modul kepimpinan c.fazlie

Upload: noor-ain

Post on 06-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    1/13

    PENGENALAN

    Menurut Philip Selzenki, 1957 dalam Robiah K.Hamzah (2004) mengatakan

    bahawa orang yang layak dinamakan pemimpin adalah mereka yang dapat membuat

    keputusan yang kritis dan dapat bertindak dengan jayanya sekaligus membawa perubahan

    tertentu dalam sesebuah oraganisasi. Kepimpinan boleh dilihat dari segi peranan dan

    kebolehan seorang pemimpin itu mengarah dan memastikan arahan tersebut dipatuhi.

    Kepimpinan juga berkaitan dengan motivasi dan proses komunikasi. Adalah sukar untuk

    kita membuat satu generalisasi tetapi sebenarnya kepimpinan ialah satu corak hubungan

    seseorang itu yang mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi perlakuan orang lain

    melalui pemikiran, perlakuan, perkataan dan tindakan. Ini bermakna proses kepimpinan

    tidak dapat dipisahkan daripada asas aktiviti-aktiviti kumpulan. Organisasi yang tiada

    kepimpinan yang utuh atau kelompok yang tiada pemimpin umpama tubuh tanpa kepala,

    yang mudah menjadi sesat, panik dan kacau bilau.

    Salah satu teori kepimpinan yang popular disebut teori orang besar. Teori ini

    mengatakan para pemimpin memang dilahirkan dengan mempunyai ciri-ciri ataupun aura

    yang membezakan mereka daripada individu-individu biasa. Maksudnya, sejak dilahirkan

    mereka sudah memiliki ciri-ciri seorang pemimpin. Antara ciri utama pemimpin ialahsejak mereka masih kecil lagi mereka sudah mempunyai cita-cita yang tinggi dan mereka

    tahu apa yang mereka mahu. Maksudnya mereka tahu mereka hendak menjadi orang

    yang bagaimana, iaitu mereka hendak menjadi pemimpin. Dalam lain perkataan, teori ini

    mengatakan para pemimpin sejak kecil lagi sudah berjiwa besar.

    Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat

    aspek-aspek yang berbeza antara ciri-ciri pemimpin dan mereka yang dipimpin.

    Perbezaan-perbezaan itu juga boleh diukur. Para penyelidik menyimpulkan, ciri-ciri

    peribadi tertentu termasuk faktor-faktor lain mempengaruhi keberkesanan seseorang

    pemimpin. Ciri-ciri yang lazimnya ada pada diri pemimpin yang berkesan ialah :

    Bersemangat

    Kejujuran dan integriti

    1

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    2/13

    Dorongan kepemimpinan

    Keyakinan diri

    Pengetahuan

    Kreativiti Fleksibiliti

    Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek

    tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Antara ciri-ciri kepimpinan yang baik

    adalah :

    Berilmu pengetahuan

    Teras akidah yang kukuh

    Amanah

    Benar dalam kata-kata dan tindakan

    Keadilan meliputi segenap aspek

    Bijak dalam menangani masalah

    Persiapan dari segi mental dan fizikal harus dimiliki oleh setiap individu yang

    ingin menjadi pemimpin. Malah seseorang yang tidak bercita-cita untuk menjadi

    pemimpin juga harus bersedia. Ini kerana setiap daripada kita adalah pemimpin

    sebenarnya. Perbezaannya Cuma sama ada memipin untuk komuniti masyarakat yang

    besar atau di rumah. Namun begitu, setiap individu itu mempunyai tanggungjawab

    masing-masing yang perlu di jalankan sebaik mungkin.

    2

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    3/13

    1.0 Tajuk

    Modul Konsep dan Ciri Kepimpinan Berkesan

    2.0 Kelompok sasaran

    1.1 Pengawas Sekolah

    1.2 Seramai 12 orang

    3.0 Sinopsis

    Kepimpinan berasal dari kata dasar pimpin. Dari segi istilah pimpin membawa

    erti mengepalai atau mengetuai sesuatu kumpulan, badan atau organisasi. Kepimpinan

    boleh diertikan sebagai seni bagaimana seseorang yang menjadi pemimpin kepada

    sesuatu kelompok menggunakan pengaruh perseorangan yang dilaksanakan dalam

    sesuatu keadaan dan diarahkan melalui sistem komunikasi berkesan bagi mencapai

    matlamat untuk dirinya atau organisasi yang dipimpin olehnya.

    PERATURAN KUMPULAN

    1. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, aspek masa adalah diberi keutamaan. Setiap peserta

    perlu mematuhi masa yang telah ditetapkan. Ketepatan masa adalah sangat penting

    bagi seorang pemimpin yang berwibawa.

    2. Setiap peserta dikehendaki mengambil bahagian secara aktif dan memberi kerjasama

    yang sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

    3. Sepanjang aktiviti ini juga, fasilitator akan memperkenalkan satu ungkapan iaitu

    "peserta. Sekiranya fasilitator menyebut perkataan peserta, semua ahli kelompok

    dikehendaki menyebut, Kami, Kami Pemimpin!.....

    3

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    4/13

    ICE-BREAKING (TAG NAMA)

    1.0 Masa20 minit

    2.0 Alatan

    Kertas A4, Tali Rafia, Pen Marker

    2.0 Kaedah

    Menulis nama, matlamat dan prinsip hidup sebagai seorang pemimpin.

    3.0 Objektif

    3.1 Peserta dapat mengenali nama ahli lain dalam kumpulan.

    3.2 Peserta dapat menghilangkan rasa segan dan malu untuk berinteraksi sesama

    ahli.

    3.3 Peserta rasa yakin dan seronok untuk mengikuti aktiviti seterusnya.

    4.0 Prosedur

    4.1 Sebelum aktiviti dalam modul ini dijalankan, fasilitator terlebih dahulu

    memperkenalkan diri masing-masing.

    4.2 Fasilitator membina hubungan dengan peserta supaya peserta rasa dihargai

    dan tidak kekok.

    4.3 Fasilitator menerangkan peraturan dalam kumpulan. Fasilitator juga turut

    membuka peluang kepada ahli kelompok sekiranya mereka ingin menambah

    peraturan yang sedia ada yang dirasakan sesuai dengan ahli kelompok yang

    lain.

    4.4 Fasilitator turut memperkenalkan satu ungkapan iaitu peserta. Sekiranya

    fasilitator menyebut perkataanpeserta, semua peserta dikehendaki memberi

    respon dengan menyebut Kami, Kami Pemimpin!.

    4

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    5/13

    4.5 Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengedarkan sehelai kertas A4 kepada

    setiap orang serta pen marker.

    4.6 Peserta dikehendaki menulis nama, matlamat sebagai seorang pemimpin

    serta prinsip hiduppada kertas A4 yang disediakan.

    4.7 Seterusnya, peserta diberikan tali rafia setiap orang.

    4.8 Peserta diminta untuk menebuk lubang pada kertas A4 yang telah ditulis

    nama, matlamat dan prinsip hidup tadi dan mengikatnya dengan tali rafia.

    4.9 Seterusnya, para peserta dikehendaki menggantungkan pada leher masing-

    masing.

    4.10 Setelah selesai, fasilitator akan membuat rumusan terhadap aktiviti yang

    dijalankan sebentar tadi.

    5.0 Falsafah

    5.1 Setiap ahli akan dapat mengenali nama ahli yang lain.

    5.2 Mengenali dan mengingati nama adalah penting dalam proses berkenalan.

    5.3 Setiap individu akan rasa dihargai dan dihormati apabila namanya dikenali.

    5.4 Peserta juga lebih bersikap terbuka dan dapat bekerjasama dengan baik serta

    mengurangkan perasaan malu dan segan sesama ahli.

    5

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    6/13

    AKTIVITI 1: SIAPA SAYA?

    1.0 Masa

    35 minit

    2.0 Alatan / Bahan Bantu

    Kertas Majong, Pen Marker, Loytape, Plastisin, Gambar Tokoh, Keratan G

    Gambar Tokoh, Komputer Riba (muzik)

    3.0 Kaedah

    3.1 Pengutaraan pendapat

    3.2 Sumbangsaran

    3.3 Perbincangan dalam kumpulan

    3.4 Pembentangan daripada dua kumpulan kecil para peserta

    4.0 Objektif

    4.1 Membolehkan peserta memahami konsep kepimpinan.

    4.2 Membolehkan peserta memahami definisi dan kepentingan pemimpin.

    4.3 Membolehkan peserta memahami fungsi dan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.

    4.4 Membolehkan peserta mengenalpasti kemahiran memimpin yang perlu dimiliki

    oleh seseorang pemimpin.

    5.0 Prosedur

    5.1 Sebelum melakukan aktiviti, fasilitator terlebih dahulu melakukan energizer

    bersama peserta untuk meningkatkan minat peserta dan supaya mereka lebih

    bersedia dengan aktiviti yang akan dijalankan.

    6

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    7/13

    5.2 Fasilitator seterusnya menerangkan serba sedikit tentang konsep kepimpinan

    kepada peserta.

    5.3 Fasilitator memulakan aktiviti dengan cara menyoal kepada setiap peserta

    tentang tokoh pemimpin Negara yang mereka tahu. Dengan cara ini, peserta

    dapat mengingat dan mengimbas kembali tokoh-tokoh pemimpin yang banyak

    berjasa kepada tanah air.

    5.4 Fasilitator seterusnya mengedarkan keratan gambar tokoh Negara ( Tun Dr.

    Mahathir dan Tunku Abdul Rahman) kepada setiap orang peserta.

    5.5 Kemudian peserta diminta untuk melengkapkan gambar tokoh tersebut dengan

    mencantumkannya antara satu sama lain dan dilekatkan pada kertas majong yang

    disediakan. Masa yang diberikan adalah 5 minit.

    5.6 Muzik instrumental akan dimainkan sepanjang aktiviti ini berlangsung.

    5.7 Aktiviti pencantuman gambar ini secara tidak langsung akan membentuk dua

    kumpulan iaitu Kumpulan Tun Dr. Mahathir dan Kumpulan Tunku Abdul

    Rahman.

    5.8 Kumpulan yang dapat melengkapkan gambar dengan cepat akan menang dan

    diberi ganjaran manakala kumpulan yang kalah akan diberikan dendaan.

    5.9 Seterusnya, setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sehelai kertas majong dan

    pen marker.

    5.10 Peserta dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang ciri-

    ciri yang layak bagi seorang pemimpin, matlamat seorang pemimpin serta

    gaya kepimpinan yang dipersetujui. Masa yang diberikan untuk aktiviti ini

    adalah 10 minit.

    5.11Kemudian mereka perlu menyenaraikan ciri-ciri yang layak bagi seorang

    pemimpin, matlamat seorang pemimpin serta gaya kepimpinan tersebut pada

    kertas majong yang telah disediakan.

    5.12Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit.

    5.13 Fasilitator memainkan lagu instrumental sepanjang sesi perbincangan supaya

    para peserta lebih santai dan selesa.

    5.14Kemudian, fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja

    masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah 5 minit.

    7

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    8/13

    5.15Ahli kumpulan lain dikehendaki memberikan tumpuan kepada pembentangan

    tersebut.

    5.16Setelah selesai aktiviti, fasilitator membuat rumusan tentang ciri-ciri yang layak

    bagi setiap pemimpin, matlamat seorang pemimpin dan gaya kepimpinan terbaik

    yang diamalkan oleh seseorang pemimpin.

    6.0 Falsafah / Hasil Pembelajaran

    Selepas mengikuti aktiviti dalam modul ini, para peserta akan :

    6.1 Bersedia serta mampu untuk memimpin sesebuah persatuan atau organisasi.

    6.2 Berkemampuan mengendalikan tugas kempimpinan persatuan atau organisasi

    dengan lebih berkesan.

    6.3 Meningkatkan rasa tanggungjawab untuk memimpin sesebuah persatuan atau

    organisasi dengan lebih berkesan.

    6.4 Menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan dalam diri mereka.

    6.5 Berkemampuan menggunakan gaya kempimpinan yang tepat dan sesuai dalam

    menghadapi sesuatu situasi.

    6.6 Berkemampuan menjadi seorang pemimpin yang adil, prihatin dan disenangi

    oleh mereka yang berada di bawah pimpinannya.

    6.7 Berkemampuan untuk menjadi teladan yang baik (uswah hasanah) kepada

    mereka yang berada di bawah pimpinannya.

    6.8 Mampu mengaplikasikan konsep kepimpinan yang telah dipelajari bukan sahaja

    dalam organisasi bahkan juga dalam institusi kekeluargaan.

    6.9 Menyedari betapa pentingnya memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam diri mereka.

    6.10Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang

    mereka bergelar pemimpin.

    6.11Menyedari bahawa apabila mereka menjadi seorang pemimpin, secara tidak

    langsung mereka akan menjadi penggerak dan memerlukan sokongan serta

    bantuan daripada subordinat yang berada bawah pimpinan mereka dalam

    memastikan matlamat pimpinan akan tercapai.

    Kepimpinan Cemerlang , Masyarakat Terbilang

    8

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    9/13

    AKTIVITI 2: SIAPA HEBAT?

    7.0 Masa

    30 minit

    8.0 Alatan / Bahan Bantu

    Kertas A4, Keratan Calon Pemimpin, Pen / Pensel, Komputer Riba (Muzik)

    3.0 Kaedah

    Perdebatan sesama ahli.

    4.0 Objektif

    4.1 Untuk memupuk semangat kepimpinan dan keyakinan diri yang tinggi dalam

    setiap ahli kelompok.

    4.2 Memupuk sikap berpegang pada prinsip dan berpendirian teguh.

    4.3 Untuk melahirkan pemimpin yang benar-benar berkebolehan, berwibawa dan

    sentiasa memikirkan kebajikan masyarakat.

    4.4 Untuk memupuk sikap menerima kekurangan diri, berusaha memperbaikinya

    dan tidak mudah mengalah walaupun menerima kritikan.

    5.0 Pelaksanaan Modul

    5.1 Fasilitator memulakan perlaksanaan modul dengan mengajak peserta melakukan

    energizer untuk memanaskan badan dan menyediakan diri peserta ke acara

    seterusnya iaitu modul kepimpinan ini.

    5.2 Selepas itu, fasilitator menyuruh setiap peserta mengambil tempat duduk masing-

    masing dan duduk dalam posisi yang dirasakan selesa oleh setiap orang.

    9

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    10/13

    5.3 Fasilitator membuat sesi penghayatan ringkas kepada semua peserta mengenai

    situasi kampung dan setiap peserta akan mengandaikan diri berada dalam situasi

    tersebut.

    5.4 Selepas sesi penghayatan itu, peserta diberikan sedikit masa untuk menenangkan

    diri dan berfikir sejenak tentang apa yang telah diceritakan dalam sesi tersebut.

    Muzik berbentuk instrumental akan di mainkan dengan perlahan sepanjang

    aktiviti berjalan.

    5.5 Peserta akan duduk dalan satu bulatan yang agak besar untuk memudahkan setiap

    ahli berpandangan sesama sendiri dan berinteraksi secara terbuka. Fasilitator

    akan turut berada dalam lingkungan bulatan dan akan menjadi pemerhati dan

    sekaligus memutuskan keputusan permainan.

    5.6 Fasilitator menerangkan mengenai corak permainan yang akan dijalankan.

    5.7 Semua ahli adalah penduduk sebuah kampung iaitu Kampung Kra Chi Kra Chai

    yang telah kematian pemimpinnya yang berwibawa. Untuk memilih bakal

    pengganti kepada ketua kampung tersebut, seramai 12 orang telah dicalonkan.

    Daripada 12 orang ini hanya seorang yang akan memegang watak tersebut dan

    untuk memilih bakal ketua kampung yang benar-benar layak, satu perdebatan

    telah diadakan di khalayak ramai (buat dalam bentuk penghayatan).

    5.8 Fasilitator akan menyenaraikan 12 watak yang berbeza dan setiap watak tersebut

    mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Antara senarai watak ialah:

    a) Jurutera pemabuk

    b) Arkitek suka makan rasuah

    c) Mahasiswa penganggur berpengalaman

    d) Bekas penagih dadah yang telah insaf

    e) Bekas banduan yang tidak bersalah

    f) Duda /janda kaya tidak beranak

    g) Peguam kaki perempuan /lelaki

    h) Akauntan yang tidak jujur

    i) Penjaja jalanan yang baik hati

    j) Anak bekas ketua kampung yang berpendidikan rendah

    10

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    11/13

    k) Guru yang makan gaji buta

    l) Kontraktor yang panas baran

    5.9 Fasilitator akan menulis setiap watak tersebut di dalam kertas dan dilipat untuk

    diberikan cabutan kepada setiap ahli.

    5.10 Setiap ahli akan menerima satu watak untuk dipegang.

    5.11 Fasilitator akan memberikan masa 5 minit untuk setiap ahli memikirkan hujah-

    hujah mereka.

    5.12 Seterusnya fasilitator akan membuka peluang kepada peserta untuk

    mengemukakan hujah mereka. Peserta pertama yang tampil untuk memulakan

    pembentangan akan diberikan ganjaran kerana berani menjadi orang pertama

    yang bertindak.

    6.0 Falsafah / Hasil Pembelajaran

    6.1 Tiada insan yang sempurna namun kita harus berusaha untuk menjadi yang

    terbaik dan memperbaiki kelemahan yang ada.

    6.2 Hidup ini penuh dengan santapan pujian dan kritikan namun kita jangan alpa

    dengan pujian dan jatuh dengan kritikan. Biarlah pujian menjadikan kita sentiasa

    berhati-hati dan jadikan kritikan sebagai panduan untuk melangkah lebih tinggi.

    6.3 Kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu

    kita harus memperlengkapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang

    berlaku.

    11

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    12/13

    WE ARE THE CHAMPIONS

    We are the champions,my friends

    And we'll keep on fighting till the end

    We are the champions

    We are the champions

    No time for losers

    Cause we are the champions

    Of the world

    Of the world

    We are the champions, my friends

    And we'll keep on fighting till the end

    We are the champions

    We are the champions

    No time for losers

    'Cause we are the champions

    Of the world

    We are the champions

    We are the champions

    Of the world

    We are the champions, my friends

    And we'll keep on fighting till the end

    We are the champions

    We are the champions

    No time for losers

    12

  • 8/3/2019 Modul Kepimpinan c.fazlie

    13/13

    'Cause we are the champions

    Of the world

    by: shahidasamsudin&durazain2007( .^)

    13