minit mesy panitia sains ke2 2014.doc

9
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS Bil 2Tahun 2014 Tarikh : 14 APRIL 2014 Masa : 1.15 PETANG Tempat : BILIK SAINS HADIR 1. Pn. Sazlina Bt Man 2. Pn Ruhaya bt Abd Rahman 3. Pn. Junaida bt Mohd Salleh 4. En. Ulul Azmi B. Kassim 5. Pn Mahani Bt Md Salleh. HADIR BERSAMA 1. En. Abd Halim b. Khalid ( GPK 1 ) URUSETIA PUAN JUNAIDA BT MOHD SALLEH I. PERUTUSAN YG. BHG. PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa panitia ke mesyuarat panitia kali kedua. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru. Makluman. 1

Upload: sazlina-man

Post on 10-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

Bil 2Tahun 2014

Tarikh : 14 APRIL 2014

Masa : 1.15 PETANG

Tempat : BILIK SAINS

HADIR

Pn. Sazlina Bt Man

Pn Ruhaya bt Abd Rahman

Pn. Junaida bt Mohd Salleh

En. Ulul Azmi B. Kassim

Pn Mahani Bt Md Salleh.

HADIR BERSAMA

En. Abd Halim b. Khalid ( GPK 1 )URUSETIA

PUAN JUNAIDA BT MOHD SALLEH

I. PERUTUSAN YG. BHG. PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa panitia ke mesyuarat panitia

kali kedua. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

Makluman.

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Puan Junaida selaku setiausaha telah menbentangkan minit mesyuarat yang lalu. Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan minit tersebut.

Cadangan : Pn Mahani Bt Md Salleh

Sokongan : Puan Ruhaya bt Abd Rahman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

iPn Ruhaya membangkitkan agenda 4(4.5) tentang fail pentafsiran berasaskan sekolah.

Pengerusi memaklumkan fail-fail pentafsiran bagi setiap murid telah disediakan oleh

guru mata pelajaran dan disimpan di dalam almari di setiap kelas.

ii En Ulul Azmi bertanya tentang peruntukan kewangan (5) bagi menjayakan aktiviti

peningkatan UPSR tahun 6 bagi subjek Sains.

Pengerusi memaklumkan bahawa setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan boleh

dirujuk kepada bendahari tahun 6 ( En. Fazdli ) yang menyimpan dana UPSR. Panitia

Sains juga ada membeli buku rujukan untuk digunakan oleh murid-murid UPSR dan

juga Tahun 4 dan 5.

Makluman

IV. PERBINCANGAN PROFESIONALISME

4. Pengurusan Panitia

.

Analisis Ujian Mac

Ujian Pengesanan Mac telah dijalankan pada 17-21 Mac yang lalu. Soalan disediakan oleh MGB(subjek teras ).

Tahun 1,2 & 3 peperiksaan tidak diadakan kerana PBS.

( Analisis Ujian Rujuk lampiran )

b)Tahun 4

Murid baru mengenal bentuk soalan UPSR kerana semasa di tahun 3, mereka hanya

didedahkan kepada kemahiran proses sains yang mudah ( pemerhatian dan pengelasan

sahaja). Kebanyakkan murid belum menguasai sepenuhnya teknik menjawab bahagian

B.

Tindakan : Guru diminta memperbanyakkan latih tubi KPS bahagian B ( terutama

Inferens dan pembolehubah).

Tahun 5

Kebanyakkan murid terutama kelas Usaha masih tidak menguasai sepenuhnya KPS

bahagian B. Mereka hanya dapat menjawab soalan yang tidak mengandungi unsur

KBAT.

Tindakan : Guru diminta membimbing murid yang lemah dengan memperbanyakkan latih

tubi terutama soalan yang berbentuk gambarajah ( mentafsir maklumat).

Tahun 6

Sasaran untuk mendapat A belum tercapai ( 7 mengikut Headcount OTI1 ). Peratus

lulus telah tercapai ( Headcount 64.10).

Murid sasaran A ( OTI 1) masih tidak dapat menguasai sepenuhnya kehendak soalan

terutama soalan membuat pemerhatian dan inferens.

Tindakan : Guru mata pelajaran di minta memperbanyakkan soalan latihan KPS yang

melibatkan soalan mirip UPSR.

: Bengkel menjawab soalan UPSR fasa 1 telah diadakan pada awal April

untuk mengatasi kelemahan-kelemahan diatas.

Panitia juga bercadang akan mengadakan Bengkel menjawab soalan untuk murid

Tahun 4 dan 5 sebagai pendedahan awal sebelum menghadapi UPSR.

Tindakan: Guru Sains

5. PKB

a). Semakan Buku Latihan Murid

Pengerusi mengingatkan AJK supaya menghantar buku latihan murid untuk semakan pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bilangan buku yang disyorkan adalah 7 buah bagi setiap jenis buku latihan.

Tindakan : Guru Sains.

6. LDP

a) En. Ulul Azmi telah mencadangkan supaya panitia mengadakan satu kursus dalaman kepada guru-guru Sains tentang teknik permarkahan yang betul supaya murid dapat didedahkan bentuk soalan UPSR dan guru dapat menilai secara permarkahan yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan.

Tindakan : Ketua panitia.

7. PEKA

a) Guru Sains tahun 6 diingatkan supaya menyiapkan markah PEKA dan mengemaskini maklumat murid dan memantau buku PEKA dan Evidends murid.

Makluman

8. Perancangan Strategik Tahunan

a) Antara aktiviti yang akan dijalankan mengikut perancangan strategik 2014 ialah:

i) Minggu Sains 2014 telah dijalankan pada 17 21 April. Panitia Sains

akan menjemput wakil dari Pusat Sains Negara cawangan Utara datang ke sekolah

untuk membuat pameran dan demontrasi. (Dokumentasi akan bukukan)

ii) teknik menjawab soalan UPSR telah dilaksanakan pada awal bulan April (fasa1) dan

untuk kali kedua telah dirancang pada pertengahan Julai akan datang.

iii) kelas tambahan berfokus masih dijalankan selepas waktu persekolahan pada hari

selasa ( pukul 1.30- 2.30 ptg ) dan Sabtu (8.00 11.30 pagi).

iv) Team teaching masih dijalankan mengikut keperluan (sebelum P&P dan selepas

P&P serta semasa perjumpaaan panitia)

v) mesra waris telah dilaksanakan pada bulan Februari yang lalu, membincangkan

tentang pemasalahan murid di sekolah dan di rumah bagi setiap subjek. Maklum balas

waris adalah baik.

Makluman

V. HAL-HAL LAIN

8. Ucapan GPK 1

Encik Abd Halim mengucapkan tahniah kepada AJK Panitia Sains kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia untuk kali yang kedua ini. Beliau mengucapkan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan ahli panitia dalam menjayakan aktiviti panitia. Beliau berharap situasi ini akan diteruskan dan akan membuat penambahbaikan peratus pencapaian mata pelajaran sains dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Beliau juga berharap AJK panitia dapat berbincang untuk membuat penambahbaikan serta mencari jalan penyelesaian bagi pemasalahan murid semasa P&P. Beliau juga berbangga dan mengucapkan syabas kepada Panitia Sains kerana telah berjaya menganjurkan minggu Sains pada tahun lalu dan berharap pada tahun ini akan dilaksanakan dengan lebih baik lagi. Semoga melalui minggu Sains tersebut para pelajar dapat menambah ilmu melalui aktiviti yang dijalankan.

Makluman.

VI. PENUTUP

9. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan GPK 1 pada mesyuarat

kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan Oleh ,

Disemak Oleh ,

.. ..

( JUNAIDA BT MOHD SALLEH ) ( SAZLINA BT MAN )

Setiausaha Panitia Sains, Pengerusi Panitia Sains

SK Seri Kuala SK. Seri Kuala

LAMPIRAN

Nama Sekolah : SK. SERI KUALA

LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT

Tajuk Mesyuarat : MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE 2Tarikh : 14 April 2014Bil.Rujukan

Minit / M.S.PerkaraTindakanStatus

PelaksanaanCatatan

1.

3(i) / 2

3(ii) /2

4(a)/ 2Fail PBS

Pengerusi memaklumkan bahawa fail PBS telah disediakan.

Minggu Sains 2013

Dokumentasi telah dibuat dan dibukukan serta telah diserahkan salinan kepada Guru Media.

Analisis Ujian Mac

Tahun 3

-guru tahun 3 harus memberi bimbingan kepada murid pemulihan.

Tahun 4

-guru tahun 4 harus memperbanyakkan latih tubi

KPS.

Tahun 5

-Puan pengerusi memaklumkan supaya memperbanyakkan latih tubi KPS ( gambarajah)

Tahun 6

-Puan pengerusi memaklumkan supaya banyak latih tubi yang mirip UPSR dijalankan.Guru sains KSSR

Guru Sains

Semua AJKTelah dilaksanakan

Telah

dilaksanakn

Telah

dilaksanakan

Disediakan Oleh :

( JUNAIDA BT MOHD SALLEH )

Setiausaha Panitia Sains, SK. Seri Kuala

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KUALA

08500 KOTA KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN

5