minit mesyuarat panitia pemulihan pertama

7
MINIT MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KALI PERTAMA – 2014 TARIKH : 18 Februari 2014 MASA : 12.00 Tengah Hari TEMPAT : Bilik Guru SJK (T) Convent KEHADIRAN:- 1. Pn.S.Jeyantee ( GPK 1 ) 2. Pn. Subatra (Guru Pemulihan) 3. En.G.Jeganathan (Ketua Panitia Matematik) 4. Pn. Rozita (Ketua Panitia Bahasa Melayu) 5. Pn. Uma Devi ( Guru Bimbingan dan kaunseling) 6. Pn.N.Pathmavathy (Guru Matematik / Linus 1R) 7. Pn. Nalini (Guru Bahasa Melayu / Linus 1R) 8. Pn. M.Parameswari (Guru Matematik 2R / Linus) 7. Pn. Sri Revathi (Guru Bahasa Melayu 2R / Linus) 8. Pn. Palaniammah (Guru Matematik 3R / Linus) 9. En. Sani (Guru Bahasa Melayu 3R / Linus) 10. Pn. Selvi (Guru Pendidikan Khas) 1.0 UCAPAN ALUAN 1.1 Guru Pemulihan telah mengalu-alukan kehadiran semua guru AJK Program Pemulihan ke mesyuarat Pemulihan Khas kali pertama bagi sesi persekolahan 2014. 1.2 Guru Pemulihan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah kerana mengekalkannya sebagai Guru Pemulihan Khas bagi tahun 2014. Guru Pemulihan juga memohon kerjasama semua guru bagi menjayakan segala aktiviti Program Pemulihan sepanjang tahun 2014. Semua guru AJK Pemulihan 2.0 UCAPAN GPK KURIKULUM

Upload: shah-bin-om

Post on 17-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Pertama

MINIT MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KALI PERTAMA – 2014

TARIKH : 18 Februari 2014

MASA : 12.00 Tengah Hari

TEMPAT : Bilik Guru SJK (T) Convent

KEHADIRAN:-

1. Pn.S.Jeyantee ( GPK 1 )2. Pn. Subatra (Guru Pemulihan)3. En.G.Jeganathan (Ketua Panitia Matematik)4. Pn. Rozita (Ketua Panitia Bahasa Melayu)5. Pn. Uma Devi ( Guru Bimbingan dan kaunseling)6. Pn.N.Pathmavathy (Guru Matematik / Linus 1R)7. Pn. Nalini (Guru Bahasa Melayu / Linus 1R)8. Pn. M.Parameswari (Guru Matematik 2R / Linus)7. Pn. Sri Revathi (Guru Bahasa Melayu 2R / Linus)8. Pn. Palaniammah (Guru Matematik 3R / Linus)9. En. Sani (Guru Bahasa Melayu 3R / Linus)10. Pn. Selvi (Guru Pendidikan Khas)

1.0 UCAPAN ALUAN

1.1 Guru Pemulihan telah mengalu-alukan kehadiran semua guru AJK Program Pemulihan ke mesyuarat Pemulihan Khas kali pertama bagi sesi persekolahan 2014.

1.2 Guru Pemulihan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah kerana mengekalkannya sebagai Guru Pemulihan Khas bagi tahun 2014. Guru Pemulihan juga memohon kerjasama semua guru bagi menjayakan segala aktiviti Program Pemulihan sepanjang tahun 2014.

Semua guru AJK Pemulihan

2.0 UCAPAN GPK KURIKULUM

2.1 Pn.S.Jeyantee, GPK Kurikulum telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Guru Matematik yang sudi hadir ke mesyuarat tersebut.

2.2 Beliau juga telah meminta guru pemulihan untuk merancang dan melaksanakan program yang bermanfaat kepada murid-murid.

2.3 Beliau memberitahu perancangan strategik dan pelan Operasi yang dihantar oleh guru pemulihan adalah betul dan beliau telah memberi kebenaran untuk mengadakan program yang dirancang seperti dalam perancangan strategik pemulihan bagi tahun 2014.

Guru Pemulihan

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Pertama

3.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Minit mesyuarat yang lalu telah dibaca dan dicadang serta disokong seperti berikut:

Dicadang oleh :Pn. NaliniDisokong oleh :Pn. Pathmavathy

Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pengagihan masa untuk pemulihan / linus perlu ditetapkan bagi mata pelajaran BM dan Matematik.

4.2 KSSR perlu diajar semasa tiada waktu pemulihan / linus

Guru Pemulihan

5.0 Penetapan Jadual Waktu dan Borang Butir-Butir Guru

5.1 GPK Pentadbiran mencadangkan jadual waktu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

5.2 Jadual waktu akan dibuat oleh guru pemulihan sendiri mengikut waktu Bahasa Melayu dan Matematik.

5.3 Guru Pemulihan telah meminta ketua panitia Matematik dan ketua panitia Bahasa Melayu untuk memberi borang butir-butir guru yang terlibat dalam kelas 1R, 2R dan 3R.

GPK Pentadbiran dan GuruPemulihan Khas6.0 Rancangan Tahunan

6.1 Guru pemulihan memaklumkan bahawa beliau telah memberi CD Modul Rancangan Pemulihan Matematik dan Modul Rancangan Pemulihan Bahasa Melayu kepada Pn Jeyanthi GPK 1.

6.2 Guru pemulihan juga telah memberitahu bahawa beliau akan memberi ‘soft copy’ Modul Rancangan Pemulihan kepada Guru Panitia Matematik dan Guru Panitia Bahasa Melayu menerusi e-mel bagi simpanan mereka.

Guru Pemulihan Khas7.0 Pencalonan Murid Pemulihan

7.1 Murid dipilih berdasarkan ujian saringan linus yang telah dibuat tahun lalu bagi kelas 2R dan 3R.

Page 3: Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Pertama

7.2 Guru Kelas 1R, 2R dan 3R juga boleh mencalonkan murid ke kelas Pemulihan Khas sekiranya murid tersebut perlu dipulihkan atau tidak menguasai 3M.

7.3 Senarai nama murid yang telah dipilih berdasarkan tahun ialah:

TAHUN MATEMATIK BAHASA MELAYU1R 1.Sanjes Kumar

2.Darvin3.Melvin Roy4.Satisvaran5.Fionna Ann6.Vickneswary7.Teeroshini8.Shekinah9.Aron

1.Sanjes Kumar2.Darvin3.Melvin Roy4.Satisvaran5.Fionna Ann6.Vickneswary

7.Teeroshini 8. Shekinah 9. Aron

2R 1.Saavanesh2.Taarvaresh3.Repheal4.Kissenthiran5.Moogambigai6.Komathi7.Resmma8.Manimala9. Jonah

1.Saavanesh2.Taarvaresh3.Repheal4.Kissenthiran5.Moogambigai6.Komathi7.Resmma

8.Manimala 9. Jonah

3R 1.Sreetharan2.Sreetharan Ragavendra3.Ellysa Selvi4.Crarisha5.Sharvini

1.Sreetharan2.Sreetharan Ragavendra3.Ellysa Selvi4.Crarisha5.Sharvini

Guru Pemulihan Khas, dan Guru Mata pelajaran

8.0 LINUS

8.1 Murid-murid Tahun 3 (2013) telah melepasi program linus. Mathavikumari Harini

8.2 Terdapat 8 orang murid bagi tahun 2014 di Tahun dua, dan 5 orang murid di tahun 3 yang gagal melepasi program linus. 8.3 Target 2014 adalah tahun 3 perlu mencapai 80% murid melepasi Linus Matematik dan Bahasa Melayu. Tahun 2 perlu mencapai 63% murid melepasi Linus Matematik dan Bahasa Melayu.

8.4 Resmma dan Ellysa Selvi kerap ponteng sekolah. Oleh itu, sangat sukar untuk menetapkan pencapaian bagi murid-murid ini. Harivalagan telah masuk ke SJK (T) ini

Page 4: Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Pertama

dari SK pada tahun lalu November bagi kelas tahun 2. Kini dia di tahun 3, langsung tidak tahu membaca dan menulis dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

8.5 Guru Pemulihan perlu menggandakan usahanya untuk memastikan ketiga-tiga orang murid ini menguasai 3M.

Guru Linus dan Guru Pemulihan

9.0 Kelas Pemulihan

9.1 Guru Besar dan Guru Jeyanthi GPK 1 telah memberi bilik SAL sebagai kelas pemulihan. untuk menjalankan kelas pemulihan dengan lancar. Guru Pemulihan sangat berterima kasih kepada pihak pentadbir yang telah memberi satu bilik untuk pemulihan.

Pihak Pentadbir

10.0 Program Pemulihan yang Dicadangkan

10.1 Mengadakan minggu bacaan intensif sebagai latihan pengukuhan untuk melancarkan bacaan murid-murid.

10.2 Mengadakan pertandingan ejaan bagi murid-murid pemulihan.

10.3 Menyediakan sijil penghargaan kepada murid yang telah melepasi kelas pemulihan pada Hari Anugerah Kecemerlangan bersama murid-murid lain.

Guru Pemulihan

11.0 Sudut dalam Kelas Pemulihan

11.1 Sudut dalam kelas perlu disediakan oleh Guru Pemulihan.

11.2 Maklumat yang dipamerkan dalam sudut tersebut perlu kemas dan berfaedah kepada Murid-murid Pemulihan.

Guru Pemulihan

12.0 Perancangan Strategik

12.1 Guru Pemulihan telah bentangkan perancangan strategik dan pelan operasi.

12.2 Lima program telah dirancang dan telah dibincang dalam mesyuarat ini.

Guru Pemulihan

13.0 Hal-Hal Lain

13.1 Rekod kedatangan murid perlu diwujudkan untuk memantau kehadiran murid ke kelas pemulihan khas.

Page 5: Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Pertama

13.2 Guru perlu memastikan murid masuk ke kelas pemulihan mengikut jadual yang ditetapkan.

Guru Pemulihan

14.0 UCAPAN PENANGGUHAN

14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 pm dengan ucapan terima kasih oleh guru pemulihan.

Disediakan oleh,

……………………….PN SUBATRA A/P KANANGURU PEMULIHAN KHASSJK (T) CONVENT.