minggu 3

28
TUTORIAL MINGGU 3 Banding Dan Beza Dengan Menggunakan Borang Pengurusan Grafik (PG) Tentang Implikasi Kepelbagaian Sosio- budaya Dari Aspek Guru,murid, Sekolah Dan Kurikulum Tersirat. AHLI KUMPULAN : NANTHINI PANIRSELVAM RAJESWARY

Upload: nanthini-panirselvam

Post on 04-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu notes

TRANSCRIPT

Page 1: MINGGU 3

TUTORIAL MINGGU 3

Banding Dan Beza Dengan Menggunakan Borang

Pengurusan Grafik (PG) Tentang Implikasi

Kepelbagaian Sosio-budaya Dari Aspek Guru,murid, Sekolah Dan Kurikulum

Tersirat.AHLI KUMPULAN :

NANTHINI PANIRSELVAMRAJESWARY

Page 2: MINGGU 3

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYADARI ASPEK GURU

GURU

MURID

SEKOLAHMASYARAKAT

RAKAN SEJAWAT

Page 3: MINGGU 3

Aspek Murid

- Kepelbagaian gaya pembelajaran muridSeorang guru perlu bijak dalam memotivasikan

pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat tugasan yang diberikan

- Kepelbagaian tahap kecerdasan / penerimaan muridTerdapat pelbagai tahap kecerdasan murid, guru

perlu gunakan strategi dan teknik yang berbeza untuk mengajar(guna muzik,permainan dan lain-lain) dan soalan-soalan (enrichment dan reinforcement)

Page 4: MINGGU 3

- Kepelbagaian latar belakang murid

Terdapat murid yang berasal dari keluarga yang bermasalah, tahap sosioekonomi yang berbeza

Guru perlu memahami tentang keadaan / situasi murid dan cuba mengatasi masalah dengan baik dan berdedikasi

- Kepelbagaian minat murid dalam sukan Guru perlu memperkembangkan bakat pelajar

dalam sukan dan tidak menghadkan minat mereka. Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang

menarik minat murid terhadap sukan

Page 5: MINGGU 3

Aspek Masyarakat

o Contoh 1: Budaya hidup

* Bandar : Mementingkan ‘privacy’ dan kurang mementingkan cara hidup bermasyarakt

serta sifat kejiranan.

* Luar bandar : kurang mementingkan ‘privacy’ dan mementingkan cara hidup bermasyarakt

serta sifat kejiranan

Guru perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat setempat

Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang menerapkan nilai kerjasama antara murid.

Page 6: MINGGU 3

o Contoh 2: Cara pergaulan

Bandar : Kurang menitik beratkan pergaulan

antara lelaki dan perempuan Luar bandar : Amat menitik beratkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang boleh melibatkan semua murid tetapi masih menitik beratkan pergaulan murid.

Page 7: MINGGU 3

Aspek sekolah

o Contoh 1 : Kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Guru perlu menyediakan jadual penggunaan bilik komputer.

o Contoh 2 : Lanskap di sekolah yang cantik dan kondusif

Guru perlu bijak merancang pengajaran dengan menggunakan persekitaran sekolah yang menggalakkan

Page 8: MINGGU 3

- Budaya kerja di sekolah

Sekolah mementingkan budaya kerja yangcekap dan sistematik

Guru perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan seterusnya bertindak mengikut keadaan

Page 9: MINGGU 3

Aspek Rakan Sejawat

- Kepelbagaian sikap rakan sekerja

Guru perlu membuat pembahagian tugas dengan adil dan saksama.

Sentiasa membuat semakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah.

Guru menerima kelemahan dan kelebihan rakan sekerja.

Page 10: MINGGU 3

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYADARI ASPEK MURID

AGAMA DAN ADAT RESAM

KECERDASAN DAN

KEMAHIRAN MURID KELAS SOSIAL

MURID

GURU(SIKAP DAN

KAEDAH PENGAJARAN)

Page 11: MINGGU 3

Aspek Agama dan Adat Resam

Murid haruslah berfikiran terbuka dan menerima rakan sebaya seadanya dari segi adat resam dan cara hidup

Sentiasa menghormati rakan sebaya dan tidak memperlekehkan adat resam dan budaya semua kaum

Page 12: MINGGU 3

Aspek Kecerdasan dan Kemahiran

Terdapat murid pelbagai kecerdasan dalam kelas di mana murid yang pandai hanya bergaul dengan murid pandai sahaja dan rakan yang lemah di abaikan

Murid perlu belajar berkerja sebagai satu pasukan.

Page 13: MINGGU 3

Aspek kelas sosial

Terdapat rakan yang berasal dari keluarga yang bermasalah, tahap sosioekonomi yang berbeza

Murid perlu belajar bergaul antara satu sama lain tanpa mengira darjat dan kedudukan dan sedia membantu rakan di dalam kesusahan

Page 14: MINGGU 3

Aspek Guru (Sikap Dan Kaedah Pengajaran)

- Kepelbagaian sikap dan kaedah pengajaran guru

Murid perlu belajar bertoleransi dan

menyesuaikan diri dengan sikap guru supaya

dapat belajar dengan baik dan seronok.

Page 15: MINGGU 3

Sekolah dan Persekitaran

Sekolah dan Keluarga

Sekolah dan Keperluan

Kepelbagaian Kehendak

Sekolah dan Komuniti Masyarakat

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYADARI ASPEK SEKOLAH

Page 16: MINGGU 3

Sekolah dan Persekitaran

• Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya.

• Faktor-faktor pesekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.

Page 17: MINGGU 3

• Mata pelajaran harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi.

• Michael Fullen ( 1998 ) sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi.

Page 18: MINGGU 3

Sekolah dan Keluarga

• Titik pertemuan antara sekolah dan rumah merupakan aspek perhubungan keluarga-komuniti yang paling dipentingkan.

• Hubungan ibubapa-sekolah yang kukuh akan menguntungkan kanak-kanak terutamanya dari segi perkembangan akademik dan pembentukan sahsiah.

Page 19: MINGGU 3

• Faktor komuniti seperti lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan komuniti menjadikan ahli komuniti yang berdekatan sebagai agen sosialisasi kepada pelajar sekolah berkenaan.

• Komuniti juga boleh memainkan peranan dalam menyediakan suasana yang menggalakkan kejayaan persekolahan Contoh:- Penyediaan program kemasyarakatan yang menggalakkan

perkembangan akademik - Penyediaan biasiswa ataupun bantuan kewangan untuk

pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan melalui PIBG.

Sekolah dan komuniti masyarakat

Page 20: MINGGU 3

• Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza.

Contohnya:– Pembinaan bangunan sekolah berasaskan ”design on site”

dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , citarasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebih sayang kepada sekolah kerana ada ciri-ciri yang membezakannya dengan sekolah lain.

Sekolah dan Keperluan KepelbagaianKehendak

Page 21: MINGGU 3

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYADARI ASPEK KURIKULUM TERSIRAT

• Interaksi sosial• Peperiksaan• Pengajaran pembelajaran• Kawalan sosial• Nilai

Page 22: MINGGU 3

Definisi Kurikulum Tersirat

Kurikulum tersirat adalah perlakuan, perancangan dan

tindakan menggubal, membina dan melaksanakan

kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi

berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya

menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi

hidup dan masyarakat.

Page 23: MINGGU 3

Aspek Interaksi Sosial

– Murid sekolah berkenalan pada hari pertama persekolahan.

– Murid dididik untuk memberi salam apabila guru masuk ke kelas.

– Murid mengucapkan terima kasih setelah guru tamat mengajar.

– Dalam aktiviti gotong-royong di sekolah, kesepakatan dapat dilihat antara murid, guru, pekerja sekolah dan ibu bapa.

– Panggilan nama yang sopan digunakan apabila berinteraksi. Cth: kak, abg, pak cik, mak cik.

Page 24: MINGGU 3

Aspek Peperiksaan

– Penjadualan masa ketika peperiksaan dipaparkan lebih awal bagi memudahkan murid membuat ulangkaji dan bersedia sebelum peperiksaan.

– Murid diajar untuk menerima kegagalan dan tidak bersikap putus asa.

– Murid yang cemerlang diberikan anugerah bagi menaikkan semangat murid lain untuk turut berjaya.

– Sokongan moral diberikan kepada semua murid, terutama murid yang agak lemah.

Page 25: MINGGU 3

Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

– Guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid.

– Motivasi diberikan kepada murid untuk belajar dengan tekun.

– Rakan sebaya membantu rakan lain yang bermasalah dalam pelajaran.

– Kepelbagaian cara belajar diaplikasikan di kalangan murid bagi memberikan hasil yang diharapkan. Cth: Pengaplikasian IT dalam p&p.

– Kumpulan belajar murid melibatkan murid pelbagai kebolehan dari pelbagai kaum.

Page 26: MINGGU 3

Aspek Kawalan Sosial

– Terdapat batas pergaulan bagi murid berlainan jantina.

– Etika berpakaian digariskan kepada guru dan murid.– Guru sebagai model yang akan memberikan contoh

yang baik kepada murid.– Murid lelaki perlu berambut pendek supaya tampak

kemas.– Murid sentiasa diingatkan akan peraturan sekolah.

Page 27: MINGGU 3

Aspek Nilai

– Kem bina semangat sebagai motivasi kepada murid untuk gigih belajar.

– Pemupukan nilai-nilai murni dalam diri murid oleh guru. Cth:• Hormat-menghormati• Tolong-menolong• Bertanggungjawab• Rajin

Page 28: MINGGU 3

SekianTerima kasih