rekod-rekod perkembangan dan pengesanan

29
NOORAMIEYRA BINTI MOHD YUSOFF(3101019401) HASLINA BINTI PITTA (3122005671 FATIN NURZAFRINA BINTI WAHID NAWAWI (3122008391) (PENSYARAH: EN.HJ YEM) REKOD-REKOD PERKEMBANGAN MERUPAKAN KAEDAH YANG MUDAH DAN BERKESAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.. BAGAIMANA INI DAPAT DILAKUKAN ?

Upload: fatin-zafrina-rulez

Post on 20-Jun-2015

8.679 views

Category:

Education


20 download

DESCRIPTION

share boleh je.. hahaha

TRANSCRIPT

Page 1: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

NOORAMIEYRA BINTI MOHD YUSOFF(3101019401)

HASLINA BINTI PITTA (3122005671FATIN NURZAFRINA BINTI WAHID

NAWAWI (3122008391)

(PENSYARAH: EN.HJ YEM)

REKOD-REKOD PERKEMBANGAN MERUPAKAN KAEDAH YANG MUDAH DAN BERKESAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK.. BAGAIMANA INI DAPAT DILAKUKAN ?

Page 2: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-kanak untuk mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka.

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

PENGENALAN

Page 3: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Merekod didefinisikan satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian seseorang. Contoh rekod yang digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut :

i.Senarai Semak.ii.Skala Kadar.iii.Rekod Anekdotiv.Rekod Berterusan

DEFINISI MEREKOD MAKLUMAT

Page 4: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu :

Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot.

Yang mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan senarai semak.

Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu iaitu skala kadar.

TEKNIK ASAS MEREKOD

Page 5: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Setiap tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak direkodkan

secara sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi semasa aktiviti

individu atau secara berkumpulan didokumentasikan melalui

pelbagai jenis alat taksiran atau rekod penilaian. Rekod-rekod ini

penting supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin

kebajikan dan pencapaian positif kanak-kanak.

Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk

melakukan pemerhatian walaupun fungsinya hampir sama.

seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan

pencapaian positif kanak-kanak. Terdapat perbezaan antara alat-alat

yang digunakan untuk melakukan pemerhatian walaupun fungsinya

hampir sama.

PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN PENTAKSIRAN

Page 6: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:

Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.

Sesuatu perlakuan telah dilakukan.Kekerapan sesuatu tingkah laku

REKOD SENARAI SEMAK

Page 7: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.

Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas dan semula jadi.

Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.

Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal.

PROSEDUR DALAM PENGGUNAAN SENARAI

SEMAK

Page 8: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

KEBAIKAN•Banyak maklumat boleh direkod•Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari•Boleh digunakan oleh sesiapa

KEBURUKAN•Item senarai semak terhad, perlu ditafsir

berhati-hati.•Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka

masa dan keterangantentang tingkah laku.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK

Page 9: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH SENARAI SEMAK

Page 10: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

Secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka.

Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

REKOD SKALA KADAR

Page 11: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

PETUNJUK ITEM UNTUK SKALA KADAR

Page 12: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA INDIVIDU

Page 13: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KELAS.

Page 14: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KUMPULAN.

Page 15: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

REKOD ANEKDOT

Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.

Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.

Page 16: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting terhadap aspek

perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.

Menulis apa yang dilihat secara objektif.

Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBUAT

REKOD ANEKDOT

Page 17: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD ANEKDOT

Page 18: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut turutan masa. catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. 

Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.

REKOD BERTERUSAN

Page 19: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga

faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Page 20: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata.

 

Hasil merekod ini juga dapat mengkategorikan murid dalam kumpulan.

Dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.

TUJUAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN

Page 21: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akan diperhatikan sesuai?

Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu dan terperinci.

Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.

Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi menerangkan setiap aksi.

Guna bahasa yang mudah difahami.

Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.

Tentukan masa.

Perlu tulus dan ikhlas.

PANDUAN MENYEDIAKAN REKOD BERTERUSAN

Page 22: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun kurang.

Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan.

Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgemental’. Hanya merekodkan data.

Memerhati dan tidak membuat interpretasi.

Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar. Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan.

Tulis atau rekod dengan terperinci mengikut urutan peristiwa yang berlaku.

Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun pensel diletak di tempat

yangstrategik dan sulit.

PANDUAN MENULIS REKOD BERTERUSAN

Page 23: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan.

memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu rekod.cthnya dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembanganiaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus.

memudahkan guru merekodkandengan hanya menggunakan pensel dan kertas.

KEBAIKAN MENGGUNALAN REKOD BERTERUSAN

Page 24: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat.

memenatkan guru kerana memberi lebih tumpuan pada proses merekodkan.

lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.

pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak yang diperhatikan.

KELEMAHAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN

Page 25: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD BERTERUSAN

Page 26: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN BACAAN

Page 27: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN MEMBACA TEKS BACAAN.

Page 28: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

CONTOH BORANG REKOD BERTERUSAN

Page 29: Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan

Rekod berterusan merupakan cara yang dapat membantu guru mencatat tingkah laku yang diperhatikan kepada kanak-kanak semasa peristiwa berlaku.

Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat, sudut ataupun stesen pembelajaran.

Rekod berterusan membantu pemerhati merekodkan perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana sebenar.

Memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak pada satu-satu masa.

Rekod berterusan dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi potensi kanak-kanak.

RUMUSAN