minggu 4

5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN – MATEMATIK TAHUN 2 Tarikh/Hari : 10 APRIL 2015 (JUMAAT) Masa : 8.45 -9.45 (1 jam) Kelas :2 Bil Pelajar : 6 orang Mata pelajaran : Matematik Tema : Tolak dalam lingkungan 1000 Tajuk : Mari tolak berturut - turut Standard Pembelajaran : (ii) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1000 dengan menggunakan abakus 4:1. Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat ; 1. menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul dengan menggunakan abakus 4:1. Pengisian Kurikulum : Nilai – berusaha EMK – Kreativiti keusahawanan KB - Menyusun Atur BCB – soal jawab, perbincangan TKP – Verbal Linguistik Bahan Bantu Belajar : Bola ping pong, bekas lutsinar dan abakus 4:1 Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran : Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja. Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan catatan

Upload: sumithra-somasunderam

Post on 29-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph matematik thn 2

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

Tarikh/Hari: 10 APRIL 2015 (JUMAAT)Masa: 8.45 -9.45 (1 jam)Kelas:2 Bil Pelajar: 6 orangMata pelajaran: MatematikTema: Tolak dalam lingkungan 1000Tajuk:Mari tolak berturut - turutStandard Pembelajaran: (ii) Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 1000 dengan menggunakan abakus 4:1.

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat ;1. menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul dengan menggunakan abakus 4:1.

Pengisian Kurikulum: Nilai berusaha EMK Kreativiti keusahawanan KB - Menyusun Atur BCB soal jawab, perbincangan TKP Verbal LinguistikBahan Bantu Belajar: Bola ping pong, bekas lutsinar dan abakus 4:1

Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran : Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja.

Langkah/ Masa

Isi pelajaranAktiviti pembelajaran dan pemudahcaraancatatan

Set Induksi(5 minit)Unit 3 : Tolak dalam lingkungan 1000

Tajuk : Mari tolak berturut - turut

1. Guru menyediakan satu bekas yang mengandungi 20 biji bola ping pong.

2. Guru memanggil dua orang murid ke hadapan kelas.

3. Guru meminta murid A mengambil 7 biji bola ping pong.

4. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang di ambil oleh pelajar A ?

5. Respon Murid : 7 biji bola ping pong.

6. Soalan Guru : Berapakah baki yang tinggal ?

7. Respon Murid : 13 biji bola ping pong.

8. Guru meminta pelajar B mengambil 2 biji bola ping pong.

9. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang diambil oleh pelajar B ?

10. Respon Murid : 2 biji bola ping pong.

11. Soalan Guru : Berapakah baki yang tinggal ?

12. Respon Murid : 11 biji bola ping pong.

13. Guru menunjukkan langkah pengiraan. 20 7 2 = 11BBM : bekas lutsinar dan bola ping pong

Langkah 1(20 minit)Menolak1. Murid ditunjukan kaedah menolak dua nombor berturut-turut dengan sebarang nombor tanpa mengumpul semula di papan putih.596 372 113 =

ratus puluh sa 5 9 6 3 7 2 2 2 4 1 1 3 1 1 1

2. Murid murid diperkenalkan permainan stesyen dan diberikan arahan.

3. Setiap pasangan diberikan sehelai kertas A4 dan diminta menyelesaikann ayat matematik di stesyen.

4. Guru memberikan ganjaran kepada pasangan yang membuat penyelesaian yang banyak dan betul dalam tempoh masa 10 minit.Aktiviti pasangan

Langkah 2( 10 minit) Menyelesaikan penolakan matematik. 1. Murid diterangkan cara menolak tanpa mengumpul semula dengan menggunakan abakus 4:1i) ii) iii)

2. Murid berusaha untuk melakukan beberapa contoh penolakan.

3. Murid dibahagikan kepada pasangan. Pasangan tersebut menghasilkan ayat matematik.

4. Ayat matematik tersebut diberikan kepada pasangan lain. Dana pasangan tersebut menjawab soalan dengan menggunakan abakus 4:1.BBM : abacus 4:1

Aktiviti individu

Langkah 3(10 minit)Penolakan 1. Guru memberikan arahan kepada murid tentang permainan.

2. Setiap pasangan diberikan kad nombor dan abacus 4:1.

3. Murid menyelasaikan ayat matematik tersebut dengan menggunakan abakus dan membentangkan di hadapan kelas.

4. Guru memperbetulkan kesalahan murid.

Langkah 4(10 minit)Membuat latihan PengayaanPengukuhanPemulihan

1. Murid diberikan arahan tentang latihan.

2. Murid membuat latihan dalam buku aktiviti yang dibekalkan oleh KPM.

3. Guru menyemak dan memperbetulkan kesalahan murid.

4. Murid membuat pembetulan dan latihan yang seterusnya.

Penutup (5 minit)1. Guru merumuskan pengajaran dengan bertanyakkan soalan kepada murid dengan memberi ayat matematik. 2. Dan murid dipanggil secara untuk menunjukkan cara menggunakan abakus.

Refleksi:5 dari 6 orang murid telah dapat mencapai objektif pengajaran dan Pembelajaran hari ini. Sebagai kerja rumah latihan tambahan diberikan kepada murid. Manakala seorang murid yang tidak mencapai objektif diadakan kelas bimbingan selepas sekolah.