model perancangan bahasa haugen

6
Model Perancangan Bahasa Haugen Daripada pengalamannya di Norway, Haugen mengemukakan empat peringkat di dalam perancangan bahasa, iaitu: pemilihan, pengekodan, pelaksanaan dan peluasan. 1. Pemilihan. Peringkat ini melibatkan pemilihan satu bahasa atau beberapa buah bahasa atau norma yang akan dibina untuk tujuan tertentu, selalunya ia adalah untuk tujuan menjadikan bahasa tersebut mencapai taraf sebagai bahasa rasmi dan menjalankan tugas sebagai bahasa kebangsaan. Norma ialah sesuatu konsep abstrak yang dipilih atau dibentuk sebagai matlamat di dalam perancangan tersebut. Sesuatu bahasa baku itu adalah suatu norma yang dijadikan matlamat perancangan bahasa. 2. Pengekodan. Pengekodan melibatkan hal-hal dan usaha-usaha di dalam pembakuan bahasa. unsur-unsur seperti kata, istilah, tatabahasa dan ungkapan-ungkapan tertentu adalah kod-kod bahasa. Usaha pembakuan ialah pengenalpastian kod-kod yang banyak ini dan menentukan penggunaan satu daripada banyak kelainan kod tersebut, atau mewujudkan satu kod baru daripada beberapa dialek yang ada. 3. Pelaksanaan. Pelaksanaan melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu agensi, institusi atau individu tertentu di dalam penggunaan norma yang dipilih dan dikodkan tersebut. 4. Peluasan. Peringkat peluasan berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa tersebut, dari segi bentuk dan fungsinya. Hal ini melibatkan proses pemodenan bahasa itu secara umum. Model Perancangan Bahasa yang Lain Di samping Haugen, ada beberapa orang sarjana lain yang mengkaji perancangan bahasa dan juga telah mengemukakan model perancangan bahasa. umumnya, semuanya agak serupa dengan sedikit perbezaan di antara masing-masing itu. Sarjana-sarjana ini sebenarnya telah membuat beberapa penambahan dan penyesuaian kepada model Haugen mengikut

Upload: miroswat

Post on 17-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Model Perancangan Bahasa Haugen

Daripada pengalamannya di Norway, Haugen mengemukakan empat peringkat di dalam perancangan bahasa, iaitu: pemilihan, pengekodan, pelaksanaan dan peluasan.

1. Pemilihan. Peringkat ini melibatkan pemilihan satu bahasa atau beberapa buah bahasa atau norma yang akan dibina untuk tujuan tertentu, selalunya ia adalah untuk tujuan menjadikan bahasa tersebut mencapai taraf sebagai bahasa rasmi dan menjalankan tugas sebagai bahasa kebangsaan. Norma ialah sesuatu konsep abstrak yang dipilih atau dibentuk sebagai matlamat di dalam perancangan tersebut. Sesuatu bahasa baku itu adalah suatu norma yang dijadikan matlamat perancangan bahasa.

2. Pengekodan. Pengekodan melibatkan hal-hal dan usaha-usaha di dalam pembakuan bahasa. unsur-unsur seperti kata, istilah, tatabahasa dan ungkapan-ungkapan tertentu adalah kod-kod bahasa. Usaha pembakuan ialah pengenalpastian kod-kod yang banyak ini dan menentukan penggunaan satu daripada banyak kelainan kod tersebut, atau mewujudkan satu kod baru daripada beberapa dialek yang ada.

3. Pelaksanaan. Pelaksanaan melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu agensi, institusi atau individu tertentu di dalam penggunaan norma yang dipilih dan dikodkan tersebut.

4. Peluasan. Peringkat peluasan berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa tersebut, dari segi bentuk dan fungsinya. Hal ini melibatkan proses pemodenan bahasa itu secara umum.

Model Perancangan Bahasa yang Lain

Di samping Haugen, ada beberapa orang sarjana lain yang mengkaji perancangan bahasa dan juga telah mengemukakan model perancangan bahasa. umumnya, semuanya agak serupa dengan sedikit perbezaan di antara masing-masing itu. Sarjana-sarjana ini sebenarnya telah membuat beberapa penambahan dan penyesuaian kepada model Haugen mengikut tafsiran mereka. J.V. Neustupnya (1974) telah menambah penyebaran dan penyuburan kepada perancangan Haugen itu. Penyuburan ini melibatkan usaha membuat kesesuaian, ketetapan dan membina gaya yang diterima di antara beberapa kelainan yang wujud di dalam bahasa itu. F.X. Karam (1974) pula telah menambah satu peringkat lain, iaitu penilaian ke dalam proses perancangan bahasa ini. Proses penilaian ini dianggap sama penting dengan penilaian di dalam sebarang perancangan lain, untuk memperbetul unsur-unsur yang tidak sesuai. Dan, seterusnya perancangan itu hendaklah mempunyai sumber kewangan yang secukupnya.

C.A. Ferguson (1968) mengemukakan tiga komponen di dalam usaha perancangan bahasa, iaitu pengabjadan, pembakuan dan pemodenan.

1. Pengabjadan. Pengabjadan ialah usaha supaya sesuatu bahasa itu mempunyai abjad atau sistem ejaan yang sempurna. Ini biasanya dikaitkan dengan bahasa yang belum mempunyai ejaan, atau usaha pembakuan atau pembaikan ejaan yang wujud.

2. Pembakuan. Pembakuan ialah proses menjadikan satu dialek atau bahasa sebagai bahasa yang baku berbanding dengan dialek-dialek lain dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa itu dalam bidang ilmiah dan pentadbiran, demi meningkatkan komunikasi.

3. Pemodenan. Pemodenan ialah usaha-usaha pengembangan kosa kata dan pembinaan bentuk-bentuk wacana tertentu, biasanya ilmiah. Pembinaan kosa kata ini melibatkan penciptaan istilah dan ungkapan-ungkapan tertentu untuk menampung keperluan ilmiah atau pentadbiran bahasa itu.

H. Kloss (1969) melihat perancangan bahasa sebagai mempunyai dimensi, iaitu perancangan taraf dan perancangan bahan.

1. Perancangan taraf. Perancangan taraf ialah usaha menentukan taraf sesuatu bahasa atau dialek berbanding dengan bahas atau dialek lain, biasanya memilih sesuatu dialek atau bahasa menjadi bahasa kebangsaan.

2. Perancangan bahan. Perancangan bahan melibatkan pembentukan istilah baru, pembakuan ejaan dan pembakuan tatabahasa, iaitu usaha-usaha yang menggunakan bahan sebagai yang diolah dan dibentuk.

Kloss juga mengemukakan satu unsur lagi, iaitu kewangan atau pembiayaan, yangmelibatkan aspek ekonomi dan pengurusan di dalam perancangan bahasa. sama seperti perancangan lain, unsur pembiayaan dan pengurusan adalah penting.

J.A. Fishman (1973) pula mengemukakan tentang:

1. Penentuan dasar bahasa, iaitu perancangan taraf.

2. Pengekodan dan peluasan, iaitu perancangan bahan.

3. Pelaksanaan dan penilaian, iaitu peluasan dan penyuburan.

P. S. Ray (1966) melihat perancangan bahasa dari sudut pembakuan. Pembakuan bahasa bermaksud penggunaan satu norma yang baku di dalam kawasan yang terdapat perbezaan penggunaan bahasa, sama ada perbezaan sosial ataupun daerah. Penerimaan satu bahasa sebagai bahasa baku akan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi untuk digunakan sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan dan sebagai bahasa pentadbiran dan perhubungan rasmi untuk urusan kerajaan.

F. X. Karam (1974) telah mengemukakan satu model perancangan bahasa yang dapat menjejaskan sesuatu pelaksanaan perancangan bahasa tersebut seperti berikut:

PenilaianPerancanganPelaksanaanMasyarakat pengguna

Pelaksanaan Perancangan Bahasa

Mengikut model ini, pelaksanaan perancangan bahasa pada peringkat kebangsaan adalah dilaksanakan oleh sebuah agensi perancangan bahasa kerajaan. Dalam konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Agensi ini akan melaksanakan tiga buah tugas, iaitu: perancangan, pelaksanaan dan penilaian seperti dalam model di atas. Baginya, penilaian adalah sangat penting di dalam memastikan langkah-langkah yang dijalankan itu berjaya atau sebaliknya.

Jadi, dapat kita lihat bahawa perancangan bahasa melibatkan usaha mengumpulkan data daripada penyelidikan baik dari segi bahasa atau budaya bahasa dan membentuk rancangan yang mungkin dilakukan, dan membuat rancangan awal yang diperlukan dalam menentukan keputusan mengenai pemilihan dan pembentukan dasar bahasa. Usaha-usaha ini dilakukan setelah sebuah bahasa itu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pelaksanaan melibatkan pengekodan norma dan usaha penyebaran kod-kod ini. Penilaian pula akan melibatkan penafsiran terhadap hasil dari kegiatan perancangan dan rancangan pelaksanaannya. Proses ini melibatkan perancangan dan pembinaan bahasa dan akan memberi maklum balas kepada agensi berkenaan mengenai aktiviti tersebut. Budaya sesuatu masyarakat bahasa akan berubah mengikut perkembangan dan keperluan masa. Ini akan menghasilkan perkembangan bahasa masyarakat tersebut. Perkara yang berlaku ialah satu kitaran baru di dalam proses perancangan bahasa akan bermula, iaitu penentuan norma, pengekodan dan penyebaran akan berlaku seperti model berikut:

PenyebaranPengenalpastiannorma awalPengekodan Pengenalpastia normaMasyarakat bahasaPerubahan bahasa dan budaya

Perancangan BahasaJenis Perancangan Bahasa

Ada beberapa aktiviti yang telah dijalankan di dalam perancangan dan pelaksanaan perancangan bahasa. untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan, kita akan melihat beberapa contohnya. Karam juga telah menggolongkan beberapa jenis aktiviti perancangan bahasa tersebut seperti berikut:

1. Pembinaan satu dialek atau bahasa untuk menjadi bahasa kebangsaan seperti yang berlaku di Indonesia (Melayu), Filipina (Tagalog), dan Malaysia (Melayu) dan Norway (Landsmal).

2. Pembinaan semula bahasa kuno yang sudah luput dan menjadikannya bahasa kebangsaan seperti di Ireland (Gaelik) dan Israel (Hebrew).

3. Pembendungan, atau penyatuan rasa dan ketaatan yang bercanggah terhadap bahasa seperti di Norway dan India.

4. Perubahan yang dilakukan secara besar-besaran, dan biasanya ini melibatkan misalnya penukaran atau pembetulan abjad dan pengembangan dan pembaikan kosa kata (peristilahan) seperti kes Turki.

5. Aktiviti yang dikawal atau terancang yang hanya melibatkan pembentukan istilah seperti di Mesir, Jenpun dan Korea.

6. Aktiviti dan cadangan yang melibatkan pembaikan abjad seperti kes di China, Jepun dan India.

Kesimpulan

Proses perancangan bahasa ini adalah terbit daripada falsafah yang menganggap bahawa bahasa itu adalah lakuan manusia yang serupa dengan alat. Sesuatu alat boleh dirancangkan untuk diperbaiki, dan sesuatu alat itu boleh diperbaiki dari segi ejaannya, tatabahasanya, istilahnya, dan penggunaan bahasa itu secara umumnya untuk menjadi lebih efisien. Ini berpandukan kepada norma ideal yang telah dikenal pasti dan dikodkan. Negara Malaysia, memang terlibat secara langsung di dalam hal ini untuk lebih daripada tiga puluh tahun lalu. Sebenarnya usaha merancangkan bahasa Malaysia ini berlaku begitu pesat sekali sehingga menimbulkan banyak perubahan kepada bahasa Malaysia. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.