minggu 3

4
THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN Bilangan Jurnal : Ketiga Minggu Praktikum : Minggu Ketiga Tarikh : 26 hingga 30 April 2015 Tajuk Jurnal : Minggu ketiga di SJKT Ladang Perbadanan. MASALAH Kawalan murid agak lemah semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. . ANALISIS Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada murid-murid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun, apabila murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan tugasan, mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu dilakukan dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut dengan keadaan ini, kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan murid- murid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI 1

Upload: thilaga-rajandran

Post on 10-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal prak

TRANSCRIPT

Page 1: minggu 3

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

Bilangan Jurnal : Ketiga

Minggu Praktikum : Minggu Ketiga

Tarikh : 26 hingga 30 April 2015

Tajuk Jurnal : Minggu ketiga di SJKT Ladang Perbadanan.

MASALAH

Kawalan murid agak lemah semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.

ANALISIS

Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, saya telah memberi arahan kepada murid-

murid berkaitan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan. Walaubagaimanapun, apabila

murid-murid mula bergerak ke kumpulan masing-masing dan ingin memulakan tugasan,

mereka mula bertanya kepada saya berkaitan dengan tugasan yang perlu dilakukan

dan perkara ini menyebabkan keadaan kelas bising. Saya agak terkejut dengan

keadaan ini, kerana saya telah memberi arahan kepada mereka apa yang perlu

dilakukan sebelum bergerak melakukan aktiviti kumpulan. Saya dapat rasakan murid-

murid tidak jelas dengan arahan dan tugasan yang perlu mereka lakukan. Ini

menunjukkan teknik memberi arahan saya kurang jelas untuk difahami oleh mereka.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Saya perlu meningkatkan teknik memberi arahan kepada murid-murid supaya

mereka jelas dan memahami apa yang saya sampaikan. Oleh itu, semasa memberi

arahan saya perlu pastikan semua murid berada dalam keadaan sedia dan memberi

peluang kepada mereka untuk bertanya selepas arahan diberikan. Teknik memberi

arahan perlu diperbaiki, dimana arahan bukan sahaja disampaikan secara lisan tetapi

juga secara tulisan dengan memaparkannya di papan putih. Saya juga harus

meninggikan suara saya semasa memberi arahan supaya suara saya lantang dan

boleh didengari oleh semua murid.

1

Page 2: minggu 3

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana

pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran. Sekiranya, masalah ini tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-

objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN

Sebagai penambahbaikan, langkah pertama yang saya lakukan ialah memastikan

murid-murid benar-benar bersedia dan fokus apa yang saya akan sampaikan. Untuk

menguji kefahaman mereka saya bertanya kembali berkaitan arahan yang telah

disampaikan dan memberi peluang mereka bertanya. Semasa memberi arahan secara

lisan, saya akan pastikan intonasi suara bersesuaian, laras bahasa bersesuaian dan

arahan yang diberikan satu persatu supaya mereka lebih mudah untuk faham. Oleh yang

demikian, bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,

langkah-langkah penambahbaikan perlu saya amalkan supaya penerimaan pembelajaran

lebih bermakna kepada murid-murid.

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-

objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya, saya

hanya menggunakan satu teknik pengajaran sahaja di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran tetapi demi mengatasi masalah saya, saya telah merancang beberapa teknik

dan kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.

Kesimpulanya, pendedahan selama dua minggu ini telah diterima oleh saya

memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga

memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama

ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

2

Page 3: minggu 3

THILAGAVATHY A/P RAJANDRAN (PRAKTIKUM 1) SJK(T) LADANG PERBADANAN

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

3