garis panduan perkhidmatan spa

32

Upload: nur-hidayati-klanuraks

Post on 15-Jan-2017

1.191 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Perkhidmatan SPA
Page 2: Garis Panduan Perkhidmatan SPA
Page 3: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PERKHIDMATAN

SPAUntuk Pengusaha Spa di Malaysia

Penerbitan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Page 4: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari © 2011http://tcm.moh.gov.my

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Perubatan Tradisional dan

Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

ISBN 978-983-44754-8-2

Reka bentuk muka hadapan oleh:Siti Noraisyah Bt Adam

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Dicetak oleh:Online Printing Network Sbd. Bhd.

Page 5: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

1. Pendahuluan

2. Definisi

3. PerkhidmatanSpadiperingkatglobal

4. PerkhidmatanSpadiMalaysia

4.1 SpaBerkonsepTeraputik

4.2 SpaBerkonsepKesejahteraan

5. JenisPerkhidmatanSpa

6. JenisPerkhidmatanTambahandiSpa

7. KelayakanPenyeliaSpa

8. TanggungjawabPenyeliaSpa

9. KelayakanJuruterapiSpa

10. ProfesionalismaJuruterapiSpa

11. PengambilanPekerjaSpa

12. LokasiSpa

13. StandardSpa

14. StandardNamaSpa

15. StandardPerkhidmatanSpa

16. StandardKeselamatanSpa

17. EtikaSpa

18. Lampiran

LampiranA:KonsepSpa:RawatanTradisionalMelayu

SelepasBersalin

LampiranB: TerapiPanchakarma

LampiranC:ContohRekodPelangganSpa

1

1

2

3

4

4

5

6

6

8

9

10

11

13

13

14

16

18

Kandungan

Page 6: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

Penghargaan

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu, agensi-agensi kerajaan dan juga agensi-agensi bukan kerajaan yang telah bertungkus lumus mengumpul maklumat, serta atas segala sumbangan yang telah diberikan dalam usaha untuk menghasilkan garis panduan ini.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penerbitan ini.

GAriS PANduAN PerKHidMATAN SPA

Page 7: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 1

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

1. Pendahuluan

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pengusaha yang ingin menjalankan perkhidmatan Spa di Malaysia. Penekanan diberikan ke atas Penyelia Spa dalam melaksanakan tanggungjawab termasuk pengambilan Juruterapi Spa, kebersihan dan keselamatan di Spa. Ini bagi memastikan perkhidmatan Spa yang ditawarkan adalah bermutu tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

2. Definisi

2.1 SpaPerkataan Spa berasal daripada Bahasa Latin iaitu Salus Per Aqua yang membawa makna rawatan melalui terapi air atau healing through water.

2.2PengusahaSpa(Spa Entrepreneur)Seseorang yang memiliki Spa dan mengusahakannya.

2.3PengurusSpa(Spa Operator)Seseorang yang telah dilantik oleh Pengusaha Spa untuk menguruskan pentadbiran di Spa tersebut.

2.4PenyeliaSpa(Spa Supervisor)Seseorang yang mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari untuk mengawal operasi sesebuah Spa dan mengawal selia perkhidmatan yang disediakan di Spa tersebut.

2.5JuruterapiSpa(Spa Therapist)Seseorang yang mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari untuk memberi perkhidmatan di Spa.

Page 8: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

2 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

2.6 Pelanggan SpaPengguna yang menerima perkhidmatan di Spa tersebut.

2.7MenuPerkhidmatanSpaSenarai jenis perkhidmatan yang disediakan untuk pilihan Pelanggan Spa.

2.8MajlisPerubatanTradisionaldanKomplementariMajlis Perubatan Tradisional dan Komplementari merupakan suatu majlis yang ditubuhkan bagi tujuan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari apabila Akta tersebut berkuatkuasa. Sehingga Akta dikuatkuasakan, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah bertangungjawab atas garis panduan ini.

3. PerkhidmatanSpadiperingkatglobal

Perkhidmatan Spa diperingkat global diklasifikasi seperti di bawah:

a. Day SpaPerkhidmatan disediakan berasaskan perkhidmatan harian (daily basis) dan kemudahan penginapan tidak di sediakan di Spa tersebut.

b. Hotel / Resort /Cruise SpaSpa seperti ini terletak di kawasan Hotel, Resort atau di atas kapal pelayaran di mana penginapan disediakan untuk Pelanggan Spa.

c. Destination SpaSpa seperti ini menyediakan rawatan dan perkhidmatan Spa yang komprehensif. Kemudahan penginapan disediakan, dan Pelanggan Spa boleh memilih untuk mendapatkan rawatan komprehensif Spa yang terdiri dari rawatan kecergasan, diet (Spa cuisine) dan rawatan kesejahteraan di bawah pengawasan Juruterapi Spa yang profesional.

Page 9: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 3

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

d. Medical SpaSpa yang dijalankan di bawah pengawasan Pengamal Perubatan profesional di mana perkhidmatan meliputi rawatan perubatan yang komprehensif dan rawatan kesejahteraan yang diintegrasikan kedalam perkhidmatan Spa.

4. PerkhidmatanSpadiMalaysia

Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya yang menyebabkan kewujudan pelbagai jenis perkhidmatan Spa yang ditawarkan mengikut budaya masing-masing. Penawaran perkhidmatan yang berbeza terjadi berdasarkan konsep perkhidmatan yang diberi. Untuk memastikan penyeragaman dalam perkhidmatan Spa mengikut ketetapan standard dan kualiti antarabangsa, menu perkhidmatan Spa diklasifikasi kepada dua kategori iaitu Spa berkonsep teraputik dan Spa berkonsep kesejahteraan.

4.1SpaBerkonsepTeraputik Menu perkhidmatan Spa ini menyediakan perkhidmatan atau rawatan

Spa untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan sesuatu penyakit dan mengkehendaki pesakit mendapatkan rawatan ulangan bagi memastikan proses penyembuhan berterusan sehingga mencapai tahap yang memuaskan. Antara contoh perkhidmatan ialah perkhidmatan berkaitan Ayurveda dan perkhidmatan berkaitan rawatan selepas bersalin (Postnatal Spa).

Juruterapi Spa yang mempunyai kelayakan minima yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari sahaja yang dibenarkan untuk memberi perkhidmatan di Spa berkenaan.

Konsep ini biasanya diamalkan di Destination Spa.

Page 10: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

4 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

4.2SpaBerkonsepKesejahteraanMenu perkhidmatan Spa ini menyediakan perkhidmatan untuk memberi pemulihan terhadap kesegaran dan kesejahteraan badan dan tidak memerlukan Pelanggan Spa untuk mendapat rawatan ulangan. Konsep ini biasanya diamalkan di Day Spa.

5. JenisPerkhidmatanSpa:

Untuk mengklasifikasi sesuatu perusahaan itu di bawah kategori Spa, komponen perkhidmatan seperti berikut perlu disediakan:

a.Urutanbadan mengikut sesuatu tema atau tradisi seperti tradisi Barat atau Asia contohnya Urutan Melayu, Thai, Bali, Shiatsu, Swedish dan sebagainya.

b.Rawatanberasaskanair seperti mandian bunga atau susu, Sauna dan whirlpool (kolam air panas).

c.Rawatan Badan yang melibatkan body wrap, body scrub yang menggunakan bahan herba, seamud, bengkung dan sebagainya.

6. JenisPerkhidmatanTambahandiSpa

Sekiranya Pengusaha Spa ingin memperkenalkan perkhidmatan selain dari tiga (3) perkhidmatan yang diwajibkan bagi sesebuah Spa, Pengusaha Spa harus memastikan bahawa Juruterapi Spa tersebut mempunyai kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari bagi perkhidmatan tambahan yang dijalankan.

6.1 Rawatan tambahan seperti di bawah sahaja yang dibenarkan untuk dijalankan di Spa:

Page 11: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 5

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

a. Rawatanmuka (Facial Treatment) Rawatan ini boleh dijalankan di Spa, tetapi terhad untuk

pembersihan muka menggunakan produk untuk pembersihan dan rawatan kesegaran dan keremajaan kulit muka. Rawatan yang menggunakan mesin, peralatan elektrik atau perubatan (seperti suntikan Botox) tidak dibenarkan untuk dijalankan di Spa.

b. Urutankaki(Foot Massage) Rawatan ini boleh dijalankan di Spa dan teknik urutan kaki yang

dijalankan boleh melibatkan teknik Acupressure, Refleksologi atau teknik urutan kaki yang telah dikenalpasti oleh Penyelia Spa.

6.2 Rawatan khusus yang dibenarkan untuk dijalankan di Spa:

a. Rawatanselepasbersalin Rawatan yang biasa dijalankan mengikut konsep rawatan

Melayu atau Pribumi termasuk barut, bengkong dan bertungku. Sila lihat Lampiran A.

b. RawatanTradisionalIndia Sebagai contoh, rawatan yang berkonsepkan terapi

Panchakarma. Sila lihat Lampiran B.

7. KelayakanPenyeliaSpa

Penyelia Spa berperanan untuk mengendali operasi dan perkhidmatan yang disediakan di Spa tersebut. Mereka boleh terdiri dari Pengusaha Spa atau yang dilantik. Penyelia Spa hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Page 12: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

6 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

a. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam industri Spa dan menunjukkan bukti dari tempat kerja tersebut.

b. TIDAK menderita penyakit/ keadaan seperti di bawah:

• Ketagih alkohol/ dadah

• Penyakit mental

• Penyakit lain yang boleh memberi kesan terhadap operasi Spa

c. Tidak mempunyai kesalahan jenayah.

8. TanggungjawabPenyeliaSpa

a. Bertanggungjawab terus terhadap salah laku Juruterapi Spa.

b. Mengawal selia Juruterapi Spa dan semua pekerja di bawah seliaannya untuk memastikan mereka mematuhi polisi dan tatacara pekerjaan mereka.

c. Menyediakan rekod yang lengkap bagi setiap pekerja dan Juruterapi Spa di bawah seliaannya berserta dengan bukti kelayakan atau sijil kursus yang diiktiraf.

d. Sekiranya terdapat perkhidmatan baru atau perubahan terhadap perkhidmatan sedia ada atau sekiranya ada produk baru diperkenalkan, Penyelia Spa hendaklah menyediakan latihan dan panduan kepada Juruterapi Spa untuk memastikan mereka dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan.

Page 13: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 7

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

e. Membuat penilaian perkhidmatan terhadap Juruterapi Spa sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

f. Mengawal dan menjaga Spa tersebut supaya tiada perhiasan, gambar atau media yang menyebabkan Pelanggan Spa memilih seseorang Juruterapi Spa.

g. Mencegah terjadi pelacuran dikalangan pekerja Spa dan juga sebarang perkhidmatan atau perbuatan yang melanggar undang-undang atau menyalahi moral atau tradisi.

h. Mengawal selia dan menjaga perkhidmatan, peralatan dan produk menurut peraturan penjagaan kebersihan.

i. Penyelia Spa TIDAK dibenarkan:

• Mengambil pekerja Spa berumur bawah 20 tahun tetapi sekiranya pekerja Spa tersebut mempunyai kelayakan yang diiktiraf, umur yang dibenarkan bekerja adalah 18 tahun.

• Memberi kebenaran kepada orang yang mabuk dan tidak dapat mengawal perbuatannya untuk berada di Spa semasa waktu perniagaan.

• Mengedar dadah atau membenarkan jual beli dadah di Spa tersebut.

• Memberi kebenaran untuk membawa senjata api ke Spa tersebut melainkan pegawai kerajaan yang sedang bertugas yang dibenarkan untuk membawa senjata api.

j. Mematuhi Undang-Undang Buruh.

Page 14: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

8 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

k. Memelihara keselamatan dan kebajikan pekerja Spa dan menyediakan langkah pencegahan untuk melindungi pekerja Spa dari dicabuli oleh Pelanggan Spa.

l. Mempamerkan Sijil kelayakan pekerja Spa di tempat yang mudah dilihat.

9. KelayakanJuruterapiSpa:

a. Umur tidak kurang dari 18 tahun dan mempunyai kelayakan yang diiktiraf

b. Mendapat latihan dari institusi yang diiktiraf atau mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dengan menunjukkan surat pengesahan dari tempat ia bekerja.

c. TIDAK menderita penyakit/ keadaan seperti dibawah:

• Ketagih alkohol/ dadah

• Penyakit mental

• Penyakit lain yang boleh memberi kesan terhadap operasi Spa

10. ProfesionalismaJuruterapiSpa

a. Menyediakan perkhidmatan kepada Pelanggan Spa berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

b. Tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau bahaya kepada Pelanggan Spa.

Page 15: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 9

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

c. Menyimpan rahsia atau maklumat sulit Pelanggan Spa dan tidak menyebarkan maklumat yang boleh memberi gambaran buruk atau kerosakan kepada Pelanggan Spa atau orang lain.

d. Tidak menjalankan aktiviti yang tidak bermoral.

e. Menyediakan perkhidmatan secara profesional dan bersopan.

f. Tidak mengambil minuman beralkohol atau dadah semasa memberi perkhidmatan Spa.

g. Bersikap jujur dan tidak mengambil harta benda Pelanggan Spa.

h. Berada dalam keadaan sihat dan tidak menyebarkan sebarang penyakit kepada Pelanggan Spa dan rakan sekerja.

i. Tidak memakai sebarang perhiasan yang boleh menjadi penghalang semasa memberi perkhidmatan Spa.

j. Berpakaian yang tidak menjolok mata atau memakai pakaian seragam yang disediakan.

11. PengambilanPekerjaSpa

11.1WargatempatanPenyelia Spa digalakkan untuk mengambil pekerja Spa dari kalangan warga tempatan. Berikut adalah syarat yang ditetapkan bagi pengambilan Juruterapi Spa Tempatan:

a. Umur tidak kurang dari 18 tahun

b. Mempunyai alamat tetap di Malaysia

Page 16: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

10 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

c. Tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit

d. Memiliki kelayakan dari institusi yang diiktiraf mengikut kriteria National Occupational Skills Standard (NOSS). NOSS SKM Tahap 1 dan NOSS SKM Tahap 2 bagi Juruterapi Spa atau mempunyai pengalaman 1000 jam bekerja atau latihan (training).

11.2WargaAsingSekiranya Penyelia Spa mengambil pekerja warga asing, pengambilan pekerja tersebut adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari.

Nisbah pekerja Spa warga asing kepada warga tempatan adalah 1:1. (Nisbah ini akan dikaji dari masa ke semasa)

Juruterapi Spa warga asing yang diambil bekerja di Malaysia hendaklah mempunyai kelayakan yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

12. LokasiSpa

Tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan lokasi Spa yang memiliki Juruterapi Spa warga asing:

a. Premis hotel bertaraf tiga (3) bintang dan ke atas

b. Kompleks membeli-belah

c. Rumah kelab

d. Kompleks dan kedai pejabat dikawasan perdagangan

Page 17: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 11

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

e. Terletak sekurang-kurangnya 500 meter dari bangunan sekolah dan tempat ibadah

f. Dalam bangunan hospital swasta, jika pengurusan Spa ini diurus oleh pihak luar (tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan utama hospital swasta berkenaan).

13. Standard Spa

a. Spa tersebut hendaklah berada di lokasi yang baik, selesa, selamat dan pada masa yang sama tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau bahaya kepada kesihatan atau berada berdekatan dengan tempat ibadah.

b. Sekiranya Spa berkenaan beroperasi di dalam bangunan yang sama di mana bisnes lain beroperasi, kawasan Spa tersebut hendaklah ditanda dan dapat dibezakan dengan jelas; dan bisnes lain disekitarnya tidak mempunyai kesan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh Spa tersebut. Selain itu, sekiranya berlaku kecemasan, Pelanggan Spa dapat dipindahkan dengan segera.

c. Sekiranya Spa tersebut menyediakan berbagai perkhidmatan di dalam bangunan atau kawasan yang sama, kawasan tersebut hendaklah dilabelkan dengan jelas (clearly specified) dan setiap kawasan hendaklah memenuhi standard perkhidmatan yang telah ditetapkan.

d. Kawasan untuk perkhidmatan perseorangan (personal service) TIDAK boleh terlampau tersorok atau terselindung.

e. Semua kawasan, di dalam dan di luar Spa hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

Page 18: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

12 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

f. Bangunan tersebut hendaklah diperbuat dari bahan yang kuat, tahan dan tidak rosak atau kotor.

g. Kawasan di mana air digunakan dalam perkhidmatan tertentu hendaklah diperbuat dari bahan yang mudah untuk dibersihkan dan tidak licin.

h. Setiap kawasan di Spa tersebut hendaklah mempunyai pencahayaan yang mencukupi bagi menjalankan sesuatu perkhidmatan.

i. Spa tersebut hendaklah mempunyai sistem pengudaraan yang mencukupi.

j. Spa tersebut hendaklah mempunyai sistem kumbahan dan air yang mematuhi piawaian yang ditetapkan.

k. Spa tersebut hendaklah mempunyai sistem pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

l. Spa tersebut hendaklah mempunyai bilik mandi, bilik stim, bilik urutan, bilik tukar pakaian yang bersih dan selamat serta berasingan bagi lelaki dan wanita. Selain itu, Spa tersebut hendaklah menyediakan sinki basuh tangan (washbasins) yang sepatutnya dan mencukupi di tempat perkhidmatan diberikan.

m. Penyelia Spa hendaklah menyediakan satu sistem penyelenggaraan sisa klinikal yang mematuhi piawaian yang telah ditetapkan, iaitu;

i. Sebarang sampah yang tercemar dengan darah atau cecair daripada badan hendaklah dibuang ke dalam beg plastik biohazard.

ii. Sebarang bahan kumbahan (excreta) atau cecair daripada badan hendaklah dibuang terus ke dalam tandas atau saliran yang bersambung terus ke sistem kumbahan.

Page 19: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 13

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

n. Spa tersebut hendaklah dihias bersesuaian dengan adat dan budaya serta tidak bertentangan dengan tradisi dan nilai murni.

14. StandardNamaSpa

a. Nama Spa tersebut hendaklah sama seperti nama yang didaftarkan untuk perlesenan.

b. Nama tersebut hendaklah mempunyai makna dan tidak bertentangan dengan budaya, tradisi dan akta lain.

c. Nama tersebut hendaklah tidak mengelirukan pengguna sehingga beranggapan bahawa tempat tersebut boleh merawat dan menyembuhkan mereka seperti tugas seorang doktor.

15. StandardPerkhidmatanSpa

a. Waktu operasi Spa: 8 pagi sehingga 10 malam.

b. Penyelia Spa hendaklah menyediakan rekod Juruterapi Spa dan pekerja Spa beserta bukti kelayakan atau sijil untuk menunjukkan bahawa semua pekerja di bawah seliaannya mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan.

c. Penyelia Spa hendaklah menyediakan rekod Pelanggan Spa seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (Lihat Lampiran C) dan menyimpan rekod tersebut sekurang-kurangnya lima (5) tahun daripada tarikh laporan tersebut untuk memudahkan siasatan dijalankan sekiranya perlu.

d. Penyelia Spa hendaklah memastikan bahawa kawasan di Spa tersebut adalah zon larangan merokok.

Page 20: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

14 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

e. Perkhidmatan yang disediakan di Spa hendaklah TIDAK melanggar mana-mana akta yang berkaitan.

f. Sebarang iklan yang dipamerkan berkenaan dengan Spa tersebut hendaklah tidak menyebabkan pengguna tersalah tafsir, mengelirukan dan membuat kenyataan yang salah.

g. Penyelia Spa hendaklah mempamerkan senarai menu perkhidmatan berserta harga bagi setiap perkhidmatan tersebut di tempat yang mudah dilihat dan diperiksa.

h. Penyelia Spa TIDAK boleh membenarkan sebarang perkhidmatan seperti berikut untuk dijalankan di Spa tersebut: perjudian, karaoke, snooker, tari-menari, persembahan hiburan dan sebagainya.

i. Penyelia Spa hendaklah menyediakan pakaian seragam yang sesuai bagi Juruterapi Spa. Pakaian tersebut hendaklah bersih, kemas dan sesuai untuk memberi perkhidmatan Spa. Selain itu, nama Juruterapi Spa hendaklah diletak di hadapan sebelah kiri pakaian tersebut.

16. StandardKeselamatanSpa

a. Penyelia Spa hendaklah menyediakan Alat Bantuan Kecemasan (First Aid Kit) yang boleh digunakan sepanjang masa di Spa tersebut.

b. Penyelia Spa hendaklah menyediakan tanda amaran (Warning Signs) kepada pelanggan Spa supaya mereka lebih berhati-hati terutama dikawasan yang berisiko.

c. Sekiranya Spa tersebut menyediakan perkhidmatan sauna, steam, whirlpool (kolam air panas) atau perkhidmatan lain yang boleh membahayakan kepada pelanggan Spa, Penyelia Spa hendaklah mengatur agar pekerja yang berpengetahuan dan kepakaran

Page 21: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 15

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

untuk memastikan peralatan tersebut dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas digunakan.

d. Penyelia Spa hendaklah menyediakan jam yang mudah dilihat oleh Pelanggan Spa semasa mereka menggunakan sauna, steam dan whirlpool (kolam air panas) supaya mereka dapat mengawal masa mereka sendiri.

e. Penyelia Spa hendaklah menyediakan sistem kecemasan bagi sauna, steam dan whirlpool (kolam air panas). Sistem kecemasan ini hendaklah mudah untuk digunakan bagi memberhentikan peralatan tersebut sekiranya keadaan membahayakan kepada Pelanggan Spa. Sekiranya berlaku kecemasan, Pelanggan Spa boleh dipindahkan dengan cepat.

f. Penyelia Spa hendaklah menyediakan thermometer dan jam penjaga masa automatik (automatic clock timer) di sauna, steam, whirlpool (kolam air panas) dan kolam air panas supaya pekerja yang bertanggungjawab dapat mengawal suhu yang sesuai kepada Pelanggan Spa.

g. Penyelia Spa hendaklah mempunyai cara untuk membuat saringan kepada mereka yang berisiko sebelum mereka menerima perkhidmatan Spa. Ini termasuk ibu mengandung, mereka yang menghidapi penyakit kronik, mungkin akibat dari kesan ubat atau kesan dari amalan perubatan yang diamalkan.

h. Penyelia Spa hendaklah memastikan bahawa setiap Juruterapi Spa mempunyai tahap kesihatan yang optimum, bebas daripada sebarang penyakit berjangkit serta melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Pemeriksaan kesihatan tersebut termasuklah ujian saringan penyakit berjangkit.

Page 22: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

16 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

i. Penyelia Spa hendaklah memelihara dan mengekalkan kualiti bahan kimia dan kualiti air di Whirlpool (kolam air panas), kolam atau peralatan lain supaya peralatan tersebut selamat untuk digunakan oleh Pelanggan Spa.

j. Pakaian dan semua peralatan hendaklah dibersihkan selepas digunakan. Sekiranya ada risiko yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit, contohnya alat yang digunakan untuk scrub kaki, hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya sama seperti sterilization selepas digunakan.

k. Sekiranya, Juruterapi Spa menyediakan perkhidmatan di mana mereka mungkin bernafas pada muka Pelanggan Spa, contohnya semasa menjalankan rawatan muka (facial massage), Juruterapi Spa hendaklah memakai topeng muka atau peralatan lain setiap masa bagi mengelakkan penyakit respiratori berjangkit kepada Pelanggan Spa.

l. Penyelia Spa hendaklah mempunyai cara pencegahan untuk mengelak penyakit berjangkit.

m. Penyelia Spa hendaklah mempunyai sistem pencegahan kebakaran menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

17. EtikaSpa

Malaysia, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan terkenal sebagai sebuah negara Islam dimata dunia mewajibkan Penyelia Spa untuk mematuhi etika bagi pekerja dan Pelanggan Spa Islam seperti ketetapan berikut:

Page 23: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 17

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

a. Pekerja Spa wanita yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk memberi perkhidmatan kepada Pelanggan Spa lelaki; dan

b. Pekerja Spa lelaki yang beragama Islam tidak dibenarkan untuk memberi perkhidmatan kepada Pelanggan Spa wanita.

Page 24: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

18 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

LampiranA:

KONSEPSPA:RAWATANTRADISIONALMELAYUSELEPASBERSALIN

Pelanggan SpaTerdiri daripada wanita selepas bersalin sama ada dalam tempoh berpantang (40-44 hari selepas bersalin) atau tidak.

KriteriaJuruTerapiSpaPenyelia Spa perlu memastikan Juruterapi Spa bertauliah iaitu, seseorang yang memiliki kelayakan yang ditetapkan dan pengalaman dalam Urut Tradisional Melayu dan rawatan selepas bersalin (pembuktian pengalaman paling kurang lima tahun).

Perkhidmatanyangwajibdisediakan:

a. Urutan selepas bersalin

b. Penggunaan herba dalam bentuk pemakanan atau rawatan luaran

c. Bengkong/barut

d. Bertungku

e. Mandi herba

f. Tangas

Page 25: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 19

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

LampiranB:

KONSEPSPA:TERAPIPANCHAKARMA

Pelanggan SpaTeridiri daripada lelaki atau wanita yang ingin mengembalikan tahap kesihatan.

KriteriaJuruTerapiSpaPenyelia Spa perlu memastikan Juru Terapi Spa bertauliah iaitu, seseorang yang memiliki kelayakan yang ditetapkan dan pengalaman dalam terapi Panchakarma.

Perkhidmatanyangdisediakan:

a. Abhyanga – urutan berasas minyak (Oil Massage)

b. Pizichil – sapuan minyak herba (Warm herbal oil administered to the body)

c. Shirodhara – menuang minyak ke dahi/kepala (Oil to the forehead)

d. Swedana – rawatan stim (Steam Treatment)

e. NetraVasti – rawatan mata (Eye Treatment)

f. KatiVasti – rawatan untuk belakang (Back Treatment)

Page 26: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

20 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

LampiranC: Contoh Rekod Pelanggan Spa

Page 27: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 21

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

Page 28: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

22 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

SIDANG EDITOR

Dr.RamliAbd.GhaniPengarah

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

En.JaafarLassaTimbalan Pengarah

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Dr.ShamsainiBt.ShamsuddinKetua Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Dr.MariaSafuraBt.MohamadKetua Penolong Pengarah

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Dr.NurHidayatiBintiAbdulHalimKetua Penolong Pengarah

Bahagian Perubatan Tradisional & KomplementariKementerian Kesihatan Malaysia

Page 29: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

BPTK • 23

Untuk Pengusaha Spa di Malaysia

AHLI JAWATANKUASA

I N D I v I D U

DatinDorotheaJustinModuyingTraditional and Complementary Medicine of Sabah (TCMAS), Kota Kinabalu, Sabah

DatinNorsiahHjMahadi Norz Beauty House Sdn, Bhd,Kuala Lumpur

FaridahAhmadFadzil Tanamera Tropical Spa Sdn Bhd,Shah Alam, Selangor

MaxBehBungKung Spa & Wellness Industry Association of Malaysia, Kuala Lumpur

AyuMudiasih Cemara Ayu Sdn Bhd,Kuala Lumpur

MollyHGoh Spa Consult, Kuala Lumpur

SairaniMohdSa’ad Dhia Nenda Consultants Sdn Bhd,Kuala Lumpur

Page 30: Garis Panduan Perkhidmatan SPA

24 • BPTK

GariS PandUan PerkhidMatan SPa

AHLI JAWATANKUASA

A G E N S I B U K A N K E R A J A A N

Association of Malaysian Spas (AMSpa),Kuala Lumpur

Energy Day Spa, Kuala Lumpur

Ishan Malaysian Spa, Langkawi

Dhia Nenda Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur

South Sea Santuary Spa, Kota Kinabalu, Sabah

Tongkat Tua Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Page 31: Garis Panduan Perkhidmatan SPA
Page 32: Garis Panduan Perkhidmatan SPA