produk 1 malaysia: transformasi spa

56

Upload: doantram

Post on 28-Jan-2017

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA
Page 2: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

Perutusan Pengerusi vii

Pengenalan viii

TERAS 1 : Menambahbaik Proses dan Prosedur1 Iklan Secara Berterusan 1

2 Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menambahbaik Urusan di SPA

1

3 Menjalankan Temu Duga Pada Waktu Malam Dan Hujung Minggu 2

4 Temu Duga Dijalankan Sepenuhnya Oleh Kementerian/Jabatan 2

5 Waktu Panggilan Temu Duga Berperingkat (Mengikut Jam) 2

6 Nisbah Calon Temu Duga Ditingkatkan Kepada 1:15 3

7 Pelantikan Semula Pegawai Perubatan Tanpa Temu Duga 3

8 Melaksanakan Sistem Temu Duga Bersepadu (SISTEB) 3

9 Pelantikan Tetap PTD Kontrak 4

10 Pengambilan Jururawat Gred U29 5

11 Kelonggaran Tapisan Bagi Calon Berkelayakan Sarjana Dan PhD 5

12 Wakil Kuasa Pelantikan Kontrak 0S29000 5

13 Pertukaran Tarikh Temu Duga 6

14 Tiada Temu Duga Bagi Calon Yang Diluluskan Pertukaran Pelantikan 6

15 Tiada Temu Duga Bagi Lepasan Latihan Jururawat KPSL 7

16 Temu Duga Khas/ Best Talent 7

17 Menghapuskan Dasar One Step Lower 8

18 Tempoh Sah Laku Pendaftaran Dipanjangkan 8

19 Tempoh Sah Laku Peperiksaan Dipanjangkan 9

20 Permohonan Lebih Dari Lima (5) Jawatan 9

21 Pindaan Tempoh Sah Laku Calon Simpanan 10

22 Pegawai Belum Sah Jawatan Boleh Memohon Jawatan Lain 10

23 Menghapuskan Penalti Calon Yang Menolak Tawaran Pelantikan 10

24 Mempertimbangkan Pelajar Tahun Akhir 11

25 Keistimewaan Tapisan Bagi Calon Tajaan JPA 11

Kandungan

Page 3: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

26 Perakuan Ke Jawatan Lain Bagi Calon Yang Melalui Urusan Pengambilan PTD

11

27 Meletakkan Nama Panel Temu Duga Dalam Surat panggilan Temu duga kepada Calon

12

28 Mewujudkan Jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas di SPA 12

29 PendekatanTemu Duga Dengan Melihat Kesesuaian Jawatan yang Lain

12

30 Urusan Pertukaran Pelantikan Dan Perkhidmatan Akan Dipengerusikan Oleh Pengerusi SPA Malaysia

13

31 Garis Panduan Hukuman Tatatertib (Baru) 13

32 One Stop Centre SPA 14

33 Perubahan Agenda Mesyuarat Suruhanjaya 14

34 Penghantaran Pakej Suruhanjaya oleh Pegawai Bertugas Pada Setiap Minggu

15

35 Transformasi serta Penambahbaikan Pelaksanaan Pengelasan dan Dokumen Terperingkat di SPA

15

36 Mentransformasi Kaedah Penulisan Minit Suruhanjaya 15

37 Penambahbaikkan Hala Tuju Perancangan Strategik SPA 15

38 Penyediaan Jadual Giliran Harian Pengurusan Atasan Bagi Tujuan Rondaan/ Kawasan Bahagian

16

39 Penubuhan 31 Jawatankuasa Khas SPA bagi tujuan penambah baikan Perkhidmatan SPA

16

40 Sistem Pemantauan Jadual Temu Duga 17

41 Pelantikan Ke Jawatan Juruaudit Gred W41 18

42 SPA Melaksanakan Audit Star Rating 18

43 Budaya Kerja SPA yang Sistematik 18

44 Pengemaskinian Ruling SPA 19

45 Penambahbaikan Prosedur Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera 19

46 Penarikan Balik Perwakilan Kuasa Bagi Urusan Di Bawah P.U.(B) 496/1997

20

47 Pelantikan PSH sebagai Pegawai Temu Duga 20

48 Mengadakan Mesyuarat Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP) Bersama Kementerian/Jabatan

20

Page 4: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

49 Mesyuarat Berkala Bersama JPA Bagi Membincangkan Isu-Isu Perkhidmatan

21

50 Mengkaji Urusan pengambilan Pelajar Cemerlang/Best Talents 21

51 Temu Duga Secara Panggilan Telefon 21

TERAS 2 : Mendekati Pelanggan52 Sesi Interaksi Bersama Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri

dan Badan Bukan Kerajaan23

53 Sesi Interaksi Bersama Pegawai-Pegawai Lantikan Kontrak 24

54 Siri Pertemuan Dengan Media Cina Dan India Diadakan dari semasa ke

25

55 Siri Engagement Dengan Kementerian Dan Jabatan 25

56 Sesi Taklimat Di Sekolah-Sekolah 26

57 Taklimat Berkenaan Urusan Pengambilan S.P.A. 26

58 Taklimat Kerjaya Bagi Menggalakkan Penyertaan Kaum Lain 27

59 Karnival Kerjaya 27

60 Mengadakan Majlis Khas Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan 28

61 Bantuan SPA Kepada Waris Perajurit Yang Gugur Di Lahad Datu 28

62 Sesi Engagement bersama Pegawai Baru di Program Transformasi Minda (Kursus Induksi)

29

63 Kunjungan Mesra Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas ke Kementerian/Jabatan

29

64 SPA Outreach kepada Pelatih PLKN 29

65 Tawaran Seminar Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

30

66 Penyertaan Warga SPA dalam Agensi Sukarelawan RELA & JPAM 30

67 Kerjasama Bersama SPA Negeri Dalam melibatkan Kursus Urusan Pengambilan dan Pengenalan Perkhidmatan Awam dan Negeri

31

68 Pengambilan Calon-Calon e-Kasih 31

TERAS 3 : Mengoptimumkan Perkhidmatan ICT69 Tapisan Awal Sebelum Memanggil Calon Temu Duga Melalui

Sistem Semakan Maklumat Individu33

70 Surat Tawaran Online 33

Page 5: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

71 Pendekatan Mempromosikan SPA Melalui Pendekatan Aplikasi Online (Baru)

33

72 Peperiksaan Secara Atas Talian (Online) 34

73 Tapisan Keutuhan oleh SPRM 35

74 Melaksanakan Sistem e-Pengesahan Dalam Urusan Perkhidmatan 35

TERAS 4 : Membangunkan Pakatan Strategik75 Kerjasama Dengan JPA dan Talent Corp 37

76 Kerjasama Dengan Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) 37

77 Kursus Guru-Guru Kaunseling di Sekolah-Sekolah 39

78 Kerjasama SPA Malaysia Bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Lain

39

79 Rundingan Kerjasama Pintar Antara Bank Rakyat dan S.P.A. Malaysia

40

80 Penubuhan Kelab 1M4U DAN RAKAN MUDA SPA 40

81 Perluasan Penggunaan Perkhidmatan Bersama Bagi Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) Oleh SPA

41

82 Kerjasama dengan JPJ untuk semakan saman bagi jawatan pemandu

41

83 Kerjasama Bersama SPA Negeri Dalam Urusan temu Duga 41

TERAS 5 : Mengukuhkan Organisasi84 Perjumpaan dan Sesi Dialog Pengerusi SPA Bersama Warga SPA 43

85 Penyertaan Urus Setia SPA Cawangan Sabah dan Sarawak di Mesyuarat Suruhanjaya

43

86 Program “Anak Angkat” Pusat Temu Duga SPA seluruh Malaysia Oleh SUB Bahagian

44

87 Sesi Perkongsian Ilmu di Mesyuarat Suruhanjaya 44

88 Perbincangan Mingguan Bersama Ahli Suruhanjaya 44

89 Perbincangan Mingguan bagi Menggubal Soalan-soalan Peperiksaan bagi Bank Data Soalan

45

90 Bacaan doa di Mesyuarat Suruhanjaya 45

Penutup 46

Page 6: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

Penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan di antara rakyat dan Kerajaan… Kita perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi ini berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak

Page 7: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

vii

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah berjaya menerbitkan buku Produk 1 Malaysia: Transfomasi SPA Edisi Kedua. Amatlah diharapkan agar buku ini akan menjadi bahan rujukan serta panduan dalam usaha penambahbaikan semua urusan SPA.

SPA sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Melantik (PBM) di negara ini, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya. Selaras dengan hasrat Kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan di bawah semangat Lautan Biru – National Blue Ocean Strategy Initiatives (NBOSI), SPA telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik perkhidmatan di bawah program transformasinya.

SPA melaksanakan program transformasinya berasaskan lima (5) teras utama transformasi ke arah merakyatkan perkhidmatan iaitu menambahbaik proses dan prosedur, mendekati pelanggan, mengoptimumkan perkhidmatan ICT, membangunkan pakatan strategik dan mengukuhkan organisasi. Kelima-lima teras transformasi ini akan membantu SPA menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah PBM yang terunggul dan berwibawa baik dari segi fungsi dan peranannya sejajar dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pendekatan NBOS yang digunapakai oleh SPA dalam program transformasinya ini tidak melibatkan pindaan undang-undang, pertambahan peruntukan kewangan mahupun pertambahan jawatan. Pendekatan ini juga popular dan disukai rakyat serta menghasilkan impak win-win situation. Selain itu, intipati Transformasi SPA juga merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat yang memfokuskan kepada hasil yang memberi impak tinggi, kos minimum dan pelaksanaan dengan kadar segera.

Akhir sekali saya berharap buku ini akan dapat memberi manfaat kepada orang awam dan dapat memberi refleksi positif terhadap SPA dalam mendepani cabaran yang mendatang. Saya berdoa semoga segala usaha yang kita lakukan akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. jua.

Selamat maju jaya dan salam hormat dari saya,

TAN SRI MAHMOOD BIN ADAMPengerusiSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia9 Mei 2014

Page 8: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

viii

PENGENALAN

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah membawa perubahan baru dalam dunia perkhidmatan awam menerusi Pelan Transformasi Negara. Pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dilaksanakan agar memberi kemudahan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri, SPA turut melaksanakan program transformasi di bawah pimpinan YBhg. Pengerusi, Tan Sri Mahmood bin Adam. Menggunakan pendekatan Blue Ocean Strategy, sehingga kini SPA telah melaksanakan 90 transformasi yang merangkumi urusan pengambilan, perkhidmatan dan tatatertib sejak Jun 2012. Transformasi yang dijalankan oleh SPA ini merupakan inisiatif transformasi SPA dalam Produk 1Malaysia Transformasi SPA.

Dalam tempoh setahun, impak positif dapat dilihat dalam merakyatkan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan SPA. Antaranya, bilangan kaum bukan Melayu seperti Cina dan India yang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam bertambah, urusan pengambilan dipermudahkan serta urusan perkhidmatan dipercepatkan.

Dalam menuju arus perdana Perkhidmatan Awam, SPA akan melaksanakan banyak lagi transformasi yang pastinya akan memberi impak yang tinggi dan imej positif perkhidmatan awam di mata rakyat.

Page 9: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

TERAS 1: MENAMBAHBAIK

PROSES DAN PROSEDUR

Page 10: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

1

01

02

Iklan Kekosongan Jawatan Secara Berterusan

Selaras dengan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat, SPA mengiklankan kekosongan jawatan secara berterusan menerusi portal SPA, facebook dan twitter. Di samping itu, iklan kekosongan jawatan juga disiarkan di media cetak iaitu di akhbar berbahasa Melayu, Tamil dan Cina, serta menerusi crawler di RTM dan hebahan radio. Pengiklanan kekosongan jawatan secara berterusan ini bertujuan untuk memudahkan lebih ramai calon daripada pelbagai latar belakang dan tempat mencapai akses kepada iklan pengambilan oleh SPA. Penggunaan media cetak dan laman sosial dapat membantu proses hebahan yang lebih berkesan memandangkan capaian kepada umum adalah cepat dan luas.

Menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menambahbaik Urusan di SPA

Sembilan (9) Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan sebagai wadah untuk mendapatkan input-input atau idea-idea secara langsung daripada komuniti, agensi-agensi yang berkaitan bagi menambahbaik urusan pengambilan dan perkhidmatan yang diberikan oleh SPA kepada masyarakat dan agensi-agensi kerajaan. Antara Jawatankuasa Khas tersebut adalah seperti berikut:

a) Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Cina.b) Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India. c) Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Urusan Pengambilan Orang

Dayak.

Page 11: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

2

03

04

05

d) Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Urusan Pengambilan Negeri Kelantan.

e) Jawatankuasa Khas Membincangkan Isu Lantikan Kontrak JPNIN, KEMAS dan KPKK.

f) Jawatankuasa Khas Penyertaan Kaum Melayu Dalam Perkhidmatan Awam.

Menjalankan Temu Duga Pada Waktu Malam Dan Hujung Minggu

Pada kebiasaannya, temu duga dijalankan pada hari dan waktu bekerja. Namun begitu terdapat calon-calon yang tidak dapat menghadiri temu duga pada waktu tersebut kerana majikan tidak membenarkan mereka mengambil cuti. Oleh itu, SPA telah mengadakan temu duga pada waktu malam dan hujung minggu khusus kepada calon yang mempunyai kekangan untuk hadir temu duga pada hari dan waktu bekerja. Dengan adanya temu duga pada waktu malam dan hujung minggu ini akan memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada calon terutamanya yang sedang bekerja untuk hadir ke temu duga yang dijalankan oleh SPA.

Temu Duga Dijalankan Sepenuhnya Oleh Kementerian/Jabatan

Sebagai langkah transformasi SPA, temu duga dijalankan sepenuhnya oleh Kementerian/Jabatan. Perwakilan kuasa ini membantu mempercepatkan urusan temu duga di samping memberi peluang kepada pihak Kementerian/Ketua Perkhidmatan membuat pemilihan calon mengikut keperluan masing-masing. Walau bagaimanapun, SPA membantu menyediakan jadual temu duga bagi memanggil calon-calon yang memohon jawatan-jawatan yang tertentu dan menyerahkannya kepada Jabatan/Kementerian bagi urusan pelaksanaan temu duga.

Waktu Panggilan Temu Duga Berperingkat (Mengikut Jam)

Panggilan temu duga berperingkat diperkenalkan di mana panggilan temu duga kepada calon dibuat mengikut jam. Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan Sokongan I, sebanyak empat(4) calon akan dipanggil bagi setiap jam, manakala Kumpulan Sokongan II, sebanyak 5 calon akan dipanggil bagi setiap jam. Panggilan waktu temu duga berperingkat ini bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu calon yang terlalu lama, di samping memberi ruang kepada calon untuk merancang perjalanan menghadiri temu duga dalam keadaan yang lebih selesa.

Page 12: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

3

06

07

08

Nisbah Calon Temu Duga Ditingkatkan Kepada 1:15

Nisbah calon dipanggil ke temu duga ditingkatkan kepada nisbah satu (1) kekosongan kepada 15 calon dipanggil temu duga bagi membolehkan lebih ramai calon diberi peluang untuk menghadiri temu duga bagi jawatan-jawatan yang dipohon. Bilangan calon temu duga juga ditambah daripada 15 kepada 30 calon sehari bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan daripada 30 kepada 40 calon sehari bagi Kumpulan Sokongan untuk membolehkan lebih ramai calon dipanggil temu duga.

Dengan peningkatan nisbah calon ini, aduan calon mengenai panggilan menghadiri peperiksaan/ temu duga bagi jawatan yang dipohon melalui Portal SPA dapat dikurangkan.

Pelantikan Semula Pegawai Perubatan Tanpa Temu Duga

Pegawai Perubatan yang telah meletak jawatan boleh dilantik semula secara tetap ataupun kontrak tanpa perlu dipanggil temu duga. Inisiatif ini dapat memudahkan urusan pelantikan semula calon-calon yang telah meletak jawatan sebagai Pegawai Perubatan atas sebab-sebab persendirian berdasarkan merit kes. Pelantikan semula Pegawai Perubatan oleh SPA turut mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan sumbangan kepada negara selain berjaya mengurangkan kekosongan jawatan pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melaksanakan Sistem Temu Duga Bersepadu (SISTEB)

SISTEB dilaksanakan untuk mempercepatkan urusan pengisian sesuatu jawatan dengan kaedah temu duga secara bersepadu bagi skim-skim yang mempunyai kumpulan bidang kerja yang sama. Pada masa sekarang, 10 skim gabungan Latihan Separa Perubatan dijalankan berdasarkan SISTEB. Skim gabungan Latihan Separa Perubatan tersebut adalah:

a) Jururawat.b) Jurupulih Perubatan Anggota.c) Jurupulih Perubatan Cara Kerja.

Page 13: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

4

09

d) Jururawat Masyarakat.e) Jururawat Pergigian.f) Juruteknologi Makmal Perubatan. g) Juruteknologi Pergigian. h) Juru X-Ray.i) Pembantu Kesihatan Awam.j) Pembantu Pembedahan Pergigian.

Pelantikan Tetap Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Kontrak

Pegawai-pegawai (PTD) yang dilantik secara kontrak yang telah lulus peperiksaan yang disyaratkan oleh skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik telah diperakukan lantikan tetap bagi mengisi kekosongan jawatan Gred M41 di Kementerian dan Jabatan. Majlis penyerahan surat pelantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik kepada pegawai-pegawai kontrak telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Auditorium INTAN pada 21 Februari 2013. Seramai 215 pegawai-pegawai PTD kontrak telah mendapat jawatan tetap mengisi kekosongan sedia ada.

Page 14: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

5

10

11

12

Pengambilan Jururawat Gred U29

SPA telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat penyelarasan kemasukan gradúan Jururawat lepasan Institut Pengajian Tinggi Swasta (Masterskills dan lain-lain) untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Persepakatan telah diperolehi di dalam mesyuarat berkenaan dan Kerajaan bersetuju membuat pengambilan bagi mengisi 1,681 jawatan kosong. Pengambilan ini dibuat khusus untuk lulusan Diploma Kejururawatan daripada IPTA dan IPTS (Bukan Tajaan).

Kelonggaran Tapisan Bagi Calon Berkelayakan Sarjana Dan PhD

Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda yang tidak melepasi tapisan CGPA tetapi memiliki kelayakan yang lebih tinggi iaitu Sarjana atau/dan PhD diberi peluang menghadiri peperiksaan/ Pusat Penilaian Kompetensi/ Temu duga dengan syarat Ijazah pertama tersebut diiktiraf, bidang pengajian yang relevan dan memenuhi syarat skim perkhidmatan untuk dibuat pelantikan.

Pelantikan Kontrak 0S29000

Semua urusan temu duga pelantikan kontrak bagi kali pertama dan pelantikan semula di bawah OS29000 dan OS11000 bagi keperluan tertentu dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan. Ia bertujuan bagi membolehkan Kementerian/Jabatan memilih calon mengikut keperluan masing-masing.

Page 15: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

6

13

14

Pertukaran Tarikh Temu Duga

Calon yang dijadualkan temu duga dibenarkan memohon pertukaran tarikh temu duga yang asal kepada tarikh lain dalam tempoh urusan temu duga jawatan tersebut dijalankan. Permohonan pertukaran tarikh dan tempat temu duga boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan calon. Walau bagaimanapun, pertukaran Lembaga Temu Duga (LTD) ini merujuk kepada urusan temu duga yang melibatkan jumlah calon harian dan LTD yang terlibat.

Ini menunjukkan bahawa SPA lebih fleksibel dan empati terhadap masalah yang dihadapi calon yang tidak dapat menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan atas alasan-alasan yang dikemukakan.

Tiada Temu Duga Bagi Calon Yang Diluluskan Pertukaran Pelantikan

Inisiatif tiada temu duga bagi calon yang diluluskan pertukaran pelantikan dilaksanakan untuk memberi kemudahan dan keutamaan kepada calon yang bertukar di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain ke Perkhidmatan Awam Am Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Negeri-negeri di bawah bidang kuasa Suruhanjaya dan sebaliknya. Transformasi ini sejajar dengan kehendak kerajaan yang mengutamakan rakyat iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Pelaksanaan inisiatif ini telah menjadikan urusan pertukaran pelantikan lebih efisien dan memberi impak yang memberangsangkan kepada pelanggan dan Urus Setia daripada aspek penjimatan masa, tenaga serta kos. Di samping itu, ia dapat mengurangkan karenah birokrasi dan seterusnya meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

Page 16: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

7

15

16 Temu Duga Khas/ Best Talent

SPA mengambil inisiatif untuk mempertimbangkan pelantikan tetap bagi pelajar-pelajar cemerlang yang memperolehi Ijazah Kelas Pertama. Selain daripada itu, individu yang telah memberi sumbangan luar biasa kepada negara seperti mewakili Negara dalam sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel juga turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, pelantikan calon-calon cemerlang ini masih mengambil kira kesesuaian jawatan dengan kelulusan yang dimiliki.

Tiada Temu Duga Bagi Lepasan Latihan Jururawat PSL

Jururawat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang telah menamatkan latihan dan diperakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak perlu ditemu duga semula sebaliknya akan terus dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29. Ini dapat mempercepatkan proses pelantikan Jururawat kerana SPA berpandangan bahawa hanya jururawat yang kompeten sahaja akan berjaya menamatkan latihan dan mendapat perakuan oleh KKM. Proses penilaian sepanjang berkursus adalah relevan untuk dijadikan asas pertimbangan pelantikan. Temu duga sekali lagi selepas tamat latihan hanya akan memanjangkan tempoh untuk dilantik dan jururawat perlu menunggu lama.

Page 17: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

8

18

17 Menghapuskan Dasar One Step Lower

SPA juga telah menghapuskan dasar One Step Lower di mana calon yang memiliki kelayakan minimum bagi sesuatu jawatan boleh memohon jawatan tersebut walaupun memiliki kelayakan yang lebih tinggi. Ini bermakna calon yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui matrikulasi berpeluang memohon jawatan di Gred 17. Ini kerana pada masa ini, kelayakan matrikulasi tidak boleh dilantik ke dalam perkhidmatan awam kerana calon perlu melepasi tapisan yang ditetapkan di Gred 17. Walau bagaimanapun, calon yang mempunyai kelayakan yang tinggi yang memohon jawatan Gred 17 perlu melalui tapisan yang sama seperti mana calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil ujian fizikal atau temu duga.

Inisiatif ini membolehkan calon yang memiliki kelayakan yang lebih tinggi untuk memohon lebih banyak pilihan jawatan dan seterusnya bersaing secara sihat dengan calon yang memiliki kelayakan yang sama.

Tempoh Sah Laku Pendaftaran Dipanjangkan

Sebelum inisiatif ini dilaksanakan, tempoh sah laku pendaftaran calon yang memohon melalui Borang SPA8i hanyalah untuk tempoh setahun (1) sahaja dan calon perlu mengemaskini maklumat pendaftaran selepas tempoh sah laku tamat. Walau bagaimanapun, melalui transformasi ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ ini, tempoh sah laku pendaftaran dipanjangkan dari setahun (1) kepada lima (5) tahun bermula dari 1 Jun 2012. Dengan memanjangkan tempoh sah laku pendaftaran, calon yang memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam tidak perlu membuat permohonan baru setiap tahun seperti sebelumnya.

Page 18: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

9

19 Tempoh Sah Laku Peperiksaan Dipanjangkan

Tempoh sah laku peperiksaan dipanjangkan kepada lima (5) tahun daripada setahun (1) atau secara one-off sebelum ini. Tujuan tempoh sah laku peperiksaan ini dipanjangkan adalah untuk mengelakkan pertambahan calon ulangan yang menduduki peperiksaan dan juga memberi peluang kepada calon yang lulus untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah ini dilakukan bagi mencapai win-win situation dimana SPA dapat mengadakan peperiksaaan kepada calon baru yang bilangannya sedikit, manakala calon yang telah lulus peperiksaan tetapi gagal temu duga tidak perlu mengulang peperiksaan yang sama.

Inisiatif ini memberi calon lebih banyak peluang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam selain mengurangkan aduan dari calon mengenai panggilan peperiksaan berulang kali pada jawatan yang sama atau jawatan yang lain.

20 Permohonan Lebih Dari Lima (5) Jawatan

Bagi menambah baik kaedah permohonan SPA, kemudahan permohonan secara online telah dikaji secara menyeluruh. Hasil daripada kajian tersebut, pilihan jawatan di dalam Borang SPA8i telah diperbanyakkan bagi membolehkan calon memohon lebih daripada lima (5) jawatan iaitu sehingga 15 jawatan. Dengan kemudahan ini, calon berpeluang untuk memohon lebih banyak jawatan yang difikirkan sesuai dengan kelayakan akademik yang dimiliki oleh calon.

Page 19: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

10

23

21

22

Pindaan Tempoh Sah Laku Calon Simpanan

Tempoh sah laku calon simpanan bagi sesuatu jawatan itu telah dipinda daripada setahun (1) kepada sehingga calon dilantik ke jawatan tetap. Pindaan kepada tempoh sah laku calon simpanan ini memberi peluang yang lebih tinggi kepada calon tersebut untuk dilantik ke jawatan yang telah ditemu duga. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos sekiranya urusan pengambilan tersebut perlu dijalankan berulang kali bagi memenuhi kekosongan di Kementerian/Jabatan terlibat.

Pegawai Belum Sah Jawatan Boleh Memohon Jawatan Lain

SPA juga telah membenarkan calon yang belum disahkan dalam perkhidmatan untuk memohon ke jawatan lain. Kelonggaran ini dibuat bagi menggalakkan perkembangan kerjaya yang sihat di kalangan penjawat awam dan memberi peluang kepada penjawat awam memohon pekerjaan menurut minat dan kelebihan masing-masing.

Menghapuskan Penalti Calon Yang Menolak Tawaran Pelantikan

Sebelum ini, calon yang menolak tawaran pelantikan akan disenaraihitam bagi jawatan tersebut iaitu tiga (3) tahun bagi jawatan perubatan dan setahun (1) bagi jawatan yang lain. Walaubagaimanapun, dasar baru SPA telah menetapkan bahawa calon yang menolak tawaran pelantikan boleh dipanggil temu duga untuk jawatan yang sama atau jawatan yang lain tanpa dikenakan sebarang penalti. Oleh yang demikian, calon mempunyai peluang untuk menghadiri temu duga bagi jawatan yang diminati walaupun telah menolak tawaran pelantikan jawatan terdahulu.

Page 20: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

11

24

25

Mempertimbangkan Pelajar Tahun Akhir

Sebelum Jun 2012, hanya pelajar tahun akhir bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja yang dipanggil menghadiri temu duga. Walau bagaimanapun, selepas Jun 2012, pelajar di semester akhir pengajian bagi apa-apa bidang juga boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga dan pelantikan mereka adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan akhir.

Keistimewaan Tapisan Bagi Calon Tajaan JPA

Keistimewaan tapisan ini dilaksanakan bagi membolehkan calon-calon cemerlang dalam bidang akademik tajaan JPA terutamanya di luar negara dapat dikenalpasti untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Bagi merealisasikan hasrat ini, pihak SPA turut menyertai program-program pencarian bakat yang dijalankan oleh pihak Talent Corp. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada keperluan semasa dan kesesuaian jawatan.

26 Perakuan Ke Jawatan Lain Bagi Calon Yang Melalui Urusan Pengambilan PTD

Pelaksanaan inisiatif ini dapat meningkatkan kecekapan SPA dalam urusan pengambilan. Ia membolehkan SPA memperoleh calon untuk jawatan lain di dalam urusan temu duga yang lain. Walau bagaimanapun, pelantikan calon adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang diperakukan dan persetujuan daripada calon. Oleh yang demikian, Pengerusi Temu Duga perlu mempunyai maklumat berhubung mana-mana jawatan yang dipohon oleh Kementerian/ Jabatan sebelum memperakukan calon ke jawatan lain.

Page 21: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

12

27

28

29

Meletakkan Nama Panel Temu Duga Dalam Surat panggilan Temu duga kepada Calon

Nama panel temu duga diletakkan dalam surat panggilan temu duga kepada calon sebagai menambah baik urusan temu duga yang dijalankan oleh SPA. Ia juga merupakan langkah ke arah penyampaian perkhidmatan yang telus dan terbuka. Calon boleh mengetahui panel temu duga terlibat yang akan menemuduga bagi jawatan yang dipohon.

Mewujudkan Jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas

Bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan SPA, Pegawai Tugas-Tugas Khas dilantik bagi membantu SPA dalam urusan pengambilan, perkhidmatan, tatatertib dan kenaikan pangkat. Pegawai Tugas-Tugas Khas ini dipilih berdasarkan pengalaman, kemahiran dan kepakaran masing-masing di dalam perkhidmatan mereka terdahulu.

PendekatanTemu Duga Dengan Melihat Kesesuaian Jawatan yang Lain

SPA juga turut menggunakan pendekatan dalam urusan temu duga bagi calon yang hadir bagi sesuatu jawatan tertentu dengan melihat kesesuaian jawatan yang lain berdasarkan kompetensi calon sekiranya bersesuaian.

Cadangan jawatan yang bersesuaian boleh direkod oleh Pengerusi Lembaga Temu Duga yang dilantik dan dimasukkan ke dalam Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) bagi tujuan pelantikan untuk jawatan yang disyorkan jika terdapat kekosongan. Calon yang dilihat mempunyai kesesuaian bagi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam boleh dilantik dengan adanya inisiatif ini.

Page 22: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

13

30

31

Urusan Pertukaran Pelantikan Dan Perkhidmatan Akan Dipengerusikan Oleh Pengerusi SPA Malaysia

Urusan Pertukaran Pelantikan dan Perkhidmatan kini telah dibawa ke Mesyuarat Suruhanjaya dan bukan lagi diputuskan oleh Jawatan Kuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Sekretariat. Langkah ini bertujuan untuk menyelaras keputusan bagi permohonan untuk pertukaran pelantikan dan perkhidmatan di setiap peringkat.

Garis Panduan Hukuman Tatatertib (Baru)

SPA telah bersetuju mengeluarkan Garis Panduan Hukuman Tatatertib yang baru sebagai asas dan panduan kepada Ahli-Ahli Lembaga Tatatertib dalam melaksanakan hukuman tatatertib. Ini memandangkan terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam pertimbangan kes tatatertib dan penentuan hukuman antara Jabatan. Garis panduan hukuman tatatertib ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dapat digunakan oleh Kementerian/Jabatan untuk membuat pertimbangan kes tatatertib dengan sewajarnya.

Page 23: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

14

32

33

One Stop Centre SPA

Bilik Operasi “One Stop Centre” SPA yang menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan dan pegawai-pegawai dari bahagian yang kerap menerima panggilan telefon ini berfungsi untuk menjawab pertanyaan daripada pelanggan melalui panggilan telefon. Antaranya soalan yang kerap diajukan adalah mengenai semakan permohonan online, status permohonan, urusan peperiksaan dan urusan temu duga. Penempatan wakil pegawai daripada setiap Bahagian di One Stop Centre ini adalah bertujuan untuk membantu menambah baik sistem telefon di SPA bagi mempercepatkan perkhidmatan telefon daripada pelanggan yang ingin mendapatkan jawapan daripada pegawai-pegawai SPA.

Perubahan Agenda Mesyuarat Suruhanjaya

Agenda Mesyuarat Suruhanjaya kini telah disusun mengikut fungsi dan bidang tugas Suruhanjaya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Oleh yang demikian, agenda Mesyuarat Suruhanjaya adalah bermula daripada pertimbangan kertas pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, tindakan tatatertib, rayuan kenaikan pangkat dan seterusnya rayuan tatatertib.

Page 24: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

15

34

35

36

37

Penghantaran Pakej Suruhanjaya oleh Pegawai Bertugas Pada Setiap Minggu

Penghantaran pakej Suruhanjaya pada hujung minggu kini dilaksanakan oleh pegawai di Gred 27 sehingga 48 bagi mematuhi arahan prosedur keselamatan dokumen terperingkat. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai prosedur-prosedur keselamatan bagi mematikan kerahsiaan dokumen Kerajaan dipatuhi.

Transformasi serta Penambahbaikan Pelaksanaan Pengelasan Dokumen Terperingkat

SPA telah menambahbaik proses kerja yang melibatkan dokumen terperingkat. Antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan buku daftar untuk dokumen terperingkat, mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dalam membawa masuk/keluar dokumen terperingkat termasuklah salinan digital dokumen berkenaan.

Mentransformasi Kaedah Penulisan Minit Suruhanjaya

Isu-isu yang dibincangkan dalam Perutusan Pengerusi dan hal-hal lain diminitkan di dalam Minit Mesyuarat Suruhanjaya. Maklum balas dan tindakan bagi isu-isu tersebut kemudiannya dibentangkan di Mesyuarat Suruhanjaya yang seterusnya untuk rujukan dan pemantauan bersama.

Penambahbaikkan Hala Tuju Perancangan Strategik SPA

Setiap Transformasi SPA diselaraskan dengan Pelan Perancangan Strategik SPA 2011-2015. Penyelarasan ini amat penting bagi memastikan matlamat SPA untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat dicapai.

Page 25: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

16

38

39 Penubuhan 38 Jawatankuasa Khas SPA bagi tujuan penambahbaikan Perkhidmatan

Dalam usaha menambah baik kaedah pengurusan yang melibatkan semua operasi dan inisiatif transformasi, 38 Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan seperti berikut:1) Jawatankuasa Khas Integriti.2) Jawatankuasa Khas Keselamatan Dan Perlindungan.3) Jawatankuasa Khas Key Performance Indicators (KPI).4) Jawatankuasa Khas Strategi Media.5) Jawatankuasa Khas ICT.6) Jawatankuasa Khas Transformasi.7) Jawatankuasa Khas Kolaborasi – Jawatankuasa NGO.8) Jawatankuasa Khas Star Rating.9) Jawatankuasa Khas Interaksi Bersama Kementerian/Jabatan.10) Jawatankuasa Khas Portal/ Laman Web SPA.11) Jawatankuasa Khas Kemahiran Bersama Pelanggan.

Penyediaan Jadual Giliran Harian Pengurusan Atasan Bagi Tujuan Rondaan/ Kawasan Bahagian

Rondaan oleh pengurusan atasan SPA ke bahagian-bahagian merupakan inisiatif ‘turun padang’’ bagi memastikan pengurusan atasan sentiasa berinteraksi dengan semua pegawai dan kakitangan di semua peringkat. Ia juga bagi memantau operasi selain mendapatkan maklum balas dan pandangan Warga SPA.

Page 26: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

17

40

12) Jawatankuasa Khas Urusan Pelaksanaan Temu Duga SPA.13) Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kelab Sukan SPA.14) Jawatankuasa Khas Perancangan Dasar SPA.15) Jawatankuasa Khas Penggubalan Soalan Peperiksaan Bagi Tujuan

Bank Data SPA.16) Jawatankuasa Khas Pengurusan Data dan Statistik SPA.17) Jawatankuasa Khas Buku Laporan Tahunan SPA.18) Jawatankuasa Khas Pengurusan Aduan dan One Stop Centre.19) Jawatankuasa Khas Kerohanian dan Keagamaan.20) Jawatankuasa Khas Pendaftaran Online dan Pengkhususan Bidang

Mengikut Jawatan.21) Jawatankuasa Khas Sumber Manusia.22) Jawatankuasa Khas Audit dan Akaun.23) Jawatankuasa Khas Urusan Naik Pangkat & Tatatertib.24) Jawatankuasa Khas Urusan Perkhidmatan.25) Jawatankuasa Khas Jemaah Menteri/ Kabinet/ Parlimen.26) Jawatankuasa Khas Sabah.27) Jawatankuasa Khas Sarawak.28) Jawatankuasa Khas Sambutan Jubli Intan SPA 60 Tahun.29) Jawatankuasa Khas Pegawai-Pegawai di Gred 41 – 48.30) Jawatankuasa Khas Perhubungan Antarabangsa.31) Jawatankuasa Khas Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera dan

Kecergasan.32) Jawatankuasa Khas Bahasa Inggeris SPA.33) Jawatankuasa Khas Pengurusan Stor.34) Jawatankuasa Khas Pengurusan Rekod (Pengurusan Fail dan Surat

Menyurat).35) Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kursus.36) Jawatankuasa Khas Pengurusan Organisasi.37) Jawatankuasa Khas Pasukan Bola SPA.38) Jawatankuasa Khas Ruling SPA.

Sistem Pemantauan Jadual Temu Duga

Jadual temu duga akan dibentang dan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Urusan Pelaksanaan Temu Duga SPA untuk tujuan pemantauan dan semakan bersama. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pembahagian barisan panel penemu duga yang adil kepada semua calon di seluruh negara.

Page 27: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

18

41

42

43

Pelantikan Ke Jawatan Juruaudit Gred W41

SPA telah menambahbaik kaedah pengambilan bagi pelantikan ke jawatan juruaudit dengan melantik calon yang memiliki kelayakan “affiliate ACCA” yang sama taraf dengan peperiksaan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang dikendalikan oleh Ketua Perkhidmatan. Perbincangan lanjut dengan Jabatan Audit Negara telah diadakan bagi melaksanakan inisiatif ini.

SPA Melaksanakan Audit Star Rating

SPA telah memutuskan untuk melaksanakan audit Star Rating oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menambahbaik urusan pembangunan dan operasi di SPA. Penilaian yang dijalankan menerusi Star Rating ini akan membantu SPA menilai prestasi penyampaian perkhidmatannya agar terus berada di tahap urus tadbir organisasi Kerajaan yang terbaik.

Budaya Kerja SPA yang Sistematik

Semua urusan surat menyurat dan urusan yang berkaitan dengan SPA perlu dilakukan secara sistematik dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, setiap kertas pertimbangan mesyuarat hendaklah dikemukakan pada hari jumaat selewat-lewatnya pada jam 11.00 pagi bagi membolehkan pihak urus setia menyelesaikan urusan selanjutnya dengan kadar segera. Kertas pertimbangan yang lewat diterima oleh urus setia hendaklah mendapat kelulusan Pengerusi terlebih dahulu sebelum di pertimbangkan untuk dibawa ke Mesyuarat Suruhanjaya.

Page 28: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

19

44

45

Pengemaskinian Ruling SPA

Ruling SPA akan sentiasa dikemaskini melalui sistem e-ruling bagi memudahkan rujukan dilakukan oleh warga SPA. Sistem e-ruling akan digunakan sebagai asas rujukan kepada SPA dalam pembuatan keputusan. Ruling ini akan dikemaskini mengikut Tajuk, Tahun, Semakan dan Indeks.

Penambahbaikan Prosedur Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera

Setiap calon yang hadir ke pemeriksaan fizikal dan pancaindera perlu menjalani kesemua peringkat pemeriksaan sehingga akhirnya bagi mematuhi kaedah prosedur sebenar. Keputusan ujian pemeriksaan fizikal kepada seseorang calon akan diberikan setelah calon menjalani semua peringkat pemeriksaan fizikal dan pancaindera yang dijalankan. Calon yang gagal pada suatu peringkat pemeriksaan tidak boleh pulang sehingga mereka menjalani kesemua peringkat pemeriksaan dan keputusan pemeriksaan fizikal dan pancaindera akan dikemukakan sejurus selepas selesai semua peringkat tersebut. Hanya calon yang lulus sahaja yang akan menjalani urusan temu duga bagi peringkat seterusnya manakala calon yang gagal akan pulang.

Page 29: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

20

46 Penarikan Balik Perwakilan Kuasa Bagi Urusan Di Bawah P.U.(B) 496/1997

SPA telah mengeluarkan surat kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri di Bawah Bidang Kuasa pada 14 Mac 2014 berhubung Penarikan Balik Perwakilan Kuasa Untuk Melantik, Mengesahkan Dalam Perkhidmatan dan Memasukkan Ke Dalam Perjawatan Berpencen Bagi Jawatan-Jawatan Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) Di Bawah Surat Cara Perwakilan Kuasa 1997 [P.U.(B)] 496/1997. Urusan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2014.

47

48 Mengadakan Mesyuarat Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP) Bersama Kementerian/Jabatan

Bagi memastikan maklumat pengisian jawatan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi sentiasa tepat, SPA mengadakan Mesyuarat Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan yang dihadiri oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan mengenalpasti bidang-bidang yang bersesuaian dengan pengisian jawatan yang dipohon oleh Kementerian/Jabatan/Agensi.

Pelantikan PSH sebagai Pegawai Temu Duga

Bagi melancarkan urusan temu duga, SPA melantik Pegawai Tugas-Tugas Khas yang telah tamat tempoh kontrak sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) untuk membantu SPA menjalankan urusan temu duga. Pelantikan ini dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai penemuduga dan memastikan urusan pengambilan berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan.

Page 30: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

21

49

50

51

Mengkaji Urusan pengambilan Pelajar Cemerlang/Best Talents

Satu kaedah pengambilan khas bagi pelajar cemerlang ke dalam perkhidmatan awam sedang dikaji oleh SPA. Pelajar-pelajar cemerlang ini akan dikenalpasti berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan penglibatanmereka dalam ko-kurikulum. Satu Jawatankuasa khusus akan dibentuk bagi mengenalpasti pelajar-pelajar cemerlang. Pengambilan pelajar cemerlang ini akan dapat membantu dalam memastikan kesinambungan penjawat awam yang berkualiti dalam perkhidmatan awam dapat diteruskan.

Temu Duga Secara Panggilan Telefon

Temu duga secara panggilan telefon dilaksanakan dalam keadaan tertentu bagi memudahkan calon ditemu duga dengan penggunaan teknologi komunikasi. Kaedah temu duga ini dijalankan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan jawatan. Kaedah temu duga melalui panggilan telefon dapat membantu dalam menjimatkan masa dan kos perjalanan calon untuk ke tempat temu duga memandangkan ianya boleh dilaksanakan di tempat dan masa mengikut keselesaan calon.

Mesyuarat Berkala Bersama JPA Bagi Membincangkan Isu-Isu Perkhidmatan

Mesyuarat Bersama SPA dan JPA diadakan secara berkala bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang melibatkan kedua-dua jabatan. Mesyuarat ini amat penting bagi meningkatkan kerjasama di antara SPA dan JPA terutama sekali dalam menyelesaikan isu-isu pengambilan dan isu-isu perkhidmatan.

Page 31: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

TERAS 2: MENDEKATI

PELANGGAN

Page 32: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

23

52 Sesi Interaksi Bersama Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri dan Badan Bukan Kerajaan

Sesi interaksi antara Pengerusi SPA dengan Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Negeri/ Badan-Badan Berkanun/ NGO diadakan untuk mendapatkan maklum balas mengenai urusan pengambilan SPA. Sesi interaksi ini merupakan ‘program turun padang’ yang dirancang untuk diadakan setiap bulan di lokasi-lokasi yang ditetapkan di seluruh negara bagi memastikan SPA terus kekal relevan dalam cabaran arus perdana. Maklum balas yang diterima sepanjang sesi interaksi berkenaan telah diberi kajian menyeluruh bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan SPA.

Page 33: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

24

53 Sesi Interaksi Bersama Pegawai-Pegawai Lantikan Kontrak

SPA turut mengambil inisiatif mengadakan sesi interaksi bersama pegawai-pegawai lantikan kontrak bagi Jabatan Perpaduan, Integrasi dan Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan mengetahui ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak di Kementerian/Jabatan yang terlibat dalam melaksanakan urusan pengambilan di bawah bidang kuasa SPA. Cadangan untuk memperbaiki struktur organisasi Kementerian/ Jabatan dengan pengwujudan jawatan-jawatan baru juga turut dikemukakan ketika sesi interaksi ini bagi memberi peluang kepada pegawai kontrak memohon jawatan tersebut. Di samping itu, kajian penambahbaikan terhadap aspek-aspek kebajikan pegawai kontrak juga wajar dilaksanakan agar pegawai kontrak ini tidak merasa diketepikan.

Page 34: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

25

54 Siri Pertemuan Dengan Media Cina Dan India

Siri pertemuan dengan media Cina dan India boleh dianggap sebagai strategi ‘serampang dua mata’ untuk menyebar luas maklumat berhubung SPA supaya lebih ramai kaum Cina dan India mendaftar dengan SPA, dan dalam masa yang sama dapat menjalinkan hubungan baik dengan media sebagai satu medium membetulkan tanggapan dan perpepsi salah masyarakat terhadap SPA sekiranya ada. Sesi pertemuan ini diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi memenuhi hasrat 1Malaysia.

55 Siri Engagement Dengan Kementerian Dan Jabatan

Sesi engagement diadakan sebagai satu platform kepada SPA dalam mendapatkan maklum balas dari stakeholder (Kementerian/Jabatan) berkaitan penyampaian perkhidmatan SPA seperti urusan pengambilan, perkhidmatan, rayuan tatatertib dan kenaikan pangkat. Sesi ini juga dilihat sebagai kaedah paling berkesan untuk mendekati Kementerian/Jabatan seterusnya mendapatkan idea-idea baru ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan SPA.

Page 35: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

26

57

56 Sesi Taklimat Di Sekolah-Sekolah

Sesi taklimat kerjaya di sekolah-sekolah giat dijalankan bagi mempromosikan fungsi SPA dan peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam, seterusnya memupuk minat orang ramai terhadap Perkhidmatan Awam.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang boleh diceburi dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian di Tingkatan 5/ Tingkatan 6 atau IPT. Di samping itu, makluman mengenai kemudahan semasa dalam perkhidmatan dan selepas bersara turut diterangkan dalam taklimat ini.

Taklimat Berkenaan Urusan Pengambilan S.P.A.

SPA mengadakan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memberikan taklimat kepada calon yang memohon berkenaan kaedah pengambilan oleh SPA termasuk tips untuk menghadiri temu duga. Taklimat tersebut merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Modal Insan 1Malaysia (MI1M) yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon membuat persediaan untuk menghadapi urusan pengambilan di Sektor Awam.

Page 36: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

27

58

59 Karnival Kerjaya

SPA menganjurkan Karnival Kerjaya bagi mempromosikan SPA sebagai salah satu badan kerajaan yang melantik penjawat awam, seterusnya menarik minat orang awam untuk menyertai kerjaya dalam perkhidmatan awam. Orang awam juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat berkaitan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam semasa karnival ini dijalankan. Karnival ini dijalankan secara berjadual di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Taklimat Kerjaya Bagi Menggalakkan Penyertaan Kaum Lain

Bagi menggalakkan penyertaan kaum Dayak dan kaum-kaum lain ke perkhidmatan awam, taklimat kerjaya dijalankan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Antara aktiviti yang dijalankan pada sesi tersebut ialah taklimat kerjaya, kaunter khidmat nasihat dan kaunter pendaftaran online secara percuma.

Page 37: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

28

61

60 Mengadakan Majlis Khas Penyampaian Surat Tawaran Pelantikan

Program ini merupakan salah satu pendekatan mesra pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi mereka. Di samping itu, SPA juga dapat memperolehi maklum balas secara terus mengenai proses peperiksaan dan temu duga yang dilalui oleh calon-calon sehingga mereka berjaya dilantik. Program ini juga dilihat dapat membantu mempercepatkan urusan penghantaran surat tawaran pelantikan selain turut dapat meraikan calon-calon yang telah berjaya.

Bantuan SPA Kepada Waris Perajurit Yang Gugur Di Lahad Datu

SPA telah mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga perajurit yang gugur Di Lahad Datu daripada segi penawaran peluang kerjaya kepada keluarga perajurit yang mempunyai kelayakan. Selain itu, urusan pertukaran perkhidmatan atau pelantikan kepada waris perajurit turut dipermudahkan sekiranya terdapat permohonan.

Page 38: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

29

62

63

64

Sesi Engagement bersama Pegawai Baru di Program Transformasi Minda

SPA turut memainkan peranan dalam memberi penjelasan kepada pegawai-pegawai baru yang dilantik oleh SPA terutama sekali mengenai peranan, tugas dan fungsi SPA di kursus induksi yang diadakan untuk pegawai-pegawai yang baru dilantik. Dalam sesi engagement ini juga SPA akan memberikan penerangan tentang bagaimana dan proses yang terlibat dalam urusan pengambilan sehinggalah pegawai-pegawai baru berkenaan berjaya ditawarkan pelantikan. Langkah ini juga akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai baru berkongsi ekspetasi mereka dalam perkhidmatan awam.

Kunjungan Mesra Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas ke Kementerian/Jabatan

Bagi membantu menjalinkan kerjasama yang baik serta melancarkan urusan pengambilan, urusan perkhidmatan dan naik pangkat oleh SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas akan mengadakan kunjungan mesra untuk tujuan naziran dan engagement bersama Kementerian/Jabatan. Dengan pendekatan sedemikian, Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas dapat menjadi sumber rujukan dan medium perantaraan yang efektif antara SPA dengan Kementerian/Jabatan, seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan SPA .

SPA Outreach kepada Pelatih PLKN

Program SPA Outreach khusus pelatih PLKN diwujudkan bagi mempromosi dan menyampaikan maklumat mengenai SPA berhubung fungsi serta jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPA. Di samping itu, program ini juga boleh dilihat sebagai langkah pendedahan awal bagi menarik minat pelatih-peltih PLKN untuk menyertai perkhidmatan awam.

Page 39: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

30

66

65 Seminar Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam

Program Seminar dan Kursus Tips Panduan Bagi Memasuki Perkhidmatan Awam dianjurkan untuk memberikan tips dan panduan yang betul kepada orang ramai yang berminat untuk memasuki perkhidmatan awam. Program secara percuma ini memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta mengenai format peperiksaan, tips menghadiri temu duga serta kriteria yang di perlukan untuk memasuki perkhidmatan awam. Program ini diadakan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Penyertaan Warga SPA dalam Agensi Sukarelawan RELA & JPAM

SPA menggalakkan warganya menyertai agensi sukarelawan RELA & JPAM untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat umum seperti mangsa-mangsa bencana, kebakaran, banjir, kemalangan dan sebagainya. Selain daripada dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, penyertaan dalam agensi sukarelawan ini dapat memupuk semangat berpasukan, meningkatkan tahap disiplin dan memenuhi tanggungjawab sosial dalam masyarakat.

Page 40: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

31

67

68

Kerjasama Bersama SPA Negeri Dalam melibatkan Kursus Urusan Pengambilan dan Pengenalan Perkhidmatan Awam dan Negeri

SPA telah melaksanakan Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam mulai 4 Januari 2014. Walau bagaimanapun, bagi menambah baik urusan pengambilan, SPA telah mengadakan kerjasama dengan SPA Negeri berasaskan semangat National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk menganjurkan seminar ini secara bersama. Pendekatan ini akan memberi ruang yang lebih jelas kepada orang awam mengenai kaedah untuk memohon jawatan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Pengambilan Calon-Calon e-Kasih

Calon-calon yang terlibat dalam program e-Kasih dan memenuhi syarat kelayakan jawatan yang dipohon diberi keutamaan dalam proses pengambilan oleh SPA. Program ini merupakan salah satu usaha SPA untuk membantu calon-calon program e-Kasih meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Page 41: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

TERAS 3: MENGOPTIMUMKAN

PERKHIDMATAN ICT

Page 42: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

33

69

70

71

Tapisan Awal Melalui Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)

SPA menjalankan tapisan awal kepada calon yang akan dipanggil temu duga melalui Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Tapisan ini melibatkan semakan terhadap taraf kewarganegaraan, status kebankrapan dan rekod jenayah. Untuk tujuan itu, SPA akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan bagi membantu dalam urusan tapisan berkenaan.

Surat Tawaran Online

Surat tawaran online merupakan medium baru yang membolehkan calon yang berjaya mencetak surat tawaran secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Inisiatif ini merupakan usaha ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan SPA selaras dengan dengan dasar kerajaan yang menyeru agar agensi-agensi mengoptimumkan penggunaan kemudahan ICT. Kaedah ini turut dapat mengurangkan aduan pelanggan tidak menerima surat tawaran pelantikan oleh kerana berlakunya pertukaran alamat atau hal-hal lain.

Pendekatan Mempromosikan SPA Melalui Pendekatan Aplikasi Online (Baru)

Hebahan secara online digunakan bagi mempromosikan SPA. Penggunaan medium hebahan secara online ini dapat dapat menarik minat khususnya generasi muda memandangkan generasi ini lebih banyak melayari internet untuk mencari maklumat dan berkomunikasi. Selain daripada itu, penggunaan aplikasi online adalah terbukti lebih

Page 43: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

34

72

murah dan cepat berbanding kaedah konvensional yang menggunakan bahan cetak. Selain itu, pendedahan secara jelas berhubung peranan SPA dan faedah-faedah yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam dapat dipaparkan dan dikemaskini secara berkala.

Usaha mempromosikan SPA melalui Portal SPA, facebook serta menyediakan aplikasi online seperti Borang SPA8i, semakan online, Setuju Terima Pelantikan dan Surat Tawaran Online merupakan kaedah yang memudahkan calon-calon untuk mendapatkan maklumat dan berurusan dengan SPA.

Peperiksaan Secara Atas Talian (Online)

SPA akan melaksanakan peperiksaan secara atas talian berasaskan web-based pada bulan Mei 2014 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatannya. Peperiksaan ini adalah khusus kepada peperiksaan objektif dan penilainan psikometrik yang membolehkan calon-calon menduduki peperiksaan di mana-mana sahaja. Inisiatif ini adalah salah satu usaha SPA untuk mengoptimumkan penggunaan ICT.

Page 44: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

35

73

74

Tapisan Keutuhan oleh SPRM

Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) telah ditambahbaik dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kerjasama ini membolehkan tapisan keutuhan dijalankan sebelum calon ditawar lantik oleh SPA. Semakan ini dilakukan bagi memastikan penjawat awam yang dilantik mempunyai integriti yang tinggi. Semakan keutuhan ini dijalankan bersekali dengna tapisan kewarganegaraan, rekod jenayah, dan kebankrapan semasa proses pengambilan dijalankan.

Melaksanakan Sistem e-Pengesahan Dalam Urusan Perkhidmatan

SPA telah membangunkan sistem e-Pengesahan secara in house untuk melaksanakan urusan-urusan perkhidmatan secara online yang sebelum ini dilaksanakan secara manual. Dua urusan perkhidmatan boleh dilaksanakan secara online melalui sistem ini iaitu pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan. Inisiatif ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan. Sebagai langkah permulaan, empat (4) agensi telah terlibat dalam pelaksanaan secara perintis sistem ini iaitu Kementerian Pertahanan, Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

Page 45: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

TERAS 4: MEMBANGUNKAN

PAKATAN STRATEGIK

Page 46: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

37

75

76

Kerjasama Dengan JPA dan Talent Corp

SPA mewujudkan jalinan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Talent Corp untuk mengenalpasti calon-calon bakat terbaik terutamanya di luar negara untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Penyertaan SPA dalam program pencarian bakat terbaik ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa dan kesesuaian. Hasil dari kerjasama yang dilakukan, pelajar-pelajar tajaan biasiswa kerajaan berminat untuk kembali ke tanah air untuk memulakan karier dalam perkhidmatan awam atau di syarikat-syarikat yang menyertai program Scholar Talent Attraction and Retention (STAR) anjuran Talent Corp.

SPA juga bekerjasama dengan JPA dan Talent Corp dalam mengenal pasti calon-calon Talent Acceleration in Public Service Programme (TAPs) yang berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.

Kerjasama Dengan Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Kerjasama ini diadakan sebagai satu mekanisma memperluaskan jaringan kerjasama dengan NGO bagi membantu menyampaikan maklumat berhubung peranan dan fungsi SPA kepada masyarakat umum. Selain itu, jaringan kerjasama ini diharap dapat memupuk penjanaan idea baru yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan oleh SPA. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah:

a) Seminar Pengenalan kepada Skil Pekerjaan anjuran bersama SPA dan Persatuan Profesional Melayu Malaysia.

b) Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial bagi Menangani Masalah Persepsi terhadap SPA bersama NGO Melayu, Cina, India dan Dayak.

Page 47: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

38

c) Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan kaum Melayu dan anak Negeri Kelantan dalam Kerajaan bersama NGO Melayu dan NGO Kelantan.

d) Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Kaum Cina dalam Sektor Awam bersama NGO Cina.

e) Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Kaum Cina dalam Sektor Awam bersama NGO Dayak.

Page 48: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

39

78 Kerjasama SPA Malaysia Bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Lain

SPA menjalinkan kerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan yang lain untuk menyelaras isi-isu di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik. Antara perkara yang sering dibincangkan adalah mengenai urusan pengambilan, perkhidmatan, tatatertib dan juga perubahan-perubahan yang perlu dilakukan berdasarkan keperluan dan peredaran masa. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Suruhanjaya Polis dan Majlis Angkatan Tentera (MAT).

77 Kursus Guru-Guru Kaunseling di Sekolah-Sekolah

SPA mengambil langkah proaktif bagi tujuan hebahan dan promosi berhubung peranan SPA di sekolah-sekolah dengan menganjurkan kursus Pengenalan SPA dan Perkhidmatan Awam kepada guru-guru kaunseling di sekolah di peringkat Zon/Negeri. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi penerangan secara tepat dan jelas mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan pengambilan oleh SPA kepada guru-guru kaunseling. Guru-guru kaunseling ini berperanan sebagai perantara di antara pihak SPA dengan para pelajar sekolah.

Page 49: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

40

79 Rundingan Kerjasama Pintar Antara Bank Rakyat dan S.P.A. Malaysia

SPA dan Bank Rakyat telah membuat rundingan bagi mengoptimumkan sumber kepakaran, perkhidmatan dan melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) antara SPA dengan Bank Rakyat. Antara program yang dicadangkan ialah:

a) Karnival Kerjaya yang diadakan secara bersama melalui perkongsian kos penganjuran karnival.

b) Penganjuran Kursus/Latihan secara bersama antara kakitangan SPA dan Bank Rakyat.

c) Meletakkan mesin ATM Bank Rakyat di Kompleks C.

80 Penubuhan Kelab 1M4U dan Rakan Muda SPA

Penubuhan Kelab 1M4U dan Rakan Muda SPA bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan SPA secara langsung kepada ahli-ahli kelab berkaitan. Ia merupakan cabang medium perkongsian maklumat SPA selain portal, facebook, twitter dan blog SPA. Beberapa program telah diatur bagi mengeratkan hubungan di antara ahli kelab dan kaitangan SPA.

Page 50: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

41

81

82

83

Perluasan Penggunaan Perkhidmatan Bersama Bagi Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)

Sistem ini merupakan hasil inisiatif secara kerjasama di kalangan Kementerian/Jabatan/Agensi secara Lautan Biru berasaskan NBOSI selain pembabitan pihak swasta tanpa melibatkan sebarang kos pembangunan. Sebanyak 32 agensi kerajaan termasuk SPA terlibat dalam kerjasama SSMI ini seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Lembaga Pepeirksaan Malaysia(LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPA telah menyampaikan taklimat berhubung perluasan penggunaan sistem berkenaan kepada syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), Badan-Badan Berkanun dan Pihak Kerajaan Tempatan bagi penggunaan bersama sistem yang dibangunkan oleh SPA.

Kerjasama dengan JPJ untuk semakan saman bagi jawatan pemandu

SPA mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat semakan saman bagi urusan pengambilan jawatan pemandu di agensi-agensi Kerajaan. Kerjasama ini dilaksanakan dengan menambah baik SSMI melalui pertambahan jalinan kerjasama pintar antara jabatan supaya semakan boleh dibuat secara online.

Kerjasama Bersama SPA Negeri Dalam Urusan temu Duga

SPA akan mengadakan kerjasama dengan SPA Negeri dalam Urusan Temuduga bagi sesuatu jawatan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan bersama SPA Negeri bagi urusan yang dimaksudkan. Kaedah kerjasama ini juga merupakan pendekatan secara perkongsian pintar antara SPA dan Kerajaan Negeri bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak.

Page 51: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

TERAS 5: MENGUKUHKAN

ORGANISASI

Page 52: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

43

84

85

Perjumpaan dan Sesi Dialog Pengerusi SPA Bersama Warga SPA

Dalam usaha mentransformasikan SPA, Tan Sri Pengerusi telah turun padang dengan mengadakan perjumpaan bersama warga SPA pada Perhimpunan Bulanan untuk memberi penjelasan mengenai pembaharuan-pembaharuan yang telah dan akan dilaksanakan agar warga SPA memahami kehendak idea dan buah fikiran yang dicetuskan beliau. Ia bertujuan agar kecekapan SPA dapat dilipatgandakan dan secara tidak langsung akan membetulkan persepsi umum dan menaikkan imej SPA di mata masyarakat.

Penyertaan Urus Setia SPA Cawangan Sabah dan Sarawak di Mesyuarat Suruhanjaya

Setiausaha Bahagian atau wakil daripada SPA Cawangan Sabah dan Sarawak dijemput hadir ke Mesyuarat Suruhanjaya pada setiap minggu. Ini bertujuan untuk memastikan cawangan SPA di Sabah dan Sarawak mendapat maklumat yang tepat dan memahami segala dasar dan perancangan yang dibincangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya, seterusnya dapat menterjemahkan secara berkesan di peringkat pelaksanaannya di cawangan masing-masing.

Page 53: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

44

86

87

88

Program “Anak Angkat” Pusat Temu Duga SPA seluruh Malaysia Oleh SUB Bahagian

Bagi memastikan fungsi dan peranan pusat temu duga di seluruh negara diurus tadbir dengan baik, setiap Setiausaha Bahagian di SPA telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil pusat temu duga SPA sebagai ‘anak angkat’ masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan di pusat temu duga adalah:

a) Naziran.b) Kursus kaedah peperiksaan, temu duga.c) Pusat Peperiksaan.d) Pusat Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera.e) Mesyuarat-mesyuarat SPA.

Sesi Perkongsian Ilmu di Mesyuarat Suruhanjaya

Bagi tujuan penambahbaikan berterusan di Suruhanjaya ini, sesi perkongsian ilmu akan dijadikan sebagai salah satu agenda Mesyuarat Suruhanjaya. Sesi perkongsian ilmu ini merupakan medan menambah ilmu pengetahuan dalam urusan yang dijalankan dan menambah pengetahuan semasa kepada semua Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Pegawai-Pegawai di Suruhanjaya ini. Di samping itu, sesi ini dilaksanakan dengan hasrat ahli mesyuarat mendapat informasi yang lebih jelas dan terkini sejajar dengan peredaran masa.

Perbincangan Mingguan Bersama Ahli Suruhanjaya

Perbincangan Mingguan Pengerusi SPA dengan Ahli-ahli suruhanjaya dan Pegawai Tugas-tugas Khas diadakan setiap hari Isnin sebelum Mesyuarat Suruhanjaya diadakan. Sesi perbincagan ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas terkini bagi menambahbaik dasar di Suruhanjaya.

Page 54: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

P R O D U K 1 M A L A Y S I A : T R A N S F O R M A S I S P A

45

89

90 Bacaan doa di Mesyuarat Suruhanjaya

Mesyuarat Suruhanjaya akan dimulakan dengan bacaan doa secara rasmi bagi memperoleh keberkatan dan untuk memohon diberi petunjuk dalam membuat keputusan dan pertimbangan yang adil dan sewajarnya.

Perbincangan Mingguan bagi Menggubal Soalan-soalan Peperiksaan bagi Bank Data Soalan

Perbincangan bagi menggubal soalan-soalan peperiksanan bagi bank data soalan diadakan secara mingguan. Perbincangan ini melibatkan Ahli Suruhanjaya dan pegawai kanan SPA dalam penggubalan dan penilaian set soalan-soalan peperiksaan bagi membantu mewujudkan koleksi soalan-soalan peperiksaan yang berkualiti dan relevan.

Page 55: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

S U R U H A N J A Y A P E R K H I D M A T A N A W A M M A L A Y S I A

46

PENUTUP

Penerbitan buku produk 1 Malaysia: Transformasi SPA Edisi Kedua yang mengandungi 90 inisiatif ini adalah merupakan usaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dalam mendokong falsafah Dasar Transformasi Negara yang bersandarkan gagasan dan falsafah “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Penerbitan buku ini menggambarkan bahawa semua kepentingan rakyat perlu diutamakan agar semua pelanggan SPA khususnya dapat merasai kesan daripada perubahan dasar dan program/aktiviti yang dijalankan oleh SPA. Selain daripada itu, dalam mendokong falsafah ini SPA sentiasa meningkatkan kualiti dan kecekapan pelaksanaan urusan yang dijalankan dalam merakyatkan perkhidmatan awam itu sendiri berdasarkan prinsip-prinsip Kerajaan yang menetapkan hala tuju dan program yang jelas untuk diikuti bagi mencapai Perkhidmatan Awam yang bertaraf dunia.

SPA percaya bahawa transformasi adalah merupakan gelombang terbaik untuk memberi keyakinan kepada masyarakat luar terhadap SPA sebagai Pihak Berkuasa Melantik bagi melahirkan modal insan dalam perkhidmatan awam yang berkualiti dan kompetitif dengan memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk menilainya. Justeru, pelaksanaan transformasi dengan penggunaan pendekatan baru dalam urusan-urusan yang dijalankan oleh SPA adalah merupakan satu langkah tepat dalam menjana modal insan secara menyeluruh dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kejayaan Program Transformasi Perkhidmatan Awam itu sendiri.

Page 56: produk 1 Malaysia: Transformasi SPA

Kita harus mendahulukan kehendak dan keperluan rakyat, mentransformasi dan menyediakan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang sewajarnya agar dapat bersaing dalam dunia yang berubah-ubah ini.

Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa