langkah 3 (25 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup ( 5 minit) Penekanan kenapa dilarang merokok dari aspek kesihatan, ekonomi, agama dan sosial. Merangsang kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Klip video Slaid Power Point LCD / Laptop Lampiran

35

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Penuhkan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai 1

K A O M S K E B A M P

S E OK MB P A G A G I N Y K R I H Z I

2 3 4

5

6 7

8

36

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Cari perkataan yang tersembunyi

A H M A R E F V A

Z A WU F L K S P E T R K B F P I S

O D T M L A K M T

L A Y B I F L A R

M R L K K A Q T R

J A N T U N G A E

I H M I L M A E S

M T O U T D V A N

B I A H M A D I A

G N P I U A M O K

C G A I D S L P Z

X G I G I G U S I

D I D R E S N U A

R R H I T A M I D

Jenis-jenis penyakit akibat merokok 1.AHMAR 2.ULSER 3.DARAH TINGGI 4.JANTUNG 5.MATA 6.KANSER 7.GIGI 8.GUSI37

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Nyatakan tiga kesan buruk akibat merokok.a. Daripada aspek kesihatan1._______________________________________________________________ 2._______________________________________________________________ 3._______________________________________________________________

b. Daripada aspek ekonomi1.________________________________________________________________ 2.________________________________________________________________ 3._________________________________________________________________

c. Daripada aspek sosial1._________________________________________________________________ 2._________________________________________________________________ 3._________________________________________________________________

38

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

TAHUN 2 TOPIK 2: KENAPA DILARANG MEROKOK

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

CEPAT TUA

CEPAT LETIH

39

KANSER PARU- PARU

GIGI KUNING DAN NAFAS BERBAU

KESAN NIKOTIN KEPADA OTAK

SAKIT JANTUNG

40

41

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

3

TAJUK

Menjauhi Rokok.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

2

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan kandungan yang ada dalam sebatang rokok. 2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kesan merokok. 3. Menyebut cara-cara mengatasi tabiat merokok.

ISI

1. Bahan yang terkandung dalam sebatang rokok. 2. Perbandingan orang yang merokok dan tidak merokok. 3. Langkah-langkah pencegahan tabiat merokok.

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru mempamerkan poster TAK NAK (rujuk slaid 2) 2. Guru bersoal jawab berkaitan poster yang ditunjukkan. Langkah 1 (5 minit) Guru menunjukkan gambar kandungan yang ada dalam rokok. (rujuk slaid 3)

42

Langkah 2 (15 minit) 1. Tayangan slaid penyakit-penyakit akibat merokok. (rujuk slaid 4-8) 2. Bersoal jawab berkaitan slaid di atas. Langkah 3 (30 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Rumusan (5 minit) Murid menyatakan semula cara mengatasi merokok Penegasan guru berkaitan cara mengatasi merokok

BAHAN BANTU MENGAJAR

Poster Slaid PowerPoint Lampiran LCD / Skrin

43

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Warnakan gambar di bawah;

44

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Suaikan

DILARANG MEROKOK

GIGI KUNING

DISAMAN

MEMBAZIR DUIT

BATUK

BAWAH

KANSER

18TAHUN

45

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuaiMerokok berfaedah kesihatan

Bersenam

dilarang

bijak

1. Pilihlah kawan yang tidak_______________. 2. Anda seorang yang ___________ jika tidak merokok. 3. Isikan masa lapang dengan aktiviti yang _____________. 4. Kanak-kanak _____________ membeli rokok. 5. Amalan merokok boleh membahayakan _____________ anda. 6. Aktiviti _______________ boleh mengatasi tabiat merokok.

46

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

TAHUN 2 TOPIK 3: MENJAUHI ROKOK

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1

2

Kandungan Dalam Rokok

KESAN BURUK MEROKOK DARI SEGI KESIHATAN

Ammonia

KANSER PARU- PARU3

4

47

CEPAT TUA

CEPAT LETIH

5

6

SAKIT JANTUNG

GIGI KUNING DAN NAFAS BERBAU

7

8

48

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

1

TAJUK

Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

3

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan punca-punca merokok. 2. Menyatakan kesan-kesan merokok terhadap diri dan keluarga.

ISI

A. Punca-punca merokok ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Ingin mencuba Ingin membuktikan kedewasaan Lemah jati diri Pengaruh rakan sebaya Mengikut tingkahlaku ibu bapa / idola Pengaruh dari iklan Mudah diperolehi Mampu dibeli

B. Kesan-kesan merokok ; 1. 2. 3. 4. 5. Punca penyakit berbahaya Hubung kait dengan dadah Masalah disiplin Menjejaskan prestasi akademik dan kokurikulum Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah 6. Menjejaskan penampilan diri

49

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menyalakan lingkaran ubat nyamuk di hadapan kelas. 2. Guru bertanyakan kepada murid tentang: - warna api - bau asap - kesan asap ke atas manusia - aktiviti-aktiviti lain yang mengeluarkan asap Langkah 1 (10 minit) Guru bertanya kepada murid tentang: - ahli keluarga murid yang merokok. - murid yang pernah merokok - sebab-sebab mereka merokok Langkah 2 (15 minit) Tayangan slaid berkaitan dengan punca-punca merokok. (rujuk slaid 2-6) pengaruh rakan sebaya/ idola/ ibu bapa. Pengaruh iklan. Ingin mencuba. Lemah jati diri Mudah diperolehi. Mampu dibeli.

Langkah 3 (10 minit) Tayangan slaid berkaitan dengan kesan merokok ; (rujuk slaid 7-13) a. Ketagihan ; - buang masa - kurang daya konsentrasi (tumpuan) b. Fizikal ; gigi kekuningan letih lesu mengantuk nafas berbau

50

c. -

Penyakit ; kanser paru-paru sakit jantung asma batuk kering

d. Ekonomi ; - Pembaziran wang e. Prestasi merosot; - disiplin - akademik - kokurikulum Langkah 4 (Aktiviti bertulis 15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Rumusan (5 minit) Guru meminta murid melaungkan slogan berikut secara beramai-ramai ; - Kami benci rokok - Kami benci perokok - Kami tak nak merokok

BAHAN BANTU MENGAJAR

Lingkaran ubat nyamuk Mancis Slaid power point Lampiran LCD / Skrip

51

Nama:.. Tahun: Tarikh: Lampiran 1 Aras 1 Suaikan maklumat yang berkaitan di antara petak A dan B.

A Kesan fizikal kepada perokok Kesan ekonomi Punca murid merokok

B

Kanser paru-paru Ingin cuba, pengaruh rakan Membazir wang

Penyakit akibat merokok

Gigi kekuningan, lesu, mengantuk

52

Nama:.. Tahun: Tarikh: Lampiran 2 Aras 2 Pilih jawapan yang betul ; 1. Apakah organ tubuh badan yang rosak jika kita merokok ? A. B. C. D. Jantung Telinga Mata Kaki

2.

Apakah kesan kepada pelajar yang merokok ? A. B. C. D. Berdisiplin Rajin Cerdas Mengantuk

3.

Gigi seorang perokok biasanya berwarna....................... A. B. C. D. putih kuning hitam kelabu

4.

Pilih pernyataan yang benar mengenai rokok ; A. B. C. D. Rokok baik untuk kesihatan Murid boleh membeli rokok di kedai Rokok boleh menyebabkan banyak penyakit Rokok boleh menenangkan fikiran

5.

Pilih pernyataan yang salah mengenai punca merokok ; A. B. C. D. Pengaruh daripada kawan-kawan Ingin mencuba Galakan ibu bapa Pengaruh iklan

53

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Isi tempat kosong dengan menggunakan jawapan yang sesuai ; kuning menjejaskan kimia berkedut merokok sihat rakan sebaya paru-paru

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Gigi seorang perokok biasanya berwarna ____________ . Pengaruh __________________ merupakan salah satu punca murid cuba merokok. Orang yang tidak merokok lebih ______________ berbanding orang yang merokok. Merokok akan mempercepatkan proses penuaan dan kulit cepat ____________ . Murid yang merokok boleh ___________ prestasi akademik. Dalam sebatang rokok, terdapat bahan ________________ yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada perokok. Kanser ___________________ adalah antara penyakit yang menimpa seorang perokok. Ibu mengandung yang _____________ berisiko keguguran.

54

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) (PROSIDAR)

PUNCA-PUNCA MEROKOK PUNCA-PUNCA MEROKOKINGIN MENCUBA INGIN MENCUBA

TAHUN 3 TOPIK 1: PUNCA DAN KESAN MEROKOK KEPADA TUBUH BADANSEKOLAH BEBAS DADAH 2012 SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PUNCA-PUNCA MEROKOK PUNCA-PUNCA MEROKOKINGIN BUKTIKAN KEDEWASAAN

55

PUNCA-PUNCA MEROKOK PUNCA-PUNCA MEROKOKPENGARUH RAKAN SEBAYA

PUNCA-PUNCA MEROKOK PUNCA-PUNCA MEROKOKMAMPU DIBELI MAMPU DIBELI

KESAN KESAN MEROKOK KESAN KESAN MEROKOK1. Punca penyakit bahaya

KESAN KESAN KESAN KESAN2. Hubung kait 2. Hubung kait rokok, dadah dan rokok, dadah dan AIDS AIDS 99% penagih 99% penagih dadah bermula dadah bermula sebagai penghisap sebagai penghisap rokok rokok

56

KESAN KESAN KESAN KESANKetagihan KetagihanMembuang masa Kurang daya konsentrasi

KESAN KESAN FIZIKAL KESAN KESAN FIZIKAL2. Menjejaskan 2. Menjejaskan penampilan diri penampilan diri Gigi dan jari kuning Bibir hitam Nafas berbau Cepat beruban Cepat beruban Kulit cepat berkedut Kulit cepat berkedut

PENYAKIT-PENYAKIT PENYAKIT-PENYAKITKanser paru-paru Batuk kering Sakit Jantung

KESAN BURUK MEROKOK DARI SEGI EKONOMI KESAN BURUK MEROKOK DARI SEGI EKONOMI

Pembaziran Wang Pembaziran Wang

57

KESAN KESAN KESAN KESAN. Masalah disiplin sekolah. . Masalah disiplin sekolah. - ponteng - vandalisme - vandalisme . Menjejas prestasi akademik dan kokurikulum. dan kokurikulum. . Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sukan minat dalam aktiviti sukan sekolah.

58

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

2

TAJUK

Bagaimana Mengatakan TIDAK Kepada Rokok.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

3

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan bahaya merokok. 2. Menolak ajakan menjadi perokok. 3. Mengelakkan diri daripada menjadi seorang perokok dan membenci rokok.

ISI

Kemahiran menyatakan TIDAK pada rokok.

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi : ( 5 minit) Guru menayangkan slaid orang sedang merokok. (rujuk slaid 2) Langkah 1 ( 5 minit) Bersoal jawab tentang gambar untuk mengesan pengetahuan murid. Langkah 2 (10 minit) Tayangan slaid kesan-kesan merokok Penyakit kanser, kuning gigi, nafas berbau, dan pembaziran.(rujuk slaid 3-5)

59

Langkah 3 (10 minit) Murid-murid melakonkan dialog berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru.(rujuk lampiran) Langkah 4 (25 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Rumusan ( 5 minit ) Guru dan murid sama-sama berpantun. AYAM BERKOKOK DI ATAS BUKIT HISAP ROKOK DAPAT PENYAKIT

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Skrip lakonan Lampiran

60

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran Skrip LakonanKetika pulang dari sekolah, Ramli mengajak Azman ke suatu tempat yang agak jauh dari orang ramai. Azman : Kenapa kita ke sini? Ramli : Sebenarnya aku ada benda nak bagi kat engkau. Azman : Apa bendanya ? Ramli : Ini dia.(Sambil mengeluarkan 2 batang rokok ) Azman : Mana kau dapat rokok ni ? Ramli : Aku ambil rokok ayah. Mari kita cuba hisap rokok ni . Azman : Tak nak lah. Merokok membahayakan kesihatan.Lagipun cikgu kata, merokok adalah permulaan ke arah terlibat dengan najis dadah. Ramli : Alah..kita cuba sekali je. Azman : Tak nak.Buangkan saja rokok itu. Jangan kita jadi perokok. (Selepas membuang rokok itu, mereka pun beredar dari tempat itu).

61

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Suaikan pernyataan dengan gambar.

Senyuman menawan

Akibat merokok

Dilarang merokok

Keluarga bahagia

Katakan tak nak

62

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Membazir

merokok

katakan

sihat

suka

1. Amalkan cara hidup ............. 2. .............. membahayakan kesihatan. 3. ...................... tak nak kepada rokok. 4. Merokok adalah perbuatan ........... 5. Semua orang ............ jika tidak merokok.

63

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 3 Penuhkan teka silang kata di bawah.

1

B

5

S

K

2

R

N

4

T

6

K

3

M

B

I

Melintang 1. Bau nafas yang tidak disenangi 2. Bahan yang boleh membunuh

3. Perkara yang sia-sia 4. Katakan ..nak kepada rokok

Ke bawah 5 menawan jika tidak merokok 6. Warna gigi apabila merokok

64

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) (PROSIDAR)

PEROKOK PEROKOK

TAHUN 3 TOPIK 2: BAGAIMANA MENGATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penyakit Kanser Penyakit Kanser

KESAN KESAN FIZIKAL KESAN KESAN FIZIKALMenjejaskan Menjejaskan penampilan diri penampilan diri Gigi dan jari kuning Gigi dan jari kuning Bibir hitam Bibir hitam Nafas berbau Nafas berbau Cepat beruban Kulit cepat berkedut

65

PEMBAZIRAN WANG PEMBAZIRAN WANG

66

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)

TOPIK

3

TAJUK

Inhalan; Jenis Dan Kesan Penagihannya.

MASA

1 Jam

KELAS / TAHUN

3

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan makna inhalan. 2. Menyebut jenis-jenis inhalan. 3. Menyatakan kesan-kesan penyalahgunaan inhalan.

ISI

1. Definisi inhalan 2. Jenis-jenis inhalan. 3. Kesan penyalahgunaan inhalan.

LANGKAH-LANGKAH

Set Induksi ( 5 minit) 1. Tunjukkan gambar-gambar bahan inhalan. (rujuk slaid 2) 2. Pamerkan bahan maujud sebagai contoh inhalan. - gam tiub basikal - gam paip Langkah 1 ( 5 minit) 1. Guru memberi definisi dan jenis-jenis inhalan. (rujuk slaid 3 dan 4) 2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan melengkapkan kad teka kata. (rujuk slaid 5) 4. Murid berbincang dalam kumpulan. 5. Wakil murid menampal jawapan.

67

Langkah 2 (15 minit) Penerangan tentang bahaya penyalahgunaan inhalan dengan menggunakan slaid .(rujuk slaid 6 dan 7) - Kesan serta merta. - Kesan jangka masa panjang.

Langkah 3 ( 30 minit ) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Rumusan ( 5 minit ) Guru membuat rumusan tentang isi kandungan pengajaran.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Kad teka kata Lampiran LCD / Skrin

68

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 1 Aras 1 Suaikan kumpulan inhalan dan contoh bahan

Keton

Bahan cegah beku , pencair cat

Nitrik Lifatik

Penyahgeris

Eter

Petrol, simen getah, butana dan propana

Hidrokarbon a l i f at i k

Penyahgeris dan simen

Alkohol

Gabungan nitrik yang diniagakan

69

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 2 Aras 2 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul1. Kesan serta merta deria apabila menghidu inhalan ialah _______________________ 2. ____________________ ialah kesan jangka panjang akibat menghidu inhalan. 3. Kesan penghiduan wap pekat berulangkali boleh menyebabkan ____________________________ 4. Sakit otot dan sengal-sengal sendi adalah antara kesan ___________________________penyalahgunaan inhalan. 5. Kehilangan daya ingatan adalah antara kesan________________ Penyalahgunaan inhalan. jangka panjang gatal mata

serta merta

pucat

Kerosakan sistem saraf

70

Nama:.. Tahun: Tarikh:

Lampiran 3 Aras 31. Senaraikan lima jenis inhalan a. _________________ b. __________________ c. __________________ d. __________________ e. __________________ 2. Nyatakan lima kesan penyalahgunaan inhalan

a. _________________ b. __________________ c. __________________ d. __________________ e . _________________

71

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

INHALAN INHALAN

TAHUN 3TOPIK 3 : INHALAN ; JENIS DAN KESAN PENAGIHANNYA

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DEFINISI INHALANKUMPULAN ALKOHOL CONTOH

PENCAIR CAT, BAHAN CEGAH BEKU ETER KETON HIDROKARBON AROMATIK

Sebarang jenis bahan meruap yang diambil melalui sedutan wapnya seperti gam, pelarut cat, tinner, dan gas anestetik

PENCAIR CAT, PENYAHGERIS

PENCAIR CAT, PENYAHGERIS ,SIMEN

PETROL, PENCAIR, PENYAHGERIS, SIMEN GETAH DAN AEROSOL HIDROKARBON ALIFATIK

PETROL, PENCAIR, PELEKAT, SIMEN GETAH, BUTANA DAN PROPANA ( GAS PEMETIK API ANESTETIK NITRIK LIFATIK

PENCAIR, PENYAHGERIS, AEROSOL, PEMBACUH BUIH.

GABUNGAN NITRIK YANG DINIAGAKAN

72

1. Deria

A

O

L

Sensitif kepada cahaya, gatal mata, penglihatan berkembar, dan telinga berdesing.

2. Sistem pernafasan dan kardiovaskular.

Sesak nafas, sakit dada, rasa tidak selesa, dan degupan jantung tidak normal.

I F T

R

K

3. Lain-lain Sakit-sakit otot dan sengal sendi.

1. Letih lesu, 2. Pucat, 3. Kehilangan daya ingatan, 4. Kehilangan daya untuk berfikir, 5. Dahaga, 6. Susut berat badan, 7. Sugul, 8. Bengis, 9. Rasa terancam

10. Pengurangan pembentukan sel darah dalam sumsum tulang. 11. Kerosakan sistem saraf pusat. 12. Pengurangan keupayaan jasmani 13. Kerosakan hati buah pinggang, darah dan sumsum tulang. 14. Kematian mengejut

73

SUMBER BAHANBahan-bahan yang terdapat di dalam CD ini dipetik daripada bahan-bahan umum:Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan PEMADAM Malaysia Radio Televisyen Malaysia Laman-Laman Web Serta bahan-bahan yang diubahsuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR), Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak bertujuan untuk dikomersialkan.

LINK / PAUTANhttp://www.prn.usm.my http://www.moh.gov.my http://www.infosihat.gov.my http://www.adk.gov.my http://www.pemadam.org.my http://www.drugs.com http://www.health.org http://www.gettingwell.com

74

SEKALUNG BUDIKementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah, dan panel guru yang telah bertungkus lumus menggubal, menyunting, dan memurnikan Modul Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).

75

JAWATANKUASA INDUK PENGGUBAL KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

Pengerusi Dato Hajah Noor Rezan binti Bapoo Hashim Pengarah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Pengerusi En. Zulkifly bin Mohd Wazir Timbalan Pengarah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setiausaha, En. Badrul Hisham bin Abd Karim Penolong Pengarah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Naib Setiausaha I, En. Mohd Adnan bin Salleh Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Terengganu.

Naib Setiausaha II, En. Abdul Rahim bin Sulaiman Penolong Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Terengganu.

76

Ahli JawatankuasaEn. Ismail b. Ibrahim En. Matnor b. Hj. Mohd Daud En. Salim b. Daim En. Baharin b. Sabar En. Shuhaimi b. Ab. Rashid En. Mohamad Hazawawi b. Yusof En. Abd. Rahim b. Md. Radzi En. Abdullah Sani b. Hj. Abdul Rahman En. Hatta Haji Arabi En. Dikin b. Hj. Musah En. Shamsudin b. Yusof Tn. Hj. Manan b. Umar Tn. Hj. Ghazali b. Hamzah En. Mohd Yusof bin Hj. Mamat En. Zubir bin Harun En. Abd Razak bin Bakar En. Hanafi bin Abd. Aziz En. Sohaimi bin Mohamed En. Ayub bin Kassim En. Megat Zulkifli bin Ahmad En. Abdul Hamid bin Daud - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Wilayah Persekutuan Labuan - Kelantan - Negeri Sembilan - Johor - Perak - Pulau Pinang - Pahang - Sarawak - Sabah - Kedah - Melaka - Selangor - PPD Kuala Terengganu - PPD Dungun - PPD Setiu - PPD Kemaman - PPD Besut - PPD Hulu Terengganu - PPD Marang - PPD Marang

77

PANEL PENGGUBAL KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAHBESUT Pn .Masliza bt Rifin SK Tg. Mahmud, Besut Pn. Dina Aminah bt Daud SK Kuala Besut II Pn. Hasmat bt Abdul Rahman SK Keruak, Besut En. Ashri Kumar bin Yusof SK Kg. Baru, Besut En. Mohd Zaid bin Hussin SK Tanah Merah En. Mohd Zaki bin Yeop SK Pasir Akar En Sayadi@Saidi bin Awang SK Tg Mahmud II En. Muhammad bin Mat Ali SK Pusat Jerteh Pn. Zalina bt Salim SK Bukit Kenak Pn. Salbiah bt Yahya @Ya SMK Renek En. Abdullah bin Salleh SMKA Wataniah En. Wan Mohd Noor bin Wan Abd Rahim SMK Tembila Pn Siti Syarifah bt Ibrahim SMK Bukit Payung Pn. Wan Rusanah bt Wan Ibrahim SMK Permaisuri Nur Zahirah KEMAMAN Pn. Noranati bt Ibrahim SMK Sultan Ismail II Y.M Syed Azmi bin Syed Alwi SMK Basdrul Alam Shah En. Azmi bin Ibrahim SMK Binjai En. Mohd Basiran bin Mohd Jamil SMK Rasau Kerteh 5 En. Mohd Khir bin Tompang SMK. Kijal, Kemaman En. Zakaria bin Tahir SK Bukit Kuang En. Azmi bin Jusoh SK Ayer Putih En. Kheruddin bin Abdullah SK Seri Geliga En. Rozali bin Salleh SK Ibok En. Saidin bin Awang SK Rantau Petronas En. Rosdi bin Mat Said SK Sultan Ismail En. Alias bin Mamat SK Cheneh Baru HULU TERENGGANU En. Mazlan bin Ngah SK Bukit Apit En. Zulkifli bin Mamat SK Betong En. Mohammad Yusni bin Mansur SK Sungai Buluh En. Azman bin Othman SK Pereh En. Zaidi bin A. Ghani SK FELDA Mengkawang En. Ibrahim bin Abdul Ghani SK Tengkawang En. Abdul Rahim bin Abdul Rahman SK Tapu En. Azman bin Mahmud SK FELDA Tersat En. Mohd Talmizi bin Ngah SMK Menerung Pn. Hasnah bt Ibrahim SMK Tg Ampuan Intan Pn. Rosmawati bt Hussin SMK Ajil En. Mohd Nor Hisham bin Bakori SMK Kuala Jenderis En. Zul Kibri bin Abdullah@Abdul Aziz SMK Jenagor En. Mazlan bin Mohd Hassan SMK Landas KUALA TERENGGANU UTARA En. Roslin bin Mohamad SMK Bukit Tunggal En. Ramly bin Abdullah SMK Ibrahim Fikri En. Ahmad Zulkanain bin Abd. Manaf SK. Teluk Ketapang En. Shamsuddin bin Md. Yusof SMK Kompleks Gong Badak YM. Tengku Azelam bin Tengku Abdullah SMK Pengadang Baru Tn Haji Shafie bin Ali SK Bukit Tunggal En.Zulkifli bin Abu Bakar SK Tok Jiring En. Hisham bin Hashim SK Kampung Tengah En. Mohd Nordin bin Yusof SMK Bukit Tunggal En. Nor Shafizan bin Husain SK. Darat Batu Rakit En. Razali bin Mohd Salleh SK Teluk Pasu En. Azahar bin Harun SK. Bukit Tok Beng En. Mohd Al-Sidek bin Yusof SK Kg. Gemuruh

78

KUALA TERENGGANU SELATAN En. Hamdan bin Osman SMK Seri Nilam En. Rosli bin Che Mokhtar SMK Padang Midin En. Jamari bin Isa SMK Panji Alam Cik Sarimah binti Kassim SMK Seri Budiman En. Mohd Zaki bin Ambak SMK Sultan Sultan Sulaiman En. Mohamad bin Sulaiman SK Sultan Sulaiman I En. Fadli bin Muda SK Bukit Bayas En. Roslan bin Mohamad SK. Kg. Baru Serada En. Mohd bin Ibrahim SK Pusat Kuala Ibai En. Shukri bin Salam SK Kedai Buloh Cik Saemazurita binti Shafai SK Sultan Sulaiman II En. Mohd Shamsudin bin Mahmood SK Tok Dir En. Mohd Kamal bin Ismail SK Pasir Panjang MARANG En. Yusof bin Alias SK. Pengkalan Berangan En. Yahya bin Wahab SK. Padang Mengkuang En. Mohd Asnawi bin Othman SK. Padang Mengkuang En. Wan Fauzi bin Wan Abd. Rahman SK. Medan Jaya En. Mohd Sukardi bin Rashid SK. Kubu En. Ahmad Zamzam bin Hashim SK. Rusila En. Yahya bin Hussain SK. Merchang En. Nik Mawardi bin Nik Hussain SK. Gong Balai YM. Sh. Noor Hanisah binti Syed Hassan SK. Seberang Marang Cik Haminah binti Awang Hitam SK. Rhu Rendang En. Mohd Rosdi bin Ibrahim SK. Bukit Payong En. Mohd Ali bin Haji Jusoh SK. Pasir Puteh Pn. Rafidah binti Aziz SMK. Tun Telanai Pn. Siti Ruhaya binti Zainuddin SMK. Bukit Sawa

SETIU En. Mohd Noor Bashah bin Mat Yatim SMK Tg. Ibrahim En. Zakari bin Yusof SMK. Sungai Tong En. Sabarudin bin Salleh SMK. Langkap Cik Noorulaini bt. Abdullah SK Rhu Sepuluh En. Mohd Remzan bin Hasan SK. LKTP Chalok Barat Pn Normah bt. Mat Hasan SK. Kg. Rahmat DUNGUN En. Mohd Nordin bin Ithnin SMK. Pulau Serai En. Alias bin Sulaiman SMK(A) Kuala Abang En. Mohd Azhar bin Sapei SMK. Jerangau En. Muhamad Azmi bin Ibrahim SMK. Balai Besar Pn. Rosidah binti Ramli SMK. Pulau Serai Pn. Mazlila binti Mahmood SMK. Ketengah Jaya En. Abdullah bin Mohamad SK. Seri Paka En. Ismail bin Yaacob SK. Pusat Dungun En. Osman bin Jusoh SK. Bukit Besi En. Anuar bin Muda SK. Kampung Nyior Pn. Fazidah binti Mohamad SK. Balai Besar Pn. Nik Hasnah binti Nik Yahya SK. Sultan Omar Pn. Husina binti Mat Lazim SK. Rasau Kerteh Bandar B1 Pn. Husni binti Yusof SK. Seri Paka

79

PANEL PEMURNIAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH Tn. Haji Mohamad Noor bin Ahmad SMK. Putera Jaya, Setiu En. Nasiruddin bin Ibrahim SMK. Pelong, Setiu En. Mohd Nazri bin Mat Nawi SMK. Langkap, Setiu En. Zulkifli bin Ab.Majid SK. Bukit Putera, Setiu En. Wan Mahader bin Wan Mohamed SK. Bukit Puteri, Besut En. Mohd Diah bin Yahya SK. Kg. Chabang, Kemaman En. Napatah bin Ariffin SMK. Binjai, Kemaman En. Wan Mohd Asri bin Wan Ismail SK. Putera Jaya, Setiu En. Mohd Khairi bin Idris SK. Lembah Jaya, Setiu Pn. Saridah binti Mohamad SK. Sungai Tong, Setiu Pn. Salimah binti Ismail SK. Bintang, Setiu En. Zaidi bin Embong SMK. Sultan Ismail, Kemaman En. Zulhaizat bin Yusoff SMK. Tengku Ibrahim, Setiu

80

HAK CIPTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum dapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

81