minit mesyuarat lmck1421 pemikiran kritikan dan penyelesaian masalah

4
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SET 68 Minit Mesyuarat Kumpulan Vanilla Kali Pertama Semester 2/2015 Tarikh : 10 APRIL 2015 Hari : Jumaat Tempat : Bilik pelajar, FST. Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi Kehadiran : Rujuk senarai kehadiran Turut hadir: Cik Nabihah Raihanah binti Tajul Anuar– Ketua Kumpulan Cik Norfatin Farisya binti Ajis- Setiausaha Cik Daphina anak Jarlel– Ahli Jawatankuasa Cik Norayuni binti Ramlee– Ahli Jawatankuasa Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Nabihah Raihanah binti Tajul Anuar selaku ketua kumpulan. 1. Ucapan ketua kumpulan 1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat. 1.2 Ucapan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini. 1.3 Tajuk masalah yang diberikan adalah berkaitan Langkah-langkah yang boleh diambil oleh perkhidmatan pendidikan tinggi dan kementerian untuk mengatasi masalah kurang kebolehpasaran mahasiswa/mahasiswi tempatan.

Upload: farisya-ajis

Post on 14-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kali pertama semester 2/2015

TRANSCRIPT

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SET 68Minit Mesyuarat Kumpulan Vanilla Kali PertamaSemester 2/2015

Tarikh: 10 APRIL 2015Hari: JumaatTempat : Bilik pelajar, FST.Masa : 9.00 pagi 10.00 pagiKehadiran : Rujuk senarai kehadiran

Turut hadir:Cik Nabihah Raihanah binti Tajul Anuar Ketua KumpulanCik Norfatin Farisya binti Ajis- SetiausahaCik Daphina anak Jarlel Ahli JawatankuasaCik Norayuni binti Ramlee Ahli Jawatankuasa

Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Nabihah Raihanah binti Tajul Anuar selaku ketua kumpulan.

1. Ucapan ketua kumpulan1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.1.2 Ucapan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini.1.3 Tajuk masalah yang diberikan adalah berkaitan Langkah-langkah yang boleh diambil oleh perkhidmatan pendidikan tinggi dan kementerian untuk mengatasi masalah kurang kebolehpasaran mahasiswa/mahasiswi tempatan.1.4 Berharap agar ahli mesyuarat dapat membuat keputusan bagi menggerakkan kumpulan Vanilla bagi strategi yang dirancang.Tindakan : Makluman

2. Objektif.2.1 Menetukan strategi ataupun kaedah untuk menyelesaikan masalah.2.2 Mencari penyelesaian masalah bagi tajuk yang diberi.2.3 Menentukan kaedah penyampaian bahasa untuk pembentangan dan juga laporan yang akan dihantar.Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit3.1 Strategi penyelesaian masalah.3.1.1 Kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah adalah melalui Internet, idea individu dan juga menemu ramah khalayak untuk memperoleh maklumat.3.1.2 Kaedah temu ramah ditangguhkan sehingga tamat cuti pertengahan semester.

3.2 Penyelesaian masalah yang dicadangkan.2.2.1 Menyediakan pendidikan aras tinggi.2.2.2 Menyediakan biasiswa supaya pelajar terikat untuk bekerja dengan syarikat tersebut.2.2.3 Menyediakan kursus-kursus di luar bidang pelajar. Contoh terdekat adalah program CITRA UKM.2.2.4 Kursus kemahiran berkomunikasi dijadikan kursus wajib atau syarat untuk bergraduasi.2.2.5 Melengkapkan universiti tempatan dengan menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.2.2.6 Menyediakan kursus atau bengkel untuk meningkatkan kemahiran sebelum diserap masuk ke syarikat.

3.3 Bahasa yang digunakan dalam laporan dan pembentangan.3.3.1 Bahasa Melayu akan digunakan dalam laporan yang akan dihantar.3.3.2 Bahasa Inggeris akan digunakan ketika melakukan pembentangan.Tindakan : Makluman

4. Kesimpulan4.1 Ahli mesyuarat bersetuju dengan penyelesaian masalah yang dicadangkan.4.2 Ahli mesyuarat bersetuju dengan bahasa yang akan digunakan dalam laporan dan pembentangan.Tindakan : Makluman

5. Ucapan penangguhan pengerusi.5.1 Ketua kumpulan mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menentukan hala tuju kumpulan.5.2 Proses temu ramah akan diadakan selepas tamat cuti pertengahan semester.5.3 Beliau akan memaklumkan mengenai tarikh mesyuarat kali kedua pada masa akan datang.Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan Oleh,

(NORFATIN FARISYA BINTI AJIS)Setiausaha Kumpulan Vanilla,Projek Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah,Semester 2/2015,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tarikh disediakan: 15 April 2015