minggu 1

5
JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA : 2 FEBRUARI 2015 – 6 FEBRUARI 2015 NAMA : FARIZA BINTI SAIDIN OPSYEN / KUMPULAN : MATEMATIK / PISMP AMBILAN JANUARI 2012 NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, SIMPANG AMPAT TARIKH : 7 FEBRUARI 2015 PENGENALAN Pada hari pertama, saya serta tiga orang lagi rakan praktikum saya telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Seri Seri Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Kami merupakan pelajar guru dari IPG Kampus Pulau Pinang. Untuk semester ini, kami akan menggalas tugas yang lebih mencabar kerana praktikum pada kali ini merupakan praktikum kali yang terakhir selama tiga bulan. Hal ini dikatakan amat mencabar kerana kami juga perlu melakukan kajian tindakan mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran kami. Saya perlu mengajar subjek major dan minor saya, iaitu Matematik dan Bahasa Malaysia. Kami ke tapak perhimpunan perhimpunan mingguan. Setelah itu, kami telah berjumpa dengan Guru Besar, PK HEM, PK Kokurikulum,serta guru pembimbing bagi menerima jadual waktu kami di bilik mesyuarat. Apa yang dapat digambarkan mengenai sekolah ini ialah Guru Besar, guru-guru, serta pentadbiran amat baik hati dan menyambut mesra kedatangan kami. Pada minggu ini, saya tidak perlu masuk ke kelas kerana guru yang mengajar kelas yang akan

Upload: hambali-izam

Post on 05-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA : 2 FEBRUARI 2015 6 FEBRUARI 2015NAMA: FARIZA BINTI SAIDINOPSYEN / KUMPULAN: MATEMATIK / PISMP AMBILAN JANUARI 2012NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK, SIMPANG AMPATTARIKH: 7 FEBRUARI 2015PENGENALANPada hari pertama, saya serta tiga orang lagi rakan praktikum saya telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Seri Seri Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Kami merupakan pelajar guru dari IPG Kampus Pulau Pinang. Untuk semester ini, kami akan menggalas tugas yang lebih mencabar kerana praktikum pada kali ini merupakan praktikum kali yang terakhir selama tiga bulan. Hal ini dikatakan amat mencabar kerana kami juga perlu melakukan kajian tindakan mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran kami. Saya perlu mengajar subjek major dan minor saya, iaitu Matematik dan Bahasa Malaysia. Kami ke tapak perhimpunan perhimpunan mingguan. Setelah itu, kami telah berjumpa dengan Guru Besar, PK HEM, PK Kokurikulum,serta guru pembimbing bagi menerima jadual waktu kami di bilik mesyuarat. Apa yang dapat digambarkan mengenai sekolah ini ialah Guru Besar, guru-guru, serta pentadbiran amat baik hati dan menyambut mesra kedatangan kami. Pada minggu ini, saya tidak perlu masuk ke kelas kerana guru yang mengajar kelas yang akan saya ambil alih ingin menyelesaikan topik yang sedang diajar. Saya ambil kesempatan tersebut untuk bertanya kepada guru-guru pembimbing bagi mengambil ilmu yang masih sikit di dada. Guru-guru pembimbing saya amat membantu dalam memberi pelbagai maklumat.MASALAHPada minggu ini, saya tidak menghadapai sebarang masalah. Segalanya berjalan dengan lancar dan saya mendapat bimbingan dari guru bimbingan dengan baik sekali. Cuma saya dan rakan saya masih bimbang tentang cara untuk mengajar Bahasa Melayu dengan cara yang betul. Namun, kami akan cuba sebaik mungkin dengan adanya pertolongan daripada guru pembimbing kami. Saya amat berharap segalanya akan baik-baik sahaja sepanjang berpraktikum di sini.PANDANGAN DAN PERASAAN TERHADAP MASALAHSaya amat berharap saya dapat mengawal kelas dengan baik serta memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Saya akan cuba sebaik mungkin agar hasrat ini tercapai.ANALISIS MASALAHBagi mengatasi masalah murid yang tidak mengikut arahan dan melakukan masalah dapa cadangan dapat disiplin di dalam kelas, beberapa cadangan dapat diaplikasikan bagi mengawal tingkah laku murid.CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAHBeberapa cadangan untuk diatasi untuk dilaksanakan :1. Mengambil perhatian mereka dengan membuat sistem pemberian markah atau token bagi setiap kumpulan. Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mereka mengumpul markah tertinggi.2. Saya perlu lebih tegas dalam menguruskan supaya mereka memberi perhatian di dalam kelas.3. Menetapkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa saya berada dalam kelas mereka. Antara peraturannya ialah :i. Memberi respon apabila diminta dengan mengangkat tangan.ii. Menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberikan.iii. Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.iv. Mengikut arahan guru.v. Memberi perhatian ketika guru mengajar.4. Saya perlu tidak terlalu memberi muka kepada murid yang membuat masalah dan memberikan perhatian secara sama rata kepada semua murid.5. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.TEMPOH MASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAHSaya akan cuba membantu murid-murid yang lemah dalam matematik sekurang-kurangnya dapat menghafal sifir dalam tempoh tiga bulan ini.PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKANSaya akan berusaha untuk melaksanakan cadangan mengatasi masalah tersebut bagi mencapai objektif saya. Selain itu, saya juga akan meningkatkan prestasi dalam pengawalan kelas. Saya juga akan memberi lebih perhatian kepada pelajar yang lemah.TINDAKAN SUSULANSebagai langkah berikutnya dalam menangani masalah yang timbul, Saya akan lebih tegas. Saya juga akan cuba untuk memberi P dan P yang menarik bagi menarik perhatian murid-murid. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti berkumpulan akan lebih diberi penekanan.KESIMPULANSecara keseluruhannya, saya tidak mengalami masalah kawalan kelas yang kritikal. Mereka lebih mudah diuruskan atau mudah mengikut arahan yang saya berikan. Pentadbiran sekolah turut amat mesra dengan kami.

Guru Pelatih

.(FARIZA BT SAIDIN)

Guru pembimbingPensyarah Penyelia

..... .(EN. TAJUDIN BIN OSMAN)(DR. ROSMAWATI)