10 modul kecemerlangan karangan

29
MODUL KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM KARANGAN

Upload: rossaannuar

Post on 12-Dec-2014

201 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

MODUL KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM KARANGAN

Page 2: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranKarangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 4

+ 0

Calon mesti memberi 4 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata kunci dan tajuk.

Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu 1 aliran terbuka, 1 aliran tertutup dan soalan yang memberi 1 idea percuma dan 3 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.

Karangan satu aliran boleh ditanya dalam laras Sains dan laras Sastera

Page 3: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranSoalan 1 aliran terbukaKata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai

perkaitanyang rapat. Contoh soalan: Golongan orang Kurang Upaya sering

dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan.Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya, soalan ini memerlukan 4 idea faktor orang kurang upaya dipinggirkan

Page 4: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranContoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang

pekerjaan)

Ideasikap majikankongkongan dan kebimbangan keluargasikap masyarakatfaktor dalaman golongan OKU itu sendiri

Page 5: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranSoalan 1 aliran tertutup

Soalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci hadir selepas pernyataan soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh itu calon perlu memikirkan idea yang lahir berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk.

Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil

Page 6: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranContoh soalan:

Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurangupaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan produktif.Ulaskan pernyataan ini.

Ulasan: Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementaragolongan orang kurang upaya yang dipinggirkan merupakanisu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang relevanberdasarkan dua pernyataan itu. Hal ini bermakna calon perlumemberi idea sampingan berdasarkan idea utama

Page 7: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu Aliran

Contoh idea

masyarakat memandang rendahmasyarakat kurang yakin kemampuanmasyarakat yang kurang simpatimasyarakat yang hanya mementingkan

keuntungan

Page 8: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu Aliran

Soalan 1 aliran dengan 1 idea percuma

Soalan jenis ini menyediakan 1 idea secara percuma dalam pernyataan pertama. Calon dikehendaki memikirkan 3 idea lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.

Page 9: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu AliranContoh soalan:

Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Ulasan:

Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan pertama, telah tersedia idea pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan 3 punca yang lain. Calon yang memberi 4 idea tanpa mengambil idea percuma maka 3 idea sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 3.

Page 10: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan Satu Aliran

Contoh ideasikap merendah diri OKU (idea percuma yang

wajib diambil)kekurangan latihan dan kemahiransikap negative masyarakat dasar dan perundangan kerajaan

Page 11: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Karangan 2 aliranKonsepSoalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 2 +

2..

Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata kunci

Contoh soalan:Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manfaat kepada pengguna. Bincangkan

 

Page 12: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Ulasan:Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya mempunyai dua iaitu menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu memberi dua idea masalah dan dua idea manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 2)

Page 13: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Contoh ideaKeburukan kad kredit1.beban hutang2. berbelanja tanpa kawalan (boros)3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh

(terhad)

Kebaikan kad kredit1.mempunyai cirri-ciri keselamatan2.memudahkan urusan kaunter3.dilindungi insuran

Page 14: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci soalan

Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam soalan mempunyai satu sahaja dan kata kunci yang sama maksudnya.

Page 15: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Contoh soalan

Penggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bincangkan

Page 16: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Ulasan

Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza iaitu penggunaan kad kredit dan wang tunai. Namun demikian kata kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan walaupun menggunakan istilah yang berbeza.

Kesimpulannya soalan ini berkehendakan calon memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu calon perlu membahagikan idea secara seimbang (2 + 2)

Page 17: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Idea

Kebaikan kad kreditselamatmudah dibawadilindungi insuran

Kebaikan wang tunaipenggunaan tanpa batasan ruang dan waktudapat mengatasi masalah boros ketika

berbelanja

Page 18: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Soalan tiga aliranKonsep

Soalan berbentuk tiga aliran menggunakan satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 2 atau 1 + 2 + 1 atau 2 + 1 + 1. Sekiranya calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira.Lazimnya soalan ini berbentuk soalan aliran tertutup

Page 19: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Soalan tiga aliran

Contoh soalan

Makanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negative jika tidak mendapat nasihat doctor. Bincangkan.

Page 20: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

UlasanSoalan ini mempunyai tiga pernyataan

dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada rakyat yang tidak mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negative pengambilan makanan suplemen..

Page 21: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

IdeaMengapa rakyat mengambil makanan suplemenMemulih dan memelihara kesihatanMenyingkirkan toksik dalam badanMeningkatkan tenaga

Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya

Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan

Tidak memahami/tidak mendapat maklumat

Kesan negatif makanan suplemenKeracunanAlahanMerosakkan organ dalaman

Page 22: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Soalan perbandingan Konsep

Soalan bentuk perbandingan menggunakan dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng

Page 23: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Contoh soalan

Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

Page 24: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Ulasan

Calon dikehendaki memikirkan ciri yang sama antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara. Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah

Page 25: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Idea

Kos (perbelanjaan)Bahasa pengantarKemudahan prasaranaKursus

Page 26: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Contoh huraian yang diterima

IPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal berbanding IPTA

Page 27: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Soalan karangan berbentuk peribahasaKonsepSoalan ini dimulakan dengan peribahasa dan

diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk

Contoh soalanBulat air kerana pembetung bulat manusia

kerana muafakat. Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?

Page 28: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

Ulasan

Calon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.

Page 29: 10 Modul Kecemerlangan Karangan

IdeaDefinisi peribahasa

Perkaitan definisi dengan isu/tajukWujudnya toleransiWujudnya kerjasamaWujudnya interaksi social