cerpen “idola”

7
CERPEN “IDOLA” HERO BANGSAWAN

Upload: dalton-goff

Post on 02-Jan-2016

136 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

HERO BANGSAWAN. CERPEN “IDOLA”. ~ kisah seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan angan-angan dan minat menjadi hero bangsawan idolanya ~ amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasnya - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: CERPEN “IDOLA”

CERPEN “IDOLA”

HERO BANGSAWAN

Page 2: CERPEN “IDOLA”

~ kisah seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan angan-angan dan minat menjadi hero bangsawan idolanya~ amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasnya~ suatu hari, mendapat peluang bersemuka dengan hero pujaannya itu, lalu bertukar-tukar luahan perasaan~ hero bangsawan menasihati penjaga panggung supaya berpijak di bumi nyata (hidup tidak seindah lakonan)~penjaga panggung berasa sedar (dalam kecewa) bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri

Page 3: CERPEN “IDOLA”

Tema Cerpen Tanggapan sipi (menyimpang) seorang petugas pentas terhadap kehidupan sebenar pelakon pujaannya.

Page 4: CERPEN “IDOLA”

Sinopsis CerpenSi penjaga panggung setia dengan tugasnya menyusun kerusi hingga ke tengah malam sehingga selesai pementasan bangsawan. Dia berangan-angan menjadi hero, sambil bermonolog dengan kerusi yang kaku. Ketika isterinya mempersoalkan angan-angannya itu suatu pagi, penjaga panggung masih cuba memberi justifikasi (alasan).

Page 5: CERPEN “IDOLA”

Suatu petang penjaga panggung sengaja datang awal untuk menonton sesi latihan dan bertemu hero pujaannya. Tanpa disangka olehnya, hero pujaannya mengatakan dunia lakonan tidak sama dengan dunia sebenar, dan menyifatkan pujian penonton (khalayak) sebagai racun paling berbisa yang menjerumuskan kepada penyakit lupa diri. Dia mahu penjaga panggung berhenti memuji kerana sesuatu pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan disebabkan minat. Malah, si hero mengatakan tidak perlulah terkesima (kagum) dengan dunia lakonan (penglihatan zahir), sebaliknya perlu kembali ke dunia nyata.

“Memang hebat lakonan saudara,” puji si Penjaga

Panggung.

Page 6: CERPEN “IDOLA”

Akhirnya si hero berjaya meneka hasrat sebenar si penjaga panggung, lalu menasihatinya supaya menjadi dirinya sendiri. Pada sebelah malamnya, selesai persembahan, penjaga panggung tidak berminat menjalankan tugasnya, sebaliknya dia melemparkan satu demi satu kerusi ke dinding panggung seolah-olah letusan gunung berapi yang terpendam dalam dirinya.

“Cukuplah saudara mengagumi saya selama ini. Mulai hari ini saudara

jadilah penonton yang tahu tempat sebenarnya

saudara berpijak.”

Page 7: CERPEN “IDOLA”

Akhirnya, si penjaga panggung keluar daripada imaginasi dan angan-angannya selama ini. Dia sedar bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri, bukannya orang lain.