minggu 7.docx

3
Bilangan Jurnal : 7/12 Minggu Praktikum : Ketujuh Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Mac 2014 Tajuk Jurnal : Kurangnya perhatian kepada murid yang berada di bahagian belakang kelas. 1. Masalah/ Peristiwa Pada minggu ini, masalah yang dikenal pasti adalah kurangnya perhatian guru untuk murid yang berada di bahagian belakang kelas. Hal ini telah mengakibatkan murid-murid yang berada di belakang kelas tidak menumpukan perhatian yang secukupnya ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kebanyakan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mengendahkan guru sewaktu berada di dalam kelas. Mereka masih bermain-main, membuat bising dan sering mengganggu rakan yang lain walaupun pada masa itu, saya telah memberikan kerja kepada setiap murid. 2. Analisis Hal ini mungkin kerana saya hanya berdiri di hadapan kelas sahaja ketika mengajar. Saya tidak kerap bergerak ke bahagian belakang kelas ketika sesi pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan. Apabila menyedari murid-murid tersebut

Upload: nurfazlina-a-rahim

Post on 15-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 7/12Minggu Praktikum : KetujuhTarikh Peristiwa/ Kejadian : 10 hingga 14 Mac 2014Tajuk Jurnal : Kurangnya perhatian kepada murid yang berada di bahagian belakang kelas.

1. Masalah/ PeristiwaPada minggu ini, masalah yang dikenal pasti adalah kurangnya perhatian guru untuk murid yang berada di bahagian belakang kelas. Hal ini telah mengakibatkan murid-murid yang berada di belakang kelas tidak menumpukan perhatian yang secukupnya ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kebanyakan dari mereka mempunyai sikap sambil lewa dan tidak mengendahkan guru sewaktu berada di dalam kelas. Mereka masih bermain-main, membuat bising dan sering mengganggu rakan yang lain walaupun pada masa itu, saya telah memberikan kerja kepada setiap murid.

2. AnalisisHal ini mungkin kerana saya hanya berdiri di hadapan kelas sahaja ketika mengajar. Saya tidak kerap bergerak ke bahagian belakang kelas ketika sesi pembelajaran dan pengajaran sedang dijalankan. Apabila menyedari murid-murid tersebut membuat bising, saya hanya memberi arahan untuk senyap di hadapan kelas sahaja. Sesetengah daripada mereka mendengar arahan dan sesetengah lagi hanya berhenti bercakap untuk seketika sahaja.

3. Cadangan Tindakan Susulana) Saya perlu bersiap sedia dengan situasi ini pada masa akan datang dengan teknik dan strategi baru untuk mewujudkan kesediaan belajar kepada murid. b) Saya perlu bergerak di ke depan dan ke belakang kelas dengan lebih kerap

c) untuk memastikan murid tidak bercakap dan bermain ketika guru sedang mengajar.d) Saya perlu bertindak lebih tegas terhadap mereka.e) Memberi nasihat atau peringatan kepada murid yang bermasalah apabila mereka melakukan kesalahan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Bagi menangani masalah ini, saya akan memastikan arahan saya untuk murid-murid perlulah jelas. Saya juga perlu memberikan tindakan yang sesuai kepada murid yang bermasalah itu dengan memberi peringatan sebelum memulakan aktiviti PDP supaya ianya dapat berjalan dengan lancar. Saya juga akan bergerak ke hadapan dan ke belakang kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Secara tidak langsung, saya dapat mewujudkan kesediaan murid untuk belajar dan mencapai objektif yang telah dirancang selain menggelakkan kehilangan masa pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran saya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :