modul “beyoutiful spa ke arah membina kerjaya … fileabstrak: tujuan kajian ini dijalankan adalah...

12
MODUL “BEYOUTIFUL SPAKE ARAH MEMBINA KERJAYA PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI KELAINAN UPAYA MASROHA MARWAN & KHAIRUL IZAD ABD RAHMAN Sekolah Tinggi Muar, Johor Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai masalah menguasai kemahiran refleksologi yang mereka pelajari. Atas kelainan upaya mereka yang pelbagai, satu modul BeYOUtiful SPA telah disusun supaya sesuai dengan keadaan mereka dan membolehkan pelajar-pelajar ini menguasainya. Sampel kajian ini terdiri daripada 4 orang pelajar pendidikan khas yang mempunyai kelainan upaya yang pelbagai. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif dilakukan sepanjang tempoh sesi latihan ini dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan 2 daripada 4 pelajar ini mampu menjalankan rawatan wajah manakala 1 pelajar lagi memerlukan lebih masa sesi latihan dan seorang lagi pelajar tidak dapat menguasai langsung kemahiran rawatan wajah ini atas kekangan keupayaan pelajar tersebut. Ini bermakna, responden memberikan tindakbalas dan maklumbalas positif terhadap latihan ini. Pelajar-pelajar ini juga dilihat seronok dan lebih berkeyakinan. Kaedah ini sesuai diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas yang lain yang mempunyai masalah yang sama. Kata kunci: pembinaan kerjaya, pelajar pendidikan khas, perubahan tingkah laku PENDAHULUAN Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar merupakan pendidikan khas untuk pelajar-pelajar yang buta atau mempunyai masalah penglihatan serius. Guru-guru dan pembantu pendidikan khas yang bertugas di sini juga dilatih untuk mengajar pelajar-pelajar begini. Walaubagaimana pun, kebelakangan ini Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar tidak lagi menerima pelajar-pelajar buta atau mempunyai masalah penglihatan serius. Atas keperluan dan permintaan semasa, kini Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar juga menerima pelajar-pelajar pendidikan khas dari kategori yang lain. Dalam mengajar pelajar-pelajar berkeperluan khas ini, pendekatan yang dilakukan terhadap pelajar-pelajar ini tidak semestinya sama. Ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang menyebut tentang Rancangan Pendidikan Individu yang membawa maksud rekod yang mengandungi butiran tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid pendidikan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam peraturan tersebut juga membenarkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Murid Berkeperluan Khas (MPK) dilaksana dengan mengguna pakai mana- mana kurikulum yang munasabah. Pengubahsuaian kaedah, masa dan mata pelajaran juga dibolehkan. Refleksi PdP Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar adalah khas untuk pelajar-pelajar buta atau mempunyai masalah penglihatan yang serius. Salah satu latihan yang diberi bagi membolehkan pelajar- pelajar ini berdikari ialah latihan refleksologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: dodiep

Post on 25-Apr-2019

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1001 | MEDC 2018

MODUL “BEYOUTIFUL SPA” KE ARAH MEMBINA KERJAYA

PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS PELBAGAI KELAINAN UPAYA

MASROHA MARWAN & KHAIRUL IZAD ABD RAHMAN

Sekolah Tinggi Muar, Johor

Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar

pendidikan khas yang mempunyai masalah menguasai kemahiran refleksologi yang mereka pelajari. Atas

kelainan upaya mereka yang pelbagai, satu modul BeYOUtiful SPA telah disusun supaya sesuai dengan

keadaan mereka dan membolehkan pelajar-pelajar ini menguasainya. Sampel kajian ini terdiri daripada 4

orang pelajar pendidikan khas yang mempunyai kelainan upaya yang pelbagai. Kaedah pengumpulan data

secara kualitatif dilakukan sepanjang tempoh sesi latihan ini dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan 2

daripada 4 pelajar ini mampu menjalankan rawatan wajah manakala 1 pelajar lagi memerlukan lebih masa

sesi latihan dan seorang lagi pelajar tidak dapat menguasai langsung kemahiran rawatan wajah ini atas

kekangan keupayaan pelajar tersebut. Ini bermakna, responden memberikan tindakbalas dan maklumbalas

positif terhadap latihan ini. Pelajar-pelajar ini juga dilihat seronok dan lebih berkeyakinan. Kaedah ini

sesuai diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas yang lain yang mempunyai masalah yang

sama.

Kata kunci: pembinaan kerjaya, pelajar pendidikan khas, perubahan tingkah laku

PENDAHULUAN

Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar merupakan pendidikan khas untuk pelajar-pelajar yang

buta atau mempunyai masalah penglihatan serius. Guru-guru dan pembantu pendidikan khas

yang bertugas di sini juga dilatih untuk mengajar pelajar-pelajar begini. Walaubagaimana pun,

kebelakangan ini Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar tidak lagi menerima pelajar-pelajar

buta atau mempunyai masalah penglihatan serius. Atas keperluan dan permintaan semasa, kini

Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar juga menerima pelajar-pelajar pendidikan khas dari

kategori yang lain. Dalam mengajar pelajar-pelajar berkeperluan khas ini, pendekatan yang

dilakukan terhadap pelajar-pelajar ini tidak semestinya sama. Ini bertepatan dengan Akta

Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang menyebut

tentang Rancangan Pendidikan Individu yang membawa maksud rekod yang mengandungi

butiran tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid pendidikan khas (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2013). Dalam peraturan tersebut juga membenarkan Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) Murid Berkeperluan Khas (MPK) dilaksana dengan mengguna pakai mana-

mana kurikulum yang munasabah. Pengubahsuaian kaedah, masa dan mata pelajaran juga

dibolehkan.

Refleksi PdP

Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar adalah khas untuk pelajar-pelajar buta atau mempunyai

masalah penglihatan yang serius. Salah satu latihan yang diberi bagi membolehkan pelajar-

pelajar ini berdikari ialah latihan refleksologi.

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1002 | MEDC 2018

Beberapa tahun kebelakangan ini, Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar tidak lagi hanya

menerima pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan serius, tetapi juga pelajar-

pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dan pelbagai kelainan upaya.

Ekoran daripada keadaan ini, adalah tidak sesuai bagi pelajar-pelajar ini menguasai kemahiran

refleksologi. Latihan kemahiran rawatan wajah ini merupakan inisiatif pengkaji dan merupakan

kurikulum alternatif yang khas dirangka untuk pelajar-pelajar pelbagai kelainan upaya ini.

Isu Keperihatinan / Fokus Kajian

Bagi menguasai kemahiran refleksologi, seseorang memerlukan sekurang-kurangnya

mempunyai daya rasa yang baik (menggunakan tangan) dan keupayaan menumpukan daya

tenaga yang baik menggunakan jari.

Namun bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar yang mempunyai

pelbagai kelainan upaya dan mempunyai lebih daripada 1 kelainan upaya, adalah sukar untuk

memberikan latihan refleksologi kepada semua pelajar ini dan kemungkinan untuk mereka

menguasai kemahiran ini amat rendah.

Oleh itu, satu bentuk latihan kemahiran yang lain perlu dibuat bagi menangani keadaan

ini sesuai dengan pelbagai jenis kelainan upaya yang lebih daripada 1 kelainan upaya pelajar-

pelajar ini supaya mereka boleh menguasainya untuk tujuan menjalani hidup berdikari di masa

akan datang. Hashim (2015) menyatakan bahawa program transisi kerjaya sebegini pada

dasarnya menggabungkan elemen keperluan, minat pelajar serta pasaran kerja. Di sinilah

pentingnya sikap guru dalam menangani kekangan mendidik pelajar-pelajar istimewa ini(Sari,

2012). Perubahan tingkahlaku yang diharapkan dengan memperkenalkan perkara baru sebegini

wajar disusun dan dikaji sebagai kajian tindakan (Abdull Sukor, Kalaidevi, 2008).

OBJEKTIF AM DAN KHUSUS

i. Objektif Umum

Memastikan semua pelajar dapat kuasai kemahiran rawatan wajah bagi menggantikan latihan

kemahiran refleksologi.

ii. Objektif Khusus

• Menanam rasa minat terhadap kemahiran rawatan wajah terhadap pelajar-pelajar pelbagai

kelainan upaya.

• Membolehkan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kelainan upaya menguasai

kemahiran rawatan wajah.

• Membimbing pelajar menghayati bahawa matematik dapat menyelesaikan masalah

harian.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 4 orang pelajar yang mempunyai pelbagai jenis kelainan

upaya dari kelas Pendidikan Khas Sekolah Tinggi Muar. Pengkaji memilih pelajar-pelajar ini

kerana setiap seorang pelajar-pelajar ini merupakan pelajar-pelajar yang menjalani kurikulum

alternatif dan tidak layak menyertai program inklusif penuh. Sekiranya pendekatan latihan

rawatan wajah ini berjaya, maka latihan rawatan wajah ini boleh dicadangkan kepada pelajar-

pelajar lain yang mempunyai pelbagai masalah kelainan upaya.

Page 3: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1003 | MEDC 2018

PELAKSANAAN KAJIAN

i. Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah telah dijalankan beberapa bulan lebih awal sebelum sesi persekolahan tahun

2018 bermula. Tempoh masa cuti sekolah pada penghujung tahun 2017 telah digunakan oleh

pengkaji untuk membuat analisa masalah disamping mencari alternatif kurikulum yang sesuai

untuk pelajar-pelajar ini.

Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data LANGKAH

& TARIKH

CARA PENILAIAN KUMPULAN SASARAN TUJUAN

Langkah 1

Oktober 2017

Pemerhatian terhadap

keupayaan pelajar.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Mengenalpasti masalah pelajar-

pelajar ini semasa menjalankan

latihan refleksologi.

Langkah 2

Oktober 2017

Temubual dengan

pelajar tentang sesi

latihan refleksologi

secara berkumpulan.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Pengkaji menemubual pelajar-

pelajar ini secara santai.

Tujuannya untuk mendapatkan

maklumbalas tentang sesi

latihan refleksologi.

Langkah 3

Oktober 2017

Temubual dengan

pelajar tentang sesi

latihan refleksologi

secara individu.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Temubual secara individu

dijalankan bagi mendapatkan

maklumbalas secara individu

dan juga mengenal pasti minat

pelajar.

ii. Analisis Tinjauan Masalah

Masalah-masalah pelajar telah berjaya dikenal pasti hasil daripada tinjuan awal yang telah

dilakukan. Ini membolehkan rancangan pengajaran kurikulum alternatif yang sesuai boleh

dirangka bagi menangani dan mewujudkan pilihan lain kepada pelajar-pelajar ini.

Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah LANGKAH

& TARIKH

CARA PENILAIAN KUMPULAN SASARAN MASALAH TELAH

DIKENALPASTI

Langkah 1

Oktober 2017

Pemerhatian terhadap

keupayaan pelajar.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Pelajar-pelajar ini didapati

tidak mempunyai kekuatan

yang cukup menjalankan

rawatan refleksologi.

Langkah 2

Oktober 2017

Temubual dengan

pelajar tentang sesi

latihan refleksologi

secara berkumpulan.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Mereka telah lakukan sedaya

upaya mereka. Mereka tidak

mahu memberikan

maklumbalas lagi tentang

latihan refleksologi.

Langkah 3

Oktober 2017

Temubual dengan

pelajar tentang sesi

latihan refleksologi

secara individu.

4 orang pelajar pendidikan

khas pelbagai kelainan

upaya.

Terdapat pelajar yang merasa

putus asa dan tidak mahu

meneruskan latihan lagi.

Menunjukkan tanda-tanda

memberontak dan marah.

iii. Tindakan yang Dijalankan

Jadual 3 di bawah merupakan perincian tindakan bagi aktiviti yang dijalankan beserta julat

tarikh perlaksanaan. Setiap aktiviti di bawah tidak dapat dilaksanakan dalam masa sehari. Masa

yang secukupnya telah diberikan kepada pelajar-pelajar ini bagi membolehkan pelajar-pelajar

ini menguasai latihan secara perlahan-lahan.

Page 4: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1004 | MEDC 2018

Jadual 3 : Tindakan yang dijalankan AKTIVITI PERINCIAN CATATAN

Aktiviti 1 :

Tayangan Video

Januari 2018

• Beberapa sesi tayangan video tentang

rawatan wajah dan urutan menegangkan kulit

wajah.

• Penerangan dan ulasan tentang video

diberikan semasa tanyangan video berlangsung.

• Sesi tayangan dibuat berulang kali

sehingga timbul minat.

• Timbul minat pelajar dikira apabila

pelajar-pelajar ini bertanya lanjut tentang

rawatan wajah ini.

Sebaik sahaja timbul minat, barulah

guru teruskan fasa seterusnya.

Aktiviti 2 :

Pengalaman

Rawatan Wajah

Februari 2018

• Pelajar menjalani rawatan wajah

bersama penerangan secara berperingkat dan

berulang-ulang sehingga lengkap.

• Proses dijalankan berulang-ulang kali

sehingga pelajar timbul minat lagi.

• Timbul minat pelajar dikira apabila

pelajar-pelajar bertanya bertanya guru untuk

bila mereka boleh lakukan sendiri rawatan

muka.

Sebaik sahaja timbul minat, barulah

guru teruskan fasa seterusnya.

Aktiviti 3 :

Praktikal Tanpa

Bahan Rawatan

Februari 2018

• Latihan praktikal dijalankan oleh

pelajar-pelajar tanpa bahan rawatan wajah.

• Latihan dijalankan pada muka sendiri

dan muka rakan-rakan.

• Sesi latihan diteruskan sehingga

pelajar-pelajar memberikan maklumbalas

dengan bertanyakan peringkat latihan

seterusnya.

Latihan terus diulang sehingga

pelajar-pelajar didapati bersedia.

Aktiviti 4 :

Praktikal

Dengan Bahan

Rawatan

Mac 2018

• Latihan praktikal dijalankan oleh

pelajar-pelajar menggunakan bahan yang

sebenar dan selamat digunakan.

• Setiap pelajar dibekalkan set asas

rawatan muka terdiri dari alatan dan bahan

rawatan bagi sesi harian.

Bahan yang digunakan pada

peringkat ini hanya bahan rawatan

asas I.

1. Tisu “makeup remover”

2. Krim Pencuci

3. Toner

4. Pelembab

Alatan yang digunakan:

1. Span pembersih wajah

2. Mangkuk Pencuci

3. Skaf Rambut

4. Cermin Muka

Aktiviti 5 :

Praktikal

Dengan Bahan

Rawatan

April 2018

• Latihan praktikal dijalankan oleh

pelajar-pelajar menggunakan bahan yang

sebenar dan selamat digunakan.

• Setiap pelajar dibekalkan set asas

rawatan muka terdiri dari alatan dan bahan

rawatan bagi sesi mingguan.

Bahan yang digunakan pada

peringkat ini bahan rawatan asas II.

1. Tisu “makeup remover”

2. Krim Pencuci

3. Toner

4. Scrup

5. Masker

4. Pelembab

Alatan yang digunakan:

1. Span pembersih wajah

2. Mangkuk Pencuci

3. Skaf Rambut

4. Cermin Muka

Page 5: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1005 | MEDC 2018

5. Mangkuk dan berus untuk

masker

Aktiviti 6 :

Pemerhatian

Mei 2018

• Guru memerhatikan pelajar-pelajar

menjalankan urutan penggunaan bahan dan

alatan untuk tujuan yang betul.

• Guru memerhatikan pelajar

menjalankan rawatan dengan betul kepada

rakan-rakan.

Pada peringkat ini, guru hanya

memerhatikan pelajar-pelajar

menjalankan rawatan.

Aktiviti 7 :

Analisa

Maklumbalas

Jun 2018

• Guru membuat analisa terhadap

tindakbalas dan maklumbalas pelajar-pelajar ini

sepanjang sesi latihan ini dijalankan.

• Aspek yang dianalisa berfokus kepada

penguasaan kemahiran pada setiap peringkat.

Analisa yang dijalankan pada

peringkat ini juga digunakan untuk

penilaian cadangan kajian yang

seterusnya.

iv. Pemerhatian / Penilaian

Sepanjang tempoh kajian ini dijalankan, pemerhatian yang terperinci telah dijalankan terhadap

setiap pelajar bagi menilai prestasi mereka.

Jadual 4 : Pemerhatian secara keseluruhan terhadap pelajar sepanjang aktiviti. PELAJAR PEMERHATIAN

Tan Wee Khang • Murid menunjukkan minat terhadap kemahiran rawatan wajah

walaupun beliau lelaki.

• Wee Khang rela hati apabila dipakaikan skaf rambut dan produk

rawatan wajah. Keadaan ini tergambar melalui riak wajahnya yang sangat ceria

dan berkomunikasi ketika berada di dalam kelas.

• Murid cepat belajar dan mengingati langkah-langkah yang dipelajari.

Beliau berani menegur saya jika saya tersilap dalam urutan proses urutan

wajah.

• Bapanya telah memberi respon yang sangat baik dan memuji

kemahiran yang diajar untuk anaknya. Setiap hari anaknya akan bercerita

kemahiran yang dipelajari sejurus pulang ke rumah.

• Kemahiran rawatan wajah ini perlu diteruskan sehingga murid yakin

memberi perkhidmatan rawatan wajah terhadap klien sebelum usia

persekolahannya tamat hujung tahun ini.

Norfarhana Bt Razhali • Farhana menunjukkan minat terhadap kemahiran rawatan wajah.

Farhana tidak sabar-sabar untuk memiliki sendiri produk rawatan wajah.

• Setiap sesi pembelajaran beliau amat membelek-belek wajahnya di

cermin muka sambal tersenyum simpul.

• Reaksi ni menunjukkan Farhana mempunyai naluri mahu kelihatan

cantik.

• Sesi pembelajaran untuk rawatan wajah harian dan mingguan tetap

diteruskan walaupun Farhana masih belum menguasai kemahiran praktikal.

• Namun begitu, Farhana mampu menyenaraikan nama alatan serta

bahan-bahan untuk rawatan wajah harian dan mingguan mengikut urutan.

• Latihan praktikal perlu dibuat berulang-ulang kali sehingga Farhana

menguasai kemahiran rawatan wajah ini.

Muhd Izzul Hazim Bin

Hazim • Izzul tidak dapat menguasai kemahiran rawatan wajah.

• Namun begitu, kehadirannya dalam kelas ini adalah sebagai model

untuk sesi praktikal rawatan wajah.

• Suasana pembelajaran yang dihadiri sekurang-kurangnya dapat

merangsang mindanya.

Page 6: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1006 | MEDC 2018

Nurhanis Safiyyah Bt

Muhd Nizam • Murid menunjukkan minat terhadap kemahiran rawatan wajah.

• Keadaan ini tergambar melalui riak wajahnya yang sangat ceria ketika

berada di dalam kelas.

• Murid cepat belajar dan mengingati langkah-langkah yang dipelajari.

• Pihak ibu bapa memberi maklumbalas yang sangat baik. Anaknya

akan bercerita tentang pembelajaran yang dipelajari di sekolah.

• Murid juga meminta ibunya membelikan untuknya set rawatan wajah

yang sama seperti digunakan di dalam kelas.

• Kemahiran rawatan wajah ini perlu diteruskan sehingga murid mampu

memberi perkhidmatan rawatan wajah terhadap klien dan mendapat upah.

v. Refleksi

Sepanjang tempoh beberapa bulan kajian ini dijalankan, terdapat beberapa objektif yang diharap

dapat dicapai di akhir kajian ini. Sungguh pun keadaan pelajar-pelajar yang mempunyai

keupayaan yang terhad ini kelihatan seperti tidak mempunyai harapan, namun pencapaian

pelajar-pelajar ini di akhir kajian ini amat membanggakan. Jadual di bawah ini menunjukkan

pencapaian setiap pelajar berdasarkan objektif yang telah digariskan untuk dicapai.

Jadual 5 : Refleksi pencapaian pelajar OBJEKTIF SASARAN KAJIAN

Tan Farhana Izzul Hanis

Memahami keperluan dan peluang

kemahiran rawatan wajah untuk diri

sendiri dan kerjaya

Ya Ya Tidak Ya

Mengenal alatan dan bahan asas

rawatan wajah

Ya Ya Tidak Ya

Mengenalpasti jenis kulit sendiri

Ya Ya Tidak Ya

Menguasai kemahiran Urutan

Menegangkan Kulit Wajah

Ya Tidak Tidak Ya

Menguasai kemahiran rawatan wajah

harian

Ya Tidak Tidak Ya

Menguasai kemahiran rawatan wajah

mingguan

Ya Tidak Tidak Ya

Jadual 5 di atas jelas menunjukkan bahawa hanya 2 saja pelajar daripada 4 pelajar sasaran yang

mampu mencapai semua objektif. Walaubagaimana pun, seorang pelajar lagi masih mampu

mencapai 3 objektif. Namun, seorang pelajar yang tidak mampu mencapai apa-apa objektif

tersebut tetap dapat menyumbangkan sesuatu dalam keadaan begini. Beliau telah menjadi klien

atau pelanggan percubaan dalam proses rakan-rakan beliau belajar dan berlatih menjalankan

rawatan wajah. Sumbangan kecil beliau ini amat bermakna.

Cadangan Kajian Seterusnya

Pengkaji bercadang untuk mengekalkan latihan rawatan wajah kepada pelajar-pelajar

pendidikan khas pelbagai kelainan upaya ini dengan beberapa penambahbaikkan iaitu dengan

menambahbaik bilik simulasi rawatan wajah supaya menjadi seperti bilik rawatan kecantikan

yang sebenar. Ini sangat baik untuk pelajar-pelajar ini sebagai pendedahan dan persediaan

mereka berdikari di masa akan datang.

Page 7: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1007 | MEDC 2018

BIBLIOGRAFI

Abdull Sukor, S., Kalaidevi, A., & Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 1–153.

Hashim, S. N. I. M. N. dan M. H. M. (2015). Pelaksanaan Program Transisi Bagi

Mempersiapkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( Bpkm).

Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015, 2015(March), 9–10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)

2013. Warta Kerajaan Persekutuan, P. U. (A)(July), 1–16.

Nik Azis Nik Pa, (1992) Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Sari, N. (2012). Sikap Guru Terhadap Pendidikan Inklusif. In International Conference in

Special Education.

Page 8: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1008 | MEDC 2018

LAMPIRAN

Lampiran 1

Jadual 5 : Profil Sasaran Kajian

Nama : Tan Wee Khang

Tarikh Lahir : 05.06.1999

Umur : 19 tahun

No Kad OKU : BL010411000240

Kelainan Upaya :

1. Rabun

2. Kerdil

3. Masalah pembelajaran

Nama : Norfarhana bt Razhali

Tarikh Lahir : 28.05.2000

Umur : 18 tahun

No Kad OKU : BL010412000515

Kelainan Upaya :

1. Buta (B1)

2. Masalah pembelajaran

Nama : Muhd Izzul Hazim bin Hazim

Tarikh Lahir : 30.03.2000

Umur : 18 tahun

No Kad OKU : MD010912000006

Kelainan Upaya :

1. Terencat akal

2. Buta (B1)

3. Masalah pertuturan

4. Tidak boleh mengurus diri

Nama : Nurhanis Sufiah bt Muhd Nizam

Tarikh Lahir : 11.03.2003

Umur : 15 tahun

No Kad OKU : BL040212000390

Kelainan Upaya :

1. Buta (B1)

2. Saraf

3. Pendengaran

4. Masalah pembelajaran

Page 9: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1009 | MEDC 2018

Lampiran 2

Jadual 6 : Gambar Aktiviti

Page 10: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1010 | MEDC 2018

Page 11: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1011 | MEDC 2018

Page 12: MODUL “BEYOUTIFUL SPA KE ARAH MEMBINA KERJAYA … fileAbstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan khas yang mempunyai

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1012 | MEDC 2018