modul pembelajaran kendiri analisis penyata kewangan ... · pdf filekadar pusing ganti stok...

4
1 Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah 6 (a) Perniagaan Gagah Perkasa dan Perniagaan Tegap Maju adalah dua perniagaan yang menjual alatan sukan. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan tersebut pada 31 Mei 2012: Perniagaan Gagah Perkasa RM Modal 1 Jun 2011 120 000 Jualan 345 500 Stok purata 30 674 Untung kasar 56 250 Penghutang 20 450 Pemiutang 19 780 Pelbagai Belanja 16 750 Perniagaan Tegap Maju Kadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali Pulangan atas modal 29.81 % (i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada pada dua titik perpuluhan) (i.i) Margin untung kasar (2 markah) (i.ii) Pulangan atas modal (2 markah) (i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah) (ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan berikan tafsirannya. (2 markah) (iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih? (2 markah) Nota ringkas: Pelajar mesti menghafal rumus khas untuk menjawab soalan tajuk ini dan juga perlu boleh mengaplikasikan rumus Penyata Pendapatan untuk mengira angka butiran yang mungkin diperlukan. Rumus Penyata Pendapatan (ringkas) Jualan ( - ) Kos Jualan = Untung Kasar (+) Hasil lain ( - ) Belanja lain = Untung Bersih

Upload: hakhanh

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan ... · PDF fileKadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali ... Langkah menjawab soalan LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan

1

Modul Pembelajaran Kendiri – Analisis Penyata Kewangan Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah

6 (a) Perniagaan Gagah Perkasa dan Perniagaan Tegap Maju adalah dua perniagaan yang menjual alatan sukan. Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan tersebut pada 31 Mei 2012:

Perniagaan Gagah Perkasa

RM

Modal 1 Jun 2011 120 000

Jualan 345 500

Stok purata 30 674

Untung kasar 56 250

Penghutang 20 450

Pemiutang 19 780

Pelbagai Belanja 16 750

Perniagaan Tegap Maju

Kadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali Pulangan atas modal 29.81 %

(i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada

pada dua titik perpuluhan)

(i.i) Margin untung kasar (2 markah)

(i.ii) Pulangan atas modal (2 markah)

(i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah)

(ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan

berikan tafsirannya. (2 markah)

(iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih? (2 markah)

Nota ringkas:

Pelajar mesti menghafal rumus khas untuk menjawab soalan tajuk ini dan juga perlu boleh

mengaplikasikan rumus Penyata Pendapatan untuk mengira angka butiran yang mungkin

diperlukan.

Rumus Penyata Pendapatan (ringkas)

Jualan

( - ) Kos Jualan

= Untung Kasar

(+) Hasil lain

( - ) Belanja lain

= Untung Bersih

Page 2: Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan ... · PDF fileKadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali ... Langkah menjawab soalan LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan

2

Rumus khas:

Nisbah keberuntungan:

1. Peratus untung kasar atas kos jualan (Tokokan) = Untung kasar X 100

Kos Jualan

2. Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar) = Untung kasar X 100

Jualan bersih*

*Jualan bersih = Jualan – Pulangan jualan

3. Peratus untung bersih atas jualan (Margin bersih) = Untung bersih X 100

Jualan bersih

4. Pulangan atas modal = Untung bersih X 100

Modal awal

Nisbah Kecairan:

1. Nisbah semasa = Aset semasa Liabiliti semasa

2. Nisbah ujian asid (Nisbah cepat) = Aset semasa – Stok akhir Liabiliti semasa

3. Nisbah ujian mampu = Jumlah liabiliti Jumlah aset

Nisbah Kecekapan:

1. Kadar pusing ganti stok (bilangan kali) = Kos jualan Stok purata*

*Stok purata = Stok awal + stok akhir

2

2. Kadar pusing ganti stok (bilangan hari) = 365 . Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)

3. Tempoh kutipan hutang = Penghutang X 365 hari

Jualan kredit

4. Tempoh pembayaran hutang = Pemiutang X 365 hari

Belian kredit

Page 3: Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan ... · PDF fileKadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali ... Langkah menjawab soalan LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan

3

Langkah menjawab soalan

LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan. Juga kenalpasti sama ada angka untuk

butiran rumus telah diberi dalam soalan.

Keratan soalan:

(i) Hitung perkara-perkara berikut bagi Perniagaan Gagah Perkasa. (berikan jawapan ada

pada dua titik perpuluhan)

(i.i) Margin untung kasar (2 markah)

(i.ii) Pulangan atas modal (2 markah)

(i.iii) Kadar Pusing ganti stok (2 markah)

i.i) Peratus untung kasar atas jualan (Margin kasar) = Untung kasar X 100

Jualan bersih*

= RM56 250 X 100

RM345 500

= 16.28%

i.ii) Pulangan atas modal = Untung bersih X 100

Modal awal

= RM39 500 X 100

RM120000

= 32.92%

i.iii) Kadar pusing ganti stok (bilangan kali) = Kos jualan Stok purata

= RM289 250 RM30 674

= 9.43 kali

Tulis semula

rumus dalam

jawapan.

Kedua-dua

angka untung

kasar dan

jualan boleh

didapati

daripada

soalan

Untung bersih tidak diberikan secara

langsung, perlu dikira menggunakan

rumus Penyata Pendapatan, manakala

modal awal telah diberikan.

Pengiraan Untung bersih :

Rumus Penyata Pendapatan

(ringkas)

= Untung Kasar 56250

(+) Hasil lain tiada

( - ) Belanja lain 16750

= Untung Bersih 39500

Kos jualan perlu dikira terlebih dahulu

menggunakan rumus Penyata

Pendapatan. Stok purata telah diberikan

Rumus Penyata Pendapatan (ringkas)

Jualan 345500

( - ) Kos Jualan ?

= Untung Kasar 56250

Oleh itu,

Kos jualan = Jualan – Untung kasar

= RM345500 – RM56250

= RM289250

Page 4: Modul Pembelajaran Kendiri Analisis Penyata Kewangan ... · PDF fileKadar pusing ganti stok sebanyak 12 kali ... Langkah menjawab soalan LANGKAH 1: Kenalpasti rumus yang diperlukan

4

Keratan soalan:

(ii) Hitung kadar pusing ganti stok untuk Perniagaan Tegap Maju dalam bilangan hari dan

berikan tafsirannya.

ii) Kadar pusing ganti stok (bilangan hari) = 365 . Kadar pusing ganti stok (bilangan kali)

= 365 .

12 kali

= 30.42 hari

Tafsiran: Perniagaan Tegap Maju menukar stoknya (membeli stok baru) setiap 30 hari.

Keratan soalan:

(iii) Jika anda seorang pelabur, perniagaan manakah yang akan anda pilih?

Perniagaan Gagah Perkasa kerana

Pulangan atas Modal Perniagaan Gagah Perkasa lebih banyak iaitu 32.92%

berbanding Perniagaan Tegap Maju iaitu 29.81%.

Selamat mengulangkaji

Angka telah

diberi dalam

soalan.

Nyatakan nama

perniagaan yang

dipilih

mesti ada

perbandingan

Nyatakan nama nisbah

yang digunakan