minit-mesyuarat-pe-aset-2-2013

4
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2 43000 KAJANG, SELANGOR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH Bil 2/2013 Tarikh : 08/10/2013 Tempat : Bilik Operasi Masa : 2.00 petang Pengerusi : En. Tan Kian Kiat Kehadiran 1. En. Salleh Bin Osman Naib Pengerusi 1 2. Pn. Che Siah Bt Hamid Naib Pengerusi 2 3. En. Hairul Anuar Bin Harith Pegawai Aset ( S/U ) 4. En. Mohd Radzi Bin Ishak Pegawai Stor 5. En. Redzuan Bin Jaris Pegawai Pelupusan 6. Pn. Beh Mee Foong Pegawai Pemeriksa 7. Pn. Kalai Chelvi RPC Pegawai Pemeriksa 8. P. Noorhafiza Bt Mamat Pegawai pembantu Turut Hadir Tiada

Upload: hairul-keloq

Post on 23-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Minit-Mesyuarat-Pe-Aset-2-2013

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2

43000 KAJANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH

Bil 2/2013

Tarikh : 08/10/2013

Tempat : Bilik Operasi

Masa : 2.00 petang

Pengerusi : En. Tan Kian Kiat

Kehadiran

1. En. Salleh Bin Osman Naib Pengerusi 12. Pn. Che Siah Bt Hamid Naib Pengerusi 23. En. Hairul Anuar Bin Harith Pegawai Aset ( S/U )4. En. Mohd Radzi Bin Ishak Pegawai Stor 5. En. Redzuan Bin Jaris Pegawai Pelupusan6. Pn. Beh Mee Foong Pegawai Pemeriksa7. Pn. Kalai Chelvi RPC Pegawai Pemeriksa8. P. Noorhafiza Bt Mamat Pegawai pembantu

Turut Hadir

Tiada

Page 2: Minit-Mesyuarat-Pe-Aset-2-2013

1.0 UCAPAN PENGERUSIPengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 2/2013.

2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALUMinit mesyuarat disahkan oleh En. Mohd Radzi Bin Ishak.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus dikemaskini. Ramai guru sukar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai rekod tidak tercicir.

Tindakan : Pegawai Aset

4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Pendaftaran AsetSemua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan. Tiada Harta Perolehan yang terbaharu diterima oleh pihak sekolah dari KPM atau JPN setakat ini.

4.2 Penyelenggaran AsetUnit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah.

4.3 Kehilangan Dan Hapus Kira

(Tiada)

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah Pn. Beh Mee Foong dan Pn. Kalai Chelvi. Segala aset sekolah disimpan dengan baik.

5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

(Tiada)Makluman

Page 3: Minit-Mesyuarat-Pe-Aset-2-2013

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB

(Tiada)Makluman

7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah dalam merekod pengurusan aset alih kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru Pn. Kalai dan Pn. Beh.

Makluman

8.0 SISTEM MYSPATA

Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang digunakan olah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan sistem mySPATA bagi pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) memutuskan setiap kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut menjelang Jun 2012.

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pergerakan Aset Alih KerajaanSetiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru

9.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset

Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.

Tindakan : Guru-guru

9.4 Penempatan Aset

Page 4: Minit-Mesyuarat-Pe-Aset-2-2013

Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera.

Makluman

9.5 Pelabelan AsetUnit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang sistematik supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua warga sekolah.

Tindakan : Guru-Guru

9.6 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset KerajaanSemua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah.

Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

10.0 PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 3.30petang.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

--------------------------- ----------------------------------(HAIRUL ANUAR BIN HARITH) (TAN KIAN KIAT)SETIAUSAHA GURU BESARPEGAWAI ASET