modul etnik sem 2

10
KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KOD KURSUS : SADN 1043 KURSUS : HUBUNGAN ETNIK PRA SYARAT : TIADA 1.0 SINOPSIS Kursus ini akan membincangkan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik yang wujud di Malaysia. Para pelajar juga akan didedahkan dengan konsep hubungan etnik menurut perspektif agama. Melalui pembelajaran kursus ini, hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia diharapkan akan mencapai matlamatnya. Selain itu, kursus ini juga diharapkan mampu memberi kefahaman kepada pelajar mengenai elemen global dan setempat dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia. 2.0 OBJEKTIF KURSUS Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat: 2.1 Memahami konsep pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik. 2.2 Menjelaskan berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik. 2.3 Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama. 3.0 PENGENDALIAN KURSUS Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus sebagai rujukan utama. Modul itu 1

Upload: virgo-vapor

Post on 01-Feb-2016

262 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Etnik Sem 2

KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD KURSUS : SADN 1043KURSUS : HUBUNGAN ETNIKPRA SYARAT : TIADA

1.0 SINOPSIS

Kursus ini akan membincangkan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik yang wujud di Malaysia. Para pelajar juga akan didedahkan dengan konsep hubungan etnik menurut perspektif agama. Melalui pembelajaran kursus ini, hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia diharapkan akan mencapai matlamatnya. Selain itu, kursus ini juga diharapkan mampu memberi kefahaman kepada pelajar mengenai elemen global dan setempat dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat:

2.1 Memahami konsep pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik.

2.2 Menjelaskan berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik.

2.3 Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus sebagai rujukan utama. Modul itu disertakan dengan beberapa soalan sebagai latihan. Pelajar juga dikehendaki mendaftar di Massive Open Learning Course (MOOC Kesepaduan Sosial) dan menjalankan aktiviti pembelajaran di situ. Di samping itu, pelajar dinasihat mendapatkan bahan-bahan rujukan tambahan dan maklumat media massa bagi mengasah pemahaman. Untuk itu, lima sesi perjumpaan antara pensyarah dengan pelajar ditetapkan, termasuklah peperiksaan akhir. Pertemuan ini lebih kepada sesi perkuliahan dan perbincangan. Maka pelajar dikehendaki membaca dan meneliti kandungan modul sebelum menghadiri setiap sesi bagi memungkinkan pembelajaran yang lebih berkesan dilakukan.

1

Page 2: Modul Etnik Sem 2

4.0 PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan:Tugasan individu : 30%Peperiksaan pertengahan semester 30%Peperiksaan Akhir : 40% Jumlah 100%

Kesemua komponen ini akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bahagian yang seterusnya.

5.0 TUGASAN INDIVIDU

Pelajar akan diberikan satu tugasan individu yang membawa 30% markah. Tugasan ini perlu dihantar dalam pertemuan KETIGA.

6.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan dijalankan dalam pertemuan ketiga. Masa diperuntukan ialah 1 1/2 jam. Soalan berupa gabungan soalan objektif dan soalan struktur. Markah yang diperuntukan ialah 30%.

7.0 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima (5). Tarikh, masa dan tempat yang tepat akan dimaklumkan kelak. Peperiksaan ini adalah komprehensif iaitu merangkumi keseluruhan modul. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Markah yang diperuntukan ialah 40%.

8.0 RUJUKAN

Rujukan utama yang dicadangkan:

Shamsul Amri Baharuddin (Ed.). (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik (KITA).

Ismail Yusoff et.al. (2012), Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Pearson (M) Sdn. Bhd.

A. Aziz Deraman. (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Faaland J., Parkinson J., & Rais Saniman. (2003). Growth and ethnic inequality: Malaysia’s new economic policy. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Hashim Hj Musa. (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

2

Page 3: Modul Etnik Sem 2

Nazaruddin Hj. Mat Jali, et.al (2003). Malaysian studies, nationhood and citizenship. Petaling Jaya: Pearson & Prentice Hall.

Rujukan sampingan yang dicadangkan: Syed Hussien Ali (Ed).(1984): Kaum, kelas dan pembangunan di Malaysia, Persatuan Sains

Sosial Malaysia: Kuala Lumpur

Syed Mohamad Naquib Al-Attas. (1971). Islam dan sejarah kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh. (1983). Race relations in Malaysia, Kuala: Lumpur: Heineman Educational Books (Asia) Ltd.

9.0 KANDUNGAN KURSUS

BIL TAJUK JAM

1. KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 1.1 Manusia. 1.2 Ras. 1.3 Etnik 1.4 Masyarakat 1.5 Kebudayaan 1.6 Perubahan Budaya dan Hubungan Etnik

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

2.1 Apakah Masyarakat Majmuk?.2.2 Ciri-ciri Masyarakat Majmuk?

2.3 Adakah Masyarakat Majmuk Punca Konflik?2.4 Sejarah Masyarakat Plural Di Malaysia

2.5 Bentuk Masyarakat Plural Di Malaysia.

4

PertemuanPertama

2.

3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK

3.1 Makna dan kedudukan perlembagaan. 3.2 Islam dan Perlembagaan. 3.3 Keperluan Perlembagaan. 3.4 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan. 3.5 Kandungan Perlembagaan Persekutuan 3.6 Unsur-unsur Tradisi Perlembagaan Persekutuan 3.7 Pindaan Perlembagaan Persekutuan

4

PertemuanKedua

3

Page 4: Modul Etnik Sem 2

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK

4.1 Konsep Pembangunan dan Modenisasi 4.2 Komponen Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian 4.3 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran

Pencapaian. 4.4 Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik. 4.5 Sektor Perindustrian dan Pembentukan Negara Maju.

SerahanTugasanPertama

4.

5. PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

5.1 Perkembangan Parti-parti Politik Menjelang Kemerdekaan 5.2 Parti Perikatan 5.3 Rusuhan Etnik. 5.4 Sejarah Politik di Sabah dan Sarawak. 5.5 Pendidikan untuk menyatukan pelbagai etnik 5.6 Rakyat Malaysia Baharu. 5.7 Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia

CABARAN-CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

6.1 Teori Hubungan Etnik. 6.2 Cabaran Hubungan Etnik. 6.3 Cabaran sosial 6.4 Cabaran politik 6.5 Cabaran ekonomi 6.6 Cabaran globalisasi

4

Pertemuan Ketiga

6,

7. ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK 7.1 Hubungan etnik zaman awal Islam 7.2 Prinsip Islam dalam Hubungan Etnik

MASYARAKAT BERINTEGRASI DI MALAYSIA: ANTARA CABARAN DAN HARAPAN 8.1 Mengapa perlunya masyarakat berintegrasi? 8.2 Takrif perpaduan dan integrasi 8.3 Kaedah pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia 8.4 Pengalaman Malaysia membentuk masyarakat berintegrasi

4

PertemuanKeempat

SerahanTugasanKedua

8.

9 Peperiksaan Akhir Semester PertemuanKelima

8. JUMLAH 16

4

Page 5: Modul Etnik Sem 2

10.0 TUGASAN INDIVIDU

Setiap pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada soalan berikut:

Bil

Tajuk

1 Bincangkan faktor-faktor sejarah yang mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia

2 Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi agama dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik antara etnik.

3 Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi bahasa dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik antara etnik.

4 Bincangkan perbezaan di antara etnik-etnik di Malaysia dari segi adat resam dan bagaimanakah perbezaan ini menimbulkan konflik antara etnik.

5 Bincangkan perbezaan di antara etnik dari segi makanan dan pakaian dan bagaimanakah ia dapat mewujudkan perpaduan di antara etnik

6 Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan dapat mewujudkan perpaduan di dalam negara kita.

7 Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia merupakan satu instrumen perpaduan antara etnik di Malaysia. Bahaskan kenyataan ini.

8 Masalah jurang pencapaian ekonomi masyarakat bumiputera Melayu dan bukan Bumiputera Melayu dilihat telah membawa kepada tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bahaskan kenyataan tersebut.

9 Dasar Ekonomi Baru (DEB) penting kepada pembentukan masyarakat lebih seimbang serta memupuk perpaduan di kalangan kaum. Bincangkan kenyataan ini.

10

Nyatakan pandangan Islam tentang masyarakat majmuk dan bincangkan bagaimana ia dapat diaplikasikan di Malaysia

11

Rukun Negara berperanan memperkasakan perpaduan masyarakat berbilang kaum demi memastikan agenda Negara tidak terbengkalai. Bincangkan.

12

Antara cabaran besar yang dihadapi dalam proses mengukuhkan perpaduan kaum ialah membina rakyat Malaysia yang mempunyai personaliti unggul. Bincangkan

13

Huraikan maksud prejudis dan stereotaip. Berdasarkan kepada pengalaman di Malaysia, bagaimanakah menimbulkan masalah dalam hubungan etnik

14

Perpaduan dapat dipupuk melalui pendidikan. Bincangkan kenyataan ini.

15

Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep 1Malaysia dan apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan dasar ini.

5

Page 6: Modul Etnik Sem 2

16

Toleransi agama dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan etnik di Malaysia. Bincangkan bagaimana ia dilaksanakan dalam kalangan di Malaysia

17

Huraikan objektif dan kejayaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

18

Penubuhan sekolah jenis kebangsaan boleh menganggu usaha mewujudkan perpaduan di Malaysia. Bincangkan kenyataan ini.

19

Sejauh manakah proses asimilasi budaya berlaku di Malaysia dan bagaimanakah proses ini dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan etnik

20

Nyatakan amalan-amalan etnosentrik yang wujud di Malaysia dan bagaimanakah ia menjejaskan perpaduan antara etnik.

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU:

1. Kulit luar: mengandungi kod kursus, nama kursus, tajuk tugasan, nama pensyarah, nama penuh dan no. matrik (ikutan urutan).

2. Kertas kerja mengandungi i) Isi Kandunganii) Pengenalan iii) Huraian Isi berdasarkan sub topikiv) Penutup

3. Kaitkan fokus dan sokong penghujahan dengan sumber rujukan berautoriti.

4. Elakkan plagiarisme khasnya amalan copy and paste dari internet. Minimumkan rujukan internet

5. Kemukakan rujukan dalam perenggan dengan sistem APA

6. Nyatakan sumber rujukan dengan jelas baik berupa buku (Nama Pengarang. Tahun Terbitan. Tajuk Bahan. Edisi/Cetakan. Tempat Terbit. Penerbit),

artikel, vcd, dvd dan sebagainya. Minimum 3 buah rujukan akademik perlu dikemukakan sebagai sokongan kepada ulasan/pendapat anda

7. Jumlah helaian antara 20-25 dengan font Times New Roman, bersaiz 12 dengan double spacing di atas kertas A4. Jilidkan tugasan anda dengan kemas.

8. Hantar tugasan anda pada pertemuan ketiga

9. Contoh Cover:

6

Page 7: Modul Etnik Sem 2

The Eminent Management University

SADN 1043

HUBUNGAN ETNIK

PJJ UUM

TAJUK:

DISEDIAKAN UNTUK:

7

Page 8: Modul Etnik Sem 2

DISEDIAKAN OLEH :

TARIKH HANTAR :

8