modul

20
LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER Peraturan Am Masuk ke dalam makmal pada masa yang ditetapkan sahaja Jaga kebersihan dan ketenteraman makmal Bersihkan tempat anda sebelum keluar daripada makmal komputer Dilarang Membawa masuk beg ke dalam makmal komputer Membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal komputer Membawa masuk benda-benda tajam ke dalam makmal komputer Berjalan ke komputer lain tanpa kebenaran guru Membawa keluar apa-apa kepunyaan makmal tanpa kebenaran guru Penggunaan komputer Scan cakera liut terlebih dahulu untuk mengesan kehadiran virus Dapatkan bantuan guru jika terdapat sebarang masalah Pastikan tiada perkara yang ganjil berlaku pada perkakasan komputer Matikan komputer mengikut cara yang betul Padamkan suis komputer selepaskan menggunakannya SEJARAH DAN EVOLUSI KOMPUTER Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan elektronik. Sejarah dan evolusi komputer terbahagi kepada 2 zaman iaitu: i. Sebelum 1940 ii. Selepas 1940 Sebelum 1940 1. Pada peringkat awal, manusia menggunakan benda-benda berikut untuk mengira: i. jari ii. batu 1

Upload: idasuhaida

Post on 28-Jun-2015

1.759 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

Peraturan Am

Masuk ke dalam makmal pada masa yang ditetapkan sahaja

Jaga kebersihan dan ketenteraman makmal

Bersihkan tempat anda sebelum keluar daripada makmal komputer

Dilarang

Membawa masuk beg ke dalam makmal komputer

Membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal komputer

Membawa masuk benda-benda tajam ke dalam makmal komputer

Berjalan ke komputer lain tanpa kebenaran guru

Membawa keluar apa-apa kepunyaan makmal tanpa kebenaran guru

Penggunaan komputer

Scan cakera liut terlebih dahulu untuk mengesan kehadiran virus

Dapatkan bantuan guru jika terdapat sebarang masalah

Pastikan tiada perkara yang ganjil berlaku pada perkakasan komputer

Matikan komputer mengikut cara yang betul

Padamkan suis komputer selepaskan menggunakannya

SEJARAH DAN EVOLUSI KOMPUTER

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan elektronik. Sejarah dan evolusi komputer

terbahagi kepada 2 zaman iaitu:

i. Sebelum 1940

ii. Selepas 1940

1

Page 2: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Sebelum 1940

1. Pada peringkat awal, manusia menggunakan benda-benda berikut untuk mengira:

i. jari

ii. batu

iii. kayu kecil

iv. simpulan pada tali

2. Abakus

- Abakus digunakan sejak lebih 5,000 tahun dahulu

- Ia dikenali sebagai cepoa atau sempua

- Abakus mula digunakan di Babylon sebelum dibawa ke negara-

negara Asia

- Di Jepun, ia dikenali sebagai soroban

3. Mesin Pascaline

- Mesin Pascaline ialah mesin kira (kalkulator) mekanikal

yang pertama

- Ia dicipta pada tahun 1642 oleh Blaise Pascal, seorang

ahli matematik Perancis

- Keupayaan mesin ini terhad

4. Konsep komputer Modern

- Komputer ini diperkenalkan oleh Charles Babbage

- Charles Babbage digelar Bapa Komputer atau Arkitek Konsep Modern

- 2 jenis komputer yang diperkenalkan oleh Charles Babbage adalah:

i. Enjin Perbezaan (Difference Engine) dicipta pada tahun 1830

ii. Enjin Analitik (Analytical Engine) dicipta pada tahun 1834 menggantikan Enjin

Perbezaan

2

Page 3: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Enjin Perbezaan Enjin Perbezaan

Selepas 1940

1. Generasi Pertama (1942-1959)

- Dalam generasi komputer adalah dari jenis kerangka utama

- Komputer kerangka utama adalah terbesar dan terawal sekali

- Komputer menggunakan tiub vakum

- Terdapat 2 jenis komputer dalam generasi ini iaitu:

i. ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) yang dicipta oleh John

Mauchly dan John Presper Eckert pada tahun 1945

ii. UNIVAC (UNIversal Automatic Computer) dicipta pada tahun 1951

2. Generasi Kedua (1959-1964)

- Komputer menggunakan transistor

- Komputer menjadi kecil dan bertambah pantas

- Pencipta transistor ialah John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain

- Ciptaan transistor mengurangkan kos membuat komputer

3. Generasi Ketiga (1964-1970)

- Komputer mula menggunakan litar bersepadu

- Komputer lebih kecil dan lebih pantas

- Komputer mula menggunakan sistem pengoperasian (sebuah perisian komputer yang

mengawal dan mempercekapkan cara komputer bekerja)

- Istilah perkongsian masa muncul pada generasi ini

- Minikomputer diperkenalkan

4. Generasi Keempat (1970 – Kini)

3

Page 4: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

- Pada masa ini terdapat teknologi penyepaduan skala besar

- Mikropemprosesan dicipta

- Pada tahun 1975, teknologi berkembang kepada teknologi penyepaduan skala amat besar

- Era mikrokomputer bermula pada masa ini

- Pada tahun 1978, perisian komputer pukal hamparan elektronik yang dipanggil Visicals

(Visible Calculator) dihasilkan oleh Dan Brickland dari Havard University Business School

- Superkomputer muncul pada masa ini

5. Generasi Kelima (Masa hadapan)

- Komputer akan dicipta untuk memiliki kepintaran buatan

- Dari memproses secara jujukan (satu arahan demi satu arahan), komputer cerdik boleh

melaksana pemprosesan selari (tugas diselesaikan serentak)

TUGAS-TUGAS KOMPUTER

Komputer berkeupayaan menjalankan bermacam-macam tugas. Berikut adalah antara

tugas-tugas yang biasa dilakukan oleh komputer

1. Pemprosesan Perkataan

Hasil kerja menjadi pantas dan kemas seterusnya meningkatkan produktiviti kerja

Memudahkan kerja-kerja menaip dan proses penyuntingan

Memudahkan penyemakan kerja dan kerja-kerja pencetakan

Perisian yang digunakan : Microsoft Office, Word Pro dan Word Perfect

2. Pemprosesan Data

Data diproses dengan pantas dan jitu

Proses pencarian data yang dikehendaki oleh pengguna menjadi lebih pantas dan mudah

Mengurangkan penggunaan kertas

Perisian yang sering digunakan : Microsoft Acess, dBase IV, Fox Pro dan Paradox

3. Penghasilan Grafik Dan Animasi

Penghasilan grafik dalam bentuk 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) menjadi lebih menarik

dan mudah.

Penghasilan grafik seperti poster, banner, kad ucapan, gambar dan logo menjadi mudah

Penghasilan grafik dan animasi banyak digunakan dalam penghasilan kartun

Perisian yang digunakan : Adobe Photoshop dan Corel Draw

4. Penghasilan Kesan Bunyi Dan Muzik

4

Page 5: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Alat muzik boleh digunakan bagi menghasilkan kesan bunyi yang dikehendaki

Proses rakaman dan penyuntingan kesan bunyi menjadi lebih mudah dan pantas

Perisian yang digunakan : Sound Forge

5. Multimedia

Multimedia melibatkan deria penglihatan dan pendengaran

Bagi menghasilkan persembahan mutimedia, ia melibatkan gabungan unsur-unsur teks,

grafik, audio, video dan animasi

Perisian yang digunakan : Authoware dan Director

6. Rekabentuk Berbantuan Komputer

Aplikasi ini penting dalam bidang arkitek dan kejuruteraan

Ia memudahkan kerja-kerja melukis pelan dan reka bentuk dengan cepat dan berkesan

Ia dapat menjimatkan masa serta memudahkan tugas pengguna

Perisian yang diguanakan : AutoCAD2000 dan TurboCAD

ETIKA DAN PENYALAHGUNAAN KOMPUTER

Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia. Oleh itu

etika yang baik perlu bagi seorang pengguna bagi menggelakkan penyalahgunaan komputer.

Komputer dapat memberi kemudahan dan pengetahuan kepada pengguna yang menggunakannya

dengan cara yang betul. Namun ia juga turut memberi kesan negatif jika disalahgunakan oleh

sesetengah pengguna. Antara bentuk penyalahgunaan komputer ialah:

1. Amalan Cetak Rompak

Amalan ini ialah menggunakan perisian atau program tanpa kebenaran – tiada LICENSED

OF AGREEMENT

Contohnya membeli perisian Microsoft Office di kedai-kedai yang tidak mempunyai lesen

yang sah

Denda yang tinggi akan dikenakan kepada organisasi atau pihak-pihak yang mempunyai atau

memiliki perisian yang telah dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

2. Penulisan dan Penyebaran Virus Komputer

Virus ialah kod yang ditulis oleh pengguna komputer yang bertujuan untuk mengganggu

program pada komputer dan sistem pengoperasian komputer

Penyebaran virus boleh dilakukan melalui muat turun (download) dokumen daripada internet

dan juga penggunaan disket

Amalan Menggodam (Hacker)

Penggodam ialah seseorang yang memasuki sistem komputer orang lain tanpa kebenaran.

5

Page 6: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Penggodam yang baik akan menceroboh dan akan memberi cadangan untuk

mempertingkatkan keselamatan komputer. Penggodam yang tidak baik pula, ia akan

menceroboh masuk dan seterusnya menggangu sistem pengoperasian dan menghapuskan

data-data yang terdapat dalam komputer tersebut.

3. Penipuan Melalui Komputer

Menggunakan komputer untuk melakukan aktiviti penipuan

Contohnya : Menggunakan akaun bank orang lain untuk mendapatkan wang

4. Kelucahan

Menggunakan komputer untuk mendapatkan bahan-bahan yang berunsur lucah.

Melayari laman-laman web lucah

Kesan-Kesan Penyalahgunaan Komputer

Berikut adalah kesan-kesan penyalahgunaan komputer:

i. Pendapatan syarikat pengeluaran (Contohnya: Microsoft Coperation) menurun berikutan

aktiviti cetak rompak

ii. Sumber pendapatan negara berkurangan berikutan cukai yang sepatutnya dikenakan kepada

syarikat tersebut tidak dapat dilakukan kerana pendapatan syarikat tersebut merosot

iii. Kerja-kerja terjejas akibat maklumat dan data yang rosak akibat diserang virus komputer

iv. Komputer cepat mengalami kerosakan kerana sering diserang virus

v. Maklumat yang penting tidak lagi dianggap selamat kerana dicerobohi oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab

vi. Keruntuhan moral berlaku di kalangan pengguna komputer

vii. Gejala-gejala sosial seperti mencuri dan merogol meningkat akibat penyebaran bahan-bahan

lucah yang berleluasa

viii. Aktiviti penipuan semakin berleluasa

VIRUS KOMPUTER

Apa Itu Virus?

6

Page 7: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Virus adalah kod segmen yang berupaya untuk masuk ke dalam program dan seterusnya

merosakan data yang terdapat pada komputer

Kebanyakan daripada virus boleh masuk ke dalam program komputer dan seterusnya

merebak di dalam sistem komputer

Apabila pembiakan virus ini tidak dibendung, ia boleh menjejaskan perjalanan sistem

pengoperasian komputer tersebut

Bagaimana Ia Boleh Merebak

Virus akan merebak di dalam sesebuah komputer apabila terdapat pengguna yang berkongsi

menggunakan program hos

Apabila program ini disalin, virus ini juga akan disalin

Ia juga boleh merebak melalui penggunaan cakera liut orang lain

Mengapa Virus Tidak Dikesan Serta-merta

Pengguna tidak akan menyedari akan kehadiran virus kerana virus dicipta untuk berlindung

daripada pengguna komputer untuk tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan

Bila Virus Akan Menyerang

Virus selalunya aktif apabila program atau fail tersebut digunakan atau pada masa virus itu

diaktifkan oleh pencipta virus

Apabila tiba masa yang terdapat pada daftar jam komputer tersebut sama dengan masa virus

itu aktif, maka virus tersebut akan menyerang

Tanda-tanda Kehadiran Virus

Komputer tidak dapat diboot daripada cakera keras

Perjalanan sistem komputer tiba-tiba menjadi perlahan

Mesej atau aksara yang agak ganjil dipaparkan pada skrin

Jumlah ingatan RAM merosot walaupun tiada aturcara atau fail yang baru dimasukkan

Jenis-jenis Virus Komputer

Berikut adalah jenis-jenis virus yang popular iaitu:

7

Page 8: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

1. Virus Trojan Horse

- Virus yang direka dan menyerupai program yang sah

2. Virus makro

- Menggunakan bahasa dalam sesuatu aplikasi seperti pemprosesan perkataan. Apabila

pengguna membuka fail tersebut maka virus makro akan memasuki ke dalam komputer

3. Virus Logic Bomb

- Virus ini akan aktif apabila dikesan oleh syarat-syarat tertentu

4. Virus Time Born

- Virus ini juga dikenali sebagai Virus Micheangelo

- Ia akan aktif pada tarikh 6 Mac

Langkah-langkah bagi Mencengah daripada Serangan Virus

Pastikan program antivirus seperti perisian Norton AntiVirus, Pc-Cillin dan McAfee diinstall

pada komputer. Pastikan juga ia sentiasa dikemaskini

Gunakan perisian asli

Pastikan disket senantiasa di lindung tulis agar tidak dimasuki oleh virus

Sebelum menggunakan disket, pastikan disket itu diimbas (scan) terlebih dahulu

Periksa semua fail yang dimuat turun (download) daripada internet bebas daripada virus

Buat salinan bagi semua fail bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku

8

AKTIVITI 1AKTIVITI 1

Page 9: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Cara untuk mengimbas disket dengan menggunakan perisian Norton Anti Virus 2003

Fail yang berada di dalam disket sedang discan

9

Memilih pemacu untuk

disket

Page 10: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Keputusan menunjukkan tiada virus yang dikesan

Anda dikehendaki mengimbas disket anda dengan menggunakan Perisian AntiVirus yang

terdapat pada komputer anda.

Mencari nama-nama virus yang dapat dikesan oleh sesuatu Perisian AntiVirus

Anda dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 15 nama virus dengan menggunakan perisian

Antivirus pada komputer anda

10

TUGASAN 1

AKTIVITI 2AKTIVITI 2

Antara nama-nama virus

TUGASAN 2

Page 11: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan komputer terdiri daripada:

1. Input

2. Pemprosesan – Terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU), memori dan storan

3. Output

1. Input

Input adalah data atau arahan yang dimasukkan ke dalam ingatan komputer yang terdiri

daripada data, program, arahan dan maklum balas pengguna

Fungsi peranti input:

i. Papan kekunci (keyboard) – digunakan untuk berinteraksi dengan unit sistem dengan

menaip maklumat

ii. Tetikus (mouse) – digunakan untuk mengawal pergerakan penunjuk skrin

iii. Perakam suara (microphone) – digunakan untuk merakam audio

Contoh peranti input lain ialah: Kayu bidik (joystick) dan pengimbas (scanner)

11

INPUT PEMPROSESAN OUTPUT

Page 12: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

2. Pemprosesan

Pemprosesan terdiri daripada :

i. Unit pemprosesan Pusat (CPU)

- Mempunyai 2 bahagian kecil iaitu:

a) Unit Kawalan yang mengawal langkah-langkah memprosesan

b) Unit Arithmetik dan Logik yang membuat pengiraan dan logik

ii. Memori (Ingatan)

- Peranan memori ialah mengingat data dan tugas yang perlu dilaksanakan

- Terdapat dua jenis memori utama iaitu RAM dan ROM

a) Ingatan Capaian Rawak (RAM - Random Access Memory)

- Berfungsi sebagai storan sementara yang bergantung kepada bekalan kuasa

elektrik

- Kandungannya akan terpadam apabila bekalan kuasa diputuskan

b) Ingatan Bacaan Sahaja (ROM - Read Only Memory)

- Sejenis memori yang boleh menyimpan secara kekal arahan dan maklumat

yang terkandung di dalamnya walaupun tanpa bekalan kuasa

iii. Storan (Storage)

- Storan terdiri daripada Storan Primer dan Storan Sekunder

- Contoh Storan Sekunder ialah:

a) Cakera liut (disk)

- 5.25 inci boleh menyimpan setakat 360KB atau 1.22MB

- 3.5 inci boleh menyimpan setakat 720Kb atau 1.44MB

12

Page 13: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

b) Cakera keras (Hard disk)

- Had simpanan cakera keras lebih banyak berbanding daripada cakera liut

dan cakera optik

- Ia terpasang di dalam kotak sistem unit dan tidak mudah alih

c) Cakera optik (Compact disk)

- Data dirakam ke dalam cakera optik menggunakan laser

- Cakera optik mempunyai keupayaan simpanan yang tinggi berbanding

cakera liut

- Ia sering digunakan sebagai alat multimedia

- Cakera optik juga dikenali sebagai cakera padat

3. Output

Output adalah hasil input yang telah diproses oleh unit pemprosesan yang terdiri daripada

output skrin dan hasil cetakan

Fungsi peranti input ialah:

i. Monitor – digunakan untuk memaparkan hasil pada skrin

ii. Pembesar suara (speaker) – digunakan untuk mengeluarkan audio yang telah dihasilkan

iii. Pencetak (printer) – digunakan untuk memaparkan hasil dalam bentuk cetakan

13

Page 14: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

CAKERA LIUT

14

UNIT INPUT

UNIT KAWALAN

UNIT ARITHMETIK/ LOGIK

UNIT OUTPUT

RAM ROM

Keyboard

MIKROPEMPROSESAN

Monitor / pencetak

Storan / Ingatan

Page 15: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Cakera liut digunakan untuk menyimpan data namun kapasiti simpanannya adalah terhad.

Cakera liut diperbuat daripada bahan plastik yang dinamakan ‘mylar’. Bahagian atas ‘mylar’ adalah

lapisan oksida logam yang nipis. Data dan program yang disimpan dalam cakera liut dalam bentuk

cas elektromagnet pada oksida logam.

Cakera Liut Saiz 3.5 inci

Cakera liut jenis ini telah diperkenalkan oleh Sony Electronics pada tahun 1983. Jumlah

storan / kapasiti data yang boleh disimpan ialah 720 Kilobait (KB). Setelah itu cakera liut bersaiz 3.5”

dengan ketumpatan yang lebih tinggin dan boleh menyimpan sehingga 1.44 Megabait (MB). Sarung

cakera ini adalah keras dan berwarna biru dan hitam. Kini, ia boleh didapati dalam pelbagai warna.

Trek dan Sektor pada Cakera Liut

15

Page 16: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Data disimpan dalam bentuk bulatan dan mengelilingi bahagian tengah. Bulatan ini dipanggil

runut (Track). Runut-runut ini pula dibahagikan kepada sektor (Sektor). Runut dan sektor adalah

pembahagian cara magnetik dan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Lindung Tulis

Lindung tulis (Write Protect) bermakna pengguna tidak boleh menyimpan dan mengubah data

yang terdapat di dalam cakera liut. Bagi menghapuskan lindung tulis dengan menolak butang / tab ini

ke atas. Lindung tulis ini juga boleh mencengah kemasukan virus ke dalam cakera liut.

Penjagaan Cakera Liut

16

Runut

Trek

Butang

Lindung TulisLubang lindung

tulis terbuka

Boleh TulisLubang lindung

tulis tertutup

Page 17: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Berikut adalah langkah-langkah penjagaan cakera liut:

Letakkan label pada tempat yang sesuai

Gunakan pen lembut untuk menulis di atas label yang sudah terlekat

Jangan gunakan alkohol atau cecair lain untuk membersihkan cakera liut

Jangan letakan objek berat di atas cakera liut

Jangan letakkan cakera liut berdkatan dengan medan magnet

Jangan membuka atau menyentuh bahagian yang melindungi bahagian sektor cakera liut

Jangan letakkan cakera liut berhampiran dengan makanan dan minuman kerana dikuatiri

akan kotor

Jangan dedahkan cakera liut kepada cahaya panas terik dan suhu sejuk yang terlampau

Pastikan cakera liut tidak jatuh

Masukkan cakera liut perlahan-lahan serta lurus ke dalam pemacu cakera liut

Simpan cakera liut di dalam kotak yang dikhaskan

PAPAN KEKUNCI

Salah satu peranti input yang bertujuan untuk memasukkan arahan atau maklumat yang

dikehendaki oleh pengguna. Papan kekunci terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

i. Kekunci aksara – kekunci yang menaip:

a) Abjad – (a-z)

b) Nombor – (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)

c) Simbol-simbol khas ( !, @, #, $, %,&,*, dll)

ii. Kekunci fungsi – berfungsi untuk menjalankan fungsi sesuatu tugas. Kekunci fungsi

terdiri daripada kekunci F1 hingga F12

iii. Kekunci kawalan – kekunci selain daripada kekunci aksara dan kekunci fungsi. Senarai

kekunci kawalan adalah seperti berikut

17

Page 18: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Kekunci Kawalan Simbol Kegunaan

18

Page 19: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Alternate Alt Ditekan bersama kekunci lain untuk

memberi arahan khusus

Backspace /

Backspase

Menghapuskan aksara di sebelah kiri

kursor

Delete Delete Menghapuskan aksara di sebelah

kanan kursor

Capital Letters Lock Caps Lock Mendapatkan huruf besar tanpa

menggunakan kekunci Shift

Shift Shift 1.Mendapatkan huruf besar

2.Ditekan untuk menaip aksara di

bahagian atas kekunci (cth : #,$,

dll)

3.Ditekan bersama kekunci lain

untuk memberi arahan khusus)

Enter Enter 1.Memaksa teks turun ke baris

bawah

2.Memberitahu komputer untuk

menjalankan sesuatu arahan

Control Ctrl Ditekan bersama kekunci lain untuk

memberi arahan khusus

End End Menghantar aksara ke akhir fail

Home Home Menghantar kursor ke penjuru atas

kiri skrin

Escape Esc Membatalkan arahan atau keluar dari

sesuatu tugas

Insert Insert Menyelitkan aksara di mana kursor

berada

Numerical Lock Num Lock Ditekan untuk mendapatkan huruf

pada pad angka

Page Down Page Down Menggerakkan kursor ke bawah,

skrin demi skrin

Page uUp Page Up Menggerakkan kursor ke atas skrin,

skrin demi skrin

Anah panah atau

Menggerakan kursor ke arah kiri,

kanan, atas dan bawah

Print Screen Print Screen Mencetak paparan pada monitor

Space bar Kekunci

panjang yang

Meninggalkan ruang di antara aksara

19

Page 20: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

tidak berlabel

Tabulator Tab | | Membuat tab ( biasa diguanakan

untuk menaip pada jadual, lajur, dll

TETIKUS

Tetikus ialah peranti yang digunakan untuk menggerakan penuding ke seluruh bahagian

pada monitor komputer. Tetikus diguanakan untuk mengklik pada ikon, kotak dialog dan kotak

semak.

Bahagian dalam Tetikus

Rekabentuk tetikus terdiri daripada satu bebola getah

Bebola ini akan berpusing apabila tetikus digerakkan

Pergerakan tetikus akan dikesan dengan cara magnetik atau biasan cahaya

Butang Tetikus

Tetikus mempunyai dua butang iaitu butang kanan (right click) dan butang kiri (left click).

Butang kiri digunakan untuk membuat bebarapa menu pintas.

Butang kanan digunakan untuk membuat pemilihan perisian dan untuk memberi perintah

sesuatu operasi

Penggunaan Tetikus dan Cara Memegang

20

Butang kananButang kiri

Page 21: Modul

LITERASI KOMPUTER – TINGKATAN 1

Pengguna memegang dan menggerakkannya di atas satu permukaan rata (biasanya

sekeping plastik) yang dipanggil pad tetikus (Mouse pad)

Bebarapa istilah dalam penggunaan tetikus iaitu:

i. Klik (click) – Digunakan untuk membuat pilihan menu, penyuntingan dokumen dan

menggerakkan penunjuk

ii. Klik dan seret (click and drag) –- Digunakan untuk menggerakkan data dari lokasi ke

lokasi yang lain.

iii. Klik dua kali (double click) – Digunakan untuk beberapa arahan seperti memulakan

program atau membuka dokumen

21

Menekan dan melepaskan butang kiri

Menekan dan melepaskan butang kiri tetikus 2 kali

berturut-turut dengan cepat

1 Tekan butang kiri dan jangan lepaskan

2. Gerakan tetikus

3. Lepaskan butang kiri