pengurusan aset kerajaan

19
Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009 Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 1 DAFTAR ISI 1.0 Pengenalan .......... m/s 2 2.0 Definisi Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat 2.1 Definisi Pengurusan aset .......... m/s 3 2.2 Definisi aset Kerajaan .......... m/s 3 2.3 Klasifikasi Aset Kerajaan 2.3.1 Aset Alih .......... m/s 4 2.3.2 Aset Tak Alih (Tetap) .......... m/s 6 2.3.3 Aset Hidup .......... m/s 6 2.3.4 Harta Intelek .......... m/s 7 3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bagi Aset Kerajaan, Inventori Dan Bekalan Pejabat .......... m/s 7 3.1 Bab A – Penerimaan Aset Kerajaan .......... m/s 9 3.2 Bab B – Pendaftaran aset Kerajaan .......... m/s 10 3.3 Bab C – Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan .......... m/s 11 3.4 Bab D – Penyelenggaraan .......... m/s 12 3.5 Bab E – Pelupusan .......... m/s 13 3.6 Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira .......... m/s 14 4.0 Carta Aliran Langkah-Langkah Pengurusan Aset, Inventori dan Bekalan Pejabat Di Organisasi Saya ( Sekolah ) .......... m/s 15 5.0 Penutup .......... m/s 16 Rujukan Lampiran

Upload: cikgu-khairie

Post on 19-Jun-2015

4.815 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kursus Induksi Umum

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 1

DAFTAR ISI

1.0 Pengenalan .......... m/s 2

2.0 Definisi Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat

2.1 Definisi Pengurusan aset .......... m/s 3

2.2 Definisi aset Kerajaan .......... m/s 3

2.3 Klasifikasi Aset Kerajaan

2.3.1 Aset Alih .......... m/s 4

2.3.2 Aset Tak Alih (Tetap) .......... m/s 6

2.3.3 Aset Hidup .......... m/s 6

2.3.4 Harta Intelek .......... m/s 7

3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bagi Aset Kerajaan, Inventori Dan Bekalan Pejabat .......... m/s 7 3.1 Bab A – Penerimaan Aset Kerajaan .......... m/s 9

3.2 Bab B – Pendaftaran aset Kerajaan .......... m/s 10

3.3 Bab C – Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan .......... m/s 11

3.4 Bab D – Penyelenggaraan .......... m/s 12

3.5 Bab E – Pelupusan .......... m/s 13

3.6 Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira .......... m/s 14

4.0 Carta Aliran Langkah-Langkah Pengurusan Aset, Inventori dan Bekalan Pejabat Di Organisasi Saya ( Sekolah ) .......... m/s 15 5.0 Penutup .......... m/s 16

Rujukan

Lampiran

Page 2: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 2

1.0 PENGENALAN.

Kerajaan amat komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada

rakyat. Penyediaan aset yang mencukupi merupakan asas yang amat penting dalam

penyampaian perkhidmatan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi negara. Aset kerajaan

merupakan pelaburan negara dan kiranya ia tidak diuruskan dengan baik dan

sempurna, akan membebankan kewangan dan menjejaskan reputasi kerajaan. Justeru,

kerajaan memberi fokus kepada pengurusan aset yang komprehensif dan bersepadu

supaya aset sentiasa berada di dalam keadaan sempurna, selamat digunakan dan

menjamin jangka hayat yang lebih lama.

“SAYA MELIHAT KEWUJUDAN DASAR

PENGURUSAN ASET KERAJAAN SEBAGAI BERTETAPAN

DENGAN KEPERLUAN SEMASA NEGARA. KITA HARUS

MEMASTIKAN AGAR SEGALA ASET YANG KITA MILIKI

TERUS MENJADI KEBANGGAAN NEGARA DAN MAMPU

MEMBERIKAN FAEDAH YANG BERTERUSAN SEHINGGA

KE GENERASI AKAN DATANG”.1

Y. A. B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia 31 Mac 2009.

Pengurusan aset kerajaan wajar diberi keutamaan oleh Kementerian/Jabatan

kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Peraturan

mengenai Pengurusan Aset Alih Kerajaan pada masa ini terkandung dalam beberapa

dokumen yang berasingan antaranya Arahan Perbendaharaan (AP), Panduan

Perbendaharaan-Tatacara Pengurusan Stor (PP-TPS), Pekeliling Perbendaharaan (PP)

dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP). Oleh kerana terdapat berbagai-bagai

dokumen, ianya telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam terutamanya

pegawai-pegawai yang terlibat dan bertanggungjawab secara langsung ke atas

pengurusan aset Kerajaan.

1 Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Majlis Perlancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan :

“ASET NEGARA, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 31 Mac 2009.

Page 3: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 3

Di samping itu, isu kelemahan pengurusan aset Kerajaan sering dibangkitkan

dalam Laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan mengambil

kira perkembangan semasa maka semua peraturan berkaitan pengurusan aset

Kerajaan telah dikaji semula, dikemaskini, diseragam dan digabungkan dalam satu

tatacara pengurusan aset Kerajaan yang menyeluruh.

2.0 Definisi Pengurusan Aset Kerajaan, Inventori Dan Bekalan Pejabat.

2.1 Definisi Pengurusan Aset Kerajaan.

Pengurusan aset kerajaan boleh didefinisikan sebagai proses menjaga,

mengawal, memelihara, mengendali dan menyenggara harta berbentuk fizikal yang

mempunyai nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau bagi masa akan

datang dalam pengeluaran barang siap atau perkhidmatan. Proses pengendalian

tersebut bermula sejak harta diperolehi sehingga ianya dilupuskan atau dihapuskira.

2.2 Definisi Aset Kerajaan.

Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan

Kerajaan yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima

melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan samada

harta yang diampas atau dilucut hak.

Page 4: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 4

2.3 Klasifikasi Aset Kerajaan.

Aset kerajaan boleh diklasifikasikan kepada 4 bahagian utama iaitu:2

1. Aset Alih

2. Aset Tak Alih ( Aset Tetap )

3. Aset Hidup

4. Harta Intelek

2.3.1 Aset Alih.

Aset alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu

tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan

bangunan. Aset alih terbahagi kepada :

1. Harta Modal.

Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 dan ke atas

setiap satu pada masa perolehan.

Aset alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual

tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara

berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan

seperti yang telah dinyatakan dalam manual/buku panduan

pengguna.

Tiga (3) kategori Harta Modal iaitu:

1. Loji/Jentera Berat

2. Kenderaan

3. Peralatan/Kelengkapan ICT / Telekomunikasi / Penyiaran /

Perubatan / Pejabat / Makmal / Bengkel/ Dapur / Sukan.

2 Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Dasar Pengurusan Aset Kerajaan, 27 Mac 2009.

Page 5: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 5

2. Inventori

Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000

setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.

Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa

mengira harga perolehan asal.

Empat (4) kategori Inventori iaitu:

1. Nilai perolehan asal kurang daripada RM1,000 dan tidak

memerlukan penyelenggaraan berjadual:-

i. Peralatan / Kelengkapan ICT / Telekomunikasi /

Penyiaran / Perubatan / Pejabat / Makmal / Bengkel

/ Dapur / Sukan

2. Tanpa mengira nilai perolehan asal:-

ii. Perabot

iii. Hamparan, hiasan dan langsir

iv. Pinggan mangkuk

3. Bekalan Pejabat.

Harta benda/barang tak luak yang terlalu rendah nilainya serta tidak

ekonomik untuk dikesan satu persatu.

Contoh : Stapler, puncher, gunting, pisau, tray, pensil / pen, alat

pengasah dll.

Page 6: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 6

4. Stok Dalam Stor

Item stok yang disimpan di dalam sesebuah stor jabatan untuk

diedarkan kepada pengguna dari semasa ke semasa mengikut

keperluannya.

Contoh : Alat ganti kenderaan / mesin, alatulis, hardware, pakaian,

peralatan pelbagai dan lain-lain.

2.3.2 Aset Tak Alih ( Aset Tetap ).

Aset tak alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari

tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan.

Contoh tanah ilah tanah yang diwartakan dan diselia untuk

dibangunkan oleh sesuatu agensi.

Contoh infrastruktur pula ialah jalan raya, jambatan, terowong,

lapangan terbang, jeti, pengairan, saliran, sistem agihan air, loji

kumbahan, pembentungan dan sebagainya.

Contoh bangunan pula ialah kompleks bangunan pejabat, sekolah,

hospital, terminal lapangan terbang dan kem tentera.

2.3.3 Aset Hidup.

Aset Hidup bermaksud aset yang bernyawa iaitu tumbuhan, haiwan dan ikan.

Contoh tumbuhan ialah pokok dan landskap. Contoh haiwan ialah binatang di bawah

jagaan zoo, haiwan ternakan dan haiwan keperluan penyelidikan dan operasi.

Page 7: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 7

2.3.4 Harta Intelek.

Harta intelek bermaksud aset bukan fizikal yang merupakan hasil ciptaan

minda seperti reka cipta ( simbol, nama dan imej yang digunakan di dalam

perdagangan ) rupa bentuk ( corak atau hiasan ), petunjuk geografi, karya sastera dan

karya seni. Contohnya seperti perisian komputer, penemuan hasil kajian penyelidikan,

karya penulisan dan harta warisan kebudayaan.

3.0 Langkah-Langkah Pengurusan Bagi Inventori Dan Bekalan Pejabat.

Pengurusan aset kerajaan, inventori dan bekalan pejabat perlu diuruskan

dengan sistematik dan berkesan agar ia sentiasa berada di dalam keadaan sempurna,

selamat digunakan, penggunaan yang ekonomik, dapat memberikan impak yang

semaksima mungkin. Bagi memastikan pengurusan aset alih Kerajaan dilaksanakan

secara teratur, cekap dan berkesan di sekolah, pihak pengurusan telah melaksanakan

perkara-perkara berikut :-

1. Mewujudkan Unit Pengurusan Aset.

2. Memberi taklimat secara mendalam Tatacara Pengurusan

Aset Alih Kerajaan (TPA).

3. Melantik:-

i. Penolong Kanan Pentadbiran sekolah sebagai

pegawai Aset di peringkat sekolah yang dikategorikan

sebagai sekolah PTJ.

ii. Guru Kanan-Guru Kanan menjalankan pemeriksaan

ke atas aset;

iii. Lembaga Pemeriksa bagi melaksanakan pelupusan

aset; dan

iv. Jawatankuasa Penyiasat bagi menyiasat kes

kehilangan aset.

Page 8: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 8

4. Mengemukakan laporan tahunan kepada pengetua iaitu:-

i. Laporan Harta Modal dan Inventori;

ii. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;

iii. Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan

5. Memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut

tatacara yang telah ditetapkan.

Pihak pengurusan sekolah juga akan memastikan semua ahli jawatankuasa

Unit Pengurusan Aset memahami dengan jelas tatacara menguruskan semua harta

modal dan inventori di sekolah yang meliputi aspek-aspek berikut mengikut Pekeliling

Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007 dan mematuhi prosedur-prosedur yang

telah ditetapkan. Aspek-aspek berikut ialah : 3

1. Bab A : Penerimaan

2. Bab B : Pendaftaran

3. Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan

4. Bab D : Penyelenggaraan

5. Bab E : Pelupusan

6. Bab F : Kehilangan dan Hapus kira.

Dengan merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun

2007 juga, pihak pengurusan sekolah hendaklah memindahkan semua maklumat

yang berkaitan Harta Modal dan Inventori di bawah kawalannya bagi tahun 2006 dari

borang lama KEW.312 dan KEW 313 kepada borang baru KEW.PA-2, KEW.PA-3, KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 dengan secepat mungkin tidak melebihi tempoh enam (6)

bulan mulai dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan. Semua aset yang dimiliki oleh pihak

sekolah sebelum tahu 2006, hendaklah disenaraikan di dalam Senarai Daftar Harta

Modal yang baru KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Inventori yang baru KEW.PA-5.

Maklumat dalam Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW.314) hendaklah dipindahkan ke

Kad Kawalan Stok (KEW. 300 J3) dan Kad Petak (KEW. 300 J4) mengikut Panduan

Perbendaharaan – Tatacara Pengurusan Stor.

3PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.5 TAHUN 2007, TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN.

Page 9: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 9

3.1 Bab A - Proses Penerimaan Aset Kerajaan Di Sekolah.

Pegawai Aset atau penerima (jawatan KPT ke atas) mesti memastikan langkah-langkah

berikut diambil :

1. Pemeriksaan teliti bagi memastikan aset diterima menepati spesifikasi

2. Pemeriksaan teknikal pegawai yang bertauliah bila perlu.

3. Langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa sekolah menerima aset :

Semak butiran dalam dokumen

Periksa, kira, ukur, timbang atau uji serta merta sebelum

sahkan penerimaan.

** Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan serta merta

maka dokumen itu dicatat “ Diterima dengan syarat ianya diperiksa, dikira, diukur, ditimbang dan diuji”.

4. Pegawai Aset atau penerima akan menyediakan Borang Laporan

Penerimaan Kew. PA-1 jika terdapat kerosakan/ perselisihan.

5. Borang Kew.PA-1 yang ditandatangani oleh pengurus sekolah atau pegawai

aset dihantar kepada agen penghantaran atau syarikat pembekal oleh pihak

sekolah.

6. Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir ke atas akan

memastikan aset diterima beserta Surat Jaminan daripada pembekal.

7. Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir ke atas akan

memastikan aset diterima bersama manual penggunaan dan

penyelenggaraan.

Page 10: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 10

3.2 Bab B – Proses Pendaftaran Aset Kerajaan di Sekolah.

Tempoh pendaftaran:

- Dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan

Punca Maklumat

- Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk

Pesanan Rasmi Kerajaan

Nota Serahan (Delivery Order)

Invois

Dokumen Kontrak

Kad Jaminan

Manual Pengguna

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Aset yang disewa beli:

- Surat Ikatan Perjanjian

- Dokumen lain yang berkaitan

Aset Yang Diterima Daripada Sumber Lain

- Salinan Daftar jika diterima secara pindahan

- Salinan surat kelulusan menerima hadiah

- Salinan Sijil Lucuthak oleh Mahkamah

Aset Yang Belum Berdaftar

- Sekiranya tiada punca maklumat,

pendaftaran berasaskan maklumat di fizikal

aset atau sumber-sumber lain yang berkaitan

Urusan Pendaftaran

Didaftarkan oleh Pegawai Aset (Penolong Kanan Pentadbiran

Sekolah) menggunakan KEW.PA-2 dan KEW.PA-3

Satu senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai

Daftar Inventori KEW.PA-5 disediakan

Page 11: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 11

Salinan Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar

Inventori KEW.PA-5 (untuk sekolah yang bertaraf PTJ) akan

dikemukakan kepada Jabatan

Kemaskini Daftar Aset

Daftar aset dikemaskini bila berlaku

Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan

Pemeriksaan aset

Pelupusan

Hapus kira

3.3 Bab C – Penggunaan, Penympanan Dan Pemeriksaan

Pihak sekolah melantik dua orang guru atau Pembantu Tadbir sebagai

Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan aset untuk

membuat pemeriksaan ke atas harta modal dan inventori. Pegawai Pemeriksa akan

mengisikan Borang KEW.PA-10 (Laporan Pemeriksaan Harta Modal) dan Borang

KEW.PA-11 (Laporan Pemeriksaan Inventori)

Tujuan pemeriksaan

o Mengetahui keadaan dan prestasinya.

o Memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat

dan kemaskini.

o Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat

dalam daftar.

Pemeriksaan Aset Alih akan dijalankan sekurang-kurangnya satu kali setahun.

Page 12: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 12

3.4 Bab D – Proses Penyelenggaraan aset Di sekolah.

Pegawai Aset serta Guru Kanan-Guru Kanan dalam jawatankuasa

pengurusan aset akan ditugaskan untuk membuat pemeriksaan ke atas aset alih di

bawah bidang mereka secara berjadual. Pemeriksaan ini termasuk juga mengsyorkan

proses penyelenggaraan yang perlu dijalankan jika ada. Pegawai Aset dan Guru Kanan

akan mengisi borang KEW.PA-13 (Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan

Penyelenggaraan).

Jenis penyelenggaraan

o Penyelenggaraan Pencegahan

- Tindakan penyelenggaraan berjadual untuk memeriksa,

menservis, membaiki atau mengganti komponen atau sumber

fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar.

o Penyelenggaraan Pemulihan

- Tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber

fizikal supaya dapat berfungsi mengikut standard yang

ditetapkan.

Penolong Kanan Pentadbiran yang berperanan sebagai Pegawai Aset adalah

bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:-

o Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan.

Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan

disenaraikan mengikut KEW.PA-13. o Merancang Penyelenggaraan

Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu

program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.

o Melaksanakan Program Penyelenggaraan

Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah

ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan penyelenggaraan

segera.

Page 13: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 13

o Merekodkan Penyelenggaraan

Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah direkodkan

dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal KEW.PA-14.

o Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swastaKerja-

kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak swasta hendaklah

diselia dan dipantau bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan

dalam perjanjian dipatuhi.

3.5 Bab E – Proses Pelupusan aset Kerajaan Di Sekolah.

Unit Pengurusan Aset sekolah akan bertindak dan bertanggungjawab

sebagai Urus Setia Pelupusan:

Tujuan Pelupusan Aset Kerajaan

o Memastikan sekolah saya tidak menyimpan aset yang tidak boleh

diguna atau tidak diperlukan

o Untuk menjimatkan ruang simpanan di stor atau pejabat.

Tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Urus setia Pelupusan ialah seperti

berikut :

o Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan lengkap dan

teratur

o Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa Melulus

o Memaklumkan kelulusan kepada Jabatan untuk tindakan

o Memohon pelanjutan tempoh pelupusan

o Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan

Page 14: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 14

3.6 Bab F – Kehilangan Dan Hapus Kira.

Unit Pengurusan Aset Alih di sekolah akan bertanggungjawab sebagai Urus Setia

Kehilangan dan Hapus Kira.

“Kehilangan” bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh

kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau

kecuaian pegawai awam.

“Hapus kira” ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset yang hilang.

o Tugas-Tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira Sekolah.

Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang melalui Daftar

Harta Modal/ Inventori.

Mengemukakan Laporan Awal dan salinan Laporan polis kepada

Pegawai Pengawal.

Mendapatkan hasil siasatan polis.

Mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 bagi mendapatkan

ulasan dan syor daripada Pegawai Pengawal.

Page 15: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 15

4.0 Carta Aliran Langkah-Langkah Pengurusan aset Kerajaan, Inventori Dan Bekalan Pejabat Di Sekolah Saya.

Penerimaan Aset Alih Bersama Punca Maklumat

Pegawai Aset atau penerima (KPT ke atas) akan mengisi borang KEW.P.A.-1 berkaitan Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan

Pendaftaran Aset Alih Oleh Pegawai Aset

Pegawai Aset akan mengisikan salah satu dokumen berikut Daftar Harta Modal KEW.PA-2 Daftar Inventori KEW.PA-3

Pegawai Aset akan kemaskini Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5

Cop pengesahan pendaftaran pada punca maklumat

Semua aset alih akan dilabelkan oleh Pembantu Am Rendah yang dipertanggungjawabkan dengan menggunakan dakwat kekal dengan

nombor siri pendaftaran pada aset dan mudah dilihat

Tempatkan aset di lokasi Pegawai Aset akan mengisikan Buku Daftar Pergerakan Harta Modal/Inventori KEW.PA-6

jika berlaku pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara

Kemaskini senarai aset dengan mengisis KEW.PA-7

Simpan Daftar Aset

Page 16: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 16

5.0 Penutup.

Pengurusan Aset Alih, inventori dan bekalan pejabat di peringkat organisasi

( sekolah ) akan dipertingkatkan dan diperbaiki mengikut tatacara yang telah dihuraikan

dalam kertas kerja ini. Kefahaman yang mendalam tentang tatacara yang betul serta

tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah amat penting.

Adalah diharapkan pihakterbabit di Kementerian Pelajaran dapat

menambahkan perjawatan khusus untuk pengurusan aset alih dan pengurusan stor

sekolah seperti yang terdapat di Institut-institut Perguruan dan Institut Aminuddin Baki.

Sekolah merupakan sebuah organisasi yang banyak menguruskan aset alih kerajaan

sejak-sejak akhir ini dan tatacara pengurusan aset alih oleh pihak pengurusan sekolah

perlu diberi perhatian berat kerana ia melibatkan peruntukan wang rakyat. Diharapkan

agar kertas kerja ini akan memberi panduan dan manfaat kepada Jawatankuasa

Pengurusan aset Sekolah, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Sumber Rujukan.

Page 17: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 17

1. Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007, Tatacara Pengurusan Aset

Alih Kerajaan (TPA). Fail PDF. 2. Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Majlis

Perlancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan : “ASET NEGARA, AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 31 Mac 2009.

3. Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Dasar

Pengurusan Aset Kerajaan, 27 Mac 2009. 4. Bahagian Kawalan Dan Pemantauan, Perbendaharaan Malaysia, Kursus

Pengurusan Aset Dan Stor Kerajaan. Fail PDF. 5. Kementerian Pelajaran Malaysia, Tatacara Pengurusan Inventori, Fail PDF. 6. Kerajaan Malaysia, Manual Pengurusan Aset Menyeluruh, Lampiran Kepada

Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009. Fail PDF. 7. Jabatan Perdana Menteri, Pengurusan Penyelenggaraan – Pewujudan Sistem

Penyelenggaraan Yang Dirancang, Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1995 Fail PDF.

8. Kementerian Kewangan Malaysia, Taklimat Pekeliling Perbendaharaan

Bilangan 5 Tahun 2007, Fail PDF.

Page 18: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 18

Lampiran 2

CONTOH BORANG KEW. PA - 1

Lampiran 3

Page 19: Pengurusan aset Kerajaan

Kursus Induksi Umum Maktab Mahmud 2009

Rubiah Bte Mat Tahir/MMY/Pengurusan Aset, Inventori Dan Bekalan Pejabat/2009 19

CONTOH BORANG KEW. PA - 2