modul p&p komsas f4 syair sianah

Upload: ainee-ahmad

Post on 13-Jul-2015

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Modul Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Antologi Harga Remaja

MODUL 1Tingkatan Masa Tajuk Genre Fokus Utama : Empat : 40 minit : Syair Siti Sianah : Puisi Tradisional : 10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera. : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan . Aras 1 (iv) Menganalisis perkara yang menarik dalam karya. Fokus Sampingan : 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton.

: 7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan. Aras 1 (vi) Mengenalpasti penyataan fakta dan penafsiran dalam teks. Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat : i) menyatakan semula ciri-ciri fizikal watak yang digambarkan dalam syair yang dikaji. ii) memberi maksud tersirat perkataan yang tersurat dengan merujuk bahagian glosari buku antologi. iii) melagukan syair rentak Rakis dengan betul.

Kemahiran Bahasa : Fokus Utama : Kemahiran bertutur dan mendengar Fokus Sampingan : Kemahiran membaca

Modul Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Antologi Harga Remaja Sistem Bahasa Tatabahasa Kosa Kata : Sebutan dan intonasi : Makna perkataan : Umum : laki-laki, elok, jari Istilah : cemara

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai Kemahiran Bernilai Tambah : Pendidikan moral dan agama : memberi teladan : Kemahiran Berfikir - menganalisis Kemahiran Cara Belajar - merujuk kamus

Modul Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Antologi Harga Remaja

Isi Pelajaran Ciri-ciri wanita solehah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi

Penilaian Formatif

KBT / Catatan Panduan guru

- Guru meminta murid lelaki menyatakan ciri-ciri wanita idaman mereka. Jawapan murid lelaki di ulas oleh murid perempuan dan guru. - Guru membuat ulasan dengan merujuk kepada ciri-ciri peribadi Saidatina Aisyah Abu Bakar ( isteri Rasullallah). - Sesi penerangan guru tentang ciri-ciri wanita solehah memandu murid ke arah isi pelajaran hari ini. Langkah 1 Isi Syair Siti Sianah - Guru membimbing murid melagukan syair Siti Sianah dalam rentak Rukis untuk tujuan penikmatan dan penghayatan. Objektif 3 tercapai. Murid Berjaya mengalunkan Syair rentak Rakis.

- Guru boleh merujuk sumber - Sejarah Rasullallah - buku-buku rujukan dan internet.

[ Lampiran 1 ] Lirik Syair Siti Sianah

Modul Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Antologi Harga Remaja

Langkah 2 Aspek fizikal watak Siti Sianah - Guru mengedarkan lakaran wajah Siti Sianah Objektif 1 tercapai dan meminta murid melatakkan baris-baris puisi yang mengandungi aspek fizikal watak Siti Sianah seperti yang terdapat dalam syair yang dibaca. - Guru mengadalkan sesi sumbangsaran untuk mencungkil peringkat murid tentang sifat negativ peribadi wanita yang digambarkan dalam baris-baris Syair Siti Sianah yang tidak boleh diteladani. Langkah 3 - Guru menyenaraikan 5 perkataan melayu lama daripada syair dan meminta murid merujuk bahagian glosari buku. (Antologi Harga Remaja) - Sebelum itu, guru menerangkan apakah maksud glosari dan fungsinya dalam sesebuah buku. Objektif 2 tercapai

[ Lampiran 2 ] Latihan / Lembaran Pengurusan Grafik Aktiviti melabelkan gambaran fizikal watak Siti Sianah dalam barisbaris Syair Siti Sianah Arahan - Guru perlu memggunakan LPG : Lampiran 2 untuk menggerakkan aktiviti sumbangsaran ini.

Makna perkataan

Objektif 1 tercapai

- Guru boleh merujuk sumber : Kamus Dewan Edisi ke 3,ms 408 KBT BCB ( merujuk sumber) [ Lampiran 3 ] Senarai perkataan Melayu Lama

Modul Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Antologi Harga Remaja Penutup - Guru membuat rumusan dan menyuruh murid melagukan semula Syair Siti Sianah secara bergilir-gilir.