spa registration guide
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
1/44
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
2/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 2 / 44
KANDUNGAN
1.0DAFTAR AKAUN BARU
............................................................................................... 3
2.0KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MELPENGAKTIFAN .................................................................................................................. 93.0DAFTAR MASUK BORANG SPA8I ............................................................................ 104.0LUPA KATA LALUAN ................................................................................................ 145.0CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTORAWAM (SPA8I) ................................................................................................................. 19
5.1 Maklumat Pemohon .......................................................................................... 215.2 Maklumat Akademik .......................................................................................... 23
5.2.1 PMR/SRP/LCE ........................................................................................ 235.2.2 SPM/MCE/SPM(V) .................................................................................. 245.2.3 Peperiksaan Tambahan .......................................................................... 265.2.4 STPM/STP/HSC ...................................................................................... 275.2.5 STAM ...................................................................................................... 285.2.6 Pengajian Tinggi ..................................................................................... 295.2.7 Profesional/Iktisas ................................................................................... 31
5.3 Maklumat Ko-Kurikulum ................................................................................... 325.3.1 Sukan/Persatuan ..................................................................................... 325.3.2 Rekacipta/Pencapaian ............................................................................ 33
5.4 Pengalaman Kerja ............................................................................................. 345.5 Maklumat Tambahan ......................................................................................... 36
5.5.1 Bakat/Kebolehan Bahasa ........................................................................ 365.5.2
Bekas Tentera/Polis/Bantuan/Kurang Upaya
.......................................... 375.6 Jawatan Dipohon .............................................................................................. 38
5.7 Pengakuan Pemohon ........................................................................................ 406.0CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I ................................. 43
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
3/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 3 / 44
1.0 DAFTAR AKAUN BARU
Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang
Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang
pernah memohon sebelum ini.
Langkah-langkah:
1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Firefox Mozilla / Internet
Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan terbaik.
2. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA
seperti berikut :
Rajah 1-1: Portal Rasmi SPA
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
4/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 4 / 44
3. Skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 1-2: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i
4. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan Pengguna
Borang SPA8i sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPA8i.
5. Kemudian klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk mendapatkan MyID
dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin
seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 1-3:Skrin Daftar Akaun Baru
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
5/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 5 / 44
6. Pemohon boleh menekan butang Batal jika ingin mengosongkan semua
maklumat tersebut.
7. Klik pada pautan Kembalijika ingin kembali ke skrin utama.
8. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon
perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan) yang akan digunakan
sebagai MyID.
9. Selain itu, jika pemohon daripada Polis atau Tentera, sila pilih pilihan
tersebut dan masukkan No. Kad Pengenalan Polis atau Tentera.
10. Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dan aktif. Ini
adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan
menggunakan e-mel. Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi
alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut.
11. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan pautan Daftar. Mesej ini
akan dipaparkan:
Rajah 1-4: Skrin Pastikan Daftar Akaun Baru 12. Klik pautan OK dan mesej berikut akan dipaparkan:
Rajah 1-5: Skrin Pastikan MyKad dan E-mel Daftar Akaun Baru
13. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan e-mel
adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui e-mel. Klik butang Cancel untuk batal dan klik OK untuk teruskan dan
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
6/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 6 / 44
mesej berikut akan dipaparkan:
Rajah 1-6: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru
14. Pemohon perlu menyemak e-mel yang digunakan bagi membolehkan
pemohon mengaktifkan akaun tersebut.
15. Sila pastikan konfigurasi auto delete bagi folder junk/spam/bulk mail
tidak diaktifkan. Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke
folder Inbox tuan/puan, sila semak di folder junk/spam/bulk mail dan
set semula e-mel dari SPA sebagai not junk/spam/bulk mail.
16. Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo, gmail, hotmail,
ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain, sila tunggu
dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan e-mel berkenaan. Ini kerana tempoh
penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di
server e-mel berkenaan.
17. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA dengan menghantar emel di
alamat [email protected] sekiranya tidak menerima e-mel
selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran.
18. Berikut merupakan contoh e-mel yang diterima daripada pihak SPA
selepas daftar akaun baru:
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/18/2019 SPA Registration Guide
7/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 7 / 44
Rajah 1-7: Skrin E-mel Pengakti fan Akaun Baru
19. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (AKAUN BARU
PENGAKTIFAN: 760910086185) yang dinyatakan dalam e-mel tersebutbagi tempoh 48 jam.
20. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan
tersebut:
Rajah 1-8: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru Berjaya21. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk
menggunakanMyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut.
22. Sekiranya pemohon tidak mengaktifkan pautan (AKAUN BARU
PENGAKTIFAN: 760910086185) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi
tempoh 48 jam, mesej seperti berikut akan dipaparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
8/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 8 / 44
Rajah 1-9: Skrin Makluman Pengaktifan Melepasi Tempoh Sah23. Sekiranya pemohon menerima mesej seperti ini, pemohon perlulah klik
pada pautan (sini) untuk mendapatkan pautan pengaktifan yang baru.
24. Selepas klik (sini), skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 1-10: Skrin Penghantaran Semula Pengaktifan25. Pemohon diminta memasukkan MyID dan e-mel yang digunakan semasa
mendaftar dan tekan butang Hantar.
26. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik butang
Hantar:
Rajah 1-11: Skrin Pengaktifan Semula MyID
27. Kemudian, rujuk nombor 14-21 untuk meneruskan langkah seterusnya.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
9/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 9 / 44
2.0 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL
PENGAKTIFAN
Pemohon hanya dibenarkan sekali sahaja untuk Daftar Akaun Baru dan sekiranya
pemohon mengisi semula maklumat daftar akaun baru, sistem tidak
membenarkan pendaftaran dibuat kerana MyID telah wujud.
J ika e-mel pemohon tersilap semasa mendaftar atau tidak menerima e- mel
pengaktifan dari pihak SPA selepas tempoh 48 jam, pemohon boleh menghubungi
SPA. Bagi tujuan verifikasi, maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah
diperlukan seperti:
1. No. Kad Pengenalan
2. Nama Calon
3. Alamat
4. No. Telefon
5. Emel yang sepatutnya dimasukkan.
Hantarkan semua maklumat di atas ke [email protected]
Sekiranya pemohon tidak membuat pengaktifan daftar akaun baru selepas
tempoh sebulan, rekod pendaftaran tersebut secara automatik akan dibatalkan dan
pemohon dikehendaki mengisi semula Daftar Akaun Baru. Bagi pemohon yang
telah berjaya membuat pengaktifan rekod pendaftaran tidak akan dibatalkan.
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/18/2019 SPA Registration Guide
10/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 10 / 44
3.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8I
Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh
mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran.
Langkah-langkah:
1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet
Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik.
2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di
atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
11/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 11 / 44
3. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima
daripada SPA.
4. Kemudian tekan butang Log Masuk.
5. J ika tersalah taip MyID atau kata laluan, ralat seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 3-2: Skrin Mesej Ralat MyID atau Kata Laluan Tidak Sah
6. J ika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, skrin untuk
menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali mendaftar.
Semua pemohon baru diwajibkan mengisi Kata Laluan Baru dan Kata
L aluan Baru (reconfirm) sebelum boleh mengisi borang pendaftaran.
Rajah 3-3: Skrin Tukar Kata Laluan
7. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Simpan. Perlu
diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Kata Laluan
Baru (reconfirm).
8. Sekiranya pemohon keluar dari borang SPA8i, pemohon perlu masukkan
MyID dankata laluan baru yang telah disi oleh pemohon.
9. Pemohon juga boleh menekan butang Batal jika ingin mengosongkan
maklumat yang telah diisi.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
12/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 12 / 44
10. J ika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya memasuki borang SPA8i
dan melihat butir-butir peribadi. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
11. Sila rujuk para 5.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di
Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai pengisian
borang SPA8i.
12. Klik pada Keluarjika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan akan
kembali ke muka hadapan.
Rajah 3-4: Skrin Menu dan Sub-Menu Borang SPA8i
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
13/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 13 / 44
13. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses
jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu pada skrin
Pengakuan Pemohon.
14. Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika daftar masuk
semula ke dalam borang SPA8i dan semua maklumat yang dipaparkan boleh
dikemas kini.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
14/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 14 / 44
4.0 LUPA KATA LALUAN
Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula e-mel pengaktifan akaun yang
mengandungi MyID, Kata Laluan serta pautan pengaktifan. Pemohon perlu
mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk
dengan menggunakan MyID dan Kata Laluan yang disertakan.
Langkah-langkah:
1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet
Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik.
2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di
atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Rajah 4-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
15/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 15 / 44
3. Klik pada pautan Lupa Kata L aluan untuk memaklumkan kepada pihak
SPA.
4. Skrin berikut akan dipaparkan:
Rajah 4-2: Skrin Lupa Kata Laluan
5. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID.
6. Kemudian tekan butang Reset Kata Laluan. Paparan berikut akan di
paparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
16/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 16 / 44
Rajah 4-3: Skrin Lupa Kata Laluan
7. Sebelum menekan butang OK sila semak alamat e-mel dan MyID yang
dipaparkan. Setelah selesai menyemak, tekan butang OK untuk menutup
skrin ini.
8. J ika tiada sebarang masalah, mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin
berikut:
Rajah 4-4: Skrin Makluman Lupa Kata Laluan
9. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat
notifikasi menerusi e-mel pemohon seperti yang dinyatakan.
10. Contoh e-mel yang dihantar oleh SPA adalah seperti berikut:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
17/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 17 / 44
Rajah 4-5: Skrin Pengaktifan Kata Laluan
11. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (TUKAR KATA LALUAN:
MYID) yang dinyatakan dalam e-mel bagi tempoh 48 jam. J ika tidak,pautan ini tidak lagi boleh digunakan.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
18/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 18 / 44
12. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan
tersebut:
Rajah 4-6: Skrin Makluman Pengaktifan Akaun Baru
13. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID
dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut.
14. Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i atau melihat semakan
status permohonan pada bila-bila masa.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
19/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 19 / 44
5.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR
AWAM (SPA8I)
Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya Log Masuk sudah boleh
mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih
dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan
memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Rujuk: Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum
membuat pilihan.
Langkah-langkah:
1. Sila gunakan pelayar Google Chrome / Mozilla Firefox / Internet
Explorer 9 .0 bagi mendapatkan paparan yang terbaik.
2. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA
dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
20/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 20 / 44
Rajah 5-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i
3. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan
klik pada pautan Log Masuk.
4. J ika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang
pendaftaran SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
21/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 21 / 44
Rajah 5-2: Skrin Utama Borang SPA8i
5. Sebarang maklumat yang telah dikemas kini mestilah berakhir dengan klik
butang Hantar di bahagian Pengakuan Pemohon untuk diproses dan
pemohon akan mendapat tarikh pendaftaran baru.
6. Pemohon boleh klik Keluar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun
maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan sebagai draf dan tidak akan
diproses.
5.1 Maklumat Pemohon
1. Klik pada Pemohon dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-
maklumat tertentu terus dipaparkan mengikut maklumat yang dimasukkan
semasa Daftar Akaun Baru:
Rajah 5-3: Skrin Maklumat Pemohon
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
22/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 22 / 44
2. Sila kemas kiniAlamat Surat-Menyurat jika berkenaan seperti nombor peti
surat / nombor rumah, nama jalan, nama taman/kampung. Sekiranya ruangan
tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan
mestilah mudah difahami.
3. Sila kemas kini Negeri, Bandar dan Poskod alamat surat-menyurat anda
dengan betul.
4. Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila
pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya
pada ruang kosong.
Contoh:
Nombor Telefon : 03-89451010
Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya
yang dimasukkan adalah 89451010
5. Sila isikan Tarikh Lahiranda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga
boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad
pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No.1), sila
abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda.
Contoh:
Tarikh Lahir : 31 Disember 1980
Isikan : 31/12/1980
6. Sila pilih Negeri Tempat Lahirseperti berikut:
a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya andamengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon
(Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini.
b. Sila pilihNegeri Tempat Lahir Ibu Pemohon.
c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon.
7. Sila pilihJantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan.
8. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda.
9. Sila pilih Keturunan anda.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
23/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 23 / 44
10. Sila pilihAgama yang dianuti oleh anda.
11. Sila pilih Warganegara anda.
12. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas
yang berkaitan dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti J uruaudio Visual.
Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan
yang berkaitan.
13. Sila tandakan Ya pada Adakah anda sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis. J ika anda
tandakan Ya, menu bagi Pengalaman Kerja akan dipaparkan.
14. Ketinggian adalah maklumat pilihan. Terdapat beberapa jawatan yang
memerlukan anda memasukkan maklumat Ketinggian.
Setelah selesai, sila klik butang Simpan. Sekiranya anda menerima mesej ralat,
sila betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
5.2 Maklumat Akademik
5.2.1
1. Klik pada capaian PMR/SRP/LCE dan skrin berikut akan dipaparkan:
PMR/SRP/LCE
Rajah 5-4: Skrin Maklumat Keputusan PMR/SRP/LCE
2. J ika pemohon ingin memasukkan maklumat Keputusan SRP/PMR/LCE, klik
pada ruangan Tahun dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
24/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 24 / 44
Rajah 5-5: Skrin Maklumat Keputusan PMR/SRP/LCE
3. Pilih Mata Pelajaran dan Gred berkenaan. J ika anda mempunyai Mata
Pelajaran melebihi daripada senarai tersebut, tekan butang +Tambah.
4. Kemudian, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang
dimasukkan.
5.2.2
1. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) /
SPVM / SPM Mengikut Sis tem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali
pertama. Paparan skrin adalah seperti berikut:
SPM/MCE/SPM(V)
Rajah 5-6: Skrin Maklumat SPM
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
25/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 25 / 44
2. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. J ika maklumat anda wujud daripada
Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak
dibenarkan membuat perubahan.
3. Sila pilihJenis Sijil menduduki peperiksaan
4. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM
yang mengikut sistem terbuka.
5. Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu /
Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM
yang mengikut sistem terbuka.
6. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa
Malaysia dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi.
7. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia
mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang
diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.
8. Sekiranya mata pelajaran melebihi daripada senarai, tekan butang +Tambah
dan medan mata pelajaran akan bertambah.
9. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan ataupun
tekan butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang dimasukkan.
10. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE /
SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sis tem Terbuka atau Setaraf) --
Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM
mengikut sistem terbuka Sahaja) (jika berkenaan) dengan menekan
capaian Peperiksaan Kali Kedua:
a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan
b. Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan
Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap
matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.
c. Sekiranya mata pelajaran melebihi daripada senarai, tekan butang
+Tambah dan medan mata pelajaran akan bertambah.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
26/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 26 / 44
d. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan
ataupun tekan butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang
dimasukkan.
e. Contoh skrin adalah seperti berikut:
Rajah 5-7: Skrin Maklumat SPM Kedua
11. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulu
sebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.
5.2.3
1. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai
/ SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan.
Paparan skrin adalah seperti di bawah:
Peperiksaan Tambahan
Rajah 5-8: Skrin Maklumat Peperiksaan Tambahan
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
27/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 27 / 44
a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki.
c. Sila pilihGred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi.
d. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan
Bahasa Melayu yang diperolehi.
2. Ulangi langkah berkenaan jika mempunyai Peperiksaan Tambahan bagi
subjek Bahasa Inggeris danMatematik.
5.2.4
1. Klik pada capaian STPM/STP/HSC dan skrin berikut akan dipaparkan:
STPM/STP/HSC
Rajah 5-9: Skrin Maklumat Peperiksaan STPM/STP/HSC
a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil dan Pangkat bagi peperiksaan berkenaan.
c. Sila pilihMata Pelajaran danGred peperiksaan yang diperolehi.
d. Hanya 5 mata pelajaran yang dibenarkan untuk diisi.
2. Setelah selesai, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun
tekan butang Batal untuk membatal dan mengosongkan maklumat yang
dimasukkan.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
28/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 28 / 44
3. Sila ulangi langkah yang sama dengan menekan capaian Peperiksaan Kali
Kedua jika ada.
4. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulu
sebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.
5.2.5
1. Klik pada capaian STAM dan skrin berikut akan dipaparkan:
STAM
Rajah 5-10: Skrin Maklumat Peperiksaan STAM
a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
b. Sila pilih Jenis Sijil danPangkat bagi peperiksaan berkenaan.
c. Sila pilihMata Pelajaran danGred peperiksaan yang diperolehi.
d. Pilih Mata Pelajaran dan Gred berkenaan. J ika anda mempunyai
Mata Pelajaran melebihi daripada senarai tersebut, tekan butang+Tambah.
2. Setelah selesai, tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun
tekan butang Batal untuk membatal dan mengosongkan maklumat yang
dimasukkan.
3. Sila ulangi langkah yang sama dengan menekan capaian Peperiksaan Kali
Kedua jika ada.
4. Pemohon diingatkan untuk mengisi Peperiksaan Kali Pertama terlebih dahulusebelum klik pada Peperiksaan Kali Kedua.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
29/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 29 / 44
5.2.6
1. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat
Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir).
Sila lihat contoh skrin di bawah:
Pengajian Tinggi
Rajah 5-11: Skrin Maklumat Pengajian Tinggi
a. Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi
b. Sila pilihPeringkat Kelulusan yang diperolehi
c. Sila pilihPNGK/CGPA yang diperolehi
d. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi
e. Pemohon juga boleh membuat carian dengan menaip nama institusi
berkenaan dan senarai pendek daripada apa yang ditaip akan
dipaparkan seperti skrin di bawah:
Rajah 5-12: Skrin Maklumat Carian Pengajian Tinggi
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
30/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 30 / 44
f. Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi
Francais Luar Negara
g. Sila pilih Bidang dan Pengkhususan Pengajian anda. Pada
Bahagian ini juga calon dibenarkan membuat carian dengan kaedah
yang sama dengan Institusi.
h. Sila pilihBiasiswa Pengajian yang diperolehi jika ada.
i. J ika Institusi atau Pengkhususan Pengajian Tinggi tiada di dalam
senarai sila klik pada ePertanyaan SPA.
j. Klik Simpan bagi menyimpan maklumat yang dimasukkan atau tekan
butang Batal untuk mengosongkan maklumat yang diisikan.
k. Klik pada Keputusan -2 ataupun Keputusan-3 jika mempunyai lebih
daripada satu sijil Pengajian Tinggi. Kemudian ulangi langkah yang
dinyatakan seperti di atas.
l. J ika mempunyai lebih daripada tiga (3) sijil Pengajian Tinggi, klik pada
butang + bersebelahan dengan Keputusan 3. Maksimum maklumat
yang boleh dimasukkan adalah lima (5) sahaja.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
31/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 31 / 44
5.2.7
1. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan
Profesional dan Iktisas. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang
memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh
J PA. Paparan skrin adalah seperti berikut:
Profesional/Iktisas
Rajah 5-13: Skrin Maklumat Sijil Profesional/Iktisas
2. Sila isikan Tarikh Keahlian/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy.
Tarikhanda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkanjuga boleh dipilih dari kalendar yang
dipaparkan.
Contoh :
Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010
Isikan : 19/01/2010
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
32/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 32 / 44
5.3 Maklumat Ko-Kuriku lum
5.3.1
1. Klik pada Sukan/Persatuan, dan skrin berikut akan dipaparkan:
Sukan/Persatuan
Rajah 5-14: Skr in Maklumat Sukan/Persatuan
2. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di
ruangan Peringkat.
3. Sila isikan Nama Persatuan/Kepimpinan yang disertai di ruangan Nama
Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di
ruangan J awatan dan Peringkat.
4. Klik butang +Tambahjika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan.
5. Klik butangSimpan di bahagian sukan dan persatuan.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
33/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 33 / 44
5.3.2
1. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi, pilih Sumbangan yang anda
berikan dan Peringkat penyertaan.
Rekacipta/Pencapaian
Rajah 5-15: Skrin Maklumat Rekacipta/Pencapaian
2. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang
diberikan.
3. Sila pilihTiada Ko-kurikulum dan klik butang Tiada Maklumat Ko-kurikulum
jika anda tiada pencapaian dalam ko-kurikulum. Rujuk contoh seperti rajah
dibawah:
Rajah 5-16: Skrin Tiada Maklumat Ko-Kurikulum
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
34/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 34 / 44
5.4 Pengalaman Kerja
1. Skrin berikut akan dipaparkan jika calon memilih Ya pada ruangan sedang
berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan
Berkanun/Polis.
Rajah 5-17: Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
2. Masukkan maklumat yang diwajibkan.
3. J ika Skim Perkhidmatan, Kementerian/J abatan ataupun Nama Peperiksaan
tidak wujud di dalam senarai, sila adukan kepada ePertanyaan SPA.
4. Sekiranya pemohon mempunyai lebih daripada satu Peperiksaan KPSL, klik
butang + Tambah untuk menambah medan berkenaan.
5. Pemohon juga dibenarkan membuat carian pada medan Skim Perkhidmatan
Sekarang dengan klik pada ruangan tersebut dan taipkan maklumat yang
berkenaan. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
35/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 35 / 44
Rajah 5-18: Skrin Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat
6. Tekan butang Simpan untuk menyimpan maklumat ataupun tekan Batal
untuk membatalkan apa yang telah dimasukkan sebelum ini.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
36/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 36 / 44
5.5 Maklumat Tambahan
5.5.1
1. Klik pada link Maklumat Tambahan dan skrin berikut akan dipaparkan:
Bakat/Kebolehan Bahasa
Rajah 5-19: Skrin Maklumat Bakat/Kebolehan Bahasa
2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah
Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni.
3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap
Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut.
4. J ika mempunyai maklumat melebihi daripada tiga (3), klik butang +Tambah
bagi menambah ruangan maklumat yang dikehendaki.
5. Tekan butang Simpan bagi setiap seksyen bagi menyimpan maklumat yang
dimasukkan atau tekan butang Batal bagi mengosongkan maklumat yang
telah dimasukkan.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
37/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 37 / 44
5.5.2
1. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda
sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak
berkaitan. Selepas pilih kategori, sila pilih pangkat danpencen / ganjaran.
Bekas Tentera/Polis/Bantuan/Kurang Upaya
2. Contoh skrin bagi Bekas Tentera / Bekas Polis adalah seperti berikut:
Rajah 5-20: Skrin Maklumat Bekas Tentera/Polis
3. Sekiranya anda Penerima Bantuan / Kurang Upaya, sila pilih kategori
anda sebagai penerima bantuan / kurang upaya dan sila abaikan
sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, sila pilih Jenis Bantuan
atau Jenis Kurang Upaya dan masukkan No.Pendaftaran / Rujukan.
Setelah selesai, klik butang SIMPAN.
4. Contoh skrin bagi Penerima Bantuan / Kurang Upaya adalah seperti di
bawah:
Rajah 5-21: Skrin Maklumat Penerima Bantuan / OKU
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
38/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 38 / 44
5. Sila pilih Tiada Maklumat Tambahan dan klik butang Tiada Maklumat
Tambahan jika anda tiada maklumat tambahan. Contoh skrin adalah seperti
di bawah:
Rajah 5-22: Skrin Tiada Maklumat Tambahan
5.6 Jawatan Dipohon
1. Klik pada pautan JAWATAN DIPOHON dan paparan berikut dipaparkan:
Rajah 5-23: Skrin Jawatan Dipohon
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
39/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 39 / 44
2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada
Maklumat Akademik yang dimasukkan pada peringkat awal tadi. Oleh itu, sila
pastikan anda memasukkan maklumat yang sah dan tepat.
3. Pilih pada Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi
memasukkan jawatan tersebut ke ruangan Jawatan Yang Dipohon.
4. J ika ingin membatalkan permohonan jawatan tersebut, sila pilih jawatan
tersebut dan tekan butang
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
40/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 40 / 44
5.7 Pengakuan Pemohon
1. Klik pada Pengakuan Pemohon dan skrin berikut dipaparkan:
Rajah 5-24: Skr in Pengakuan Pemohon
2. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat
3. Sila pastikan No. Kad Pengenalan Baru, Nama Penuh danAlamat yang
diisi adalah tepat
4. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat
yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi
Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat Pengalaman Kerja,
Maklumat Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. Sila buat
pembetulan sekiranya perlu. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik
pautan di bahagian atas borang.
5. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak
yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan
bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh
dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali
jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu.
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
41/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 41 / 44
6. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila
klik pada butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan
butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.
7. Skrin Pemberitahuan seperti rajah dibawah dipaparkan sekiranya maklumat
anda tiada kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke
muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses
penyemakan dan penghantaran.
Rajah 5-25: Skr in Cetakan Pemberi tahuan
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
42/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 42 / 44
8. Sila Cetak Pemberi tahuan untuk rujukan anda.
9. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan
dan Cetak Pemberi tahuan ini. Selamat mengisi borang!
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
43/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
Muka 43 / 44
6.0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8I
Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah:
1. Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi
membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di
Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon
sebelum ini mahupun pemohon baru
2. Pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan
Baru), Kad Pengenalan Polis/Tentera. Nombor MyKad ini akan digunakan
sebagai MyID semasa hendak masuk ke borang SPA8i.
3. Semua pemohon mesti mempunyai akaun e-mel yang masih aktif
kerana MyID, kata laluan dan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel. Oleh
itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel
tersebut.
4. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan, Tarikh Kemas kini dan
Tarikh Proses. J ika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya, mesej
Belum Diproses akan dipaparkan.
5. Senarai jawatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada Maklumat
Akademik yang dimasukkan dan calon dibenarkan memilih seberapa banyak
jawatan yang berkenaan.
6. Selain daripada jawatan, maklumat mata pelajaran, sukan,
persatuan/kepimpinan, rekacipta dan inovasi, pencapaian khas/istimewa,
bakat serta kebolehan bahasa/dialek boleh diisi seberapa banyak yang
diingini oleh calon.
7. Terdapat Semakan Status Pemohonan di dalam borang SPA8i di mana
pemohon boleh membuat semakan mengenai status permohonan
mereka
8. Setiap urusan pengambilan yang berkaitan dengan jawatan yang
dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon
9. Di samping itu pemohon boleh mengemaskini maklumat borang SPA8i
pada bila-bila masa dengan sekali sahaja pendaftaran MyID
-
7/18/2019 SPA Registration Guide
44/44
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)eSMSM
Panduan Pengguna Borang SPA8i
10. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan sekiranya
tempoh sah laku permohonan telah luput.
11. Pemohon juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS sekiranya
dipanggil peperiksaan atau temu duga.