model ekologi bronfenbrenner

2
MODEL EKOLOGI BRONFENBRENNER Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah- pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Upload: vince-here

Post on 03-Jul-2015

837 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Ekologi Bronfenbrenner

MODEL EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989)

Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam

persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak

adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke

atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima

sistem iaitu:

Mikrosistem : Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi

secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik,

rakan, jiran dan guru.

Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem

boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah

boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran,

sekolah-jiran.

Eksosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara

langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-

pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan

oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial

kanak-kanak tersebut.

Page 2: Model Ekologi Bronfenbrenner

Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan

masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan

(Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-

pekerjaan yang penting.

Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari

ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-

kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.