modul analisis rekod tak lengkap_perakaunan spm 2014

10
Muat turun dari Blog Cikgu Azlan REKOD TAK LENGKAP (KAEDAH ANALISIS) PERCUBAAN SPM 2014 NEGERI SEMBILAN 2. Encik Ahmad pemilik Kedai Runcit Ahmad di Taman Indah Seremban tidak menyimpan rekod- rekod perniagaannya mengikut sistem catatan bergu. Maklumat berikut menunjukkan ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan Kedai Runcit Ahmad bagi tahun berakhir 30 Jun 2014. Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2014 Penerimaan RM Pembayaran RM Jualan 7 200 Pemiutang 14 300 Penghutang 20 500 Belian 1 890 Komisen 2 800 Kadar bayaran 1 500 Kenderaan 15 500 (dibeli pada 1 Januari 2014) Gaji 4 800 Faedah atas pinjaman 550 Insurans 500 Sewa dibayar 600 Ambilan 800 Maklumat tambahan : (i) 1 Julai 2013 30 Jun 2014 RM RM Bangunan (kos) 50 000 50 000 Perabot 5 300 5 000 Stok 7 600 8 300 Penghutang 3 200 2 100 Pemiutang 2 350 3 310 Pinjaman berkadar 8% setahun 10 000 10 000 (matang pada 31 Disember 2014) lnsurans terdahulu 430 620 Kadar bayaran terakru 790 420 Bank 30 100 ? (ii) Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos. (iii) Sebanyak RM270 barang rosak telah dipulangkan kepada pembekal. Anda dikehendaki: a) i. Menghitung jumlah jualan ii. Menghitung jumlah belian b) Menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014. c) Menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014.

Upload: cikgu-faizal

Post on 19-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sumber: Blog Cikgu AzlanSemoga ia membantu guru dan pelajar dalam menghadapi SPM 2014.Selamat berjaya Calon SPM 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

REKOD TAK LENGKAP (KAEDAH ANALISIS)

PERCUBAAN SPM 2014 NEGERI SEMBILAN 2. Encik Ahmad pemilik Kedai Runcit Ahmad di Taman Indah Seremban tidak menyimpan rekod-

rekod perniagaannya mengikut sistem catatan bergu. Maklumat berikut menunjukkan ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan Kedai

Runcit Ahmad bagi tahun berakhir 30 Jun 2014.

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2014

Penerimaan RM Pembayaran RM

Jualan 7 200 Pemiutang 14 300

Penghutang 20 500 Belian 1 890

Komisen 2 800 Kadar bayaran 1 500

Kenderaan 15 500

(dibeli pada 1 Januari 2014)

Gaji 4 800

Faedah atas pinjaman 550

Insurans 500

Sewa dibayar 600

Ambilan 800

Maklumat tambahan : (i)

1 Julai 2013 30 Jun 2014

RM RM

Bangunan (kos) 50 000 50 000

Perabot 5 300 5 000

Stok 7 600 8 300

Penghutang 3 200 2 100

Pemiutang 2 350 3 310

Pinjaman berkadar 8% setahun 10 000 10 000

(matang pada 31 Disember 2014)

lnsurans terdahulu 430 620

Kadar bayaran terakru 790 420

Bank 30 100 ?

(ii) Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos. (iii) Sebanyak RM270 barang rosak telah dipulangkan kepada pembekal.

Anda dikehendaki:

a) i. Menghitung jumlah jualan

ii. Menghitung jumlah belian

b) Menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014.

c) Menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014.

Page 2: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Fahami setiap butiran di dalam soalan terlebih dahulu (muka taip tulisan tangan).

Keratan soalan:

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2014

Penerimaan RM Pembayaran RM

Jualan – jualan tunai 7 200 Pemiutang – bayar pemiutang 14 300

Penghutang – kutipan penghutang 20 500 Belian – belian tunai 1 890

Komisen - hasil 2 800 Kadar bayaran - belanja 1 500

Kenderaan – belian aset 15 500

(dibeli pada 1 Januari 2014)

Gaji - belanja 4 800

Faedah atas pinjaman - belanja 550

Insurans - belanja 500

Sewa dibayar - belanja 600

Ambilan – ambilan oleh pemilik 800

Maklumat tambahan : (i)

baki awal baki akhir

1 Julai 2013 30 Jun 2014

RM RM

Bangunan (kos) – aset bukan semasa 50 000 50 000

Perabot – aset bukan semasa 5 300 5 000

Stok – aset semasa 7 600 8 300

Penghutang – aset semasa 3 200 2 100

Pemiutang – liabiliti semasa 2 350 3 310

Pinjaman berkadar 8% setahun – liabiliti semasa 10 000 10 000

(matang pada 31 Disember 2014)*

lnsurans terdahulu – aset semasa 430 620

Kadar bayaran terakru – liabiliti semasa 790 420

Bank – aset semasa 30 00 ?

(ii) Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos. - belanja (iii) Sebanyak RM270 barang rosak telah dipulangkan kepada pembekal. – pulangan belian

*Nota: Pinjaman berkadar 8% setahun diiktiraf sebagai liabiliti semasa kerana akan matang dalam

tempoh enam bulan (kurang satu tahun).

Page 3: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Nota ringkas tentang Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang.

Akaun Kawalan Penghutang disediakan untuk mengira jualan kredit. Jualan kredit dari akaun

kawalan ini pula akan ditambah dengan jualan tunai dari Buku Tunai untuk mendapatkan jumlah

jualan.

Akaun Kawalan Penghutang

Baki b/b Jualan *

xx xx

Bank Pulangan jualan Diskaun diberi Hutang lapuk Kontra Baki h/b

xx xx xx xx xx xx

xx xx

Penghutang adalah aset semasa. Jadi butiran sebelah debit adalah butiran yang

menambahkan penghutang manakala butiran sebelah kredit adalah butiran yang mengurangkan

penghutang (peraturan catatan bergu untuk aset, aset bertambah – DEBIT, aset berkurang - KREDIT)

Butiran bank (penerimaan daripada penghutang), pulangan jualan, diskaun diberi, hutang

lapuk dan kontra adalah butiran yang mengurangkan penghutang. Oleh itu, catatan akan dilakukan

di sebelah kredit Akaun Kawalan Penghutang.

Akaun Kawalan Pemiutang disediakan untuk mengira belian kredit. Belian kredit dari akaun kawalan

ini pula akan ditambah dengan belian tunai dari Buku Tunai untuk mendapatkan jumlah belian.

Akaun Kawalan Pemiutang

Bank Pulangan belian Diskaun diterima Kontra Baki h/b

xx xx xx xx xx

Baki b/b Belian*

xx xx

xx xx

Pemiutang adalah liabiliti semasa. Jadi butiran sebelah kredit adalah butiran yang

menambahkan pemiutang manakala butiran sebelah debit adalah butiran yang mengurangkan

pemiutang (peraturan catatan bergu untuk liabiliti, liabiliti bertambah – KREDIT, liabiliti berkurang -

DEBIT)

Butiran bank (pembayaran kepada pemiutang), pulangan belian, diskaun diterima dan

kontra adalah butiran yang mengurangkan pemiutang. Oleh itu, catatan akan dilakukan di sebelah

debit Akaun Kawalan Pemiutang.

Butiran ini diberikan dalam

soalan. Pelajar perlu tahu

untuk meletakkannya di

sebelah debit atau kredit

dalam Akaun Kawalan

Penghutang.

*Jualan adalah angka

pengimbang.

+ Aset (Dt)

_ Aset (Kt)

Butiran ini diberikan dalam

soalan. Pelajar perlu tahu

untuk meletakkannya di

sebelah debit atau kredit

dalam Akaun Kawalan

Pemiutang.

*Belian adalah angka

pengimbang.

_ Liabiliti (Dt)

+ Liabiliti (Kt)

Page 4: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

JAWAPAN I) MENGHITUNG JUMLAH JUALAN

Walaupun soalan tidak menyebut pelajar perlu menyediakan Akaun Kawalan Penghutang, ini adalah

kaedah paling mudah untuk mengira jualan kredit.

Langkah 1: Setelah melukiskan lejar, masukkan baki awal dan baki akhir penghutang.

Sumber maklumat daripada soalan:

Akaun Kawalan Penghutang

Baki b/b

3 200

Baki h/b

2 100

Langkah 2: Masukkan butiran kutipan daripada penghutang dari Buku Tunai.

Akaun Kawalan Penghutang

Baki b/b Jualan

3 200 19 400*

Bank Baki h/b

20 500

2 100

22 600 22 600

Langkah 4: Kirakan jumlah jualan iaitu jualan kredit tambah jualan tunai

Jumlah jualan = RM19 400 + RM7 200 = RM26 600

Masukkan baki awal penghutang di

sebelah debit (aset) dan silangkan baki

akhir seperti ditunjukkan di sebelah.

Langkah 3: Kirakan angka pengimbang iaitu jualan kredit. (RM20 50 + RM2 100 – RM3 200)

Page 5: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

JAWAPAN II) MENGHITUNG JUMLAH BELIAN

Walaupun soalan tidak menyebut pelajar perlu menyediakan Akaun Kawalan Pemiutang, ini adalah

kaedah paling mudah untuk mengira belian kredit.

Langkah 1: Setelah melukiskan lejar, masukkan baki awal dan baki akhir pemiutang.

Sumber maklumat daripada soalan:

Akaun Kawalan Pemiutang

Baki h/b

3 310

Baki b/b

2 350

Langkah 2: Masukkan butiran bayaran kepada pemiutang dari Buku Tunai.

Akaun Kawalan Pemiutang

Bank Pulangan belian Baki h/b

14 300 270

3 310

Baki b/b

2 350

Langkah 4: Kirakan angka pengimbang iaitu belian kredit.

Akaun Kawalan Pemiutang

Bank Pulangan belian Baki h/b

14 300 270

3 310

Baki b/b Belian

2 350 15 530*

17 880 17 880

Masukkan baki awal pemiutang di

sebelah kredit (liabiliti) dan silangkan

baki akhir seperti ditunjukkan di

sebelah.

Langkah 3: Masukkan pulangan belian dari maklumat tambahan (iii).

Belian kredit: RM14 300 + RM270 + RM3 310 – RM2 350 = RM15 530

Page 6: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Langkah 5: Kirakan jumlah belian iaitu belian kredit tambah belian tunai

Jumlah belian = RM15 530 + RM1 890 = RM17 420

JAWAPAN III) PENYATA PENDAPATAN

Sebelum pelajar menyediakan Penyata Pendapatan, kita lihat terlebih dahulu pelarasan yang perlu

diselesaikan.

Pelarasan 1 – Kadar Bayaran

Cara mudah untuk membuat pelarasan apabila terdapat kedua-dua baki awal dan akhir kadar

bayaran terakru ialah dengan menyediakan akaun kecil.

Keratan soalan:

Akaun Kadar Bayaran

Baki h/b

420

Baki b/b 790

Keratan soalan:

Akaun Kadar Bayaran

Bank Baki h/b

1 500

420

Baki b/b 790

Akaun Kadar Bayaran

Bank Baki h/b

1 500

420

Baki b/b Untung Rugi

790 1 130*

1 920 1 920

Langkah 1: Masukkan baki awal

kadar bayaran terakru di sebelah

kredit (liabiliti) dan silangkan baki

akhir seperti ditunjukkan di sebelah.

Langkah 2: Masukkan pembayaran

kadar bayaran dari Akaun

Penerimaan & Pembayaran ke

sebelah debit Akaun Kadar Bayaran

(secara bergu).

Langkah 3: Imbangkan Akaun Kadar

Bayaran untuk mendapatkan jumlah

kadar bayaran sebenar untuk

dimasukkan ke Penyata Pendapatan.

(RM1500 + RM420 – RM790 = RM1130)

Angka ini dipindahkan ke

Penyata Pendapatan,

bukannya RM1500.

Page 7: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Pelarasan 2 – Insurans

Menggunakan kaedah yang sama seperti diterangkan di bahagian pelarasan Kadar Bayaran.

Keratan soalan:

Akaun Insurans

Baki b/b 430

Baki h/b

620

Keratan soalan:

Akaun Insurans

Baki b/b Bank

430 500

Baki h/b

620

Akaun Insurans

Baki b/b Bank

430 500

Untung Rugi Baki h/b

310

620

930 930

Langkah 1: Masukkan baki awal

insurans terdahulu di sebelah debit

(aset) dan silangkan baki akhir seperti

ditunjukkan di sebelah.

Langkah 2: Masukkan pembayaran

insurans dari Akaun Penerimaan &

Pembayaran ke sebelah debit Akaun

Insurans (secara bergu).

Langkah 3: Imbangkan Akaun Insurans

untuk mendapatkan jumlah insurans

sebenar untuk dimasukkan ke Penyata

Pendapatan.

(RM430 + RM500 – RM620 = RM310)

Angka ini dipindahkan ke

Penyata Pendapatan,

bukannya RM500.

Page 8: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Pelarasan 3 – Susut Nilai Kenderaan

Pengiraan susut nilai = Kos aset x % susut nilai x tempoh masa = RM15 500 x 10% x 6/12 = RM775

Pelarasan 4 – Susut Nilai Perabot

Rumus susut nilai kaedah penilaian semula = Baki awal aset + belian aset – baki akhir aset

Di dalam soalan ini, tidak ada belian perabot baru dibuat, jadi pengiraan susut nilai hanya mengambil

kira perbezaan baki aset sahaja.

Susut nilai perabot = RM5 300 – RM5 000 = RM300

Pelarasan 5 – Faedah Pinjaman Bank

Maklumat soalan menyatakan

kenderaan berkos RM15500 dibeli pada

1 Januari 2014 dan disusutnilaikan pada

kadar 10% setahun atas kos (kaedah

garis lurus).

Kenderaan baru digunakan selama 6 bulan

dari 1 Januari 2014 hingga 30 Jun 2014

RM775 direkod sebagai Belanja Susut Nilai

Kenderaan di Penyata Pendapatan dan Susut Nilai

Terkumpul Kenderaan di Kunci Kira-kira

Susut nilai perabot tidak dinyatakan

secara spesifik kaedahnya, tetapi pelajar

perlu mengecam bahawa adanya susut

nilai apabila baki awal dan baki akhir

aset adalah tidak sama. Susut nilai ini

dipanggil kaedah penilaian semula.

RM300 direkod sebagai Belanja Susut Nilai

Perabot di Penyata Pendapatan.

Perniagaan membuat pinjaman bernilai

RM10 000 berkadar faedah 8% setahun.

Jadi faedah atas pinjaman setahun ialah

8% x RM10 000 = RM800

Faedah atas pinjaman yang telah dibayar

ialah RM550. Oleh itu, terdapat faedah

atas pinjaman terakru sebanyak RM250.

Angka penuh RM800 direkod sebagai Faedah atas

pinjaman di bawah Belanja Lain di Penyata Pendapatan.

Faedah atas pinjaman terakru RM250 direkodkan sebagai

Liabiliti Semasa di dalam Kunci Kira-kira.

Page 9: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

Kedai Runcit Ahmad Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014

RM RM RM

Jualan (RM19400 + RM7200) 26 600

Tolak: Kos Jualan

Stok awal 7 600

Belian (RM15530 + RM1890) 17 420

(-) Pulangan belian 270

17 150

24 750

(-) Stok akhir 8 300

Kos Jualan 16 450

Untung Kasar 10 150

(+) Hasil lain

Komisen diterima 2 800

12 950

(-) Belanja lain

Kadar bayaran (RM1500+RM420-RM790)

1 130

Insurans (RM430 + RM500 – RM620) 310

Susut nilai kenderaan (10% x RM15500 x 6/12)

775

Susut nilai perabot (RM5300-RM5000)

300

Faedah atas pinjaman (8% x RM10000)

800

Gaji 4 800

Sewa dibayar 600

8 715

Untung Bersih 4 235

Rujuk jawapan i. Menghitung jumlah jualan

Angka jualan diperoleh dengan menambah jualan kredit dari Akaun Kawalan Penghutang dan jualan tunai dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran

Rujuk jawapan ii. Menghitung jumlah belian

Angka belian diperoleh dengan menambah belian kredit dari Akaun Kawalan Pemiutang dan belian tunai dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran

Rujuk nota pelarasan 1

Rujuk nota pelarasan 2

Rujuk nota pelarasan 3

Rujuk nota pelarasan 4

Rujuk nota pelarasan 5

Page 10: Modul Analisis Rekod Tak Lengkap_Perakaunan SPM 2014

Muat turun dari Blog Cikgu Azlan

JAWAPAN IV) KUNCI KIRA-KIRA

Kedai Runcit Ahmad Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014

RM RM RM

Aset Bukan Semasa

Bangunan 50 000

Perabot 5 000

Lengkapan 15 500

(-) susut nilai terkumpul 775

14 725

69 725

Aset Semasa

Stok akhir 8 300

Penghutang 2 100

Bank 20 160

Insurans terdahulu 620

31 180

Tolak: Liabiliti Semasa

Pemiutang 3 310

Kadar bayaran terakru 420

Pinjaman 10 000

Faedah atas pinjaman terakru 250

13 980

Modal Kerja 17 200

86 925

Ekuiti Pemilik

Modal awal 83 490

(+) Untung bersih 4 235

87 725

(-) Ambilan 800

Modal akhir 86 925

Oleh kerana perabot dinilai mengikut kaedah penilaian semula, nilai perabot RM5000 diambil terus dari baki akhir pada 30 Jun 2014, tanpa perlu menunjukkan susut nilai terkumpul.

Untuk lengkapan, tunjukkan semula nilai kos aset dan ditolak dengan susut nilai terkumpul. Angka susut nilai terkumpul (rujuk nota pelarasan 3) adalah sama seperti di dalam Penyata Pendapatan kerana aset ini adalah dalam tahun pertama penggunaannya.

Baki akhir bank RM20 160 diperoleh dengan menggunakan rumus berikut: Baki awal + jumlah penerimaan – jumlah pembayaran (RM30100 + RM30500 – RM40440) Untuk jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran, sila rujuk butiran di dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran.

Rujuk nota pelarasan 5

Jumlah aset semasa – jumlah liabiliti semasa (RM31180 – RM13980)

1 Julai 2013

RM

Bangunan (kos) (aset) 50 000

Perabot (aset) 5 300

Stok (aset) 7 600

Penghutang (aset) 3 200

Pemiutang (liabiliti) 2 350

Pinjaman berkadar 8% setahun (liabiliti) 10 000

(matang pada 31 Disember 2014)

lnsurans terdahulu (aset) 430

Kadar bayaran terakru (liabiliti) 790

Bank (aset) 30 100

Pengiraan modal awal ialah dengan rumus

aset – liabiliti pada 1 Julai 2013

Angka untung bersih adalah dari Penyata Pendapatan.