minit mesyuarat (lm 2025)

15
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KELUARGA KALI KETIGA / 2015 SYARIKAT SALMAN & CO. SDN BHD Tarikh : 20 Julai 2015 Hari : Isnin Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat I Kehadiran Hadir : 1. Dato’ Seri Mohammed Salman bin Ahmad Khan Pengerusi 2. Cik Afifah Nabilah bt Mohamad Safei Setiausaha 3. Cik Puteri Balqis bt Mustafa Bendahari 4. Cik Aimi Zahirah bt Sa’adullah Biro Penginapan 5. Cik Farah Hazwani bt Mozaimi Biro Teknikal 6. Cik Siti Nurafiqah Badjenid bt Abdul Hamid Penyelaras Program 7. Puan Nurul Hidayah bt Ismail Biro Hadiah Turut hadir : 1. Datin Seri M. Mascitah binti Mansor Penolong Pengarah Urusan Tidak hadir : 8. Cik Noor Faizah bt Yusoff Biro Makanan - Cuti Kecemasan AGENDA PERKARA TINDAKAN 1.0 Kata Alu-aluan Pengerusi

Upload: afifah-nabilah

Post on 13-Apr-2017

1.403 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat (LM 2025)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KELUARGA KALI KETIGA / 2015

SYARIKAT SALMAN & CO. SDN BHD

Tarikh : 20 Julai 2015Hari : IsninMasa : 10.00 pagiTempat : Bilik Mesyuarat I

Kehadiran

Hadir :1. Dato’ Seri Mohammed Salman bin Ahmad Khan Pengerusi2. Cik Afifah Nabilah bt Mohamad Safei Setiausaha3. Cik Puteri Balqis bt Mustafa Bendahari4. Cik Aimi Zahirah bt Sa’adullah Biro Penginapan5. Cik Farah Hazwani bt Mozaimi Biro Teknikal 6. Cik Siti Nurafiqah Badjenid bt Abdul Hamid Penyelaras Program7. Puan Nurul Hidayah bt Ismail Biro Hadiah

Turut hadir :1. Datin Seri M. Mascitah binti Mansor Penolong Pengarah Urusan

Tidak hadir :8. Cik Noor Faizah bt Yusoff Biro Makanan - Cuti Kecemasan

AGENDA PERKARA TINDAKAN

1.0 Kata Alu-aluan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan berpuas hati dengan kehadiran yang amat baik. Pengerusi turut menegaskan sekali lagi objektif dan kepentingan mesyuarat ini.

Makluman

Semua Biro

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Kedua

Minit mesyuarat kali kedua telah dibentang dan disahkan tanpa sebarang pindaan. Makluman

Page 2: Minit Mesyuarat (LM 2025)

Pencadang : Cik Puteri Balqis bt Mustafa Penyokong : Cik Farah Hazwani bt Mozaimi

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Mesyuarat bersepakat untuk menambah satu lagi pengisian dalam atur cara program iaitu Majlis Sambutan Hari Raya 2015.

3.2 Mesyuarat menerima cadangan untuk melanjutkan tempoh program daripada satu hari kepada dua hari bermula 8 Ogos 2015 sehingga 9 Ogos 2015. Hal ini disebabkan adanya penambahan satu lagi pengisian dalam atur cara program iaitu Majlis Sambutan Hari Raya 2015.

3.3 Mesyuarat telah bersetuju untuk mengenakan bayaran sebanyak RM 80 bagi setiap ahli keluarga pekerja yang turut serta dalam program ini.

Makluman

Makluman

Bendahari

4.0 Laporan Setiap Biro

4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa 70 bilik hotel, satu dewan makan dan dua dewan besar berserta sistem PA di Hotel Impian Morib telah pun ditempah khusus untuk tempat penginapan peserta dan pengisian program.

4.2 Biro Teknikal turut memberitahu bahawa peralatan-peralatan yang diperlukan untuk pengisian aktiviti luar dan dalam bilik adalah seperti berikut:

Bil Senarai peralatan / Permainan

Harga (RM)

Sewa (SRA Kampung Kelanang)1 Set congkak & guli,

CongkakRM25.00 sehari x 5 set

= RM125.002 Bola, Bola Beracun RM5.00 sehari x 6 unit

= RM30.00Beli

3 Pensel warna, Mewarna Kanak-Kanak

RM7.00 seunit x 10 unit= RM70.00

4 Krayon, Mewarna Kanak-Kanak

RM6.00 seunit x 10 unit= RM60.00

5 Buku mewarna, Mewarna Kanak-

RM8.00 seunit x 10 unit= RM80.00

Biro Penginapan

Biro Teknikal

Biro Teknikal

Bendahari

Page 3: Minit Mesyuarat (LM 2025)

Kanak6 Gula-gula, Rebut

Gula-gulaRM15.00 sepaket x 10

= RM150.007 Tepung gandum,

Rebut Gula-gulaRM10.00 sepaket x 2

= RM20.008 Baldi besar, Isi Air

Dalam BotolRM8.00 seunit x 5 unit

= RM40.009 Baldi sederhana

besar, Istana PasirRM6.00 seunit x 5 unit

= RM30.0010 Baldi kecil, Istana

PasirRM4.00 seunit x 5 unit

= RM20.0011 Penyodok pasir,

Istana PasirRM5.00 seunit x 5 unit

= RM25.00Jumlah Keseluruhan

(Sewa + Beli)RM650.00

Bahan Terpakai (Tiada Bayaran)12 Batu seremban,

Seremban10 set x 10 biji

= 100 biji batu seremban13 Tudung botol, Ceper 10 set x 5 unit

= 50 unit tudung botol14 Daun kelapa, Anyam

KetupatSebanyak yang boleh

15 Upih kelapa, Tarik Upih

10 helai

16 Botol air 1 liter, Isi Air Dalam Botol

10 unit

4.3 Mesyuarat telah diberitahu bahawa jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk makanan adalah seperti berikut:

Tarikh / Masa

Menu Harga (seorang)

Jumlah

8 Ogos 2015, 2.00

petang

Nasi tomato, ayam masak merah, papadom, sayur campur goreng, buah tembikai dan air sirap bandung ais.

RM10.00 x 300 orang

RM3,000.00

8 Ogos 2015, 5.30

petang

Samosa, kuih keria, karipap dan

RM2.00 x 300 orang RM600.00

Biro Makanan

Bendahari

Page 4: Minit Mesyuarat (LM 2025)

air teh panas.

8 Ogos 2015, 8.30

malam

Ketupat, lemang, lodeh, rendang ayam, sate, kuah kacang, nasi himpit, lontong, nasi dagang, nasi minyak, ayam masak merah dan air laicikang dan air Ribena Blackcurrent.

RM50.00x 300 orang

RM15,000.00

Biskut raya RM18.00 sebekas x 30 bekas

RM540.00

Kek keju coklat lembap (20kg)

RM40.00 sebiji x 20

biji

RM800.00

9 Ogos 2015,

10.00 pagi

Sandwic, air mineral dan air kotak

RM3.80 x 300 orang

RM1,140.00

9 Ogos 2015, 12.00

tengahari

Nasi kerabu, ikan goreng celup tepung, keropok ikan, sayur ulam, budu, buah pisang dan air laici.

RM10.00 x 300 orang RM3,000.00

Jumlah Keseluruhan RM24,080.00

4.4 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surat pengesahan tempahan bilik hotel berserta peralatan dan makanan telah dihantar kepada pihak pengurusan Hotel Impian Morib dan mendapat maklum balas yang positif daripada pihak hotel. Selain itu, surat permohonan untuk menyewa peralatan sukan daripada Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Kelanang juga telah dihantar kepada pihak pengurusan sekolah. Maklum balas daripada pihak

Biro Penginapan

Biro Teknikal

Page 5: Minit Mesyuarat (LM 2025)

pengurusan sekolah dijangka akan diterima selewat-lewatnya pada 27 Julai 2015.

4.5 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa senarai hadiah dan cenderahati yang perlu disediakan untuk program ini adalah seperti berikut:

Bil Kedudukan,Senarai Hadiah

Harga (seunit)

Jumlah

Permainan1 Tempat Pertama,

Hamper makananRM50.00 x

9 unitRM450.00

2 Tempat Kedua, Hamper makanan

RM40.00 x 9 unit

RM360.00

3 Tempat Ketiga, Hamper makanan

RM30.00 x 9 unit

RM270.00

Pertandingan mewarna kanak-kanak4 Tempat Pertama,

Fail plastik berisi lima buku cerita kanak-kanak, tiga buku tulis, satu pensel warna dan satu kotak pensel berserta pensel, pemadam dan pembaris.

RM30.00 x 1 set

RM30.00

5 Tempat Kedua,Fail plastik berisi tiga buku cerita kanak-kanak, dua buku tulis, satu pensel warna dan satu kotak pensel berserta pensel, pemadam dan pembaris.

RM25.00 x 1 set

RM25.00

6 Tempat Ketiga,Fail plastik berisi satu buku cerita kanak-kanak, dua buku tulis, satu pensel warna dan satu kotak pensel berserta pensel, pemadam dan pembaris.

RM20.00 x 1 set

RM20.00

7 Saguhati,Fail plastik berisi satu RM10.00 x RM50.00

Biro Hadiah

Bendahari

Page 6: Minit Mesyuarat (LM 2025)

buku cerita kanak-kanak, satu buku tulis.

5 set

8 Semua Peserta,satu kotak pensel berserta pensel, pemadam dan pembaris

RM5.00 x 12 set

RM60.00

Cabutan bertuah9 Hadiah Misteri,

Pakej Percutian 4H3M ke Bali, Indonesia untuk dua orang

RM2,100.00 x 1 pakej

RM2,100.00

9 Hadiah Utama,Komputer riba jenama Acer Switch 10 E

RM1,099.00 x 2 unit RM2,198.00

10 Hadiah Pertama,Telefon pintar jenama Acer Liquid Jade Z

RM799.00 x 5 unit RM3,995.00

11 Hadiah Kedua,Kamera digital jenama Canon PowerShot A2500

RM349.00 x 7 unit

RM2,443.00

13 Hadiah Ketiga,Periuk nasi elektrik 1.8L jenama Panasonic SR-TEG18

RM235.00 x 8 unit

RM1,880.00

13 Hadiah Keempat,Pemain audio MP3 4GB jenama Sony Walkman B Series NWZ-B183F

RM158.00 x 10 unit

RM1,580.00

14 Hadiah Kelima,Seterika 1000W jenama Panasonic NI-100DX

RM128.00 x 15 unit RM1,920.00

15 Hadiah Keenam,Pembakar roti 680W jenama Panasonic NT-GP1

RM114.00 x 15 unit

RM1,710.00

16 Hadiah Ketujuh,Hamper barangan Tupperware

RM100.00 x 17 unit RM1,700.00

17 Hadiah Kelapan,Hamper makanan

RM80.00 x20 unit

RM1,600.00

Duit raya untuk kanak-kanak18 Umur 13 hingga 18 RM20.00 x RM400.00

Page 7: Minit Mesyuarat (LM 2025)

tahun 2019 Umur 7 hingga 12

tahunRM15.00 x

30RM450.00

20 Umur 6 tahun dan ke bawah

RM10.00 x 30

RM300.00

Jumlah Keseluruhan RM23,541.00

5.0 Perkara-Perkara Baharu

5.1 Mesyuarat dimaklumkan mengenai butiran Sambutan Hari Keluarga 2015. (Sila rujuk Lampiran A)

5.2 Mesyuarat dimaklumkan mengenai pengisian sepanjang Sambutan Hari Keluarga 2015:

Tarikh / Masa

Tempat Pengisian Biro Terlibat

8 Ogos 2015, 2.00

petang

Kaunter Penerimaa

n

Pendaftaran dan penerimaan kunci bilik hotel.

Biro Perhubungan

8 Ogos 2015, 5.00

petang

Dewan Jugra

Permainan: Congkak Seremban Ceper Anyam

Ketupat Pertandingan

Mewarna Kanak-Kanak

Penyelaras Program

Semua Biro

8 Ogos 2015, 8.00

malam

Dewan Kelanang

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Penyelaras Program

Semua Biro9 Ogos

2015, 8.00 pagi

Pesisir Pantai Morib

Permainan: Tarik Upih Bola

Beracun Istana pasir Rebut Gula-

gula Isi Air

Dalam Botol

Penyelaras Program

Semua Biro

Penyelaras Program

Semua Biro

Page 8: Minit Mesyuarat (LM 2025)

9 Ogos 2015,

11.00 pagi

Pesisir Pantai Morib

Penyampaian Hadiah dan Penutup

Penyelaras Program

Semua Biro

6.0 Hal-hal lain

6.1 Mesyuarat memutuskan bahawa semua biro perlu menghantar anggaran perbelanjaan yang lengkap bagi setiap aktiviti kepada pengerusi dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat ini.

6.2 Mesyuarat turut memutuskan bahawa bendahari perlu menghantar anggaran kutipan bayaran yang diterima daripada peserta bagi memudahkan pengiraan anggaran jumlah perbelanjaan yang akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat kepada pengerusi dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat ini.

6.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengedarkan surat jemputan kepada semua pekerja yang terlibat.

Biro Berkenaan

Bendahari

Setiausaha

Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh:

(CIK AFIFAH NABILAH BT MOHD SAFEI)Setiausaha,Syarikat Salman & Co. Sdn Bhd

Disemak oleh:

(DATO’ SERI MOHAMMED SALMAN B AHMAD KHAN)Pengerusi,Syarikat Salman & Co. Sdn Bhd

LAMPIRAN A

Page 9: Minit Mesyuarat (LM 2025)

TENTATIF PROGRAMSAMBUTAN HARI KELUARGA 2015

SYARIKAT SALMAN & CO. SDN BHD

Sabtu | 8 Ogos 2015

2.00 p.m : - Pendaftaran dan penerimaan kunci bilik hotel

- Makan tengahari

5.00 p.m : Makan petang

5.30 p.m : Aktiviti 1: Permainan dalam dewan (Indoor Games)

- Congkak

- Seremban

- Ceper

- Anyam Ketupat

- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

7.00 p.m : Solat Maghrib dan aktiviti kendiri

8.00 p.m : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

- Ucapan alu-aluan daripada penyelaras program

- Ucapan Perasmian Hari Keluarga 2015 oleh Dato’ Seri

Mohammed Salman bin Ahmad Khan selaku Pengarah

Urusan Syarikat Salman & Co. Sdn Bhd merangkap

pengerusi program.

- Tayangan video Aidilfitri oleh pihak pengurusan

syarikat

- Makan malam

11.00 p.m : Bersurai

Page 10: Minit Mesyuarat (LM 2025)

Ahad | 9 Ogos 2015

7.00 a.m : Sarapan pagi

8.00 a.m : Aktiviti 2: Permainan luar dewan (Outdoor Games)

- Tarik Upih

- Bola Beracun

- Istana pasir

10.00 a.m : Makan pagi

10.30 a.m : Aktiviti 3: Permainan luar dewan (Outdoor Games)

- Rebut Gula-gula

- Isi Air Dalam Botol

11.30 a.m : Penyampaian hadiah dan penutup

12.00 p.m : Makan tengahari dan solat Zohor

1.00 p.m : Penyerahan kunci bilik hotel