model pengurusan kelas khas kiosk

10
MODEL PENGURUSAN KELAS KHAS KIOSK DEFINISI Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence yang diasaskan oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu. Tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Pelan Susun Atur Model Kiosk

Upload: desmond-khor

Post on 05-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

MODEL PENGURUSAN KELAS KHASKIOSKDEFINISI Pembinaan kiosk ini adalah berdasarkan Teori Multiple Intelligence yang diasaskan oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu. Tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Sehubungan dengan konsep kepelbagaian, kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas.

Pelan Susun Atur Model KioskBilangan kiosk yang dicadangkan adalah sebelas berdasarkan lapan kecerdasan dan di tambah tiga ruang khas iaitu pengamatan, pengurusan dan umum

JENIS-JENIS KIOSKK1 : KIOSK BAHASAKebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Cadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkataan, menulis nama, membaca ayat dan membuat teka silangkata.Contoh Bahan Bantu Belajar:Kad huruf/ suku kata/ perkataan/ ayat Kad bacaan, Buku Bacaan, Pita audio Permainan sahiba,silangkata dll

Gambar 5: Kiosk Bahasa

K2 : KIOSK RUANG / VISUALKebolehan mengesan dan gambarkan bentuk,ruang,warna dan garisan.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Gunting,tampal dan warna huruf pada gambar Lukis dan cantum gambar.Terang arah ke sesuatu tempat.Contoh Bahan Bantu Belajar :Gambar, Abjad getah, Jigsaw puzzle,maze,buku bergambar

Gambar 1: Kiosk Visual/Ruang

K3 : KIOSK INTERPERSONALKiosk Interpersonal merupakan ruang belajar dan mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Murid boleh didedahkan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dengan menjalankan aktiviti bermain kuiz, menyampaikan maklumat dan bermain jual beli dengan bantuan bahan bantu belajar seperti kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambar dan bahan untuk aktiviti jual beli. Kebolehan memahami perasaan, motivasi,tabiat serta hasrat orang lain.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Bermain kuiz,menyampaikan maklumat dan bermain jual beliContoh Bahan Bantu Belajar :Kad soalan kuiz, kad abjad, kad gambarBahan untuk aktiviti jual beli

Gambar 3: Kiosk Interpersonal

K4 : KIOSK LOGIK/MATEMATIKKiosk Matematik ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks atau matematik.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkatan berdasarkan sukukata dengan simbol matematik dan mengira jumlah harga barangContoh Bahan Bantu Belajar :Kad nombor Alat pembilang,Dekak-dekak,Kad Domino dan Kad perkataan

Gambar 2: Kiosk Matematik

K5 : KIOSK KENDIRIKiosk Intrapersonal ialah ruang belajar dan mengajar secara individu. Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat serta kehendak diri.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Menulis jurnal, duduk bersendirian membuat refleksi diri, catat kenangan atau perasaan dan membuat projek berbentuk arahan kendiri.Contoh Bahan Bantu Belajar :Komputer, Kad-kad(huruf,perkataan,ayat), Buku cerita dll.

Gambar 4: Kiosk Intrapersonal

K6 : KIOSK PERGERAKANKiosk Kinestatik ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea,perasaan dan menyelesaikan masalahCadangan Aktiviti dalam P&P :Menulis abjad di kad tebuk menggunakan jari, berlakon ikut situasi yang ditetapkan dan bermain karom bahasaContoh Bahan Bantu Belajar :Kad tebuk, Bola, Doh dan Plastecine

Gambar 6: Kiosk Kinestatik

K7 : KIOSK MUZIK/RITMAKebolehan mengesan irama dan lagu, termasuk kebolehan mengenal lagu mudah,membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudahCadangan Aktiviti dalam P&P :Mengeja perkataan sambil menyanyi dan memainkan muzik dan memperdengarkan muzik semasa belajarContoh Bahan Bantu Belajar :Radio/VCD,Alat muzik sebenar/ciptaan dan pita rakaman

Gambar 8: Kiosk Muzik

K8 : KIOSK ALAM SEMULAJADIKiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar dan mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhan,galian dan binatang, termasuk batu- batan dan pelbagai flora dan fauna.Cadangan Aktiviti dalam P&P :Melabel anggota badan, menulis nama haiwan, memelihara ikan dan mengumpul serangga,batu-batan dll.Contoh Bahan Bantu Belajar :Gambar, Carta haiwan dan tumbuhan, model haiwan dan akuarium

Gambar 7: Kiosk Alam Sekitar

K9 : KIOSK PENGURUSANRuangan guru untuk aktiviti seperti menanda dan menyimpan rekod serta fail, menampal carta organisasi,pencapaian murid,jadual waktu serta menyimpan peralatan guru.

K10 : KIOSK UMUMRuangan untuk aktiviti seperti mengumpul murid,penerangan dan belajar secara kelas.

K11 : KIOSK PENGAMATANRuangan bagi menguji pengamatan deria mata dan pergerakan tangan murid serta melatih pergerakan tangan sebagai asas penulisan dan mengecam gambarajah,saiz serta bentukContoh Bahan Bantu Belajar :Kotak berisi pasir,gambar/bentuk-bentuk, lembaran kerja maze dan menyambung titik

Gambar 9: Kiosk Pengamatan

KELEBIHANProses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah Minda murid tersebut tercabar, tidak bosan atau rehat, menarik minatMurid berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaranGuru dapat mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka.

KEKURANGANMemerlukan kawalan kelas guru dengan baik semasa murid beralih menggunakan kiosk Murid hanya minat kiosk yang tertentu sahaja. Model kiosk kekurangan ruang dan bahan bantu belajar yang sesuai.

CADANGANGuru perlulah menetapkan masa bagi setiap kiosk supaya murid tidak tertumpu pada kiosk yang tertentu sahaja. Guru juga perlu bijak menyusun atur kelas supaya ruang-ruang kiosk tidak menganggu ruang pengajaran dan pembelajaran. Guru khas khususnya perlulah memperjuangkan hak untuk mendapatkan bilik darjah yangsekurang-kurangnya berkeluasan dua bay. Guru khas jugaperlu kreatif dalam membina bahan bantu belajar murid-murid dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak.