m&mm transparens sebaga ala bantit u i mm ole … · diploma yang sedang mengikut mati a...

24
M & M M TRANSPARENSI SEBAGAI ALAT BANTU M M OLEH PENSYARAH DALAM MAT A PELAJARAN SIS M M M M M N M M BAGI PELAJAB- PELAJAR ,•••?•! .• •( < : v /• ;• • :•- r; ;- t\j r*.-\; j y - O I f"' 1 lilU OEULi :W !• j ^ - ' N i X'Vi-::^ 5 ?f f-t tf } { S| H i « -S £15 S N h f t H ; 1 •• I.- 1 1.V-M N K . I £•» 5-» ; 1 WUI I :.:.SJ\RS» U V I.. • « K ; F ? ( L I T S I I W U!I(»I>

Upload: others

Post on 12-Oct-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

M & M M TRANSPARENSI SEBAGAI ALAT BANTU M M OLEH PENSYARAH DALAM MAT A PELAJARAN S I S M M M M M N M M BAGI P E L A J A B - P E L A J A R ,•••?•! .• •( <

:

v / • ;• • :•- r; ; - t \ j r*.-\; j y - O I f"' 1 lilU O E U L i :W !• j ^ - ' N i X ' V i - : : ^ 5 ?f f - t t f } { S | H i « -S £ 1 5 S N h f t H

; 1 •• I.- 1 1.V-M N K . I £•» 5-» ; 1 W U I I : . : . S J \ R S » U V I . . • « K ; F ?( L I T S I I W U ! I ( » I >

Page 2: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

PERPUSTAKAAN KIH TTHfl

0 0 0 7 1 0 1 1 5

Page 3: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

K O L E J U N I V E R S I T I T E K N O L O G I T U N H U S S E I N O N N

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS 4

Judul : P E N G U N A A N T R A N S P A R E N S I SEBAGAI A L A T BANTU M E N G A J A R O L E H PENSYARAH DALAM MATA P E L A J A R A N P315 PENGURUSAN

P E R N I A G A A N BAGI P E L A J A R - P E L A J A R P E R D A G A N G A N DI P O L I T E K N I K SULTAN A H M A D SHAH.

SESI PENGAJIAN: 2002/2003

Saya : M U H A M M A D SANI B. C H E IDRIS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sar jana/Bekte i^-Falsa&h)* ini d is impan di Perpustakaan Kolej Universi t i Tekno log i T u n Husse in O n n dengan syara t -syara tkegunaan seperti b e r i k u t :

1. Tes is adalah hakmil ik Ko le j Universit i Teknologi Tun Husse in Onn. 2. Perpus takaan K o l e j Universit i Tekno log i T u n Husse in O n n dibenarkan m e m b u a t sal inan untuk

tu juan pengaj ian sahaja. 3. Perpus takaan d ibenarkan m e m b u a t salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi penga j ian t inggi. 4. **Sila tandakan ( V )

SULIT (Mengandung i mak lumat y a n g berdar jah kese lamatan atau kepent ingan Malaysia sepert i y a n g t e rmaktub di dalam A K T A RAHS1A R A S M I 1 9 7 2 )

T E R H A D (Mengandung i mak lumat T E R H A D yang telah d i tentukan oleh organisas i /badan di mana penyel id ikan d i ja lankan)

P A H L A W A N , 1 6 5 0 0 K O T A N a m a Penyel ia B H A R U , K E L A N T A N .

Tarikh 10 M A C 2 0 0 3 Tar ikh : 10 M A C 2 0 0 3

C A T A T A N : * P o t o n g y a n g t idak be rkenaan ** J ika tes is ini S U L I T atau T E R H A D , sila l ampi rkan surat dar ipada p ihak

berkuasa /organisas i be rkenaan d e n g a n menya takan sekali s e b a b dan t e m p o h tesis ini per lu d ike laskan sebagai S U L I T atau T E R H A D .

+ Tes i s d imaksudkan sebagai tesis bagi I jazah D o k t o r Falsafah adan Sar jana secara penye l id ikan , atau disertasi bagi penga j i an secara ke i j a ku r sus dan penye l id ikan atau L a p o r a n P ro j ek Sa i jana M u d a (PSM).

Page 4: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional"

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

Page 5: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

PENGGUNAAN TRANSPARENSI SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

OLEH PENSYARAH DALAM MATA PELAJARAN P315 PENGURUSAN

PERNIAGAAN BAGI PELAJAR-PELAJAR PERDAGANGAN DI POLITEKNIK

SULTAN AHMAD SHAH.

MUHAMMAD SANI BIN CHE IDRIS

Kajian kes ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

MAC, 2003

Page 6: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

ii

P E N G A K U A N

"Saya akui karya ini adalah hasil keija kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya".

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

M U H A M M A D SANI BIN CHE IDRIS

26 FEBRUARI 2003

Page 7: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

iii

Khas buat emak, abah, adik-beradik dan insan tersayang... Siti Norazian.

Page 8: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

mmcdxcii

P E N G H A R G A A N

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah juga

disiapkan laporan kajian saijana ini mengikut waktu yang ditetapkan.

Jytaan terima kasih diucapkan kepada pembimbing kajian kes ini, Tuan Haji

Md. Yusfflf bin Jamar di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang tidak terhingga

nilainya. Bantuan dan nasihat yang beliau akan sentiasa dihargai dan diingati.

Kepada penilai, Dr. Maizam bt Alias dan Tuan Haji Salleh bin Haji Tahar,

cadangan dan pandangan yang telah dikemukakan amat berguna dan membantu.

Ribuan terima kasih diucapkan.

Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima

kasih kepada responden-responden yang telah memberikan keija sama begitu baik

sekali. Kepada emak, abah, adik-beradik, insan tersayang dan rakan-rakan

sepeijuangan yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan kepada saya.

Terima kasih kerana sudi bersama dalam keadaan susah dan senang.

Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam kajian kes ini, terima kasih diucapkan.

Page 9: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

V

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan transparensi oleh

pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar di peringkat

diploma yang sedang mengikuti mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan di

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Seramai 60 orang pelajar dipilih

secara rawak bagi mewakili populasi beijumlah 300 orang pelajar. Transparensi dan

nota edaran digunakan oleh pensyarah terhadap kumpulan percubaan manakala bagi

kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pengajaran tradisional. Kajian direka

bentuk menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen melalui kaedah instrumentasi

borang soal selidik dan soalan ujian. Penganalisisan data adalah menggunakan

perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11.0. Data dianalisis

bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap persoalan. Dapatan kajian yang

diperoleh adalah positif. Ini menunjukkan semua responden bersetuju bahawa

transparensi yang digunakan oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 Pengurusan

Perniagaan adalah baik dan boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Page 10: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

vi

ABSTRACT

This research is to identify the use of transparency by lecturer and its

relationship to students academic performance. 60 students are randomly selected

from the population o f 3 0 0 students at Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan,

Pahang. This research was conducted among business students forP315 Business

Management subject. In this research, transparency and notes are particularly used by

lecturer for Experimental Group while for the Control Group use chalk and black

board only. Data analysis is done by using SPSS (Statistical Package for Social

Sciences) software. Data collected was analyzed by using descriptive statistic that

includes the percentage of frequency and central tendency (mean). The result showed

that most of the students give positive responds. All respondents agreed that using

transparency in teaching and learning process increase their academic performance.

Page 11: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Tujuan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Andaian Dan Batasan Kajian 7

1.7.1 Andaian 7

1.7.2 Batasan 8

1.8 Kerangka Teori Kajian 8

Page 12: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

viii

1.9 Definisi Operasional 9

1.10 Skop Kajian 11

II S O R O T A N KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teknologi Pendidikan 14

2.3 Transparensi Sebagai A B B M Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 16

2.4 Kelebihan Dan Kekurangan Penggunaan Transparensi 19

2.4.1 Kelebihan Transparensi Dalam Pendidikan 19

2.4.2 Kekurangan Transparensi Dalam Pendidikan 20

2.5 Reka Bentuk Modul Transparensi 21

2.5 Kaedah Menggunakan Transparensi dan

Projektor Overhead 23

2.6 Kesimpulan 24

III M E T O D O L O G I K A J I A N

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Instrumen Kajian 26

3.4 Sampel Kajian 28

3.5 Kerangka Operasi 29

3.6 Kajian Rintis 30

3.6.1 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 30

3.6.2 Laporan Kajian Rintis 31

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 33

3.9 Analisis Data 34

3.10 Andaian 35

Page 13: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

!

IV R K K A B K N T U K D A N I ' K N I I . A I A N I ' R O I H ' K

4.1 Pengenalan

4.2 Latar Belakang Teori Penghasilan Produk 3<>

4.3 Reka Bentuk Produk 37

4.3.1 Bentuk Dan Ciri-ciri Produk 37

4.3.2 Kronologi Pembinaan Produk 39

4.3.3 Pcmiasalahan Dalam Membina Produk 41

4.3.4 Kos Membina Produk 41

4.4 Penilaian Produk 41

4.4.1 Instrumen Untuk Mcnilai Produk 42

4.4.2 Fokus Penilaian 42

V ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Analisis Soal Selidik 45

5.3 Latar Belakang Responden 46

5.3.1 Jantina 46

5.3.2 Umur 48

5.4 Analisis Kategori I: Komen Pelajar Terhadap

Pengaplikasian Transparensi Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran 50

5.5 Analisis Kategori II: Kesan Penggunaan Transparensi

Ke Atas Pelajar Dalam P315 Pengurusan Pemiagaan 53

5.6 Analisis Kategori III: Kemampuan Pensyarah Dalam

Mengaplikasikan Penggunaan Transparensi Dan

Projektor Overhead 56

Page 14: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

5.7 Analisis Kekerapan Ujian Post Kumpulan Kawalan

Dan Kumpulan Percubaan

5.7.1 Analisis Markah Keseluruhan Ujian Post

Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Percubaan

5.7.2 Analisis Keseluruhan Purata Skor

5.8 Rumusan

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

6.2 Kesimpulan

6.2.1 Komen Terhadap Pengaplikasian Transparensi

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

6.2.2 Kesan Penggunaan Transparensi Ke Atas

Pelajar P315 Pengurusan Perniagaan

6.2.3 Kemampuan Pensyarah Dalam Mengaplikasikan

Penggunaan Transparensi Dan Projektor

Overhead

6.2.4 Pencapaian Akademik Pelajar Dalam

Mempelajari Mata Pelajaran P315 Pengurusan

Perniagaan Dengan Menggunakan Transparensi

6.3 Cadangan Kajian Lanjutan

6.4 Penutup

Rujukan

Lampiran

Page 15: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

xi

S E N A R A I J A D U A L

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peratus pembelajaran 17

3.1 Bahagian-bahagian soalan 28

3.2 Kerangka Operasi 29

3.3 Dapatan kajian rintis instrumen 31

3.4 Skala Likert 34

3.5 Tafsiran min 35

4.1 Aras daq'ah persetujuan skala Likert 43

4.2 Tafsiran min skor 44

5.1 Pecahan jantina kumpulan kawalan 47

5.2 Pecahan jantina kumpulan percubaan 47

5.3 Pecahan umur kumpulan kawalan 49

5.4 Pecahan umur kumpulan percubaan 49

5.5 Jadual pentafsiran min 51

5.6 Komen pelaj ar kumpulan kawalan dan

kumpulan percubaan 51

5.7 Kesan penggunaan transparensi ke atas

kumpulan kawalan dan kumpulan percubaan 54

5.8 Kemampuan pensyarah ke atas kumpulan

kawalan dan kumpulan percubaan 56

5.9 Analisis kekerapan ujian pasca kumpulan kawalan 59

5.10 Analisis kekerapan ujian pasca kumpulan percubaan 60

Page 16: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

xii

SENARAI JADUAL (sambungan)

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.11 Hasil analisis markah ujian pasca kumpulan kawalan dan

kumpulan percubaan 61

5.12 Hasil analisis keseluruhan purata skor kumpulan kawalan

dan kumpulan percubaan 62

6.1 Purata skor min keseluruhan kumpulan kawalan

dan kumpulan percubaan 65

6.2 Hasil analisis markah ujian pasca kumpulan kawalan

dan kumpulan percubaan 68

Page 17: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

xiii

SENARAI R A J A H

L A M P I R A N T A J U K M U K A SI

1.1 Reka bentuk asas 9

4.1 Kronologi penghasilan produk 39

5.1 Pecahan jantina kumpulan kawalan 47

5.2 Pecahan jantina kumpulan percubaan 48

5.3 Pecahan umur kumpulan kawalan 49

5.4 Pecahan umur kumpulan percubaan 50

Page 18: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

XIV

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Prototaip produk kajian 73

B Borang soal selidik 89

C Nota Edaran 94

D Soalan Ujian Post 106

E Data SPSS (Hasil Kajian Rintis Dan Dapatan kajian) 112

Page 19: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

H A I! I

I ' K N D A I I l ' I . l A N

1.1 P e n g e n a l a n

Arus pendidikan negara pada hari ini turut berubah dengan perkembangan

dunia teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat masa kini penggunaan

multimedia di dalam pengajaran memberikan satu perbezaan yang besar terhadap

perkembangannya berbanding dengan cara tradisi. Schubungan dengan itu pelbagai

kursus telah dilaksanakan oleh Kemcnterian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan

lagi proses pengajaran, contohnya kursus teknik penyediaan alat bahan bantu

mengajar (ABBM). Dalam melaksanakan proses pengajaran pendidik, perlu bijak

memilih bahan yang sesuai supaya maklumat dapat dipindahkan dengan tepat

kepada pelajar. Bentuk pengajaran yang disampaikan akan menentukan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pada hakikatnya, penggunaan bahan-bahan bantuan mengajar telah tersebar

luas dalam dunia pendidikan. Penggunaannya memberi sumbangan yang amat besar

dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan

pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan

berbagai-bagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa bcrubah-ubah

mengikut peredaran zaman. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran harus diberi tumpuan. Salah satu aspek utama yang

perlu diberi perhatian ialah keberkesanan alat bantu mengajar. Satu kajian

mengenainya perlu dijalankan. Oleh itu, bab ini akan membincangkan secara umum

Page 20: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

t a h a p p e n g g u n a a n a l a t b a n t u m e n g a j a r o l e h p e n s y a r a h d a n p e n c a p a i a n a k a d e m i k

p e l a j a r d a l a m p r o s e s p e n g a j a r a n d a n p e m b e l a j a r a n .

1.2 Latar Belakang Masalah

Alat Bantuan Bantu Mengajar telah lama dikenali dalam pengajaran dan

pembelajaran tetapi di sekolah dan pusat-pusat tinggi, ianya lebih dikenali sebagai

teknologi pendidikan yang dianggap sebagai alat pandang dengar atau dianggap

sama dengan teknologi pengajaran (Sharifah Alwiah, 1979 melalui Nasibah, 2000).

Ini kerana penggunaan bahan yang melibatkan pelajar akan membolehkan mereka

memerhati, mentafsirdan menghuraikan isi pelajaran. Bahan-bahan pengamatan

akan memberi pengalaman khusus kepada pelajar dan meningkatkan kefahaman

pelajar mengenai fakta, konsep dan bahan-bahan yang abstrak. Unwin (1968)

memberi definisi teknologi pendidikan sebagai penggunaan kemahiran dan teknik

moden dalam pendidikan. Ia bertujuan untuk mempermudah pembelajaran dengan

cara memanipulasi media dan kaedah serta menyediakan keadaan yang sesuai untuk

pembelajaran berlaku. Namun begitu, umumnya ramai pendidik menganggap

teknologi pendidikan didefinisikan sebagai penggunaan peralatan seperti projektor

lut sinar, pita video, slaid dan perisian komputer dalam proses pengajaran.

Teknologi pendidikan merupakan satu proses yang sistematik dan

menyeluruh dari peringkat mereka bentuk, perlaksanaan dan penilaian proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan peralatan yang berteknologi tetapi

turut melibatkan sumber manusia (Baharuddin, 2000).

Definisi ini jelas menunjukkan konsep teknologi pendidikan menjurus kepada

satu proses yang sistematik atau teratur, namun begitu untuk membolehkan sesuatu

proses berlangsung secara sistematik ianya memerlukan alat sokongan yang lengkap.

Page 21: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

3

Salah satu alat sokongan yang lengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang sistematik adalah seperti penggunaan projektor overhead dan transparensi yang

akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

Dalam pengalaman pengkaji sebagai salah seorang bekas pelajar politeknik,

walaupun pelbagai teknologi pendidikan yang dipanggil alat bantu bantuan mengajar

yang ada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran tetapi penggunaan papan hitam

menjadi pilihan sewaktu penyampaian kuliah dalam setiap kelas di politeknik.

Penggunaan papan hitam yang pada dasarnya alat bantu mengajar turun-temurun

masih menjadi kegemaran para pendidik di politeknik berbanding penggunaan

transparensi. Penyampaian isi pengajaran melalui penggunaan papan hitam atau

kaedah pengajaran konvensional dirasakan kurang berkesan pada masa kini.

Di antara sebab pengkaji menyatakan demikian ialah dari segi interaksi dua

hala adalah kurang kerana pensyarah kurang bertembung mata dengan pelajar dan

pensyarah terpaksa membahagikan masa di antara menerang dan menulis di papan

hitam. Keadaan ini menyebabkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk

menghabiskan isi pengajaran. Bagi pengkaji selaku bekas pelajar politeknik

merasakan sukar untuk memahami isi pengajaran, lebih-lebih lagi kuliah yang

berlangsung di akhir semester di mana pensyarah terpaksa menghabiskan topik-topik

akhir dalam keadaan yang tergesa-gesa. Walaupun projektor overhead ada

disediakan dalam beberapa kelas di bahagian Perdagangan tetapi keadaannya lebih

kepada model mesin pengajaran dan terbiar berhabuk tanpa diguna dengan

sebaiknya.

Ironinya semua pendidik atau pensyarah yang dikeluarkan dari institusi

pengajian masing-masing telah dibekalkan ilmu menggunakan transparensi sebagai

alat pembentangan tugasan dan alat untuk mengajar. Oleh yang demikian, adalah

wajar pensyarah yang ditauliahkan ini perlu lebih banyak menggunakan transparensi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat lebih menarik perhatian

pelajar untuk mengikuti kuliahnya dengan lebih berkesan.

Page 22: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

4

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam proses pembelajaran sesetengah pelajar hanya dapat memahami apa

yang diterangkan melalui penglihatan mata kasar. Manakala sesetengah pelajar pula

dapat memahami dengan jelas apa yang diterangkan secara lisan oleh guru tanpa

perlu divisualkan. Kajian yang telah dilakukan tentang penggunaan deria dan hubung

kaitnya dengan ingatan pelajar didapati bahawa pelajar dapat mengingati 10%

daripada bacaan, 20% daripada pendengaran, 30% daripada penglihatan, 70%

daripada sebutan dan 90% daripada apa yang mereka sebut dan lakukan serentak

(Omardin, 1997). Untuk pengajaran yang lebih berkesan, alat bantu mengajar perlu

digunakan supaya pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan

dihayati oleh pelajar kerana guru boleh mewujudkan banyak interaksi dua hala yang

lebih baik. Apabila pelajar diasuh dengan berinteraksi, mereka akan dapat ingat apa

yang mereka sebutkan itu dalam masa yang lama. Perbezaan ini jelas menunjukkan

keperluan terhadap pelbagai kaedah dan bahan pengajaran semasa berlangsungnya

proses pengajaran dan pembelajaran.

Atan Long (1977) melalui Nasibah (2000) menyatakan kaedah pengajaran

tradisional yang menggunakan kapur, buku teks dan bercakap tidak lagi menjamin

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, apatah lagi sebagai kaedah untuk

menguji keupayaan berfikir serta kebolehan daya imaginasi. Melalui kaedah

tradisional, pelajar bergantung kepada satu saluran deria sahaja untuk menerima

rangsangan dan kemudian diproses sebagai sumber maklumat. Ini berlainan pula

dengan situasi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan alat bantu mengajar.

Penggunaan alat bantu mengajar adalah satu bahan atau alat tambahan untuk

membantu pendidik menyampaikan isi pengajaran yang melibatkan berlakunya

tindak balas pelbagai deria seperti penglihatan, pendengaran, sebutan dan perlakuan.

Dalam kursus perguruan, penyediaan alat bantu mengajar merupakan satu

mata pelajaran hadir wajib. Bagi kursus Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional

di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, penyediaan alat bantu mengajar

Page 23: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

5

telah diterapkan di dalam mata pelajaran MTT 1204 Pedagogi dan Teknologi Dalam

Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ini bermakna untuk menjadi seorang pendidik,

pengetahuan terhadap penyediaan alat bantu mengajar diperlukan agar ianya dapat

diaplikasikan semasa mengajar. Antara alat bantu mengajar atau pakej pengajaran

yang perlu disediakan dalam mata pelajaran ini ialah pita video, transparensi, slaid

power point, gambar dan nota edaran berdasarkan sukatan mata pelajaran bagi

kursus-kursus yang ditawarkan di politeknik seluruh Malaysia.

Namun begitu sejauh manakah alat bantu mengajar yang disediakan melalui

pengalaman ini boleh membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

khususnya penggunaan transparensi oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315

Pengurusan Perniagaan dan keadaan pencapaian akademik pelajar yang

mengikutinya di politeknik.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian adalah untuk meninjau tahap penggunaan transparensi oleh

pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar yang

mengikuti mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan.

Page 24: M&MM TRANSPARENS SEBAGA ALA BANTIT U I MM OLE … · diploma yang sedang mengikut mati a pelajara n P315 Pengurusa Perniagaan n d i Politeknik Sulta Ahman d Shah Kuantan, Pahang,

6

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenai pasti persepsi para pelajar terhadap pengaplikasian transparensi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii. Mengkaji sikap pelajar terhadap penggunaan transparensi oleh pensyarah

dalam mata pelajaran P315 Pengurusan Pemiagaan.

iii. Meninjau kemampuan pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan

transparensi dan projektor overhead.

iv. Menganalisis pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran P315

Pengurusan Perniagaan yang berbantukan penggunaan transparensi

berbanding kaedah pengajaran konvensional.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan

berikut:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap pengaplikasian transparensi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

ii. Sejauh manakah penggunaan transparensi dapat mempengaruhi sikap pelajar

dalam mempelajari mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan?