- cerpen yuran

23
Cerpen “Yuran” Karya Omar Mamat 1

Upload: lin-harris

Post on 01-Jul-2015

3.207 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: - Cerpen Yuran

1

Cerpen “Yuran”Karya Omar Mamat

Page 2: - Cerpen Yuran

Nama : Shai Li Jiun

Tingkatan : 1 Bijak / 2011

Nama Guru : Puan Marlina Omar

Page 3: - Cerpen Yuran

Pengenalan - Cerpen

Cerpen adalah salah satu genre prosa moden .Melalui cerpen , murid akan dapat menikmati karya sastera yang dihasilkan oleh penulis tanah air di samping mempertingkat kemahiran berbahasa mereka .

Page 4: - Cerpen Yuran

Pengenalan – Yuran

Melalui cerpen “yuran” karya Omar Mamat , murid dapat memahami perasaan seorang murid yang tidak mampu manjelaskan yuran peperiksaan sehinggakan dia mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru .

Page 5: - Cerpen Yuran

Sinopsis

Amin meminta wang sebanyak RM60 daripada emaknya , Mak Jah untuk membayar yuran sekolah . Mak Jah tidak dapat memberinya kerana tiada wang . Di sekolah , Cikgu Arsad mendesak Amin membayar esok yuran sukan dan yuran PMR manakala pengetua pula memberi amaran kepadanya bahawa andai dia mengagal melunaskan yuran tersebut , Amin akan dikeluarkan daripada senarai calon peperiksaan PMR . Desakan itu membuatkan Amin berasa malu dan tertekan , lalu mengambil keputusan ponteng sekolah . Dia menuju ke pusat beli-belah di pekan . Ketika Amin sedang melihat pengunjung bermain permainan video , tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang , menyebabkan buku dalam begnya bertabur .

Page 6: - Cerpen Yuran

Sambungan Sinopsis …

Amin segera mengejar pemuda itu dan berjaya menangkap lelaki itu dan mereka dibawa ke balai polis . Wanita mangsa ragut itu menyoal Amin . Apabila dirinya dikatakan ponteng sekolah , Amin segera meninggalkan wanita itu . Di rumah , Mak Jah mula berleter kerana Amin ponteng sekolah . Tiba-tiba , wanita tadi muncul di depan rumah Amin sambil membawa beg sekolah Amin yang tertinggal di balai polis . Wanita itu menceritakan hal yang sebenar kepada Mak Jah . Kemudian , dia menyerahkan sedikit wang sebagai membalas jasa Amin . Amin berasa terharu dan berjanji akan meneruskan cita-citanya . Seorang wanita menjerit meminta pertolongan . Beberapa orang pemuda dilihatnya berlari-lari ke satu arah .

Page 7: - Cerpen Yuran

Tema

Masalah remaja yang ketiadaan wang menyebabkan terlibat dalam salah laku disiplin .

Contoh :Amin tidak mampu membayar yuran sekolah menyebabkan dia ponteng sekolah .

Page 8: - Cerpen Yuran

Persoalan

•Amin malu apabila Cikgu Arsad bertanyakan soal yuran yang belum berbayar di dalam kelas.

Perasaan rendah diri sebagai akibat kesempitan hidup.

•Oleh sebeb tidak sanggup berhadapan dengan Cikgu Arsad dan Pengetua , Amin bertindak ponteng sekolah dan menghabiskan masa di pusat beli-belah

Jiwa remaja yang mudah

memberontak.

•Mak Jah membesarkan anaknya dalam serba kekurangan setelah kematian suaminya.

Kepayahan ibu membesarkan anak selapas kematian

suami.

Page 9: - Cerpen Yuran

•Wanita mangsa ragut prihatin akan masalah Amin dan memberikan sejumlah wang untuk meringankan beban hidup Amin.

Keprihatinan dan kemurahan hati

terhadap insan yang memerlukan.

•Amin bertindak berani dengan mengejar dan menangkap lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di pusat beli-belah.

Keberanian memberantas

kejahatan.

•Mak Jah bertegas terhadap anaknya agar anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan tidak ponteng sekolah.

Kepentingan ilmu dalam kehidupan.

Page 10: - Cerpen Yuran

Watak• Amin

Watak Utama

• Mak Jah• Cikgu Arsad• Pengetua• Wanita• Jazid

Watak Sampingan

Page 11: - Cerpen Yuran

Perwatakan

• Amin bin Yaakob~ Dia remaja lelaki berusia 15 tahun .

~ Dia anak tunggal Mak Jah .

~ Dia hormat dan sayang akan ibunya .

~ Ayahnya , Pak Akob sudah meninggal dunia .

~ Amin bertindak di luar kehendaknya semata-

mata untuk lari daripada masalah .

~ Amin berani bertindak .

Page 12: - Cerpen Yuran

• Mak Jah

~ Beliau ibu Amin .

~ Mak Jah sudah kematian suami .

~ Beliau tabah menghadapi kapayahan hidup .

~ Mak Jah penyayang .

~ Beliau sentiasa mengambil berat akan hal

ehwal anaknya .

• Cikgu Arsad

~ Beliau guru kelas Amin .

~ Cikgu Arsad tegas dan garang .

Page 13: - Cerpen Yuran

• Wanita

~ Dia ialah mangsa ragut di pusat beli-

belah .

~ Dia ramah dan baik hati .

~ Dia mengenang budi .

• Jazid

~ Dia kawan Amin .

~ Dia mengambil berat akan Amin .

Page 14: - Cerpen Yuran

Plot

a)Permulaan

Amin dikejutkan oleh ibunya , Mak Jah supaya dia ke sekolah . Namun , Amin agak malas untuk pergi ke sekolah . Ketika peperiksaannya masih belum berbayar . Mak Jah berasa serba salah kerana beliau tidak mempunyai wang sebanyak enam puluh ringgit . Beliau juga sudah berikhtiar untuk meminjam wang daripada Pak Long Amin , namun hampa .

Page 15: - Cerpen Yuran

b)Perkembangan

Amin teringat akan kata-kata Cikgu Arsad yang bertanyakan yuran sekolahnya di dalam kelas . Amin berasa amat malu ketika dimarahi oleh guru kelasnya . Demikian juga tatkala Pengetua memberikan amaran keras bahawa namanya akan disingkirkan daripada senarai calon PMR andainya Amin masih gagal melunaskan yurannya pada hari itu . Amin berasa amat sedih dan tertekan . Oleh sebab dia enggan berhadapan dengan khalayak di sekolahnya , Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah . Dia menghabiskan masa di pusat beli-belah di pekan .

Page 16: - Cerpen Yuran

c) Kemuncak

Sewaktu Amin leka memerhatikan pengunjung bermain permainan video , tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki hingga beg sekolahnya terpelanting . Amin terkejut oleh suara jeritan wanita dan diikuti oleh beberapa orang pemuda yang berlari-larian ke sana ke mari .Amin mula menyedari apa yang berlaku , lantas bertindak mengejar lelaki tersebut dan memegang lengannya . Lelaki itu tidak dapat melarikan diri . Akhirnya , Amin dan pemuda itu dibawa ke balai polis . Di balai , Amin disapa oleh wanita yang menjadi mangsa ragut itu . Amin kurang senang dengan keadaan itu lalu meninggalkan wanita tersebut dan pulang ke rumah .

Page 17: - Cerpen Yuran

d)Peleraian

Di rumah , Amin ditanya bertubi-tubi oleh Mak Jah tentang tindakannya ponteng sekolah . Amin hanya berdiam diri . Tiba-tiba , sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Amin . Amin sangat terkejut kerana wanita yang ditemui di balai polis tadi turun dari kereta itu sambil membawa beg sekolahnya yang tertinggal di balai . Wanita itu menceritakan segala-gala yang berlaku kepada Mak Jah . Sebelum pulang , wanita itu menghadiahi Amin sampul berisi wang sebagai tanda terima kasih .

Page 18: - Cerpen Yuran

Latar

• Latar Masa

Pada zaman sekarang

- Zaman adanya video games sebagai alat hiburan .

Dalam tempoh dua hari

- Waktu Cikgu Arsad meminta Amin menjelaskan

yuran sekolah dan yuran peperiksaannya hingga

hari Amin ponteng dan berhadapan dengan jenayah

ragut di pusat beli-belah .

Page 19: - Cerpen Yuran

• Latar Tempat

Rumah Amin

- Amin bertanyakan yuran sekolahnya kepada ibunya . Dalam kelas

- Cikgu Arsad menanyai Amin tentang yurannya yang

belum berbayar . Dalam bilik pengetua

- Pengetua memberikan amaran kepada Amin bahawa

dia akan disingkirkan sebagai calon untuk menduduki

PMR . Pusat beli-belah

- Tempat Amin ponteng sekolah dan Amin berjaya

menangkap peragut beg tangan seorang wanita . Balai polis

- Amin disapa oleh wanita yang menjadi mangsa ragut .

Page 20: - Cerpen Yuran

• Latar Masyarakat

Masyarakat di sekolah

- Amin pelajar tingkatan tiga , Cikgu Arsad pula guru di

sekolah Amin . Masyarakat kampung yang miskin

- Mak Jah tidak mampu menyediakan yuran sekolah Amin

sebagai akibat kemiskinan sekolah . Masyarakat yang mengambil jalan mudah untuk hidup

- Pemuda yang ditangkap oleh Amin sanggup melakukan

jenayah ragut demi mencari wang . Masyarakat yang mengenangi budi dan pemurah

- Wanita mangsa ragut berterima kasih kepada Amin dan

memberikan sedikit sumbangan kepada Amin .

Page 21: - Cerpen Yuran

Gaya Bahasa• Simile

– Berlingkar macam ular sawa kekenyangan , mukanya merah bagai udang dibakar .

• Metafora– Kotak fikiran , kaki lepak .

• Peribahasa– Jalan pintas , memasang telinga , sebesar kangkang kera .

• Sinkope– Tak , mak , nak (hendak) , nak (anak) .

• Personifukasi– Tergenggam harapan .

• Bahasa Asing– Bahasa Inggeris : video games– Bahasa Arab : rahmatullah, assalamualaikum , waalaikumusalam

Page 22: - Cerpen Yuran

Nilai• Kasih Sayang

– Mak Jah amat sayang akan Amin .• Kecekalan

– Mak Jah cekal menghadapi dugaan dan kepayahan hidup selepas kematian suaminya .

• Amanah

– Mak Jah tidak pernah lupa akan wasiat arwah suaminya yang mahu Amin belajar bersungguh-sungguh .

• Keberanian

– Amin berani menangkap pemuda yang meragut beg seorang wanita .

• Kesyukuran

– Wanita itu menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga Amin .• Hemah Tinggi

– Mak Jah tidak segera menerima pemberian wang daripada wanita yang ditolong oleh anaknya , sebaiknya ditolak secara baik olehnya pada peringkat awal .

Page 23: - Cerpen Yuran

Pengajaran• Kemiskinan bukanlah halangan untuk menuntut ilmu .

– Amin nekad untuk meneruskan persekolahannya demi mencipta cita-citanya .

• Janganlah mudah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup. – Amin hampir-hampir putus asa lantaran kegagalannya untuk membayar

yuran sekolah .• Janganlah melakukan jenayah atau perkara yang menyusahkan orang

lain .– Tindakan lelaki yang meragut beg tangan wanita itu adalah suatu jenayah

dan menyusahkan orang lain .• Kita haruslah bertindak dan membantu insan yang memerlukan.

– Amin segera bertindak dan membantu pihak polis memberkas peragut .• Kita haruslah mengenang jasa insan yang telah menabur budi.

– Wanita yang menjadi mangsa ragut memberikan sunbangan kepada Amin sebagai tanda terima kasih .