modul karangan tingkatan 1 & 2

35
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1 KARANGAN UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS SYARAHAN 1. karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis. 2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar menghuraikan fakta berdasarkan tajuk ya diberikan mengikut format yang telah ditetapkan. 3. Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pe Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah d hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua) 4. Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan 5. Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan 6. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama tuan- tuan dan puan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri se kita mengemukakan sesuatu isi - sekurang-kurangnya 3 kali ). 7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu seperti selitkan unsur- unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi k membosankan. 8. Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi CONTOH KARANGAN Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ” Cara- Cara Memupuk Perpaduan Rakyat”.Sediakan teks syarahan anda. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi b Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” C -Cata Memupuk Perpaduan Rakyat”. Hadirin sekalian,

Upload: rizman5207

Post on 22-Jul-2015

41.550 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

KARANGAN UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS SYARAHAN 1. karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis. 2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar menghuraikan fakta berdasarkan tajuk yang diberikan mengikut format yang telah ditetapkan. 3. Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi

Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua)4. Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan 5. Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan 6. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama tuantuan dan puan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi - sekurang-kurangnya 3 kali ).

7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu seperti selitkan unsurunsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan.8. Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada

para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

CONTOH KARANGAN

Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat.Sediakan teks syarahan anda. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat. Hadirin sekalian,

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cara-cara bermaksud langkah-langkah melaksanakan sesuatu. Memupuk perpaduan rakyat pula membawa maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan boleh mengadakan kempen untuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Rakan-rakan yang dikasihi, Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum. Penglibatan pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat sekolah. Hadirin yang dihormati, Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup , seterusnya dapat merealisasikan

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh. Sekian ,terima kasih.LATIHAN

SOALAN 1 Isu:Cara-cara Menjaga Kesihatan] Selaku Pengerusi Kelab Kesihatan, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Caracara Menjaga Kesihatan Berdasarkan rajah di bawah pelajar dikehendaki merangka ayat huraian di ruang yang disediakan dan seterusnya menulis sebuah karangan yang lengkap di dalam buku latihan masing-masing.

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Perenggan Pendahuluan

CERAMAH Isi-isi Penting Kata alu-aluan-tajuk ceramah

Tajuk:Cara-Cara Menjaga Kesihatan Huraian

Penambah Perisa Menjalani kehidupan yang lebih bermakna

Isi 1

Kebersihan diri dan tempat tinggal

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Isi 2

Makan makanan yang lebih seimbang

Ingat sebelum kena,jimat sebelum habis

Isi 3

Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Janganlah sudah terhantuk baru hendak tergadah

Isi 4

Melakukan aktiviti rekreasi

Tonggak kebahagiaan

Penutup

Menghargai diri dengan menjaga kesihatan

Diri kita,tanggungjawab kita

Soalan 2 Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. Tajuk syarahan tersebut ialah Kepentingan Aktiviti Sukan kepada Masyarakat. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Strategi penyediaan jawaban

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

T K F

Aktiviti Sukan kepada Masyarakat Kepentingan / manfaat Syarahan - berformat

Isi 1 : menyihatkan badan Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 3 Anda diminta untuk menyampaikan syarahan dalam satu majlis perhimpunan sekolah. Tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan ialah Langkan-langkah untuk Mendelakkan Diri daripada Kesan Jerebu. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F Mengelakkan Diri daripada Kesan Jerebu Langkah / Usaha Syarahan - berformat

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4 Sebagai pegawai kesihatan , anda telah diundang oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramah tentang Langkah-langkah untuk mengelakan demam denggi .

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 5 Sebagai pakar motivasi, anda dikehendaki untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

KARANGAN SURAT RASMI 1. Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan sebagainya. 2. Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri. 3. Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.

B. Format Surat Rasmi:

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

1. Nama dan alamat pengirim di sudut kiri surat. (Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang) (Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris) 2. Penerima dan alamat penerima di sudut kiri surat. 3. Tarikh dengan huruf besar di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima. 4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) di kiri dan tanda koma. 5. Tajuk surat Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat. 6. Pengenalan surat nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor) 7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah 2 sm dari nombor) i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu) ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan) iii. Cadangan mengatasi masalah anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan. 8. Penutup surat tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih. 9. Tulis ucapan terima kasih di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor) (Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris) 10. Tulis pengesahan: - Yang menjalankan tugas (jika tujuan rasmi) dan Yang benar (jika tujuan persendirian) - Tandatangani -(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan. -Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili. 11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Contoh Surat Kiriman Rasmi yang LengkapKompleks Penghulu, Mukim Jorak, 12, Pekan Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Takzim.

Ketua polis, Balai Polis Daerah Muar, Jalan Petrie, 84600 Muar, Johor Darul Takzim. Tuan,

12 MAC 2000.

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.

3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain. 5. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka. 6. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

(Ali Bin Mohamad) Penghulu Mukim Jorak

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik] Kawasan tempat tinggal anda sangat kotor. Anda ingin mengadukan hal tersebutkepada pihak berkuasa tempatan. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. Surat Rasmi Perenggan Pendahuluan Tajuk:Aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Isi-isi Penting Huraian Tajuk:Aduan tentang Keadaan Kotor di Taman Merlimau Utara Sampah tidak diangkut oleh lori sampah Longkang tersumbat-banjir kilat Taman permainan kanakkanak semak dan terurus Dewan orang ramai tidak diselenggara dengan baik Mengambil tindakan segera

Penambah Perisa Merujuk kepada perkara di atas Menyakitkan mata yang memandang Mengambil inisiatif

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Pergerakan anakanak sukar dikawal Disia-siakan-tidak dimanfaatkan Terima kasih

Isi 4

Penutup

SOALAN 2 Perkhidmatan mengangkat sampah di tempat anda tidak dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah seperti bau busuk dan sampah sarap yang bertaburan. Bagi pihak penduduk tempat tinggal anda, anda rasa berasa bertanggungjawab untuk menulis surat kepada pihak majlis perbandaran untuk menyatakan rasa tidak puas hati anda. Tulis surat itu selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F Perkhidmatan Pengangkutan dan Pembuangan Sampah Perkara Surat kiriman rasmi - Berformat

Isi 1 : melahirkan perasaan tidak puas hati tentang mutu perkhidmatan lori pengangkutan sampah Isi 2 : lori pengangkutan sampah mengutip sampah tidak mengikut jadual

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3: nyatakan pelbagai masalah yang timbul seperti sampah sarp yang tidak dikutip menimbulkan bau busuk Isi 4 ; laporkan sikap segelintir pekerja lori mengangkut sampah yang tidak bertanggungjawab Isi 5 : nyatakan harapan supaya tindakan segera dapat diambil

Soalan 3 Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda ingin mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada cuti sekolah nanti. Anda dikehendaki untuk menulis surat kepada DBP untuk menyatakan tujuan lawatan dan memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ Soalan 4 Anda ingin menyatakan pendapat dalam ruangan pembaca tentang gejala sosial yang berlaku dengan leluasa di Negara kita. Tulis surat kepada editor majalah tersebut. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ Soalan 5 Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ KARANGAN SURAT TAK RASMI 1. Karangan jenis bersifat peribadi seperti peribadi aseperti surat kepada rakan, ibu bapa atau ahli keluarga 2. Surat ini mempunyai format yang tertentu yang perlu dipatuhi dengan sepenuhnya seperti yang berikut ini; a) Alamat pengirim b) Tarikh c) Pembuka kata d) Kata ganti diri pengirim e) Isi dan perkembangan isi

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

f) Penutup g) Pengakuan pengirim h) Tandatangan pengirim 3. Semua perkara itu mestilah ditulis mengikut aturan yang ditetapkan itu.

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

545, Jalan Bunga 1, Taman Bunga Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 30 September 2010

Menemui sahabatku David, yang kini sedang berada bersama keluarga di Perth, Australia, semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya. Saudara David,

Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat saudara. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya saudara benar-benar berminat untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik di- Malaysia. Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula. Pulau Langkawi terletak di Negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah pemandangan yang cantik. Hal ini demikian kerana Pulau Langkawi di keliling oleh pantai yang berpasir bersih, air laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudara berpeluang ke pulau Langkawi dapatlah saudara menikmati keindahan yang saya maksudkan ini. Untuk pengetahuan saudara, Pulau Langkawi terkenal sebagai Pulau Legenda. Legenda Mahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya , beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah. Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunannya.

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan Legenda Mahsuri ini, iaitu Makam Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudara peroleh mengenai legenda ini sekiranya saudara berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus. Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini. Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudara, Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya Yang Benar (Ali Bin Ahmad)Latihan Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik} Sahabat anda menganggap bahawa anda berjaya dalam pelajaran. Dia bertanya kepada anda tentang teknik untuk meningkatkan pencapaian akedemik. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Surat Tak Rasmi Perenggan Pendahuluan

Tajuk: Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik Isi-Isi Penting Huraian Penambah Perisa Pembuka kata Menemui sahabatku

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Membuat nota ringkas dan peta minda Membaca lebih awal topik pelajaran Belajar secara berkumpulan Mengurus masa dengan baik Pertua dan teknik diiringi disiplin

Peta minda meningkat kan daya ingatan Sediakan payung sebelum hujan Perkongsian pintar

Isi 4

Masa itu emas

Penutup

Berusaha dengan gigihtanggga kejayaan

Soalan 2 Sahabat pena anda di luar Negara ingin tahu mengenai usaha-usaha yang diambil di Negara kita bagi membantu warga tua dan kebaikannya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F Kerajaan Malaysia Membantu Warga Tua Usaha-usaha Surat kiriman tidak rasmi - Berformat

Isi 1 : mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan warga tua. Isi 2 :memberikan beberapa keistemewaan kepada warga tua Isi 3: menggesa orang ramai menderma apa-apa sahaja kepada warga tua Isi 4 : Memeberikan pencen kepada kakitangan awam yang telah bersara Isi 5 : mengadakankan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Soalan 3

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda sedang menghabiskan percutian di kampong. Anda menikmati keseronokan yang tidak dapat dinikmati di Bandar. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan suasana percutian itu. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4 Rakan anda dari negeri lain menulis surat kepada anda untuk meminta nasihat daripada anda bagi menghadapi peperiksaan. Sila balas surat tersebut dengan menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 5 Anda mempunyai kenalan di luar Negara. Anda hendak menveritakan keindahan sebuah tempat yang menarik di Malaysia untuk dikunjungi kepadanya. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ KARANGAN LAPORAN 1. Karangan jenis ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu aktiviti yang telah dijalankan seperti lawatan, pertandingan, pameran dan gotong-royong. 2. Kebiasaanya, laporan disediakan oleh setiausaha pertubuhan, kelab atau persatuan 3. Kerangan jenis ini mempunyai format yang khusus. CONTOH KARANGAN LAPORAN

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini. Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan. Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip genggam bara api biar jadi abu. Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah,

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria. Laporan disediakan oleh, 29 JUN 2010

Amalina(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS) Setiausaha Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.Latihan karangan jenis laporan Soalan 1 [Isu: Banjir di Kawasan Kediaman] Suatu kejadian banjir telah berlaku di kawasan kediaman anda.Selaku penduduk di kawasan tersebut,tulislah laporan tentang kejadian banjir berkenaan.Sediakan laporan anda selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan Pelan Induk Mengarang(PELINDUNG) Laporan Perenggan Pendahuluan Tajuk;Laporan Banjir di Taman Tunku Jaafar Isi-isi Penting Huraian Taman Tunku Jaafar di landa banjir

Penambah Perisa

Isi 1

Punca utama sistem saliran teruk

Tidak mampu menampung kuantiti air

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi2

Usaha menyelamatpara sukarelawan

Bersatu tenaga dan berkerjasama menghulurkan bantuan Korban banjir

Isi 3

Memuji kecekapan jentera penyelamat

Isi 4

Memuji kecekapan jentera penyelamat

Berat mata memandang,berat laagi bahu memikul Tiada nyawa yang hilang ditelan oleh air banjir.

Penutup

Banyak kerosakan

Soalan 2 Anda ialah setiausaha Pertubuhan Bulan Sabit Merah di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan aktiviti persatuan tersebut selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan T Aktiviti persatuan Pertubuhan Bulan Sabit Merah K Aktiviti yang telah dijalankan F Laporan - khusus Isi 1 : latihan kawad kaki (5W1H) Isi 2 :latihan pertolongan cemas secara teori dan praktikal Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ Soalan 3 Sekolah snda telah mengadakan Hari Usahawan Muda yang bertujuan untuk mengisi tabung PIBG. Tulis laporan tentang Hari Usahawan Muda tersebut. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan T K

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4 Anda merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah. Anda dikehendaki untuk menyediakan laporan tahunan persatuan. Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ Soalan 5 Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke suatu tempat yang menarik di Negara kita. Sebagai setiausaha anda dikehendaki untuk menyediakan laporan lengkap

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

tentang lawatan tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ KARANGAN DIOLOG/TEMU RAMAH/WAWANCARA

PANDUAN MENULIS KARANGAN WAWANCARA/TEMU RAMAHContoh Soalan: Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya. Pendahuluan Menerangkan secara ringkas dalam bentuk perenggan: a. siapa dengan siapa b. tempat wawancara c. masa wawancara diadakan d. tujuan wawancara diadakan Contoh Pendahuluan: Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Aleef Adham sebagai pengarang Majalah SUARA telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam PMR yang baru lalu iaitu saudara Amirul

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Adhwa. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah SUARA keluaran tahun 2008. Pengenalan: Ditulis dalam bentuk dialog a.Mengucapkan salam b.Memperkenalkan diri c.Menerangkan tujuan wawancara diadakan Contoh Pengenalan: Aleef : Assalamualaikum saudara Adhwa. Adhwa : Waalaikumsalam. Aleef : Saya Aleef, selaku pengarang majalah SUARA sekolah kita,terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara pada pagi ini.Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah SUARA keluaran tahun ini. Isi Wawancara: Mengandungi soalan pewawancara dan jawapan daripada yang diwawancara Soalan yang bersesuaian dengan kehendak soalan karangan Ditulis dalam ayat yang lengkap dan sempurna Jangan menulis singkatan atau bahasa pasar Masukkan 4 isi yang menjurus kepada kehendak soalan karangan Contoh Isi: Aleef : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR yang lalu? Adhwa : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya,orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Nor Azam.Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

muridnya.Terima kasih cikgu. Penutup: Nasihat/Saranan oleh orang yang diwawancara kepada pembaca Ucapan terima kasih pewawancara kepada orang yang diwawancara Contoh Penutup-Nasihat: Aleef : Soalan saya terakhir.Apakah nasihat saudara kepada pelajarpelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini? Adhwa : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini adalah selain tekun mengulangkaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.Akhirnya kita perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa. Contoh Penutup-Terima kasih: Aleef : Baiklah saudara Adhwa, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya pada pagi ini. Adhwa : Terima kasih kembali. http://azam09.blogspot.com/2009/06/panduan-menulis-karangan-wawancaratemu.html Latihan Soalan 1 [Isu: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Andaikan anda ketua pengarang majalah sekolah.Anda dikhendaki meancara Guru Penolong Sekolah anda tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum Diolog/Temu ramah/Wawancara Perenggan Isi- isi Penting Pendahuluan Kata alu-aluan Tajuk:Faedah Menyertai Aktivii Kokorikulum Huraian Penambah Perisa

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 2 Sebagai wartawan akhbar, anda ingin mengadakan temu bual dengan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tajuk temu bual yang telah ditetapkan ialah Punca-punca Berlakunya Kejadian Jerebu. Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.Tulis wawancara itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan T Jerebu K Punca F Wawancara - Berformat Definisi jerebu Punca 1 : Pembakaran terbuka Punca 2 : aktiviti perindustrian Punca 3 : _________________________________________________ Punca 4 : _________________________________________________ Soalan 3

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda salah seorang pengarang majalah sekolah. Anda telah ditugaskan untuk mewawancara pengetua sekolah anda kerana telah Berjaya menaikkan nama sekolah, iaitu menjadi johan dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tulis wawancara itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________

Soalan 4 Anda dan rakan berbincang tentang punca-punca sesetengah pelajar kurang berminat terhadap pelajaran. Tulis perbualan itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 4 ; __________________________________________________________ Soalan 5 Rakan anda terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah anda. Sebagai pengarang majalah sekolah, anda ditugasi untuk menemu bual rakan anda itu. Sediakan teks temu bual itu melebihi 180 patah perkataan. T K F

Isi 1 : _________________________________________________________ Isi 2 :__________________________________________________________ Isi 3: __________________________________________________________ Isi 4 ; __________________________________________________________ KARANGAN BERITA 1. Berita ialah karangan berformat 2. Karangan ini memerlukan penjelasan atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan, bencana alam, kebakaran, aktiviti dan sebagainya. 3. Biasanya berita disediakan oleh wartawan atau pemberita yang membuat liputan tentang sesuatu peristiwa. 4. Untuk menghasilkan sesuatu berita, murid perlu menjawab persoalan seperti apa, bila, siapa, berapa, di mana, bagaimana dan mengapa. 5. Berita dimulakan dengan menyatakan tempat dan hari atau tarikh kejadian. 6. Bentuk atau format berita perlu dipatuhi. CONTOH KARANGAN BERITA

KUALA TERRENGANU, Rabu-Sederet rumah kedai lima pintu, sebuah rumah dua tingkat,dan tiga buah kereta musnah akibat dalam satu kebakaran yang barlaku di JALAN PINAH pada pukul 12:00 tengah malam yang lepas. Dalam kejadian tersebut,32 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak dengan cepat.Lima

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

buah kereta bomba dan dua buah ambulan datang setelah mendapat pangilan kecemasan pada jam 12:30malam itu. Kebakaran itu berlaku begitu pantas sehinga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat menyelamatkan kereta masing-masing.Dalam 10minit kebakaran bermula mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat di dalam lima buah kedai itu.Letupan itu adalah gas dan gas itu menyebabkan kebakaran bertambah banyak. Pihak bomba datang yang tiba pada jam pukul12;45malam hanya berjaya mengawal kebakaran 30minit kemudian ,seterusnya menyelamat rumah- rumah yang berhampiran daripada terbakar. Tuan pemilik sebuah kedai akuarium yang kerugian sebanyak200,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata,semasa kejadian dia baru selesai mencuci tangki akuariumnya tiba-tiba terdengar dua letupan kuat sebelum api menyambar pintu hadapan kedainya.

Tiada yang kehilangan nyawa dalam kebakaran itu dan hanya beberapa orang mangsa cedera ringan akibat melecur .Mereka ingin dirawat sebagai pesakit luar. Jumlah kerugian diaggarkan mencecah sejuta ringgit sementara punca kebakaran masih disiasat.Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik

LATIHAN Tulis karangan di bawah ini. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan SOALAN 1 Sebagai seorang pemberita,anda di tugaskan untuk menulis berita tentang sesuatu kejadian kemalangan jalan raya.Tulis berita itu selengkapnya. Berita Perenggan Pendahuluan Tajuk:Kemalangan Jalan Raya Isi-isi penting Huraian Empat sekeluarga terbunuh

Penambah Perisa Kemalangan maut

Isi 1

Mangsa yang terlibat

Kedua-dua mangsa

Isi 2

Punca kemalangan

Mangsa tidak dapat mengawal kenderaan

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3

Usaha menyalamatkan mangsa Pemandu serta penumpang sebuah kereta lagi-cedera ringan Tindakan pihak berkuasa

Isi 4

Penutup

Kesesakan lalu lintas di kedua-dua hala jalan Kemalangan terlalu ngeri untuk diingat kembali Hargai nyawa

SOALAN 2 Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda dikehendaki untuk menulis berita tentang kejayaan pasangan beregu badminton negara yang telah mencatat sejarah kerana memerangi Kejohanan Badminton Seluruh England 2007. Tulis berita tersebut dengan lengkap. T K F Kejayaan pasangan Beregu Badminton Negara dalam Kejohonan Badminton seluruh England 2007 5W1H Berita berformat

Isi-isi Apa pasangan beregu badminton negara- Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menjuarai kejohanan yang paling berprestij iaitu Kejohanan Badminton Seluruh England 2007 Siapa pasangan beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong Bila sejarah tercipta pada 11 mac 2007 Di mana Kejohanan Badminton Seluruh England yang diadakan di National Indoor Arena, Birmingham, England Mengapa kejayaan membanggakan kerana menamatkan penantian 25 tahun selepas kejayaan Razif dan Jailani dalam kejohanan itu pada tahun 2002 Bagaimana menang kedua-dua set Soalan 3

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menyaksikan kejadian tanah runtuh di suatu tempat. Tulis berita tentang kejadian tersebut untuk disiarkan dalam akhbar. Soalan 4 Sebuah sekolah di tempah tinggal anda melancarkan program Masih Ada yang Sayang. Sebagai wartawan sebuah akhbar. Tulis suatu berita tentang majlis tersebut untuk dihantar kepada akhbar tempatan untuk disiarkan. Soalan 5 Seorang remaja perempuan telah mati lemas kerana mencuba untuk menyelamatkan adiknya daripada dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai. Sebagai pemberita, tulis berita tentang kejadian itu selengkapnya.

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA

SOALAN: Sediakan payung sebelum hujan.Tulis sebuah cerita yang menarik bagi menggambarkan peribahasa ini. Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku amat menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku. Ada saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Pernah ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidam-idamkannya. Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori yang ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, cat kereta ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

dilakukannya.Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga di dalam hati. Adakah ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali berlegar-legar di kotak fikiranku. Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada prinsip sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit. Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu, duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku menatap buku akaunku, pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti meningkat. Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit. Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah pula tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung baki yang masih diperlukan itu.Aku kemudiannya menyerahkan wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan air mata di pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan amalan keramat ini. Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang aku peroleh selama ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat mereka terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali kesilapan diri. 380 patah perkataan Hasil penulisan Nur Fatin Najwa 3 Cempaka 2008

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Karangan perbahasan Anda ialah pihak pencadang dalam satu pertandingan perbahasan.Tajuk perbahasan ialah Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak Mendatangkan Kerugian.Tulis teks perbahasan itu selengkapnya. Pelan Induk Mengarang (PELINDUNG) Perbahasan Kerugian Tajuk:Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak Mendatangkan

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Perenggan Pendahuluan Isi 1 Isi 2 Isi 3

Isi-isi penting Kata alu-aluan Pembiayaan yang tinggi Nilai mata wang asing amat tinggi Risiko pelajarmengalami kejutan budaya Ada antara institusi tinggi di luar negara tidak diiktiraf di negara ini Penghantaran pelajar keluar Negara lebih banyak mendatangkan kerugian

Huraian

Penambah Perisa Barisan penal hakim yang arif lagi bijaksana Membelanjakan ratusan ribu ringgit Ganjaran yang diperoleh belum pasti Hangat-hangat tahi ayam Masa dibazirkan

Isi 4

Penutup

Agar tidak mendatangkan kerugian kepada banyak pihak